KAJIAN KES SEJARAH:
TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
NAMA : MOHAMAD DANISH HAIKAL BIN RIZAL
KELAS : 1 FLORIDA
NO MAKTAB : CP211053
MRSM : MRSM TUN ABDUL RAZAK PEKAN
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 PENGHARGAAN
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.0 KAEDAH KAJIAN
5.0 LAPORAN KAJIAN
6.0 RUMUSAN
7.0 RUJUKAN
8.0 LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN
Zaman sebelum kedatangan Islam menampakkan corak hidup yang dibentuk tanpa
kepimpinan nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
Masyarakat Arab sebelum kedatangan islam ini dikenali dengan nama Zaman
Jahiliah. Sebelum kedatangan Islam masyarakat Arab mempunyai cara hidup dan
penempatan yang berbeza dari segi politik , ekonomi dan sosial.
Zaman Jahiliah ini beransur-ansur berakhir dengan turunnya wahyu pertama kepada
Nabi Muhammad SAW dan bermulanya tamadun Islam yang gemilang.
Tamadun Islam telah berkembang pesat di Tanah Arab seterusnya pada zaman
Khulafa al-Rasyidin dan kerajaan-kerajaan Islam yang lainnya.
Kemunculan Tamadun Islam ini telah memberikan sumbangan besar dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial kepada masyarakat dahulu hinggalah sekarang.
Antara sumbangan Tamadun Islam ialah dalam bidang seni bina yang berteraskan
ciri-ciri rekabentuk bangunan bercirikan keislaman yang unik, indah serta mempunyai
ruang untuk keselesaan beribadat. Contoh rekabentuk seni bina islam ialah Menara,
mihrab dan mimbar masjid.
Selain itu, sumbangan Tamadun Islam ialah dari segi politik dimana wujudnya
kehidupan bernegara yang mempunyai ketua negara untuk menegakkan agama dan
mentadbir negara mengikut hukum syariah serta pemerintahan berteraskan keadilan.
Dalam bidang ekonomi pula, Tamadun Islam menyumbang kepada kewujudan
perdagangan dan hubungan luar antara negara-negara, memperkenalkan amalan
ekonomi islam , pengenalan Baitulmal, menggalakkan perniagaan dan perdagangan
serta memperluaskan pembinaan empangan dan kemudahan asas lain serta juga
mewujudkan jual beli secara islam dan mengharamkan riba.
Dari segi sosial, sumbangan Tamadun Islam amatlah luas dan kekal sehingga
sekarang. Sumbangan nya antara lain ialah mengangkat martabat dan kedudukan
wanita, memajukan penyelidikan saintifik, memesatkan kegiatan intelektual,
mewujudkan pusat-pusat pendidikan dan kemunculan ilmuan islam.
2.0 PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya
menyiapkan tugasan kajian kes Sejarah ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada guru
Sejarah saya, iaitu Cikgu Zulkifli bin Yasok, kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripada beliau membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan kajian kes Sejarah
ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral
yang tidak terhingga sehingga saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu
saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugas kajian kes ini.
Terima kasih.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal latar belakang masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam
2. Memahami kemunculan Tamadun Islam dan perkembangannya.
3. Memahami ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang unggul serta
ciri-ciri kepimpinan Islam yang boleh dicontohi dan diteladani oleh masyarakat.
4. Memahami sumbangan Tamadun Islam dalam bidang politik, ekonomi dan sosial
5. Memahami sumbangan Tamadun Islam dalam bidang seni bina dan kepentingan
serta ciri-ciri unik senibina islam.
4.0 KAEDAH KAJIAN
Terdapat beberapa kaedah kajian yang saya gunakan dalam memastikan tugasan
kajian kes Sejarah bertajuk Tamadun Islam dan sumbangannya dapat disiapkan
dengan sempurna dan sistematik berdasarkan fakta yang tepat.Antara kaedah
kajian tersebut ialah :-
1. Kaedah bertulis – saya merujuk kepada bahan-bahan ilmiah seperti buku rujukan,
dan buku teks
2. Sumber internet – selaras dengan perkembangan teknologi maklumat terkini, saya
melayari laman sesawang untuk mendapatkan maklumat mengenai Tamadun Islam
dan sumbangannya, contohnya seperti Wikipedia.
