The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgurahayu282, 2021-09-07 06:11:46

KERJAYA TENTERA

TENTERA

Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil.7

Info dan
Laluan Kerjaya

Tentera

Sumber rujukan; http://army. http://www.na
mod.gov.my/ vy.mil.my/#
http://www.ai
rforce.mil.my/

Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang
Tentera (Soldier)

Pekerjaan yang paling sukar dan berbahaya di dalam
dunia ini adalah pekerjaan menjadi
seorang Tentera(Soldier). Tidak kiralah sama ada tentera
laut, tentera darat atau tentera udara semuanya
melibatkan nyawa.
Tugas dan tanggungjawab seorang tentera adalah
melindungi dan memastikan keselamatan negara serta
orang awam terjamin.
Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk menggadai nyawa
demi negera?

Satu benda yang anda kena tahu bahawa menjadi
seorang tentera bukannya mudah kerana apabila anda
terima sahaja tawaran untuk menjadi sebahagian daripada
tentera, anda tidak boleh keluar atau berhenti sesuka hati
kerana profesion tentera bukan seperti pekerjaan yang lain.

“Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi
pantai“. Maksudnya, sekiranya ada takut untuk berhadapan
dengan risiko yang melibatkan berperang di sempadan
negara atau meragut nyawa, lebih baik jangan melakukan
sesuatu yang susah atau menyusahkan diri sendiri. Banyak
lagi pilihan kerjaya yang anda boleh pilih atau sertai.
Tetapi , sekiranya anda sudah yakin dan kuat dari segi fizikal
dan mental anda boleh teruskan impian atau niat anda
untuk menjadi seorang tentera.

Personaliti yang perlu ada pada seorang tentera adalah
pertama, kepimpinan. Anda kena yakin pada diri anda
yang anda mampu menjadi seorang pemimpin yang
bagus. Bukan sahaja sedia bekorban untuk negara tetapi
juga keluarga anda. Ciri-ciri kempipinan juga harus
diterapkan dalam diri anda seperti kesabaran, prihatin
,kefahaman dan empati.

Kedua, keutuhan. Amalan bersikap jujur dan menunjukkan
pematuhan yang konsisten dan mempunyai prinsip dan
nilai moral dan etika yang kuat. Anda harus jujur pada diri
anda ,baru hidup anda akan rasa dipermudahkan dalam
menjalankan sesuatu tugas itu.

Pengetahuan pula bukan jenis pengetahuan yang biasa
anda perlu tahu tetapi pengetahuan tentang pertahanan
negara. Maksudnya, bagaimana anda mampu melindungi
dan mempertahankan kepentingan negara. Teras kepada
kedaulatan, keutuhan wilayah dan kesejahteraan ekonomi.
Kedua, sukan. Pengetahuan sukan pula bukan seperti sukan
bola sepak atau badminton tetapi sukan yang
memerlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental.
Contohnya, mereka bergelut di dalam air yang berlumpur
, mengangkat kayu balak dan melakukan pelbagai latihan
pertempuran.

Akhir sekali, sekiranya anda sudah bersedia
untuk mengikuti jejak langkah seorang tentera , laluan
kerjaya anda sangat besar. Antaranya adalah menjadi
seorang anggota Angkatan Udara (Angkatan Udara Diraja
Malaysia), Tentera Laut Diraja Malaysia atau Tentera
Malaysia.

Kerjaya

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari portal rasmi angkatan tentera
Malaysia

Pendidikan: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),
Maktab Tentera Diraja (MTD)

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari portal rasmi tentera udara diraja
Malaysia

Pendidikan: Kolej Tentera Udara (KTU)

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari portal rami Tentera Laut Diraja
Malaysia

Pendidikan: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),
Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan

Peranan Kor/Rejimen Tentera Darat

Tentera Darat Malaysia adalah sebuah organisasi yang unik dan tersendiri. Terdapat
16 Kor dan Rejimen yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing. Fungsi
dan peranan mereka adalah berbeza berdasarkan tugas dan kepakaran. Justeru itu,
berdasarkan kepada kepakaran, maka Kor dan Rejimen ini dibahagikan kepada 3
kelompok iaitu :

KELOMPOK TEMPUR - Kelompok ini melibatkan anggota dan sistem tempur yang
berada di hadapan sekali (barisan hadapan) dalam peperangan. Kelompok ini terdiri
daripada Kor dan Rejimen iaitu Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen
Renjer Diraja (RRD), Rejimen Sempadan (RS) dan Kor Armor Diraja (KAD).

KELOMPOK BANTUAN TEMPUR - Kelompok kedua ini terdiri daripada anggota dan
sistem tentera yang membantuvKelompok Tempur secara langsung di dalam
peperangan. Ianya terdiri daripada Kor dan Rejimen iaitu Rejimen Semboyan Diraja
(RSD), Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Rejimen Artileri Diraja (RAD), Kor Polis
Tentera Diraja (KPTD) dan Kor Risik Diraja (KRD).

