Pusat Tingkatan Enam
Pusat Tingkatan Enam
Pusat Tingkatan Enam
S M K
BANDAR TASIK KESUMA
KOD SEKOLAH : BEA4628
Jalan Kesuma 7/1, Bandar Tasik Kesuma,
Beranang 43700, Selangor, Malaysia
TALK TO US
[ +603 - 87667599 ]
1GOVUC/[email protected]
Coretan Kasih
Pembuka Bicara
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Tahniah kepada murid baharu Tingkatan Enam
SMK Bandar Tasik Kesuma
Anak-anak kesayangan Kesuma sekalian,
Saya mewakili seluruh warga guru dan murid SMK Bandar Tasik Kesuma
mengalu-alukan kedatangan anda semua ke SMK Bandar Tasik Kesuma. Saya juga
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan
anda dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Kejayaan itu menjadi
penentu kelayakan anak-anak semua diterima sebagai murid tingkatan enam di
sekolah ini. Saya mengharapkan agar anda semua dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran pembelajaran baharu yang sedikit berbeza daripada sistem
pembelajaran anda sebelum ini.
Sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk memastikan setiap murid
mencapai potensi sepenuhnya melalui 6 Aspirasi Murid seperti yang termaktub
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Sehubungan itu,
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tentang pendidikan seimbang
diperlihatkan dalam enam ciri. Ciri-ciri ini bukan sahaja menekankan kepentingan
pengetahuan, tetapi juga pembangunan kemahiran pemikiran kritis, kreatif, dan
inovatif; kemahiran memimpin; kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris: pembinaan sahsiah dan nilai, serta semangat identiti nasional yang kuat
dalam memperoleh pengetahuan sepanjang hayat supaya murid dapat
menghubungkaitkan pelbagai pengetahuan dan mewujudkan pengetahuan baharu.
Sekolah bukan sahaja merupakan institusi yang menuntut murid supaya cemerlang
dalam bidang kurikulum, malah sekolah juga merupakan wahana paling sesuai
untuk membina sahsiah dan keperibadian murid. Saya mengharapkan agar semua
murid tingkatan enam akan memanfaatkan ruang dan peluang yang ada untuk
menjadi insan yang seimbang dari aspek jasmani, intelek, rohani dan sahsiahnya.
Saya percaya bahawa anda mampu mengubah diri anda untuk menjadi kebanggaan
sekolah, keluarga, dan masyarakat. Sekian terima kasih.
Moh Salleh@Mohd Salleh Bin Salehin
Pengetua
SMK Bandar Tasik Kesuma
Seuntai Kata
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita
dapat sama-sama berkumpul di SMK Bandar Tasik Kesuma untuk meraikan
langkah kejayaan seterusnya untuk anak-anak yang dikasihi sekalian. Tahniah saya
ucapkan atas tawaran melanjutkan pelajaran di Tingkatan Enam. Kejayaan
melanjutkan pelajaran di sini tidak harus anda sia-siakan. Formula berjaya di
tingkatan Enam memerlukan anda untuk rajin hadir ke sekolah, rajin membuat
nota serta rajin mengulangkaji. Mulailah langkah anda ini dengan semangat untuk
menjejakkan kaki ke menara gading di peringkat Ijazah nanti. Transfomasi
Tingkatan Enam telah dilaksanakan mulai tahun 2013 bagi memenuhi hasrat yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Penjenamaan semula Tingkatan Enam dan STPM berhasrat menggalakkan lebih
ramai pelajar memilih untuk berada di Tingkatan Enam sebagai persediaan ke
universiti.
Oleh itu transformasi sukatan pelajaran dan pentaksiran ini menuntut
pelajar agar lebih fokus dalam proses pembelajaran di dalam kelas serta komited
dalam menyelesaikan kerja kursus. Kedatangan anak-anak ke sekolah ini
hendaklah berbekalkan semangat serta visi untuk berjaya, maka usaha serta
kesungguhan menuntut ilmu hendaklah dimulakan seawal hari pertama lagi.
Gunakanlah peluang yang ada ini dengan memaksimakan peluang untuk
menimba ilmu sebanyak mungkin, memantapkan pengetahuan serta sahsiah
sebaik boleh agar anda menjadi seorang yang berdaya saing serta beretika,
sejajar dengan dunia globalisasi yang sentiasa berubah. Akhir kata, harapan dan
doa saya semoga saudara dan saudari seronok menjadi sebahagian warga SMK
Bandar Tasik Kesuma serta berjaya menjadi insan yang bukan sahaja berilmu,
tetapi juga berketerampilan dan berdisiplin dalam mencapai misi, visi dan objektif
Kementerian Pendidikan Malaysia. Marilah kita sama-sama mengorak langkah
menjadikan Pusat Tingkatan Enam SMK Bandar Tasik Kesuma sekolah yang
cemerlang dan terbilang.
