The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ieyrahsha, 2023-01-15 00:48:05

WARISAN KESENIAN WAU

MIE WAU SERING

au obek TOKOH WARISAN ABE MIE SERING KELANTAN W S


Olivia mai Marketer BIODATA Nama diberi ialah Mohd Azeimi Bin Muhd Noor. Kini usia beliau 44 tahun. Beliau dikenali sebagai Mie Sering oleh kalangan penduduk kampung. bertugas sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan, Dewan Bedah, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM). Mie Wau Sering adalah pembuat ukiran sobek iaitu ukiran wau tradisional yang diperbuat daripada kertas. Seni kraf wau ini mempunyai nilai astetik yang tersendiri dan penuh dengan seni halus. Asalnya, wau merupakan permainan masa lapang petani terutamanya pesawah padi. Wau diperbuat daripada kertas yang berangka iaitu daripada buluh. Wau sangat popular di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wujudnya sejak 3000 tahun lalu di negara China. Wau digunakan untuk menghantar makanan kepada mereka yang terperangkap di bukit. Seni pembuatan wau sobek iaitu wau tradisional diperbat daripada kertas bukan hanya menjadi asset kemahiran seni kraftangan warisan, bahkan ia menjadi sumber pendapatan sampingan. Pengalaman 44 tahun dalam seni pembuatan wau membawa Mie Wau Sering terbang jauh dan mengharumkan nama Malaysia ke seantero dunia.


ABE MIE SERING LATAR BELAKANG


Nama diberi ialah Mohd Azeimi Bin Muhd Noor. Kini usia beliau 44 tahun dan berasal dari Kampung Sering, Kota Bharu, Kelantan. Beliau dikenali sebagai Mie Sering oleh kalangan penduduk kampung. Beliau dikenali sebagai Mie Sering kerana Mie adalah merupakan dari singkatan Namanya, dan Sering adalah tempat tinggalnya. Seterusnya, beliau juga merupakan seorang yang pekerja juga sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan, Dewan Bedah, Universiti Sains Malaysia (USM) dan beliau juga merupakan seorang tenaga pengajar kokurikulum di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Beliau menceritakan kisah cintanya terhadap kesenian pembuatan wau. Beliau mengatakan bahawa, beliau mula berjinak dalam pembuatan wau ini sejak umurnya lima tahun lagi. Beliau mula tertarik dengan wau ini disebabkan oleh arwah ayahnya yang merupakan seorang pembuat wau dan Abe Mie mengikuti ke mana-mana sahaja ayahnya pergi. Abe mie juga mengatakan, beliau sering mengikuti ayahnya ke festival-festival wau dan ini membuatkan Abe Mie bertambah minat dalam pembuatan wau dengan lebih mendalam. Bakat yang mengalir dalam diri Abe Mie adalah merupakan salah satu faktor atau sebab beliau meneruskan dengan membuat wau ini. Menurut Abe Mie Sering, pengalaman dalam membuat wau ini telah mencecah 38 tahun. Dengan seni pembuatan wau ini Abe Mie berjaya terbang jauh dan dapat mengharumkan nama Malaysia ke persada dunia.


Ketika berusia 28 tahun, kecintaannya semakin mendalam apabila beliau dipanggil oleh Persatuan Kelab Wau Kelantan untuk mewakili negeri itu dalam Festival Layang-Layang Antarabangsa di Pasir Gudang, Johor pada 2005. Abe Mie telah beberapa kali memenangi pertandingan membuat wau di dalam negara selain acara persembahan Demonstrasi Terbaik di Turkiye pada 2018. Beliau pernah bertanding di beberapa negara seperti China, Perancis, Itali, Indonesia dan Thailand mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa. Beliau turut mendapat jemputan serta diberi penghormatan menghasilkan Wau Bulan yang berkonsepkan gabungan dua elemen seni tradisional Malaysia dan India untuk majlis pembukaan Festival Layang-Layang Antarabangsa di Tamil Nadu pada 14 Ogos 2022.


MOTIFYANG DIGUNAKAN Abe Mie berkata ‘Tumbuhan Menjalar’ adalah antara konsep paling diminati dalam kalangan pembuat wau kerana ia menggabungkan elemen tradisi. Abe Mie masih kekal dengan cara pembuatan tradisional yang diturunkan oleh ayahnya iaitu Mohd Noor Mamat untuk membuat wau kerana cara itu sudah sebati dengan diri Abe Mie.


