Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 10
Info dan Kerjaya
Juruterbang
Sumber rujukan; https://madeinuitm.com/
http://memilihkerjaya.blogspot.com/
https://afterschool.my
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang
Juruterbang(Pilot)
Adakah anda bercita-cita ingin memandu pesawat penumpang dalam
usia yang muda? Adakah anda bercita-cita untuk menjadi
seorang Juruterbang (Pilot)?
Kerjaya sebagai juruterbang penuh cabaran serta berisiko. Ramai anak
muda menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar juruterbang.
Tetapi, anda kena tahu bahawa memandu kapal terbang bukan seperti
memandu kereta atau kenderaan lain kerana cara pengendaliannya amat
berbeza.
Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan
pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira perjalanan itu jauh atau
dekat.
➢ Peranan untuk menjadi seorang
juruterbang
adalah menavigasi penerbangan pesawat sayap tetap dilaluan
penerbangan udara. Sebelum anda menjadi seorang Pilot, anda harus
melalui beberapa ujian dan mengikut syarat kelayakan yang sudah
mereka tetapkan.
➢ Yang penting, anda sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa
singkat atau panjang.
➢ Seterusnya, personaliti yang perlu ada pada seorang Juruterbang
adalah memberi tumpuan terhadap apa yang dilakukan atau dikatakan
oleh seseorang kerana anda yang akan mengemudi penerbangan
pesawat yang penuh dengan penumpang jadi anda perlu focus semasa
mengemudi penerbangan pesawat.
➢ Kemahiran pula, anda mestilah peka dengan keadaan sekeliling.
Maksudnya, anda seharusnya notis apabila masalah berlaku.
Contohnya, semasa anda tengah mengemudi penerbangan pesawat
sayap, tiba-tiba anda rasa ada benda yang tidak kena , anda haruslah
mengambil langkah berjaga-jaga terlebih awal sebelum terjadi apa-apa
pada penumpang dan diri anda.
➢ Selain itu, seorang Juruterbang (Pilot) perlu ada sikap yang pantas,
cekap dalam melakukan sesuatu kerja seperti “lipas kudung”. Bukan
bermakna, anda dilabelkan sebagai lipas kudung, anda orang kurang
upaya(OKU). Tidak ya! Itu hanyalah peribahasa atau perumpamaan
sahaja. Maksud disini adalah anda cepat dan cekap dalam menukar
kawalan mesin, kereta, trak atau bot.
➢ Laluan kerjaya untuk Juruterbang adalah anda boleh
menjadi juruterbang peribadi (Private Pilot), juruterbang
komersial (Commercial pilot) dan juruterbang
tentera (Military pilot).
Apa beza lesen PPL, CPL dan
Frozen ATPL?
1) Private Pilot License (PPL)
Lesen ini membolehkan kamu menerbangkan semua
jenis kapal terbang berkuasa rendah. Kamu boleh
memohon Lesen PPL sekiranya kamu mahu menjadikan
bidang penerbangan hanya sebagai hobi, mahu membawa
pesawat kecil yang boleh disewa dan tidak boleh
membawa penumpang. Jangkamasa penerbangan yang
harus dibuat untuk lesen ini ialah 50 jam.
2) Commercial Pilot License (CPL)
Lesen ini membolehkan kamu dibayar untuk
menerbangkan pesawat komersil. Kamu harus membuat
latihan penerbangan sekurang-kurangnya 200 jam di
bawah Approved Flying Training Organization. Kamu juga
harus mengambil tiga kertas peperiksaan yang
ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
3) Airline Transport Pilot License (ATPL)
Untuk memperoleh lesen ATPL ini bakal juruterbang
perlu melengkapkan penerbangannya sebanyak 1500 jam
dengan menggunakan lesen CPL serta menduduki enam
lagi kertas peperiksaan. Sekiranya kamu berjaya di
peringkat ini, kamu sudah layak menjadi ‘First Officer’
atau pegawai pertama dalam sesebuah penerbangan.
Ciri-Ciri Peribadi Yang Diperlukan Sebagai
Juruterbang
1. Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya
juruterbang.
2. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani.
3. Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di
bidang ini.
4. Boleh berkomunikasi dengan baik.
5. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
6. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan
fizik.
7. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun.
8. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi
fizikal dan mental.
9. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik
(penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta
warna).
10. Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm
(5 kaki 4 inci).
11. Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa
singkat atau lama.
Skim Perkhidmatan
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN
PENGANGKUTAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN
PROFESIONAL
SKIM PERKHIDMATAN : JURUTERBANG/PEMERIKSA
Gred Jadual Gaji
Gred A3 P1T1 $1161 P1T24 $3031
P2T1 $1230 P2T24 $3222
P3T1 $1302 P3T24 $3428
Gred A2 P1T1 $3040 P1T6 $3785
P2T1 $3195 P2T6 $3970
P3T1 $3356 P3T6 $4161
Gred A1 P1T1 $3634 P1T6 $4443
P2T1 $3789 P2T6 $4649
P3T1 $3968 P3T6 $4863
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki
kelayakan seperti berikut:-
a) Terdiri daripada warganegara
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) (i) Lesen Juruterbang Perdagangan dan Instrument Rating yang
diiktiraf oleh Kerajaan serta mempunyai sekurang-kurangnya 1000 jam
pengalaman penerbangan sebagai "Pilot in Command".
