The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ungku aziz adalah pemimpin dari johor yang saya hormati.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dev746535, 2021-04-20 08:31:40

Ungku aziz: Pemimpin Johor

Ungku aziz adalah pemimpin dari johor yang saya hormati.

UNGKU
AZIZ

Tokoh Johor

NAMA: Dev Rahul A/L Kunalan
E-MEL:[email protected]

NAMA SEKOLAH: SMK Mohd Khalid
ALAMAT SEKOLAH: Jalan Abdul
Samad,80100,Johor Bahru

Sebagai anak kelahiran Johor, saya merasa bangga apabila diperdengarkan dengan kisah-kisah tokoh
pemimpin kelahiran negeri tercinta ini. Negeri ini telah banyak melahirkan tokoh-tokoh terbilang baik
dari segi sumbangan mereka kepada negeri, negara mahupun dunia. Walaupun terdapat banyak insan-
insan hebat kelahiran negeri ini. Namun, sudah pasti saya memiliki kekaguman yang lebih istimewa

ke atas salah seorang tokoh yang di gelar dengan Gelaran Tokoh Melayu Moden pada abad ini.

Menerokai sejarah sosok figura cendekiawan hebat bernama Allahyarham Profesor Diraja Ungku
Abdul Aziz Bin Ungku Abdul Hamid (28 Januari 1922 – 15 Disember 2020). Tidak disangkal lagi
bahawa beliau antara ilmuan terbilang di negara ini sehingga menjadi sumber inspirasi kejayaan

kepada generasi muda hari ini. Bahkan juga, beliau telah mengubah andaian bahawa kejayaan
seseorang individu itu bergantung kepada sikap mereka itu sendiri.

Pemergian beliau ibarat kehilangan sebuah permata berharga. Semestinya hiba dan berdukacita sebagai
salah seorang yang menginspirasikan diri beliau sebagai idola. Hal ini digambarkan kerana betapa
besarnya sumbangan beliau di dalam mencetuskan idea-idea inspirasi dasar pemodenan negara

sehinggakan cetusannya itu telah memberikan ruang kepada ahli-ahli akademik untuk meniliti prospek
kemajuan negara di dalam hal ehwal ekonomi dan pendidikan. Maka sememangnya, Allahyarham

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Bin Ungku Abdul Hamid layak digelar sebagai seorang tokoh besar
kepada cabang ilmu ekonomi dan pendidikan di negara ini.

BIODATA TOKOH PEMIMPIN

Ungku Abdul Aziz Bin Ungku Abdul Hamid merupakan anak Melayu kacukan Turki yang pada 28 Januari 1922 di
London, United Kingdom.Hal ini kerana, ibunya berasal dari Turki. Beliau merupakan keturunan Diraja Johor menerusi

ayahnya yang dikenali sebagai Leftenan Ungku Abdul Hamid Bin Ungku Abdul Majid. Bapanya pernah berkhidmat
bersama Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (STSNJ/JMF). Manakala bondanya bernama Hamidah Abdullah.

Untuk makluman, Ungku Abdul Aziz telah kehilangan bonda tercinta sejak usianya dua tahun lagi iaitu pada tahun
1924.Justeru, semenjak kecil beliau tidak berpeluang mendapatkan belaian dan perhatian yang penuh daripada sang
ibu.Sepemergian ibundanya, beliau telah dihantar pulang ke Tanah Melayu (Malaysia) dan menghabiskan usia kecil
remajanya di Batu Pahat dan Johor Bahru. Walaupun tiada masalah untuk dibesarkan di London, akan tetapi ayahandanya
mengimpikan Ungku Abdul Aziz supaya membesar dalam kehidupan dan persekitaran seorang Melayu bagi membentuk

jadi diri dan nilai patritisme dalam dirinya.
Untuk makluman, Ungku Abdul Aziz merupakan figura yang sangat cerdik dan pintar. Hal ini kerana, beliau dengan
jayanya menonjolkan kepintaran yang dimilikinya seakan-akan hal tersebut diwarisi daripada ayahandanya. Sungguhpun
begitu, kejayaan bapanya dalam memastikan peranan dirinya sebagai “role model” kepada sang anak tidak disangkal lagi
dengan sejarah kepintaran ayahandanya yang dikhabarkan pernah menuntut di Universiti Cambridge serta memiliki bakat

kebolehan berbahasa Arab, Parsi dan Sanskrit.