Wan Noor Hidayah binti Wan Razali
Penolong Kanan Tingkatan Enam
SMK Bandar Tasik Kesuma
PENTADBIR
SMK BANDAR TASIK KESUMA
PENGETUA
EN. MOH SALLEH@MOHD SALLEH BIN SALEHIN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
PN. AINI WATI BINTI SUANI
PENOLONG KANAN HEM
EN. ABDUL MANAF BIN ABDULLAH
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
DATIN NOR HASIMAH BINTI MAT SAAID
PENOLONG KANAN PETANG
PN. ZAIMATUL ANIZA BINTI GHAZALI
PENOLONG KANAN TINGKATAN 6
PN. WAN NOOR HIDAYAH BINTI WAN RAZALI
LATAR BELAKANG
PUSAT TINGKATAN 6
SMK BANDAR TASIK KESUMA
TAHUN MAKLUMAT
SMK BANDAR TASIK KESUMA
ALIRAN SAINS SOSIAL
2007 - 2015
2 KELAS TINGKATAN 6 ATAS
2 KELAS TINGKATAN 6 BAWAH
2016 - 2021
(BERPINDAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
TINGGI KAJANG
KE)
APRIL 2021 SMK BANDAR TASIK KESUMA
ALIRAN SAINS SOSIAL
(BERPINDAH 2 KELAS TINGKATAN 6 ATAS
KE) 2 KELAS TINGKATAN 6 BAWAH
PENGURUSAN
TINGKATAN 6
SMK BANDAR TASIK KESUMA
PENGETUA
EN. MOH SALLEH@MOHD SALLEH BIN SALEHIN
PENOLONG KANAN TINGKATAN 6
PN. WAN NOOR HIDAYAH BINTI WAN RAZALI
UNIT KURIKULUM
PN. ANIDA BINTI HUSSAIN
UNIT HAL EHWAL MURID
PN. NUR ANISA BINTI ABDULLAH
PENGURUSAN
TINGKATAN 6
SMK BANDAR TASIK KESUMA
PENYELARAS KOKURIKULUM
PN. SAGUNTHALAY A/P THANGAVALOO
UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
PN. PARVEEN A/P K. RAJAGUPAN ( STPM )
PN. NUR ANISA BINTI ABDULLAH ( MUET )
PN. ANIZA BINTI YUSOF ( PEPERIKSAAN DALAMAN )
UNIT PENYELIDIKAN DAN
KERJA KURSUS
EN . ROSLY BIN YUSOFF
GURU AKADEMIK
TINGKATAN 6
SMK BANDAR TASIK KESUMA
PAKEJ MATA PELAJARAN
TINGKATAN 6
SMK BANDAR TASIK KESUMA
ALIRAN SAINS SOSIAL
Pengajian Am
UM Pengajian Perniagaan
Ekonomi
Sains Sukan
MUET
Pengajian Am
UKM Pengajian Perniagaan
Bahasa Melayu
Sejarah
MUET
UNIT KOKURIKULUM
TINGKATAN 6
SMK BANDAR TASIK KESUMA
PERSATUAN/KELAB
PERSATUAN TINGKATAN 6 (PTE)
SUKAN/PERMAINAN
KELAB SUKAN
UNIT BERUNIFORM
PASUKAN INSTITUSI
PERTAHANAN AWAM
(PISPA)
SISTEM
PEMBELAJARAN T6
SMK BANDAR TASIK KESUMA
SEM
1 20 MINGGU P&P
SEM 20 MINGGU P&P
2
SEM
3 20 MINGGU P&P
BERSAMA KERJA KURSUS
PERUNTUKAN WAKTU
P&P
SMK BANDAR TASIK KESUMA
INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH (SEMINGGU)
JUMLAH JUMLAH
WAKTU MINIT
KULIAH +
TUTORIAL + 16 640
AMALI
KOKURIKULUM 4 160
KERJA KURSUS 4 160
SISTEM PENGGREDAN
STPM
SMK BANDAR TASIK KESUMA
GRED GRED NGPM TAHAP PENCAPAIAN
KERTAS MATAPELAJARAN
A A 4.00 LULUS PENUH
A- A- 3.67 LULUS PENUH
B+ B+ 3.33 LULUS PENUH
B B 3.00 LULUS PENUH
B- B- 2.67 LULUS PENUH
C+ C+ 2.33 LULUS PENUH
C C 2.00 LULUS PENUH
C- C- 1.67 LULUS SEBAHAGIAN
D+ D+ 1.33 LULUS SEBAHAGIAN
D D 1.00 LULUS SEBAHAGIAN
F F 0.00 GAGAL
TERIMA KASIH
SMKBTK/fm/202208