The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORLIZA BINTI HUSIN Moe, 2022-10-12 06:48:38

T5| BAB 2 : MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL

BAB 2 T5

MODUL NOTA EKONOMI T5

BAB 2 : MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL

2.1 GLOBALISASI
2.1.1 Globalisasi

- Globalisasi ialah proses interaksi dan integrasi antara manusia, firma dan kerajaan
pelbagai negara.

- Globalisasi menyebabkan sempadan antara negara seolah-olah tidak wujud dan
dunia dianggap sebagai satu unit.

Ciri-ciri Globlasisasi

Ciri-ciri globalisasi

Pasaran baharu Peserta baharu Kaedah Peraturan dan
i) Pasaran baharu komunikasi norma baharu

baharu

Perkembagan
pasaran global dalam

perkhidmatan
perbankan, insurans,

pengangkutan dll

Pasaran Pasaran baharu Kelonggran
pengguna global undang-undang
dengan jenama

global

ii) Peserta baharu
 Syarikat multinasioanal yang mengintegrasikan pengeluaran dan pemasaran
mereka, mendominasi pengeluaran dunia
 Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) – organisasi pelbagai hala pertama
yang mempunyai kuasa untuk memaksa kerajaan sesebuah negara mematuhi
peraturan perdagangan bebas
 Kewujudan blok perdagangan seperti Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan
Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), dan lain-lain
 Peningkatan dalam organisasi yang menyelaraskan dasar seperti G-7, G-8,
OECD, IMF dan Bank Dunia.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 1

MODUL NOTA EKONOMI T5

iii. Kaedah Komunikasi Baharu

Reka bentuk Lebih cepat Internet dan
bantuan dan murah komunikasi
komputer elektronik yang
Kaedah menghubungkan
pembuatan komunikasi orang ramai secara

Pengangkutan baharu serentak
yang lebih
cepat dan Mesin Telefon
murah faks bimbit

iv. Peraturan dan Norma Baharu

 Peluasan dasar ekonomi kapitalis yang merebak ke seluruh dunia seperti
penswastaan dan liberalisasi perdagangan

 Demokrasi sebagai pilihan politik
 Peningkatan kesedaran dalam hak asasi manusia
 Konvensyen dan perjanjian terhadap alam sekitar global – biodiversity, lapisan

ozon, pelupusan sisa berbahaya, serta perubahan iklim
 Perjanjian perdagangan pelbagai hala
 Perjanjian pelbagai hala untuk perkhidmatan, harta intelek, komunikasi
 Perjanjian pelbagai hala mengenai pelaburan

2.1.2 Syarikat Multinasioanal

- Syarikat multinasional ialah firma yang beroperasi di beberapa negara secara
serentak.

- Antara syarikat multinasional yang terdapat di Malaysia ialah Sime Darby
Berhad, Axiata Group Berhad, CIMB Group dan Maybank.

- Sesebuah syarikat dianggap sebagai syarikat multinasional sekiranya
mempunyai tiga ciri berikut :

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 2

Firma besar yang Pemindahan MODUL NOTA EKONOMI T5
mempunyai teknologi yang
cawangan di canggih antara semua cawangan
cawangan di negara firma dikawal oleh
beberapa buah yang berbeza
negara firma induk di
Ciri-ciri negara asal
syarikat
multinasional

Dorongan Syarikat dalam Operasi Antarabangsa

- Pasaran antarabangsa menawarkan peluang perniagaan yang besar kepada
firma yang ingin menjual atau mendapatkan faktor pengeluaran.

- Sesebuah firma memasuki operasi antarabangsa disebabkan oleh faktor-faktor
yang berikut :

Faktor-faktor

Meluaskan Perlindungan Kos Bahan mentah Tenaga buruh
pasaran perdagangan pengangkutan atau hasil dengan

yang tinggi bumi yang unik kemahiran
khusus

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 3

MODUL NOTA EKONOMI T5

i) Meluaskan pasaran •Sesebuah firma yang ingin meluaskan pasarannya akan
memasarkan barang dan perkhidmatannya ke luar negara untuk
ii) Perlindungan mendapat lebih ramai pelanggan.
perdagangan •Dapat memaksimumkan keuntungan

iii) Kos pengangkutan yang •Aktiviti eksport barangan ke negara tertentu disekat oleh
tinggi pelbagai sekatan perdagangan seperti cukai
•masalah ini boleh diatasi dengan membuka operasi pengeluaran
iv) Bahan mentah atau hasil di syarikat berkenaan
bumi yang unik •Contohnya Syarikat KIA dari Korea bekerjasama dengan
Syarikat NAZA Malaysia untuk mengeluar dan mengedarkan
v) Tenaga buruh dengan kereta jenama KIA di Malaysia.
kemahiran khusus •Oleh kerana pengeluaran dilakukan di Malaysia, maka kadar
cukai yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding kereta
KIA yang diimport dari Korea

•Jarak yang jauh antara pasaran dengan tapak operasi akan
pengeluaran akan meningkatkan kos pengeluaran
•Oleh itu, syarikat multinasional akan membuka tapak
pengeluaran baharu di rantau-rantau berhampiran dengan
pasaran baharu yang disasarkan.
•Tindakan ini dapat menjimatkan kos dan memastikan
pengedaran produk dijalankan dengan selamat dan menepati
masa

•Pemindahan operasi pengeluaran ke negara yang kaya dengan
bahan mentah dapat mengatasi masalah kekurangan,
kerosakan, kehilangan dan bekalan bahan mentah tidak
menepati jadual penghantaran
•Misalnya Malaysia kekurangan sumber kayu untuk membuat
perabot, maka industri perabot Malaysia memindahkan operasi
pengeluaran ke negara seperti Tahiland, Vietnam dan Indonesia
untuk mengatasi masalah ini.

•Syarikat multinasional memulakan operasi di luar negara untuk
menjimatkan kos buruh dalam proses pengeluaran supaya
memaksimumkan keuntungan
•negeri seperti Thailand, Vietnam, China dan Indonesia mampu
menyediakan tenaga buruh yang berkemahiran dengan kos
yang rendah
•kos upah yang lebih rendah membolehkan produk dapat
dikeluarkan dengan kos yang lebi rendah dan seterusnya dapat
dijual dengan harga yang lebih rendah kepada pengguna.
•Daya saingan firma dari segi harga barang juga dapat
ditingkatkan.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 4

MODUL NOTA EKONOMI T5

Risiko bagi Syarikat Multinasional
- Walaupun beroperasi di peringkat antarabangsa mendatangkan kebaikan
kepada syarikat multinasional, tindakan membuka operasi baharu di negara lain
sebenarnya mempunyai banyak risiko. Antaranya adalah seperti yang berikut :

Risiko kehilangan aset akibat Tenaga buruh yang tidak
peperangan dalaman atau berkemahiran atau tidak
luaran kerana perbezaan
ideologi atau pandangan bermotivasi dalam
politik pengeluaran

Risiko perubahan parti politik Kemungkinan menerima
di pasaran baharu kerana bantahan masyarakat tempatan
kerajaan baharu mungkin
melaksanakan polisi baharu di pasaran baharu kerana
bayaran gaji yang rendah
yang akan merugikan syarikat dianggap sebagai megeksploitasi
multinasional
hak mereka

Kekurangan kemudahan Risiko kesukaran mendapat balik
asas di sesetengah negara keuntungan kerana sesetengah
negara mengehadkan syarikat
kurang membangun multinasional hanya boleh mengalirkan
menyukarkan proses sebahagian keuntungan keluar
komunikasi antara negara daripada firma induk dan bakinya
dikehendaki dilaburkan semula dalam
dan melambatkan
keputusan pasaran tempatan

2.1.3 Faktor Penggalak Globalisasi

Proses globalisasi membawa kebaikan kepada ekonomi Malaysia

 Malaysia dilihat sebagai suatu negara yang sedang membangun yang berpotensi
bagi perkembangan perniagaan syarikat multinasional lain.

 Pelaburan syarikat multinasional dalam Malaysia telah menyumbang kepada
pendapatan negara dan juga pertumbuhan ekonomi tempatan

 Kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai inisiatif kerana menyedari
kepentingan sumbangan pelaburan modal asing dalam ekonomi.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 5

MODUL NOTA EKONOMI T5

 Antara inisiatif tersebut ialah :

Inisiatif kerajaan

1. Peranan 2. Infrastruktur 3. Infrastruktur 4. Pelancongan
kerajaan teknologi makluat pengangkutan
dan komunikasi
yang baik
yang maju

1. Peranan Kerajaan

 Kerajaan telah mengamalkan sikap terbuka terhadap kemasukan syarikat multinasional
 Kerajaan melonggarkan kawalan terhadap aktiviti ekonomi melalui dasar kerajaan,

undang-undang, insentif yang akan mempengaruhi perkembangan globalisasi.
 Pelaksanaan liberalisasi perdagangan dan blok perdagangan seperti Kawasan

Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) - untuk menggalakkan kerjasama antara negara
dalam ekonomi.
 Polisi mesra perniagaan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan pelbagai insentif seperti
pelepasan cukai dan taraf perintis telah diperkenalkan untuk menarik syarikat
multinasional negara lain.
 Polisi kerajaan seperti pengecualian visa untuk rakyat tertentu dan pemberian visa
semasa ketibaan bagi mengalu-alukan kepakaran dari negara lain untuk menyumbang
dalam ekonomi Malaysia.

2. Infrastruktur Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Ict) Yang
Maju

 ICT merujuk kepada suatu sistem komunikasi dan perolehan maklumat melalui
penggunaan alatan teknologi secara interaktif.

 Perkembangan ICT didorong oleh perkembangan internet.
 Kawalan perniagaan menjadi mudah walaupun mempunyai cawangan di negara lain

melalui kemudahan ICT seperti e-mail, sidang video yan g dapat memudahkan
komunikasi.
 Masalah dapat diselesaikan dengan mudah, proses pemindahan maklumat juga dapat
dibuat dengan mudah, pantas dan murah.
 Penggunaan Internet menyebabkan aliran maklumat dan idea bergerak dengan pantas
dan ini menggalakkan inovasi, produktiviti, dan juga pertumbuhan ekonomi
 Pengguna boleh membeli pelbagai barang dari negara lain melalui internet dan
kemajuan kemudahan ini telah menggalakkan perkembangan globalisasi.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 6

MODUL NOTA EKONOMI T5

3. Infrastruktur Pengangkutan Yang Baik

 Sistem pengangkutan meliputi pengangkutran darat, udara dan air.
 Sistem pengangkutan yang cekap merupakan faktor penggalak yang besar dalam

proses globalisasi.
 Misalnya, penggunaan kapal laut yang besar dapat mengurangkan kos pengangkutan

barang antara negara dan ini membolehkan pengeluar menyediakan barang pada harga
yang lebih murah.
 Malaysia mempunyai sistem pengangkutan darat yang sangat efektif kerana hampir
semua bandar utama dihubungi oleh jalan raya. Keadaan ini memudahkan aktiviti
pemindahan barang dan penumpang.
 Kewujudan syarikat pengangkutan udara seperti MAS telah memudahkan pergerakan
manusia dari satu negara ke negara lain.
 Aktiviti perniagaan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah dengan adanya
kemudahan penerbangan kos rendah.
 Penentu dalam pemilihan cara pengangkutan global ialah :

i.Faktor geografi
ii.Jarak pengangkutan
iii.Sifat barang (tahan lama/tidak)
iv.Tarikh penghantaran yang telah dijanjikan
v.Kos pengangkutan yang dikenakan

4. Pelancongan

 Disebabkan sektor pelancongan memberikan sumbangan besar kepada ekonomi
negara, pelbagai galakan dan insentif diberikan oleh kerajaan untuk membangunkan
sektor pelancongan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menggalakkan proses
globalisasi.

