The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amraimanzahir710, 2022-07-05 08:44:58

kertas-kerja-ctu554

kertas-kerja-ctu554

lOMoARcPSD|15036293

KERTAS KERJA CTU554

Building Surveying (Universiti Teknologi MARA)

StuDocu is not sponsored or endorsed by any college or university
Downloaded by xy xy ([email protected])

lOMoARcPSD|15036293

TAJUK KERTAS KERJA:

CABARAN DUNIA SIBER DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK MASYARAKAT
MENURUT PERSPEKTIF ETIKA

NAMA PENSYARAH:

ZULAIPA BINTI RUZULAN

BIL. NAMA PELAJAR KAD MATRIK
2020975537
1. NURFARAHANIM BINTI NAZRI 2020970611
2020969133
2. AMILYA HAFIEZA BINTI ABDUL HAFIDZ 2020732547
2020995437
3. IRDANI FARZZANA BINTU SUZAIDI

4. IZZMER AHMAD BIN IZZUDDIN

5. AFIQ NAZRAN BIN HUSAIRI

KUMPULAN: MARKAH

SEMESTER 4/2020

AP2294B

KATEGORI PENILAIAN
Pengenalan
Objektif Kajian
Kajian Literatur
Fakta & Perbincangan
Rumusan & Etika
Rujukan

JUMLAH

Downloaded by xy xy ([email protected])

lOMoARcPSD|15036293 MUKA SURAT

KANDUNGAN 3
4
PERKARA 5
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 6
1.2 Penyataan Masalah
1.3 Kepentingan Kajian 7
BAB 2 OBJEKTIF KAJIAN 7
2.1 Objektif Kajian 7
BAB 3 KAJIAN LITERATUR 8
3.1 Definisi Dunia Siber 8
3.2 Definisi Etika dan Peradaban 9
3.3 Pembentukan Akhlak Menerusi Dunia Siber 9 – 10
3.4 Media Sosial dan Impak Negatif Menurut Islam
11 – 12
3.4.1 Impak Negatif dari Aspek Individu 13 – 15
3.4.2 Impak Negatif dari Aspek Masyarakat
3.4.3 Impak Negatif dari Aspek Negara 16
BAB 4 FAKTA DAN PERBINCANGAN 17
4.1 Cabaran Dunia Siber dalam Pembentukan Akhlak 18
4.2 Kesan Dunia Siber Dalam Pembentukan Akhlak 19
4.3 Keperluan Etika Islam Dalam Penggunaan Siber
BAB 5 KESIMPULAN
BAB 6 RUJUKAN
LAMPIRAN

2

Downloaded by xy xy ([email protected])

lOMoARcPSD|15036293

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Percayakah anda bahawa ahli korporat tersohor dalam bidang pengkomputeraan dan
manusia terkaya di dunia iaitu Bill Gates telah membuat pernyataan ini pada tahun 1993:
“The Internet? We are not interested in it”. Pada era tersebut, tiada siapapun menyangka
bahawa internet atau boleh dikenali sebagai dunia siber menjadi media baharu yang sangat
berpengaruh dalam hamper setiap bidang kehidupan manusia pada masa kini.

Perbahasan hangat mengenai undang-undang dan internet, termasuk soal etika telah
bermula kira-kira 6 tahun dahulu apabila Ethan Katsh menerbitkan sebuah buku yang
bertajuk Law in a Digital World(Abdullah, 2012) pada tahun 1995 disusuli dengan karya
Lawrence Lessig yang bertajuk Code and Other Laws of Cyberspace pada tahun 1999.
Perbahasan mereka amat mudah iaitu mereka cuba memahami keselamatan komputer dan
internet serta bagaimana undang-undang dan etika dapat mengawal kepesatan dan
kemajuan teknlogi.

Pada zaman kini kepesatan ICT lebih diutamakan atau lebih dikenali sebagai (Information
and Communication Technology). Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan gelombang
globablisasi. Pengaruh Internet dalam kehidupan manusia memang tidak dapat disangkal
lagi. Sama ada kita sedar ataupu tidak, kehidupan kita seharian di pejabat, rumah atau di
mana-mana sahaja, kegunaan Internet sebagai media baharu amat bermakna dalam
mempermudahkan urusan kehidupan seharian. Kita berkomunikasi, berinteraksi, membeli-
belah, memesan barangan, berurusniaga, membayar bil, mencari maklumat, membaca
berita dan sebagainya semuanya adalah melalui Internet. Kita lebih banyak berkomunikasi
serta berinteraksi melalui alam siber dengan hubungan lingkaran network sedunia melalui
komputer dan juga jenis- jenis alat elektronik lain.