3. Bimbingan guru Kelas – Dengan bimbingan guru Sejarah, saya berjaya
melaksanakan kajian kes ini.
4. Penyelidikan – Saya telah mengunjungi secara maya Perpustakaan Negara bagi
mendapatkan maklumat dan menyelidik sumber-sumber arkib berkaitan Tamadun
Islam dan sumbangannya.Sumber-sumber arkib itu adalah buku ilmiah dan tesis-tesis
.
5.0 LAPORAN KAJIAN
Latar belakang masyarakat Arab sebelum kedatangan islam
a) Politik
Zaman sebelum kedatangan Islam menampakkan corak hidup yang dibentuk tanpa
kepimpinan nabi dan kitab suci sebagai petunjuk. Masyarakat Arab sebelum
kedatangan islam ini dikenali dengan nama Zaman Jahiliah.
Sistem Politik masyarakat jahiliah sebelum kedatangan Islam ialah masyarakat Arab
hidup dalam kelompok kumpulan kabilah yang terdiri kaum Hadhari dan kaum Badwi.
Kaum Hadhari yang tinggal di kota telah menjalankan perniagaan dan memiliki
binatang ternakan manakala Kaum Badwi pula hidup secara nomad iaitu sentiasa
hidup berpindah randah.
Sistem kabilah yang mereka amalkan diketuai oleh seorang syeikh.Pelantikan
syeikh sebagai ketua mestilah yang disukai ahli kabilah, matang, berani, sanggup
mempertahankan puaknya dan mahir berpidato.
Istilah semangat assabiyah sangat terkenal dikalangan mereka kerana penyatuan
masyarakat berkabilah adalah berdasarkan keturunan.Hal ini menyebabkan mereka
sentiasa bermegah-megah dengan kabilah masing-masing sehingga terjadi
peperangan untuk berebut kuasa, pengaruh dan harta.
Terdapat kaum Arab Quraisy di kawasan Makkah yang mentadbir serta memajukan
perdagangan.Namun begitu Makkah pernah diancam musuh apabila Abrahah iaitu
pemerintah Habsyah ingin menghancurkan Kaabah.
Pentadbiran di Makkah diuruskan oleh badan atau jabatan seperti Darun-Nadwah
yang mentadbir beberapa bidang dengan tugas tertentu.
b) Ekonomi
Pada zaman jahiliah juga, masyarakat melakukan kegiatan ekonomi yang berbeza
di beberapa buah negeri dan kawasan di Tanah Arab.Kegiatan utama yang dilakukan
ialah dalam bidang pertanian dan perdagangan.Di semenanjung tanah arab
mempunyai tanah yang kurang subur untuk pertanian.Manakala di Yaman pula
terdapat tanaman gandum dan kopi yang amat bergantung kepada hujan.Antara
tanaman yang diusahakan di beberapa tempat di Oman ialah sekoi dan padi.Tanaman
berharga seperti kemenyan dihasilkan di Hadramaut dan Mahra.
Di kalangan kaum Badwi, ada masyarakat yang menternak secara nomad iaitu
mereka membawa binatang ternakan seperti unta, kambing dan biri-biri berpindah-
randah untuk mencari rumput dan air.Terdapat juga dalam kalangan kaum Badwi yang
mengamalkan sistem barter iaitu menukar barang.Sistem ini terjadi apabila mereka
menukarkan binatang ternakan dan hasil ternakan dengan barang keperluan mereka
seperti pakaian dan kurma.Manakala kaum Hadhari pula ada antara mereka yang
keluar berdagang secara kafiah.Kafiah ialah rombongan pengembara atau pedagang
yang membawa barang dagangan merentasi padang pasir.
Masyarakat Yaman pada peringkat awalnya, memasarkan hasil dagangan dari
Hadramaut dan India, serta membawanya juga ke Syam dan Mesir.Pada abad
keenam Masihi, masyarakat Hijaz pula menjadikan Makkah sebagai pusat dagangan
yang baharu iaitu mereka membeli barang dari Yaman dan Habsyah lalu
menjualkannya di Syam dan Mesir.Walaubagaimanapun, perniagaan Arab Jahililah
hanya mementingkan keuntungan serta mengamalkan riba dan menipu timbangan.
c) Sosial
Dari segi sosial, masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari dua sudut iaitu
agama dan kepercayaan serta adat dan kehidupan seharian mereka.
