National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
TAHAP PENGETAHUAN GURU SEJARAH SEKOLAH RENDAH DALAM
KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS)
Muhamad Yazid Khalil,
Fakulti Pendidikan, UKM
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru yang mengajar mata pelajaran
Sejarah sekolah rendah terhadap Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS). KPS terdiri daripada
limaa aspek utama iaitu kemahiran kronologi, kemahiran meneroka bukti, kemahiran interpretasi,
kemahiran imaginasi dan kemahiran merasionalisasi. Kajian ini melihat sama ada terdapat
perbezaan yang signifikan dari segi opsyen, jantina dan pengalaman mengajar mata pelajaran
sejarah. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik bagi
mendapatkan maklumat mengenai lima aspek tersebut dari guru yang mengajar mata pelajaran
Sejarah. Sampel kajian melibatkan 54 orang responden yang terdiri daripada 110 orang guru
yang mengajar mata pelajaran sejarah sekolah rendah daerah Sabak Bernam. Kajian rintis yang
dijalankan terhadap 20 orang guru menunjukkan keseluruhan konstruk berdasarkan analisis
Cronbach Alpha berada pada tahap tinggi iaitu 0.919. Hasil kajian menunjukkan tahap
Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam kalangan guru-guru sekolah rendah berada pada tahap
tinggi secara keseluruhannya. Analisis tersebut menunjukkan terdapat dua konstruk yang
mencapai tahap sederhana iaitu kemahiran meneroka bukti dan kemahiran interpretasi. Analisis
ini juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara guru opsyen dan guru bukan
opsyen. Ini menunjukkan guru opsyen sejarah lebih berpengetahuan dan menguasai kemahiran
pemikiran sejarah berbanding guru bukan opsyen. Kajian ini menunjukkan guru-guru perlu
meningkatkan pengetahuan dan menguasai KPS bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh
pembuat dasar. Penguasaan KPS yang tinggi membantu guru mencapai matlamat untuk
melahirkan generasi yang berfikiran efektif, kreatif dan inovatif.
Kata Kunci: Pendidikan Sejarah, Guru Sejarah, Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)
1. PENGENALAN
Mata pelajaran Sejarah merupakan salah satu mata pelajaran teras yang wajib dipelajari
oleh semua pelajar tahun 4 mulai tahun 2014. Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata
pelajaran Sejarah dihasilkan bertujuan untuk memberi panduan kepada guru untuk lebih
bersedia dalam merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar dengan lebih
berkesan. Mata pelajaran ini diperkenalkan pada peringkat yang lebih awal kerana untuk
menyemai kefahaman sebagai warganegara dan penghayatan semangat patriotik serta
menerapkan nilai sivik ke dalam diri pelajar di waktu umur mereka masih muda. Penerapan
awal elemen-elemen tersebut ke dalam diri pelajar pada usia muda memudahkan guru memberi
dorongan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sifat toleransi di dalam diri bagi menjaga
hubungan dan perbatasan antara kaum di Malaysia. Mata pelajaran Sejarah yang diajar pada
peringkat sekolah rendah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar untuk lebih
mengetahui keadaan latar belakang negara dan melihat perubahan yang berlaku dalam
kehidupan masyarakat di Malaysia.
