The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

pelan operasi latihan jpa tahun 2022 (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdsyadza.dpa, 2021-12-30 21:42:03

Buku Pelan Operasi Latihan JPA 2022

pelan operasi latihan jpa tahun 2022 (1)

PELAN OPERASI
LATIHAN JPA
TAHUN 2022

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN JABATAN PERKHIDMATAN
AWAM

LATAR BELAKANG
VISI
MISI

SLOGAN
NILAI TERAS JPA

OBJEKTIF
FUNGSI

DASAR LATIHAN JABATAN
PERKHIDMATAN AWAM

LATAR BELAKANG
OBJEKTIF
TAKRIF

SKOP LATIHAN
KATEGORI LATIHAN
KEPERLUAN HARI LATIHAN

TEMPAT LATIHAN
KUMPULAN LATIHAN
PERUNTUKAN LATIHAN

STRATEGI LATIHAN
PENGURUSAN LATIHAN

i

PENGENALAN JPA

LATAR BELAKANG JPA

Pelan Operasi Latihan (POL) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Tahun
2022 ini dirangka berdasarkan prinsip dan objektif seperti yang telah
ditetapkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 Dasar
Latihan Sumber Manusia Sektor Awam dan Surat Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun 2005 Pelaksanaan Pelan Latihan Sumber Manusia Sektor
Awam.

Dasar Latihan Sektor Awam ini telah menggariskan peningkatan kompetensi
melalui pembelajaran berterusan menjadi elemen signifikan dalam sistem
penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang lebih baik kepada rakyat.
Kompetensi yang dimaksudkan adalah meliputi pengetahuan, kemahiran dan
sikap/tingkah laku penjawat awam dalam menjalankan tugasan dan
tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Keperluan kompetensi ini adalah berbeza mengikut kehendak di sesuatu
jawatan ataupun keupayaan individu. Keadaan ini akan menimbulkan jurang di
antara keupayaan sebenar penyandang dan kehendak kompetensi jawatan,
samada penyandang kurang kompeten atau mungkin penyandang lebih
kompeten. Cabaran jurang kompetensi ini hanya akan dapat diatasi melalui
program-program latihan yang dirancang dan dilaksana mengikut bersesuaian
dan keperluan sebenar di jabatan/agensi. Pelaksanaan dasar pembangunan
sumber manusia ini pasti akan menyumbang kepada peningkatan kualiti kerja
dan prestasi penyampaian Kerajaan.

Berdasarkan prinsip tersebut, POL JPA bagi Tahun 2022 akan menjadikan
pembangunan sumber manusia berteraskan kompetensi (competency-based
human resources development) sebagai asas utama dalam perancangan,
pelaksanaan dan penilaian latihan yang akan dianjurkan. Ini bertujuan untuk
memastikan JPA berupaya melaksanakan fungsi-fungsi utama jabatan dalam
konteks persekitaran global dan negara kini yang sangat cepat berubah
(volatile), ketidakpastian yang tinggi (uncertainty), sangat kompleks (complexity)
dan samar (ambiguity).

1

PENGENALAN JPA

VISI JPA

Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi, dinamik dan berjiwa rakyat.

MISI JPA

Memacu dan Meneraju Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam.

SLOGAN JPA

Peneraju Pembaharuan Penggerak Perubahan

Kecemerlangan
dan Keunggulan

Bertindak NILAI Professionalisme
Sebagai Satu TERAS
Berhemah dan
Pasukan JPA Berwibawa

Berilmu Melalui
Pembelajaran

Berterusan

2

PENGENALAN JPA

OBJEKTIF JPA

JPA mempunyai objektif yang bertindak sebagai tunjang dalam memastikan
semua fungsi dan aktiviti jabatan adalah memenuhi aspirasi dan kehendak
pemegang taruh. Objektif – objektif tersebut adalah seperti berikut:

1.Merasionalisasi saiz Perkhidmatan Awam melalui perancangan sumber
manusia yang sistematik dan berstruktur dengan menjalankan unjuran
keperluan sumber manusia yang menyeluruh;

2.Menyediakan Perkhidmatan Awam dengan skim perkhidmatan dan
struktur organisasi yang relevan, anjal serta memenuhi keperluan semasa
bagi membolehkan organisasi melaksanakan fungsi penubuhannya;

3.Melahir dan membangun sumber manusia terbaik serta kompeten untuk
memenuhi keperluan strategik Perkhidmatan Awam dan negara melalui
dasar latihan dan program penajaan yang dinamik;