3

Downloaded by xy xy ([email protected])

lOMoARcPSD|15036293

Sejak Internet diperkenalkan, ia telah memberikan banyak faedah kepada umat manusia.
Namua demikian, ramai juga yang telah menyalahgunakannya. Justeru, teknologi
maklumat yang sedang mendominasi dunia ICT ini mestilah dipelihara dengan sebaik-
baiknya agar ia memberikan faedah kepada umat manusia manakala elemen- elemen
negatif berkaitan dengannya mestilah dijauhi. Etika digital dan akhlak Islam mestilah
sentiasa terpelihara. Kesan dan cabaran dunia siber akan membentuk akhlak peribadi antara
masyarakat.

1.2 Penyataan Masalah

Teknologi moden serba canggih yang berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan ini
telah membawa kepada penggunaan pelbagai peralatan elektronik dan peranti secara
meluas oleh setiap generasi. Lumrahnya, penerapan nilai-nilai moral dan kemanusiaan dari
satu generasi ke generasi berikutnya berlaku melalui hasil didikan daripada ibu bapa, orang
dewasa dan guru di sekolah. Namun begitu, kajian Rezki et. al (2009) mendapati bahawa
kehidupan masa kini telah dipengaruhi oleh teknologi moden dan masyarakat terbudaya
dengan media yang mana kebanyakan ideologi budaya dan penerapan nilai diturunkan dari
satu generasi ke generasi yang lain melalui media seperti televisyen dan internet. Justeru,
kanak-kanak dan remaja juga adalah golongan yang tidak terkecuali daripada merasai
tempias ledakan perkembangan teknologi yang telah memberi impak yang amat besar
terhadap kehidupan mereka.

Cara hidup manusia telah banyak mengalami perubahan, seiring dengan pembangunan
teknologi internet (Ahmad Fauzi, Norhasni & Andi, 2014). Kanak-kanak dan remaja masa
kini juga mengalami perubahan gaya hidup yang ketara ekoran daripada pengaruh
teknologi moden dalam kehidupan mereka. Dalam kepesatan era globalisasi dan teknologi
tinggi tanpa sempadan ini, perkembangan kanak-kanak hingga usia remaja amat mudah
dipengaruhi oleh agen sosialisasi seperti media. Pengaruh teknologi terhadap
perkembangan kanak-kanak turut diperkukuhkan lagi dengan dapatan kajian Zakaria,
Ahmad Munawan dan Noranizah (2012) bahawa teknologi moden khususnya media sangat
berpengaruh terhadap pendidikan, tingkah laku dan keperibadian kanak-kanak.

4

Downloaded by xy xy ([email protected])

lOMoARcPSD|15036293

1.3 Kepentingan Kajian
Menerusi kertas kerja ini, akan diperlihatkan antara kepentingan - kepentingan yang
diperolehi melalui kajian ini. Antaranya ialah: -
• Masyarakat lebih peka terhadap kesan dunia siber terhadap kehidupan seseorang
individu.
• Masyarakat boleh mengambil langkah awal untuk mengelak masalah sosial
disebabkan oleh pengaruh dunia siber.
• Masyarakat juga boleh mengenal pasti tahap kepentingan dunia siber dalam
kehidupan mereka.

5

Downloaded by xy xy ([email protected])

lOMoARcPSD|15036293

BAB 2
OBJEKTIF KAJIAN
2.1 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk: -
I. Mengenalpasti cabaran-cabaran dunia siber dalam kalangan masyarakat dalam
pembentukan akhlak manusia menurut perspektif etika dari pelbagai peradaban.

II. Mengenalpasti kesan dan langkah dunia siber dalam kalangan masyarakat dalam
pembentukan akhlak manusia menurut perspektif etika dari pelbagai peradaban.

III. Mengenalpasti keperluan etika islam dalam pengunaan dunia siber dalam perkembangan
masyarakat dalam pembentukan akhlak manusia menurut perspektif etika dari pelbagai
peradaban.

