The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgurahayu282, 2021-09-27 22:43:30

Kerjaya Seorang Ahli Psikologi

Kerjaya Seorang Ahli Psikologi

Siri Info Kerjaya Inspirasi Nurani Bil. 9

Info dan Laluan Kerjaya

Ahli Psikologi

Sumber rujukan; https://www.spa.gov.my/

Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang
Psikologi (Psychologists)

Apa yang anda tahu tentang ahli psikologi ? Apakah
syarat untuk menjadi doktor/ahli psikologi?

• Apa yang di pelajari dalam bidang psikologi? Apa
perbezaan psikiatari dan psikologi? Berapa
banyakkah jenis psikologi di Malaysia?
Apakah kemahiran yang perlu ada pada seorang
psychologists? Apakah personaliti seorang ahli
psikologi?

• Buat pengetahuan anda, ahli psikologi ialah orang yang
mempelajari proses-proses mental dan tingkah laku
manusia dengan memerhati, mentafsir, dan
merekodkan bagaimana orang berkaitan dengan satu
sama lain dengan alam sekitar. Sesetengah ahli
psikologi bekerja secara bebas, melakukan
penyelidikan atau hanya bekerja dengan pesakit atau
pelanggan sahaja.

• Menjadi ahli psikologi memerlukan tahap kesabaran
yang tinggi dalam mengendalikan pesakit-pesakit
mereka.

Kemahiran yang perlu ada seorang ahli psikologi adalah :

1.Berkomunikasi: Menjadi seorang psikologi bukan
hanya pandai bercakap menggunakan mulut tetapi harus
bijak menyusun kata dan menggunakan akal fikiran dan
tahu bagaimana mahu berinteraksi dengan pesakit anda.
Terdapat beberapa jenis pesakit yang dirujuk pada
psikologi tetapi salah satunya adalah individu sensitif.
Individu yang sensitif merupakan
individu Introvert yang bermaksud seorang pemalu dan
biasanya berfikiran sendiri. Maka individu lain yang
berinteraksi dengan individu sensitif harus menitik
berat beberapa aspek penting sewaktu berurusan
dengan mereka.

2.Menyelesaikan masalah: Ini adalah salah satu
kemahiran yang perlu ada pada seorang psikologi kerana
anda yang akan berdepan dengan bermacam-macam jenis
pesakit dan anda sendiri yang akan mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah itu. Jadi, anda mestilah
mempunyai mental yang kuat untuk mengendalikan
masalah orang lain yang akan melalui masa yang sukar.

❑ Personaliti seorang ahli psikologi ialah
pertama, mudah didekati. Maksudnya, anda seorang
yang mesra dan mudah untuk bercakap dengan
sesiapa sahaja. Apabila anda bekerja sebagai
seorang psikologi, anda haruslah ringan mulut.
Maksudnya, menjadi seorang ahli psikologi yang suka
berbual atau peramah dan bukannya berat mulut
yang tidak suka berbual atau susah untuk bercakap
dengan pesakit.

❑ Kedua, Kesabaran. Kenapa kesabaran? Kerana tidak

semua pesakit yang datang berjumpa anda, akan

bercerita straight to the point tentang masalah

mereka , jadi masa itulah anda perbanyakkan

bersabar. Walaupun anda rasa “bosan” kerana

menunggu untuk mendengar dan mengetahui masalah

mereka yang sebenarnya, anda tidak boleh tunjuk

sikap yang begitu pada pesakit anda kerana itu

adalah kerja anda untuk mendengar

masalah mereka.

Psikologi Adalah Ilmu Tentang Pemikiran &
Tingkahlaku Manusia

Apa yang aku maksudkan adalah bidang psikologi ini
merupakan kajian saintifik tentang pemikiran dan
tingkahlaku manusia. Ilmu psikologi ini ada banyak dan
tidak tertumpu kepada satu aspek sahaja. Ada psikologi
kognitif, psikologi neurosains, psikologi behaviourisme,
psikologi abnormal, psikologi perkembangan & psikologi

industri & organisasi.

Psikologi Ada Di Sekeliling

Salah satu yang menarik minat seseorang untuk
mempelajari psikologi adalah kerana ilmu psikologi itu
ada disekeliling. Prinsip psikologi dapat dilihat dalam

kehidupan seharian kita.

Sebagai contoh bidang Psikologi Kanak-Kanak &
Keluarga, anda dapat lihat bermula daripada
perkembangan bayi sehinggalah tua.

Contoh lain, banyak kes kita dengar tentang perceraian,

penderaan kanak-kanak & warga emas, pembuangan bayi,

Kanak-Kanak HIV & AIDS, stres di tempat kerja, dan

sebagainya. Semua ini ada kaitan

dengan psikologi.

