The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by scoutkltitiwangsa, 2021-07-26 12:50:25

Buku Skim Pengakap Muda

Pengakap Muda

Keywords: pengakapmuda

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

SKIM LATIHAN
PENGAKAP MUDA

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

SKIM LATIHAN
PENGAKAP MUDA

c^ K qc) 2 ',"»^

o&c^y to Jet v pi l$f

Diterbitkan oleh:
Pasukan Latihan Negara
Persekutuan Pengakap Malaysia

RUMAH B-P
Jalan Hang Jebat
50150 Kuala Lumpur

(Hak Penerbit Terpelihara)
Mac 2010

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

SKIM LATIHAN
PENGAKAP MUDA

CETAKAN PERTAMA 2010
Muka Taip Teks:
Eras Bold TC 14 pt
Arial 8.5 pt

HAK CIPTA TERPELIHARA
Sebarang bahagian risalah/modul ini tidak
boleh diubah suai atau dicetak semula
dalam apa jua bentuk sama ada secara
elektronik, fotokopi atau cara lain tanpa
terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis
daripada penerbit.

Di terbitkan oleh :
Pasukan Latihan Negara
Persekutuan Pengakap Malaysia
RUMAH B-P
Jalan Hang Jebat
50150 Kuala Lumpur

REKOD PERIBADI Gambar

Nama Pengakap : .........................................................................................................
(HURUF BESAR)
Tarikh Lahir: ............................................. No. K.P.: .................................................. ..

No. Ahli : ................................................. No. Kumpulan : .............................................

Daerah : ..................................................Negeri: ........................................................

Alamat Kumpulan : .........................................................................................................

....................................................................... Telefon : ................................................

Pangkat: .................................................... ....................................................................

Bil. Lencana /Tanda Cemerlang No. Sijil Tarikh

1. Lencana Keahlian ..................................................................

2. Lencana Usaha ..................................................................

3. Lencana Maju ..................................................................

4. Lencana Jaya ..................................................................

5. Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Muda..................................................................
(Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negara)

BUKU INI AKAN MENJADI REKOD PERIBADI BAGI SEORANG PENGAKAP MUDA DAN ADALAH
DIWAJIBKAN MENUNJUKKAN BUKU INI SEMASA MEMBELI LENCANA-LENCANA SERTA UNTUK
DIPERIKSA OLEH PIHAK PENTARAF.

idang Pengarang

KIM LATIHAN PENGAKAP MUDA ini digubal berdasarkan yang telah
sSciiakan pada tahun 1976 dan edisi 1992. Skim Baharu ini memberi penekanan yang
Dih kepada kemahiran asas dengan isi kandungannya ditokok tambah di mana perlu.

Dalam kebanyakan topik Skim Latihan Baharu ini terdapat beberapa latihan
jmahiran dan pengetahuan disampaikan secara bersepadu, dengan demikian
sngakap Muda dapat mempelajari berbagai-bagai kemahiran dan bidang
jngetahuan yang disusun dalam setiap latihan. Untuk mengukuhkan penguasaan
smahiran Pengakap Muda diberi program latihan, pengayaan, pengetahuan dan
jlbagai jenis aktiviti sokongan seperti aktiviti keharmonian, keagamaan, kebudayaan,
jsegaran, dan perkhidmatan.

Selain dari itu beberapa penyerapan mengenai topik-topik yang bersangkut paut
sngan hal ehwal semasa yang hangat dibincangkan dan dilakukan dari semasa ke
jmasa dan perhatian kepada pemeliharaan alam sekitar, haiwan, tumbuhan dan
srkhidmatan kemasyarakatan.

Setelah Pengakap Muda melalui program latihan asas, ia dilatih pula dengan aktiviti
sngayaan pengetahuan berdasarkan perkembangan kepintarannya melalui program
srbagai-bagai aktiviti yang disediakan ini, diharapkan pada akhir latihan ini akan dapat
lemperkembangkan mental dan bakat, mempunyai semangat berdikari dan
ekerjasama.

Jawatankuasa Teknikal Pasukan Latihan Negara merakamkan ribuan terima kasih
epada Ketua Setiausaha Eksekutif Persekutuan Pengakap Malaysia, Pesuruhjaya
rogram, Pesuruhjaya Ibu Pejabat Unit Pengakap Muda, Pesuruhjaya Ibu Pejabat
ugas Khas dan Jurulatih jemputan kerana atas dorongan dan toleransi mereka semasa
erbincang dan menggubal Skim Latihan ini hingga siap tersusun buku ini.

awatankuasa Pasukan Latihan Negara
'ersekutuan Pengakap Malaysia

2

ANDUNGAN SKIM LATIHAN PENGAKAP M U D A

Tajuk Muka Surat

Rekod Peribadi_____________________________________________ 1

Sidang P e n g a ra n g ____________________________________________________2

Pendahuluan ________________________________________________ 5

1. Lencana Keahlian ________________________________ __________________ 6

2. Lencana Usaha _______________________________ _______________ 7

3. Lencana Kepandaian - Lencana Kegemaran_____________________________ 9
3.1. Ahli Koleksi Hobi_________ 9

3.2. Ahli Muzik 10

3.3. Ahli Pertahanan Diri 12

3.4. Ahli Renang 13

3.5. Ahli Sukan 13

3.6. Jurumasak di Khemah__________________________________ ___________ 14

3.7. Juru Perpustakaan________________________________________________ 15

3.8. Peladang Muda____________________________________________ 15

3.9. Pelukis _________________________________________________ 17

3.10 Pengail _________________________________________________ 17

3.11 Penunggang Basikal____________________________________ 18
4. Lencana Maju____________________ 18

5. Lencana Kepandaian - Lencana Pengetahuan 20

5.1. Ahli Berkhemah________________________________ 21

5.2. Ahli Elektronik 21

5.3. Ahli llmu Perintis 22

5.4. Ahli Komputer___________________________________ ~ 22

5.5. Ahli Mekanik_____________________________ 23

5.6. Ahli Penukang________________________________ 24

5.7. Ahli Perahu Dayung 26

5.8. Ahli Perhubungan 26

5.9. Ahli Perhutanan 27

5.10. Pelihat 28

5.11. Pengembara 28

5.12. Tukang Masak 29

6. Lencana Kepandaian - Lencana Perkhidmatan_____________________________ 30

6.1. Ahli Pertolongan Cemas__________________________ 30

6.2. Ahli Anti-Dadah 31

6.3. Ahli Komuniti________________________________________ _ _______ 32

6.4. Jurubahasa__________________________________________________ 33

6.5. Kuartermaster________________________________________ 34

6.6. PemadamApi___________________________________________________ 35

6.7. Pemandu 36

Tajuk Muka Surat
6.8. Pemelihara 37
6.9. Pengawal Perkhemahan 38
6.10. Penyelamat Nyawa 39
6.11. Setiausaha 39
41
7. Lencana Jaya 43
44
8. Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Muda 45
9. Carta Cara Mendapatkan Lencana-Lencana Pengakap Muda 45
10. Rekod Kemajuan Ujian Lencana Pengakap Muda 45
46
10.1. Lencana Keahlian 47
10.2. Lencana Usaha 48
10.3. Lencana Kepandaian - Lencana Kegemaran 48
10.4. Lencana Maiu 49
10.5. Lencana Kepandaian - Lencana Pengetahuan 49
10.6. Lencana Kepandaian - Lencana Perkhidmatan
10.7. Lencana Jaya
10.8. Rekod Kemajuan Lencana-Lencana Pengakap Muda

4

Pendahuluan

P E N G A K A P MUDA adalah satu daripada beberapa unit dalam persaudaraan
Pengakap. Yang lain ialah Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Remaja, Pengakap Laut,
Pengakap Udara dan Pengakap Kelana. Unit ini ialah bagi budak-budak yang berumur
dari 12 hingga 15 tahun.

Seorang budak itu boleh menjadi Pengakap Muda terus daripada Pengakap Kanak-
Kanak ATAU sebagai ahli baru apabila telah berumur 12 tahun dan mendapat Lencana
Keahlian setelah diuji dalam beberapa perkara yang tertentu.

Unit ini ialah peringkat yang kedua dalam sistem latihan yang progresif dalam
pergerakan Pengakap bagi menggalakkan dan memperbaiki lagi kesuburan rohani,
jasmani, akal dan pergaulan di kalangan ahli-ahlinya.

Unit ini dibahagikan kepada beberapa Patrol tiap satu seramai 6 hingga 8 orang yang
diketuai seorang Ketua Patrol di bawah pimpinan seorang dewasa lelaki yang di panggil
Pemimpin Pengakap.

5

0^

. Lencana ICeahlian

encana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai
lengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam
ersaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu.

ebelum dilantik menjadi Pengakap seseorang perlu
lempunyai ilmu asas serta pengalaman asas tentang
erpengakap.

intuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu lulus ujian-
jian berikut: -
. Peraturan pakaian seragam Pengakap.
. Prinsip Rukun Negara.
. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia.
. Persetian Pengakap & Undang-Undang Pengakap.
. Hormat Pengakap & Cogankata Pengakap.
.. Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah Pengasas Pengakap, Lord Baden Powell.
. Simpulan & ikatan : -

- Buku Sila (Reef Knot)
- Bunga Geti (Sheet Bend)
• Simpul Manuk (Clove Hitch)
- Tindih Kasih (Bowline)
- Lilit Dua Simpul (Round Turn & Two Half Hitches)
- Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)

iagi mereka yang telah menjadi Ahli Pengakap Kanak-Kanak, mereka tidak perlu
nenjalani ujian di atas, tetapi hanya perlu melalui satu Istiadat Meningkat Naik
’engakap Kanak-Kanak ke Pengakap Muda untuk dilantik sebagai Ahli Pengakap Muda.

.encana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap diatas latar biru tua ini
lipakai pada saku kiri kemeja.

lara Pemakaian Lencana Keahlian.

Lencana

Lencana Saku KIRI
KEAHLIAN 6

Saku KANAN

2. Lencana ICemajuan- Lencana Usaha

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda, sebagai
mengakui minat dan kegemaran luar seperti Berkhemah,
Memasak, Mengembara.Kecergasan Jasmani, Kemahiran
Pengakap dan Perkhidmatan.

Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap
mestilah mendapatkan Lencana Keahlian terdahulu atau
melalui Istiadat Meningkat Naik.

Untuk lulus Lencana Usaha seseorang Pengakap perlu lulus
ujian-ujian berikut: -

A. Cita-Cita Pengakap
1. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing.
2. Lagu Negaraku dan lagu negeri masing-masing.
3. Menaikkan bendera.
4. Orang-orang kenamaan - Nama penuh DYMM Sultan/ Raja, TYT Yang Dipertua

Negeri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.
5. Persetian Pengakap & Undang-Undang Pengakap.

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Asas Perbarisan.
2. Kawat Tongkat.
3. Isyarat-lsyarat Tangan Pengakap.
4. Halangan Komando.
5. Melipat dan Mengibarkan Bendera.

