NAMA : NURSHAHIRAH BINT I ZAMRI
NO.MATRIK : C19B0881
NAMA PENSYARAH : EN. MOHD HAFIZ BIN
DRAHMAN
SEJARAH
PASAR SITI
KHADIJAH
EDITOR
Assalamualaikum wbt dam salam sejahtera. Nama
diberi ialah Nurshahirah Binti Zamri yang bernombor
matrik C19B0881. Saya telah dilahirkan dan
dibesarkan di Kota Bharu,Kelantan. Kini saya telah
melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia
Kelantan( UMK) dalam Sarjana Muda Pengajian
Warisan Dengan Kepujian.
Buku digital ini dibuat bagi menghasilkan tugasan
yang diberikan oleh pensyarah saya iaitu Encik Mohd
Hafiz Bin Drahman dalam kursus Apresiasi Estetika
(CWT3172). Saya telah memilih Pasar Siti Khadijah
sebagai tajuk kajian saya. Buku digital ini merupakn
sejenis maklumat yang berisikan teks,gambar,video
atau audio yang dimuatnaik secara dalam talian.
Namun, ia dapat diakses menggunakan teknologi
terkini seperti telefon bimbit,computer,laptop/PC dan
lain-lain.
Dengan adanya buku digital ini,segala maklumat
dapat disampaikan dengan begitu cepat dan meluas
berbanding buku kovensional.
Oleh itu, dengan adanya buku digital ini,saya
berharap segaa maklumat yang diberikan dapat
memberi manfaat kepada para pembaca.
NURSHAHIRAH ZAMRI
C19B0881
ISI KANDUNGAN
LOKASI PSK
EDITOR
APA YANG SEJARAH
MENARIK DI PSK
PASAR SITI
KHADIJAH
TIPS
MEMBELI-
BELAH
GALERI
LOKASI Pasar Siti Khadijah
PASAR terletak di Kota Bharu.
BESAR SITI Lokasinya betul-betul
KHADIJAH, dalam kawasan pusat
KOTA
BHARU, bandar.
KELANTAN. Alamat:
Pasar Siti Khadijah
Jalan Buluh Kubu,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.
APA YANG Bagi pelancong pula, pasar ini ialah lokasi
MENARIK DI untuk mendapatkan berbagai barangan
PASAR SITI untuk dibawa pulang seperti keropok ikan,
KHADIJAH ? dodol, serunding, beras siam, kain batik,
kain pelikat, pakaian, tudung dan toto.
Pasar Siti Khadijah popular Bangunan Pasar Siti Khadijah mempunyai
tiga aras. Aras bawah mengumpulkan
sebagai tempat membeli-belah kedai-kedai yang menjual barang dapur
barangan tempatan. Ia dan pasar basah. Barangan seperti sayur-
mempunyai keunikan sayuran segar, petai, jering, ikan kering,
tersendiri kerana kedai-kedai telur masin dan jeruk asam turut dijual.
disini dimonopoli oleh kaum Jangan lupa untuk membeli beras siam
wanita. Selain itu, pasar ini yang banyak dijual disini. Ia jauh lebih
juga merupakan destinasi enak berbanding beras tempatan biasa.
pilihan untuk menikmati Jenama yang dicadangkan ialah Beras Cap
makan tengahari. Bagi Burung Serindit. Masyarakat dari luar juga
pelancong yang melawat boleh menikmati makanan tempatan di satu
Kelantan, khususnya Kota bahagian pasar yang menjual beraneka
Bharu, tidak sempurna jenis kuih-muih tradisional dan moden.
berkunjung ke sini jika tidak
ke Pasar Siti Khadijah. Walau Melawat Pasar Siti Khadijah memberi
bukan untuk membeli-belah, berbagai pengalaman menyeronokkan.
keunikan dan budaya Daripada pengalaman sendiri, peniaga
masyarakat tempatan cukup disini peramah dan jujur. Namun ada juga
menarik untuk diperhatikan. rakan-rakan yang pernah tertipu membeli
Tarikan utama di pasar ini kain. Jadi, hati-hati dan berwaspada selalu
ialah membeli-belah. Pelbagai tak kira dimana. Pada yang minat
barangan tempatan termasuk mengambil gambar, pasar ini cukup
keperluan harian, bahan berwarna-warni. Berbagai aksi juga boleh
mentah seperti ikan dan dirakamkan.
sayuran serta berbagai
barangan dapur dijual setiap
hari. Selain itu, berbagai jenis
pakaian lelaki dan wanita juga
banyak terdapat disini.