Terdapat enam jenis agama dan kepercayaan mereka antaranya ialah
Wathani, iaitu mereka menyembah berhala yang terdapat 360 buah berhala di
sekeliling Kaabah.Kemudian, Majusi, iaitu mereka menyemnah api.Kebanyakan
penganut mereka tinggal di Yaman, Oman dan Bahrain kerana dipengaruhi oleh
Parsi.Selepas itu, agama Yahudi dan Nasrani, yang dianuti oleh Bani Israel yang telah
dikembangkan di utara Semenanjung Tanah Arab melalui penduduk Ghassan dan
Hirah.Masyarakat arab jahiliah juga mengamalkan kepercayaan animisme iaitu
percaya kepada roh dan kuasa ghaib.Hunafa’ juga ajaran yang masih dianut yang
dibawa oleh Nabi Ibrahim AS.
Adat dan kehidupan seharian masyarakat Arab Jahiliah masih menjalankan
adat seperti menilik nasib untuk meramal masa depan mereka sama ada baik atau
buruk sebelum melakukan pekerjaan atau perjalanan.Mereka juga mempercayai ahli
sihir dan kuasa azimat.
Dalam kehidupan seharian, mereka memandang rendah kepada kaum wanita
dan memberi penghormatan lebih kepada anak lelaki.Kehidupan mereka juga penuh
dengan kemaksiatan seperti berjudi, berzina, minum arak dan bersifat angkuh.Pada
zaman itu juga, hamba dipandang hina dan mempunyai status paling rendah dalam
kalangan masyarakat.
Akan tetapi, ada juga sikap yang baik dalam kalangan masyarakat Arab seperti
memuliakan tetamu, menepati janji, menghormati tuan rumah dan menjaga
kehormatan diri.Ada juga sebilangan kecil masyarakat Arab tahu bersyair, bersajak
dan berpidato.
Kemunculan dan Perkembangan Islam
Kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan
20 April 570 M telah membawa rahmat kepada seluruh alam terutama dalam
membawa perubahan kepada masyarakat Arab dari sudut akhlak, akidah dan
syariah.Baginda yang dilahirkan daripada keluarga ternama masyarakat
Quraisy.Ayahanda baginda bernama Abdullah bin Abdul Muttalib, manakala ibunya
bernama Aminah binti Wahab.
Detik permulaan Tamadun Islam dalam sejarah perkembangan tamadung
manusia ialah peristiwa penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad SAW di
Gua Hira’ pada hari isnin, 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 M.Wahyu yang
pertama diturunkan ialah Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5 yang bermula dengan
perkataan Iqra’ yang bermaksud bacalah.Hal ini kerana, membaca dan menulis
merupakan asas ilmu pengetahuan untuk melahirkan tamadun islam yang
berkembang dan maju.Seterusnya, wahyu kedua yang diturunkan ialah Surah al-
Mudassir ayat 1 hingga 7 merupakan pengisyitiharan Nabi Muhammad SAW sebagai
pesuruh Allah SWT untuk menyampaikan ajaran Islam kepada manusia.
Nabi Muhammad SAW telah melakukan dua peringkat dakwah iaitu secara
rahsia dan secara terang-terangan.Dakwah secara dilakukan selama tiga tahun.Siti
Khadijah, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar As-Siddiq antara individu
awal yang memeluka agama Islam.Rumah al-Arqam bin Abi Al-Arqam telah menjadi
tempat penyebaran dakwah.Manakala dakwah secara terang-terangan telah
dimulakan oleh Nabi Muhammad SAW kepada kaum keluarganya dengan
mengadakan pertemuan di Bukit Safa.Akan tetapi, baginda ditentang oleh bapa
saudara baginda iaitu Abu Lahab.
