The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA PROGRAM MINDA SIHAT SMK CEDUNG JAYA DALAM KEBIASAAN BAHARU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgurahayu282, 2020-06-29 01:18:10

KERTAS KERJA PROGRAM MINDA SIHAT SMK CEDUNG JAYA DALAM KEBIASAAN BAHARU

KERTAS KERJA PROGRAM MINDA SIHAT SMK CEDUNG JAYA DALAM KEBIASAAN BAHARU

KERTAS KERJA:
PROGRAM MINDA SIHAT
DALAM KEBIASAAN BAHARU

SMK CEDUNG JAYA

TEMA:
MINDA SIHAT : EMOSI TERJAGA KEHIDUPAN SEJAHTERA

TEMPOH PELAKSANAAN:
BERMULA 22 JUN 2020

HINGGA
31 OGOS 2020

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

DAN
UNIT HAL EHWAL MURID

SMK CEDUNG JAYA

1.0 Pendahuluan

Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu merupakan projek yang melibatkan intervensi
unit bimbingan dan kaunseling sebagai persediaan kehadiran murid -murid tingkatan lima selepas
lama bercuti kerana wabak COVID-19. Bertemakan Minda Sihat: “Emosi Terjaga, Kehidupan
sejahtera” bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan
mental. Sekolah perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah dikeluarkan oleh KPM
untuk pembukaan semula sekolah dengan menitikberatkan aspek keselamatan murid. Elakkan
konsep 3S dan amalkan 3W sebagai kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian bagi
mengawal penularan COVID-19. Konsep 3S sentiasa diingatkan kepada murid-murid iaitu
elakkan sesak, sempit dan sembang dekat. Poster – poster psikososial Minda Sihat juga
dipamerkan di laluan utama keluar masuk ke sekolah dan di dalam setiap kelas untuk memastikan
murid sentiasa peka dengan kesejahteraan emosi diri sendiri dan rakan -rakan lain. Selain itu,
peringatan demi peringatan seperti mencuci tangan dengan sabun atau sanitizer sentiasa
diingatkan agar murid menjaga konsep 3W yang disarankan iaitu kerap mencuci tangan dengan
air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear),
dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn). Unit Bimbingan Kaunseling
sebagai unit yang mengurus psikososial dan kesejahteraan minda murid juga perlu aktif
menjalankan intervensi kepada semua murid dalam aspek pencegahan dan pendidikan
psikososial kepada murid. Aktiviti yang dirancang seperti menyebarkan flyers, menyampaikan
panduan berguna sebelum memulakan sesi pembelajaran melalui lama face book dan talian
kumpulan whatsapp kelas adalah antara persediaan awal yang dilaksanakan agar murid biasa
dengan norma baharu yang disarankan. Aktiviti ini berguna untuk membantu murid mengenal
pasti simptom yang ada pada diri sendiri atau kawan-kawan yang mengalami masalah mental
dan emosi yang terjejas sepanjang perintah kawalan pergerakan diadakan. Seterusnya program
ini diharapkan agar dapat membantu mereka menangani kesihatan mental dan mengekalkan
kesejahteraan minda dan emosi.

2.0 Matlamat

Warga sekolah dapat dibimbing untuk mengamalkan kesejahteraan emosi dan mental

3.0 Tarikh / Masa

Bermula 22 Jun 2020 hingga 17 Disember 2020

4.0 Sasaran

Semua warga SMK Cedung Jaya

5.0 Objektif

1) Warga sekolah mendapat maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai gejala awal yang
memberi kesan kepada minda akibat pandemik atau krisis yang berlaku

2) Warga sekolah dapat menangani masalah kesihatan mental dan mengamalkan intervensi
yang dibimbing, sebagai panduan yang boleh mensejahterakan mental dan emosi masing-
masing.

3) Warga sekolah sentiasa peka dengan 3S iaitu elakkan keadaan yang sesak, sempit
dan sembang dekat melalui penyebaran poster.

4) Mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai
pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM
yang lebih berkonsep peringatan (warn).