 Pembukaan lapangan terbang KLIA 2 khusus untuk syarikat penerbangan tempatan dan
antarabangsa kos rendah juga memudahkan pergerakan manusia di antara negara.

 Perkhidmatan seperti tempahan tiket penerbangan, penginapan, pakej pelancongan
atas talian telah mengurangkan kos operasi dan memudahkan aktiviti pelancongan.

2.1.4 Pelaburan Langsung Asing

 Pelaburan langsung asing bermaksud pelaburan yang dibuat oleh firma atau individu
dari luar negara untuk memulakan operasi perniagaan atau membeli aset perniagaan di
Malaysia.

 Pelaburan asing secara langsung ialah berbeza dengan portfolio pelaburan yang mana
satu pelaburan pasif di sekuriti negara yang lain seperti saham dan bon.

 Peningkatan persaingan dan kos di negara maju menyebabkan sebahagian besar
syarikat multinasional memindahkan operasi ke negara membangun dengan tujuan
memperoleh faktor pengeluaran pada harga yang lebih murah.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 7

MODUL NOTA EKONOMI T5

 Dasar mesra pelaburan :
Dasar mesra pelaburan

Pengecualian cukai Pelepasan cukai Kredit pelaburan
(pendapatan perniagaan
dikecualikan daripada cukai

pendapatan)

 Pelaburan langsung asing boleh dilakukan melalui beberapa cara seperti yang

berikut :

1. Membina
kemudahan
pengeluaran di
negara lain

4. Membuka Pelaburan 2.
subsidiari langsung Pengambil

asing alihan
syarikat

3. Usaha sama
dengan syarikat

tempatan

1. Membina Kemudahan Pengeluaran Di Negara Lain

 Firma membeli atau memajak tanah, membina kemudahan baru, menyewa atau
memindahkan pekerja dalaman seperti pengurus dan pekerja kemudian memulakan
operasi baru.

 Kilang pembuat filem, Fuji Film bertempat di South Carolina mewakili pelaburan
Greenfield, sama seperti Mercedes-Benz kilang pemasangan automobil di Alabama
dan kilang Nissan di Sunderland, England.

2. Pengambilalihan Syarikat Asing

 Merupakan strategi pengambilalihan syarikat sedia ada dan menjalankan
perniagaandi negara tuan rumah.

 Dengan memperolehi perniagaan yang masih beroperasi, pembeli dengan cepat
mendapat kawalan ke atas kilang yang diperolehi, teknologi, kakitangan, jenama-
jenama dan rangkaian pengagihan

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 8

Kesan positif pelaburan langsung asing MODUL NOTA EKONOMI T5

3. Usaha Sama Dengan Syarikat Tempatan
 Satu perjanjian perniagaan antara dua atau lebih syarikat untuk bekerja bersama-

sama bagi mencapai matlamat khusus dan untuk menggalakkan kepentingan
bersama.

4. Membuka Subsidiari
 Dalam hal perniagaan, anak syarikat atau subsidiari ialah syarikat yang sebahagian

besar saham dan kepentingannya yang lain dimiliki atau dikuasai oleh syarikat lain.
 Syarikat yang dikawal ini dikenali dengan istilah syarikat, perbadanan, atau syarikat

berhad, ataupun perusahaan milik negara atau kerajaan. Syarikat penguasanya
dikenali sebagai syarikat induk.

Kesan Positif Pelaburan Langsung Asing
 Pelaburan langsung asing dalam ekonomi sesebuah negara bermakna lebih banyak

pelaburan modal oleh syarikat multinasional dalam negara tersebut,
 Keadaan ini boleh mempengaruhi aktiviti ekonomi dalam negara dan mendatangkan

manfaat seperti yang berikut :

1. Pertumbuhan ekonomi

2. Pindahan teknologi

3. Meningkatkan kemahiran
modal insan

4. Meningkatkan modal
pelaburan

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 9

MODUL NOTA EKONOMI T5

1. Pertumbuhan Ekonomi

Penggunaan Merujuk kepada Membantu
teknologi dalam peningkatan pertumbuhan
aktiviti pengeluaran keupayaan ekonomi melalui
meningkatkan penggunaan
pengeluaran barang teknologi yang
keupayaan dan perkhidmatan
pengeluaran dengan sesebuah negara canggih

menggunakan Pertumbuhan
sumber yang sedia Ekonomi

ada Produktiviti pekerja
meningkat
disebabkan
peningkatan

kemahiran serta
penggunaan kaedah

pengeluaran yang
baharu

2. Pindahan Teknologi

Pengeluar tempatan Pelaburan langsung Kemudahan mesin
berusaha untuk asing membawa dan jentera,kaedah
masuk teknologi
meningkatkanmutu yang canggih pengeluaran,
bahan mentah dan kemahiran dan
komponen supaya kesesebuah negara tatacara baharu
dapat meningkatkan meningkatkan
daya saing dan imej Pindahan pengeluaran dan
Teknologi produktiviti pekerja
barang
Pengeluar tempatan
yang membekalkan
bahan mentah dan
komponen kepada

syarikat
multinasional diberi

bimbingan dan
latihan

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 10

MODUL NOTA EKONOMI T5

3. Meningkatkan Kemahiran Modal Insan

Meningkatkan
Kemahiran Modal Insan

Firma asing yang melabur di Malaysia Dengan peningkatan kemahiran
membantu meningkatkan kemahiran pekerja, produktiviti dan
pekerja tempatan dgn menyediakan
keupayaan pekerja meningkat
pelbagai program latihan

4. Meningkatkan Modal Pelaburan

Meningkatkan Modal
Pelaburan

Lebih banyak modal dpt dibawa Pemilikan ekuiti asing dalam Daya saingan firma
masuk ke negara Malaysia dan firma Malaysia dapat membantu tempatan dapat

menggalakkan pertumbuhan firma tempatan yang ditingkatkan dengan
aktiviti pengeluaran dan menghadapi masalah pningkatan kemahiran

seterusnya pendapatan negara pembiayaan modal pekerja

Kesan Negatif Pelaburan Langsung Asing

Kesan negatif pelaburan langsung asing 1. Ketidakseimbangan
pendapatan

2. Kemusnahan alam sekitar

3. Aliran untung ke luar negara

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 11

MODUL NOTA EKONOMI T5

1. Ketidakseimbangan Pendapatan

 Firma asing menawarkan upah dan insentif yang lebih baik.
 Oleh itu, pekerja di firma asing menerima pendapatan yang lebih tinggi dgn kemudahan

dan insentif yang lebih baik berbanding pekerja di firma tempatan.
 Maka, wujudnya ketidak seimbangan pendapatan dalam sesebuah negara.
 Syarikat multinasional seperti pasar raya besar memberi kesan buruk kepada peniaga

kecil dalam perniagaan peruncitan.
 Sektor-sektor yang membawa keuntungan yang tinggi dikuasai oleh syarikat-syarikat

gergasi.
 Persaingan sengit menyebabkan kesukaran firma tempatan dan menjejaskan

pendapatan peniaga tempatan.

2. Kemusnahan Alam Sekitar

 Negara Malaysia kaya dengan sumber asli seperti bahan galian, hasil hutan, dan hasil
kehidupan laut.

 Firma asing yang melabur di Malaysia ingin mengeksploitasi sumber alam yang ada di
negara ini.

 Penerokaan dan pengeluaran sumber alam yang tidak dikawal akan membawa kepada
kemusnahan alam sekitar.

 Contohnya, hakisan tanah,banjir kilat dan isu pencemaran yang lain.
 Antaranya, kegiatan perlombongan bauksit memberi kesan yang buruk terhadap alam

sekitar.

3. Aliran Untung Ke Luar Negara

 Firma yang melabur berhak untuk membawa pulang keuntungan yang diperoleh ke
negara asal.

 Negara yang menerima pelaburan langsung asing sukar mengawal aliran keluar dividen
dan keuntungan pelaburan.

 Aliran keluar negara yang berlebihan dan berterusan akan memberi kesan kepada kadar
pertukaran asing sesebuah negara.

 Tindakan firma asing membawa keluar keuntungan pelaburan akan memberi kesan
negatif kepada imbangan pembayarandi sesebuah negara.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 12

MODUL NOTA EKONOMI T5

2.2 PERDAGANGAN ANTARABANGSA

2.2.1 Perdagangan Antarabangsa

 Perdagangan antarabangsa merujuk kepada urusan jual beli dan perkhidmatan
antara sebuah negara dengan negara yang lain.

 Perdagangan antarabangsa wujud kerana kerana negara-negara yang terlibat
dalam perdagangan antarabangsa dapat mengeluarkan barang-barang dan
perkhidmatan pada keluk kemungkinan pengeluran tetapi mencapai
penggunaan di luar keluk tersebut.

 Setiap negara akan berusaha memperluaskan pasaran barangannya dan
menambahkan pendapatan negara melalui ekport.

Import - Membeli barang dan perkhidmatan Contohnya :
dari negara lain Buah-buhan
mediterranean
- Berlaku apabila sesuatu barangan
tidak dikeluarkan atau mencukupi
untuk keperluan rakyat

Perdagangan Eksport - Jualan barang dan perkhidmatan Contohnya :
Antarabangsa Entrepot kepada negara lain Getah, kelapa
sawit, petroleum
- Berlaku apabila pengeluaran
berangan melebihi penggunaan atau Contoh: Malaysia
keperluan rakyat mengimport

- Membeli barang dari luar negara bahan kimia untuk
dan menjual semula kepada negar mengeluarkan
lain.
produk petrokimia
- Berlaku apabila sesebuah negara untuk tujuan
memproses barang import dan eksport
mengeksportnya semula ke negara
lain

Sebab-sebab Wujud Perdagangan Antarabangsa

Sebab-sebab Wujud
Perdagangan
Antarabangsa

1. Sumber 2. Iklim dan 3. Tingkat 4. Budaya 5. Harga 6. Citarasa
semulajadi jenis tanih kecekapan masyarakat faktor pengguna
teknologi

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 13

MODUL NOTA EKONOMI T5

1. Sumber semulajadi

 Sumber semulajadi dianugerahkan oleh Tuhan berlainan kepada setiap negara
 Negara yang kaya dengan sesuatu sumber semulajadi akan mengeksport sumber ke

negara lain.
 Contohnya, negara yang kaya dengan minyak petroleum seperti Arab Saudi dan Iran

akan mengeksport minyak.

2. Iklim dan jenis tanih

 Keluaran hasil pertanian dan perhutanan sesebuah negara berbeza akibat daripada
perbezaan iklim dan jenis tanih.

 Mempengaruhi jenis keluaran pertanian sesebuah negara. Ini bermakna sesebuah
negara perlu mengimport hasil pertanian dari negara lain untuk memenuhi keperluan
rakyatnya.