Psikologi Mempunyai Peluang Kerjaya Yang Luas

Sebenarnya agak meyinggung perasaan juga apabila ada
segelintir individu yang berkata "Psikologi tidak
mempunyai banyak peluang pekerjaan"
Insya'Allah rezeki pekerjaan itu akan datang yang
penting kita berusaha.

Psikologi merupakan satu bidang yang luas serta boleh

dipecahkan kepada beberapa pengkhususan. Bagi

mereka yang khusus kepada psikologi

kaunseling, biasanya kaunselor membantu klien membuat

tafsiran terhadap fakta yang berkaitan sama ada

dengan membuat pemilihan keputusan, perancangan

ataupun pelarasan yang lebih baik perlu dilakukannya.

Bagi mereka yang melibatkan diri dalam bidang psikologi
klinikal pula, mereka perlu menilai dan merawat
pesakit yang mengalami masalah psikologi. Mereka
menggunakan pelbagai kaedah berkaitan ilmu psikologi
dengan memberi kaunseling dan terapi. Selain itu, ahli
psikologi sentiasa bekerjasama dengan doktor, ahli
psikiatri dan kakitangan perubatan dalam menangani
masalah pesakit.

Bidang psikologi pendidikan pula menawarkan kaunseling
dan bantuan kepada pelajar remaja bermasalah di bidang
pelajaran dan perkembangan tingkah laku. Mereka ini
sentiasa memberi kerjasama kepada klien iaitu pelajar,
guru dan ibu bapa.

Sementara bidang psikologi industri dan organisasi
melibatkan permasalahan berhubung perlakuan organisasi
dan pekerja. Bidang ini menyentuh hal berkaitan
antaranya, kepuasan dan tekanan bekerja, dinamika
kumpulan, masalah kesatuan sekerja, kepemimpinan dan
pengaruh, prejudis dan diskriminasi dalam organisasi,
perkembangan organisasi, latihan dan pembangunan
kerjaya.

Bidang psikologi menjanjikan peluang kerjaya yang
cukup baik sama ada di sektor awam, swasta atau
menjalankan perkhidmatan perundingan. Bukan itu
sahaja, anda boleh berkhidmat sebagai pensyarah,
kaunselor, pakar pemulihan, pembangunan sosial,
pembantu sosial, penyelidik, pentadbir, pegawai
perjawatan, eksekutif sumber manusia, eksekutif latihan
dan perunding. Jadi, luas kan peluang kerjaya Ahli
Psikologi?

Berikut adalah antara bidang kerjaya yang pelajar
jurusan psikologi boleh ceburi, iaitu:

1.Pakar Psikologi Kanak-Kanak
2.Ahli Psikologi Perkembangan
3.Human Resources Development (HRD)
4.Pakar Psikologi (Klinikal, Psikoterapi, Psikiatris, Ahli
Terapi)
5.Guru Bimbingan Kaunseling
6.Penulis Buku
7.Trainer
8.Kaunselor
9.Pegawai Psikologi

Senarai Universiti / Kolej di Malaysia yang
Menawarkan Jurusan Psikologi adalah seperti di

bawah:

1. Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Bangi,Selangor
2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM -
Gombak, Selangor
3. Universiti Malaysia Sabah UMS - Teluk Sepanggar,
Sabah
4. Universiti Teknologi Malaysia UTM - Skudai, Johor
5. Universiti Putra Malaysia (UPM) - Pendidikan
Kaunseling dan Bimbingan
6. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - Pendidikan
Kaunseling dan Bimbingan
7. UCSI University, Kuala Lumpur
8. HELP University College, Damansara, KL
9. International Medical University IMU, Bukit Jalil, KL
10. Segi University College SEGI, Subang Jaya, Selangor
11. Kolej Darul Hikmah, Kajang Selangor
12. Kolej Islam Sains dan Teknologi KIST, Terengganu
13. Kolej Kamunting, Taiping Perak
14. Kolej Jaipuri, Kelantan
15. Erican College, Kuala Lumpur
16. Institute of Graduate Studies (IGS) Universiti of
Malaya, Kuala Lumpur
17. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kuala Lumpur
18. Sunway University, Petaling Jaya
19. Universiti Malaya, Kuala Lumpur
20. Cyberjaya University College of Medical Sciences
21. Kolej Universiti Shahputra
22. Al-Madinah International University

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
(c)
(i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi,
psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam dalam bidang sains
tingkahlaku beserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau

(iii) ijazah sarjana dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau
kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,690.32); atau

(iv) ijazah doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi,
Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,997.32)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-
kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong
Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara
Lantikan ke jawatan Pegawai Gred S41, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan
dan:
(a)
mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Click to View FlipBook Version