Dalam fasa perkahwinan Ungku Abdul Aziz, beliau mendirikan rumah tangga bersama seorang tokoh budayawan negara
iaitu Sharifah Azah Mohammad Alsagoff atau Norazah Abdul Aziz (21 Ogos 1928 – 9 Julai 2012). Sharifah Azah juga
memiliki sandaran nama yang sering digunakan iaitu Mak Ungku. Hasil daripada perkahwinan mereka, maka dikurniakan
seorang anak perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang juga merupakan figura hebat kerana

anaknya itu merupakan mantan Gabenor Bank Negara Malaysia dan kini menyandang jawatan sebagai Pengerusi
Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Sharifah Azah telah meninggal dunia pada usia 83 tahun kerana kerana
dikhabarkan menghidap sakit tua. Setelah pemergian isterinya, Ungku Abdul Aziz mendirikan rumah tangga bersama isteri

kedua iaitu Rohayah Binti Ahmad Bahiran atau Rahaiah Baheran sehingga ke hujung nafasnya.

Mengenai salasilah kekeluargaanya pula, Ungku Abdul Aziz juga merupakan sepupu kepada keluarga Al-Attas iaitu Syed
Hussein Al-Attas, Syed Muhammad Naquib Al-Attas dan Syed Zedal Al-Attas. Beliau juga memiliki hubungan
kekeluargaan bersama Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar dari sebelah bapanya.

PENDIDIKAN TOKOH YANG DIPILIH

Sekilas mengenai sejarah pendidikan Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Bin Ungku Abdul Hamid. Beliau
mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Ngee Heng, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga pernah menerima pendidikan di

Sekolah Bukit Zahrah seterusnya di English College Johor dan juga Sekolah Melayu Batu Pahat. Setelah itu, beliau
menyambung pengajiannya di Raffles College, Singapura (kini Universiti Malaya) bagi mendapatkan diploma dalam

bidang Seni.

Selesai pengajian tersebut, beliau menyambung pengajian di institusi yang sama iaitu Universiti Malaya yang pada ketika
itu terletak di Singapura bagi menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi) pada tahun 1951. Perjuangan dan
kesungguhannya dalam menyemai minat mendalam dalam bidang Ekonomi tidak hanya sampai di situ sahaja. Hal ini
kerana, Ungku Abdul Aziz melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang tersebut ketika

menuntut di Universiti Waseda, Tokyo Jepun sehingga tahun 1964. Hal ini sekaligus menempah nama beliau sebagai ana
Melayu pertama yang berjaya menjadi alumni di universiti tersebut.

KERJAYA TOKOH
Tahun
Kerjaya
1951

Menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS)
1952 - 1961

Pensyarah Ekonomi di Univeristi Malaya Singapura
1961 - 1965

Profesor dan Dekan di Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya Kuala Lumpur
1968 - 1988

Naib Canselor Univeristi Malaya (UM)
1968

Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad (KKUM)
1971

Pencetus idea penubuhan merangkap Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)

2005 - 2008
Fellow Kehormat Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

2006 - 2009
Ahli Majlis Tadbir Urus, Pusat Pengajian Kewangan Islam Antarabangsa, Bank Negara Malaysia (INCEIF Governing

Council)
1995 - 2020
Pengerusi Cosmopoint Sdn Bhd
1988 - 2020
Pengarah PLUS Berhad
2002 - 2020
Pengarah PLUS Expressways Berhad

Melalui sumber rujukan yang diperoleh, Ungku Abdul Aziz sekali mencatat nama sebagai rakayat Malaysia yang pertama
memegang jawatan selaku Naib Canselor Universiti Malaya (UM) paling lama berkhidmat dengan anggaran 20 tahun. Di
bawah tampuk pimpinan, idea dan inisiatifnya sepanjang perkhidmatan di UM, terhasil lokasi-lokasi penting seperti Taman
Botani, Muzium Seni Asia serta kedai buku koperasi. Selain itu, program mobiliti pertukaran mahasiswa antarabangsa juga
dapat dilaksanakan antara Universiti Malaya dengan Institut Bahasa-Bahasa Timur. Kemudian bersama Institut Negara-

Negara Asia dan Afrika di Universiti Negara Moscow sejak tahun 1970.

