MPU 21032
PENGHAYATAN ETIKAN
DAN PERADABAN
SUKAN PEMANGKIN
PERPADUAN
Lecturer: NUR IDAYU BINTI AWANG TEH
AHLI KUMPULAN
NAMA NO MATRIK
21DDT22F1036
MUHAMMAD IZZAT ZAYANI
BIN SOBRI 21DDT22F1195
21DDT22F1165
MUHAMMAD NUR IMAN BIN
KHAIRUL ANUAR 21DDT22F1181
KAVINASH A/L SIVASANGAR
NUQMAN IRFAN BIN
SHAHIDAN
SENARAI KANDUNGAN
PERHARGAAN Page 4
PENGENALAN Page 5
ISI KANDUNGAN : Page 6-9
Page 10-12
1.KEBAIKAN DAN FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN
KEPADA MASYARAKAT Page 13
Page 14
2.BUKTI-BUKTI SUKAN PEMANGKIN
PERPADUAN
KESIMPULAN
RUJUKAN
PERHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya
dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU 21032) ini dengan
jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan
Nur Idayu Binti Awang Teh ,selaku Pensyarah Pengahayatan Etika dan Peradaban kerana telah meletakkan sepenuh
kepercayaan beliau kepada saya untuk melengkapkan tugasan yang diberikan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus asa dalam membantu
menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya Puan Nur Idayu Binti Awang Teh atas budi bicara
beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara
langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka lakukan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan mereka, tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Sekian, terima kasih
PENGENALAN
MAKSUD SUKAN PEMANGKIN PERPADUAN :
● SUKAN merupakan medium perpaduan yang paling berkesan dalam
menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Tanpa mengira bentuk
sukan yang menjadi pilihan sama ada bola sepak, badminton, olahraga dan
macam-macam lagi aktiviti sukan, rata-rata penggemarnya mampu
mengeratkan hubungan silaturahim. Setiap kali skuad negara bertarung di
persada antarabangsa, pastinya rakyat pelbagai bangsa Bersatu dalam
memberikan sokongan padu kepada atlet negara yang berjuang di
gelanggang sukan. Bahkan ada yang sanggup mengeluarkan belanja dan
meredah perjalanan beribu kilometer atau setidak-tidaknya sekadar menjadi
penyokong setia di kaca televisyen demi sokongan padu kepada atlet negara
tanpa mengira bangsa mereka.
ISI KANDUNGAN :
KEBAIKAN DAN FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN
KEPADA MASYARAKMAETNYUMBANG KEPADA
1 EKONOMI NEGARA
MEMUPUK PERPADUAN
2 KAUM
MEMUPUK
SEMANGAT SETIA
3 KAWAN
1. MENYUMBANG KEPADA EKONOMI
NEGARASukan berkemampuan menjadi sebuah industri yang mampu menarik pelaburan serta
menjadi hiburan kepada masyarakat. Sebagai contoh, sukan bola sepak di benua Eropah
dan sukan bola keranjang di Amerika Syarikat yang menjana keuntungan daripada hak-hak
penyiaran di televisyen dan media massa. Maka, dengan latihan yang jitu dan bimbingan
yang tepat, kita mampu untuk melahirkan atlet-atlet yang bersaing di peringkat dunia
seperti Datuk Lee Chong Wei dan Azizulhasni Awang. Atlet yang bersaing di peringkat dunia
mampu mendapat habuan yang banyak sekiranya konsisten bertanding dan menjuarai
kejohanan yang disertai. Namun begitu, ramai yang mempersoalkan kerjaya atlet ini hanya
bertahan kurang daripada 10 tahun. Mereka sebenarnya berpeluang besar dalam mencari
kerjaya yang sesuai seperti menjadi jurulatih, komentator sukan dan juga menyambung
pelajaran dalam sains sukan sekaligus dapat membantu dalam perkembangan industri
sukan negara.
MEMUPUK PERPADUAN KAUM
Kebaikan Sukan dapat memupuk semangat perpaduan dengan melahirkan semangat
kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan.Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk
melalui penglibatan dalam kegiatan sukan.Para penyokong juga dapat menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan
ini, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan
negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri
dalam bidang sukan. Oleh itu, kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama
dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan.
MEMUPUK SEMANGAT SETIA KAWAN
● Aktiviti sukan juga mampu memupuk semangat setiakawan dalam diri masing-masing. Di sini kita
dapat lihat bahawa sistem pendidikan kita telah menerapkan perkara ini sejak dibangku sekolah
lagi. Penglibatan seseorang dalam aktiviti sukan secara berpasukan seperti permainan hoki dan
bola jaring dapat membentuk dan menambah nilai berpasukan dalam mencari kemenangan ke
atas pihak lawan. Sukan secara berpasukan memerlukan strategi dan disiplin yang baik supaya
apa yang ingin dicapai dapat dipraktikkan dengan baik. Secara tidak langsung semangat setia
kawan, kerjasama dan kekitaan akan timbul dan menjadi senjata penting dalam mencapai
kemenangan dalam aktiviti sukan yang disertai. Tambahan pula, sukan dapat merapatkan
hubungan antara satu sama lain di mana perpaduan rakyat dapat dikekalkan dan diraikan dengan
lebih baik demi tanah air yang tercinta.