C. Kemahiran Berpengakap
1. Menjaga dan menyimpan pisau serta parang
2. Simpulan & ikatan : -

- Simpul Himpit (Fisherman's Knot).
- Simpul Pulih (Sheep Shank Knot).
- Bunga Geti Ganda (Double Sheet Bend).
- Lilit Balak (Timber Hitch).
- Lilit Taut - line (Taut line).
- Ikat Seraya (Square Lashing).
- Ikat Serong (Diagonal Lashing).
3. Undang-undang Lalulintas Jalanraya .
4. Memilih tapak perkhemahan.
5. Keperluan peribadi untuk berkhemah.
6. Alatan pertolongan cemas peribadi.

7

7. Menghidupkan api.
8. Berkhemah sekurang - kurangnya 1 malam.
9. Arah mata angin dan mengenali peta topo.
10.lsyarat Sulit Pengakap.
H.Mengembara sejauh 8 km. berjalan kaki dalam patrolnya. Membuat laporan bertulis

dalam buku log.

D. Kecenderungan dan Minat
I. Kraftangan.
2. Plaster cast.
3. Rekod 12 orang sahabat pena.

E. Perkhidmatan
1. Balutan anduh.

a) Melipat kain Anduh.
b) Anduh tangan dan kaki.
2. Tindakan kecemasan.
3. Memandu orang.

Cara Pemakaian Lencana Kemajuan Pengakap Muda - Lencana Usaha.

Nama NEGERI
Nama PATROL
Nama DAERAH

Nombor
KUMPULAN

Lencana
USAHA

Lengan Baju sebelah KANAN Lengan Baju sebelah KIRI

8

3. Lencana ICepandaian - Kategori Kegemaran

Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Pengakap Muda- Lencana Usaha, Pengakap
Muda itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2)
Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran seperti dibawah mengikut minat
dan kesukaannya dalam aktivit-aktiviti lencana tersebut:
1. Ahli Koleksi Hobi.
2. Ahli Muzik.
3. Ahli Pertahanan Diri.
4. Ahli Renang.
5. Ahli Sukan.
6. Juru Masak di Khemah.
7. Juru Perpustakaan.
8. Peladang Muda.
9. Pelukis.
10.Pengail.
H.Penunggang Basikal.

3.1. A h li Koleksi Hobi
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa
lapangnya seperti mengumpul pelbagai setem, matawang
asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencana-
lencana Pengakap dan sebagainya.

I. Mengumpul, menyusun dan mengatur dengan kemas dan itu;
menarik suatu jenis barang dalam tempoh yang tidak
kurang daripada 6 bulan, seperti setem, kotak mancis, duit
syiling, siput, pembalut tin , dll.

2. Mengetahui serba sedikit berkenaan dengan benda yang dikumpul
membincangkan dengan Penilai sebab barang itu dipilih dan dikumpul.

3. Mengumpul / menyimpan EMPAT (4) perkara berikut:-
a) Skaf Pengakap.
b) Lencana Pengakap (kain/logam).
c) Wogel.
d) Topi ( peak cap).
e) Tali pinggang.
f) Kemeja-T.
g) Sampul Surat Hari Pertama Jambori.
h) Majalah Pengakap.

3.2. A h li Muzik
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui minat dan pengetahuan dalam mengenali dan
bermain dengan pelbagai jenis alat muzik, mengetahui
kaedah-kaedah menjaga alatan dengan baik, dapat
menyanyikan pelbagai jenis lagu dengan iringan alat muzik
tersebut.

Untuk mendapatkan lencana ini , Pengakap mesti LULUS semua ujian dalam mana-
mana SATU Bahagian A, B, C, D atau E.

BAHAGIAN A.
1. Menyanyi sebuah lagu yang ada korus.
2. Membaca sendiri titinada muzik sekurang-kurangnya untuk 3 buah lagu (melodi)
3. Mengetahui erti tanda tempo dan tanda muzik yang menunjukkan tinggi rendah,

panjang pendek suara dalam titinada 'Sonata', 'Concerto' dan 'Oratario' serta
memberi 3 contoh bagi tiap-tiap satu.
4. Membincangkan dengan Penilai sekurang-kurangnya dua pertunjukan hiburan
terbaru yang dilihat atau didengari melalui televisyen atau radio.

BAHAGIAN B.
1. Menyanyi 2 buah lagu yang di pilih sendiri dan sebuah lagu lagi yang sesuai untuk

dinyanyikan dengan irigan muzik atau memainkannya dengan alat muzik.
2. Menyanyi 2 buah lagu pilihan sendiri, satu bertempo cepat dan lagi satu bertempo

lambat dengan memainkan alat muziknya sendiri atau dengan iringan muzik latar.
Ingatan : Titinada (nota muzik) boleh digunakan.
3. Mengetahui erti tanda tempo 'Sonata', 'Concerto' dan 'Oratario' serta memberi
3 contoh bagi tiap-tiap satu.

BAHAGIAN C.
1. Menyanyi tanpa iringan alat muzik, dua jenis lagu rakyat yang berlainan jenisnya

seperti lagu dan nyanyian yang bersemangat keperwiraan, keindahan kampung
nelayan di tepi pantai, keindahan gunung-ganang, lagu dondang sayang dan dikir
barat.

INGATAN : Sebagai tambahan, tepuk-tepukan tangan dan paluan-paluan tambur
boleh disertakan.

ATAU
2. Menyanyi sebuah lagu pilihan sendiri dengan memainkan alat muzik seperti gambus,

banjo, gitar, mandolin, harmonica dan sebagainya.

10

3.4. A hli Renang
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui minat dan pengetahuan dalam berenang,
memahami langkah-langkah keselamatan di air,
menunjukkan pelbagai kemahiran renang seperti kuak
lentang, gaya bebas dan sebagainya.

1. Berenang Sejauh 100 meter dengan sebarang cara atau
gaya.

2. Berenang dengan 2 cara yang dipilih dari senarai berikut:-
a) Berenang menyelinap ke hadapan sejauh 50 meter.(front crawl)
b) Berenang menyelinap ke belakang sejauh 50 meter, (back crawl)
c) Berenang katak sejauh 50 meter, (breast stroke)
d) Berenang kupu-kupu sejuah 50 meter, (butterfly stroke)

3. Terjun ke permukaan air dari arah sebelah kolam renang atau tempat renang.
4. Berenang di air yang cetek sejauh 25 meter dengan memakai pakaian yang ringan,

berjalan di air selama 1 minit dan menanggalkan pakaian daiam air.
5. Berenang sejauh 25 meter menuju kearah orang yang 'lemas' pusingkan badannya

dan membawanya ke tepi dengan menggunakan cara menyelamat yang diakui:-
Menunjukkan cara menyelamatkan nyawa dengan pemulihan pernafasan yang
diketahui.
6. Menyelam ke dalam air sedalam 2 meter dan mengambil satu benda dari bawa
dengan menggunakan kedua belah tangan.

3.5. A h li Sukan
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui minat dan pengetahuan dalam bersukan dengan
menunjukkan keupayaan dalam berlari, melompat tinggi,
melompat jauh, melontar cakera dan sebagainya.

Memilih LIMA acara daripada bahagian ini, sekurang-
kurangnya SATU daripada Tiap Kumpulan dengan mendapat
darjah yang minima.
1. KUMPULAN A.
2. KUMPULAN B.
3. KUMPULAN C.

KUMPULAN A. Darjah Minima Umur Darjah Minima Umur
Berlari dibawah 14 tahun dibawah 15 tahun

100 meter 15 saat 15 saat
200 meter 34 saat 30 saat
400 meter 80 saat 70 saat
800 meter 3 minit 10 saat 2 minit 45 saat
1500 meter 6 minit 10 saat 5 minit 50 saat

KUMPULAN B. Darjah Minima Umur Darjah Minima Umur
Melompat dibawah 14 tahun dibawah 15 tahun

Lompat tinggi 1.10 meter ( 3 '7 1/ 2) 1.23 meter (4' 0")
Lompat jauh 3.65 meter (12’ 0") 4.26 meter (14' 0")

KUMPULAN C. Darjah Minima Umur Darjah Minima Umur
Melontar dibawah 14 tahun dibawah 15 tahun

Cakera 16.5 meter (54' 2") 22.00 meter (72' 2 ”)
Peluru 7.30 meter (23' 11") 8.85 meter (29’ 0")
Bola Kriket 41.20 meter (135' 2") 46.60 meter (149' 7")

INGATAN : Penilai boleh menggunakan budi bicara sekiranya keadaan cuaca atau
gelanggang buruk.

3.6. Juru Masak di Khemah
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui minat dan pengetahuan dalam memasak di
khemah dengan menunjukkan kemahiran memasak dan
menghidangkan pelbagai jenis masakan seperti ikan
panggang, bubur, nasi, manisan dan sebagainya.

1. Memasak DUA jenis makanan dengan tidak menggunakan
perkakas dapur, untuk diri sendiri dan seorang lagi.

2. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna SATU daripada yang berikut:-
a) Ikan panggang
b) Roti berlauk
c) Bubur

3. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna SATU daripada yang berikut
a) Mee rebus / goreng.
b) Ayam / daging masak panggang atau salai.
c) Masakan biasa.

14

4. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna satu daripada yang berikut
a) Sejenis makanan manis
b) Halua buah-buahan
c) Gula-gula manisan
d) Lengkong
e) Manis-manisan yang disediakan atas pilihan sendiri.

5. Menyediakan DUA jenis menu dengan sukatan sekali untuk satu patrol seramai 6
orang ahli; tidak semuanya makanan itu perlu di masak.

INGATAN : Semua hidangan hendaklah dimasak dalam keadaan berkhemah.

3.7. Juru Perpustakaan
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui minat dan pengetahuan dalam perkara berhubung
dengan pelbagai buku-buku yang dibaca, menjilid dan
mendaftarkannya untuk rujukan dan sebagainya.

1. Berikan kepada Penilai satu senarai yang mengandungi
sekurang-kurangnya 12 jenis buku yang telah dibaca
dalam tempoh 12 bulan lalu. Terangkan sebab buku-buku
itu dibaca, apa pendapatnya mengenai buku-buku dan
menjawab soalan berkenaan dengan buku-buku itu.
INGATAN : Senarai tersebut hendaklah mengandungi cerita fiksyen dan tidak fiksyen
dengan tidak melebihi 3 buah buku oleh seorang pengarang dan tidak termasuk
buku-buku teks sekolah.
ATAU

2. a) Berikan kepada Penilai satu senarai mengandungi buku-buku yang digemarinya.
Terangkan sebab buku-buku itu dipilih dan menjawab soalan berkenaan dengan
kandungan buku-buku itu.

b) Mengetahui apa yang dikatakan Buku Rujukan dan apakah maklumat yang
diperolehi daripada buku itu.

c) Terangkan dengan ringkas cara mengatur dan menyusun buku supaya mudah
dicari.