SEJARAH PASAR SITI KHADIJAH
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu.
Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini
oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul
Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa,
memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan
wanita. Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan
ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang
terkenal dengan minat berniaga .
Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat
bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-
sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan
kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis
makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam
percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam
dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor"
bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih
"tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan
pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini.
SEJARAH PASAR SITI KHADIJAH
Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan
makanan.Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar
Buluh Kubu.Nama Siti Khadijah diambil bersempena
nama isteri Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan
seorang peniaga wanita yang berjaya. Gabungan warna-
warni, aroma dan suasana hingar-bingar mengambarkan
kepelbagaian barangan yang diniagakan. Berbagai jenis
barangan ada dijual diantaranya makanan, sayur-
sayuran, ikan, ayam, pakaian, rempah-ratus, barangan
kraftangan tembaga dan perak dan banyak lagi. Pasar ini
beroperasi seawal jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang.
Semua peniaga akan menghentikan segala urusan jual beli
setelah masuk waktu sembahyang selama 15 minit. Ini
bagi membolehkan semua pengunjung dan peniaga
menunaikan solat.
TIPS MEMBELI
BELAH DI PASAR
SITI KHADIJAH
Pasar Siti Khadijah tempat wajib dilawati di Kota
Bharu. Pasar Besar Siti Khadijah adalah ikon
pelancongan dan simbol membeli-belah
terutamanya pakaian dan barangan dapur bagi
kebanyakan pelancong dan penduduk setempat.
Peniaganya yang dimonopoli oleh kaum hawa
menjadikan pasar ini sebagai tarikan pelancongan
yang unik. Pasar ini sangat meriah di hari minggu
dan cuti sekolah. Penduduk sekitar Kota Bharu
juga sering ke sini untuk membeli barangan asas
dan keperluan dapur. Jika menginap di sekitar
bandar Kota Bharu, pasar ini wajib dilawati.
Malah, boleh berjalan kaki sahaja jika menginap
di hotel-hotel yang berdekatan. Pasar Siti
Khadijah dibuka setiap hari seawal jam 7 pagi
hingga 6 petang. Kemudahan ATM seperti BSN
dan Maybank terdapat berdekatan dengan pasar
ini.
Tingkat bawah
Di bahagian bawah pasar, antara yang dijual
adalah barangan basah, kuih muih, sayuran, beras,
buah-buahan, lauk dan keperluan asas dapur.
Barangan di tingkat bawah biasanya dibeli oleh
penduduk setempat.Bagi pengunjung yang belum
pernah merasai beras keluaran Thailand, boleh
dapatkan di sini. Beras jenama Burung Serindit
daripada Thailand antara beras yang paling sedap
dan tersohor yang sentiasa menjadi beras pilihan
penduduk Kelantan. Malah jauh menandingi
beras keluaran tempatan.
Tingkat 1 banyak menjual pelbagai makanan
kering seperti keropok segera, dodol,
serunding daging, kerepek, pelbagai jenis
keropok, makanan segera, pelbagai kuih
muih, alatan memasak, barangan plastik,
rempas ratus, ikan kering dan bahan dapur.
Keropok yang sedap dan terlaris pada masa
ini adalah keropok cap ikan mas, keropok
cap ikan parang, keropok sira cap juara dan
keropok segera cap dua tambang. Kualiti
keropok juga berbeza antara satu sama lain.