1
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
Guru merupakan individu yang bertanggung jawab untuk merealisasikan hasrat murni yang
telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Justeru itu, adalah menjadi tanggung
jawab guru untuk merealisasikan hasrat murni yang telah digariskan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia tersebut. Guru perlu bijak menerapkan KPS dalam kalangan pelajar kerana
membolehkan mereka berfikir dengan lebih kritis, berkeupayaan untuk melihat dengan lebih
menyeluruh perkaitan antara sesuatu peristiwa dan mampu berfikir dengan lebih rasional
sebelum bertindak terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku. Ahmad Rafaai Ayudin (2011)
menyatakan kefahaman konsep-konsep asas sejarah sangat penting untuk diketahui sebelum
pelajar didedahkan tentang ciri-ciri sejarah, kronologi sesuatu peristiwa, sebab musabab
sesuatu peristiwa membuat perbandingan, melakukan interpretasi dan membuat rasionalisasi
terhadap sesuatu peristiwa sejarah. Sejarah bukan sesuatu cerita dongeng atau hikayat yang
diwarisi turun temurun tetapi merupakan suatu kronologi yang disertakan dengan bukti-bukti
yang jelas dan tepat. Menurut Collingwood (terj. Muhd Yusof Ibrahim 1997), apa juga perkara
yang berkaitan dengan peristiwa sejarah ialah sejarah pemikiran. Sejarah tidak dapat
dibuktikan kesahihannya melainkan para sejarawan dapat mengemukakan kronologi yang
sahih berserta bukti yang kukuh. Kemahiran kronologi dan kemahiran meneroka bukti secara
langsung mendorong pelajar untuk membuat analisis peristiwa sejarah sebagaimana diakui
oleh Zahara Aziz dan Nik Azleena (2007) bahawa matlamat mata pelajaran sejarah ialah
mendidik pelajar untuk memperolehi kemahiran rasionalisasi dalam menganalisis peristiwa
sejarah. Oleh itu, guru perlu menguasai kemahiran tersebut bagi memastikan PdPc
dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Setiap guru yang mengajar mata pelajaran sejarah perlu memahami dengan jelas tentang
struktur disiplin ilmu sejarah. Tahap pengetahuan guru yang rendah berkaitan dengan
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) akan memberi masalah dalam menerapkan KPS dalam
kalangan pelajar. Pusat perkembangan Kurikulum (2003) menyatakan terdapat enam elemen
dalam struktur disiplin sejarah iaitu (1) inkuiri dalam sejarah, (2) pengumpulan sumber, (3)
Kemahiran Pemikiran Sejarah, (4) penjelasan sejarah, (5) pemahaman sejarah, dan (6) empati.
Kajian ini lebih menjuruskan kepada KPS yang merupakan salah satu elemen yang terdapat di
dalam disiplin ilmu sejarah untuk diterapkan ke dalam diri pelajar. Kajian ini untuk melihat
sejauh mana tahap pengetahuan KPS dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran
Sejarah di sekolah rendah. Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan salah satu
fokus utama yang diletakkan di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang bertujuan
membantu pelajar dalam membina pengetahuan dan membuat perbandingan tentang peristiwa
penting yang berlaku dalam Negara. Pemahaman yang jelas tentang sejarah dapat menyemai
perasaan sayang dan bangga terhadap negara di samping berupaya bertoleransi dengan
kepelbagaian masyarakat dalam negara.
2. KAJIAN LITERATUR
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan salah satu daripada enam elemen dalam
struktur disiplin sejarah yang perlu diterapkan dalam kalangan pelajar.Wineburg dan Fournier
(1994) menyatakan pemikiran sejarah adalah satu kecenderungan untuk berfikir tentang masa
lalu dan mengenal pasti perkara-perkara asas tentang perubahan yang berkaitan. Pemikiran
sejarah tidak dipengaruhi oleh pandangan pengkaji terdahulu untuk memahami masa lalu dan
terbina hasil yang diperolehi daripada sumber primer dalam konteks mereka (Wineburg, 2006).
Krishnaveni (2013) mendapati guru menerapkan kemahiran pemikiran sejarah dalam
2
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
pengajarannya berada dalam keadaan sederhana maka tahap pengetahuan pelajar mengenai
kemahiran pemikiran sejarah juga adalah pada tahap sederhana. Hasil daripada kajian beliau
juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara tahap pengetahuan guru mengenai
kemahiran pemikiran sejarah dengan pelaksanaan kemahiran pemikiran sejarah dalam
pengajaran mereka. Hal ini menunjukkan guru yang berkemahiran mampu menerapkan
kemahiran yang diperlukan dalam mata pelajaran sejarah dalam kalangan pelajar. Penerapan
Kemahiran Pemikiran Sejarah membantu pelajar menguasai dan memahami mata pelajaran
Sejarah dengan lebih berkesan.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) telah membuat huraian tentang pemikiran sejarah
dalam sukatan mata pelajaran Sejarah yang menyatakan pemikiran sejarah merupakan satu
bentuk proses kognitif di mana murid-murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan
bimbingan guru-guru. Justeru murid-murid dapat memahami secara kritis dalam imaginatif
tentang segala aspek kehidupan manusia silam sehingga hari ini. Kemahiran pemikiran sejarah
adalah lebih spesifik kepada disiplin ilmu sejarah kerana dengan kemahiran ini, murid akan
lebih mengerti cara yang betul seseorang sejarawan itu membuat konstruk sesuatu peristiwa
dengan penggunaan sumber-sumber yang didapati untuk menentukan keesahan sesuatu
peristiwa. Setiap murid akan akan diterapkan Kemahiran pemikiran sejarah seperti kemahiran
kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi membuat imaginasi dan membuat
rasionalisasi untuk membentuk pemikiran yang lebih kritis.
Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah (2002) Pusat Perkembangan Kokurikulum
menyatakan guru perlu menerapkan kemahiran pemikiran sejarah kepada kalangan pelajar
adalah (1) Memahami kronologi yang bermaksud mengembangkan pengetahuan sejarah secara
teratur mengikut masa dan membuat pandangan berdasarkan perkembangan yang berlaku. (2)
Meneroka bukti yang merujuk kepada kemahiran untuk mengenal pasti umber pertama dan
sumber kedua dan perlu membuat perbandingan antara kedua sumber tersebut. Kemahiran ini
membolehkan pelajar membanding beza tentang sesuatu kejadian yang berlaku di dua tempat
yang berbeza dan berlaku pada selang masa yang berlainan. Kemahiran ini mencari punca yang
mendorong kepada berlakunya sesuatu peristiwa dan boleh membuat persoalan tentang fakta
dan kejadian yang berlaku. (3) Membuat imiginasi yang merujuk kepada kemahiran pelajar
berusaha membina visual dengan membayangkan sesuatu peristiwa mengikut keadaan pada
waktu itu. Kemahiran ini membantu pelajar membuat tafsiran dan ulasan tentang sesuatu
peristiwa. (4) Kemahiran interpretasi yang merujuk kepada kebolehan pelajar memahami
perkaitan antara fakta sejarah dan tafsiran sejarah serta membantu meramalkan peristiwa pada
masa hadapan berdasarkan pemerhatian dan interpretasi yang sistematik (Paul & Elder, 2006).
(5) Kemahiran rasionalisasi merujuk kepada sejauhmana pelajar mampu membuat
pertimbangan dan rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah berdasarkan kepada data dan
bukti yang diterima. Kemahiran ini memberi pengetahuan yang penting daripada kajian masa
lalu dalam memberi panduan untuk membuat keputusan yang lebih baik pada masa hadapan
(Paul & Elder, 2006).
3
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
Kerangka Konseptual
Tahap Pengetahuan Pemikiran Sejarah
Guru Kemahiran Kronologi
Kemahiran Meneroka
Jantina
Pengalaman Bukti
Kemahiran Interpretasi
Mengajar Kemahiran Imaginasi
Opsyen Guru Kemahiran Rasionalisasi
PELAJAR
Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian
Sumber : California State Department of Education (1988), Seixas (1996), Kementerian
Pendidikan Malaysia (2003) dan Wineburg (2006).
Kerangka Konsep di atas menerangkan tahap pemikiran Sejarah dalam kalangan
guru sekolah rendah berdasarkan jantina dan pengalaman guru mengajar. Bahagian
Pembangunan Kurikulum Kementerian Pedidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2014 di
dalam Dokumen Standard Sekolah Rendah telah mengemukakan pemikiran Sejarah dalam
fasa kreatif untuk pengajaran di Sekolah Rendah. Elemen tersebut mengandungi 7
pemikiran sejarah iaitu (a) memahami kronologi, (b) meneroka bukti, (c) membuat
intrepretasi, (d) membuat imiginasi, (e) membuat rasionalisasi, (f) membuat penjelasan, (g)
Empati. Kajian ini menyenaraikan 5 aspek pemikiran sejarah iaitu Kemahiran kronologi,
Kemahiran meneroka bukti, kemahiran imaginasi, kemahiran interpretasi dan kemahiran
merasionalisasi dalam kalangan guru sejarah sekolah rendah. Vansledright (2004)
menyatakan kesukaran menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) ke dalam diri
pelajar menyebabkan guru beranggapan bahawa pelajar mereka tidak berupaya untuk
menguasai kemahiran ini dan menyebabkan pelajar itu sendiri tidak memahami sejarah itu
sendiri. Seseorang guru memahami berkenaan KPS ini boleh mencetuskan pengalaman
mereka sendiri untuk menarik minat pelajar untuk berfikir dan menganalisis peristiwa
dengan menggunakan bahan rangsangan yang tepat dan sesuai seperti gambar atau
dokumen. Penerapan KPS dalam kalangan pelajar juga agak sukar dilaksanakan sekiranya
pelajar itu sendiri tidak bersedia dan mengalami masalah pembelajaran.
