The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgurahayu282, 2020-11-22 07:18:22

Kerjaya Chef

Kerjaya Chef

Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 1

Info dan Laluan
Kerjaya Dalam
Bidang Tukang

Masak
(Chef)

Sumber rujukan;

Disediakan oleh;
~Cikgu Ayu~
UBKCJ

Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 1

Siapa di antara anda yang ingin
menjadi Chef yang terkenal?
“Apakah peranan sebagai
seorang Chef?”

“Apakah kemahiran yang perlu ada pada seorang
Chef?”

“Apakah personaliti seorang Chef?”
“Apakah laluan kerjaya seorang Chef?”

Jom kita teroka…

Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 1

Gelaran “Chef “diberi untuk ketua tukang
masak yang memasak secara profesional di
dalam dapur yang direka bentuk secara profesional.

Menjadi seorang tukang masak haruslah
mempunyai ciri-ciri yang bertanggungjawab
di dalam dapur termasuklah bidang
pengurusan dapur.

Menjadi seorang tukang masak juga
membantu untuk meningkatkan kemahiran
memasak dan mungkin anda berpeluang untuk
memiliki perniagaan sendiri.

Buat pengetahuan anda, kerjaya dalam bidang kulinari
kini tidak lagi dipandang remeh, sebaliknya diiktiraf sebagai
kerjaya profesional kerana memerlukan kreativiti dan
komitmen tinggi, malah pekerjaan sebagai seorang chef
sebenarnya membuka pelbagai peluang dalam industri
restoran, perhotelan, kapal pesiaran
dan juga resort.

Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 1

Peranan sebagai seorang tukang masak

adalah mengarah dan mengambil

bahagian dalam menyediakan semua jenis bahan

untuk di masak. Contohnya, anda mahu masak

masakan sup tomyam.

Jadi, anda perlulah menyediakan

terlebih dahulu bahan-bahan masakan sebelum

memasak.

Seorang Chef juga boleh merancang berapa
harga bekalan untuk di tempah, menetapkan
harga untuk setiap item menu mengikut bajet
yang sudah ditetapkan dan simpan semua data
ke dalam buku akaun untuk di semak atau di
kemas kini semula.

Ilmu pengetahuan sangatlah penting walaupun anda mahu
menjadi seorang tukang masak sahaja kerana menjadi seorang
tukang masak juga perlukan ilmu pengetahuan dari segi
masakan apa yang anda perlu pelajari dan bagaimana cara
untuk memasak. Tidak lupa juga tentang asas-asas
pembuatan makanan, katering pentadbiran, perhotelan dan
juga pelancongan.

Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 1

Apakah kemahiran yang perlu ada pada seorang
tukang masak?

Pendengaran yang jelas dan faham apa yang
klien katakan: Anda perlu dengar dengan
teliti apa yang pelanggan minta dan faham apa
yang pelanggan cuba sampaikan. Contohnya,
klien anda minta hidangan jenis A, anda harus
turuti apa yang klien anda minta, jangan pula anda tokok
tambah yang lain.

Lisan: Seorang tukang masak haruslah
menggunakan pertuturan kata yang baik kerana

anda yang akan berhadapan dengan pelbagai
jenis pelanggan yang anda tidak akan tahu

bagaimana personaliti setiap pelanggan anda.

Idea dan logik: Anda seorang Chef jadi sudah semestinya
anda memiliki idea yang bernas dalam
membuat sesuatu hidangan mengikut
logik anda sendiri. Tidak perlu
merujuk pada buku atau catatan
yang sudah
tersedia ada.

Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 1

Setiap orang mempunyai personaliti tersendiri, begitu juga
dengan seorang tukang masak(Chef). Jadi, apakah personaliti

yang perlu ada pada seorang tukang masak?

1.Integriti: Teliti dalam melaksanakan tugas melalui
kebimbangan untuk semua kawasan yang terlibat, tidak kira
betapa kecil sekalipun. Maksudnya, apabila anda menjadi
sorang tukang masak, anda seharusnya memastikan tempat
yang anda bekerja itu sentiasa berada dalam keadaan bersih,
cantik dan tidak ada satu kotoran walaupun kotoran kecil
kerana anda yang akan membuat hidangan di tempat itu jadi,
anda mesti tidak mahu berlaku sesuatu yang tidak diingini di
masa hadapan.

2.Inisiatif: Menjadi seorang tukang
masak mestilah sentiasa mempunyai
idea yang baru serta menarik bagi
memastikan menu yang
disediakan sentiasa mendapat
sambutan ramai.

Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 1

TAHAP PENDIDIKAN

✓ Sijil Kulinari
✓ Sijil Pastri
✓ Sijil Kemahiran Malaysia
✓ Diploma Seni Kulinari
✓ Ijazah Sarjana Muda

Pengurusan Seni Kulinari

INSTITUSI PENGAJIAN

✓ UiTM
✓ Politeknik
✓ Institut Kemahiran Tinggi Belia

Negara (IKTBN)
✓ Kolej Komuniti
✓ Kolej Vokasional
✓ Giat Mara
✓ Kolej Yayasan Pahang
✓ Food Institute of Malaysia
✓ Management and Science

University (MSU)
✓ dan lain-lain…

Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 1

PROSPEK KERJAYA

✓ CHEF
✓ PASTRY CHEF / CHEF PASTRI
✓ BAKERY CHEF / CHEF BAKERI
✓ PERSONAL CHEF
✓ KITCHEN CHEF
✓ KITCHEN ARTIST
✓ KITCHEN COORDINATOR
✓ CULINARY INSTRUCTOR
✓ KITCHEN ASSISTANT
✓ CATERER / PERKHIDMATAN KATERING
✓ FOOD SUPPLIERS / PEMBEKAL MAKANAN
✓ ENTREPRENEUR / USAHAWAN
✓ COOK BOOK AUTHOR / PENGARANG

BUKU MASAKAN
✓ BANQUET SUPERVISOR / PENYELIA

JAMUAN
✓ FOOD AND BAVERAGE SUPERVISOR /

PENYELIA MAKANAN
✓ ASSISTANT KITCHEN MANAGER

Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 1

SEKIAN,
SEMOGA
BERMANFAAT

BUAT
SEMUA…

Sumber rujukan;

Disediakan oleh;
~Cikgu Ayu~
UBKCJ


Click to View FlipBook Version