SUMBANGAN TOKOH
[Anugerah Yang Diterima Ungku Aziz]
Sebagai salah seorang cendekiawan Melayu terulung abad ini, Ungku Aziz telah menerima pelbagai anugerah sepanjang
beliau menabur bakti di Malaysia. Gelaran Professor Diraja Ekonomi yang diperolehinya pada 17 Jun 1978 daripada
DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dalam bidang Pembangunan Luar Bandar. Selain itu, beliau
merupakan anak Melayu pertama memperolehi Hadiah International Academic Prize of The 4th Fukuoka Asian Cultural
Prizes 1993 by the City of Fukuoka dari Jepun.
Pada 1997 pula, Ungku Aziz telah ditabalkan sebagai Tokoh Maal Hijrah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang
DiPertuan Agong. Pada 21 Julai 2002 beliau telah dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara.
Gelaran sebagai Tokoh Melayu Terbilang yang menjadi tajuk besar artikel ini pula sebenarnya adalah dianugerahkan oleh
Mantan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi pada 11 Mei 2005 oleh Presiden UMNO
pada ulangtahun ke-59 Umno di PWTC. Untuk rekod, beliau merupakan anak Melayu pertama memenangi anugerah.

Seterusnya pada 25 Jun 2005 beliau telah dianugerahkan Tokoh Ekonomi Melayu oleh Dewan Perniagaan Melayu
Malaysia (DPMM). Anugerah terbaru yang diterima oleh YM Profesor Diraja Ungku A. Aziz ialah Anugerah Akademik
Negara 2006 sempena Majlis Pengisytiharan Universiti Penyelidikan dan Anugerah Akademik Negara 2006 pada 2 Ogos

2007 oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
ekarang, tentu kita tertanya-tanya apakah sumbangan Ungku Aziz sehingga menerima penghormatan sebegitu rupa dalam

hidup beliau?
[Mengasaskan Tabung Haji]

Pada 30 September 1959 Professor Diraja Ungku Aziz Abdul Hamid telah menulis sebuah kertas kerja yang bertajuk
Rancangan Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal-Bakal Haji” kepada kerajaan dan cetusan idea itu telah melahirkan konsep
Tabung Haji hari ini. Tidak lama kemudian pada bulan November 1962, idea itu dan mula beroperasi pada 30 September

pada tahun 1963, maka idea yang dikemukakan oleh Profesor Di Raja Ungku Aziz ini menjadi kenyataan.

[Mengasaskan Tabung Haji]

Pada 30 September 1959 Professor Diraja Ungku Aziz Abdul Hamid telah menulis sebuah kertas kerja yang bertajuk
“Rancangan Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal-Bakal Haji” kepada kerajaan dan cetusan idea itu telah melahirkan konsep

Tabung Haji hari ini. Tidak lama kemudian pada bulan November 1962, idea itu dan mula beroperasi pada 30 September
pada tahun 1963, maka idea yang dikemukakan oleh Profesor Di Raja Ungku Aziz ini menjadi kenyataan.

Lalu, konsep tabung haji yang diperkenalkan oleh beliau diperbahurui lagi pada tahun 1969 apabila digabungkan dengan
Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji. Kata-kata daripada Ungku Aziz ketika ditemubual oleh Utusan Malaysia tentang langkah

Ungku Aziz memperkenalkan Tabung Haji:
“Saya lihat orang kampung akan menjual kambing, kerbau atau tanah mereka untuk menunaikan haji. Sekembalinya
mereka dari sana, mereka tiada ternakan dan sumber rezeki lagi. Sebab itu, saya cetuskan idea penubuhan Lembaga Urusan

dan Tabung Haji (LUTH). LUTH sebenarnya membantu ekonomi orang Melayu

Ketika awal penubuhan Tabung Haji dahulu ketika diasaskan daripada cetusan idea Ungku Aziz, ianya sekadar mempunyai
13 orang petugas sahaja, mempynyai 1, 280 orang pendeposit. Simpanan di dalam akaun mereka sekadar mencecah RM 46,

600 serta beroperasi di pejabat kecil di Jalan Ipoh.
Untuk rekod, hari ini, Tabung Haji merupakan pengurus Dana Islam terbesar negara dengan dana melebihi RM55 billion.
Hari ini, tabung Haji mengendalikan 8.3 juta pendeposit. Akibat dari hasil pelaburan dan perniagaan yang menguntungkan,

tabung Haji membiayai subsidi mengerjakan haji sebanyak RM130 juta dengan jemaah kali pertama membayar sekitar
RM9,900 dengan baki RM6,000 dibiayai Tabung Haji. Tabung Haji turut menampung subsidi kursus haji yang dibuat
sebelum jemaah berlepas ke tanah suci berjumlah RM40 juta. Bayangkanlah daripada hasil idea seorang anak Melayu

genius pada tahun 1959, hari ini tabung haji mampu membiyai kos mengerjakan haji oleh kebanyakan umat Islam.
Terdapat lebih daripada 8 juta pendeposit sekarang. Ada sebanyak 119 cawangan di seluruh negara tak termasuk sebanyak

6,000 pusat perhubungan .