Chowen (2005) menyatakan setiap guru yang mengajar dalam mata pelajaran
sejarah perlu bersedia dan memahami kaedah yang sesuai mengajar berdasarkan pemikiran
4
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
sejarah di dalam setiap tajuk mata pelajaran tersebut. Tahap pengetahuan guru yang rendah
dalam kemahiran pemikiran sejarah membataskan mereka untuk menerapkan kemahiran
tersebut kepada para pelajar dan pelajar tidak dapat memahami dengan jelas isi kandungan
mata pelajaran tersebut. Hal ini selari dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Zahara
dan Nik Azleena (2007) yang mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara guru
yang menerima latihan mengajar sejarah dengan guru yang tidak mendapat latihan
pengajaran sejarah. Cadangan yang diberikan oleh Tally dan Goldenberg (2005) telah
mengesyorkan setiap guru yang mengajar mata pelajaran sejarah meningkatkan tahap
kemahiran mereka di dalam pemikiran sejarah terutama kemahiran dalam menganalisis
dokumen. Yilmaz (2008) telah mengkaji kaedah pengajaran yang digunakan guru sejarah
untuk mengkonsepsi sejarah yang melibatkan 12 orang guru yang berpengalaman selama
16 tahun mengajar dalam mata pelajaran sejarah serta berijazah dari 3 buah bandar di
wilayah tenggara Amerika Syarikat. Hasil kajian tersebut mendapati majoriti dalam
kalangan guru tersebut tidak menunjukkan pemahaman yang mendalam terhadap konsep
sejarah dan tidak memberi penekanan terhadap interprestasi yang merupakan komponen
penting dalam kemahiran pendidikan sejarah.
Baharuddin (2006) dalam kajiannya menunjukkan guru telah melaksanakan
kemahiran pemikiran sejarah di dalam pengajaran mereka namun tahap pelaksanaan yang
berbeza mengikut kategori pemikiran sejarah. Kemahiran meneroka bukti merupakan
kemahiran yang paling kerap diaplikasikan manakala kemahiran imiginasi paling kurang
dilaksanakan dalam pengajaran guru. Anuar (2009) menunjukkan bahawa guru yang
berkemahiran mengajar Sejarah dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Sejarah. Guru-guru sejarah perlu meningkatkan kompetensi mereka bagi
membolehkan pengajaran mereka lebih berkesan Sharifah et al.(2010) pula melihat
kemahiran pemikiran sejarah berdasarkan perspektif pelajar yang menunjukkan guru tidak
menerapkan kemahiran pemikiran sejarah sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
3. METODOLOGI
Kajian ini berbentuk tinjauan dan satu set soal selidik telah dibina berdasarkan skala
lima likert bagi mendapatkan maklumat konstruk yang dikaji. Terdapat lima konstruk yang
ingin dikaji iaitu kemahiran kronologi, Kemahiran meneroka bukti, kemahiran imaginasi,
kemahiran interpretasi dan kemahiran merasionalisasi. Soal selidik ini terbahagi kepada
dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A terdiri daripada demografi
responden seperti jantina, opsyen guru dan pengalaman mengajar. Bahagian B terdiri
daripada 15 item yang berkaitan dengan item-item yang terdapat dengan Kemahiran
Pemikiran Sejarah iaitu Kemahiran Kronologi, Kemahiran Meneroka Bukti, Interpretasi,
Imaginasi dan Rasionalisasi.
