Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 6
Info Dan
Laluan
Kerjaya Polis
Sumber rujukan;
Rmp.gov.my portal Rasmi PDRM www.kompetensi.jpa.gov.my
Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 137,574
pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan
pegawai awam. Keanggotaan ini mencerminkan
kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh
PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas
tradisional kepolisan dan sentiasa
berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke
Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-
tugas 'non-regulatory' seperti pencegahan
kemasukan pendatang tanpa izin dan
peperangan menentang kebangkitan pengganas
komunis suatu ketika dahulu.
Dalam melaksanakan amanah serta
tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat,
PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang
terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan
Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan
kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan
peranan yang penting dalam menentukan
keselamatan dan kesejahteraan negara.
Tahukan anda?
Sejarah kepolisan di Malaysia bermula dengan
termaktubnya Piagam Keadilan di Pulau Pinang pada
1807. Sungguhpun demikian, peranan kepolisan telah
bermula sejak awal lagi, iaitu pada zaman kesultanan
Melayu di mana wujudnya undang-undang dan
penguatkuasaan undang-undang tersebut. Undang-
undang yang wujud pada zaman tersebut lebih
menjurus kepada undang-undang adat ataupun
undang-undang syariah sementara penguatkuasaan
dijalankan oleh institusi Temenggong serta para
hulubalang.
Tahukah anda?
Kod Etika Polis
SETIA
Taat setia yang tidak berbelah-bagi
kepada Raja, Negara, Kerajaan dan pucuk
pimpinan Pasukan.
BERDISIPLIN
Mengutamakan disiplin diri dan tugas pada setiap
masa dengan tekun, tabah dan beramanah.
BERWIBAWA
Melaksanakan segala kewajipan dan kuasa-kuasa
dengan tegas, berani, adil dan saksama.
PRIHATIN DAN MESRA
Sentiasa memberi perkhidmatan yang mesra, cepat,
betul serta terkini dan mengutamakan hak dan
kepentingan masyarakat.
CEMERLANG
Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran,
mengamalkan cara hidup sederhana, suci dan bahagia
untuk mengekalkan prestasi kerja yang cemerlang
serta sikap positif dan proaktif bagi mewujudkan
sebuah organisasi yang unggul dan peka terhadap
perubahan semasa.
STRUKTUR
PDRM mempunyai 4 susun lapis struktur
organisasi, iaitu:-
Peringkat Persekutuan Peringkat Kontinjen (Negeri)
Dikenali sebagai Ibupejabat Polis Dikenali sebagai Ibupejabat Polis
Diraja Malaysia Bukit Aman Kontinjen (IPK) terdapat 14
(Bukit Aman). Ianya merupakan Kontinjen yang masing-masing
pusat pentadbiran PDRM seluruh diketuai oleh Pesuruhjaya Polis
negara. Di sinilah terletaknya bagi Kontinjen Sabah dan Sarawak
pejabat Ketua Polis Negara dan dan Ketua Polis Negeri bagi lain-
lain-lain pucuk pimpinan lain kontinjen.
PDRM.
Peringkat Daerah Peringkat Balai
Dikenali sebagai Ibupejabat Dikenali sebagai balai polis.
Polis Daerah (IPD). Terdapat 148 Setiap balai polis diketuai oleh
daerah pentadbiran polis di Ketua Polis Balai (KPB) yang
seluruh negara. Setiap daerah sekurang-kurangnya berpangkat
diketuai oleh Ketua Polis Daerah Sarjan dan setinggi-tingginya
(KPD). Pangkat jawatan KPD berpangkat Inspektor. Terdapat
bergantung kepada saiz sesuatu 837 buah balai polis di seluruh
daerah polis. negara.
Seksyen 20 Akta Polis menyenaraikan tugas-
tugas pegawai polis seperti berikut:-
•menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh
undang-undang untuk ditangkap;
•memproses risikan keselamatan;
•menjalankan pendakwaan;
•memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-
undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan,
kuarantin, imigresen dan pendaftaran;
•memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di
pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam
menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan
pelabuhan;
•melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara
dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh
mana-mana pihak berkuasa yang kompeten;
•mempamerkan maklumat;
•melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari
pemunyanya;
•menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan
menempatkannya dalam kandang awam;
•memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;
•melindungi harta awam daripada hilang atau rosak;
•menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan
khas, mahkamah sivil, dan
•menjaga ketenteraman didalamnya dan
mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang
lain yang ada dalam jagaan polis.
Seksyen 21 pula ialah tugas mengatur, mengawal dan
menjaga lalulintas di jalan awam.
Senarai universiti di Malaysia
yang menawarkan bidang
kepolisan.
Pangkat PDRM
Kelayakan Fizikal: (Pemohon-pemohon
hendaklah mempunyai ukuran fizikal
dan pancaindera seperti berikut)
i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m
(wanita) tanpa bersepatu.
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan
wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di
antara julat 19 hingga 26.
iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan
semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan
yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa
atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan
cermin mata atau kanta lekap).
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak
cacat.
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat
oleh pengamal perubatan berdaftar
(kerajaan).
Gred gaji /jawatan:
Inspektor Polis YA13 (Lelaki/Wanita)
RM 2,502.00 – RM 9,803.00
Kadar Gaji Tahunan : RM 230.00
Sarjan Polis YA5 (Lelaki/Wanita)
RM 1,824.00 - RM 5,801.00
Kadar Gaji Tahunan : RM 150.00
Konstabel Polis YA1 (Lelaki/Wanita)
RM 1,441.00 - RM 4,152.00
Kadar Gaji Tahunan : RM 100.00
Konstabel Polis YT1 (Lelaki/Wanita)
RM 1,220.00 - RM 2,748.00
Kadar Gaji Tahunan : 85.00
Konstabel Polis Orang Asli YP1
(Lelaki/Wanita)
RM 1,334.00 - RM 3,003.00
Kadar Gaji Tahunan : RM 85.00