 Contohnya ; Malaysia dianugerahkan Tuhan dengan iklim khatulistiwa dan jenis tanah
yang sesuai untuk penanaman kelapa sawit.

3. Tingkat kecekapan teknologi

 Pengkhususan dan proses pengeluran yang lebih cekap membolehkan sesebuah

negara mengeluarkan sesuatu barangan dengan kos pengeluaran yang lebih rendah.

 Kecekapan pengeluaran hasil daripada kos pengeluaran yang murah mendorong kos
faktor pengeluran secara besar-besaran dan seterusnya mengeksportkannya ke
negara lain.

 Faedah berbanding ialah faedah yang dinikmati oleh sesebuah negara yang sanggup
mengeluarkan sesuatu barang dengan harga relatif atau kos lepas yang rendah

 Contohnya,Thailand berkeupayaan mengeksportkan beras ke Malaysia dan

Singapura pada harga yang murah kerana tingkat kecekapannya yang tinggi dalam

penghasilan beras.

4. Budaya masyarakat

 Budaya masyarakat yang berbeza akan mempengaruhi kecenderungan masyrakat
dalam pengeluaran sesuatu barangan.

 Perbezaan budaya masyarakat biasanya melibatkan kemahiran dan minat pekerja.
 Contohnya, Perancis terkenal sebagai pusat fesyen pakaian dunia.

5. Harga faktor

 Upah buruh, sewa tanah dan faedah modal akan mempengaruhi pemilihan teknik
pengeluaran bagi sesuatu barang danperkhidmatan.

 Bilangan buruh yang banyak dan kadar upah yang lebih murah membbolehkan
pengkhususan dalam pengeluaran tekstil yang berintensifkan buruh

 Barang modal yang lebih murah dan cekap akan mengkhusus kepada pengeluaran
barang seperti kapal terbang yang berintensifkan modal

 Contohnya, minyak kelapa sawit dari Malaysia mampu bersaing dengan minyak kacang

soya dari Amerika Syarikat.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 14

Kepentingan Perdagangan MODUL NOTA EKONOMI T5
Antarabangsa
6. Citarasa pengguna
 Citarasa masyarakat daripada pelbagai kaum adalah berbeza dan sukar dipenuhi.
 Para peniaga mengimport pelbagai jenis barang dari luar negara untuk memenuhi
citarasa pengguna
 Kehendak terhadap kereta mewah atau pakaian berjenama menyebabkan barang
tersebut diimport.

2.2.2 Kepentingan Perdagangan Antarabangsa

 Membawa banyak manfaat kepada individu, masyarakat, atau negara.

1. Memperoleh barang yang tidak
dikeluarkan di dalam negara

2. Meluaskan pasaran

3. Menambah pendapatan negara

4. Menggalakkan pemindahan dan
penggunaan teknologi

5. Menikmati barang dengan harga yang lebih
murah

6. Meningkatkan kecekapan pengeluaran

7. Menawarkan pilihan pengguna yang
pelbagai

8. Menambah peluang pekerjaan

9. Menggalakkan mobiliti tenaga buruh

10. Menggalakkan pelaburan

11. Mewujudkan hubungan baik dengan rakan
dagang

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 15

MODUL NOTA EKONOMI T5

1. Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan di dalam negara

Akibat daripada
perbezaan iklim,
jenis tanih, dan
anugerah sumber

semulajadi

India dan China Memperoleh Dapat
akan import barang yang tidak diperoleh
dari negara
minyak kelapa dikeluarkan di
sawit dari dalam negara lain
negara kita

Rakyat Malaysia
dapat nikmati buah

sitrus melalui
perdagangan
antarabangsa dengan
Amerika Syarikat dan

China

2. Meluaskan pasaran

Mempunyai pasaran
yang lebih luas

Meluaskan
pasaran

Keuntungan Kuantiti jualan
firma tempatan meningkat

meningkat

3. Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi

Membuka peluang bagi kemasukan
kemahiran, pengalaman dan pengetahuan

teknologi terkini dari luar negara

Menggalakkan
pemindahan dan
penggunaan teknologi

Untuk meningkat kan daya Import mesin, jentera dan
pengeluaran dan memajukan peralatan moden yang
lebih canggih
industri tempatan

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 16

4. Menambah pendapatan negara MODUL NOTA EKONOMI T5

Kerajaan dapat Cukai
mengutip duti keuntungan
syarikat yang
import dan dikutip oleh
eksport
kerajaan
Disebabkan Menambah meningkat
peningkatan pendapatan
keuntungan
negara
firma
tempatan kerajaan
menambah
peruntukan untuk

projek
pembangunan

negara

5. Menikmati barang dengan harga yang lebih murah

Melakukan aktiviti Peningkatan dalam Pengeluaran
import dan daya pengeluaran barang

eksport untuk dan kemahiran dilakukan
memperoleh sumber manusia secara besar-
manfaat masing-
Menikmati besaran
masing barang dengan
Kos yang
Malaysia dapat harga yang lebih murah
keluarkan lebih murah
dan mutu
minyak kelapa Amerika Syarikat yang lebih
sawit pada harga berjaya keluarkan
baik
yang lebih kapal terbang
murah pada harga yang

lebih rendah

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 17

MODUL NOTA EKONOMI T5

6. Meningkatkan kecekapan pengeluaran

Persaingan dalam Meningkatkan Mewujudkan
pasaran dunia kecekapan persaingan antara
menggalakkan pengeluaran
pengeluar dan
usaha penyelidikan barang yang
dan pembangunan dikeluarkan

(R&D) Persaingan yang
timbul mendorong
Kaedah paling pengeluar untuk
cekap menghalang keluarkan barang

firma monopoli yang lebih
daripada kenakan bermutu
harga yang tinggi

7. Menawarkan pilihan pengguna yang pelbagai

Pelbagai jenis barang berjaya diimport untuk
penuhi keperluan dan kehendak pengguna

tempatan

Menawarkan pilihan
pengguna yang
pelbagai

Pilihan luas meningkatkan Masyarakat mempunyai
kepuasan dan taraf hidup pelbagai pilihan mengikut
citarasa dan kemampuan
pengguna
mereka

8. Menambah peluang pekerjaan

Permintaan semakin Menambahkan Mendorong pengeluar
meningkat terhadap peluang pekerjaan tempatan dan pelabur
asing besarkan skala
barang eksport
keluarannya
Wujudkan lebih banyak
peluang pekerjaan dan Untuk mendapatkan
keuntungan yang
kurangkan masalah maksimum
pengangguran

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 18

MODUL NOTA EKONOMI T5

9. Menggalakkan mobiliti tenaga buruh

Indonesia dan Bangladesh mempunyai ramai
tenaga buruh berhijrah ke Malaysia untuk
bekerja

Menggalakkan mobiliti
tenaga buruh

Tenaga buruh dapat bergerak Malaysia kurang tenaga
ke negara lain buruh mahir telah import
tenaga buruh dari negara

maju

10. Menggalakkan pelaburan

Kebenaran berkongsi diberi Menggalakkan Dasar ekonomi
oleh Malaysia dalam sektor pelaburan diamalkan oleh
penerbangan, perhubungan sesebuah negara

dan kewangan Menggalakkan
menggalakkan kemasukan kemasukan
pelaburan
pelabur asing
langsung asing
Perkongsian pintar
yang diadakan dengan

pelabur asing bantu
percepatkan

pertumbuhan ekonomi

11. Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang

Mewujudkan semangat saling membantu
antara satu negara dengan negara yang lain

Mewujudkan hubungan
baik dengan rakan
dagang

Untuk mencapai taraf hidup Berjaya wujudkan
yang lebih baik kerjasama antara negara

rakan dagang

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 19

MODUL NOTA EKONOMI T5

Keburukan Perdagangan AntarabangsaKeburukan Perdagangan
Antarabangsa
1. Merugikan negara membangun
2. Terlalu bergantung kepada industri

import dan eksport
3. Mengamalkan pengkhususan

berlebihan
4. Kurang mobiliti sumber

5. Mengamalkan dasar perlindungan

6. Menimbulkan masalah lambakan

7. Menyebarkan budaya tidak sihat

2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
Maksud : Dasar perdagangan luar oleh kerajaan sesebuah negara untuk mengawal
eksport dan import negara.

6. 1. Tarif 2.
Sekatan Subsidi
bukan Sekatan
ekonomi Perdagangan 3. Kuota
Antarabangsa
5.
Embargo 4. Kawalan
pertukaran

asing

Sekatan Perdagangan Tarif - Spesifik
Antarabangsa Bukan tarif - Ad valorem

- Subsidi
- Kuota
- Kawalan pertukaran asing
- Embargo
- Sekatan bukan ekonomi

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 20

MODUL NOTA EKONOMI T5

1. Tarif :

 Cukai yang dikenakan atas barang yang diimport dari luar negara.
 Pengenaan tarif akan menyebabkan harga barang import meningkat dan secara

relatifnya lebih mahal berbanding dengan barang keluaran tempatan.
 Tariff terbahagi kepada dua jenis iaitu :

Tarif

Spesifik Ad valorem

 Cukai tetap yang dikenakan atas  Cukai import yang dihitung
unit / kuantiti setiap barang yang berdasarkan harga barang import.
diimport.
 Jika tarif ialah 50%, maka barang
 Jika tarif ialah RM30 setiap 100 import yang bernilai RM20,000
kilogram beras import, cukai dikenakan jumlah cukai sebanyak
import beras tersebut adalah RM10,000, manakala barang
tetap, tidak kira harga beras import yang bernilai RM40,000
import naik atau turun. dikenakan jumlah cukai sebanyak
RM20,000.

 Kebaikan tarif ialah :

Kebaikan tarif menaikkan harga import barangan

mengurangan permintaan tempatan
terhadap barangan import

menambahkan permintaan tempatan
terhadap barangan pengganti import

memperbaiki imbangan perdagangan dan
imbangan pembayaran negara

menambahkan pendapatan negara

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 21

MODUL NOTA EKONOMI T5

2. Subsidi :
 Bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan untuk

membolehkannya bersaing dengan pengeluar negara asing.