(Gaji permulaan ialah pada Gred A3: P1T4); ATAU
(ii) Kategori C - Captain Transport Aircraft dengan mempunyai
pengalaman penerbangan 1,500 jam dari Tentera Udara DiRaja
Malaysia dan Instrument Rating yang diiktiraf oleh Kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred A3 : P1T4); DAN
d) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan. Calon-calon hendaklah juga berkebolehan bertutur, membaca
dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan memuaskan.
Penetapan Gaji Permulaan
Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred A3 boleh ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman
kerja atau kepakaran berkaitan, mana berkenaan.
Tempoh Percubaan
Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred A3 yang dilantik adalah
dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 3 tahun.
Latihan
Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang boleh dikehendaki mengikuti kursus
latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang
berkenaan (http:// www .eghrmis. gov.my /wp_content2/pekeliling / PP91
/ PP91Bil09/PP91Bil09Ms71.html).
Bayaran Insentif Juruterbang
Rujukan : JPA (S) 215/8/2-1 Klt.2(38) bertarikh 25 Mac 1996
Syarat dan Kadar :
Syarat : Dibayar kepada Juruterbang di Jabatan Penerbangan Awam
Kadar: Jawatan dan Bidang Tugas Kadar Sebulan
(RM)
a. Juruterbang Penguji Pesawat Udara
b. Juruterbang yang mempunyai Airline 3000.00
Transport Licence 5000.00
c. Juruterbang yang 3500.00
mempunyai Commercial Pilot Licence /
Instrument
Agensi Terlibat : Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian
Pengangkutan
(http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/elaun/Bayaran%20Insentif/Bay_00
5.htm)
Jenis Pesawat
1. Twin Otter yang boleh memuatkan 12 orang penumpang.
2. Fokker 50 yang boleh membawa 50 orang penumpang.
3. Boeing 737 boleh memuatkan hingga 400 orang penumpang.
4. Air Bus 330
5. Boeing 777
6. Boeing 747
Adakah Pekerjaan Ini Sihat?
✓ Individu lebih cenderung berpuashati dalam pekerjaan jika ia
bersesuaian dengan minatnya , jenis keperibadian , dan nilai berkaitan
pekerjaan . Juruterbang sepatutnya mempunyai ciri-ciri berikut:
✓ Kepentingan ( Kod Holland ): RCI (Realistik, Konvensional,
Penyiasatan)
✓ Jenis Kepribadian (Indikator Jenis Kepribadian Myers Briggs [ MBTI ]):
ENTJ , INTJ , ESTJ, ISTJ, ESTP, ISTP
✓ Nilai Berkaitan Kerja : Sokongan, Kemerdekaan, Pengiktirafan
Boleh rujuk kaunselor sekiranya ingin membuat ujian (kod Holland) dan lain-lain
ujian untuk mengetahui minat anda terhadap kerjaya ini.
INSTITUSI YANG MENAWARKAN JURUSAN
PENERBANGAN/ JURUTERBANG
INSTITUSI AWAM
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penerbangan
Profesional) Dengan Kepujian#
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
ijazah sarjana muda teknologi kejuruteraan aeronautik (penyenggaraan pesawat
terbang) dengan kepujian#
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Aeronautik), Diploma
Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Aeroangkasa)(Kepujian)
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeroangkasa
POLITEKNIK
Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat
INSTITUSI YANG MENAWARKAN JURUSAN
PENERBANGAN/ JURUTERBANG
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA
UNIKL MIAT
• Bachelor of Aircraft Engineering Technology (Hons) – Mechanical
• Bachelor of Aviation Management (Hons)
• Bachelor of Aircraft Engineering Technology(Hons) – Avionic
• Diploma of Engineering Technology in Avionics Maintenance
• Diploma of Engineering Technology in Helicopter Maintenance
• Diploma of Engineering Technology in Aeroplane Maintenance
• Diploma in Aircraft Maintenance Technology (Composite)
• Diploma in Aircraft Maintenance Technology (Manufacturing)
• Diploma in Aircraft Maintenance Technology (Avionics)
MALAYSIA FLYING ACADEMY
• Kursus Sijil Profesional Penerbangan
KOLEJ PENERBANGAN ADMAL
• Diploma penerbangan perniagaan
• Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang dengan Lesen CAT A1
• Kursus Lesen CAT B1.1 Aeroplanes Turbine (Jurutera penyelenggaraan
pesawat- mekanikal)
• Lesen CAT B2 Avionics (Jurutera penyelenggaran pesawat - Avionics).
MALAYSIAN AVIATION TRAINING ACADEMY (MATA)
• Licensed Aircraft Maintenance Engineer (Mechanical)
• Licensed Aircraft Maintenance Technician (Mechanical/Avionics)
HM AEROSPACE
• Commercial Pilot's Licence and Instrument Rating (Aeroplane)
with Frozen Airline Transport Pilot's Licence Course (CPL/IR (A)
with Frozen ATPL)
• Abridged Course (CPL/IR (A) with Frozen ATPL)
• Private Pilot's Licence Course (PPL)
• Assistant Flight Instructor Course (AFI)
~ SEKIAN ~