3.8. Peladang Muda
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui minat dan pengetahuan dalam bidang pertanian
diantaranya pengurusan kawasan kebun, memelihara
ternakan dalam tempoh tidak kurang setahun dengan

Pengakap Muda mesti LULUS semua ujian dalam SATU
Kumpulan A, B, C atau D berikut:-

15

KUMPULAN A.
1. Mengetahui cara pengurusan suatu pusat ternakan di kawasan luar bandar atau

desa.
2. Menunjuk cara pengelolaan harian bagi sesuatu pusat ternakan dengan memberi

penerangan berkenaan jenis ternakan, tanaman dan hasilnya, jentera yang
digunakan dan tenaga pekerja di pusat tersebut.
a) Menghuraikan kepada Penilai perubahan pengelolaan yang berlaku di pusat

ternakan di kawasan serta beri sebab perubahan itu dibuat. Melakukan latihan
praktik di suatu pusat ternakan yang baru ditubuhkan.
b) Mengadakan 12 keping gambar yang diambil sendiri di pusat ternakan pilihannya
dengan menunjukkan sekurang-kurangnya 8 jenis kerja musim dalam setahun
serta memberi keterangan ringkas mengenai gambar-gambar itu.
KUMPULAN B.
1. Menanam dengan jayanya di suatu kawasan seluas sekurang-kurangnya 11 meter
persegi, selama setahun 3 jenis pokok bunga yang tahan lama, 3 jenis sayuran, 3
jenis pokok bebawang, rumput-rampai atau pokok ros ( sebagai pilihan 8 jenis
sayuran boleh ditanam).
2. Menerangkan kepada Penilai, berbagai kerja yang telah dijalankan dalam kebun itu
dan hasil yang telah diperolehi.

INGATAN : Penilai hendaklah melawat kebun itu sekurang-kurangnya 4 kali dalam
tempoh setahun.
KUMPULAN C.
Memelihara ternakan dalam tempoh setahun seperti berikut:-
1. Bagi binatang kecil seperti anjing, kucing, arnab, tikus, kura-kura dan seumpamanya,
Pengakap perlu mengerti tentang tabiat, kelakuan binatang itu dan cara memberi
makan dan menyediakan kandang/sangkarnya.
2. Bagi binatang ternakan seperti kuda, lembu, kambing atau kambing biri-biri,
Pengakap perlu mengerti tentang memberi makan, menyediakan kandangnya, tabiat
dan kelakuan serta mengetahui kegunaan binatang itu dari segi ekonomi (seperti
menjual susunya) dan pengangkutan.
3. Jika binatang itu unggas:-
a) Burung belaan bersangkar: mengetahui menjaganya.
b) Burung yang boleh dimakan seperti ayam, punai atau merpati: mengetahui

menjaganya.
KUMPULAN D.
1. Mengadakan dan menjaga sebuah akuarium ikan air tawar, lengkap dengan rumput-

rampainya, yang mengandungi sekurang-kurangnya 3 jenis ikan.
2. Menerangkan kepada Penilai cara menjaga akuarium itu sepanjang tahun khasnya

tentang masalah yang terdapat.

16

3.9. Pelukis
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masanya
dalam bidang seni lukis diri seperti membuat lakaran dan
lukisan bertemakan alam semulajadi, pemandangan dan
mengetahui kaedah mewarna diatas pelbagai jenis objek.

1. Melukis satu permandangan dari sebuah cerita yang dipilih
oleh penilai.

2. Melukis rupa seorang manusia yang wajahnya bengis, tersenyum atau sedih.
3. Melukis satu pemandangan keindahan alam semulajadi yang ditentukan oleh penilai.
4. Melukis poster gambar simpulan dan ikatan yang telah dipelajarinya.
5. Melukis gambar perkhemahan (layout) yang ideal.
6. Melukis sekurang-kurangnya tiga gejet yang penting dalam perkhemahan.
7. Melukis lambang Pengakap pada apa jua bahan seperti kadbod.papan lapis,

'polystrene' dan sebagainya.
8. Mengumpul berbagai lukisan dari keratan akhbar dan majalah untuk dijadikan

rujukan dan panduan.

3.10. Pengail
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui minat dan pengetahuan dalam peraturan
keselamatan dalam air, tindakan yang perlu diambil sebelum
mengharunginya, mengail di pelbagai jenis air seperti laut,
sungai, kolam dengan mempunyai rekod selama 3 bulan.

1. Mengetahui peraturan keselamatan dalam air, memahami

bahaya air dan mengetahui tindakan yang perlu diambil

sebelum mengharunginya.

2. Mengail di air tawar atau masin sekurang-kurangnya enam kali dalam tempoh tiga

bulan dengan menyimpan buku rekod menunjukan banyak ikan yang ditangkap,

jenisnya, ukuran dan berat tiapnya bagi tiap-tiap kali pergi. Rekod itu juga hendaklah

menyatakan cara penangkapan dibuat, jenis umpan digunakan dan keadaan cuaca

dan air.

3. a) Mengenali 12 jenis ikan tempatan yang direkodkan di dalam buku log.

b) Mempunyai pengetahuan tentang arah lubuk ikan, umpan yang disukai oleh

setiap jenis ikan itu serta ukuran matakail dan batu ladung yang sesuai.

4. a) Menunjukkan cara melempar, membaling dan melabuhkan mata kail di air 6 kali

berturut-turut sejauh tidak kurang dari 5 meter.

ATAU

b) Melabuhkan mata kail dengan batu ladungnya yang ringan ke dalam air sedalam

lebih kurang 1 meter.

5. Mengenali sekurang-kurangnya 6 jenis alat mengail seperti joran, batu ladung, takul,

Tali kail, mata kail dan Iain-lain.

17

3.11. Penunggang Basikal
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui minat dan pengetahuan dalam menunggang
basikal dengan mengamalkan peraturan lalulintas dan
keselamatan jalanraya, membaiki pelbagai jenis kerosakan
pada basikal dan menjaganya dengan baik.

1. Mempunyai dan menggunakan dengan jayanya selama
sekurang-kurangnya 6 bulan sebuah basikal yang cukup
lengkap dan berkeadaan baik.

2. Memperbaiki kerosakan seperti menukar tayar dan tiub, menampal tiup bocor,
mengganti alat brek atau bahagian yang lain pada basikal itu mengikut arahan
penilai.

3. Mengetahui peraturan lalulintas dan keselamatan jalanraya serta boleh membaca
peta jalanraya.

4. Mengambil bahagian dalam kegiatan pengakap yang mengunakan basikal sekurang-
kurangnya sejauh 10 kilometer.

5. Mengulangi kata-kata satu berita yang diberi dengan secara lisan yang mesti
disampaikan kepada pihak tertentu setelah menunggang basikal selama satu jam.

4. Lencana Kemajuan - Lencana Maju

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda, sebagai
mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan
memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti
llmu Kawad Tongkat, Istiadat Bendera, Pertolongan Cemas
dan sebagainya.

Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap
Muda mestilah terlebih dahulu mendapatkan Lencana Usaha
dan DUA (2) Lencana Kegemaran.

Untuk lulus Lencana Maju seseorang Pengakap perlu lulus
ujian-ujian berikut: -

A. Cita-Cita Pengakap
1. Organisasi Kumpulan, PPM Daerah dan PPM Negeri.
2. Melukis bendera semua negeri-negeri di Malaysia
3. Nama penuh Ketua Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Daerah dan Penolong

Pesuruhjaya Daerah.
4. Undang-Undang Pengakap

18

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Latihan asas perbarisan.
2. Kawat Tongkat.
3. Upacara mengibarkan dan menurunkan bendera.
4. Memanjat tali / pokok setinggi 5 meter.

C. Kemahiran Berpengakap
1. Menjaga, mengasah dan menyimpan kapak dan gergaji.
2. Teknik menggunakan kapak.
3. Simpulan & ikatan : -

- Tindih Kasih Ganda.
- Belit Lucut.
- Lilit Pasdul.
- Simpul Kerusi.
- Lilit Pemati Selit.
- Simpul Kepala Lalat.
- Sambat Balik.
- Ikat Silang Gunting.
4. Memasak masakan rimba:
- Menghidupkan api.
- Roti Lilit.
- Ikan.
5. Model projek perintis.
6. Kajian 1 perkara berikut: -
- Burung, binatang dan pokok tempatan.
- Lawatan bangunan / kawasan penting.
- Kawasan tempatan.
7. Berkhemah tidak kurang daripada 8 malam.
8. Langkah keselamatan berenang.
9. Langkah keselamatan kegiatan kerja luar.
10.Melakukan 2 perkara berikut: -

D. Pengembaraan
1. Jenis kompas dan membaca bering.
2. Sistem kontur, rujukan grid, dan kunci peta.
3. Mengembara 16km dengan berjalan kaki dalam patrol dan bermalam di luar dengan

mendirikan khemah. Menyediakan laporan bertulis pengembaraan dalam Buku log.
4. Ikhtiar hidup .

E. Perkhidmatan
1. Balutan - kepala, lutut dan lengan.
2. Tindakan kecemasan.
3. Memanggil Poll's, Bomba dan Ambulan.
4. Khidmat sukarela/ Khidmat Masyarakat.

19

Cara Pemakaian Lencana Kemajuan Pengakap Muda - Lencana Maju.

Nama NEGERI
Nama PATROL ------
NamaDAERAH
Nombor
KUMPULAN
Lencana Kepandaian
KEGEMARAN -------
Lencana
MAJU

Lengan Baju sebelah KANAN Lengan Baju sebelah KIRI

5. Lencana Kepandaian - Kategori Pengetahuan

Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Pengakap Muda- Lencana Maju Pengakap
Muda itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan TIGA (3) lagi
Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan. Lencana Ahli Berkhemah adalah
wajib dan mesti diperolehi oleh setiap Pengakap Muda dan DUA (2) adalah pilihan
mengikut kemahiran dan pengetahuannya dalam aktivit-aktiviti lencana tersebut seperti
dibwah ini:
1. Ahli Berkhemah. (wajib)
2. Ahli Elektronik.
3. Ahli llmu Perintis.
4. Ahli Komputer.
5. Ahli Mekanik.
6. Ahli Penukang.
7. Ahli Perahu Dayung.
8. Ahli Perhubungan.
9. Ahli Perhutanan
10. Pelihat.
11. Pengembara.
12.Tukang Masak.

20

5.1. A h li Berkhemah
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui pengetahuan dalam berkhemah dengan darjah
perkhemahan paling tinggi, mengetahui langkah-langkah
keselamatan berkhemah, memasak dan menghidang
masakan panas dan sebagainya.

1. Telah berkhemah dalam patrol sejumlah sekurang-
kurangnya 12 malam.

2. Mendiri, meroboh dan menggulungkan khemah pengembara. (hike tent)
3. Mengarah dengan jayanya kerja mendiri, meroboh dan menggulungkan sebuah

khemah patrol.
4. Mengetahui perkara mustahak yang perlu dipertimbangkan apabila memilih tempat

untuk tapak perkhemahan.
5. Mengetahui prinsip berkenaan dengan kebersihan dan keselamatan dalam

perkhemahan.
6. Menunjukkan cara menyimpan bahan makanan di khemah kuartermaster.
7. Membuat sendiri tempat menyimpan bahan makanan, dapur pelantar dan dua gejet

lain yang dipilih sendiri dalam perkhemahan.
8. Memasak untuk 2 orang dewasa sama ada masakan panas untuk sarapan pagi atau

satu hidangan biasa termasuk sejenis sayur-sayuran.
9. Mempunyai pengetahuan untuk mencapai darjah perkhemahan paling tinggi.