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG
[Pesanan Untuk Bangsa Melayu]

1. Menurut beliau, untuk menjadi seorang Melayu Unggul atau yang Terbilang, seseorang perlu mempunyai prinsip dan
halatuju hidup. Halatuju hidup Pak Ungku Aziz adalah berteraskan kepada apa yang pernah dinukilkan oleh Za’aba, “Kalau

ada keyakinan diri semua boleh tercapai.


2. Beliau menyarankan anak Melayu membaca setiap karya Zaba kerana menurut beliau, “dalam buku itu ada amanat
penting Za’ba yang menunjukkan jalan bagaimana orang Melayu boleh berjaya dan menjadi unggul.”

3. Ungku Aziz berpendapat bahawa masalah utama yang membelenggu Melayu hari ini terutama golongan remaja ialah
kekurangan jati diri sendiri. Jati diri mampu membentuk orang Melayu menjadi lebih hebat daripada sekarang dan menurut

Ungku Aziz juga, media antara medium yang mampu mencorakkan semula jati diri.

4. Menurut Ungku Aziz, pendidikan mampu membentuk jati diri anak Melayu. Orang Melayu harus didedahkan dengan
tokoh-tokoh Melayu yang hebat dalam sejarah yang mampu membawa kesan positif. Model untuk orang Melayu bangkit
daripada lena sudah tersemat pada sejarah dan sebagai contoh, beliau memetik Hang Tuah dan menyarankan sifat-sifat
positif pada batang tubuh Hang Tuah dijadikan contoh oleh orang Melayu moden. Katanya, model-model hebat Melayu
pada abad silam ini mampu membina realiti, melahirkan remaja yang akan jadi pemimpin masa depan yang memberikan

harapan kepada bangsa. Katanya yang menjadi tamparan buat saya sebagai penulis:
“Kita tidak akan melahirkan manusia unggul dengan bercakap-cakap saja.”

Akhir kata, kami berasakan bahawa pesanan daripada beliau ini sangat terbaik untuk tatapan kita:
“Rajin Berkerja, Rajin Bercakap” – Bagus

“Rajin Berkerja, Malas Bercakap” – Kena Buli
“Malas Berkerja, Rajin Bercakap” – Wayang Cina

“Malas Berkerja, Malas Bercakap” – Tak Guna
“Malas Berkerja, Suka Mengadu” – Lalat Hijau
“Malas Berkerja, Suka Ponteng” – Lebih Baik Berhenti
“Malas Berkerja, Suka Termenung” – Lebih Baik Mati
Kami juga ingin memetik pandangan Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar A. Hamid dalam bukunya bertajuk ‘The
University in Pantai Valley: Glimpses of the past’.
“Seorang dari istana berkelakuan seperti orang istana itu perkara biasa. Seorang rakyat biasa berkelakuan seolah-olah ia
orang istana itu luar biasa. Seorang dari istana berkelakuan seperti rakyat biasa, itulah Profesor Diraja Ungku Aziz”.

Selamat pulang ke tanah abadi Ungku.

SUMBER RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Ungku_Abdul_Aziz

https://umnoputrajaya.com.my/2020/12/16/belasungkawa-ungku-aziz-tidak-pesimis-terhadap-melayu-bangunkan-bangsa-
berteras-idea/

https://www.mywilayah.com/2020/12/biodata-ungku-abdul-aziz-bin-ungku.html

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/di-sebalik-insan-bernama-profesor-diraja-ungku-abdul-aziz-273370
https://mykmu.net/2020/12/16/ini-latar-belakang-allahyarham-profesor-diraja-ungku-aziz-cendekiawan-ulung-melayu-

moden/

https://www.thepatriots.asia/profesor-diraja-ungku-aziz-cendekiawan-ulung-melayu-moden/

SEKIAN,TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version