KELOMPOK BANTUAN PERKHIDMATAN - Peranan kelompok ini adalah untuk
membantu Kelompok Tempur dan Bantuan Tempur dalam asoek perkhidmatan
lojistik dan senggaraan serta perkhidmatan lain yang berunsur pentadbiran. Ia
mengandungi Kor dan Rejimen iaitu Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD),
Kor Perkhidmatan Am (KPA), Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Kor Ordnans Diraja
(KOD), Kor Kesihatan Diraja (KKD) dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

ASKAR WATANIAH - Rejimen Askar Wataniah adalah Rejimen yang diangotai oleh
para sukarelawan. Mereka ini adalah barisan kedua di dalam mempertahankan
Negara. Kemahiran anggota adalah standing dengan anggota tetap, malah ada
memiliki kepakaran tertentu seperti telekomunikasi, perbekalan air, pengendalian
pelabuhan dan pengendalian keretapi.

PERANAN TUDM

Matlamat TUDM secara menyeluruh ialah untuk menyediakan,
mengendali dan menggerakkan satu angkatan udara yang
sentiasa bersedia dan berkemampuan untuk menonjolkan
kekuatan kuasa udara demi memelihara dan menjaga
kepentingan negara. Sebagai salah satu elemen pertahanan di
dalam Angkatan Tentara Malaysia, TUDM berperanan untuk
melaksanakan tugas-tugas berikut:

1.Pengawalan Ruang Angkasa untuk digunakan bagi tujuan
damai disamping menghalang penggunaannya oleh pihak
musuh. Ia melibatkan “offensive airstrike“, “defensive
counter-air” dan operasi “defensive suppressive“.

2.Aplikasi Kekuatan bagi menangani ancaman di permukaan
sama ada di bumi ataupun di udara. Ia melibatkan serangan
strategik, operasi dan serangan maritim.

3.Peningkatan Kekuatan bagi menambahkan keupayaan di udara
dan di darat yang melibatkan misi pengisian minyak di udara,
pengawasan dan tinjauan, misi mengangkut, “electronik counter
measure” dan operasi menyelamat kombat udara.

4.Ketahanan Kekuatan untuk melaksanakan operasi dengan
jayanya. Ia melibatkan pertahanan pangkalan, sokongan
logistik dan sokongan pangkalan bagi memberi perkhidmatan
penting kepada organisasi dan anggota.

PERANAN TLDM
Di masa aman
> menyediakan kenaikan di laut dalam gerak dekat untuk pasukan keselamatan
menjalankan tugas-tugas operasi
> untuk menyekat kemasukan bot-bot nelayan secara haram di kawasan
perairan Malaysia
> menyelidik dan menjalankan singkatan laut di kawasan Malaysia
> memberi bantuan terhadap anggota awam terutama sekali penduduk di
pulau-pulau seperti perubatan , keselamatan , makanan dan lain-lain lagi
> mengawal perairan daripada serangan lanun

Di masa darurat

> mencegah kemasukan senjata-senjata haram yang dibawa dari luar negeri
> mencegah anasir-anasir subversif
> membuat pertahanan dan serangan yang datang dari laut
> menentukan supaya peraturan pecahan dan undang-undang laut berjalan
dengan baik dari segi

I. mencegah kemasukan bot-bot penyeludupan
II. mencegah kemasukan warganegara asing dari masuk secara haram
III. menjaga keselamatan perahu-perahu nelayan
IV. menjalankan awasan di laut semasa perintah kawasan hitam diisytiharkan
di negara ini

> mengadakan kenaikan untuk pasukan keselamatan bagi menjalankan operasi
di pulau-pulau dan di selat untuk mendapatkan gerakan yang lebih dekat
> memberi bantuan semasa kapal penyerang sedang membuat serangan
terhadap sesuatu kawasan
> membuat latihan untuk menambah pengecaman kepada semua bahagian

Dalam masa peperangan atau peperangan terhad (Limited War)

> rondaan mencegah penyerapan
> tugas-tugas menangkis periuk api
> memberi perlindungan kepada kapal dagang
> memberi bantuan bedilan dari laut untuk pasukan di darat
> gerakan melawan musuh dari atas air dan juga bawah air
> mempunyai kebolehan terhad menjatuhkan periuk api di perairan musuh
> menjalankan serangan mengejut terhadap pantai musuh
> melakukan kerja-kerja sabotaj di bawah air



Syarat Kelayakan Akademik

(TDM)
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan. LULUS subjek Bahasa Melayu dan LULUS Sejarah
Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang
ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang
ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf dengannya.

(TUDM)
SPM
LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Sejarah. Keutamaan diberikan buat calon yang mendapat kepujian dalam
Bahasa Inggeris dan Matematik.

SKM
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang tertentu
dan LULUS dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keutamaan kepada calon yang mendapat
kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik.

TUGAS KHUSUS
Diploma dalam Kejuruteraan (Jadual senarai Diploam di sertakan di bawah
ini) dan mendapat LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keutamaan kepada calon yang
mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik.

Syarat Kelayakan Akademik

(TLDM)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan denga kepujian dalam mata pelajran Bahasa Melayu.
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di
dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada
peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan
yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

Semoga Bermanfaat…


Click to View FlipBook Version