Kajian ini dijalankan dalam kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah
di Sekolah-sekolah rendah daerah Sabak Bernam, Selangor. Kaedah persampelan rawak
mudah digunakan untuk memilih sampel kajian. Mohd Majid (1990) menyatakan
persampelan rawak mudah merupakan proses mengambil individu dalam populasi yang
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Persampelan rawak mudah digunakan dalam
memilih sampel kajian yang dilakukan terhadap guru-guru sekolah rendah yang mengajar
mata pelajaran Sejarah dalam daerah Sabak Bernam dilakukan secara rawak. Sejumlah 54
5
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
orang guru yang mengajar mata pelajaran sejarah dipilih secara rawak untuk menjawab
borang soal selidik yang telah disediakan. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik
yang telah diubahsuai untuk disesuaikan dengan keadaan tempat dan populasi kajian
daripada kajian Krishnaveni (2013) yang bertajuk Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam
Mata Pelajaran Sejarah dari Perspektif Guru dan Pelajar sebagai alat utama bagi
mendapatkan maklumat tahap pengetahuan guru dalam Kemahiran Pemikiran Sejarah.
3.1 Profil Responden
Seramai 54 Orang guru daripada 110 orang guru yang mengajar mata pelajaran
Sejarah Sekolah Rendah telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini pada
tahun 2017 yang telah dipilih secara rawak. Daripada 54 responden yang terlibat,
25 orang adalah guru lelaki dan 29 orang adalah guru perempuan. Seramai 13
orang guru merupakan guru opsyen sejarah dan 41 orang guru adalah bukan
opsyen mata pelajarn Sejarah.
Jadual 1.0: Profil Demografi Responden
Demografi Frekuensi Peratus
Jantina 25 46.3%
Lelaki 29 53.7%
Perempuan
Opsyen 13 24.1%
Opsyen Sejarah 41 75.9%
Bukan Opsyen Sejarah
Pengalaman Mengajar 35 64.8%
1 hingga 5 Tahun 19 35.2%
6 hingga 10 Tahun
4. ANALISIS DAN KEPUTUSAN
Kajian ini menggnakan statistik deskriptif bagi mendapatkan maklumat dalam bentuk
skor min dan sisihan piawai yang digunakan sebagai skor purata tindak balas responden
terhadap soal selidik mengikut dimensi yang diuji iaitu tahap pengetahuan guru terhadap
kemahiran pemikiran sejarah. Bagi menjawab persoalan kajian tentang tahap pengetahuan
guru sejarah terhadap kemahiran pemikiran sejarah, penyelidik menggunakan interpretasi
skor min seperti dalam jadual 2 berikut.
Jadual 2. Interpretasi Skor Min Bagi Tahap Pengetahuan Guru terhadap Kemahiran
Pemikiran Sejarah.
Skor Min Interpretasi Skor Min.
1.00 hingga 2.33 Rendah
2.34 hingga 3.66 Sederhana
3.67 hingga 5.00 Tinggi
Sumber: Jamil Ahmad 2002.
6
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
Hasil dapatan kajian ini akan menjawab empat persoalan kajian iaitu, (1) apakah tahap
lima aspek (KPS) dalam kalangan guru sejarah sekolah rendah, (2) adakah terdapat
perbezaan yang signifikan antara lima aspek di dalam KPS dalam kalangan guru sejarah
sekolah rendah berdasarkan jantina, (3) adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara
lima aspek di dalam KPS dalam kalangan guru sejarah sekolah rendah berdasarkan
pengalaman mengajar, (4) adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara lima aspek di
dalam KPS dalam kalangan guru sejarah sekolah rendah berdasarkan opsyen sejarah dan
bukan opsyen sejarah?
i. Tahap setiap aspek dalam Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam kalangan guru
Sekolah Rendah
Jadual 3: Skor Min Tahap kemahiran pemikiran sejarah (KPS)
No Pembolehubah (kps) Min Sisihan Piawai Interpretasi
1 Kemahiran Kronologi 3.71 0.522 tinggi
2 Kemahiran Meneroka Bukti 3.66 0.598 sederhana
3 Kemahiran Interpretasi 3.65 0.602 sederhana
4 Kemahiran Imaginasi 3.77 0.614 tinggi
5 Kemahiran Rasionalisasi 3.69 0.685 tinggi
Keseluruhan 3.69 0.604 tinggi
Berdasarkan jadual 2, menunjukkan keseluruhan konstruk bagi tahap Kemahiran
Pemikiran Sejarah (KPS) dalam kalangan guru sekolah rendah berada pada tahap tinggi,
Skor min bagi bagi keseluruhan Konstruk Kemahiran Pemikiran Sejarah adalah 3.69 dan
sisihan piawai 0.604. Aspek Kemahiran kronologi, kemahiran imaginasi dan kemahiran
rasionalisasi keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi iaitu berada pada min di antara
3.69 dan sisihan piawai berada pada 0.685 hingga 3.77 dan sisihan piawai 0.614. Aspek
kemahiran meneroka bukti dan kemahiran interpretasi berada pada tahap sederhana dapatan
kajian menunjukkan nilai min 3.65 dan sisihan piawai 0.602. Analisis MANOVA dijalankan
untuk melihat perbezaan pengetahuan guru sejarah sekolah rendah terhadap KPS dari aspek
kemahiran kronologi, kemahiran meneroka bukti, kemahiran interpretasi, kemahiran
imaginasi dan kemahiran rasionalisasi berdasarkan jantina.