5.2. A h li Elektronik
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui pengetahuan dalam mengenali alat elektronik
dengan mengetahui fungsi-fungsinya dan dapat menunjukkan
kaedah pemasangan alat-alat tersebut dengan betul.

1. Menunjukkan sekurang-kurangnya 4 jenis litar elektrik
(circuit) yang telah di pasang, satu daripadanya mestilah
pada set radio yang mudah. Terangkan dengan bahasa
umum yang mudah difahami bagaimana tiap-tiap satunya
itu berfungsi.

2. Senaraikan sekurang-kurangnya 4 jenis alat elektronik untuk kegunaan rumahtangga
dan perindustrian serta terangkan bagaimana tiap-tiap satu itu berfungsi.

3. Mengetahui teori yang mudah bagi transistor dan bagaimana alat itu boleh digunakan
untuk dirangkaikan kepada alat-alat' resistor*, 'capacitors' dan 'coils' bagi membuat
satu litar elektronik yang mudah.

4. Membuat litar elektrik bagi menyalakan lampu LED.

21

5.3. A hli Ilmu Perintis
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui pengetahuan dalam ilmu perintis dengan
mengenail pelbagai jenis tali, kaedah menggunakan simpulan
dan ikatan dengan betul, membina pelbagai jenis model
projek perintis seperti menara, pintu gerbang dan sebagainya.

1. Mengetahui ciri utama dalam berbagai jenis dan ukuran tali
yang dibuat daripada serabut biasa. Menunjukkan
bagimana menggulung dan menjaga tali serta menguji
keteguhannya.

2. Boleh menentukan dan mengawasi keselamatan penggunaan tali.
3. Mengerti serta menunjukkan kegunaan pancang dogang (anchorage) untuk

peneroka yang boleh digunakan bagi berbagai-bagai projek, tempat dan keadaan
tanah termasuk tanah yang gembur dan lembab.
4. Menunjukkan kegunaan semua simpulan, ikatan dan cara mematikan tali yang
digunakan dalam kegiatan peneroka.
5. Mengetuai patrol membuat satu projek yang dipilih oleh penilai dengan jayanya.
6. Dengan jayanya mengetuai patrol membuat projek yang direkanya sendiri dengan
terlebih dahulu berbincang dengan Penilai tentang rangka-rangka, model, cara
membuatnya, alatan yang digunakan dan jangka masa bagi menyiapkan projek itu.

5.4. A hli Komputer
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
pengetahuan dalam bidang komputer dengan mengetahui
sejarahnya, komponen asasnya, sistem pengoperasian dan
kegunaannya, menunjukkan kemahiran menggunakan
pelbagai jenis perisian seperti Ms Office, Windows dan
sebagainya.

1. Mempunyai sebuah komputer (Personal Computer) atau
telah menggunakan komputer di sekolah sekurang-
kurangnya 12 bulan.

2. Menerangkan apa itu komputer dan komponen asasnya.
3. Mengetahui sejarah ringkas komputer.
4. Menerangkan pelbagai jenis komputer dan bagaimana data disimpan.
5. Mengetahui mengenai Sistem Pengoperasian (Operating System -OS) dan

kegunaannya; misalnya Windows, Macintosh, Linux, dan sebagainya.
6. Mengetahui mengenai Virus Komputer dan cara mencegahnya,
7. Mengetahui 6 jenis kegunaan komputer di rumah, pejabat dan industri.
8. Menyediakan satu pengaturcaraan persembahan komputer MS Power Point dan

sebagainya ATAU mempunyai kemahiran dalam pemprosesan perkataan seperti
MS Words dan sebagainya.

22

5.5. A h li M ekanik
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui pengetahuan dalam bidang mekanikal dengan
menunjukkan kebolehan merawat (service) pelbagai jenis
enjin, mengetahui bahagian asas enjin motosikal,
menunjukkan kebolehan menggunakan alat pemeteri dan
sebagainya.

Pengakap mesti lulus SEMUA ujian dalam SATU BAHAGIAN
iaitu Bahagian A, B atau C yang dipilihnya.

BAHAGIAN A.
1. Mengetahui perbezaan diantara enjin jenis 2 lejang dengan 4 lejang.
2. Mengetahui bahagian asas motosikal.
3. Membuka, mencuci dan memeriksa ukuran celah plag motosikal.
4. Menukar minyak pelincir motosikal; mengetahui memeriksa paras minyak pelincir itu.
5. Tahu membuka tayar motosikal serta menampal tiup yang bocor dan memasangnya

semula.
6. Mengetahui cara membetulkan 'clutch' dan brek motosikal.
7. Menukar mentol motosikal yang terbakar pecah.
8. Mengetahui cara menegangkan rantai morosikal yang kendur.
9. Mengetahui cara menambahkan air bateri motosikal.

BAHAGIAN B.
1. Membuat alat penerima radio (radio receiver) yang menggunakan dua mentol

(valves) atau transistor, di atas sekeping papan, Jika dikehendaki pendengar telinga
(headphone) boleh juga dipasang. Melukis litar elektrik (circuit) penerima radio itu
dan terangkan kepada Penilai fungsi tiap-tiap satu bahagian alat yang digunakan itu.
2. Menunjukkan kebolehan menggunakan alat pemeteri (soldering iron) dan tahu
berjaga-jaga apabila menggunakan pemeteri pada transistor dan litar elektrik.
3. Mengetahui betapa mustahaknya berjaga-jaga tentang keselamatan apabila
memperbaiki peti radio yang memakai tenaga elektrik AC/DC, seperti memasang
sambungan pembesar suara atau memperbaiki bahagian yang kecil-kecil sebelum
menutup suis memotong tenaga elektrik itu.
4. Memperbaiki kerosakan yang kecil-kecil pada peti radio seperti suis dan wayar
longgar, bunyi bising atau bateri lemah.
5. Terangkan dengan ringkas syarat utama bagi mendapatkan Lesen Radio Amatur
(transceiver).

23

BAHAGIAN C.
1• Menerangkan prinsip dan perjalanan 2 jenis jentera motobot yang lebih dari 2 kuda

kuasanya dan mengetahui cara menyelenggarakannya
2- Mengetahui menjalankan jentera motobot yang berkuasa 4 kuda dan juga cara

menyelenggarakan enjin laut diesel.
ATAU
3- Dengan bantuan minima, membuka, mencuci dan memasang balik enjin sangkut
(outboard engine) serta memasangkannya pada bot dengan betul. Menerangkan
cara mengetahui kerosakan kecil pada masa mula menjalankan enjin dan masa
berlayar.

5.6. A hli Penukang
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui pengetahuan dalam bertukang dan menunjukkan
kebolehan menggunakan peralatan pertukangan yang betul
dengan membuat bakul, barangan kulit, menjilid buku, rak
buku dan sebagainya.

Untuk mendapatkan lencana ini, Pengakap mestilah lulus
SEMUA ujian dalam mana-mana TIGA BAHAGIAN (pilihan
sendiri) di antara A, B, C, D dan E.

BAHAGIAN A. (Pembuat Bakul)
1. Membuat sendiri benda yang boleh digunakan sebagai bakul dari rotan, rumput atau

jerami.
2. Mengetahui di mana boleh didapati bahan mentah yang digunakan untuk membuat

bakul dan bagaimana ianya diproses.

BAHAGIAN B. (Penjilid Buku)
1. Tugas : Memelihara berbagai bahan bacaan seperti buku, majalah dan nota.
2. Teknik, Media dan Proses.
3. Kekemasan dan Persembahan.

a) Ketepatan dan kebersihan bekerja.
b) Hiasan pada kertas rusuk.
4. Penilaian.
a) Pengetahuan - konsep, prinsip dan aplikasinya.
b) Proses atau tatacara.
c) Hasil kerja - kekemasan, ketahanan, kebersihan.
5. Pemeliharaan dan Penjagaan.
a) Cara menyimpan buku.
b) Cara menggunakan buku.

24

BAHAGIAN C. (Ahli Penyambung)
1. Memasukkan skru sedalam 3.5 cm. Dengan tidak merosakkan kayu atau skru itu.
2. Memaku penutup peti (ensel) dengan betul, dengan menggunakan papan tebalnya 2

cm dan paku panjangnya 3.5 cm.
3. Membelah sekeping papan 2.5 cm tebal dan 60 cm panjang dengan gergaji biasa.

Pembelahan itu hendaklah lurus dan serongnya tidak boleh lebih daripada 1.6 mm.
4. Mengasah pahat dan mata ketam, membuat lubang tanggam dan sambungan

separuh.
5. Membuat sebuah bangku (stool) atau kerusi.
6. Mengetahui jenis kayu : 2 jenis kayu lembut, 2 jenis kayu serdahana keras dan 3

jenis kayu keras.

BAHAGIAN D. (Tukang Kulit)
Membuat tumit sepatu but atau tumit sepatu biasa dengan bahan kulit dengan cara

1. dijahit atau dipakukannya.
ATAU
Mengadakan satu barang sahaja yang dibuat oleh Pengakap itu sendiri: rantai kunci,
wogel, sarung kapak/pisau atau dompet wang yang dihiaskan dengan corak yang
berwarna; mengetahui mencampur dan menggunakan berbagai-bagai campuran
warna.
Mengetahui alatan dan bahan yang digunakan untuk membuat barang yang

2. dipilihnya itu.
Mengetahui jenis kulit yang biasa digunakan dan cara memilihnya.

3.

BAHAGIAN E. (Percetakan)
Mengaturkan satu rangka surat sebaran, menaip dan kemudian mencetakan surat

1. sebaran itu.
Mengenali jenis huruf percetakan mengikut saiz (point-system) dan namakan enam

2. jenis.
Mengetahui semua tanda pembetulan dalam percetakan serta mengetahui nama

3. berbagai bentuk kertas yang berlainan jenis dan ukuranya.

5.7. A hli Perahu Oayung
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui ilmu pengetahuan dalam berdayung dengan
menunjukkan kebolehan membaiki kerosakan kecil pada
perahu dayung, mengetahui langkah-langkah keselamatan
di air, mengetahui kegunaan pelbagai jenis ikatan dan
simpulan seperti water bowline, fisherman's bend, round turn
and two half hitch dan double sheet bend

1. Berenang 20 meter dengan memakai pakaian lengkap.
2. Melukis dan menamakan semua bahagian perahu.
3. a) Mempunyai pengetahuan berhubung dengan perahu dayung dan mengetahui

alatan yang patut dibawa serta cara mengatur alatan itu dalam perahu tersebut.
b) Menunjukkan kebolehan memperbaiki kerosakan kecil pada perahu dayung.
c) Terangkan kegunaan ikatan berikut:-

i. Tindih Kasih Air (water bowline).
ii. Bunga Geti Berganda (double sheet bend).
iii. Ikatan Pengail ( fisherman's bend).
iv. Lilit Dua Simpul (round turn two half hitches).
d) Mengawal hujung tali yang pecah dan memperbaiki pecahan itu atau mematikan
hujung tali nailon dengan membakarnya.
4. Mempunyai pengetahuan tentang segala langkah keselamatan bagi menggunakan
perahu dayung.
5. Berdayung seorang diri dan menjalankan latihan seperti berikut
a) Medekatkan perahu ke tembok tinggi, ke tepi pantai dan ke tebing sungai.
b) Berkayuh ke hadapan, ke belakang dan berpusing.