BAHAN ASAS YANG DIGUNAKAN DALAM PENGHASILAN WAU Untuk membuat wau, bahan-bahan asas yang digunakan dalam pembuatan wau ada tiga iaitu wau tradisi, buluh dan benang. Kata Abe Miey ketika ditemu ramah, bagi wau yang bersaiz kecil dan sederhana, yang besar tidak semestinya mahal dan yang kecil tidak semestinya murah harganya. buluh dicari di sekitar kawasan kampung halaman rumahnya sahaja manakalah bagi kategori wau yang agak besar, buluh khas yang besar dicari di kawasan luar kerana ia sukar didapati di kawasan kampungnya. Pembuatan wau memerlukan masa yang agak lama bergantung kepada saiz wau. Kos harga wau juga berbexa mengikut harga kemampuan pelanggan yang menempah. Memerlukan sehingga tujuh lapisan .


Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti dan lebih mendalam lagi. Oleh itu,terdapat beberapa petua serta pantanglarang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut. Petua dan pantang larang pemilihan mencari dan menebang buluh. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, iaitu bukan di dalam semak atau dusun . Seterusnya haruslah buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun. Kemudian, buluh yang mempunyai pucuk muda tidak seharusnya ditebang untuk dijadikan wau kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua. Malah, Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di waktu tengahari. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya. BAHAGIAN UTAMA WAU


Dalam proses meraut buluh iaitu buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan lagi seperti ruas dan kulit. Selain itu, tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan. Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan sederhana keras. Kedua,bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian pula diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa. Ketiga , bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5sentimeter Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil tanah akan dipasang pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah iaitu ukur kertas dengan saiz bingkai. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka bingkai tersebut. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’ dan lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji. MERAUT BULUH PROSES MEMASANG TANAH WAU


MENGUKUR, MELUKIS DAN MENYOBEK CORAK Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna. Proses Membuat serta memasang Jambul atau Rambu Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau. Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu Jenis Koleksi Wau Tradisional. kiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat ialah lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor pula. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi wau. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian tepinya sahaja. Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlaina pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air.


BAHAGIAN UTAMA WAU KEPALA SAYAP EKOR JAMBUL RAMBU BUSUR PINGGANG


Pilihan wau yang terbaik baginya sebenarnya adalah wau bulan. Tetapi disebabkan wau bulan lebih kepada wau peringkat antarabangsa, Abe Mie memilih untuk mengembangkan lagi bakatnya untuk wau puyuh. Ini merupakan jenis wau yang paling diminati oleh Abe Mie. Wau Puyuh merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di Kelantan, Malaysia. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia. Wau puyuh merupakan merupakan wau rasmi bagi negeri Kelantan.Wau Puyuh menyerupai bentuk wau bulan tetapi memiliki corak ekor yang lebih melengkung. Ia juga memiliku busur bagi menghasilkan bunyi berdengung, dan bahagian kepala. Wau Puyuh Kelantan ini bernilai RM100+, malah harganya tidak menetap ia bergantung kepada jenis wau dan saiz.


wau tradisi kebangsaan : 1-Wau Bulan 2-Wau Kucing 3-Wau Jala Budi Wau lain yang dihasilkan : Wau Puyuh -wau negeri kelantan Wau Kapal-Selangor Wau Kenyalang- Sarawak Wau Helang-Terengganu Wau yang ada di bengkel pembuatan wau Abe Mie mempunyai beberapa jenis wau tradisi dan beberapa lagi jenis wau tradisi yang dihasilkan oleh Abe Mie antaranya adalah : Wau Kucing Wau Bulan Wau Kapal


WAU BULAN WAU KUCING WAU JALA BUDI Wau bulan merupakan antara jenis wau yang paling popular di Malaysia. Kepopularannya didominasi oleh rakyat pantai timur diSemenanjung Malaysia. Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa adalah sepanjang 2.5meter dengan tinggi 3.5 meter. Ini untuk memastikan corak yang terdapat pada wau tersebut kelihatan jelas dan menyerlah. Bagi menyerlahkan daya tarikan jenis wau ini, pemilihan warna yang terang dan corak yang lebih besar menjadi pilihan. Wau Bulan dikatakan telah bermula pada zaman kerajaan Srivijaya, yang mengikut legenda, mula digunakan oleh seorang putera bernama Dewa Muda. Corak bunga dan daun pada wau Dewa Muda dikatakan merupakan peta daerah yang telah dikuasainya. Wau Kucing merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia. Wau Kucing dikatakan mendapat nama daripada bentuknya yang menyerupai seekor kucing yang sedang duduk dari sudut belakang, bermula dari bahagian kepala, badan dan seterusnya ekor kucing. Pada kebiasaannya, wau Kucing akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bungi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Ketika diterbangkan ke udara, Busur wau Kucing dikatakan akan mengeluarkan bunyi yang nyaring seperti kucing. Ia dipercayai berfungsi untuk menakutkan roh jahat dan meramalkan keadaan cuaca pada keesokan harinya. Motif ukiran sobek yang digunakan pada wau ini ialah motif bunga dan tumbuh-tumbuhan dan cara hiasannya adalah sama seperti wau bulan. Wau Jala Budi merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di negeri Kedah. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turuntemurun di Malaysia. Wau Jala Budi dikatakan mendapat nama daripada bentuknya yang menyerupai daun budi manakala perkataan jala pula wujud dari kerangka ekor Wau Jala Budi. Pada kebiasaannya, wau jala budi akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bungi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Ketika diterbangkan ke udara, Wau Jala Budi dikatakan akan mengeluarkan bunyi berdengung yang agak sederhana garau yang terbit dari busur yang terdapat di bahagian kepala. Wau Jala Budi ini juga dikatakan memiliki persamaan dengan 'layang-layang Chula' yang berasal dari negara Thailand