Mengurangkan kos pengeluaran dan
harga barang keluaran tempatan lebih

murah

Subsidi

Diberi kepada pengeluar barang Permintaan terhadap
eksport utama negara agar harga barang keluaran
barang ekport menjadi lebih murah tempatan akan
dan lebih berdaya saing di pasaran meningkat

antarabangsa

3. Kuota :

Kuota Sekatan perdagangan terhadap jumlah barang yang boleh
diimport dalam suatu jangka masa tertentu

Had maksimum bagi sesuatu barang yang boleh diimport.
Contohnya, bilangan unit kereta yang boleh diimport dalam

tempoh masa setahun

Menyebabkan penawaran terhadap barang import berkurang

Permintaan pengguna terhadap barang tempatan akan meningkat

4. Kawalan pertukaran asing :

Mengehadkan pembelian
pertukaran asing oleh

pengimport tempatan agar
kemasukan barang import dapat

dikawal

Dapat menggalakkan Kawalan
perkembangan industri pertukaran asing
penggantian import negara
Jumlah pertukaran asing yang
terhad, hasrat pengimport untuk
mengimport lebih banyak barang

import akan terhalang

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 22

MODUL NOTA EKONOMI T5

5. Embargo :Embargo

Perintah larangan atau pemulauan perdagangan terhadap negara
tertentu

Jarang dilakukan kecuali atas alasan keselamatan atau
kepentingan negara

Menjejaskan hubungan baik antara sebuah negara dengan negara
lain

Contohnya kerajaan Malaysia tidak membenarkan import barangan
pertanian seperti buah-buahan dan peralatan pertanian dari negara
Israel atas dasar strategik negara untuk menentang tindakan Israel

menindas rakyat Palestin

6. Sekatan Bukan Ekonomi :

Sekatan dalam bentuk undang-
undang, peraturan atau syarat-

syarat tertentu terhadap
sesebuah negara

Sekatan Bukan
Ekonomi

Contoh: barang import seperti Bertujuan menjamin keselamatan
daging, susu tepung, minuman dan kesihatan rakyat negara
berkhasiat akan diperiksa dan
dikenal pasti ciri keselamatan serta

kendungan kesihatannya

 Contoh sekatan bukan ekonomi terhadap produk seperti yang berikut : 23

Produk yang memudaratkan kesihatan
- Sayur-sayuran, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang diimport
harus bebas daripada sberaang penyakit dan bahan kimia yang akan

membahayakan kesihatan dan keselamatan rakyat

Produk yang tidak menepati piawaian dan mutu
- barang elektrik dan elektronik yang diimport harus menepati
paiawaian dan mutu yang telah ditetapkan oleh SIRIM agar selamat

digunakan

Produk yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang
kesihatan

- Ubat-ubatan dan barang kesihatan lain yang diimport haruslah
mematuhi peraturan dan undang-undang kesihatan yang telah

digariskan oleh kerajaan

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018)

MODUL NOTA EKONOMI T5

Tujuan Sekatan Perdagangan Antarabangsa

7. 1. melindungi 2.
mengatasi industri muda menghadapi
masalah persaingan
lambakan tempatan
3. sebagai
6. Tujuan sumber
keselamatan Sekatan hasil
Perdagangan kerajaan
Antarabangsa

5. 4.
memperbaiki mewujudkan

imbangan peluang
pembayaran pekerjaan

1. Melindungi Industri Muda TempatanMelindungi Industri
Muda Tempatan
Pengenaan tarif menaikkan harga barang import
dan mengurangkan persaingan dengan barangMenghadapi
Persaingan
keluaran tempatan

Industri ini dapat berkembang maju, menjadi lebih
kukuh dan lebih berdaya saing

Dapat berkembang dengan kukuh dan melakukan
pengeluaran secara besar-besaran untuk

menikmati kos pengeluaran seunit yang lebih
rendah

2. Menghadapi Persaingan

Berpeluang meningkatkan usaha penyelidikan dan
pembangunan (R&D) untuk keluarkan barang lebih

berkualiti

Mengurangkan pergantungan negara terhadap
pengimportan barang perkilangan dan penggunaan

dari luar negara

Peningkatan daya saing menggalakkan eksport
barang keluaran tempatan keluar negara

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 24

MODUL NOTA EKONOMI T5

3. Sebagai Sumber Hasil Kerajaan
Sebagai Sumber Hasil Kerajaan

Kutipan tarif merupakan Hasil daripada tarif boleh
sumber pendapatan bagi biayai perbelanjaan

kerajaan mengurus dan perbelanjaan
pembangunan

4. Mewujudkan Peluang Pekerjaan

Mewujudkan peluang pekerjaan

Perkembangan industri tempatan Membantu mengurangkan
akibat daripada tarif, kuota dan kadar pengangguran dan
subsidi akan menawarkan lebih meningkatkan pendapatan
banyak peluang pekerjaan
negara

5. Memperbaiki Imbangan Dagangan

Memperbaiki Permintaan terhadap barang import akan
Imbangan Dagangan berkurang akibat daripada tarif dan kuota yang

dikenakan

Kejatuhan dalam nilai import mengurangkan
pembayaran wang keluar negara

Memperbaiki kedudukan imbangan dagangan dan
imbangan pembayaran negara

6. Keselamatan

Keselamatan

Untuk melindungi industri Untuk menghalang kemasukan
penting dan strategik agar barang-barang yang haram
tidak terlalu bergantung pada atau barang makanan yang
dicemari oleh penyakit atau
bekalan import bahan kimia yang bahaya

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 25

Mengatasi Lambakan MODUL NOTA EKONOMI T5

7. Mengatasi Lambakan

Aktiviti menjual sesuatu barang di negara asing dengan harga
yang lebih rendah daripada kos pengeluaran atau harga
keluaran di pasaran dalam negara tersebut
Bertujuan untuk menghabiskan lebihan penawaran dalam

negara atau mengusir pesaing dan wujudkan kuasa monopoli
di pasaran dunia

Lambakan akan menjejaskan industri untuk industri muda
tempatan kerana tidak dapat bersaing dengan pengeluar asing

Pengenaan tarif dapat elakkan pasaran tempatan daripada
masalah ini

Anti lambakan - tindakan menyekat barang import untuk
menghalang penjualan lebihan barang di pasaran tempatan

2.2.4 Kesan Tarif, Subsidi dan Kuota terhadap Perdagangan
Antarabangsa

1. Kesan Pelaksanaan Tarif

a) Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran dicapai
pada titik E0 apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran
S0S0. Tingkat harga dan kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.

b) Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran S1S1 bersilang
dengan keluk permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1. Tingkat harga dicapai
pada P1, dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q4.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 26

MODUL NOTA EKONOMI T5

c) Pada tingkat harga P1, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak
0Q1 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q1Q4.

d) Apabila tarif sebanyak P1P2 dikenakan, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan
keluk permintaan D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan
adalah 0Q3

e) Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak
0Q2 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q2Q3.

f) Jumlah hasil cukai import yang diperoleh oleh kerajaan adalah sebanyak AE2GH.

Kesan Positif Tarif Kesan Negatif Tarif

 Harga kereta diimport akan  Herotan(distortion) dalam peruntukan
meningkat kerana pengimport sumber berlaku apabila sumber yang
memindahkan beban tarif kepada mungkin boleh digunakan dengan
pengguna dengan menaikkan harga lebih cekap dalam industri lain
jualan dialihkan ke industri penggantian
import
 Permintaan kereta diimport akan
menurun manakala permintaan  Pengguna terpaksa menanggung
terhadap kereta keluaran tempatan perbelanjaan yang lebih besar
akan meningkat disebabkan harga
yang secara relatifnya lebih rendah  Menggunakan barangan yang kurang
bermutu
 Penawaran kereta oleh pengeluar
tempatan akan meningkat  Mengurangkan daya saing industri
penggantian import untuk
 Jumlah kereta diimport akan meningkatkan kecekapan
berkurang, perbelanjaan negara atas pengeluaran
kereta import juga menurun
 Menghadapi tindak balas yang sama
 Kerajaan tempatan memperoleh hasil daripada negara yang dikenakan tarif
daripada kutipan tarif

 Peningkatan guna tenaga dalam
negara dan kadar pengangguran
menurun

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 27

MODUL NOTA EKONOMI T5

2. Kesan Pelaksanaan Subsidi

a) Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran dicapai
pada titik E0 apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran
S0S0. Tingkat harga dan kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.

b) Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran S1S1 bersilang
dengan keluk permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1. Tingkat harga dicapai
pada P1 dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q3.

c) Pada tingkat harga P1 , jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak
0Q1 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q1 Q3

d) Selepas kerajaan memberikan subsidi, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan
keluk permintaan D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan
adalah 0Q4

e) Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak
0Q2 + Q0O4 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q2Q0.

f) Jumlah kuantiti yang diimport selepas pemberian subsidi Q2Q0 adalah lebih kecil
jika dibanding dengan sebelum pemberian subsidi iaitu sebanyak Q1 Q3.

Kesan pemberian subsidi

1. Harga barang keluaran tempatan akan menurun.
2. Permintaan terhadap barang keluaran tempatan akan meningkat kerana harganya

secara relatif lebih rendah daripada barang import.
3. Penawaran barang oleh pengeluar tempatan akan meningkat kerana permintaan

terhadap barang keluaran tempatan telah meningkat.
4. Jumlah barang diimport akan berkurang. Oleh itu, perbelanjaan negara atas

barang import akan menurun.
5. Guna tenaga dalam negara akan meningkat kerana aktiviti pengeluaran tempatan

yang meningkat memerlukan lebih banyak tenaga buruh.
6. Oleh itu, kadar pengangguran dalam negara dapat diturunkan.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 28

MODUL NOTA EKONOMI T5

3. Kesan Pelaksanaan Kuota

a) Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran dicapai
pada titik E0 apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran
S0S0. Tingkat harga dan kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.

b) Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran S1S1 bersilang
dengan keluk permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1. Tingkat harga dicapai
pada P1 dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q4.

c) Pada tingkat harga P1 , jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak
0Q1 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q1 Q4

d) Selepas kuota import dikenakan, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan keluk
permintaan D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan adalah
0Q3

e) Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak
0Q2 dan jumlah barang diimport adalah sebanyak Q2Q3.

Kesan kuota import

1. Harga barang diimport akan meningkat kerana penawaran barang import dalam
pasaran tempatan telah berkurang.

2. Permintaan barang diimport akan menurun manakala permintaan terhadap barang
keluaran tempatan akan meningkat kerana harga yang secara relatifnya lebih
rendah.

3. Penawaran barang oleh pengeluar tempatan akan meningkat kerana permintaan
terhadap barang keluaran tempatan telah meningkat.

4. Jumlah barang diimport akan berkurang. Perbelanjaan negara atas barang import
juga menurun.

5. Guna tenaga dalam negara akan meningkat kerana aktiviti pengeluaran tempatan
yang meningkat memerlukan lebih banyak tenaga buruh. Kadar pengangguran
dalam negara dapat diturunkan.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 29

MODUL NOTA EKONOMI T5

2.2.5 Kebaikan dan Keburukan Sekatan Perdagangan
Antarabangsa dan Liberalisasi Perdagangan

Kebaikan Sekatan Perdagangan Antarabangsa

1. Mengurangkan penawaran barang import
 Sekatan perdagangan antarabangsa akan menyebabkan jumlah penawaran barang
import dalarn pasaran tempatan berkurang.
 Harga barang import menjadi lebih mahal berbanding dengan barang keluaran
tempatan dan seterusnya mengurangkan permintaan terhadap barang import.

2. Meningkatkan permintaan terhadap barang tempatan
 Pengurangan permintaan rakyat tempatan terhadap barang import yang lebih mahal
harganya akan membawa kepada peningkatan dalam permintaan terhadap
barangan buatan tempatan yang lebih murah harganya.

3. Mengurangkan pengangguran
 Sekatan perdagangan antarabangsa akan membawa kepada perkembangan industri
tempatan dan meningkatkan permintaan terhadap keluaran tempatan.
 Pihak pengeluar tempatan meningkatkan pengeluaran barangan untuk memenuhi
permintaan dan seterusnya menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan.
 Ini dapat mengurangkan kadar pengangguran negara dan meningkatkan guna
tenaga negara. Pendapatan dan taraf hidup rakyat tempatan akan meningkat.