Kemudian Nabi Muhammad SAW, berhijrah ke Madinah bagi tujuan
penyebaran Islam di sana.Di sana, baginda telah diterima dan diangkat sebagai
pemimpin.Dengan penerimaan itu, baginda berjaya merangka Piagam Madinah iatu
satu perlembagaan untuk membentuk sebuah negara Islam yang adil dan maju di
Madinah.Beliau berjaya membuktikan kepada dunia bahawa islam ialah cara hidup
yang merangkumi setiap aspek kehidupan melalui sifat terpuji baginda iaitu siddiq
(benar), amanah, tabligh(menyampaikan) dan fatanah(bijaksana).Dengan dakwah
yang dilakukan baginda, Islam telah berkembang di Tanah Arab dan di luar Tanah
Arab.Nabi Muhammad SAW menggunakan cara diplomasi untuk mereka memeluk
Islam.Islam juga tersebar melalui para pendakwah yang berdagang.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, penyebaran Islam tetap diteruskan
melalui para sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Khulafa al-Rasyidin.Penyebaran
islam pada zaman ini telah berkembang di Makkah,Madinah,Semenanjung Tanah
Arab meliputi Iraq, Syam dan Mesir.
Khulafa al-Rasyidin terdiri daripada Abu Bakar al-Siddiq yang mengetuai
peperangan al-Riddah iaitu memerangi golongan murtad kerana enggan membayar
zakat.Tentera Islam telah menang dan lebih ramai memeluk Islam.Umar al-Khattab
pula semasa pentadbirannya, golongan peneroka dihantar untuk membuka wilayah
baharu di Semenanjung Tanah Arab.Wilayah Islam yang luas itu telah dbahagikan
kepada beberapa bahagian untuk memudahkan pentadbiran.Pada zaman Uthman bin
Affan pula, baginda mentadbir wilayah Islam yang luas merangkumi kerajaan
Parsi.Pada zaman Ali bin Abi Talib, agama islam semakin mantap dan wilayah-
wilayah Islam bertambah luas dan makmur.
Penyebaran Islam pada zaman kerajaan-kerajaan Islam bermula dari kerajaan
Bani Umaiyah yang terletak di Damsyik dan Cordoba.Perkembangan Islam semakin
ketara selepas ditadbir oleh kerajaan Bani Umaiyah.Selepas pemerintahan Bani
Umaiyah, kerajaan Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad mengambil alih dengan
memerintah selama lima tahun.Kerajaan ini meneruskan kegemilangan tamadun
Islam dengan perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat berkembang hingga ke
Eropah.Kemudian, kerajaan Turki Uthmaniyyah yang berpusat di Anatolia
menyebabkan Islam telah berkembang meluas hingga ke Balkan,Eropah
Timur.Pengaruh Turki Uthmaniyyah juga telah sampai ke Alam Melayu.
Agama Islam mudah disebarkan dan diterima masyarakat disebabkan
beberapa faktor.Antara faktor-faktor nya ialah kesyumulan Islam.Hal ini dapat dilihat
daripada keseimbangan rohani dan jasmani menjadikan Tamadun Islam berjaya
membentuk masyarkat yang maju kerana islam tidak menolak kemajuan di dunia dari
segi pembandaran dan pembangunan ekonomi.
Faktor dalam prinsip keterbukaan dan toleransi membolehkan Tamadun Islam
diterima umum.Selain itu, prinsip kesaksamaan dalam tamadun islam menyebabkan
wujud pelbagai bangsa dan bahasa di dunia yang berjaya membentuk ummah yang
bersaudara.
Seterusnya, dakwah ialah satu faktor yang berjaya menarik masyarakat lain
untuk memeluk Islam kerana pendekatan dakwah yang dilakukan secara bijaksana
dan berdiplomasi.Orang eropah telah berminat untuk mengikuti perkembangan Islam
kerana adanya hubungan diplomatik antara kerajaan islam dengan negara-negara
lain.
Islam mudah diterima di negra luar Asia dan Afrika melalui kegiatan
perdagangan dan hubungan yang baik antara pedagang arab dan pedagang
luar.Agama islam juga tersebar luas kerana pembukaan wilayah baharu pada zaman
Khulafa al-Rasyidin seperti Iraq, Syam9(Syria) dan Mesir.
Ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin
Nabi Muhammad SAW telah diiktiraf sebagai Rasulullah SAW dan pemimpin
yang unggul.Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW telah
menyerlahkan lagi ketokohan baginda dalam memimpin negara dimana
perlembagaan itu menjadikan Islam sebagai agama rasmi.Dalam piagam ini, orang
bukan Islam diberi kebebasan untuk mengamalkan agama dan adat masing-masing.