ii. Jadual 4; Manova perbezaan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) dari
keseluruhan aspek berdasarkan jantina.
KPS Jantina N min Sisihan F Sig.
piawaian
7
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
Kronologi Lelaki 25 3.81 0.442 1.856 0.179
Perempuan 29 3.62 0.575
Meneroka Lelaki 25 3.85 0.431 5.213 0.027
bukti Perempuan 29
3.49 0.676
Interpretasi Lelaki 25 3.72 0.567 0.659 0.421
Perempuan 29 3.59 0.634
Imaginasi Lelaki 25 3.79 0.645 0.028 0.869
Perempuan 29 3.76 0.597
Rasionalisasi Lelaki 25 3.79 0.630 1.036 0.313
Perempuan 29 3.60 0.720
* Signifikan pada P<0.05
Jadual 3 menunjukan ujian-t perbandingan min kemahiran pemikiran
sejarah (KPS) dari aspek kemahiran kronologi, kemahiran meneroka bukti,
kemahiran imaginasi, kemahiran interpretasi dan kemahiran merasionalisasi
berdasarkan responden lelaki dan responden perempuan. Berdasarkan jadual 5,
hanya satu daripada lima konstruk hipotesis nol ditolak. Oleh itu, terdapat
perbezaan yang signifikan dari aspek kemahiran meneroka bukti dalam kemahiran
pemikiran sejarah (KPS) berdasarkan jantina yang melibatkan lelaki dan
perempuan. Bagi konstruk kemahiran kronologi, kemahiran imaginasi, kemahiran
interpretasi dan kemahiran rasionalisasi, hipotesis nol gagal ditolak. Ini
menunjukan tidak terdapat perbezaan yang signifikan empat aspek kemahiran
pemikiran sejarah (KPS) berdasarkan jantina. Kemahiran pemikiran sejarah (KPS)
dari aspek kemahiran kronologi, kemahiran imaginasi, kemahiran interpretasi dan
kemahiran rasionalisasi adalah sama antara responden lelaki dan perempuan. Skor
min kesemua aspek KPS dari aspek kemahiran kronologi (3.81), kemahiran
meneroka bukti (3.85), kemahiran imaginasi (3.79), kemahiran interpretasi (3.72)
dan kemahiran rasionalisasi (3.79) telah dimonopoli oleh responden lelaki. Ini
menunjukkan, guru lelaki lebih menguasai aspek-aspek dalam KPS berbanding
guru perempuan.
iii. Jadual 5: Manova perbezaan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) dari
keseluruhan aspek berdasarkan opsyen guru.
KPS Opsyen N min Sisihan F Sig.
piawaian
Kronologi Ya 13 4.21 0.348 21.294 0.000
Tidak 41 3.55 0.469
Ya 13 4.26 0.389 24.476 0.000
8
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
Meneroka Tidak 41 3.47 0.527
bukti
Interpretasi Ya 13 4.23 0.316 22.568 0.000
Tidak 41 3.46 0.552
Imaginasi Ya 13 4.46 0.374 35.884 0.000
Tidak 41 3.55 0.503
Rasionalisasi Ya 13 4.38 0.329 26.951 0.000
Tidak 41 3.46 0.609
* Signifikan pada P<0.05
Jadual 4 menunjukan ujian-t perbandingan min kemahiran pemikiran sejarah
(KPS) dari aspek kemahiran kronologi, kemahiran meneroka bukti, kemahiran
imaginasi, kemahiran interpretasi dan kemahiran merasionalisasi berdasarkan opsyen
sejarah dan bukan opsyen sejarah. Berdasarkan jadual 4 tersebut, kesemua lima
konstruk hipotesis nol ditolak. Jadual 4 menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan berdasarkan opsyen sejarah dan bukan opsyen sejarah dalam penguasaan
kemahiran pemikiran sejarah.
iv. Jadual 6: Manova perbezaan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) dari
keseluruhan aspek berdasarkan pengalaman mengajar.