6

Downloaded by xy xy ([email protected])

lOMoARcPSD|15036293

BAB 3
KAJIAN LITERATUR
3.1 Definisi Dunia Siber
Definisi atau istilah dunia siber atau “cyberworld” pertama kali digunakan oleh William
Gibson iaitu seorang penulis sains fiksyen yang menyatakan bahawa dunia siber sebagai
satu teknologi yang menggugat perasaan tetapi pada dasarnya tidak bermakna, yang hanya
berfungsi sebagai kata laluan untuk semua idea sibernatiknya (Neuromancer, (1984).
Manakala, menurut Kamus Dewan, siber adalah sesuatu yang berkaitan dengan komputer
dan Internet. Internet diibaratkan sebagai pasar raksasa yang menemukan pemberli dengan
penjual dalam sesuatu ruang. Secara ringkasnya dan mudah dufahami, ia merujuk kepada
dunia atas talian iaitu suatu tempat yang benar- benar wujud, walaupun sebagai media
komunikasi berbanding suatu galaksi lain.
3.2 Definisi Etika dan Peradaban
Dari segi Etimologi, etika dalam tulisan Yunani ialah Ethos’ iaitu hukum, adat resam, adab
tradisi, budi pekerti, kesusilaan dan sebagainya. Dari sudut istilah pula, etika islah suatu
kajian yang bersifat falsafah terhadap moral.
Peradaban berasal daripada dasar ‘adaba’ yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang
baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Peradaban juga
diistilah juga sebagai ketamadunan.
3.3 Pembentukan Akhlak Menerusi Dunia Siber
Menurut Vassan (2010) dalam artikel beliau mengatakan bahawa, pengunaan media seperti
Internet, televisyen, majalah serta alat-alat elektronik yang lain memberi pengaruh
terhadap perkembangan remaja dikalangan masyarakat. Babak ganas dan aksi-aksi yang
tidak bermoral yang ditonton oleh kanak-kanak dan remaja melalui media menjadikan jiwa
mereka menjadi rakus dan keras. Oleh yang demikian, aksi ganas tersebut mereka akan
adaptasikan dalam tingkah laku seharian yang akan menyebabkan berlakunya masalah
dalam konteks hubungan social mereka dengan masyarakat sekeliling.

7

Downloaded by xy xy ([email protected])

lOMoARcPSD|15036293

3.4 Media Sosial dan Impak Negatif Menurut Islam

Semua lapisan masyarakat tentunya tidak asing lagi dengan teknologi moden yang pesat
berkembang dari hari demi hari. Penggunaan teknologi yang mewah dan canggih ini telah
menjadi satu fenomena baharu dimana ia diperlukan bagi melengkapkan rutin harian
hampir semua masyarakat. Tidak asing juga dimana manusia kini berpusu pusu
menghasilkan pelbagai platform media sosial yang dapat memberikan manfaat daripada
penggunaannya. Media sosial juga dapat menyampaikan maklumat dengan mudah dan
pantas tanpa mengira masa dan juga tempat (Nurul Afiza, Noor Hera, Kamarul Azmi
Jasmi, 2019). Seperti yang umum ketahui, media sosial menyediakan platform yang begitu
positif seperti dapat menghubungkan atau mengeratkan hubungan yang sudah lama tidak
bertegur sapa, menyampaikan pesanan ringkas dengan mudah, malah masyarakat juga
dapat mengembangkan perniagaan pada mereka platform yang telah menyediakan peluang
yang sedemikian. Antara faedah lain ialah kita dapat mengetahui perkembangan dunia
politik, sosial, ekonomik dan juga pendidikan (Nurul Afiza, Noor Hera, Kamarul Azmi
Jasmi, 2019).

3.4.1 Impak Negatif dari Aspek Individu

Untuk mempunyai keperibadian yang disenangi, sihat tubuh badan dan pemikiran yang
sentiasa aktif seseorang individu seharusnya bertanggungjawab terhadap dirinya. Terutama
sekali tingkah laku yang menetukan akhlak peribadi seseorang individu (Jasmi, Kamarul
Azmi,2011). Tindakan individu merupakan penentuan baginya untuk menggunakan
kemudahan dunia siber ini sebagai suatu kelebihan atau kekurangan buat dirinya.
Penggunaan media sosial juga menyebabkan remaja lebih cenderung kepada gejala negatif
(Abdul Halim et al., 2019; Ayub et al., 2019; Azman, 2018; Ismail, M. S. et al., 2019; Rosli
et al., 2019). Berikut adalah kerana individu di kalangan remaja terutamanya, begitu
terdedah dengan dunia siber dan mereka telah meletakkan satu tahap dimana mereka
seharusnya mengikuti trend masa kini agar tidak dipandang enteng. Oleh yang demikian,
mereka telah menjadikan kesenangan individu lain yang lebih mewah atau terkenal sebagai
sebuah kejayaan baharu. Hal ini menjadi semakin serius di kalangan remaja bahkan mereka
sanggup mencuri dan menjual barang tersebut demi mengikut trend masa kini.

8

Downloaded by xy xy ([email protected])

lOMoARcPSD|15036293

Sesungguhnya perbuatan mencuri itu sendiri adalah sesuatu perbuatan yang berdosa besar
bagi mereka yang beragama Muslim dan golongan ini akan dilaknat oleh Allah SWT.