4. Meningkatkan pendapatan negara
 Sekatan perdagangan antarabangsa dalam bentuk tarif akan menyumbang kepada
sumber hasil cukai kerajaan dan meningkatkan pendapatan negara.
 Pemberian subsidi oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan akan menjadikan
harga barang eksport lebih murah di pasaran antarabangsa.
 Permintaan yang semakin bertambah terhadap barang eksport negara akan
meningkatkan jumlah keuntungan pengeluar tempatan.
 Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan hasil kutipan cukai kerajaan dan
pendapatan negara.

5. Memperbaiki imbangan pembayaran
 Sekatan perdagangan dalam bentuk tarif, kuota, dan kawalan pertukaran asing akan
mengurangkan permintaan terhadap barang import, manakala subsidi yang
diberikan kepada pengeksport akan meningkatkan permintaan terhadap eksport
negara.
 Pengurangan dalam jumlah nilai import negsra dan peningkatan yang besar dalam
jumlah nilai eksport negara akan menjadikan imbangan pembayaran negara
semakin bertambah baik.

6. Melindungi industri tempatan
 Kerajaan memberi perlindungan kepada industri muda tempatan yang belum kukuh
melalui sekatan perdagangan antarabangsa seperti tarif dan kuota supaya dapat
bersaing dengan firma asing yang lebih besar dan cekap.
 Contohnya, duti import yang dikenakan atas kereta import membolehkan industri
kereta tempatan menguasai pasaran dan memperoleh keuntungan yang lebih tinggi.
 Malah, industri muda tempatan yang berkembang maju dapat meningkatkan daya
saing dan produktivitinya untuk bersaing di peringkat global.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 30

MODUL NOTA EKONOMI T5

Keburukan Sekatan Perdagangan Antarabangsa

1. Salah pengagihan sumber
 Dasar perlindungan yang berlebihan menyebabkan banyak sumber ekonomi
diagihkan kepada sektor atau industri yang dilindungi oleh tarif dan bukannya
industri lain yang lebih cekap dan berpotensi.
 Ini akan merugikan negara dalam jangka masa panjang kerana agihan sumber
negara tidak lagi berdasarkan kriteria kecekapan pengeluaran.

2. Merugikan pengguna
 Kenaikan harga barang import hasil daripada sekatan tarif menyebabkan pengguna
terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk menikmati barang import.
 Merugikan para pengguna dan mengurangkan pilihan serta tingkat kepuasan .

3. Pengagihan pendapatan yang tidak adil
 Tindak balas negara rakan dagang mengurangkan import dari Malaysia akan
menjejaskan pertumbuhan dan tingkat keuntungan industri eksport negara.
 Pengeluar akan mengurangkan pengeluaran dan penggunaan tenaga buruh akibat
daripada penurunan permintaan terhadap barang eksport negara.
 Hal ini akan menjejaskan peluang pekerjaan dan pendapatan tenaga buruh yang
terlibat dalam industri yang berorientasikan eksport.
 Jurang pendapatan antara pekerja yang bekerja dalam sektor eksport dengan
pekerja dalam sektor ekonomi yang lain menjadi semakin besar.

4. Mengurangkan eksport
 Rakan dagang Malaysia yang dikenakan sekatan perdagangan antarabangsa dalam
bentuk tarif cenderung untuk mengambil tindak balas dengan mengurangkan import
dari Malaysia.
 Tindakan yang sedemikian akan mengurangkan jumlah nilai eksport Malaysia dan
seterusnya menjejaskan imbangan pembayaran negara.

5. Mewujudkan monopoli
 Industri tempatan yang dilindungi melalui sekatan perdagangan akan cenderung
untuk menjadi pengeluar monopoli dalam pasaran tempatan.
 Kewujudan kuasa monopoli dalam pasaran akan mendatangkan kesan yang negatif
terhadap ekonomi seperti kenaikan harga barang dan ketidakcekapan dalam agihan
sumber ekonomi negara.

6. Ketidakcekapan dalam industri tempatan
 Industri tempatan yang dilindungi melalui dasar sekatan perdagangan antarabangsa
cenderung untuk bergantung kepada kerajaan dan kurang berusaha untuk
meningkatkan tahap kecekapan pengeluaran dan daya saing di peringkat
antarabangsa.
 Kebergantungan yang berpanjangan ini akan mewujudkan ketidakcekapan dalam
operasi pengeluaran dan agihan sumber negara.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 31

MODUL NOTA EKONOMI T5

Liberalisasi Perdagangan

1. Liberalisasi perdagangan bermaksud tiada syarat pegangan atau sekatan dalam
hubungan perdagangan antara sesebuah negara dengan negara yang lain.

2. Liberalisasi melibatkan kelonggaran dalam pegangan ekuiti asing, pengurangan
tarif dan sekatan bukan tarif serta kemasukan tenaga buruh dan pelaburan
langsung asing (FDI) dari luar ke dalam sesebuah negara.

Kebaikan liberalisasi perdagangan Keburukan liberalisasi perdagangan

a. Interaksi dan transaksi antara negara- a. Ketidakupayaan industri tempatan untuk
negara yang terlibat akanmenjadi lebih bersaing dengan pelabur asing yang
intensif tanpa dibatasi oleg sebarang memasuki pasaran tempatan tanpa
peraturan dan undang-undang. sekatan.

b. Memudahkan aliran barang, perkhidmatan, b. Sekatan pelaburan yang diwujudkan oleh
dan sumber antara negara. negara maju dalam industri berteknologi
tinggi seperti industri automotif dan
c. Mengurangkan kos pengeluaran, industri teknologi maklumat dan
meningkatkan skala pengeluaran, dan komunikasi (ICT).
daya saing negara
c. Kewujudan Perjanjian Perdagangan
d. Membolehkan penempatan sumber negara Bebas (FTA) yang bersifat tidak adil dan
kepada dalam industri yang berpotensi biasanya merugikan negara sedang
untuk memperoleh keuntungan yang membangun.
maksimum
d. Hasrat perkongsian kepakaran dan
e. Meningkatkan jumlah keuntungan firma pemindahan teknologi yang moden dari
dan kegiatan penyelidikan dan negara maju tidak berlaku dengan
pembangunan (R&D) yang berterusan sepenuhnya.
untuk tenaga kerja yang pakar dalam
jangka panjang. e. Pergantungan ekonomi negara terhadap
pelaburan dan industri asing dari luar
f. Kemasukan pelaburan asing membantu negara akan mengetepikan kepentingan
merancakkan kadar pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat tempatan.
negara terutamanya industri yang
berorientasikan eksport negara. f. Kemunculan kuasa monopoli akan
menentukan pelbagai syarat dan
g. Mewujudkan persaingan yang sihat, peraturan yang menguntungkan pemodal
menggalakkan usaha inovasi, dan asing, tetapi boleh merugikan negara dan
pemindahan teknologi untuk meningkatkan rakyat setempat.
kecekapan pengeluaran negara

h. Menjana lebih banyak peluang pekerjaan
dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 32

MODUL NOTA EKONOMI T5

2.2.6 Blok Ekonomi dan Perjanjian Perdagangan

Blok Ekonomi

1. Pakatan dalam ekonomi = Blok ekonomi
2. Definisi: Blok ekonomi merupakan satu kumpulan negara yang terdiri daripada

beberapa negara yang berada dalam rantau yang berhampiran untuk menjaga
kepentingan ekonomi bersama-sama.
3. Tujuan: Melindungi negara ahli daripada barang import dari negara bukanahli dan
mengalakkan urus niaga barangan antara negara ahli.
4. Blok ekonomi yeng terbesar di dunia merupakan Kesatuan Eropah (EU).

Kesatuan Eropah (European Union, EU)

1. Kesatuan Eropah (EU) merupakan satu kesatuan antarabangsa yang dianggotai
oleh kebanyakan negara di Eropah.

2. Bertujuan mengimbangi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun yang sukar
digugat oleh mana-mana negara pada masa itu.

3. Objektif penubuhan Kesatuan Eropah ialah:

a. Menghapuskan duti kastam dalam kalangan negara anggota
Objektif penubuhan Kesatuan Eropah
b. Menggalakkan urusan perdagangan dijalankan secara
bebas

c. Mewujudkan kebebasan aliran modal dalam kalangan
negara anggota

d. Menyelaraskan dasar kewangan dan fiskal dalam kalangan
negara anggota

e. Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara
negara anggota

Perjanjian Perdagangan

1. Perjanjian perdagangan merupakan perjanjian yang ditandatangani oleh dua atau lebih
negara atas persetujuan bagi syarat sekatan perdagangan antarabangsa semasa
menjalankan urus niaga antara negara.

2. Antara perjanjian perdagangan yang disertai oleh Malaysia :

a) Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (Asean Free Trade Area, AFTA)
b) Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan

(General Agreement on Tariffs dan Trade, GATT)

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 33

Objektif utama perjanjian AFTA MODUL NOTA EKONOMI T5

a) Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (Asean Free Trade Area, AFTA)
- Perjanjian yang dibuat untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang

terlibat.
- Pada tahun 2017, AFTA terdiri daripada sepuluh buah negara ASEAN iaitu

Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Laos,
Myanmar, dan Kemboja.
- Objektif utama perjanjian AFTA ialah:

i. Meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan
pengeluaran dalam pasaran antarabangsa melalui penghapusan

halangan tarif dan bukan tarif dalam kalangan ASEAN

ii. Menarik kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dan
teknologi baharu ke dalam ASEAN

iii. Mengembangkan jumlah perdagangan intra-ASEAN dan
meluaskan pasaran ke luar negara.

iv. Persaingan menguasai pasaran yang terbuka dalam kalangan
negara ASEAN akan meningkatkan mutu keluaran dan kecekapan

pengeluaran

v. Skala pengeluaran yang besar akan memaksimumkan
penggunaan input pengeluaran dan meningkatkan kecekapan

pengeluaran.

b) Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan
(General Agreement on Tariffs dan Trade, GATT)

- Malaysia adalah antara ahli WTO yang terawal kerana telah menjadi ahli dalam
GATT sejak tahun 1957.

- Tujuan pembentukan GATT adalah untuk mencipta suatu suasana
perdagangan antarabangsa yang harmoni dan sihat serta mempunyai
liberalisasi perdagangan yang berlanjutan.

- Objektif utama GATT ialah mengurangkan halangan dalam hubungan
perdagangan bebas dan menghapuskan diskriminasi dalam perdagangan
antarabangsa.

- Hal ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup umat manusia, peluang
pekerjaan, dan pemanfaatan bersama kekayaan alam dunia.

- GATT telah diwujudkan dengan penyertaan 23 buah negara pada tahun 1947
dan berpusat di Geneva.

- Pengurangan halangan perdagangan dalam pasaran eksport dan peningkatan
peluang pasaran telah meningkatkan eksport negara.