4.Menguruskan penjawat awam dan membangunkan dasar pengurusan
sumber manusia melalui penggubalan dan pelaksanaan dasar
perkhidmatan yang strategik dan berkesan;

5.Menggubal dasar dan garis panduan berkaitan perkhidmatan psikologi
mengikut keperluan semasa bagi memantapkan pembangunan sumber
manusia di dalam perkhidmatan awam;

6.Mengutamakan kebajikan pesara dan penerima pencen melalui
penambahbaikan dasar-dasar pasca Perkhidmatan;

7.Memperkenal pakej saraan terbaik dan menyeluruh kepada penjawat
awam serta menjalin hubungan harmoni majikan-pekerja; dan

8.Memantapkan penggunaan teknologi dalam pengurusan sumber manusia
ke arah meningkatkan kualiti penyampaian Perkhidmatan.

3

PENGENALAN JPA

FUNGSI JPA

Berpandukan objektif tersebut, maka JPA telah menggariskan fungsi-fungsi
utama bagi pelaksanaan dasar pengurusan dan pembangunan sumber
manusia sektor awam. Fungsi-fungsi JPA adalah seperti berikut:

a. Perancangan
1.Menentukan peranan sektor awam;
2.Menentukan saiz dan struktur organisasi agensi awam;
3.Menentukan keperluan dan pembangunan sumber manusia;
4.Menentukan saraan dan faedah-faedah persaraan;
5.Menentukan implikasi penswastaan/pengasingan ke atas sumber
manusia sektor awam; dan
6.Membangunkan strategic alliances and networking.

b. Pembangunan
1.Menentukan Dasar Pembangunan Organisasi;
2.Menentukan Dasar Pembangunan Kerjaya;
3.Pembangunan Laluan Kerjaya;
4.Membangunkan Pelan Perancangan Penggantian; dan
5.Menentukan Dasar Latihan.

c. Pengurusan
1.Menguruskan pengambilan, penempatan, saraan, kenaikan pangkat,
faedah persaraan, syarat-syarat perkhidmatan, perhubungan pekerja-
majikan, latihan dan latihan sumber manusia;
2.Menggubal dan memperjelaskan dasar bagi perkara-perkara yang
dinyatakan di atas kepada agensi-agensi pelaksanaan;
3.Menguruskan pemantauan dasar; dan
4.Menguruskan penilaian dasar.

4

DASAR LATIHAN JPA

LATAR BELAKANG

POL JPA Tahun 2022 ini, yang dirangka berteraskan prinsip dan objektif seperti
yang telah ditetapkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005
Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam dan Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005 Pelaksanaan Pelan Latihan Sumber
Manusia Sektor Awam, adalah signifikan untuk menjadi penentu arah bagi
pembangunan kompetensi sumber manusia jabatan.

Dasar latihan JPA ini adalah selari dengan ketetapan dan objektif Dasar Latihan
Sumber Manusia Sektor Awam. Sebagai sebuah jabatan yang
bertanggungjawab kepada pengurusan dan pembangunan sumber manusia
sektor awam, JPA amat komited dalam memastikan pegawainya mempunyai
pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang unggul bagi melahirkan
warga yang berprestasi tinggi, dinamik, cekap dan adil. Penjawat awam yang
berkualiti pasti akan mampu meningkatkan keberkesanan sistem
penyampaian Kerajaan. Ini adalah inspirasi dan prinsip yang menjadi asas
utama dalam dasar latihan JPA.

OBJEKTIF

Secara prinsipnya, pelaksanaan latihan di JPA adalah untuk memenuhi
keperluan pembangunan sumber manusia melalui peningkatan tahap
kompetensi bagi memastikan tugasan dan tanggungjawab yang diberikan
dapat dilaksanakan dengan baik. Oleh itu, JPA melaksanakan dasar latihan
jabatan bagi mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan seperti berikut:

1.Menyediakan pegawai JPA agar lebih kompeten dan berkebolehan dalam
melaksanakan tugasan dan tanggungjawab bagi mencapai misi, visi dan
objektif jabatan;

2. Memberi pendedahan kepada pegawai JPA mengenai pengetahuan,
kemahiran dan tatacara dalam melaksanakan tugasan harian;

3.Memberi peluang kepada pegawai membangun dan merancang kemajuan
kerjaya melalui pelan latihan yang sistematik dan relevan;

4.Meningkatkan tahap sahsiah diri dan ketrampilan pegawai melalui
pembentukan nilai-nilai murni dan sikap positif; dan

5.Menggalakkan pegawai mewujudkan nilai cipta (value creation) dan nilai
tambah (value added) di dalam perkhidmatan.