5.8. A hli Perhubungan
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui pengetahuan dalam memahami kaedah
perhubungan seperti Semaphore, Kod Morse, Kod 'Q', dan
mengetahui peraturan komunikasi yang betul yang
dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia
Malaysia (SKMM).

Pengakap mestilah lulus SEMUA ujian BAHAGIAN A atau B.

BAHAGIAN A.
1. Memahami apa itu ' Semaphore' dan kegunaannya. Tahu melakukan isyarat huruf A-

Z, Nombor 0 - 9 dan segala isyarat lain yang penting.
2. Menghantar dan menerima berita yang senang seperti panggilan kecemasan S.O.S.

dan sebagainya.
3. Menghantar dan menerima berita dengan kod ' Morse' dengan menggunakan 'buzzer'

sejauh 100 meter.

26

BAHAGIAN B.
1. a) Menyimpan Buku Log dalam tempoh 3 bulan berkenaan dengan penerimaan

hantaran berita dari 20 stesen amatur yang berlainan menunjukkan butir-butir
seperti tarikh, masa, gelaran panggilan, kekuatan signal, pendengaran dan
tempat.
b) Membincangkan dengan Penilai pengalaman Pengakap sendiri berkenaan
dengan menyimpan Log misalnya tentang alatan yang digunakankan dan stesen
yang jauh sekali dihubungi.
2. Membincangkan dengan Penilai kegunaan berbagai-bagai gelombang (frequency
bands). Mengetahui mana satu gelombang yang patut digunakan untuk
menghubungkan beberapa tempat yang dekat dan jauh pada waktu siang dan
malam.
3. Menerangkan kekurang-kurangnya 10 jenis semboyan 'Q' antarabangsa.
4. Mengetahui peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia berkenaan dengan sekatan menggunakan perkakas radio
'walkie-talkie'.

5.9. A h li Perhutanan
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui pengetahuan dalam mengenali pelbagai jenis
pokok tempatan, menanam dan memelihara pelbagai jenis
pokok dengan mengetahui kaedahnya mengikut peringkat-
peringkat tertentu dan membuat kajian berkenaan tumbuhan-
tumbuhan tersebut.

1. Mengenali 15 jenis pokok tempatan dan juga mengenali pokok-pokok yang lain
dengan berpandukan bahan rujukan.

2. Mengetahui menanam dan memelihara pokok dan tumbuhan-tumbuhan dengan
teratur dengan menerangkan tiap-tiap peringkat yang mustahak seperti membatas,
merumput, membaja dan Iain-lain serta sebab berbuat demikian; memahami akibat
akan berlaku kepada pokok dan tumbuhan disebabkan kena api, masalah cuaca dan
dibinasakan oleh binatang / serangga.

3. Menyediakan tapak semaian dengan baja yang sesuai bagi pokok yang ditanam dan
mengetahui mengahwin / mencantum pokok.

4. Mengetahui cara memilih dan menggunakan kapak, menjaganya serta mengetahui
peraturan keselamatan berkenaan dengan mengguna dan menyimpan kapak.

5. Menebang sebatang pokok, memotong dahan dan ranting serta menyusunnya
dengan kemas potongan itu.

6. Membuat kajian tumbuh-tumbuhan di Hutan Simpanan Kerajaan / Hutan Lipur.

27

5.10. Pelihat
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui pengetahuan dalam mengenali pelbagai jenis objek
dalam permainan Kim, mengenali pelbagai jenis tapak kaki
binatang, burung dan melakukan aktiviti menjejajak di suatu
kawasan yang belum pernah dilalui sejauh 1.5 km.

1. Dalam Permainan Kim, mengingati 20 daripada 25 jenis
benda yang berlainan selepas melihatnya selama satu
minit. Ujian itu hendaklah dibuat dua kali berturut-turut dan
setiap jenis benda hendaklah dinyatakan dengan jelas.

2. Mengenali 8 daripada 10 jenis bunyi yang senang dengan mendengarnya sahaja.
3. Membuat laporan lisan kurang daripada satu minit berkenaan dengan satu kejadian

yang dilakonkan melibatkan 3 orang pelakon. Laporan itu, mestilah mengandungi
kenyataan yang penuh berkenaan dengan seorang daripada yang tiga itu yang dipilih
oleh Penilai.
4. Membuat enam acuan plaster jejak burung, binatang (dua daripadanya hendaklah
mengenai burung atau binatang liar) dan kesan-kesan tayar motokar atau basikal.
Semua acuan hendaklah dibuat oleh Pengakap sendiri dengan menaruh label tarikh
dan tempat diambilnya dengan betul dan terang.
5. Mengikuti satu jejak di kawasan yang belum pernah dilalui sejauh 1.5 kilometer yang
mengandungi sekurang-kurangnya 25 jenis kesan binatang, kenderaan dan Iain-lain.

5.11. Pengembara
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui pengetahuan dalam mengembara seperti berjalan
kaki, berbasikal, berperahu atau berakit, mengetahui
persediaan dan langkah-langkah keselamatan semasa
mengembara dan melakukan aktiviti pengembaraan bersama
sejauh 10km dengan panduan kompas dan peta.

1. Mengembara dengan berjalan kaki, berbasikal, berperahu atau berakit bersama-
sama dua orang Pengakap dalam masa sekurang-kurangnya 2 hari 1 malam ke
suatu tempat yang belum pernah dilawati dengan membawa alatan dan bekalan
yang cukup.

2. Mengetahui persediaan suatu pengembaraan serta menyusun alatan berkenaan
dengan rapi.

3. Merancangkan satu projek berhubung dengan pengembaraan tersebut dan membuat
peta mengandungi semua jalan kampung dan taliair dalam lingkungan dua kilometer
daripada satu tanda. Menunjukkan rancangan itu kepada Penilai bagi kelulusannya
dan selepas itu menjalankan pengembaraan itu seorang diri atau bersama seorang
Pengakap lain.

4. Mengembara dengan seorang Pengakap lain sejauh 10 km dengan berpandukan
kepada kompas dan peta sahaja.

28

5.12. Tukang Masak
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui pengetahuan dalam menyediakan bahan dan
memasak hidangan untuk tetamu dengan pelbagai jenis
masakan seperti kari daging, manisan, bubur kacang, sup dan
sebagainya.

1. Mengetahui terma masakan umum seperti : tumis, cincang, parut, seram kuku,
manis-manis buah dan sebagainya.

2. Menyediakan bahan dan memasak dua jenis makanan daripada senarai berikut
a) Telurgoreng.
b) Pisang goreng.
c) Bubur kacang.
d) Sambal tumis.
e) Sup.
f) Masak kicap.
g) Asam pedas.
h) Sayurcampur.

3. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna untuk dua hingga empat orang
tetamu masakan di bawah ini
a) Nasi putih.
b) Kari daging.
c) Sejenis masakan daripada sayur.
d) Manisan.
e) Kopi atau teh.

4. Mengetahui prinsip memotong dan menghiris daging lembu / kambing dan daging
ayam, sebelum dan selepas dimasak.

Cara Pemakaian Lencana Kepandaian - Lencana Pengetahuan.

Nama NEGERI
Nama PATROL--------
Nama DAERAH
Lencana Kepandaian
KEGEMARAN (1,2)

Lencana Kepandaian
PENGETAHUAN (3,4,5)

Lencana USAHA

Lengan Baju sebelah KANAN Lengan Baju sebelah KIRI

6. Lencana Kepandaian - Kategori Perkhidmatan.

Setelah memperolehi Lencana Kepandaian - Kategori Pengetahuan, Pengakap Muda itu
dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan T1GA (3) lagi Lencana
Kepandaian dalam Kategori Perkhidmatan. Lencana Ahli Pertolongan Cemas adalah
wajib dan mesti diperolehi oleh setiap Pengakap Muda dan DUA (2) adalah pilihan
mengikut kemahiran dan pengetahuannya dalam memberikan perkhidmatan menerusi
aktivit-aktiviti lencana tersebut seperti dibawah ini:
1. Ahli Pertolongan Cemas. (wajib)
2. Ahli Anti-Dadah.
3. Ahli Komuniti.
4. Jurubahasa.
5. Kuartermaster.
6. PemadamApi.
7. Pemandu.
8. Pemelihara.
9. Pengawal Perkhemahan.
10.Penyelamat Nyawa.
H.Setiausaha.

6.1. A h li Pertolongan Cemas
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan
perkhidmatan pertolongan cemas dengan mengetahui kaedah
pemulihan nafas, melaporkan kemalangan kepada pihak
berkuasa dan mengetahui pelbagai kaedah balutan yang
betul.

1. Menerangkan susunan anggota jasmani dan fungsi tiap-
tiap satu.

2. Mengetahui kedudukan urat nadi dan tahu bagaimana memberhentikan keluaran
darah.

3. Menunjukkan cara memulihkan seorang yang terkejut (shock) termasuk yang terkena
kejutan elektrik.

4. Mengetahui cara menggunakan balutan tiga segi pada luka di kepala, tangan, kaki,
lutut dan siku serta balutan bergulung pada anggota badan.

5. Menunjukkan cara mengendali tulang selangka patah dan cara menjaga supaya
yang patah atau disyaki patah itu tidak dapat bergerak-gerak.

6. Menunjukkan cara pemulihan pernafasan (CPR/EAR).
7. Menunjukkan cara menghantar berita kecemasan dengan betul dengan lisan, bertulis

dan telefon.

30

6.2. A h li Anti-Dadah
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan
perkhidmatan dalam perkara berkenaan bahaya dadah,
tingkah laku negatif dan mengikuti Skim Lencana Anti-Dadah
(SLAT) yang dianjurkan bersama Agensi Anti-Dadah
Kebangsaan (AADK).

Sijil Anti-Dadah akan dikelurkan oleh pihak sekolah kepada Pengakap yang layak
menerimanya.
TAHAP1
Unit I : Remaja
- Perubahan.
- Masalah.
- Penyelesaian.
- Perhubungan.

Unit I I : Tingkahlaku Negatif
- Sebab merokok.
- Akibat merokok.
- Akibat dadah.
-Akibat alkohol.
- Sikap masyarakat.

Unit III: Tekanan Dan Masalah Hidup
- Cabaran di dalam dan luar sekolah.
- Khidmat bantu.

Unit IV: D asar Negara M engenai Dadah
-Akta keselamatan.
-Akta Dadah Berbahaya.

TAHAP 2
Unit I: A m ali (Pengakap Muda boleh memilih DUA daripada empat perkara di bawah.
- Menyimpan Buku Skrap.
- Melukis poster.
- Menulis esei.
- Menyertai pertandingan.

Unit II: Kerja Luar (Pengakap Muda boleh memilih SATU daripada tiga perkara di
bawah).
- Menyampaikan mesej anti dadah.
- Membuat lawatan.
- Menghadiri ceramah.

31

6.3. A hli Komuniti
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan
perkhidmatan bersama ahli masyararakat di pelbagai
peringkat seperti majlis gotong-royong, aktiviti kemahiran
bersama OKU, mengenali fungsi Jabatan Polis dalam sebuah
komuniti.