5. Memastikan tahap kesediaan emosi warga sekolah stabil melalui pelbagai aktiviti yang
dijalankan.

6.0 Key Performance Index (KPI)

Output Warga sekolah dapat mengenal pasti tanda -tanda seseorang menghadapi
Outcome tekanan dan belajar cara menghadapi tekanan tersebut.

Warga sekolah dapat mengamalkan panduan yang diberikan oleh guru
kaunseling dan dapat membantu orang lain pula dalam kesejahteraan
mental dan emosi.

7.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah Sumber

1. Poster Norma Baharu dan Minda Sihat RM 100.00 PCG Kaunseling
2. Bunting dan Banner Norma Baharu dan Minda Sihat RM 100.00 PCG Kaunseling
3. Sticker Pengurusan Norma Baharu Bilik Kaunseling RM 50.00 PCG Kaunseling
4. Hadiah Kuiz Pelajar RM 100.00 PCG Kaunseling

RM 5 x 20 hadiah RM 100.00 PCG Kaunseling
5. Pengurusan program / luar jangka RM 450.00

Jumlah Besar

8.0 Jawatankuasa Program

Jawatankuasa Induk

PENGERUSI : PN. NORHAYATI BINTI MOHAMED,. SMP
Pengetua
TIMB. PENGERUSI : TN. HJ. ZULKIFLI BIN SAMAH
GPK Hal Ehwal Murid
NAIB PENGERUS I : EN. ISHAK BIN ZAINAL ABIDIN
GPK Pentadbiran
NAIB PENGERUSI II : EN. MOHD. TAJUDDIN BIN OTHMAN
GPK Kokurikulum
SETIAUSAHA : PN. RAHAYU BINTI MOHD. HAIRUNI
GBKSM

Jawatankuasa Kerja

Semua guru SMK Cedung Jaya berdasarkan Tentatif Program

10.0 Tentatif Program

Jadual Pelaksanaan Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu

SMK Cedung Jaya

Tarikh Pendekatan Aktiviti Jawatankuasa Kaedah

19 Jun Kerja
2020
hingga Promosi Minda 1. Sebaran GBKSM Penyebaran flyers melalui
22 Jun Sihat dan Flyers Minda Guru kelas kumpulan whatsapp Kelas murid
2020 Kembali ke Sihat dan Garis Admin FB
dan Laman Rasmi Face Book
24 Jun Sekolah Panduan Rasmi sekolah.
2020 Pembukaan Sekolah
Semula Menampal poster dan bunting
Sekolah untuk berkaitan di sekitar sekolah dan
ibubapa dan
murid bilik kaunseling.

Promosi Minda 2. Menyambut Pentadbir Mengedar flyers kepada ibubapa
Sihat dan kehadiran murid PPS Sekolah yang menghantar anak-anak di
Kembali ke di pintu masuk YDP PIBG pintu masuk sekolah pada hari
Sekolah sekolah dan
GBKSM pertama persekolahan dan

sebaran Flyers Guru mengedar flyers kepada semua
Minda Sihat Bertugas di murid tingkatan 5 semasa

dan Garis pintu masuk taklimat awal pagi sebleum
Panduan sekolah PDPC bermula.

Pembukaan
Semula
Sekolah untuk
ibubapa dan
murid

25 Jun Pencegahan 3. Mentadbir GBKSM GBKSM mengedar senarai
2020 senarai semak semak keperluan murid untuk
keperluan dijawab. GBKSM mengenalpasti
murid. keperluan murid berdasarkan

analisis keperluan.