3.4.2 Impak Negatif dari Aspek Masyarakat

Hubungan silaturarahim sesama manusia haruslah dikekalkan malah dieratkan lagi. Tidak
kira sama ada hubungan silaturrahim yang terdapat sesama ahli keluarga, jiran tetangga
mahupun rakan sekerja. Secara anggaran kasar, sesetengah masyarakat akan menghabiskan
sekurang kurangnya 12 jam daripada masa seharian mereka bagi menggunakan media
sosial ini. Perkara sebegini begitu membimbangkan kerana ia mampu untuk melonggarkan
hubungan kekeluargaan dan tidak mempunyai persefahaman diantara ahli keluarga.
Perkara sebegini sering menjadi punca utama pergaduhan dikalangan keluarga pada
masyarakat kini. Ibu bapa yang tidak mengendahkan hal anak-anak, pastinya akan
mempunyai risiko anak-anak kehilangan arah dari segi mental, fizikal mahupun aspek
akademik. Selain itu, Jiran tetangga memainkan peranan yang penting dalam keharmonian
masyarakat. Media sosial seharusnya digunakan dengan bijak untuk berkongsi maklumat
yang sahih dalam apa jua keadaan. Sebaliknya, penyebaran maklumat yang tidak sahih
yang boleh menimbulkan isu serius dikalangan masyarakat telah semakin berleluasa dan
akan menggoyahkan silaturrahim sesama masyarakat. Kita mestilah saling hormat-
menghormati, tidak bersangka buruk terhadap orang lain dan tidak mudah percaya kepada
cerita cerita yang tidak pasti kebenarannya dalam mengekalkan keharmonian antara jiran
tetangga (Nurul Afiza, Noor Hera, Kamarul Azmi Jasmi, 2019).

3.4.3 Impak Negatif dari Aspek Negara

Negara kita merupakan sebuah negara Islam yang mengamalkan nilai murni dan akhlak
mulia menurut ayat Al-Quran dan hadis (Jasmi, Kamarul Azmi, 2018, Mohamad, A, M.,
2017; Rahim, 2012; Jusoh & Jasmi, 2006). Kegunaan media sosial merupakan medium
yang memberi peluang positif bagi menyampaikan dakwah kepada golongan muslim
ataupun sebaliknya. Malangnya, kegunaan media sosial mampu menjejaskan imej negara
ini sebagai sebuah negara Islam. Contohnya, trend di media sosial yang sering menjadi
ikutan ramai termasuklah golongan wanita yang beragama Islam itu sendiri tanpa segan
silu menunjukkan aurat atau melakukan perkara yang kurang sopan demi meraih pujian
atau mengikuti trend semasa. Agama Islam adalah agama yang tidak melarang untuk

9

Downloaded by xy xy ([email protected])

lOMoARcPSD|15036293

berhibur akan tetapi kita seharusnya sentiasa berpada pada dalam melakukan sesuatu benda
dan perlulah berlandaskan landasan yang betul. Selain itu, Malaysia juga terkenal dengan
sebuah negara yang mampu mengekalkan keharmonian dikalangan masyarakat walaupun
kita mempunyai latar belakang yang pelbagai kaum. Namun yang demikian, terdapat
sesetengah masyarakat yang tidak bertanggungjawab di negara ini masih memilih untuk
mempunyai sifat hasad dengki untuk menyebarkan gambar atau video perkauman yang
disalah ertikan sehingga mampu untuk memecah belahkan keharmonian negara yang kita
kecapi selama ini. Hubungan antara kaum menjadi renggang dan menyebabkan keamanan
negara terjejas (Mustafah &Megat Ibrahim, 2017, Rafiuddin et al., 2019).

Secara konklusinya, media sosial dapat mendatangkan kedua perkara yang positif dan juga
negatif. Kedua perkara ini terpulang kepada setiap individu yang menggunakan media
sosial. Sebagai umat Islam kita seharusnya melatakkan suatu had terhadap penggunaan
media sosial ini. Sebagai contoh, kita tidak mudah mempercayai info yang didapati dan
tidak mudah menyebarkan info yang tidak sahih bagi mengelakkan perkara yang tidak
diingini. Isu memfitnah, mengaibkan orang lain, atau maenjatuhkan maruah orang lain
haruslah dikurangkan malah dihapuskan dikalangan masyarakat. Perkara seperti ini
haruslah dipandang dengan lebih serius dan semua pihak haruslah mengingatkan antara
satu sama lain untuk sentiasa berhati-hati. Malah kita sewajarnya memilih pilihan yang
yang baik semasa menggunakan media sosial ini agar kita dapat menyebarkan lagi
positiviti di kalangan masyarakat dalam negara mahupun seluruh dunia.