- Salah satu daripada faedah utama yang dinikmati oleh Malaysia adalah layanan
sama rata atas barangan di dalam pasaran negara ahli-ahli WTO yang lain.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 34

MODUL NOTA EKONOMI T5

2.2.7 Kesan Blok Ekonomi dan Perjanjian PerdaganganKesan Positif Blok Ekonomi Dan
Perjanjian Perdagangan
Kesan Positif Blok Ekonomi Dan Perjanjian Perdagangan

1. Menggalakkan pemindahan
teknologi dan kepakaran

2. Peluasan pasaran

3. Mobiliti modal dan tenaga kerja

4. Peningkatan pelaburan langsung
asing (FDI)

5. Pertambahan peluang pekerjaan

6. Peningkatan daya saing negara dan
kualiti barangan

7. Perkongsian sumber tenaga dan
bahan mentah

8. Penjagaan Alam Sekitar

Kesan Positif Blok Ekonomi Dan Perjanjian Perdagangan

(1) Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran
i. Menerusi perjanjian perdagangan, teknologi moden dan kepakaran dari negara maju

dapat disalurkan untuk pembangunan ekonomi dan tingkat teknologi di negara sedang
membangun.
ii. Penduduk tempatan dapat mempelajari dan menguasai kaedah pengendalian teknologi
yang baharu melalui latihan kemahiran dan pelbagai kegiatan penyelidikan dan
pembangunan (R&D).
(2) Peluasan pasaran
i. Penghapusan Dasar Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT), penghapusan stok
penimbal, serta provokasi pasaran akan memberikan peluang kepada keluaran dari
negara sedang membangun untuk menembusi pasaran negara maju dengan hak yang
sama rata.
ii. Ini memberikan kuasa mutlak kepada kuasa pasaran dalam urus niaga barang dan
perkhidmatan.
iii. Contohnya, pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) membolehkan
barang dan perkhidmalan dari kalangan negara anggota ASEAN memasuki pasaran
negara anggota yang lain dengan lebih mudah dan menikmati faedah pasaran secara
bersama.
(3) Mobiliti modal dan tenaga kerja
i. Kerjasama blok ekonomi dan persefahaman perjanjian perdagangan telah
menggalakkan pengaliran modal dan tenaga buruh mahir dan separa mahir secara
bebas.
ii. Pertambahan sumber modal dan tenaga buruh yang mahir akan meningkatkan daya
saing dan daya pengeluaran yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi
negara.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 35

MODUL NOTA EKONOMI T5

iii. Contohnya, syarikat multinasional Malaysia seperti Top Glove, Public Bank Berhad,
dan Petronas Berhad telah berpeluang meningkatkan pelaburan mereka ke pasaran
seluruh dunia.

(4) Peningkatan pelaburan langsung asing (FDI)
i. Kerjasama dan permuafakatan dengan negara yang maju akan membawa masuk

pelaburan langsung asing dan teknologi baharu kepada negara sedang membangun
yang kekurangan kepakaran dalam industri berteknologi tinggi (HITEC).
ii. Penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengendalian kursus
kemahiran yang moden telah membuka lebih banyak peluang kepada tenaga pekerja
tempatan untuk mempelajari dan menguasai teknologi yang terkini dan canggih.
iii. Corak perniagaan yang moden seperti persidangan video, e-dagang dan e-perbankan
membolehkan peniaga dan pengguna menjalankan urns niaga lebih cepat lancar.
iv. Kadar pertumbuhan ekonomi negara yang pesat dan mampan akan menyumbang
kepada peningkatan dalam pendapatan negara.
(5) Pertambahan peluang pekerjaan
i. Kemasukan pelabur asing dan pengaliran masuk modal yang banyak telah mernbawa
pembangunan yang pesat kepada industri di negara membangun dan mewujudkan
peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
ii. Kadar pengangguran yang semakin berkurang telah membantu meningkatkan taraf
hidup rakyat dan memutuskan lingkaran kemiskinan yang berlanjutan di negara sedang
membangun.
iii. Negara sedang membangun di Asia Pasifik seperti Malaysia, Thailand, Vietnam, dan
China yang banyak menghasilkan keluaran industri telah memperoleh keuntungan
melalui pengeluaran berskala besar, pengukuhan rangkaian pasaran, dan persaingan
yang lebih sihat.
(6) Peningkatan daya saing negara dan kualiti barangan
i. Pembukaan pasaran perdagangan antarabangsa yang lebih luas dalam kalangan
negara anggota membolehkan produk industri negara dipasarkan dengan meluas dan
menguntungkan.
ii. Peningkatan kecekapan pengeluaran akan meminimumkan kos pengeluaran,
menawarkan barang pada harga yang lebih murah, dan pilihan barang yang lebih
pelbagai.
(7) Perkongsian sumber tenaga dan bahan mentah
i. Negara yang tidak mempunyai bekalan tenaga yang mencukupi untuk menggerakkan
sektor perindustrian dalam negara.
ii. Negara yang maju dalam sektor perindustrian boleh membeli bahan mentah yang
mencukupi dari negara sedang membangun yang terlibat dengan sektor pertanian dan
perladangan.
iii. Contohnya, Jepun dan negara di Eropah terpaksa bergantung kepada negara-negara
Teluk dan negara-negara Asia yang lain untuk mendapatkan bekalan petroleum dan
bahan mentah untuk pembangunan sektor perindustrian negara.
(8) Penjagaan alam sekitar
i. Negara-negara anggota blok ekonomi seperti ASEAN, APEC, dan EU telah mencapai
persefahaman dalam urusan penjagaan alam sekitar secara kolektif, khususnya dalam
menangani masalah alam sekitar seperti pencemaran laut dan udara, jerebu, kesan
runiah hijau, dan permasalahan marin.
ii. Negara-negara anggota bermuafakat menjalankan usaha sama dalam membuat
pengesanan, rondaan, kawal selia, pengawasan, dan pemuliharaan apabila berlaku
masalah pengurusan dan penjagaan alam sekitar.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 36

MODUL NOTA EKONOMI T5

Kesan Negatif Blok Ekonomi Dan Perjanjian PerdaganganKesan Negaif Blok Ekonomi Dan
Perjanjian Perdagangan
1. Kegawatan ekonomi
2. Tekanan ekonomi dan bebanan hidup

golongan miskin
3. Corak penjajahan baharu ekonomi

4. Masalah lambakan barang
5. Ancaman kepada industri muda tempatan
6. Pencemaran terhadap budaya tempatan

Kesan Negatif Blok Ekonomi Dan Perjanjian Perdagangan

(1) Kegawatan ekonomi
i. Kebebasan aliran masuk keluar modal antarabangsa boleh menggugat kestabilan

sistem kewangan negara anggota tanpa pengawalan yang sistematik.
ii. Tindakan menarik keluar modal asing secara mendadak akan menyebabkan ekonomi

sesebuah negara mengalami kegawatan dan operasi pengeluaran industri boleh
tergugat.
iii. Hal ini akan menyebabkan kadar pengangguran negara meningkat dan fenomena
ketidakstabilan dalam pasaran ekuiti serta pertukaran asing.

(2) Tekanan ekonomi dan bebanan hidup golongan miskin
i. Dengan perjanijian perdagangan yang ditandatangani, ini akan membawa kepada

penghapusan hak-hak keistimewaan dan subsidi kepada golongan miskin dan kurang
bernasib baik.
ii. Tindakan ini akan menyebabkan peningkatan dalam harga barangan dan kos sara
hidup rakyat tempatan yang semakin membebankan.
iii. Isi rumah terpaksa berhadapan dengan masalah inflasi berikutan kejatuhan kadar
upah, kejatuhan dalam kutipan hasil cukai kerajaan dan akhirnya akan menggugat
kedudukan kewangan kerajaan.

(3) Corak penjajahan baharu ekonomi
i. Dasar ekonomi negara yang terbuka mudah membawa kepada kemunculan kuasa

monopoli ekonomi dalam sesebuah negara.
ii. Contohnya, kuasa monopoli syarikat gergasi dalam sektor kewangan tempatan dan

kawalan operasi ekonomi oleh pelabur asing yang menjaga kepentingan diri.
iii. Sumber kekayaan ekonomi terutamanya di negara sedang membangun akan dikuasai

oleh dana asing yang mengutamakan keuntungan maksimum semata-semata tanpa
mengambil kira kebajikan golongan yang kurang kemampuan.
iv. Syarikat multinasional asing cenderung mengeksploitasi tenaga pekerja tempatan
dengan kadar upah yang lebih rendah dengan beban kerja yang banyak.
v. Wujud kuasa monopoli banj perdagangan tempatan oleh syarikat gergasi dan kawalan
ekonomi oleh pelabur asing bagi menjaga kepentingan masing-masing.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 37

MODUL NOTA EKONOMI T5

(4) Masalah lambakan barang
i. Lambakan merupakan aktiviti menjual sesuatu barang di negara asing dengan harga

yang lebih rendah, bertujuan untuk menghabiskan lebihan penawaran dalam negeri
atau mengusir pesaing dan mewujudkan kuasa monopoli di pasaran dunia.
ii. Wujudnya lambakan barang import yang dijual dengan harga rendah dan kurang
berkualiti.
iii. Tindakan lambakan akan menjejaskan industri muda tempatan, peluang pekerjaan
penduduk, pendapatan isi rumah dan juga pendapatan negara.
iv. Contohnya, produk keluaran China, Indonesia, dan Thailand yang lebih murah
harganya sering menjadi pilihan penduduk Malaysia berbanding dengan barangan
buatan tempatan.
(5) Ancaman kepada industri muda tempatan
i. Penghapusan dasar perlindungan terhadap keluaran tempatan akan menyebabkan
pengeluar tempatan terpaksa bersaing dengan barangan dari luar negara.
ii. Tindakan penggabungan dan pengambilalihan oleh syarikat multinasional akan
menyebabkan syarikat atau industri tempatan yang kecil dan sederhana (IKS)
menghadapi ancaman kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat besar dari luar
negara.
iii. Contohnya, dalam industri automotif, teknologi maklumat dan pengeluaran ubat-ubatan
yang dikuasai oleh negara maju melalui tingkat teknologi dan ekonomi
bidangan/berskala besar.
(6) Pencemaran terhadap budaya tempatan
i. Budaya luar yang tidak sesuai dengan budaya setempat dapat disebarkan melalui
internet dan televisyen satelit.
ii. Generasi muda senang terikut-ikut sehingga menyebabkan nilai dan budaya tempatan
yang murni terhakis dan seterusnya membawa kepada keruntuhan akhlak dalam
kalangan anak tempatan.

2.3 Imbangan Pembayaran

2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia

Komposisi
Dagangan Malaysia

Eksport Import

i. Eksport barang i. Import barang
nampak nampak

ii. Eksport barang ii. Import barang tak
tak nampak nampak

Komposisi eksport

 Barang dan perkhidmatan yang dijual oleh Malaysia kepada rakyat di negara asing
dikenal sebagai eksport.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 38

MODUL NOTA EKONOMI T5

(A) Eksport barang nampak

1. Merujuk kepada barang nyata yang dikeluarkan dalam Malaysia dan dijual ke luar
negara.

a) Pertanian - Hasil pertanian iaitu minyak kelapa sawit, getah,
b) Perlombongan kayu gergaji dan kayu balak, koko, dan lada hitam.

c) Pembuatan - Hasil keluaran daripada sektor perlombongan iaitu
cati gali sumber semula jadi.

- Contohnya, minyak mentah, gas asli cecair, dan bijih
timah.

- Hasil keluaran sektor perkilangan
- Contohnya, barang elektrik dan elekronik, perkakas

litar elektrik,marjerin, kain kapas serta kapur dan
simen, pakaian dan perabot.