BUKTI-BUKTI SUKAN PEMANGKIN
PERPADUAN:
JARINGAN N.Thanabalan pada perlawanan pada
perlawanan separuh akhir menentang Indonesia
dalam Sukan SEA 2017 (KL2017), meletakkan negara
ke pertandingan akhir menentang Thailand, malam
ini. Apa yang lebih menarik ialah sokongan tidak
berbelah-bahagi daripada seluruh rakyat Malaysia
kepada pasukan bola sepak dan juga kepada semua
atlet dan pasukan negara yang bertanding dalam
KL2017. Dalam hal ini, sokongan adalah kepada
semua atlet Malaysia tanpa mengira kaum. Ini
membuktikan yang sukan sememangnya boleh
menyatupadukan rakyat Malaysia.
BUKTI-BUKTI SUKAN PEMANGKIN
KetikPa EbeRrsPukAanD, UkitAa Nak:an melupakan warna
kulit. Kita tidak peduli sama ada rakan
sepermainan itu orang Melayu, Cina ataupun
India. Sebagai contoh, sebelum sesuatu
pertandingan, kebiasaannya para atlet atau
pemain akan berkumpul di kem latihan dalam
tempoh tertentu, biasanya tidak kurang dari
seminggu . Di situlah mereka tinggal, berlatih,
makan dan berehat. Pergaulan dan interaksi
sesama atlet dan pemain daripada pelbagai
kaum mampu mewujudkan perpaduan kaum.
Ketika pertandingan dijalankan, mereka akan
mempunyai satu misi untuk mengharumkan
nama sekolah, negeri ataupun negara tanpa
BUKTI-BUKTI SUKAN
PEMANGKIN PERPADUAN:
Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas
menyaksikan perlawanan akhir perseorangan antara Datuk Lee Chong Wei
dengan Cheng Long: “Saya percaya rakyat Malaysia merasakan
kebanggaan sama walaupun tidak menang, tapi ia detik mengharumkan
nama Malaysia.”. Hal ini dapat dibuktikan bahawa sukan memainkan
peranan penting dalam memupuk dan mengukuhkan lagi semangat
perpaduan di negara kita. Ayuh rakyat Malaysia, jangan berputus asa dan
terus beri sokongan padu kepada ahli sukan yang berjuang untuk negara
yang ktia cintai ini.
KESIMPULAN SUKAN PEMANGKIN
PERPADUAN
KESIMPULANNYA, biarlah bidang sukan ini terus kekal bebas
sebagai agen perpaduan sesama rakyat tanpa mengira kaum,
kepercayaan, latar belakang mahupun status sosial kerana sedikit
sebanyak ia akan menjadi pemangkin kepada masyarakat untuk
bersemangat bersukan dan menjadikan kehidupan seharian sihat
sejahtera. Oleh itu, kita mestilah bersama-sama menggembleng
tenaga agar sukan di negara kita dapat berkembang lebih maju
untuk negara sekali gus akan memupuk perpaduan di Malaysia
RUJUKAN
1. https://www.bharian.com.my/amp/kolumnis/2017/08/318993/contohi-per
paduan-rakyat-dalam-sukan
2. https://www.scribd.com/doc/146105737/Kepentingan-Sukan-Kepada-Ne
gara
3. https://www.ipendidikan.my/faedah-bersukan-kepada-masyarakat.html
4. https://theinspirasi.my/keberkesanan-pemupukan-perpaduan-melalu
i-sukan-di-kalangan-rakyat-berbilang-kaum-di-malaysia/#:~:text=
Sukan%20bukan%20sahaja%20mampu%20melahirkan,di%20stadium%20mahu
pun%20gelanggang%20sukan
TERIMA KASIH
KEPADA PUAN IDAYU KERANA TELAH MENGAJAR KAMI
SUBJEK ETIKA INI DENGAN PENUH KESABARAN DAN
KEIKHLASAN UNTUK MENDIDIK KAMI SEMUA SERTA
TERIMA KASIH KEPADA RAKAN SEPERJUANGAN SAYA
YANG SUDAH MEMBERI KERJASAMA UNTUK
MENYIAPKAN TUGASAN E-FOLIO INI. MAAF ATAS
KESILAPAN KAMI KERANA BURUK ITU DATANGNYA
DARIPADA KAMI DAN YANG BAIK ITU SEMUA DATANG
DARIPADA ALLAH S.W.T