10

Downloaded by xy xy ([email protected])

lOMoARcPSD|15036293

BAB 4

FAKTA & PERBINCANGAN

4.1 Cabaran Dunia Siber dalam Pembentukan Akhlak

Perkembangan ilmu dan teknologi merupakan kayu ukur pada arus kemodenan pada masa
kini. Gaya hidup berorientasikan teknologi seperti dunia siber ini memberikan pelbagai
cabaran dan kesan terhadap akhlak, adat, agama dan sebagainya. Dunia siber dan teknologi
pada hari ini berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Malahan ia
berjaya merubah bentuk pemikiran, ideology, budaya dan berbagai elemen luar memasuki
ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan(John Naisbitt, 1990).

4.1.1 Pelayaran Laman Web yang Negatif

Setiap manusia bertanggungjawab dalam menjaga kewarasan dan perkembangan minda
mereka. Namun begitu, terdapat segelintir daripada pengguna dunia siber gemar melewati
laman web yang negatif yang mampu merosakkan maruah dan jenayah seksualiti sehingga
mereka ketagih terhadap perkara berikut. Tambahan pula, dunia siber merupakan dunia
tanpa sempadan dimana sesiapa sahaja mampu untuk melayari web lucah termasuklah
remaja mahupun kanak kanak yang telah terdedah dengan perkara sebegini. Perkara kecil
seperti melayari web lucah ini boleh menjadi asbab utama dimana seseorang boleh
menghampiri perbuatan terkutuk seperti zina mahupun merogol pada dunia realiti ini. Kita
sering diingatkan oleh guru-guru dengan Firman Allah “Jangan kamu hampiri perbuatan
zina kerana ia adalah amalan yang sangat keji”. Islam jelas mengajar kita agar untuk
sentiasa mencegah daripada perbuatan yang tidak bermoral ini. Hal ini kerana, perbuatan
yang dipandang enteng ini akan menjadi besar sehingga terjadinya ketagihan seks,
penzinaan, pelacuran penyakit HIV mahupun AIDS dan seangkatan dengannya. (Ida
Shafinaz Mohamed Kamil, 2014)

11

Downloaded by xy xy ([email protected])

lOMoARcPSD|15036293

4.1.2 Penyebaran Fitnah dan Gosip

Tidak asing lagi gosip dan penyebaran fitnah pada masa kini kian berleluasa dengan adanya
dunia siber. Masyarakat begitu teruja apabila mendengar, membaca artikel atau apa-apa
bahan bacaan yang menceritakan tentang pihak lain. Mereka merasakan semua yang
disiarkan adalah benar tanpa mendengar penjelasan daripada pihak yang sepatutnya. Pada
peringkat ini, penggunaan dunia siber telah disalah gunakan demi kepentingan peribadi.
Perkara sebegini mampu untuk menjatuhkan air muka pihak yang berkenaan sehingga
mereka dilayan hina didalam dan diluar dunia siber. Perkara sebegini mampu untuk
mencetuskan isu siber buli dikalangan masyarakat sekaligus telah menunjukkan betapa
akhlak umat Islam kita semakin goyah. Dunia siber yang hanya di hujung jari kita mampu
untuk menghancurkan hidup seseorang dan meunjukkan betapa tidak
bertanggungjawabnya sesetengah pihak disamping menguji akhlak umat Islam. Haruslah
diingatkan bahawa kita sentiasa diperhati keran pengguna siber tidak sahaja tertakluk
kepada pengguna Islam malah oleh semua agama lain. Hal ini akan menjatuhkan maruah
Islam itu sendiri. Perkara sebegini juga akan mencabar hidup bermasyarakat dan bernegara
(Ida Shafinaz Mohamed Kamil, 2014).

4.1.3 Perubahan Gaya Hidup

Gaya hidup pada masa kini tentunya lebih terdedah dengan pelbagai cabaran terutamanya
dari segi minda kerana wujudnya dunia siber ini. Mereka yang mempunyai banyak masa
lapang dan memilih untuk menghabiskan masa mereka di dunia siber ini merupakan antara
individu yang mudah terpengaruh dengan kehidupan orang lain yang telah ditayangkan di
media sosial mereka. Golongan remaja merupakan golongan yang mudah terpengaruh
dengan perkara sebegini. Mereka merasakan bahawa kehidupan mereka harus mengikuti
trend masa kini dimana mereka mesti memiliki benda seperti telefon pintar yang paling
canggih, gaya hidup yang mewah, gaya pakaian yang menjadi ikutan ramai dan sebagainya.
Disebabkan perkara yang telah memberikan tekanan buat diri mereka, akhlak mereka
sebagai seorang Islam telah tercabar dimana mereka sanggup melakukan perkara yang
tidak sepatutnya seperti mencuri barangan orang lain, menipu ibu bapa untuk mendapatkan
sejumlah wang atau melakukan pelbagai alternatif lain demi mendapatkan kehidupan yang
ingin mereka ikuti di media sosial. Individu yang memilih untuk mengikut kehidupan orang

