Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 6
Info dan
Laluan Kerjaya
Ahli Farmasi
(Pharmacist)
Sumber rujukan;
www.pharmasi.gov.my
Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 6
Sejajar dengan kemajuan teknologi
dan perkembangan industri, bidang
tugas ahli farmasi semakin meluas
dengan lebih banyak peluang kerjaya
dibuka. Kerjaya ahli farmasi bukan
sekadar bertugas di belakang
kaunter mengambil ubat-ubatan dan
memberi nasihat kepada pesakit di
farmasi konvensional, malah ada juga
ditugaskan di hospital, kilang
farmaseutikal dan universiti, serta
menjadi usahawan dengan membuka
farmasi komuniti sendiri untuk
kemudahan masyarakat awam.
Untuk itu mari
sama-sama kita
teroka, apakah
yang dikatakan
kerjaya seorang
Ahli Farmasi ini.
Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 6
Apa yang anda tahu tentang ahli farmasi?
Ahli farmasi merupakan individu
berprofesional yang bekerja di farmasi
menyediakan ubat-ubatan berdasarkan
preskripsi (prescription) daripada doktor.
Ahli farmasi adalah pakar-pakar
perubatan dan memainkan peranan yang
penting dalam membantu pesakit
mendapatkan hasil yang terbaik daripada
ubat-ubatan mereka.
Sebenarnya, selain daripada
mengedarkan ubat, ahli farmasi
menyediakan pendidikan penjagaan
kesihatan profesional pesakit mengenai
penggunaan ubat-ubatan.
Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 6
Apa yang anda tahu tentang ahli farmasi?
Selain mempunyai pengetahuan luas dan lebih
baik mengenai ubat-ubatan daripada doktor, ahli
farmasi juga bertugas untuk melawat
ke wad bersama doktor bagi mengadakan
perbincangan tentang kaedah
rawatan si pesakit dan menasihatkan
pesakit tentang topik kesihatan seperti
pemakanan yang seimbang, pemahaman tentang
penyakit atau wabak dan pengurusan stres serta
kesihatan mental.
Justeru ahli farmasi
boleh berkongsi tentang
isu kesihatan kepada
masyarakat, kerana
mereka
mempunyai pengetahuan
yang luas dalam bidang
perubatan.
Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 6
Apa kemahiran yang perlu
ada pada seorang ahli
farmasi?
1. Faham maklumat / jenis
ubat yang ditulis oleh
doktor.
2. Mendengar dengan
aktif, keupayaan untuk
memahami apa yang
pelanggan dan rakan
sekerja sampaikan
adalah penting.
3. Komunikasi verbal, seorang ahli farmasi
mestilah dapat memberikan penerangan
serta arahan yang jelas tentang ubat-ubatan
yang diterima oleh pesakit.
4. Kemahiran perkhidmatan pelanggan, senyum
dan mesra dengan pelanggan.
5. Mempunyai pemikiran yang kritikal, tahu
menyelesaikan masalah dengan profesional.
Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 6
Ahli farmasi juga bertanggungjawab
mematuhi garis panduan 5R yang telah
ditetapkan iaitu:
1. Pesakit yang betul
2. Ubat yang betul
3. Dos yang betul
4. Pengambilan ubat pada masa yang betul
5. Cara pengambilan ubat yang betul
Kerjaya Seorang Ahli Farmasi
Hospital Pharmacist
Bekerja di Hospital di pelbagai unit.
Retail Pharmacist
Bekerja di kedai-kedai Farmasi
Contoh; Guardian, Watsons.
Industrial Pharmacist
Bekerja di kilang yang mengeluarkan ubat
Contoh: Pharmaniaga, CCM.
Enforcement Pharmacist
Bekerja sebagai individu yang mengawal semua
aktiviti jual beli yang melibatkan ubat dan
kosmetik. Memastikan syarikat yang
mengeluarkan ubat atau kosmetik ini patuh pada
bahan yang dibenarkan dan telah ditetapkan.
Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 6
Ciri-ciri peribadi seorang ahli farmasi.
❖ Minat berkhidmat kepada orang ramai
❖ Keupayaan bekerja dalam satu pasukan
❖ Daya mengenal pasti maklumat
❖ Darjah intergiriti yang tinggi
❖ Peka dalam menjalankan tugas
❖ Berdikari
❖ Kemahiran dalam membuat keputusan
❖ Standard etika yang tinggi
Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 6
Bidang Pendidikan Seorang Ahli Farmasi
Menjadi seorang ahli farmasi
bermakna anda bersedia untuk belajar
sepanjang hayat, “lifelong learner”. Ini
adalah kerana ilmu farmasi ini sentiasa
berubah bergantung kepada
penemuan-penemuan baru,
terutamanya ubat-ubatan yang baru
dalam pasaran.
Selain itu, pengetahuan lain yang perlu
seorang ahli farmasi mahir adalah
seperti subjek fizik, biologi, kimia,
matematik, perubatan, dan juga
penjagaan kesihatan.
Dalam erti kata lain, ahli farmasi
mestilah belajar dalam Jurusan Sains /
STEM semasa berada di dalam
tingkatan 4 dan 5.
Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 6
Bidang Pendidikan Seorang Ahli Farmasi
Manakala di peringkat pengajian tinggi
di Malaysia pula senarai universiti yang
menawarkan pengajian dalam bidang
farmasi antaranya seperti berikut:
Sarjana Muda Farmasi (kepujian)
IPTA : USM, UKM, UM, UiTM, UIA
IPTS : UCSI, IMU, AIMST, SEGI, MAHSA
Diploma Farmasi
IPTA : UiTM
IPTS : AIMST, ACMS, MSU, Kolej INTI
Diploma Pembantu Farmasi
Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST),
Kolej Surya, Victoria International
College
Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 6
Berapa gaji Ahli Farmasi?
Pernahkah anda tahu bahawa
gaji Ahli Farmasi tinggi?
Bancian menerusi jobstreet
melaporkan bahawa dalam
senarai Top 10, Ahli Farmasi
mengungguli carta dengan
berada di tangga yang teratas!
Bagaimana? Berminat
untuk menjadi Ahli
Farmasi?
Semoga bermanfaat…
Disediakan oleh;
~Cikgu Ayu~
UBKCJ