The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgurahayu282, 2021-10-12 10:08:34

PEREKA DALAMAN

PEREKA DALAMAN

Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 11

Info Dan Laluan Kerjaya

Pereka Dalaman

Sumber rujukan;

https://www.spa.gov.my
https://syahrulasriomar.blogspot.com/

Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Pereka Dalaman
(Interior Designer)

Seorang pereka dalaman haruslah mempunyai idea
yang logik atau idea yang kreatif dalam mereka

bentuk sesuatu rekaan itu tetapi dalam masa yang
sama anda juga mestilah belajar untuk menambah

ilmu dari segi mereka bentuk sesuatu rekaan
bersifat kontemporari yang bermaksud mengikut

peredaran zaman pada masa kini.

✓ Adakah anda bercita-cita mahu menjadi
seorang “Interior Designer”?

✓ Apakah kemahiran yang perlu ada pada
seorang pereka dalaman ketahui?

✓ Apakah personaliti/ciri-ciri yang perlu ada
pada seseorang itu?

✓ Apakah pengetahuan asas yang Interior
Designer perlu ada dan ke manakah laluan
kerjaya untuk seorang pereka dalaman?

Apakah peranan sebagai seorang Interior Designer? Peranan sebagai seorang
pereka dalaman adalah merancang, merekabentuk dalaman seperti di dalam
bangunan kediaman, komersial atau perindustrian. Tujuannya ialah merumuskan
reka bentuk yang praktikal, estetik dan kondusif.

Untuk kemahiran pula yang perlu ada pada seseorang pereka dalaman ialah
pertama, dengar dan faham apa yang dikatakan. Maksudnya , anda seorang pereka
dalaman jadi anda akan mereka bentuk dalaman dalam rumah atau bangunan klien
anda, jadi anda haruslah dengar dengan teliti dan faham konsep yang bagaimana klien
anda mahukan.

Kedua, idea dan logik. Anda lebih tahu bagaimana mahu mengubahsuai dalam
kawasan itu jadi anda tahu bagaimana untuk mereka bentuk dalaman mengikut
konsep yang klien anda inginkan. Anda haruslah berfikiran secara kreatif dan logik
dalam mereka bentuk rekaan sesuatu itu.

Ketiga, membuat idea baru dan original. Maksudnya, apabila anda mahu membuat
sesuatu rekaan dalaman itu, anda haruslah berfikir menggunakan akal fikiran anda
sendiri tanpa menggunakan mana-mana reka bentuk dalaman hak milik orang lain.

Selain itu, menjadi seorang pereka dalaman juga memerlukan serba sedikit
pengetahuan seperti reka bentuk dalaman (ID), seni bina, teknologi reka bentuk,
melukis, dan seni dan kraf.

Akhir sekali, laluan kerjaya untuk seorang pereka dalaman(Interior
Designer) sangatlah luas, mungkin anda boleh jadi pereka dalaman sendiri
maksudnya, membuka cawangan sendiri tanpa kerja di bawah orang atau mungkin
anda boleh menjadi pereka lampu, pereka arkitek atau ketua amalan untuk Interior
Designer.



Pereka

•Gred: B19, B21, B25, B29, B31, B37, B41, B43, B47, B51 , B53
•Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional, Pelaksana
•Jadual Gaji:

GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI
B19 RM1,360.00 RM4,032.00 TAHUNAN
B21 RM2,047.00 RM4,747.00 RM100.00
B25 RM2,597.00 RM5,289.00 RM115.00
B27 RM2,726.00 RM5,564.00 RM125.00
B29 RM1,499.00 RM5,679.00 RM130.00
B31 RM2,851.00 RM6,263.00 RM145.00
B37 RM3,565.00 RM7,588.00 RM155.00
B39 RM4,993.00 RM8,979.00 RM180.00
B41 RM2,095.00 RM9,87.00 RM225.00
B43 RM3,600.00 RM10,456.00 RM225.00
B47 RM5,162.00 RM11,692.00 RM250.00
B51 RM5,797.00 RM12,372.00 RM270.00
B53 RM6,124.00 RM13,182.00 RM290.00
RM320.00

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti
serta memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT UJIAN KHAS
Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian
mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni reka
dan/atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan.

DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan
pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta peralatan
yang berkaitan.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
• Program Diploma Rekaan Dalaman (Interior Design) ini sesuai bagi individu yang:-
• Kreatif dan kritis yang berdaya saing tinggi serta menggemari cabaran.
• Gemar melakukan kerja-kerja berpasukan
• Minat melukis, minda pencari idea-idea bernas
• Kecenderungan terhadap meningkatkan kualiti persekitaran secara fizikal dan

mental
• Mereka yang mencintai kecantikan dan keindahan
• Personaliti ceria, gemar berinteraksi dan berimaginasi.

DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Perancang ruang & prinsip rekabentuk
- Solusi Ruang
- Proses Rekabentuk
- Prinsip utama Rekabentuk
- Memahami prinsip Rekabentuk
- Mengaplikasi prinsip rekabentuk kepada Prinsip Kerja

Penghasilan lukisan terperinci
- Skill melukis
- Skill aplikasi AutoCAD
- Skill Membaca & Memahami Dokumen dan Lukisan Senibina
- Skill Persembahan

Lakaran dan Ilustrasi Lukisan
- Lukisan Manual
-Kreativiti Visual

Skill Keusahawanan Profesional
- Portfolio
- Komunikasi
- Penyelidikan
- Konsep dan kreativiti
- Bekerja berpasukan

Prospek Kerjaya
Graduan berpeluang mencaburi pelbagai industri seperti:-
- Firma Rekabentuk Dalaman
- Firma Kontraktor
- Muzium
- Kompleks Komersial
- Firma Pembuatan Bahan Binaan
- Bidang Akademik

Peluang pekerjaan sebagai:-
- Pembantu Perekabentuk Dalaman
- Pembantu Jururunding Rekabentuk, Perunding Warna & Bahan
Kemasan Binaan
- Penyelia Tapak Binaan, Pelukis Pelan, Pelukis Ilustrasi
- Pembantu Pengurus Projek
- Pereka Ruang Pameran dan Diorama
- Pereka Tema dan Kiosk, Pereka Pentas dan Teater
- Perekabentuk Perabot dan dapur, Produk Assesori Bangunan
- Tutor Senilukis,Penolong Pensyarah bidang berkaitan.



Nama-nama program rekaan grafik yang terdapat di Malaysia
(Sijil, Diploma & Ijazah)

• Senireka Grafik & Media Digital.
• Reka Bentuk Grafik dan Multimedia.
• Teknologi Rekabentuk Grafik.
• Rekaan Komunikasi Visual.
• Rekabentuk Grafik.
• Grafik Dan Reka Bentuk Multimedia.
• Pengiklanan dan Rekabentuk Grafik.
• Grafik Komunikasi.
• Eksekutif Reka Bentuk Grafik.
• Seni Reka Grafik Berkomputer.
• Seni Reka Grafik Digital.
• Art & Design.

IPTA yang menawarkan program rekaan grafik ialah;

• Universiti Teknologi MARA (UiTM).
• Universiti Sains Malaysia (USM).
• Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
• Universiti Malaysia Sabah (UMS).
• Universiti Malaysia Pahang (UMP).
• Universiti Selangor (UNISEL).
• Politeknik Sultan Ibrahim.
• Politeknik Muadzam Shah.
• Institut Kemahiran MARA Sik Kedah.
• Institut Kemahiran MARA Sungai Petani.
• Institut Seni Lukis Malaysia .

IPTS yang menawarkan program rekaan grafik ialah:

• Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing
• Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
• Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
• Management and Science University
• Kolej Universiti INSANIAH (KUIN)
• Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur
• Kolej Universiti TATI
• Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech
• Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
• Kolej ALFA
• Kolej Antarabangsa Impiana
• Kolej IACT (Pengiklanan, Komunikasi & Teknologi Antarabangsa)
• Kolej IKIP di Kuantan
• Kolej Karisma
• Kolej KDU
• Kolej New Era
• Kolej Point
• Kolej PTPL
• Kolej Saito
• Kolej SEGi Kota Damansara
• Kolej Sunway
• Kolej Teknologi Antarabangsa Cosmopoint
• Kolej Teknologi Timur
• Kolej UNITI
• PJ College of Art and Design
• Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT)

Sekian, semoga bermanfaat!


Click to View FlipBook Version