Baginda juga menjadi pemimpin masyarakat apabila Nabi Muhammad SAW
telah menekankan aspek akhlak, akidah dan syariah ketika di Makkah sebelum
berhijrah ke Madinah.Selepas berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW
menekankan konsep syura atau perundingan, keadilan, persamaan dan kebebasan
melalui Piagam Madinah.Selain itu, baginda juga berjaya menyatukan kaum Muhajirin
dan Ansar serta berusaha menjadikan Islam satu cara hidup yang menerapkan nilai-
nilai murni dalam masyarakat.
Pembangunan ekonomi juga lebih berkembang apabila Nabi Muhammad SAW
menggalakkan perdagangan dan hubungan luar antara negara Islam Madinah dengan
kawasan lain.Hal ini kerana kedudukan Madinah yang strategik menjadikan aktiviti
perdagangan bertambah maju.Nabi Muhammad SAW juga menggalakkan
masyarakat dalam aktiviti pertanian berasaskan prinsip ekonomi Islam seperti bekerja
bersungguh-sungguh,mencari rezeki yang halal serta elakkan penindasan dan
riba’.Ekonomi yang dibangunkan oleh Nabi Muhammad SAW dengan menggalakkan
pembangunan semula tanah terbiar serta menebus semula tanah yang tergadai
kepada kaum Yahudi.Pembangunan pasar Suq al-Ansar antara pembangunan yang
berjaya membangunkan ekonomi umat islam.
Nabi Muhammad SAW juga berjaya menjadi pemimpin tentera yang
menggunakan konsep jihad iaitu perjuangan menegakkan agama Islam yang
suci,serta mempertahankan bangsa dan tanah air.Dalam islam, peperangan tidak
diizinkan melainkan setelah orang Islam diancam.Hal ini bagi menjaga kesucian
agama dan kesejahteraan manusia.Baginda juga sendiri pernah mengetuai beberapa
peperangan menentang musuh Islam antaranya Perang Badar, Perang Uhud dan
Perang Khandak.Baginda menunjukkan sifat kepimpinan dan akhlak yang mulia
dengan mendengar pandangan orang lain dalam mengatur strategi peperangan.
Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia
Tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang besar terhadap
perkembangan tamadun dunia.Hal ini kerana, tamadun islam telah meninggalkan
kesan pembangunan fizikal dan insaniah sehingga kini baik dari segi politik,ekonomi
mahupun sosial.
a) Politik
Dalam politik, Islam mementingkan kehidupan bernegara kerana semasa Nabi
Muhammad SAW memerintah, baginda merupakan ketua negara yang
bertanggungjawab menjaga Madinah serta menyelesaikan masalah rakyat melalui
perlembagaan.Jawatan khalifah juga berperanan dalam menegakkan agama dan
mentadbir mengikut hukum syariah walaupun setelah kewafatan Nabi Muhammad
SAW.
Pemerintahan dan cara hidup berteraskan keadilan diterapkan kepada semua
penduduk walaupun berlainan agama dan keturunan.Hal ini kerana, keadilan dan
toleransi antara kaum akan membawa kepada kedamaian negara.
Konsep ummah yang dibawa oleh Tamadun Islam mewujudkan konsep
masyarakat yang disatukan tanpa mengira agama dan keturunan.Hal ini dapat dilihat
apabila setiap anggota masyarakat mempunyai tanggungjawab yang sama, iaitu
bekerjasama dalam memajukan negara.
Sistem syura ialah mesyuarat yang diadakan untuk mencapai keputusan
mengikut suara ahli yang terbanyak yang telah diamalkan sejak zaman Nabi
Muhammad bagi mencapai keputusan secara muafakat.