5

DASAR LATIHAN JPA

SKOP LATIHAN

Skop latihan dalam konteks POL JPA Tahun 2022 ini adalah merujuk kepada
kursus jangka pendek yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian di JPA dan juga
agensi luar (awam/swasta) samada di dalam atau luar negara. Amalan
pelaksanaan latihan di JPA adalah berdasarkan pecahan kompetensi generik
dan fungsian. Semua latihan untuk meningkatkan kompetensi generik akan
dianjurkan oleh Sektor Pembangunan Bakat, Bahagian Khidmat Pengurusan.
Manakala latihan yang bertujuan meningkatkan kompetensi fungsian pula
akan dianjurkan oleh semua bahagian di JPA mengikut kepakaran dan fungsi
utama masing-masing.

6

DASAR LATIHAN JPA

KATEGORI LATIHAN

Berdasarkan kepada takrifan seperti yang telah dijelaskan melalui Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor
Awam dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005 Pelaksanaan
Pelan Latihan Sumber Manusia Sektor Awam, kategori latihan di JPA adalah
terdiri daripada beberapa pengkelasan utama seperti berikut:

KATEGORI TAKRIFAN AKTIVITI

Latihan Aktiviti latihan yang Kursus;
Seminar;
dijalankan berterusan Konvensyen;
Bengkel (Workshop);
selama 6 jam atau lebih Forum;
Simposium;
secara bersemuka / Kolokium;
Persidangan;
persidangan video Lawatan rasmi / korporat / lawatan
sambil belajar;
anjuran Bahagian JPA Mesyuarat kerja;
Seminar Perancangan Strategik di
atau agensi luar. peringkat jabatan/ bahagian; dan
Program-program lain yang memenuhi
takrifan latihan.

Sesi Aktiviti latihan atau Sesi pembelajaran;
Pembelajaran pembelajaran secara Sesi perkongsian ilmu;
bersemuka / persidangan Program bicara / executive talk;
video bagi tempoh Perhimpunan bulanan jabatan /
kurang 6 jam anjuran bahagian;
Bahagian JPA dan agensi Program penerapan nilai-nilai murni;
luar. Ceramah;
Program sambutan / program khas;
Pertemuan mentor mentee;
Sesi perbincangan / perkongsian idea
Pengurusan Tertinggi / jemputan khas;
Pembentangan kertas kerja / inovasi;
dan
Program-program lain yang memenuhi
takrifan sesi pembelajaran.

7

DASAR LATIHAN JPA

KATEGORI LATIHAN

KATEGORI TAKRIFAN AKTIVITI

Pembelajaran Kaedah pembelajaran Penggunaan portal e-Pembelajaran
Kendiri Sektor Awam (EPSA);
yang dilaksanakan Penggunaan portal e-pembelajaran yang
lain dan diiktiraf oleh jabatan;
berteraskan daya usaha Pembacaan buku-buku ilmiah / jurnal /
laporan atau bahan-bahan ilmiah lain
sendiri, sama ada secara dan dibentangkan kepada pengurusan
atau urus setia kursus;
bersemuka atau dalam Penglibatan sebagai ahli Kumpulan
Inovasi dan Kreatif (KIK) peringkat
talian. Jabatan / Bahagian; dan
Program-program lain yang memenuhi
takrifan pembelajaran kendiri

8

DASAR LATIHAN JPA

KEPERLUAN HARI LATIHAN

Berdasarkan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam, semua warga JPA
mestilah mengikuti latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari bagi setiap tahun
kalendar semasa. Pengiraan hari latihan ini meliputi kesemua kategori dan
aktiviti latihan seperti yang telah dijelaskan di Jadual 1.

Bagi tujuan merekod jam latihan, setiap enam (6) jam latihan akan dikira
sebagai satu (1) hari berkursus. Manakala tempoh masa kehadiran bagi sesi
pembelajaran boleh dikumpulkan sebanyak enam (6) jam untuk bersamaan
sebagai satu (1) hari berkursus.

