BMMB1074 17/10/2022
SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
PERNYATAAN MASALAH
isu dan cabaran kedudukan bahasa Melayu
dalam arus perkembangan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK)
JENIS TUGASAN
TUGASAN 2 (50%)
E-PORTFOLIO
https://sites.google.com/epembelajara
n.edu.my/e-portfolio-arif/ebook
MAKLUMAT PENULIS
1.NAMA: MUHD 'ARIF BIN MUSTAFA
2.KELAS: BM 1 PPISMP
3.PENSYARAH: EN. RADZI BIN MOHD SALLEH
4.INSTITUT: IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
PENGENALAN
DEFINISI KONSEP
Menurut ProF Dato' Awang Had Salleh, dalam Laporan
Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia
menegaskan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa
ibunda kepada orang-orang keturunan Melayu. Jadi,
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah
memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi
bahasa kebangsaan dan bahasa kebangsaan ini
hendaklah digunakan di dalam urusan rasmi dalam
semua bidang.
Manakala cabaran pula ialah sesuatu iaitu unsur,
atau faktor yang mencabar, menguji, kemampuan
dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi.
oleh itu, cabaran bahasa Melayu dalam menongkah
arus modenisasi sangat mencabar kemampuan
bahasa Melayu untuk menuju abad ke-21 atau
dipanggil era globalisasi. Jadi, abad ke-21 atau lebih
dikenali sebagai era globalisasi merupakan satu
zaman yang penuh dengan cabaran terutama
kedudukan bahasa Melayu di negara ini.
ISU DAN CABARAN
KEDUDUKAN
BAHASA MELAYU
CABARAN CABARAN
PEMERKASAAN BAHASA MELAYU
BAHASA MELAYU DALAM
SEBAGAI KEMAJUAN
BAHASA RASMI TEKNOLOGI
MAKLUMAT
CABARAN CABARAN DAN
DAN ISU ISU PENGGUNAAN
BAHASA BAHASA
ROJAK SINGKATAN &
SEMAKIN GABUNGAN
BERLELUASA DALAM
PERBUALAN MAYA
CABARAN & ISU
BAHASA ROJAK
YANG SEMAKIN
BERLELUASA
CABARAN DAN ISU
BAHASA ROJAK
Penggunaan bahasa rojak beerti
bahasa campuran antara lebih satu
bahasa dapat dinilai daripada dua
sudut pandang. Tetapi penggunaan
bahasa rojak dalam urusan rasmi,
apatah lagi disiarkan oleh media,
meninggalkan kesan buruk yang
berganda. Lebih-lebih lagi apabila
orang ternama akan mendorong
sebahagian anggota masyarakat
mengikut tabiat itu. Lambat laun
bahasa rojak dianggap sebagai lumrah
dan hal itu berbahaya bagi
kemantapan sesuatu bahasa.
CABARAN DAN ISU
BAHASA ROJAK
Penggunaan bahasa rojak
secara leluasa dapat
mengurangkan penghargaan
kepada bahasa sendiri,
terutama dalam pilihan kata
dan ungkapan. Sebahagian
pengguna bahasa rojak malah
berasa bangga dengan
berselang-seli menggunakan
kata dan ungkapan dalam
bahasa sendiri dan bahasa
asing, supaya kelihatan
terpelajar atau menguasai
bahasa asing
CABARAN DAN ISU
BAHASA ROJAK
Hal ini menyebabkan merosotnya
nilai bahasa Melayu yang tinggi iaitu
bahasa untuk ilmu, pemikiran,
pentadbiran dan undang-undang
sebaliknya bahasa Melayu basahan
dan bahasa pasar yang lebih
menonjol.
Oleh itu, diperlukan usaha
pemupukan bahasa secara
berterusan melalui sektor pendidikan,
media, pentadbiran dan sektor lain.
Penggunaan bahasa rojak dapat
diimbangi dengan usaha
memperbanyak bahan ilmu dan
maklumat dan hiburan yang terkawal
bahasanya.
ISU DAN CABARAN
BAHASA MELAYU
DALAM KEMAJUAN
TEKNOLOGI
MAKLUMAT (ICT)
ISU DAN
CABARAN
KEMAJUAN ICT
Sedia maklum, bahasa
teknologimaklumat yang
paling dominan di dunia
ialah bahasa Inggeris.
Keadaan ini sudah tentu
memberikesan kepada
penggunaan bahasa
Melayu dalam teknologi
maklumat
ISU DAN
CABARAN
KEMAJUAN ICT
Seterusnya kemunculan internet
telah meluaskan penggunaan ICT
dengan jaringan informasi
bersepadu sehingga membolehkan
diaplikasikan sebagai media
komunikasi yang melibatkan
teks,bunyi, grafik dan video.