KPS Pengalaman N min Sisihan F Sig.
Mengajar piawaian
Kronologi 1-5 tahun 35 3.72 0.508 0.070 0.793
6-10 tahun 19 3.68 0.561
Meneroka 1-5 tahun 35 3.70 0.630 0.539 0.466
bukti 6-10 tahun 19
3.57 0.543
Interpretasi 1-5 tahun 35 3.60 0.675 0.632 0.430
6-10 tahun 19 3.74 0.439
Imaginasi 1-5 tahun 35 3.72 0.679 0.599 0.443
6-10 tahun 19 3.86 0.476
Rasionalisasi 1-5 tahun 35 3.69 0.688 0.021 0.884
6-10 tahun 19 3.67 0.685
* Signifikan pada P<0.05
Jadual 5 pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi
keseluruhan konstruk dalam KPS berdasarkan pengalaman mengajar. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kefahaman aspek-aspek dalam
9
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
KPS bagi guru yang berpengalaman mengajar 1-5 tahun adalah sama dengan guru
yang berpengalaman 6-10 tahun mengajar. Kajian ini menunjukkan tahap
pengetahuan guru dalam Kemahiran Pemikiran Sejarah yang mengajar mata
pelajaran Sekolah Rendah adalah pada tahap tinggi. Namun terdapat dua aspek
dalam kemahiran pemikiran sejarah yang berada pada paras sederhana yang kurang
dikuasai guru sekolah rendah iaitu kemahiran meneroka bukti dan kemahiran
interpretasi. Bagi aspek kemahiran kronologi, kemahiran imaginasi dan kemahiran
rasionalisasi didapati guru-guru sekolah rendah mempunyai pengetahuan dan
mengusai kemahiran tersebut berada pada tahap tinggi. Kajian yang dijalankan
Baharuddin Jabar (2006) menunjukkan kemahiran meneroka bukti (67.4%) sering
digunakan guru dalam untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Zarina Md Yassin (2013) menyatakan setiap guru yang mengajar mata
pelajaran Sejarah perlu menguasai Kemahiran Pemikiran Sejarah bagi memberi
kesan yang positif kepada pelajar dan menimbulkan suasana yang menyeronokkan
semasa pengajaran dan pembelajaran sejarah. Setiap guru yang mengajar mata
pelajaran sejarah perlu diberi latihan agar kemahiran ini dapat diterapkan dalam
kalangan guru seterusnya dapat melahirkan pelajar yang baik. Setiap guru perlu
menguasai kemahiran pemikiran sejarah bagi membolehkan mereka dapat menarik
minta dan mencungkil bakat pelajar berfikiran lebif efektif dan kreatif.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu lebih proaktif dalam memastikan
guru-guru yang terlibat dalam pengajaran sejarah di beri peluang latihan untuk
peningkatan pengetahuan kemahiran. Guru yang berkemahiran tinggi boleh
memberi kesan yang positif kepada penerimaan pelajar dalam menerapkan
kemahiran pemikiran sejarah di dalam diri mereka.
5. KESIMPULAN
Kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan guru-guru sekolah rendah yang mengajar
mata pelajaran sejarah dalam kemahiran pemikiran sejarah. Hasil dapatan kajian didapati
kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan guru-guru sekolah rendah secara puratanya
adalah pada tahap tinggi. Namun terdapat beberapa kemahiran pemikiran sejarah yang perlu
dipertingkatkan iaitu Kemahiran meneroka bukti dan kemahiran interpretasi. Sehubungan itu
pihak sekolah atau pejabat pendidikan daerah perlu memberi pendedahan yang mendalam
kepada guru-guru dalam meningkatkan pengetahuan mereka untuk menguasai Kemahiran
Pemikiran Sejarah kepada setiap guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah. Hal ini
membolehkan objektif yang ingin dicapai dapat dilaksanakan kepada pelajar sekolah rendah.