TEMPAT LATIHAN

Tempat kursus adalah bergantung kepada kesesuaian mengikut aktiviti latihan,
bilangan peserta yang terlibat dan peruntukan kewangan yang diluluskan.
Keutamaan akan diberikan kepada pelaksanaan di Institut Latihan Awam (ILA)
atau di dalam pejabat sekiranya bersesuaian.

KUMPULAN SASARAN

Kategori kumpulan sasaran bagi tujuan latihan di JPA adalah seperti berikut:

a) Kumpulan Pengurusan Tertinggi;
b) Kumpulan Pengurusan dan Profesional;
c) Kumpulan Pelaksana; dan
d) Gabungan dua kumpulan Jawatan atau lebih.

PERUNTUKAN LATIHAN

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 Dasar Latihan
Sumber Manusia Sektor Awam, peruntukan latihan JPA bagi Tahun 2022
adalah bersamaan sekurang-kurangnya satu peratus (1%) daripada
peruntukan emolumen.

9

DASAR LATIHAN JPA

STRATEGI LATIHAN

Latihan di JPA dilaksanakan dengan menggunakan strategi-strategi berikut:

a. Mengenal pasti keperluan latihan dengan menjalankan analisa keperluan
latihan (TNA);

b. Menyediakan peruntukan tahunan bagi tujuan latihan bersamaan
sekurang-kurangnya 1% emolumen jabatan;

c. Setiap Pengarah Bahagian diberi kuasa merancang, melaksana dan
mengenal pasti keperluan kursus di peringkat Bahagian masing-masing.
Pengarah Bahagian bertanggungjawab memastikan pegawai di bahagian
masing-masing cukup 56 jam latihan dalam kalendar tahunan semasa; dan

d. Memantau pelaksanaan program latihan melalui Mesyuarat Jawatankuasa
Latihan (MJL) yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah
Perkhdimatan Awam (Operasi). Keanggotaan dan tugas jawatankuasa adalah
seperti berikut:

Pengerusi Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)

Ahli-ahli Semua Pengarah Bahagian

Setiausaha Sektor Pembangunan Bakat, Bahagian Khidmat
Pengurusan

Tugas 1.Mengkaji dan meluluskan cadangan penambahbaikan
Pelan Operasi Latihan Jabatan dari semasa ke semasa;

2.Memantau jaminan kualiti program-program latihan
yang dijalankan;

3.Menetapkan garis panduan bagi kerjasama dan
hubungan (linkage) dengan institusi latihan di dalam
dan luar negara;

4.Memastikan pelaksanaan latihan yang telah dirancang
di peringkat jabatan dan bahagian; dan

5.Memantau keberkesanan program yang terkandung
dalam senarai latihan yang telah dilaksanakan.

10

DASAR LATIHAN JPA

PENGURUSAN LATIHAN

Pelaksanaan latihan di JPA adalah meliputi beberapa langkah utama iaitu
merancang latihan berdasarkan Analisa Keperluan Latihan, melaksana latihan
yang telah diluluskan mengikut kos dan kumpulan sasaran, menilai latihan
yang telah dilaksanakan dan memantau pelaksanaan latihan supaya tersusun
dan berjalan lancar. Maklumat lanjut setiap langkah utama tersebut adalah
seperti berikut:

a. Merancang latihan berdasarkan Analisa Keperluan Latihan

Perancangan latihan bagi tahun 2022 adalah berteraskan kepada analisa data
latihan yang dipohon melalui HRMIS oleh semua warga JPA. Data yang telah
dianalisa adalah melebihi 6,000 jenis latihan yang ingin dihadiri, yang
kemudiannya telah dipecahkan kepada beberapa kategori utama (kluster dan
sub kluster) bagi tujuan memudahkan perancangan latihan di buat. Kluster-
kluster tersebut adalah seperti Jadual 3 di bawah:

KLUSTER SUB KLUSTER
Kemahiran Insaniah
Pengurusan & Kepimpinan Strategik
(Soft Skills) Pemikiran Kritis & Membuat Keputusan
Komunikasi Efektif - Penulisan dan Pengucapan
Kepakaran Strategik
Pengurusan & Dasar Awam
Teknologi dan Kepakaran & Fungsi Utama JPA - HRM & HRD
Sistem Digital Tatacara - Organisasi, Sumber Manusia,
Kewangan, dll.
Nilai Kendiri dan Kepakaran Berdasarkan Skim Perkhidmatan
Kekitaan
Bahasa Analisa Data Raya & Teknologi Baharu -
Blockchain, dll.
Kemahiran Lain Sistem Digital Kerajaan - HRMIS, DDMS, dll
Kursus Aplikasi Komputer - Grafik (Power Point),
video, dll.