(B) Eksport barang tak nampak

1. Merujuk perkhidmatan yang disediakan oleh rakyat tempatan kepada rakyat negara
asing.

a) Perkhidmatan  Perbelanjaan pelancong, pelajar, ahli sukan dan
pelancongan pesakit asing di Malaysia.

b) Perkhidmatan  Seperti penginapan, makanan, hiburan,
pengangkutan pengangkutan domestik, hadiah dan cenderamata
yang diperoleh oleh pelawat asing ketika berada di
c) Perkhidmatan Malaysia.
telekomunikasi,
komputer dan  Bayaran tambang (Freight) yang diterima oleh firma
maklumat perkapalan tempatan, tambang penumpang, bayaran
d) Perkhidmatan kemudahan lapangan terbang dan bayaran parkir
pembinaan pesawat serta bayaran perkhidmatan pos dan kurier
daripada firma asing atau rakyat asing.
e) Perkhidmatan
insurans dan pencen  Perkhidmatan telekomunikasi seperti radio dan
televisyen, perisian komputer dan perkhidmatan
f) Perkhidmatan maklumat seperti berita daripada firma tempatan
kewangan yang dilanggan oleh rakyat asing.

 Dilaksanakan oleh rakyat Malaysia atau firma
Malaysia di luar negara termasuk pembinaan
bangunan, pemasangan jentera serta perkhidmatan
penyewaan peralatan pembinaan.

 Perkhidmatan menyediakan insurans hayat, insurans
bukan hayat, insurans semula, insurans tambang
muatan, pencen dan perkhidmatan tambahan
kepada insurans oleh firma insurans Malaysia
kepada rakyat asing dan firma asing.

 Caj dan bayaran perkhidmatan kewangan untuk
simpanan atau pinjaman, bayaran pengurusan aset,
bayaran perkhidmatan operasi, dan pengawalseliaan

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 39

MODUL NOTA EKONOMI T5

g) Perkhidmatan pasaran kewangan yang diterima oleh rakyat
perkilangan tempatan dan firma tempatan dari luar negara.

h) Bayaran  Bayaran yang diterima oleh firma tempatan yang
penggunaan harta menyediakan perkhidmatan pemprosesan kepada
intelek pemilik barangan bagi aktiviti pembuatan seperti
pengumpulan, pembungkusan atau pelabelan
i) Perkhidmatan
peribadi, budaya dan  Bayaran bagi penggunaan hak intelek seperti paten,
rekreasi cap dagang, hak cipta, reka cipta, proses industri,
rahsia perdagangan dan francais.

 Perkhidmatan berkaitan audiovisual, akses, sewaan
audiovisual, bayaran kepada pelakon, pengarah dan
pengeluar, perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan
kesihatan, perkhidmatan sukan, rekreasi dan hiburan
yang disediakan oleh rakyat Malaysia kepada rakyat
asing.

(A) Import Barang Nampak

1. Merujuk kepada barang nyata yang dibeli oleh rakyat Malaysia daripada luar negara.

a) Barang pengantara  Barang ini diimport dan diproses semula menjadi
barang siap.
b) Barang modal
(pelaburan)  Contoh: makanan dan minuman, bahan api dan
c) Barang pengguna pelincir serta alat ganti dan kelengkapan
pengangkutan.

 Barang yang diimport dari luar negara untuk
membantu proses pengeluaran serta meningkatkan
keupayaan pengeluaran firma.

 Contoh: mesin, jentera, peralatan dan kelengkapan.
 Barangan ini diimport untuk kegunaan pengguna

akhir.
 Contoh: perabot, kenderaan, makanan dan minuman

serta pakaian.

(B) Import Barang Tak Nampak

1. Bermaksud perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakyat asing kepada rakyat
Malaysia.

a. Perkhidmatan pelancongan f. Perkhidmatan kewangan
b. Perkhidmatan pengangkutan g. Perkhidmatan peribadi, budaya dan
c. Perkhidmatan telekomunikasi,
rekreasi
komputer dan maklumat h. Perkhidmatan perkilangan
d. Perkhidmatan pembinaan i. Bayaran penggunaan harta intelek
e. Perkhidmatan insurans dan

pencen

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 40

MODUL NOTA EKONOMI T5

2.3.2 Imbangan Pembayaran

1. Satu rekod sistematik tentang jumlah penerimaan dan jumlah pembayaran
kewangan sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh satu tahun.

2. Akaun imbangan pembayaran melibatkan rekod butiran debit dan kredit.

Debit Kredit

Pembayaran kewangan Penerimaan Kewangan
Contoh : Rakyat Malaysia Contoh : Syarikat penerbangan
membelajankan RM4 000 semasa Malaysia menerima bayaran tambang

bercuti di Korea daripada Syarikat China

3. Terdiri daripada tiga komponen utama:

Imbangan Pembayaran

Akaun Modal Akaun Semasa Akaun
Kewangan

Komponen Utama Butiran

Akaun Modal Merekod perubahan bersih i. Perolehan / Pelupusan aset
dalam pemilikan aset. bukan kewangan

ii. Pindahan modal

Akaun Semasa Merekodkan nilai eksport i. Akaun barangan
dan import barang dan ii. Akaun perkhidmatan
perkhidmatan serta iii. Akaun pendapatan primer
pendapatan. iv. Akaun pendapatan sekunder

Akaun Merekod aliran masuk modal i. Pelaburan langsung
Kewangan dan aliran keluar modal bagi ii. Pelaburan portfolio
iii. Derivatif kewangan
sesebuah negara. iv. Pelaburan lain

2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran

1. Akaun semasa merekodkan nilai eksport dan import barang serta perkhidmatan
dan juga pendapatan.

2. Terdiri daripada empat butiran utama:

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 41

MODUL NOTA EKONOMI T5

Akaun Semasa

1. Akaun Barangan 2. Akaun 3. Akaun 4. Akaun Pendapatan
Perkhidmatan Pendapatan Primer Sekunder

(1) Akaun Barangan

a) Merekodkan jumlah nilai eksport barang nampak dengan jumlah nilai import
barang nampak.

Imbangan dagangan = Jumlah nilai eksport – Jumlah nilai import

barang nampak barang nampak

b) Terdapat tiga jenis imbangan dagangan iaitu:

Imbangan Dagangan

Imbangan Imbangan Dagangan Imbangan Dagangan
Dagangan Lebihan Seimbang Kurangan

nilai eksport nilai eksport nilai eksport
barang nampak > barang nampak = barang nampak <
nilai import barang nilai import barang nilai import barang

nampak nampak nampak

(2) Akaun Perkhidmatan

c) Merekodkan eksport dan import barang tak nampak dalam negara.
Imbangan perkhidmatan = Jumlah nilai eksport – Jumlah nilai import
barang tak nampak barang tak nampak

d) Antara beberapa butiran penting yang direkodkan ialah penerimaan dan
pembayaran daripada aktiviti seperti:

Butiran Akaun
Perkhidmatan

1. Perjalanan 2. 3. Perkhidmatan, 4. Pembinaan 5. Perkhidmatan,
dan Perkhidmatan telekomunikasi, insurans dan
komputer dan pencen
pengangkutan kewangan
informasi 42

(3) Akaun Pendapatan

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018)

MODUL NOTA EKONOMI T5

e) Merekodkan penerimaan dan pembayaran pendapatan oleh sesebuah
negara.

Imbangan akaun = Jumlah penerimaan – Jumlah pembayaran

pendapatan pendapatan pendapatan

f) Pendapatan tersebut terdiri daripada dua sumber :

Sumber pendapatan

Pendapatan Pendapatan
primer sekunder

 Pampasan pekerja (upah, gaji dan  Pendapatan dalam bentuk
faedah lain) yang diperoleh oleh bayaran pindahan iaitu urus
warganegara asing yang bekerja di niaga yang tidak memerlukan
Malaysia dan warganegara Malaysia balasan.
yang bekerja di luar negara.
 Antaranya ialah biasiswa,
 Pendapatan pelaburan (untung dan bantuan, kiriman wang dan
dividen) daripada pelaburan yang derma.
dibayar kepada pelabur asing yang
melabur di Malaysia serta pendapatan
yang diterima oleh warganegara
Malaysia yang melabur di luar negara.

2.3.4 Defisit dan Lebihan Akaun Semasa

1. Akaun semasa merekodkan semua nilai penerimaan dan pembayaran negara
dalam akaun barangan, perkhidmatan dan juga pendapatan.

2. Berdasarkan jumlah penerimaan dan pembayaran daripada ketiga-tiga akaun,
akaun semasa boleh dibahagikan kepada dua jenis seperti yang berikut :

i) Lebihan Akaun Jumlah penerimaan kewangan lebih besar daripada jumlah
Semasa pembayaran kewangan dalam akaun semasa.
Jumlah pembayaran kewangan lebih besar daripada jumlah
ii) Defisit Akaun Semasa penerimaan kewangan dalam akaun semasa

2.3.5 Sebab dan Implikasi Lebihan dan Defisit Akaun Semasa

a) Lebihan akaun semasa berlaku apabila jumlah penerimaan kewangan
melebihi jumlah pembayaran kewangan dalam akaun semasa.

 Faktor-faktor yang menyebabkan lebihan akaun semasa ialah :

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 43

MODUL NOTA EKONOMI T5

1. Permintaan yang tinggi untuk eksportFaktor Lebihan
Akaun Semasa
2. Permintaan yang rendah untuk import

3. Peningkatan produktiviti

4. Peningkatan penerimaan pendapatan
primer dan sekunder

b) Defisit akaun semasa berlaku apabila jumlah pembayaran kewangan
melebihi jumlah penerimaan kewangan dalam akaun semasa.

 Faktor-faktor yang menyebabkan defisit akaun semasa ialah :


1. Permintaan yang rendah untuk eksport

Faktor Defisit 2. Permintaan yang tinggi untuk import
Akaun Semasa
3. Penurunan produktiviti

4. Peningkatan pembayaran pendapatan
primer dan sekunder

5. Kekurangan inovasi dan aktiviti
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Sebab Lebihan Akaun Semasa Sebab Defisit Akaun Semasa

1. Permintaan yang tinggi untuk eksport 1. Permintaan yang rendah untuk eksport
- disebabkan oleh - disebabkan oleh
a.penurunan daya saing dalam sektor
a.peningkatan daya saing sektor perkilangan
b.kejatuhan nilai mata wang perkilangan
c.peningkatan pendapatan di negara-negara b.kenaikan nilai mata wang Malaysia
c.penurunan pendapatan di negara-negara
yang mengimport barang atau perkhidmatan
yang mengimport barang atau perkhidmatan.
2. Permintaan yang rendah untuk import
- disebabkan oleh 2. Permintaan yang tinggi untuk import
- disebabkan oleh
a.kecenderungan rakyat tempatan a.Kecenderungan rakyat tempatan
mengutamakan barang dan perkhidmatan
tempatan mengutamakan barang dan perkhidmatan
import
b.kejatuhan nilai mata wang di negara rakan b.Peningkatan import barang pengantara dan
dagang barang modal
c.Kenaikan nilai mata wang Malaysia
c.berlaku inflasi di negara rakan dagang
3. Peningkatan produktiviti 3. Penurunan produktiviti
- disebabkan oleh: - disebabkan oleh:
a. Buruh yang kurang mahir
a.Peningkatan kemahiran buruh b. Penggunaan kaedah pengeluaran yang
b.Penggunaan kaedah pengeluaran yang lebih
kurang efisien yang membawa kepada
efisien yang membawa kepada peningkatan pengurangan pengeluaran
pengeluaran dengan kos purata yang rendah

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 44

MODUL NOTA EKONOMI T5

4. Peningkatan penerimaan pendapatan 4. Peningkatan pembayaran pendapatan
primer dan sekunder primer dan sekunder
a.Akan mendorong kepada lebihan akaun
semasa a.Akan mendorong kepada defisit akaun
b.Misalnya lebih banyak keuntungan diterima semasa.
daripada pelaburan di luar negara serta
kiriman wang daripada rakyat Malaysia yang b.Misalnya, lebih banyak keuntungan yang
bekerja di luar negara. diterima oleh pelabur asing dalam negara
serta kiriman wang ke luar negara oleh rakyat
asing yang bekerja di sesebuah negara.

