The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Qabsha Elyna kajian kes sejarah 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by QABSHA ELYNA BINTI MOHD HASSRI, 2023-09-30 09:37:55

Kajian kes

Qabsha Elyna kajian kes sejarah 2023

QABSHA ELYNA 5 UTARID Kes Kajian Sejarah


Lambang negara adalah simbol yang mewakili negara Malaysia iii) Bagaimanakah perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia i) Nyatakan lambang-lambang negara Malaysia yang anda ketahui ii) Jelaskan maksud yang terdapat dalam Jata Negara


Saya melaksanakan kajian kes ini dengan beberapa objektif. Antaranya ialah untuk menguasai kemahiran merekod, mengumpul, mencari dan menganalisis maklumat tentang lambang negara adalah simbol yang mewakili negara Malaysia. Seterusnya, kajian kes sejarah ini memberi ilmu pengetahuan dan pengalaman luas yang boleh digunakan dan dipratikkan dalam pembelajaran subjek sejarah di sekolah. Objektif Kajian


Saya telah membuat kajian lepas dan mendapati bahawa banyak buku-buku, majalah dan tulisan berkaitan tajuk ini. Antaranya ialah Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 KSSM yang ditulis oleh Dr. Mohd bin Samsudin, Dr. Azharudin bin Mohamed Dali, Ridzuan bin Hasan dan Ishak bin Saidoo, Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2020. Buku ini menjadi salah satu sumber yang menerangkan tentang Lambang Negara Identiti Negara. KAJIAN LITERATUR


Kaedah Kajian Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mencari maklumat berkaitan tajuk. Saya telah melayari internet untuk mendapatkan bahan. Antara laman web yang saya layari ialah http://eprints.um.edu.my/17834/1/ DR_ABU_HANIFAH.pdf Selain itu, saya mencari maklumat melalui kaedah tunjuk ajar guru. Bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan daripada Cikgu Zaimah telah meningkatkan kualiti hasil Kajian Kes Sejarah Tingkatan 5 saya kali ini . Seterusnya,saya mencari maklumat melalui analisis dokumen. Saya telah merujuk laporan dari bukubuku dan majalah bagi memastikan kesahihan fakta agar kajian saya ini dibuktikan kebenarannya . 01 02 03


BIL TARIKH PERKARA TANDATANGAN GURU 1 22 . 9 . 2023 Menerima tajuk/tema persoalan kajian kes sejarah daripada guru 2 23 . 9 . 2023 Mengenal pasti maklumat yang diperlukan bagi memudahkan kerja penulisan tugasan Mengumpul bahan rujukan untuk persiapan menulis tugasan 3 24 . 9 . 2023 Memulakan proses pencarian maklumat bagi melengkapkan kajian kes sejarah 4 25 . 9 . 2023 Membuat tajuk, objektif kajian dan jadual kajian serta kaedah kajian Membuat dapatan kajian Mengumpul gambar untuk lampiran MEMBUAT DRAF : 5 26 . 9 . 2023 Menyiapkan segala tugasan yang diberi mengikut format yang tepat 6 27 . 9 . 2023 Menyemak semula tugasan yang disiapkan 7 29 . 9 . 2023 Menghantar tugasan kepada guru JADUAL KERJA


Dapatan Kajian


Pengenalan Namun, kini negara Malaysia menggunakan pemerintahan berkonsep Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Persoalannya, apakah lambang negara Malaysia iaitu simbol yang mewakili negara kita sekarang? Berdasarkan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka, lambang kebesaran merupakan identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka. Lambang kebesaran ini juga menjadi simbol kedaulatan sultan yang memerintah. Antara lambang kebesaran ini termasuklah adat istiadat, penggunaan warna, nobat, regalia dan cap mohor.