Psikologi, Integriti, Kerohanian & Ketrampilan
Semangat Kekitaan, Teambuilding

Penguasaan Bahasa Inggeris
Bahasa Lain - Mandarin, Jepun, German, Tamil,
Korea

Minat & Hobi- Kesihatan, Kewangan Peribadi, dll.

11

DASAR LATIHAN JPA

PENGURUSAN LATIHAN

b. Melaksana latihan yang telah dirancang

Amalan pelaksanaan latihan di JPA adalah berdasarkan kompetensi generik
dan fungsian. Bagi latihan yang melibatkan kompetensi generik, latihan akan
dianjurkan oleh Sektor Pembangunan Bakat, Bahagian Khidmat Pengurusan.
Manakala bagi latihan yang melibatkan pembangunan kompetensi fungsian,
semua Bahagian di JPA akan melaksanakan latihan mengikut keperluan
masing-masing.

c. Memantau pelaksanaan latihan

Semua latihan yang dilaksanakan akan dipantau oleh Jawatankuasa Latihan
JPA melalui mesyuarat yang akan diadakan tiga (3) kali setahun. Mesyuarat
Jawatankuasa Latihan (MJL) JPA ini akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) dan dianggotai oleh semua
Pengarah Bahagian di JPA.

Pelaporan pemantauan latihan ini akan turut meliputi bilangan latihan yang
telah dilaksanakan, jumlah peserta yang terlibat dan peruntukan latihan yang
telah dibelanjakan. Pemantauan latihan oleh MJL JPA akan memastikan
bahawa semua latihan yang telah dikenal pasti berdasarkan Analisa
Keperluan Latihan dapat dilaksanakan dengan baik supaya jurang
kompetensi yang wujud dapat dikurangkan.

d. Menilai latihan yang telah dilaksana

Semua latihan yang telah dilaksanakan akan dibuat penilaian bagi
memastikan latihan yang dianjurkan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Selain itu, penilaian latihan juga signifikan bagi memastikan pelaksanaan
latihan adalah baik dan lancar. Bagi tujuan Penilaian latihan, borang yang
digunakan adalah Borang Penilaian Latihan (diisi oleh peserta latihan), Borang
Penilaian Impak Latihan (diisi oleh penyelia peserta) dan Laporan Analisa
Penilaian Latihan (diisi oleh penganjur latihan JPA) berdasarkan garis panduan
pengurusan rekod JPA yang dikeluarkan oleh BKP pada Januari 2022.

12

DASAR LATIHAN JPA

PERANCANGAN LATIHAN TAHUN 2022

Sektor Akaun (A)

Sektor Perolehan dan Aset (B)

Sektor Logistik dan Fasiliti (F)

13

DASAR LATIHAN JPA

PERANCANGAN LATIHAN TAHUN 2022

Sektor Inovasi (I)

14

DASAR LATIHAN JPA

PERANCANGAN LATIHAN TAHUN 2022

Sektor Pengurusan Prestasi (M)

Sektor Perancangan dan Pembangunan Organisasi (O)
Sektor Pengurusan Personal (P)

15

DASAR LATIHAN JPA

PERANCANGAN LATIHAN TAHUN 2022

Sektor Pentadbiran Am (T)

Sektor Gaji dan Bayaran (W)

16

DASAR LATIHAN JPA

PERANCANGAN LATIHAN TAHUN 2022

Unit Pengurusan Rekod (UPR)

Unit Integriti (UI)

Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS)

17

DASAR LATIHAN JPA

PERANCANGAN LATIHAN TAHUN 2022

Unit Latihan, Sektor Pembangunan Bakat (L) - Anjuran Sektor

18

DASAR LATIHAN JPA

PERANCANGAN LATIHAN TAHUN 2022

19

DASAR LATIHAN JPA

PERANCANGAN LATIHAN TAHUN 2022

Unit Latihan, Sektor Pembangunan Bakat (L) - Anjuran Agensi Luar

20

DASAR LATIHAN JPA

PERANCANGAN LATIHAN TAHUN 2022

Unit Psikologi, Sektor Pembangunan Bakat (L)

21

SEKTOR PEMBANGUNAN BAKAT,
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN,

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM


Click to View FlipBook Version