Untuk mendapatkan lencana ini, Pengakap Muda perlu lulus SEMUA syarat yang
terkandung dalam SATU Bahagian sahaja:

BAHAGIAN A.
1. Mengkaji perkhidmatan kemasyarakatan setempat (seperti pendidikan, kesihatan,

rekreasi dan sosial) dengan menggunakan sumber Majlis Daerah, pegawai belia dan
perpustakaan awam dan sebagainya. Membincang dengan Majlis Ketua Patrol
bagaimana perkhidmatan kemasyarakatan tersebut dapat membantu menunaikan
keperluan masyarakat.
2. Menjalankan kajian berkenaan satu aspek masyarakat setempat di suatu kawasan
selepas mengemukakan syor kepada Majlis Ketua Patrol dan Pemimpin Pengakap.
Kajian tersebut perlu mengambil sekurang-kurangnya 6 bulan dan mereka yang dikaji
adalah orang dewasa, kanak-kanak, orang cacat, yatim piatu dan penganggur.
3. Mengambil bahagian dalam perkhidmatan masyarakat selama sekurang-kurangnya 2
bulan dan menerangkan kepada Penilai segala pengalaman yang dialami semasa
menjalankan aktiviti berkenaan.

BAHAGIAN B.
1. Mengetahui 3 perkara tentang kelemahan yang terdapat pada orang cacat mengenai

perkara yang berikut
- Deria.
- Intelek.
- Sistem saraf.
- Paru-paru dan jantung.
- Perkembangan fizikal.
- Tahap bahasa.
2. Menunjukkan kesedaran dan menerangkan 4 cara membantu orang cacat dalam
kehidupan harian.
3. Menyenaraikan agensi dan penganjur yang memberi perkhidmatan kepada orang
cacat. (termasuk perkhidmatan sosial).
4. Berhubung giat dengan orang cacat dalam tempoh 3 bulan.

32

5. Menunjukkan kemahiran perkhidmatan yang berkaitan dengan satu bahagian
kecacatan misalnya ;
- Bahasa isyarat untuk orang pekak.
- Braile untuk orang buta.
- Pengurusan dan penjagaan kerusi roda.
- Teknik pengendalian orang cacat. (misalnya mengangkat/ mengusung)

6. Menyiapkan satu daripada perkara berikut
a) Merakamkan sebuah cerpen atau sajak untuk orang buta.
b) Mengkaji berkenaan bangunan awam di bandar.
c) Menemani seorang orang buta untuk membeli-belah atau bersiar-siar.

BAHAGIAN C. sistem
1. Melawat balai polis tempatan dan membuat kajian mengenai:

a) Organisasi jabatan polis dan struktur jawatan / pangkat.
b) Bahagian yang terdapat di Jabatan Polis.
c) Mengetahui jenis perhubungan (seperti radio dan 'walkie-talkie'),

kecemasan dan kod fonetik yang digunakan.
d) Tugas anggota polis amnya dan pembenterasan jenayah khasnya.

6.4. J u rub a h asa

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan
perkhidmatan sebagai Jurubahasa dengan mengetahui
pelbagai jenis bahasa terjemahan yang betul, menulis satu
karangan dengan menggunakan bahasa-bahasa tersebut.

Lulus ujian berikut dalam bahasa lain daripada bahasa ibunda :-
1. Berceramah dengan Pengakap atas tajuk yang diberi oleh Penilai selama sekurang-

kurangnya 5 minit.
2. Menulis satu karangan sekurang-kurangnya 150 patah perkataan atas tajuk yang

diberi oleh Penilai.
3. Menterjemahkan satu petikan daripada surat khabar atau majalah yang panjangnya

lebih kurang 100 patah perkataan. (Pengakap di beri masa selama 10 minit untuk
membaca senyap petikan tersebut).
4. a) Menjadi jurubahasa kepada seorang pelawat luar negeri.
b) Menulis sepucuk surat kepada satu Kumpulan Pengakap, atau sekolah atau

pertubuhan berkenaan dengan suatu lawatan.
ATAU
Berkirim-kiriman surat dalam jangkamasa yang tidak kurang daripada enam bulan
dengan seorang Pengakap atau sahabat luar negeri yang sebaya.

33

6.5. Kuarterm aster w% 1
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan 1
perkhidmatan sebagai Kuartermaster dengan menunjukkan r V //
kebolehan menjaga peralatan perkhemahan, menyimpan wC
rekod dan menilai barangan berkenaan.

Melakukan Kumpulan Ujian 1-6 ATAU Kumpulan Ujian 7-14.

KUMPULAN UJIAN A: 1-6.
1. Telah membantu Kuartermaster Pasukan dengan baiknya dalam tempoh selama

enam bulan.
Mengetahui dan bersedia menunjukkan
a) Cara menjaga tali-menali : membuat pemecut, mematikan hujung tali,

menganyam, memintal, melingkar, memeriksa dan menyimpannya.
2. b) Cara menjaga khemah : memperbaiki tali penarik, menampal/menjahit koyak

kecil, mengalis supaya tahan hujan, memeriksa dan menyimpannya.
c) Cara menjaga alatan : mengasah, membaiki, membersihkan, memeriksa dan

menyimpannya.
3. Mengetahui dan menunjukkan cara menyimpan rekod yang mudah dan berkesan

termasuk catatan keluar dan masuk segala alatan Kumpulan.
4. Mengetahui dan bersedia menunjukkan :-

a) Cara menyimpan alatan kegunaan Pengakap.
b) Cara menyimpan dengan menggunakan sistem warna nombor atau Iain-lain KOD

berkenaan dengan barang-barang pekerjaan tangan bagi kegunaan Pengakap.

5. Mengetahui cara menjaga dan menyimpan alatan pandang dengar Kumpulan seperti
model, carta dinding, bahan lukisan, kertas lukisan.

6. Mengetahui cara menilai barang dan harga barang yang hendak di beli.

KUMPULAN UJIAN B: 7-14.
7. Telah membantu Kuartermaster dalam satu perkhemahan Pasukan Pengakap atau

PEK bercuti Pengakap Kanak-Kanak dengan baiknya selama lima hari.
8. Bersedia menunjukkan cara menjaga semua alatan perkhemahan

a) Tali-menali:
- melingkar dan menggulung, memeriksa dan menyimpan.

b) Khemah:
- memperbaiki tali penarik dan menjahit khemah terkoyak dengan serta merta
dalam masa kecemasan dan memeriksa khemah.

c) Alatan:
- Mengasah, membersih, memeriksa dan menyimpan.

d) Alatan Masak:
- membersih, memeriksa dan menyimpan.

34

9. Menunjukkan cara menyimpan rekod yang mudah dan berkesan termasuk catatan
keluar dan masuk alatan dalam perkhemahan.

10. Menunjukkan cara menjaga semua alat khas dalam perkhemahan seperti pakaian
seragam, alatan mengembara, alatan mendaki bukit/gunung dan perahu.

11. Menunjukkan satu daftar makanan dalam perkhemahan selama 48 jam dan bersedia
membincangkan daftar makanan itu dengan Penilai.

12.Menerangkan cara mengendalikan penyimpanan barang makanan dalam
perkhemahan.

13. Menunjukkan satu senarai alatan yang perlu dibawa bagi satu perkhemahan dan
bagaimana memperbaiki alatan itu dengan segera dalam masa kecemasan. Buktikan
sebab tiap alat itu perlu dibawa.

14.Mengetahui bahawa kebersihan pada keseluruhannya adalah kunci kejayaan
seseorang Kuartermaster. Menerangkan bagaimana dapat dicapai dalam urusan
perkhemahan sebagai pembantu KM.

6.6. Pemadam Api
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui perkhidmatan dalam perkara berhubung dengan
tindakan semasa kebakaran, berkebolehan dalam
menggunakan peralatan memadam kebakaran.

1- Mengetahui tugas Pasukan Bomba dan Penyelamat Tempal
2. Memahami bahaya api dan mengetahui tindakan mencegah kebakaran di rumah

mengenai semua jenis alat pemanas khususnya pemanas yang menggunakan
minyak dan bahan pembakar terbuka, pemanas elektrik, bahan pembakar khasnya
mancis, wayar elektrik, fius dan Iain-lain alat; penggunaan alat gas dan minyak petrol;
pengawasan bunga api, lilin, unggun api, perhiasan rumah.
3. Merancangkan persediaan mencegah kebakaran bagi sesuatu perhimpunan
Pengakap atau seumpamanya termasuk peraturan tempat duduk. Mengetahui sebab
persediaan sedemikian perlu.
4. Mengetahui bahaya api dalam perkhemahan dan persediaan mencegah kebakaran,
mengetahui punca kebakaran belukar, lalang dan tahu bagaimana mengawal
kejadian itu.
5. Menerangkan apa dan mengapa tindakan mesti diambil apabila berlakunya
kebakaran di dalam dan di luar rumah. Mengetahui cara memanggil pihak Bomba
dan segala peraturan yang seharusnya diikuti. Mengetahui apa jua yang berlaku dari
masa memanggil pihak Bomba sehingga mereka menerima pangilan itu dan sebab
tindakan sedemikian diambil.

35

6. Mengetahui:-
a) Kerja mencegah kebakaran dengan menggunakan baldi berderat.
b) Cara menggunakan pam kaki (stirrup pump) dan pam tangan.
c) Cara menggunakan pemadam api seperti air, asid soda, 'gas cartridge'. Karbon
fetraklorida dan buih, serta mengetahui jenis pemadam yang sesuai bagi
mengawal jenis api yang tertentu.

7. Mengendali seorang yang terbakar pakaian di badannya.

6.7. Pemandu
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan
perkhidmatan dalam perkara berkenaan menunjuk arah suatu
perjalanan dengan mengetahui kedudukan tempat-tempat
penting dan utama berpandukan peta kawasan berkenaan.

1. Menunjukkan kepada Penilai arah jalan yang mudah diikuti ke tempat yang tertentu.
2. Membuat sebuah peta kasar dengan menandakan dengan jelas tempat-tempat

berikut
a) Kediaman doktor, doktor haiwan, doktor gigi, hospital,klinik dan ambulan.
b) Balai Bomba, Balai Polis, Pejabat Pos, Pondok Telefon, Bengkel Motokar.
c) Perhentian bas, stesen keretapi, jalan-jalan bas dan keretapi ke tempat-tempat

yang berhampiran serta dengan jadual perjalanannya.
d) Ibu Pejabat Pengakap, Tempat Perhimpunan Awam, Kebun Bunga, Pawagam,

Tempat Beribadat, Muzium dan Iain-lain tempat menarik dan bersejarah.
e) Kediaman Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Penolong-Penolongnya, Pemimpin

dan Penolong Pemimpin Kumpulan masing-masing serta ahli-ahli dalam
Patrolnya.
3. Menggunakan peta untuk pergi ke tempat yang diarahkan oleh Penilai yang turut
bersama.
4. Mengarahkan dengan jelas arah jalan yang mudah diikuti oleh pelawat ke tapak
perkhemahan yang jauhnya lebih kurang 8 kilometer dengan menggunakan
kenderaan awam, berbasikal atau berkereta.