Akhir sekali, Harimau merupakan lambang yang penting di negara-negara seperti Malaysia dan India. Pada lambang negara Malaysia (Jata Negara), dua ekor harimau yang berdiri di kedua-dua belah perisai melambangkan kekuatan dan keberanian. Lambang harimau juga digunakan pada logo syarikat Malaysia seperti Maybank dan PROTON. Harimau telah dikatakan binatang kebangsaan Malaysia di samping merupakan salah satu binatang yang terdahulu muncul di tanah Melayu. Harimau juga melambangkan keberanian dan kekuatan. Antara lambang negara Malaysia ialah Bendera Malaysia iaitu dipanggil Jalur Gemilang. Warna kuning dengan bulan sabit dan bintang melambangkan Islam ialah agama rasmi Malaysia. Bintang bersudut empat belas melambangkan empat belas negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. 14 jalur melambangkan negeri-negeri Malaysia dan ibu negara, Kuala Lumpur. Warna biru melambangkan perpaduan. Warna putih melambangkan kesucian. Warna merah melambangkan keberanian. Seterusnya, Jata Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jata Negara mempunyai maksud, ciri, dan nilai sesebuah negara. Negara yang menggunakan jata negara telah menggabungkan ciri yang ada oleh sesebuah negara itu. Elemen dan sentimen seperti bunga raya yang diterapkan dalam jata negara Malaysia menunjukkan bunga ini adalah bunga kebangsaan yang digunakan dalam upacara rasmi dan simbol sesebuah negara. Selain itu, Rukun Negara ialah sebuah ideologi yang telah menjadi teras panduan dan gagasan kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang telah menghancurkan perpaduan dan ketenteraman di dalam negara. Lain daripada itu, Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak. Lagu rasmi negeri Perak berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, dan dibawa pulang oleh Raja Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman. Lagu ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 Ogos 1957.Rentak lagu Negaraku telah ditukar lebih rancak oleh Dr. Mahathir. Lagu Negaraku baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003 selepas Dr. Mahathir melaungkan "Merdeka" tujuh kali. Lirik Negaraku baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan pergerakannya akan berlaju. Di samping itu, Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya spesies Hibiscus rosa-sinensis. Bunga raya ialah sejenis tumbuhan berbunga yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarahkan mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada penghujung 1958 Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Bungabunga tersebut ialah bunga raya, kenanga, melur, teratai, mawar, cempaka dan tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. LA M BA N G- LA M BA N G N EGARA M ALAYSIA


LIMA BILAH KERIS lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. M AKS U D YA N G TER D APAT D ALA M JATA N EGARA DUA EKOR HARIMAU simbol keberanian, kegagahan dan kekuatan. BAHAGIAN SEBELAH KIRI PERISAI YANG BERIMEJ POKOK PINANG menandakan negeri Pulau Pinang BAHAGIAN SEBELAH KANAN PERISAI YANG BERIMEJ DENGAN POKOK MELAKA mewakili negeri Melaka Kedua-dua buah negeri tersebut adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat suatu ketika dahulu. Empat buah negeri ini adalah Negerinegeri Melayu Bersekutu yang asal. EMPAT JALUR YANG SAMA BESARNYA DI BAHAGIAN TENGAH YANG BERWARNA MERAH, HITAM, PUTIH DAN KUNING Pahang - Hitam & Putih Selangor - Merah & Kuning Perak- Hitam, Putih & Kuning Negeri Sembilan - Merah, Hitam & Kuning TIGA BAHAGIAN DI SEBELAH BAWAH JALUR Kiri - Negeri Sabah Tengah - bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia Kanan - Negeri Sarawak COGAN “BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU” ditulis dengan tulisan rumi dalam Bahasa Melayu di sebelah kiri dan tulisan jawi juga dalam Bahasa Melayu di sebelah kanan. WARNA KUNING PADA COGAN KATA warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja BINTANG PECAH 14 menandakan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia. BINTANG BERSAMA-SAMA ANAK BULAN lambang Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi Malaysia.


LA N GKA H S U PAYA PERPA D U A N D APAT D IP U P U K D ALA M KALA N GA N RAKYAT M ALAYSIA Pelibatan dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan dapat mewujudkan perasaan muhibah dan semangat bermasyarakat yang membawa perpaduan kaum. Membendung diskriminasi antara kaum dalam peluang pendidikan, pekerjaan dan ekonomi supaya tidak akan berlaku pertelingkahan antara kaum. Menerbitkan drama atau filem yang mempunyai elemen perpaduan kaum dengan lebih banyak agar generasi baharu akan lebih terdedah untuk membantu mengekalkan perpaduan kaum. Menyambut hari perayaan bersama-sama melalui rumah terbuka agar semua kaum dapat mempelajari keunikan bangsa atau agama lain.


Mengekalkan perpaduan dan keharmonian kaum merupakan tanggungjawab kita. Kita perlulah sentiasa bertolak ansur dan bertoleransi antara satu sama lain demi kesejahteraan negara. PE N U T U P


https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Lambang_Malaysia#:~:text=Bulan% 20sabit%20serta%20bintang%20yang,Bunga%20raya%20melambang kan%20Persekutuan%20Malaysia. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Jata_Malaysia https://www.irujukan.my/perpaduan-kaum/ Sumber Rujukan LA M PIRA N Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM yang ditulis oleh Ridzuan bin Hasan, Sharifah Afidah binti Syed Hamid, Muslimin bin Fadzil dan Subramaniam a/l Raman, Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2019. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 KSSM yang ditulis oleh Dr. Mohd bin Samsudin, Dr. Azharudin bin Mohamed Dali, Ridzuan bin Hasan dan Ishak bin Saidoo, Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2020. B U N GA RAYA JAL U R GE M I LA N G 1 ) B U K U 2 ) I N TER N ET


Click to View FlipBook Version