5. Kekurangan inovasi dan aktiviti
penyelidikan dan pembangunan (R&D)

a.Kekurangan aktiviti Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D) menyebabkan
kekurangan penciptaan barang dan
perkhidmatan yang baharu.

b.Tahap inovasi yang rendah akan
mengurangkan daya saing produk sesebuah
negara di pasaran antarabangsa.

c.Keadaan ini menyebabkan permintaan
terhadap eksport barang jatuh dan
mendorong kepada defisit akaun semasa.

c) Lebihan akaun semasa membawa kesan positif terhadap ekonomi
sesebuah negara.
 Implikasi lebihan akaun semasa dapat dilihat dalam aspek yang berikut :

1. Peningkatan dalam pendapatan negara

Implikasi Lebihan 2. Peningkatan guna tenaga
Akaun Semasa 3. Peningkatan taraf hidup

4. Peningkatan kadar pertukaran asing

5. Inflasi

d) Defisit akaun semasa membawa kesan negatif terhadap ekonomi sesebuah
negara.
 Implikasi defisit akaun semasa dapat dilihat dalam aspek-aspek yang
berikut :

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 45

MODUL NOTA EKONOMI T5

Implikasi Defisit 1. Penurunan dalam pendapatan negara
Akaun Semasa 2. Penurunan guna tenaga
3. Penurunan taraf hidup

4. Penurunan kadar pertukaran asing

Implikasi Lebihan Akaun Semasa Implikasi Defisit Akaun Semasa

1. Peningkatan dalam pendapatan negara 1. Penurunan dalam pendapatan negara
 Peningkatan permintaan untuk barang  Disebabkan oleh penurunan permintaan

eksport akan meningkatkan pengeluaran terhadap eksport barang dan perkhidmatan
barang dan perkhidmatan dalam negara. yang mengurangkan pengeluaran barang dan
perkhidmatan dalam negara.
2. Peningkatan guna tenaga 2. Penurunan guna tenaga
 Peningkatan permintaan untuk barang  Penurunan permintaan terhadap eksport
barang dan perkhidmatan mengurangkan
eksport mewujudkan lebih banyak peluang peluang pekerjaan dalam negara dan
pekerjaan untuk rakyat tempatan dan meningkatkan kadar pengangguran dalam
mengurangkan kadar pengangguran dalam negara.
negara. 3. Penurunan taraf hidup
3. Peningkatan taraf hidup  Peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan
 Kewujudan peluang pekerjaan meningkatkan pendapatan masyarakat merosot dan
pendapatan masyarakat dan meningkatkan menurunkan kuasa beli dan taraf hidup
kuasa beli dan taraf hidup penduduk. penduduk.
4. Penurunan kadar pertukaran asing
4. Peningkatan kadar pertukaran asing  Penurunan permintaan terhadap eksport
 Peningkatan permintaan terhadap eksport barang dan perkhidmatan mengurangkan
permintaan terhadap mata wang tempatan di
menambahkan permintaan terhadap mata pasaran luar negara dan seterusnya
wang tempatan di pasaran luar negara dan menurunkan kadar pertukaran asing.
ini dapat meningkatkan kadar pertukaran
asing.
5. Inflasi
 Permintaan yang tinggi terhadap barang dan
perkhidmatan menaikkan harga barang dan
perkhidmatan dan boleh membawa kepada
peningkatan kadar inflasi.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 46

MODUL NOTA EKONOMI T5Cara Mengatasi
Defisit Akaun Semasa
Cara Mengatasi Defisit Akaun Semasa
 Kerajaan boleh mengatasi masalah ini melalui beberapa tindakan berikut:

1. Meningkatkan peruntukan atau pelaburan atas
sektor pendidikan dan kesihatan

2. Meningkatkan pelaburan dalam kemudahan dan
infrastruktur

3. Meningkatkan insentif kerajaan

4. Mengurangkan import

1. Meningkatkan peruntukan • supaya meningkatkan kualiti sumber manusia dari
atau pelaburan atas sektor segi kemahiran, inovasi dan produktiviti
pendidikan dan kesihatan • untuk meningkatkan daya saing negara di
peringkat antarabangsa

2. Meningkatkan pelaburan • seperti lapangan terbang, pelabuhan dan stesen
dalam kemudahan dan telekomunikasi
infrastruktur • untuk meningkatkan aktiviti ekonomi khususnya
industri berorientasikan eksport

3. Meningkatkan insentif • seperti insentif pelaburan, pelepasan cukai,
kerajaan subsidi eksport dan kelonggaran keperluan visa
untuk pelancong
• untuk meningkatkan pelaburan asing serta
permintaan terhadap eksport barang dan
perkhidmatan

4. Mengurangkan import • dengan mengenakan sekatan seperti tarif dan
kuota yang dapat membantu meningkatkan
permintaan barang tempatan

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 47

MODUL NOTA EKONOMI T5

2.4 Kadar Pertukaran Asing

2.4.1 Pertukaran Asing

 Maksud : Pertukaran asing merujuk kepada mata wang negara lain yang dimiliki oleh
sesebuah negara.

 Kepentingan pertukaran asing :

1. Membiayai import

Kepentingan 2. Membayar balik pinjaman luar negara
Pertukaran Asing
3. Membuat pelaburan di luar negara

4. Mempertahankan nilai mata wang negara

Kepentingan Huraian
pertukaran asing
1. Membiayai import  Malaysia mengimport barangan Jepun dan
membayar menggunakan mata wang Yen.
2. Membayar balik
pinjaman luar negara  Mata wang asing diperlukan untuk membayar
3. Membuat pelaburan hutang negara yang dibuat dari negara lain.
di luar negara
 Negara yang mempunyai banyak pertukaran
4. Mempertahankan asing akan menggalakkan rakyatnya melabur di
nilai mata wang negara luar negara untuk memperoleh pulangan yang
lebih tinggi.

 Nilai mata wang tempatan berbanding mata wang
asing tertentu boleh dikawal oleh bank negara
dengan membeli atau menjual mata wang negara
di pasaran mata wang asing.

 Bank pusat sesebuah negara akan menggunakan
rizab asing negara untuk membeli mata wang
negara apabila nilainya jatuh dan sebaliknya.

2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing

1. Kadar pertukaran asing merujuk kepada harga mata wang sesebuah negara yang
dinyatakan dalam nilai mata wang asing.
 Contohnya, kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika
ialah RM4.4250 = USD 1.

2. Harga kadar pertukaran asing ditentukan apabila berlaku keseimbangan permintaan dan
penawaran mata wang asing di pasaran.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 48

MODUL NOTA EKONOMI T5

 Nilai sesuatu mata wang akan meningkat (menurun) apabila berlaku lebihan

permintaan (penawaran).

3.

Harga Jualan Mata Wang Harga Belian Mata Wang

Harga jualan mata wang bermaksud Harga belian mata wang merujuk
harga bank atau money trader menjual kepada harga bank atau money trader
mata wang asing untuk mendapatkan membeli mata wang asing dengan
mata wang tempatan sesebuah negara menukarkan mata wang tempatan
sesebuah negara.

Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia
dengan Dolar Amerika:

Situasi: Mata Wang Harga Belian (RM) Harga Jualan (RM)
Unit Dolar Amerika USD
1 4.4250 4.4290

(a) Menukarkan Ringgit Malaysia (b) Menukarkan mata wang asing
kepada mata wang asing kepada Ringgit Malaysia

Andaikan seorang pengimport di Andaikan seorang pengimport di
Malaysia telah mengimport barang Amerika Syarikat telah mengimport
elektronik yang bernilai RM796 500 dari barang yang bernilai USD36 000 dari
Amerika Syarikat. Berapakah jumlah Malaysia. Berapakah jumlah mata
mata wang Dolar Amerika yang wang Ringgit Malaysia yang diperlukan
diperlukan oleh pengimport tersebut oleh pengimport tersebut untuk
untuk membuat bayaran kepada membuat bayaran kepada
pengeksport di Amerika Syarikat? pengeksport di Malaysia?

Cara penyelesaian: Cara penyelesaian:
Bank atau money trader akan menjual Bank atau money trader akan membeli
Dolar Amerika kepada pengimport dan Dolar Amerika daripada peniaga dan
menerima bayaran dalam Ringgit membayar dalam Ringgit Malaysia. Oleh
Malaysia. Oleh itu, harga jualan akan itu, harga belian akan digunakan dalam
digunakan dalam pengiraan ini. pengiraan ini. Berdasarkan maklumat
Berdasarkan maklumat pertukaran asing pertukaran asing yang diberikan, harga
yang diberikan, harga jualan bagi satu belian bagi satu unit Dolar Amerika ialah
unit Dolar Amerika ialah RM4.4290. RM4.4250.

USD1 = RM4.4290 USD1 = RM4.4250

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 49

MODUL NOTA EKONOMI T5

Hubungan antara mata wang tepatan dengan mata wang asing adalah seperti
yang berikut :

Jumlah mata wang tempatan x Unit mata wang asing
Harga jualan

Mata wang tempatan Mata wang asing
(Ringgit Malaysia) (Mata wang negara

lain)

Jumlah mata wang asing x Harga belian
Unit mata wang asing

2.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran Mata
Wang Asing

 Harga belian dan jualan mata wang asing adalah dipengaruhi oleh permintaan dan
penawaran mata wang tersebut dalam pasaran pertukaran asing.

 Antara faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran mata wang asing
adalah seperti yang berikut:

Faktor Permintaan DD / Kesan
Penawaran SS Perminaraan DD /
Eksport negara Penawaran SS
(Malaysia)  RM Wang Asing (USD)
Eksport negara
(Malaysia)  DD RM  SS USD untuk membeli RM
Import negara
(Malaysia)  DD RM  SS USD untuk membeli RM
Import negara
(Malaysia)  SS RM untuk membeli DD USD untuk membeli RM
Kadar faedah USD
(Malaysia) 
Kadar faedah SS RM untul membeli USD DD USD untuk membeli RM
(Malaysia) 
Kadar faedah DD RM  SS USD untuk melabur di
(Amerika Syarikat)  Malaysia
DD RM 
SS USD untuk melabur di
SS RM untuk melabur di Malaysia
Amerika Syarikat DD USD 

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 50


Click to View FlipBook Version