SIRI KISAH DAN INSPIRASI
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK CEDUNG JAYA
Oleh;
~Cikgu Ayu~
#inspirasinuraniubkcj
SIRI KISAH DAN INSPIRASI UBKCJ
Kisah menceritakan tentang
seorang anak perempuan
sentiasa mengadu kepada
ayahnya tentang hidupnya
yang selalu diuji sehingga dia
tidak tahan untuk
menghadapinya.
Dia terlalu
penat
untuk
melawan
dan
meronta.
Masalah
sering
datang
bersilih-
ganti.
SIRI KISAH DAN INSPIRASI UBKCJ
Ayahnya terus membawa si anak
ke dapur lalu mengisi tiga bekas
dengan air dan kemudian
meletakkan di atas dapur dengan
api yang kuat. Apabila ketiga-tiga
air mulai mendidih, ayahnya
meletakkan ubi kentang ke dalam
cerek yang pertama, telur ke
dalam cerek kedua disusuli biji
kopi ke dalam cerek yang ketiga.
Beliau kemudiannya duduk dan
dibiarkan mendidih tanpa
mengeluarkan sepatah kata
terhadap anaknya.
SIRI KISAH DAN INSPIRASI UBKCJ
Anak perempuannya melihat
dan tidak sabar menanti apa
yang akan berlaku seterusnya.
Selepas dua puluh minit,
ayahnya mematikan api di dapur.
Dia kemudian mengeluarkan ubi
kentang. Dia menarik keluar
telur dan meletakkan ke dalam
piring. Dan kemudiannya
menuang kopi ke dalam cawan..
SIRI KISAH DAN INSPIRASI UBKCJ
Beliau menoleh ke arah anak
perempuannya seraya bertanya,
"Anakku, apa yang kamu lihat?."
"Kentang, telur dan kopi,"
anaknya menjawab.
"Lihat dengan baik", beliau
berkata, "dan cuba sentuh
kentang." Anaknya
menyentuh kentang
berkenaan dan ianya
lembut..
Beliau kemudiannya menyuruh
anaknya mengeluarkan telur dan
memecahkannya. Selepas kulit
telur dikupas, dia
memerhatikan
telur yang
telah pejal..
SIRI KISAH DAN INSPIRASI UBKCJ
Akhirnya beliau mengarahkan
anaknya untuk menghirup kopi.
Aroma kopi yang kaya
mengukirkan senyuman di wajah
anaknya..
"Ayah, apakah maksud semua
ini?" anaknya bertanya..Ayahnya
menerangkan bahawa kentang,
telur dan biji kopi telah melalui
proses pendidihan
yang sama.
Bagaimanapun,
setiap satu
mempunyai
tindakbalas
yang berlainan.
SIRI KISAH DAN INSPIRASI UBKCJ
Kentang pada asalnya keras, tetapi
bila diletakkan di dalam air yang
mendidih, akhirnya menjadi lembut
dan lemah. Telur mempunyai
struktur yang rapuh dengan kulit
yang nipis untuk melindungi cecair
di dalam. Selepas diletakkan di
dalam air yang mendidih ia berubah
menjadi keras dan pejal.
Bagaimanapun, biji kopi
mempunyai sifat yang unik. Apabila
diletakkan di dalam air yang
mendidih, ia merubah sifat air dan
membentuk sesuatu yang baru..
SIRI KISAH DAN INSPIRASI UBKCJ
"Mana satukah kamu, wahai
anakku?" beliau bertanya
kepada anaknya. "Apabila suatu
dugaan datang mengetuk pintu
hidup kamu, bagaimana kamu
bertindakbalas? Adakah kamu
kentang, telur atau biji kopi?"
Dengan
persoalan yang
diajukan oleh
ayahnya itu,
maka fahamlah
si anak tentang
tujuan ayahnya
merebus
kentang, telur
dan biji kopi
sebentar tadi…
SIRI KISAH DAN INSPIRASI UBKCJ
Di dalam kehidupan ini, banyak
perkara yang akan terjadi kepada
kita. Kita sama sekali tidak boleh
lari dari ujian dan cabaran. Allah
uji kita untuk meningkatkan tahap
kapasiti dan menjadikan kita lebih
matang. Tetapi satu perkara
penting yang perlu difahami
adalah…
APA YANG AKAN TERJADI
DENGAN DIRI KITA, DAN APA
YANG AKAN TERHASIL
DARI DIRI KITA.
SIRI KISAH DAN INSPIRASI UBKCJ
Kehidupan merupakan proses
pembelajaran, kita perlu
mengadaptasi dan mengubah
seluruh kepayahan, dugaan dan
cabaran kepada sesuatu yang
lebih positif.
Jadi…cuba tanya diri…
adakah anda
LEMBUT SEPERTI KENTANG?
LEMBIK SEPERTI TELUR?
atau
TEGUH SEPERTI KOPI?
Semoga
bermanfaat…
Diinspirasikan oleh…
~Cikgu Ayu~
#inspirasinuraniubkcj