12

Downloaded by xy xy ([email protected])

lOMoARcPSD|15036293

lain merupakan individu yang sentiasa terkejar-kejar akan sesuatu yang tiada penghujung
(Ida Shafinaz Mohamed Kamil, 2014).
Konklusinya, cabaran dunia siber dalam pembentukan akhlak membentuk banyak karakter
yang negatif. Antaranya ialah, pelayaran laman web negatif seperti pornografi, jenayah
aktiviti dadah dan lain. Seterusnya, penyebaran fitnah dan gossip seperti penyebaran berita
palsu. Penyebaran berita palsu akan mendatangkan banyak kesan negative terhadap
individu atau mangsa tersebut. Seterusnya, perubahan gaya hidup, kesan negatif ini akan
mengubah gaya hidup seseorang. Oleh itu, amalkan sikap- sikap positif dalam melayari
dunia siber.

13

Downloaded by xy xy ([email protected])

lOMoARcPSD|15036293

4.2 Kesan dan Langkah Dunia Siber Dalam Pembentukan Akhlak

Pada pasca kemodenan ini, kebanyakkan aktiviti seharian manusia telah berubah dan
banyak bergantung kepada penggunaan teknologi dan gajet yang terbentuk daripada
pembangunan teknologi. Dunia siber atau internet merupakan suatu yang penting kepada
setiap orang tidak kira generasi muda atau tua. Golongan yang paling banyak menggunakan
internet adalah golongan muda (Abadi, 2016, Ayun, 2015). Mereka banyak menghabiskan
masa dengan melayari internet daripada melakukan aktiviti luar dan ini menyebabkan
perkembangan akhlak mereka lebih banyak dipelajari atau ditiru daripada bahan di dalam
dunia siber. Walaubagaimanapun, seperti yang kita tahu terdapat banyak kesan yang positif
tentang penggunaan internet, tetapi kita juga harus beringat dan berwaspada kerana ia juga
mempunyai kesan negatif.

Kesan positif yang pertama adalah dapat memperluaskan hubungan persahabatan. Melalui
platform media sosial, kanak-kanak dan remaja dapat berkomunikasi dengan rakan sebaya,
ilmuan serta para pengajar bagi bertukar-tukar ilmu pengetahuan dan berbincang tentang
sesuatu pelajaran (Jasni, Kamarul Azmi, 2012). Seterusnya, mengetahui tentang isu-isu
semasa dalam dan luar negara. Generasi muda zaman sekarang kurang menonton berita di
kaca televisyen atau membaca surat khabar, tetapi meraka akan membuat carian di internet
serta mengongsikannya di dalam media social (Mohd Azmi, Kamalanathan, Safar, 2019).
Selain itu, internet sebagai media penyebaran dakwah yang berkesan. Dakwah boleh
disebarkan dengan pantas dan lebih meluas tidak terhad hanya kepada orang sekeliling
malah ke seluruh masyarakat di pelosok dunia (Muhamad Asyraf, Khairul Azhar dan
Rushdi, 2013).

Kesan negatif tentang penggunaan Internet adalah yang pertama remaja terjebak dalam
aktiviti yang tidak bermoral. Permainan video game yang ganas serta laman web yang tidak
elok seperti pornografi akan mennyebakan remaja tersebut untuk terikut dan terpengaruh.
Hal ini akan melahirkan masyarat yang berfikiran sempit dan negatif. Tambahan lagi,
kesan negatif adalah golongan muda akan mudah terpengaruh dengan budaya luar (Mohd
Azmi, Kamalanathan, Safar, 2019). Hal ini juga dapat mengundangkan fitnah dan
memalukan seseorang apabila berita yang disampaikan telah ditokok tambah dan tidak
benar menjadi tular.

14

Downloaded by xy xy ([email protected])

lOMoARcPSD|15036293

4.2.1 Langkah – Langkah Mengawal Penyalahgunaan Internet
Kesan negatif penggunaan alam siber dapat dibendung dengan baik sekiranya langkah-
langkah yang betul diambil oleh setiap masyarakat. Ibu bapa seharusnya memainkan
peranan paling penting dalam mengawal penggunaan internet anak-anak. Sebagai contoh,
Ibu bapa mestilah bijak dalam mencari alternatif untuk mengawal penggunaan internet
anak-anak sebagai contoh menghadkan masa penggunaan gajet dan komputer (Mohd
Azmi, Kamalanathan, Safar, 2019).

