……….......
DIARI
……….......
.
20 Februari 1956 (Isnin)
Saya tinggal di Bandar Hilir, Melaka. Hari ini bapa
mengajak saya ikut bersamanya melihat Rombongan
Kemerdekaan yang akan tiba di padang Bandar Hilir.
Bapa
memberitahu kepada saya bahawa Rombongan
Kemerdekaan
ini adalah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan
mereka baru
balik dari London.
Setibanya kami di sana, ramai orang telah
berkumpul
menantikan ketibaan Rombongan Kemerdekaan.
Hampir
setengah jam kami menunggu akhirnya Rombongan
Kemerdekaan pun tiba. Saya melihat bapa saya terlalu
gembira
dan terharu. Sementara itu, saya menangkap gambar
dengan
gembira.
Kemudian, saya melihat Tunku Abdul Rahman naik
ke
pentas dan membaca tarikh kemerdekaan iaitu pada 31
Ogos
1957. Selesai sahaja membaca, Tunku Abdul Rahman
melaungkan ‘merdeka ’diikuti oleh orang ramai
termasuk bapa
dan saya.
30 Ogos 1957 (Jumaat)
Hari ini saya dan keluarga saya pergi ke Kuala
Lumpur
untuk meraikan kemerdekaan. Pagi-pagi lagi kami
bertolak
dari Melaka dengan menaiki teksi. Sepanjang perjalanan,
saya melihat banyak kenderaan awam yang membawa
bendera.
Kami berehat di rumah saudara kami di Bangsar.
Kami tiba di Padang Kelab Selangor pada lewat
petang.
Ramai orang telah berhimpun di situ untuk menyambut
ambang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Tepat pukul
12:00 tengah malam saya menyaksikan bendera Union
Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu
dinaikkan. Saya melihat bapa dan ibu menitiskan air
mata
semasa bendera dinaikkan. Orang ramai bersorak
gembira.
Bapa juga bersorak seperti mereka. Bapa memeluk saya
dan ibu
tanda gembira. Dalam hati saya, saya berasa gembira
apabila
semua orang bersorak.
31 Ogos 1957 (Sabtu)
Hari ini merupakan hari pengisytiharan
kemerdekaan
Tanah Melayu. Saya dan keluarga menaiki teksi menuju
ke
Stadium Merdeka. Saya melihat ramai orang berada di
Stadium Merdeka.
Saya mendengar ucapan wakil Ratu England.
Kemudian,
saya melihat dokumen pengisytiharan kemerdekaan
diserahkan
kepada Yang di-Pertuan Agong. Tepat pada pukul 9:30
pagi,
Tunku Abdul Rahman membaca pengisytiharan
kemerdekaan
Tanah Melayu. Laungan ‘merdeka ’ sebanyak tujuh kali
disambut oleh orang ramai di Stadium Merdeka dengan
penuh semangat.
Sesungguhnya hari ini amat bermakna. Saya tidak
akan melupakan detik-detik yang penuh bersejarah ini.
……….......