Bermula dari kecil lagi dalam bidang wau kerana adik beradiknya juga pakar membuat wau. Menjelang pada tahun 2005, beliau telah diambil dan dipelawa daripada Persatuan Wau Negeri Kelantan untuk bertanding di Pasir Gudang, Johor. Lalu, Abe Mie berjumpa dengan Pak Ali di Terengganu untuk bertanding di persekitaran kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya yang mempamerkan pelbagai wau. Pada tahun 2007 pula, Abe Mie terus diserap masuk ke pertandingan peringkat Kategori-Antara Tukang-Tukang.


Abe Mie telah dijemput oleh Negara luar untuk mewakili Malaysia untuk bertanding di negara Perancis, Itali, China, Indonesia dan Thailand di peringkat antarabangsa. Abe Mie telah beberapa kali memenangi pertandingan membuat wau di dalam negara selain acara persembahan Demonstrasi Terbaik di Turkiye pada 2018. Beliau turut mendapat jemputan serta diberi penghormatan menghasilkan Wau Bulan yang berkonsepkan gabungan dua elemen seni tradisional Malaysia dan India untuk majlis pembukaan Festival Layang-Layang Antarabangsa di Tamil Nadu pada 14 Ogos 2022


Pihak kakitangan kraftangan telah mengambil pakar-pakar baru untuk menghasilkan kesenian dalam pembuatan wau. Abe Mie mengatakan bahawa dalam pembuatan wau haruslah mempunyai kepakaran. Kepakaran wau tradisi Abe Mie Sering adalah memiliki kesabaran yang tinggi dalam proses ukiran Wau Sobek. Teknik yang tinggi dan memerlukan kepakaran yang handal dan teliti membuat wau. Abe Mie hanya mengambil staf atau pekerja yang mempunyai kesenian untuk menampal, melukis dan bagi yang tidak mahir hanya menolong.


PENGHASILAN SENI Penghasilan ukiran pada wau sobek ia adalah idea ukiran daripada hasil tangan abe mie sendiri. Beliau menggunakan motif ukiran idea sendiri dan bergantung kepada permintaan tempahan mengikut jenis pemilihan fabrik atau kertas pada wau tersebut. ‘Tumbuhan Menjalar’ adalah antara konsep paling diminati dalam kalangan pembuat wau kerana ia menggabungkan elemen tradisi.


KATA-KATA CADANGAN TAU KATA-KATA NASIHAT DARIPADA ABE MIE?


Nasihat dari Abe Mie untuk mengekalkan warisan kesenian wau adalah beliau mengatakan bahawa dari pucuk (mula-mula) lagi kita patut pertahankan kerana ia adalah sebagai satu pemerintah seni. Pihak yang terlibat haruslah mengadakan bengkel membuat wau. Mengapa perlu mengadakan bengkel? Hal ini mungkin ramai yang tidak tahu tentang masyarakat hari ini mempunyai kepakaran dalam membuat wau. Dengan membuat bengkel juga, masyarakat akan lebih tahu tentang pembuatan wau.


LAWATAN KE TEMPAT LAPANGAN


02-05 1998 Born FATIMATUL ATHILAH BINTI MUHD KHAIRUDDIN (C19B0874) NUR HIDAYAH BINTI RAZMAN (C19A0527) NURSHAHIRAH BINTI ZAMRI (C19B0881)


"SEKIANTERIMA KASIH" PERTAHANKANLAH WARISAN KITA!!


Click to View FlipBook Version