Seterusnya, pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan
siber supaya menjadi lebih jitu. Ini mungkin akan menakutkan masyarakat untuk melayari
laman web yang salah apabila mengetahui yang ia akan menyebakan mereka menerima
hukuman. Selain itu, langkah ini perlu diambil oleh individu itu sendiri. Individu mestilah
bijak menguruskan masa melayari alam maya supaya diri tidak ketagih dan lalai. Menjaga
batas diri dan tidak keterlaluan dalam melayari laman web yang buruk. Individu boleh
membuat carian tentang pengajaran agama. Hal ini akan dapat menguatkan lagi ilmu
individu tersebut untuk menjaga kemulian dirinya (Muhamad Asyraf, Khairul Azhar dan
Rushdi, 2013).

Kesimpulannya, penggunaan Internet kepada remaja pada zaman ini adalah suatu yang
perlu dan tidak boleh dihalang. Remaja dan kanak-kanak haruslah diberi peluang dalam
mengenal dunia siber. Walaupun begitu, ia tidak semestinya penggunaan Internet boleh
digunakan dengan berlebihan. Oleh yang sedemikian, semua pihak diharapkan memain
peranan masing-masing agar dapat membantu golongan muda yang bakal memimpin
negara kita kelak.

15

Downloaded by xy xy ([email protected])

lOMoARcPSD|15036293

4.3 Keperluan Etika Dalam Pengunaan Internet Dalam Pembentukan Akhlak

Keperluan Etika dalam penggunaan Internet dalam pembentukan Akhlak amat penting.
Penerapan nilai- nilai positif amat membantu untuk mengelakkan sebarang perkara
negative semasa pelayaran laman web siber. Terdapat beberapa nilai yang diperlu
diamalkan oleh seseorang individu. Nilai- nilai ini perlu diterapkan oleh masyarakat Islam
mahupun bukan di Malaysia dalam penggunaan siber pada masa kini (Siti Norhanani,
2012)

4.3.1 Keperluan Etika Nilai Murni

Etika nilai murni yang baik akan membina keharmonian, kekuatan dan kemajuan individu
serta masyarakat. Antara nilai positif ialah kejujuran, kesetiaan, keadilan dan sebagainya.
Di dalam dunia siber, Internet menjadi senjata utama individu, maka perlu dipastikan bagi
mereka yang terlibat sentiasa berpandukan dengan nilai-nilai ini. Bagi individu yang
membuat sesuatu laman web mesti sedar apakah berita yang disebarkan itu akan diamalkan
oleh pengguna yang melayari laman web tersebut (Siti Norhanani, 2012)

4.3.2 Keperluan Nilai Etika

Individu yang beretika ialah individu yang akan mempertahankan tanggungjawab moral
dan sosial, ia akan membentuk individu yang komited terhadap peraturan yang baik.
Sebagai contoh, Islam telah menyediakan asas etika dan akhlak yang luhur untuk
diamalkan oleh semua peringkat manusia di alam siber ini (Siti Norhanani, 2012)

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa satu standard etika yang syumul dan
menyeluruh amat diperlukan pada zaman ini bagi mengawal dan “mengadapkan” manusia.
Dengan satu harapan suci lagi murni, melahirkan umat Malaysia khususnya dan dunia
amnya yang akan disegani kerana keluhuran budi dan akalnya.

16

Downloaded by xy xy ([email protected])

lOMoARcPSD|15036293

BAB 5

KESIMPULAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan makur mestilah melengkapkan masyarakatnya
dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan cabaran dan
dugaan. Kesan-kesan sampingan dari kegunaan alam siber akan mempengaruhi akhlak seseorang.
Islam adalah agama yang membawa rahmat hendaklah dijadikan sebagai rujukan utama di dalam
penggubalan standard etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam itu tersendiri yang
membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi dan sebagainya. Islam
mewajibkan kepada seluruh kaum muslimim agar yang satu menghormati yang lainnya.

Adalah menjadi harapan besar negara dengan adanya ketelusan dalam zaman siber ini maka
masyarakat akan lebih beruntung dan sejahtera. Tiada lagi unsur yang boleh merosak dan
menghancurkan keutuhan masyarakat disebar melalui jaringan maya yang akan diakses oleh
manusia sejagat. Pengaruh ICT pada masa kini dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini
tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya generasi
muda. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat
penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke masa.

Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat di Malaysia kini sudah tidak dapat
dipisahkan dengan ICT dalam banyak aspek kehidupan. Untuk mengelakkan atau mengurangkan
kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan budaya masyrakat kita serta
menjamin nilai-nilai positif masyarakat, semua pihak dari berbagai peringkat mestilah memainkan
peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika masyarakat kita, khususnya bagi generasi
muda bagi mengelak daripada kesan negatif yang akan semakin parah. Kesan negatif sukar
dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif.
Dasar- dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah
guna dan kesan negatif ICT sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan pembangunan
sesebuah Negara bangsa Malaysia.

17

Downloaded by xy xy ([email protected])

lOMoARcPSD|15036293

BAB 6
RUJUKAN
Abdullah, A. A. (2012). Etika Digital dan Berinternet Menurut Perspektif Islam’ Dr. Amini Amir
bin Abdullah. http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/34225/Article_4.PDF
Azaian, N., Abdul, B., Abdullah, M. Y., Azul, M., & Salleh, M. (2017). Cabaran Dakwah Islam
di Alam Siber.
Daria J., A. J. va. (2013). Internet Addiction in Adolescents. 1–25.
http://library1.nida.ac.th/termpaper6/sd/2554/19755.pdf
Ida Shafinaz Mohamed Kamil, M. D. A. M. (2014). Jenayah Dan Masalah Sosial Di Kalangan
Remaja: Cabaran Dan Realiti Dunia Siber. Igarss 2014, 1, 1–5.
Joseph, A., Seok, C. B., Mutang, J. A., & Joseph, A. (2014). Fakulti Psikologi dan Pendidikan,
Universiti Malaysia Sabah. Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014, 1–8.
Nahar, N., Sangi, S., Baniear Salvam, D. A., Rosli, N., & Abdullah, A. H. (2018). Impak Negatif
Teknologi Moden Dalam Kehidupan Dan Perkembangan Kanak-Kanak Hingga Usia
Remaja (Negative Impact of Modern Technology To the Children’S Life and Their
Development). 5(1), 87–99. https://doi.org/10.11113/umran2018.5n1.181
Rafiuddin, M., Azmi, M., Ahmad, A. B., Haron, M. S., Yusri, N., Kebebasan, M., &
Komunikasi, M. (2019). Media Sosial dan Generasi Muda Menurut Islam. 2019(2008).
Sinica, A. P. (2013). Etika dan Moral Professional Dalam Kalangan Pelajar Sarjana yang Telah
Menjalani Program Latihan Mengajar. 50(5).
Siti Norhanani (2012). Etika Dalam Penggunaan Internet. https://-etika/dalam-penggunaan-
internet
Ahmad Fauzi Mohd Ayub, Norhasni Zainal Abidin & Andi Suwirta. (2014). Hubungan Antara
Penggunaan Internet Bermasalah Umum dan Kesunyian dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah. Jurnal Kajian Pendidikan, 4(2), 189-200.
(Azaian et al., 2017)(Rafiuddin et al., 2019)(Nahar et al., 2018) (Ida Shafinaz Mohamed Kamil,
2014)(Joseph et al., 2014)(Daria J., 2013) (Sinica, 2013)

18

Downloaded by xy xy ([email protected])

lOMoARcPSD|15036293

LAMPIRAN

KUMPULAN: AP2294B

PEMBAHAGIAN TUGAS: -

Bil. No. Matrik Nama Tugasan

1. 2020975537 Nurfarahanim Binti Nazri • Pengumpulan kesemua kerja.
(Ketua Kumpulan) • Pengenalan kertas kerja.

• Kajian Literatur

• Slide Pembentangan

2. 2020969133 Irdani Farzzana Binti Suzaidi • Kajian Literatur

• Fakta & Perbincangan

3. 2020970611 Amilya Hafieza Binti Abdul Hafidz • Kajian Literatur

• Fakta & Pembincangan

4. 2020732547 Izzmer Ahmad Bin Izzuddin • Objektif Kajian

• Fakta & Perbincangan

• Kesimpulan

5. 2020995437 Afiq Nazran Bin Husairi • Fakta & Perbincangan

• Semakan bahagian rujukan

Nurfarahanim Nazri, Irdani Farzzana Suzaidi, 19
Amilya Hafieza Abdul Hafidz, Izzmer Izzuddin & Afiq Nazran Husairi
Jabatan Ukur Bangunan
Fakulti Senibina Perancangan & Ukur
Universiti Teknologi Mara (Shah Alam)
[email protected]

Downloaded by xy xy ([email protected])


Click to View FlipBook Version