36

6.8. Pemelihara
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan
perkhidmatan bersama ahli masyararakat berkenaan
koservasi dan pemuliharaan alam semulajadi dan membuat
kajian tempatan perkara berkenaan.

1. a) Mengetahui tujuan pemeliharaan termasuk Usaha yang sedang dijalankan oleh
pertubuhan pemeliharaan di negara ini.

b) Mengetahui 5 jenis tanah dan sebab utama tanah boleh terhakis.
c) Membandingkan akibat terlampau banyak hujan dengan akibat kemarau yang

berpanjangan.
2. Mengetahui sebab utama udara dan air tercemar dan akibatnya ; menerangkan cara

hendak mengawal pencemaran itu.
3. Mengetahui bagaimana tumbuhan, binatang dan manusia ada hubungan di antara

satu sama lain.
4. Memberi empat contoh, dua daripadanya dalam kawasan Pengakap itu sendiri,

bagaimana alam semulajadi boleh rosak dan musnah dan nyatakan bagaimana
dengan cara pemeliharaan, kerosakkan dan kemusnahan boleh dielakkan atau di
cegah.
5. a) Membuat satu kajian bagi dua kawasan yang berlainan , satu daripadanya

kawasan yang selalu digunakan oleh orang ramai. Kajian itu hendaklah
mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari bagi tiap-tiap satu kawasan dan
boleh dibuat pada hujung minggu.
b) Dengan menggunakan lukisan, menerangkan hasil kajian berikut dengan Penilai.
i) Penggunaan tanah pada masa lampau dan sekarang.
ii) Penilaian penggunaan tanah dari segi kemudahan dan hiburan.
iii) Pemeliharaan hidupan lia r: binatang / tumbuhan.
iv) Perselisihan di antara berbagai-bagai pengguna.
Ingatan: Kajian ini boleh dibuat seorang diri atau bersama seorang Pengakap lain
yang juga mengambil ujian yang serupa dengan syarat laporannya berasingan.

6. Mengambil bahagian dalam satu projek pemeliharaan alam sekitar bagi tempoh
selama sekurang-kurangnya sehari.

37

6.9. Pengawal Perkhemahan
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan
perkhidmatan dan bertugas sebagai pengawal perkhemahan
dengan memahami sesuatu tempat perkhemahan dan
menunjuk cara menjaga peralatan perkhemahan dan
sebagainya.

1. Telah berkhemah tidak kurang daripada 10 malam pada sekurang-kurangnya empat
tapak perkhemahan yang berlainan.

2. Telah bertugas sekurang-kurangnya 7 hari di tapak perkhemahan tetap (daerah,
negeri atau kebangsaan) membantu Pengawal Perkhemahan dengan memuaskan.

3. Menunjukkan tiga perkara daripada senarai di bawah ini:-
a) Menggunakan kayu arang untuk memasak.
b) Membuat unggun api.
c) Memasang khemah patrol.
d) Menyidai kain basah dan menganginkan alat tempat tidur dan Iain-lain di
perkhemahan.
e) Mencegah " kebakaran” di perkhemahan.

4. Menerangkan dan, mana yang boleh menunjukkan cara digunakan dalam
perkhemahan untuk kerja berikut :-
a) Membuat meja makanan.
b) Membuat tandas.
c) Menjaga alat memasak.
d) Menjaga air minuman dan makanan.
e) Menjaga alatan perkhemahan.

5. Mengetahui betapa mustahaknya menjaga taraf perkhemahan yang tinggi dan baik.
6. Menyediakan dengan lengkap sebuah peti pertolongan cemas untuk kegunaan satu

patrol bagi perkhemahan selama 7 hari.
7. Menggunakan 3 daripada alat-alat berikut:-

a) Kapak penebang.
b) Gergaji.
c) Alat-alat ketuk (tukul).
d) Sebarang alat mesin ringan seperti mesin pemotong rumput, gergaji rantai dan

sebagainya.
8. Membincangkan dengan Penilai bagaimana sebuah tapak perkhemahan yang tetap

yang tidak asing bagi Pengakap yang pada pendapatnya, boleh diperbaiki dan
dimajukan lagi.

38

6.10. Penyelam at N yaw a
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan
perkhidmatan menyelamat nyawa dengan memahami
langkah-langkah keselamatan di dalam air dan menunjukkan
cara permulihan nafas CPR dengan betul.

1. Telah memperolehi Lencana Ahli Renang.
2. Menunjukkan dua cara penyelamatan bagi melepaskan diri pertama di darat dan

kedua di dalam air.
3. Menunjukkan kemahiran yang berikut:-

a) 'chin toW
b) 'cross tow1
c) 'extended tow"
4. Melemparkantali penyelamat sepanjang IOmeter di antara 2 pacangjaraknya 1
meter dengan kejayaan 2 kali daripada 3 kali lemparan.
5. Menunjukkan cara menyelamatkan mangsa dari rumah terbakar yang terhidu gas
racun, yang kemalangan jalanraya dan yang kena kejutan elektrik.
6. Menunjukkan cara pemulihan pernafasan kaedah mulut ke mulut (CPR/EAR) dengan
menggunakan patung.

6.11. Setiausaha
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai
mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan
perkhidmatan sebagai Setiausaha dengan memahami
pelbagai tugas kesetiausahaan seperti menulis minit
mesyuarat, membuat urusan dengan pihak berkenaan dan
menyediakan laporan sesuatu program.

1. Mengetahui peraturan susunan pentadbiran Persekutuan Pengakap diperingkat
Kumpulan dan Daerah, serta cara menyusun dan menyimpan alatan persuratan dan
boleh menyediakan surat-menyurat untuk Majlis Ketua Patrol dan Pemimpin
Kumpulan Pengakap.

2. Di hadapan Penilai
a) Menulis dengan baik sebuah karangan panjangnya 250 patah perkataan.
ATAU
b) Menaip dengan menggunakan mesin taip atau komputer 100 patah perkataan
dengan tidak lebih daripada 5 kesalahan (jika ada); menunjukkan cara
membersihkan mesin taip dan menggantikan riben mesin taip atau mesin
mencetak.

3. Mengetahui peraturan mesyuarat jawatankuasa dan boleh menyediakan aturcara dan
minit mesyuarat itu.

4. Mengetahui hal ehwal pengurusan kewangan Kumpulan Pengakap, menyediakan
dan menyimpan dengan mudah kira-kira penerimaan dan perbelanjaan bagi
Kumpulan atau Patrol, dan mengetahui cara menyimpan wang persendirian dalam
bank.

5. Menulis sepucuk surat atas tajuk diberikan oleh Penilai; membuat draf kad jemputan
yang dialamatkan kepada orang ramai berhubung dengan suatu upacara yang akan
diadakan oleh Kumpulan, Unit atau Patrol.

6. Mengetahui urusan dengan Pejabat Pos bagi mendapatkan senarai Bayaran kiriman
pos dalam Malaysia dan berhubung dengan kiriman bungkusan, pos berdaftar, pos
laju dan perkhidmatan pengiriman ke luar negeri.

7. Menyediakan keluaran berita berkenaan dengan satu upacara Kumpulan atau
menulis berita untuk Majalah Pengakap melaporkan sesuatu peristiwa Kumpulan
atau Daerah.

8. Mengendalikan pengurusan fail.

Cara Pemakaian Lencana Kepandaian - Lencana Perkhidmatan.

Lengan Baju sebelah KANAN Nama NEGERI
Nama PATROL
Nama DAERAH
Lencana Kepandaian
KEGEMARAN (1,2)

Lencana
PENGETAHUAN (3,4,5)

Lencana MAJU
Lencana Kepandaian
PERKHIDMATAN (6,7,8)

Lengan Baju sebelah KIRI

40

7. Lencana Kemajuan - Lencana Jaya

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda, sebagai
mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri
dalam menjalankan tanggungjawab dan kepimpinan seperti
Kepimpinan Ketua Patrol, Khidmat Masyarakat, Cabaran
Aktiviti Luar, Komunikasi Radio Amatur, llmu Pertolongan
Cemas, Penyelamat Nyawa dan sebagainya.

Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap
mestilah mendapatkan Lencana Maju, dan Lencana
Kepandaian (TIGA Lencana Pengetahuan dan TIGA
Lencana Perkhidmatan) terlebih dahulu.

Untuk lulus Lencana Jaya seseorang Pengakap perlu LULUS ujian-ujian berikut: -

A. Cita-Cita Pengakap
1. Organisasi Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Biro Pengakap Sedunia

dan Biro Wilayah Asia Pasifik.
2. Sejarah tertubuhnya Malaysia.
3. Jata Kebangsaan dan Lambang Negeri.
4. Tugas kerja Dewan Undangan Negeri.
5. Mengenali Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Latihan Asas Perbarisan.
2. Kawad Tongkat semasa berjalan.
3. Halangan Komando.

C. Kepimpinan
1. Menghadiri Kursus Ketua Patrol atau melatih 2 orang untuk Lencana Maju.
2. Kebolehan : -

- Merancang dan menjalankan pengembaraan.
- Merancang Malam Pengakap.
- Menjalankan Mesyuarat Ketua Patrol.
3. Membawa bendera.

D. Kejayaan
Lakukan 1 kemahiran daripada Kumpulan I, il, III, IV dan V.
Kumpulan I - Cabaran
1. Lakukan SATU diantara berikut; mendayung perahu ATAU melayarkan sampan layar.
2. Mendaki bukit.
3. Pengembaraan Malam selama 8 jam.

41

Kumpulan II - Amali
1. Pekeijaan tangan / tukang gambar.
2. Mekanik.
3. Kod fonetik antarabangsa.
4. Khidmat masyarakat.

Kumpulan III - Kesungguhan
1. Pengembaraan 24 km berjalan kaki atau berbasikal 50 km dalam patrol dan

bermalam di luar dengan mendirikan khemah. Menyediakan laporan bertulis dalam
2. Buku Log.
3. Gimnastik / seni mempertahankan diri.
4. Membuat bekalan dari makanan kering.

Melakukan SATU diantara berikut: -
- memanah.
- memancing.
- kajian barang purba.
- kajian isi bumi.
- pemeliharaan alam sekitar.

Kumpulan IV - Masyarakat
1. Menyedia, memasak dan melayan.
2. Pertunjukkan hiburan amatur.
3. Perkhidmatan dan menjalankan Malam Pengakap.

Kumpulan V - Kemahiran Berpengakap
1• Simpulan & ikatan : -

- Simpul Abah-Abah (Manharness Knot)
- Lilit Tindih Kejap (Rolling Hitch)
- Simpul Ngah (Middleman's Knot)
- Tindih Kasih Air (Water Bowline)
- Ikatan Pengail (Fisherman's Knot)
- Sambatan Mata (Eye Splice)
- Lilit Ular / Kacang (Floor/ Snake Lashing)
- Ikat Silang Tungku (Tripod / Figure 8 Lashing)
2. Mendirikan pondok sementara.
3. Projek perintis.

E. Perkhidmatan
1. Rawatan dan Pertolongan Cemas;

- rawatan patah tulang.
- usungan pesakit.
2. Kegunaaan kayu tuap.
3. Sistem pemulihan nafas mulut ke mulut.
4. Perkhidmatan 6 jam.