Analisis menunjukkan secara jelas bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam
tahap pengetahuan guru opsyen dan guru bukan opsyen. Analisis yang dilaksanakan
menunjukkan guru opsyen sejarah lebih memahami dan dapat menerapkan kemahiran
pemikiran Sejarah ke dalam pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Semua pihak
terutama pentadbir sekolah, pentadbir daerah, pentadbir negeri sehingga peringkat persekutuan
perlu lebih bekerjasama bagi memudahkan setiap guru diberi peluang meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan mereka dalam pemikiran Sejarah. Kemahiran Pemikiran Sejarah
membantu pengajaran guru kepada pelajar dengan lebih baik dan membantu tercapainya
objektif yang ingin dicapai oleh pihak Kementerian seperti yang digariskan dalam Dokumen
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Sejarah.
10
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
RUJUKAN
Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd. Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah, 2009. Tahap Keupayaan
Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian Murid di Sekolah
Berpretasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1):53-66.
Ahmad Rafaai bin Ayudin, 2011. Keberkesanan Pengajaran Sejarah Berasaskan Pencapaian
Matlamat Pembelajaran, Kesediaan Belajar, Kefahaman Konsep dan Pemikiran Sejarah.
Tesis Dr. Falsafah: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Baharuddin Jabar, 2006. Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran Guru-
Guru Sejarah: Satu Kajian Kes di Daerah Hilir Perak. Penyelidikan Terpilih UPSI.
Penerbit UPSI: Tanjung Malim.
California State Department of Education. 1988. History-Social-Science Framework For
California Public Schools-Kindergarden Through Grdae 12. Sacremento: California State
Department of Education.
Chowen, B.W. 2005. Teaching Historical Thinking: What Happen in A Secondary School World
History Classroom. Phd Dissertation. University of Texas. Austin.
Jamil Ahmad, 2002. Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru di Sekolah : Satu
Penilaian. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Krishnaveni a/p Vasudevan, 2013. Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Mata Pelajaran Sejarah
dari Perspektif Guru dan Pelajar. Tesis Sarjana: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Majid KOnting. 1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Paul, R & Elder. L. 2006. The miniature guide to critical thinking: Concepts and tools. Dillon
Beach CA: The Foundation for Critical Thinking.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 2002. Huraian Sukatan Pelajarn Sejarah; Tingkatan 4 dan 5.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 2003. Huraian Sukatan Pelajarn KBSM Tingkatan IV Sejarah.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.
Seixas, P. 1996. Conceptualizing The Growth of Historical Understanding. Dlm. Olson, D.R. and
Torrence, N. (pnyt.) The Handbook of Education and Human Development hlm. 765-784.
Cambridge, MA: Blackwell Publishers Ltd.
Sharifah, Nor Puteh, Nooreiny Maarof dan Elisaberth Tak. 2010. Student’s Perception of Teaching
of Historical Thinking Skills. Pertanika Journal of Social Science & Humanities. 18(S):
87-95: Universiti Putra Malaysia.
Tally B. dan Goldenberg. L. B. 2005. Fostering Historical Thinking with Digitized Primary
Sources. Journal of Research On Technology in Education. V38: P1-21: International
Society For Technology in Education.
11
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
VanSledright, B.A. 2004. What Does It Mean to Think historically…and How do you Teach It?
Social Education 68(3): 230-233.
Wineburg, S. & Fournier, J. 1994. Contextualizad Thinking in History. Dlm. Carretero M & Voss,
J.F. (pnyt). Cognitive and Instrucsional Proceses in History and Social Sciences hlmn.
285-308. Hillslade, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
Yilmaz, K.2008. Social Teacher’ Conception of History: Calling On Historiography. The Journal
of Social Education22: 146-156.
Zarina Md. Yasin, 2013. Penilaian Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Peringkat
Menengah Atas. Tesis Dr. Falsafah: Universiti Kebangsaan Malaysia
Zahara Aziz & Nik Azleena Nik Ismail. 2007. Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-Guru Sejarah
Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah Kepada Para Pelajar.
http://journalrticle.ukm.my/196/ [22 Mac 2017].
BIBLIOGRAFI PENULIS
Muhamad Yazid Bin Khalil, berasal dari Sungai Besar, Selangor. Memiliki Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan (Organisasi) USM, Sekarang sedang mengikuti pengajian sarjana Pendidikan
(Sejarah), UKM. Bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Kolej Komuniti Tanjong Karang.
12