b) Ekonomi
Sumbangan Tamadun Islam juga dapat dilihat dari segi ekonomi.Antaranya
ialah amalan ekonomi Islam yang ditekankan agar manusia menjadi berdisiplin,
amanah dan berjiwa bersih.Perkara ini dapat dilihat apabila sistem zakat dan sistem
wakaf diadakan untuk pembangunan Islam.Selain itu, mengadakan sistem mata
wang dirham dan perak untuk menjalankan kegiatan ekonomi.Sistem cukai juga
diadakan bagi membiayai segala keperluan negara seperti cukai tanah (al-Kharaj),
cukai perlindungan (al-Jizyah), cukai diri(al-Ru’us) dan cukai perdagangan (al-
‘Usyr).Amalan riba dilarang kerana boleh menghancurkan konsep keadilan dalam
masyarakat.Perlakuan seperti penindasan dan penipuan semasa berniaga seperti
mengurangkan timbangan, boros, membazir dan mengambil keuntungan berlipat kali
ganda amat ditegah malah masyarakat digalakkan menghasilkan produk yang
bermutu dan melakukan penyelidikan dalam bidang pertanian.Islam juga tidak
melarang umatnya dari melakukan perdagangan selagi mengikut hukum syarak dan
menyeru untuk bersedekah dan mengamalkan sikap berjimat-cermat.
Institusi Baitumal (Institusi Kewangan) yang diamalkan sejak Nabi Muhammad
SAW berfungsi untuk mengurus kewangan untuk pembangunan negara.Sumber
Baitumal adalah harta melalui zakat masyarakat seperti zakat fitrah, zakat harta,
ternakan, pertanian, barang dagangan dan wang simpanan.Harta hak milik umat Islam
yang tidak jelas penggunaanya seperti sedekah, wakaf dan wasiat antara sumber
baitumal.Selain itu,sumber baitumal datang daripada harta negara, harta peperangan
dan harta warisan yang tidak dapat dihabiskan oleh waris atau tidak
berwaris.Pelaburan dan saham yang dijual kepada umat Islam melalui institusi yang
ditubuhkan oleh Baitumal.
Kepesatan gedung-gedung perniagaan selepas kedatangan islam ke Sepanyol
telah membawa kemakmuran ekonomi kerana banyak perniagaan yang beroperasi
mengimport barang-barang dari pelosok dunia.
Dalam bidang pertanian pula, orang Islam telah memperluas pembinaan sistem
saliran .Sistem pengairan Naurah di Syria menjadi contoh bawa sistem pengairan
telah diperbaik untuk meningkatkan hasil pertanian.Selain itu, kemudahan asas
seperti jambatan dan jalan raya yang lebih baik dibina di Sepanyol.
c) Sosial
Dalam aspek sosial, kedatangn Islam telah mengangkat kedudukan dan
maruah wanita serta memartabatkan dan memuliakan.Hal ini dapat dilihat apabila
wanita diberi peluang untuk medapatkan pendidikan dan menghadiri majlis
ilmu.Contoh wanita yang luas ilmunya serta menjadi tempat pertanyaan
permasalahan oleh kaum wanita tentang hukum agama.Tidak dilupakan juga, Shafiah
binti Abdul Muthalib yang keluar berperang bersama-sama kaum wanita Madinah
untuk membantu memberikan minuman dan merawat tentera yang tercedera dalam
Perang Uhud.
Tamadun Islam yang memperkenalkan penyelidikan bidang sains dan
teknologi telah membantu perkembangan industri pengeluaran barangan, seperti
industri kertas yang kemudiannya diperkenalkan di Itali, Perancis dan negara Eropah
lain.Selain itu, kaedah penyelidikan pertanian seperti sistem pengairan, pemilihan
baja yang bermutu telah membawa kemajuan.Penyelidikan saintifik juga berlaku
dalam bidang astronomi, fizik dan perubatan kimia.
Antara sumbangan tamadun Islam yang lain ialah wujudnya pusat kegiatan
intelektual seperti di Cordoba dan Toledo, Sepanyol.Para pengkaji atau pelajar dari
pelbagai pelosok Eropah telah datang belajar di universiti-universiti Islam terutama
dalam bidang sains dan falsafah.Pengetahuan tentang falsafah dan sains dari zaman
Yunani antara penterjemahan yang yang dilakukan oleh para sarjana Islam.Antara
kemunculan ilmuan islam ialah dari bidang Ilmu Sains dan Kimia, perubatan, falsafah,
astronomi dan falak, geografi, matematik dan pelayaran.
Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Seni Bina
Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan
reka letak yang dibina oleh manusia.Seni bina bangunan Islam boleh dilihat pada
masjid.Antara ciri-ciri seni bina Islam ialah mempunyai ruang cahaya untuk
keselesaan beribadat,terdapat ruang memisahkan lelaki dan wanita,berunsurkan
luahan perasaan hening dan aman, binaan yang kukuh dan selamat serta tahan lama
dan reka bentuk ruang sesuai dengan iklim setempat.
Pembinaan menara, mihrab dan mimbar antara seni bina Islam.Menara dibina
dalam bentuk tirus dan memuncak tinggi.Hal ini bertujuan untuk memastikan laungan
azan didengari dari jarak jauh.Mihrab juga dibina berfungsi sebagai penanda arah
kiblat dan menjadi satu daripada elemen terpenting di dalam sesebuah masjid.Mimbar
pula digunakan oleh imam untuk membaca khutbah atau syarahan.
Tamadun Islam juga menggalakkan perhiasan yang indah seperti kubah, arca
yang menarik dan mempersonakan dan seni khat ukiran yang menajubkan.Keunikan
reka bentuk seperti pintu berbentuk melengkung yang melambangkan perasaan
hormat dan tunduk menjemput masuk ke dalam masjid atau institusi itu.Selain itu,
identiti unik yang ketara ialah aspek penggunaan air dan cahaya yang berfungsi untuk
menimbulkan kesan dari segi penampilan ruang.Contoh terdapat di Istana al-
Hambra,Sepanyol dan Masjid Cordoba,Sepanyol.
Selain itu, mempunyai elemen estetika yang diperindah dengan ukiran arabes,
motif kaligrafi, geometri dan cakerawala yang berfungsi untuk memberikan
keselesaan dan ketenangan.Ia didapati di Masjid Abu Dhabi.Di samping itu, reka
bentuk disesuaikan dengan iklim setempat.Hal ini dapat dilihat di Nusantara yang
mempunyai tingkap yang tersusun dengan jumlah yang banyak kerana iklim yang
panas dan lembap serta hujan yang kerap.Fungsi tingkap adalah untuk penyejukan
dan pengudaraan.Contoh yang dapat dilihat ialah pada Masjid Tengkera, Melaka.
Seni bina juga dibina mengikut kesesuaian seni bina budaya setempat.Seperti
contoh masjid di China yang mengambil inspirasi rumah tradisional, kuil dan
istana.Seterusnya, penggunaan kubah sebagai struktur utama bumbung dapat
ditemui di masjid-masjid pada zaman Turki Uthmaniyah.Contohnya,Masjid Sultan
Ahmet(Masjid Biru) yang mempunyai ruang solat yang ditutupi kubah yang berfungsi
untuk keselamatan dan memperkukuhkan sistem struktur daripada rentangnya yang
lebar.
6.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, masyarakat arab sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai
masyarakat Jahiliah yang mengamalkan pelbagai corak kehidupan yang ditegah Islam
seperti riba, tilik nasib dan perjudian.Penyebaran islam yang bermula dari zaman Nabi
Muhammad SAW dan seterusnya berkembang pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin,
Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan beberapa kerajaan lain.Peristiwa ini sangat
penting agar agama Islam dapat menekankan keimanan kepada Allah SWT dan
kehidupan berharmoni.Dalam aspek kepimpinan pula, Nabi Muhamamad SAW telah
menjadi pemimpin yang sangat bertanggungjawab dalam penyebaran agama Islam
dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni dan membentuk kehidupan yang
sejahtera.Tamadun Islam juga telah menyinari dunia dalam pelbagai aspek sama ada
politik, ekonomi dan sosial.Tidak dilupakan Islam juga memberikan sumbangan yang
besar dalam bidang seni bina yang menjadi warisan sehingga hari ini.Daripada kajian
kes ini, saya telah mempelajari bahawa banyak perkara yang positif telah terjadi di
dunia setelah wujudnya Islam dan banyak yang telah dikaji serta bukti
penememuannya.
7.0 RUJUKAN (APA STYLE)
Listiawati, L. Sejarah Kedatangan Islam dan Hubungannya dengan Perdagangan di
Nusantara. Tamaddun.
8.0 LAMPIRAN
........ RAJAH/GAMBAR/JADUAL/GRAFIK.......