29 Jun Pencegahan 4. Tayangan GBKSM dan Bahan disediakan oleh GBKSM
hingga Video Promosi Guru subjek dan Video ditayangkan melalui
24 Julai *tajuk atau Minda Sihat yang bersama aplikasi Google Meet sekolah
2020 pengisiaan dan Amalan murid pada dan guru berkongsi secara atas
(4 minggu) bahan bagi Penjagaan waktu rehat.
aktiviti 4 dan 5 Kesihatan yang talian di dalam kelas murid
adalah diperoleh sewaktu rehat setiap hari
berdasarkan daripada KPM sepanjang tempoh 4 minggu.
isu murid yang dan sumber2
dikenalpasti lain. GBKSM dan Bahan disediakan oleh GBKSM
melalui senarai Semua Guru dan dikongsi melalui laman rasmi
semak 5. Perkongsian FB sekolah dan dikongsikan ke
keperluan Bingkisan Kelas semua kumpulan whatsapp kelas
murid. Setitis Tinta
Sejambak Tingkatan 1-4 oleh guru kelas.
Bicara (Setiap
Isnin) dan
Video Pendek
Positif Pagi
(Selasa –
Jumaat) oleh
GBKSM

6. Ekspresi Guru Subjek Mengedar kertas nota kecil untuk
Murid waktu akhir murid luahkan perasaan mereka
setiap jumaat.
setiap hari jumaat sebelum
pulang.

7. Kuiz GBKSM GBKSM akan menyediakan
soalan Kuiz Minda Sihat kepada

murid sepanjang tempoh

program berlangsung. Sebanyak
20 hadiah disediakan.

29 Jun Perkembangan 8. Intervensi GBKSM GBKSM mengenalpasti isu murid
hingga Psikososial melalui senarai semak keperluan

24 Julai Minda Sihat murid berdasarkan kategori dan
2020 memberi bimbingan individu

(4 minggu) kepada murid yang terlibat.

27 Julai Perkembangan 9. Mentadbir GBKSM GBKSM mentadbir Pra-Saringan
2020 Pra-Saringan Minda Sihat dengan
Minda Sihat
menggunakan Soalan Whooley

27 Julai Pemulihan 10. Intervensi GBKSM Jawatankuasa terlibat
hingga Umum dan GPK menyediakan beberapa teknik
28 Ogos Amalan Gaya relaksasi, latihan pernafasan,
2020 Hidup Sihat Kokurikulum senaman bahu dan leher, X-
Guru PJK Break, Brain Gym dan Energizer.

dan Boleh diaplikasi 5-10 minit waktu
rehat atau waktu PDPC.
Guru Subjek

27 Julai Pemulihan 11. Intervensi GBKSM GBKSM akan melaksana
hingga Khusus – intervensi khusus kepada murid
28 Ogos Saringan Minda yang dikenalpasti bagi menjawab
2020 Sihat 1
Soalan PHQ-9 dan GAD 7.
GBKSM melaksana Sesi

Bimbingan menggunalkan teknik-
teknik yang bersesuaian

(cth;tangani stress, kawal marah,
kemahiran gaya daya tindak,

penyelesaian masalah, berfikiran
positif, komunikasi berkesan dan

asertif)

28 Ogos Pemulihan 12. Saringan GBKSM Murid yang erlibat dengan
2020 Minda Sihat 2 intervensi khusus menjawab
saringan Minda Sihat 2, Soalan

PHQ-9 dan GAD 7.

31 Ogos Krisis 13. Pelaporan GBKSM GBKSM melaporkan kes krisis
2020 murid yang Pengetua kepada Pengetua dan
mempunyai
mengadakan konsultasi dengan
tanda awal
Kemurungan ibubapa untuk merujuk murid
dan Kecelaruan kepada pegawai kesihatan di
Mental
klinik atau hospital.

11.0 Penutup

Pelaksanaan Program Mnda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu bertemakan MINDA SIHAT :
EMOSI TERJAGA KEHIDUPAN SEJAHTERA ini diharapan agar dapat dijadikan satu
mekanisma yang akan membantu murid untuk lebih bersedia secara fizikal, mental dan emosi
bagi menghadapi persekolahan semula setelah lama tidak hadir ke sekolah sepanjang tempoh
PKP. Pelaksanaan program ini juga diharapkan dapat menyuntik semangat baru kepada semua
murid untuk meneruskan persekolahan malahan kehidupan seharian dan seterusnya bersedia
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik. Selain itu semoga program
ini dapat menerapkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri, emosi, rohani
dan mental serta amalan norma baharu dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah.








Click to View FlipBook Version