42

8. Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Muda
Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negara_______

Untuk melayakkan diri menerima Tanda Cemerlang Rambu
Pengakap Muda Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negara,
seseorang Pengakap itu mestilah telah memegang LENCANA
JAYA selama 3 BULAN dan menunjukkan sikap serta tingkah
laku yang baik dan boleh dicontohi.

Pesuruhjaya Daerah ataupun Penolongnya akan memberikan
anugerah ini apabila seseorang Pengakap itu layak.

Anugerah ini merupakan anugerah tertinggi bagi Pengakap
Muda sebelum Anugerah Pengakap Raja.

Wisel dipasang pada Rambu sekiranya penerima Anugerah
merupakan Ketua Patrol atau Penolong Ketua Patrol.

Cara Pemakaian Lencana Jaya dan Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Muda

Nama NEGERI
Nama PATROL

DAERAH
Lencana Kepandaiar,
KEGEMARAN (1,2)

KUMPULAN
Lencana Kepandaian
PENGETAHUAN (3,4,5)
Lencana JAYA
Lencana Kepandaian-----
PERKHIDMATAN (6,7,8)

Lengan Baju sebelah KANAN Lengan Baju sebelah KIRI

I

>
2
C 2

mCl

C* 3=>50>

E§n

>cE

>>3



02
£Q

>

9. CARA MENDAPATKAN LENCANA-LENCANA

KEGEMARAN PENGETAHUAN PERKHIDMATAN TANDA

CEMERLANG

L 1. Ahli Koleksi Hobi 1. Ahli Berkhemah 1. Ahli Pertolongan RAMBU

E Cemas PENGAKAP
N LI i 2. Ahli Muzik MUDA
2. Ahli Elektronik
A N U G tR A H
C E 3. Ahli Pertahanan L 2. Ahli Anti-Dadah LS KETUA
AN Diri Eg— 3. Ahli llmu Perintis 3. Ahli Komuniti Er— vY
N 4. Ahli Komputer 4. Jurubahasa PESURUHJAYA
L 5. Ahli Mekanik NA
NEGERI

N C 4. Ahli Renang L lP\

A A A 5. Kuartermaster AA
N 5. Ahli Sukan IMM 6. Ahli Penukang 6. Pemadam Api IMM T1

K A 6. Juru Masak A 7. Ahli Perahu Dayung A
Di Khemah
E
uIfl 7. Pemandu T1
A U 7. Juru Perpustakaan 8. Ahli Perhubungan JA
H sc 8. Peladang Muda 8. Pemelihara #Am M
L A M
ni_i 9. Pelukis 9. Pengawal YB
I #A» 9. Ahli Perhutanan Perkhemahan AA

J 10. Pelihat 10-Penyelamat Nyawa H

A A 10-Pengail 11. Pengembara

N H.Penunggang 12.Tukang Masak 11. Setiausaha A

Basikal N

TQ0aJ3> TIGA TIGA
7303? (Ahli Berkhemah) (Pertolongan Cemas)
Dapatkan
DUA

10.1. Rekod Kemajuan Ujian Lencana Keahlian

Perkara Tarikh T.t. Penguji

1. Peraturan Pakaian Seragam Pengakap ...................................................

2. Prinsip Rukunegara ...................................................

3. Lambang Pengakap Malaysia & Dunia ...................................................

4. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap ...................................................

5. Hormat Pengakap & Cogankata Pengakap Muda ...................................................

6. Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah B-P ...................................................

7. Simpulan dan ikatan. ............... ....................................

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Muda ini telah
menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.

Tarikh ...................... Diluluskan oleh

10.2. Rekod Kemajuan Ujian Lencana Usaha

Perkara Tarikh T.t. Penguji

A. CITA-CITA PENGAKAP

1. Bendera Malaysia & Bendera Negeri ................................................

2. Negara-Ku & Lagu Negeri

3. Menaikkan bendera

4. DYMM Sultan/Raja/TYT/Menteri Besar/KetuaMenteri...............................................

5. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap ...............................................

B. KECERGASAN DAN KESEGARAN JASMANI ................................................
1. Asas Perbarisan

2. Kawad Tongkat ................................................

3. Isyarat Tangan Pengakap ................................................
4. Halangan Komando ................................................
5. Melipat & mengibarkan bendera ................................................

C. KEMAHIRAN BERPENGAKAP ................................................
1. Menjaga, menyimpan pisau & parang ............ ,..................................
2. Simpulan dan Ikatan ................................................
3. Undang-undang lalulintas jalanraya ............................................. .
4. Memilih tapak perkhemahan ................................................
5. Keperluan peribadi untuk berkhemah ................................................
6. Alatan Pertolongan Cemas peribadi

7. Menghidupkan api ................................................
8. Berkhemah 1 malam ................................................

9. Arah mata angin & mengenali peta topo ................................................

10.Isyarat Sulit Pengakap ................................ ................

11.Mengembara8km

46

Perkara Tarikh T.t. Penguji
D. KECENDERUNGAN DAN MINAT
1. Kraftangan.
2. Plaster cast.
3. Rekod 12 orang Sahabat.
E. PERKIDMATAN
1. Balutan anduh.
2. Tindakan kecemasan.
3. Memandu orang.

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Muda ini telah
menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.

Tarikh ....................... Diluluskan oleh

10.3. Rekod Kemajuan Lencana Kepandaian - Kegemaran.

Lencana Tarikh Dilulusakan oleh

1. Ahli Koleksi Hobi ..................................................

2. Ahli Muzik ..................................................

3. Ahli Pertahanan Diri ..................................................

4. Ahli Renang ..................................................

5. Ahli Sukan ..................................................

6. Juru Masak Di Khemah ..................................................

7. Juru Perpustakaan ..................................................

8. Peladang Muda ..................................................

9. Pelukis ..................................................

10.Pengail

H.Penunggang Basikal ..................................................

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Muda ini telah
menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.

Tarikh ....................... Diluluskan oleh

47

10.4. Rekod Kemajuan Ujian Lencana Maju

Perkara Tarikh T.t. Penguji
A. CITA-CITA PENGAKAP

1. Organisasi PPM Daerah & PPM Negeri ...............................................

2. Melukis semua bendera negeri di Malaysia ...............................................

3. Mengenali KPP Negeri, PD & PPD. ...............................................

4. Undang-Undang Pengakap. ...............................................

B. KECERGASAN DAN KESEGARAN JASMANI

1. Latihan Asas Perbarisan ...............................................

2. Kawad Tongkat ...............................................

3. Istiadat Mengibar & menurunkan bendera.

4. Memanjat tali/ pokok setinggi 5 meter. ...............................................

C. KEMAHIRAN BERPENGAKAP.

1. Menjaga, mengasah, menyimpan kapak & gergaji ...............................................

2. Teknik menggunakan kapak ...............................................

3. Simpulan & Ikatan ...............................................

4. Memasak makanan rimba (backwoods) ...............................................

5. Model Projek Perintis

6. Kajian

7. Berkhemah 8 malam

8. Langkah keselamatan berenang ...............................................

9. Langkah keselamatan kegiatan luar. ............................................... .

10.Melakukan DUA perkara berikut:- ............................................... .

- Dapur gas, lampu gas/ dapur minyak tanah ............................................... .

- Keperluan berkhemah ............................................... .

- Memasak untuk 2 orang ...............................................

D. PENGEMBARAAN

1. Jenis kompas & membaca bearing ...............................................

2. Sistem kontor, rujukan grid, skil & kunci peta

3. Mengembara 16 km jalan kaki ...............................................

4. Ikhtiar hidup ...............................................

E. PERKHIDMATAN

1. Balutan

2. Tindakan kecemasan

3. Memanggil Polis, Bomba &Ambulan

4. Khidmat sukarela

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Muda ini telah
menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.

Tarikh ...................... Diluluskan oleh

48

10.5. Rekod Kemajuan Ujian Lencana Kepandaian - Pengetahuan

Lencana Tarikh Diluluskan oleh

1. Ahli Berkhemah (wajib) ...................................................

2. Ahli Elektronik ...................................................

3. Ahli llmu Perintis ...................................................

4. Ahli Komputer ...................................................

5. Ahli Mekanik ...................................................

6. Ahli Penukang ...................................................

7. Ahli Perahu Dayung ...................................................

8. Ahli Perhubungan ...................................................

9. Ahli Perhutanan ...................................................

10. Pelihat ...................................................

H.Pengembara

12.Tukang Masak

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Muda ini telah
menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.

Tarikh ....................... Diluluskan oleh

10.6. Rekod Kemajuan Ujian Lencana Kepandaian - Perkhidmatan

Lencana Tarikh Diluluskan oleh

1. Ahli Pertolongan Cemas (wajib) ...................................................

2. Ahli Anti-Dadah ...................................................

3. Ahli Komuniti ...................................................

4. Jurubahasa ................................... ...............

5. Kuartermaster ...................................................

6. PemadamApi ...................................................

7. Pemandu ..........................................................

8. Pemelihara ...................................................

9. Pengawal Perkhemahan ...................................................

10-Penyelamat Nyawa .............. ....................................

11. Setiausaha ...................................................

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Muda ini telah
menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.

Tarikh Diluluskan oleh

10.7. Rekod Kemajuan Ujian Lencana Jaya

Perkara Tarikh

A. CITA-CITA PENGAKAP

1. Organisasi PPM, WOSM, APR ..............

2. Sejarah tertubuhnya Malaysia ..............

3. Jata Kebangsaan & Lambang Negeri .............. .

4. Tugas kerja Dewan Undangan Negeri .............. .

5. Mengenali KPN& KPPN .............. .

B. KECERGASAN DAN KESEGARAN JASMANI

1. Latihan Asas Perbarisan .............. .

2. KawadTongkat .............. .

3. Halangan Komando .............. .

C. KEPIMPINAN

1. Kursus KP/melatih 2 Pengakap untuk Lencana M aju.............. .

2. Kebolehan:

- Merancang & menjalankan pengembaraan .............. .

- Merancangkan Malam Pengakap ...............

- Menjalankan Mesyuarat Ketua Patrol ...............

3. Membawa bendera ...............

D. KEPIMPINAN (SATU kemahiran KUMPULAN I,II,III,IV dan V)

KUMPULAN I ■Cabaran

1. Lakukan SATU sahaja:

- Mendayung perahu ...............

- Melayarkan sampan layar ...............

2. Mendaki bukit ..............

3. Pengembaraan Malam 8jam ...............

KUMPULAN II - Amali

1. Pekerjaan Tangan / Tukang Gambar

2. Mekanik

3. Kod fonetik antarabangsa

4. Khidmat masyarakat

KUMPULAN III - Kesungguhan

1. Pengembaraan 24 km / 50 km berbasikal

2. Gimnastik I seni mempertahankan diri ...............

3. Membuat bekalan dari makanan kering ...............

4. Melakukan SATU kegiatan luar berikut:

- memanah ...............

- memancing ...............

- kajian barang purba ...............

- kajian isi bumi ...............

- pemeliharaaan alam sekitar ...............


Click to View FlipBook Version