Dari segi harga, semua pengeluar
meletakkan harga yang sama. Yang berbeza
hanya rasa sahaja. Makanan kering yang
ingin dibeli sangat dicadangkan untuk dibeli
secara borong kerana akan mendapat harga
yang lebih murah.Pastikan makanan kering
yang dibeli tampak segar dan masih baru
supaya rasanya tidak terjejas.
Selain itu, kita juga boleh mencuba kuih
muih Kelantan pelbagai jenis yang dijual
seperti akok, tepung pelita, puteri mandi,
badak berendam, tahi itik dan banyak lagi.
Mesti cuba!! Kalau tidak kempunan pulak
jadinya.Untuk membeli barang makanan
seperti keropok, kuih muih sangat disarankan
dibeli disini. Beli secara borong untuk rakan
sepejabat, saudara mara dan sahabat handai.
Kita akan mendapat harga yang istimewa
jika dibeli secara borong dan jangan lupa
untuk tawar menawar.
Manakala tingkat 2 dan 3 didalam pasar ini
dikhususkan untuk kedai-kedai menjual
pakaian. Pakaian seperti baju kelawar, kain
pelikat, pelbagai jenis tudung, baju batik, dan
pelbagai pakaian lain dijual disini dengan harga
yang berpatutan. Barangan yang dinyatakan
sebentar tadi adalah sebahagiannya hasil buatan
tangan orang tempatan seperti kain batik.
Keunikan seni rekaan batik disini amat
mengagumkan sehinggakan pengunjung
sanggup berhabis ratusan ringgit malah ribuan
ringgit untuk membeli pakaian-pakaian ini
untuk dibawa pulang ke tempat masing-masing.
Selain itu, terdapat juga jualan-jualan mainan
kanak-kanak serta cenderamata bagi
pengunjung membawa 'sesuatu' untuk sanak
saudara mereka yang tidak berkesempatan
untuk datang sendiri ke sini.
Selepas penat membeli-belah dan ronda-ronda pasar,
pastinya anda berasa haus dan lapar. Jadi, bolehlah ke
tingkat satu di mana terdapat medan selera yang
menjual pelbagai jenis makanan termasuk kuih-muih
khas Kelantan.
Tidak perlu bersusah payah mengintai kedai makan
yang lain. Mencuba hidangan makanan di sini sudah
cukup membuatkan anda puas. Memang tidak
lengkap jika anda berkunjung ke sini tanpa singgah
menjamu selera di medan selera Pasar Siti Khadijah
ini. Jadi, jangan lepaskan peluang!
Menu popular yang boleh anda cuba, antaranya Nasi
dagang, nasi kerabu, mi celup, sup perut, laksa,
laksam, nasi berlauk, nasi campur dan lain-lain.
Selain itu, menu ‘mewah’ seperti udang galah besar,
ayam percik dan ayam panggang juga boleh didapati.
Dari segi harganya, anda tidak perlu risau kerana
kebanyakan kedai telah meletakkan harga makanan
di kedai masing-masing. Semuanya berpatutan.
Purata harga menu di sini antara RM2 hingga RM5
untuk satu menu. Contohnya, nasi putih bersama sup
perut berharga RM4.50 dan mi sup perut RM3.50. Di
sini, terdapat banyak kedai yang menjual menu yang
sama.
GALERI PASAR
SITI KHADIJAH
PASAR SITI
KHADIJAH,KOTA BHARU
KELANTAN
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para pembaca
atas coretan buku digital yang tidak seberapa ini. Ribuan
terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pensyarah
saya iaitu Encik Mohd Hafiz Bin Drahman dalam
menujuk ajar sepanjang melaksanakan tugasan ini. Tidak
lupa juga kepada keluarga dan rakan-rakan saya dalam
memberi semangat dan dorangan sepanjang melakukan
tugasan ini.
Saya berharap buku digital ini dapat memberi manfaat
dan rujukan yang baik terhadap anda semua. Sekian
terima kasih.