Permasalahan ini secara langsung
mempengaruhi dan mencabar
kewibawaan dan kedudukan
bahasa Melayu di rantau Nusantara
ini
ISU DAN
CABARAN
KEMAJUAN ICT
Oleh yang demikian, penekanan
terhadap era pada era globalisasi
dan liberalisasi bermakna
penggunaan bahasa Inggeris
menjadi semakin penting dan
tidak dapat dielakkan oleh
masyarakat dunia. Era ICT telah
menunjukkan bahasa Inggeris
mengiringi kelahiran pertama
internet dunia.
ISU DAN
CABARAN
KEMAJUAN ICT
Perubahan persekitaran ini
menimbulkan persoalan sama ada
mampukan bahasa Melayu digunakan
dalam era ini sebagai bahasa
perantaraan alternatif untuk
dimanfaatkan oleh masyarakat
bahasanya dan mampukah penggiat-
penggiat bahasa Melayu menggunakan
ICT sebagai alat penyelidikan,
perkakasan, perisian dan aplikasi untuk
pembangunan bahasa Melayu?
CABARAN DAN ISU
PENGGUNAAN
BAHASA SINGKATAN
& GABUNGAN
DALAM PERBUALAN
ALAM MAYA
Sebelum meluasnya penggunaan
singkatan dalam media sosial
dan telefon pintar (smartphone),
rata-rata pengguna bahasa
pernah menggunakan singkatan
dalam khidmat pesanan ringkas
(short message service) atau
lebih dikenali sebagai singkatan
SMS
bahasa yang lazim digunakan ialah
bahasa yang tidak baku atau
bahasa basahan. Bahasa ini dari
aspek leksikalnya mempunyai
unsur-unsur campuran antara
bahasa Melayu, bahasa Inggeris,
dan bahasa daerah atau dialek.
Singkatan dan gabungan kata juga
turut digunakan secara sewenang-
wenangnya dalam bahasa SMS,
seperti leh join (boleh bergabung),
yg cute (yang cantik), sume (semua),
jer (sahaja), dan pastu (selepas itu).
Kini, SMS tidak lagi popular seperti
awal kemunculannya. Walau
bagaimanapun, penggunaan cara
singkatan SMS itu masih lagi
berlaku, tetapi dalam media yang
lain pula dan lebih besar lagi, iaitu
media sosial, seperti Facebook dan
twitter. Selain itu, singkatan ini juga
turut digunakan dalam telefon
pintar yang ada pelbagai jenis
khidmat “mesej pintar”. Antara
“mesej pintar” yang boleh digunakan
termasuklah WhatsApp, Telegram,
WeChat dan LINE. Dalam media ini,
bentuk singkatan seperti singkatan
SMS telah digunakan dengan
meluas.
Penggunaan bahasa singkatan yang
tidak terkawal dan sewenang-
wenang oleh pengguna SMS atau
media sosial, telah melahirkan
kerisauan kepada ahli bahasa
kerana gejala ini boleh memberikan
kesan terhadap perkembangan
bahasa Melayu. Kepentingan
penggunaan bahasa singkatan
dalam situasi rasmi sememangnya
tidak boleh dinafikan lagi kerana
maklumat dapat disampaikan
dengan pantas dalam masa yang
sangat singkat.
Pemerkasaan
Bahasa Melayu
Sebagai Bahasa
Rasmi
@reallygreatsite
Pada masa ini, sistem pendidikan
negara berpengantarkan bahasa
Melayu seperti yang tercatat dalam
Perkara 152 Perlembagaan Negara
iaitu bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan. Dalam abad ke-21,
bahasa Melayu telah menghadapi
cabaran apabila pada tahun 2003,
sains dan matematik dalam semua
peringkat diajar dalam bahasa
Inggeris.
Senario ini telah memberi impak
kepada kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi di negara ini.
Pejuang-pejuang bahasa telah bersatu
hati untuk mendaulatkan dan
memperkasakan bahasa Melayu
untuk memastikan bahasa Melayu
perlu dikembalikan dalam mata
pelajaran sains dan matematik.
Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah
berdasarkan bahasa Inggeris, tetapi
kefahaman sesuatu perkara dengan
menggunakan bahasa ibunda.
Justeru, ada yang menganggap
bahawa orang Melayu atau negara ini
tidak akan maju jikalau orang Melayu
tidak menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa ilmu dan bahasa
kemajuan. Perlu diingati, negara
Jepun, Korea Selatan dan banyak
negara lain masih menggunakan
bahasa ibunda dalam semua bidang.
Pemerkasaan bahasa ibunda mereka,
telah menjadikan negara mereka
maju malah lebih maju daripada
negara barat.
Pada tahun 2010,, Tan Sri Muhiyidin
Yasin,Timbalan Perdana Menteri telah
mengumumkan bahawa pada tahun
2012, mata pelajaran Sains dan
matematik akan diajar dalam bahasa
Melayu. Langkah ini, telah menjadikan
bahasa Melayu kembali dominan dan
diperkasa.
thyaounk