The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iqbaliqkal09, 2022-10-21 05:11:07

KOMIK

KOMIK

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA
SESSION: 2 2022/2023

ECO2513:
Fiqh Muamalat 2

DISEDIAKAN UNTUK:
MADAM SITI AENSAH BINTI YUSOF

DISEDIAKAN OLEH: BMF 21-07-006
1 MUHAMMAD FARIEHIN NUBLAN BIN ROSLINI BMF 21-07-046
2 UMAR MUKHTAR BIN ISMAIL BMF 21-07-024
3 RAJA RIFA’IE ADHA BIN RAJA SHAMSUL
BMF 21-07-067
BAHRI
4 MUAMMAD IQBAL HAIKAL BIN SUIB BMF21-07-056

5 MUHAMMAD IDRIS SHAH BIN SULONG

TARIKH HANTAR: 21 OKTOBER 2022

1

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
BIL. KANDUNGAN

1. WATAK-WATAK YANG TERLIBAT 4

2. PEGERTIAN ZAKAT 4

3. HUKUM ZAKAT 5

4. PERGERTIAN QAWAID FIQH 6

5. PEMBAHAGIAN ZAKAT 8
6. SYARAT WAJIB ZAKAT 10

7. KAITAN ZAKAT DENGAN QAWAID FIQH 12

8. GAMBAR – GAMBAR ZAKAT 16

9. RUMUSAN 16

10. RUJUKAN 17

3

PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim,

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana limpah kurnianya kami dapat menyiapkan kerja
kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Pensyarah Fiqh Muamalat 2 Kelas DBF 4D, iaitu Madam Siti Aensah binti Yusof kerana
memberi peluang kepada kami mengahasilkan kerja kursus ini dengan penat lelah
Madam Aensah mengajar kami dengan bersungguh-sungguh tidak mengira masa
walaupun di luar masa pembelajaran Madam. Sebagai contoh, Madam membalas
pertanyaan kami di “Whatsapp” tidak mengira masa siang dan malam. Kami juga
bersyukur kerana Madam sering bertanyakan kepada kami berkenaaan perkembangan
tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan sekelas kami yang menegur apabila melihat
sebarang kesalahan dalam tugasan ini. Mereka juga banyak mengajar kami ilmu baru
mengenai Fiqh muamalat ini.

4

WATAK YANG TERLIBAT DALAM KOMIK
ZALORA

Adha seorang yang pendiam dan lucu. Nama
manja raj

Seorang yang bijaksana yang rajin bertanya
soalan. Nama manja bekal umar gi kul

Seorang yang pemalu tetapi sangat minimal
dan cool. Meow

Seorang lelaki yang kelihatan matang dan rajin
berusaha untuk mendapatkan sesuatu.

Madam yang baik hati, cantik, comel, Bijak dan
penyayang. Much lurveeeee

5

6

7

c
8

9

10

11

12

13

DALIL PENSYARIATAN BAI’ BITHAMAN AJIL
1. Al-Quran
Secara umumnya tiada dalil khusus yang menunjukkan penggunaan Bai Bithaman Ajil di
dalam Al-Quran. Akan tetapi, wujud dalil yang mengharuskan penggunaan BBA ini dalam
konteks muamalat iaitu dalam Surah Al-Baqarah ayat 275:

‫َواَ َح َّل اّهلٰلُ الْبَْي َع َو َحَّرَم الِّٰربهوا‬

Makdsudnya: Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

Daripada hadis ini, kita oleh simpulkan bahawa dalil ini menegah unsur riba’ dalam setiap kontrak
jual beli. Ia juga boleh digunakan untuk semua kontrak jual beli selagi mana tiada unsur riba’ yang
terkandung dalamnya.

2. Hadis
Dalam Hadith Rasulullah SAW pula, terdapat hadith yang menunjukkan bahawa kontrak jual
beli secara BBA yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.
I) Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
Daripada Aisyah r.a bahawa Rasullah S.A.W membeli makanan daripada seorang yahudi
dengan bayaran bertempoh, dan baginda mencagarkan baju perangnya yang diperbuat
daripada besi.
ii) Sementara itu seorang sahabat iaitu Müsa bin Maysarah
pernah mendengar seorang lelaki bertanya kepada Said bin al-Musayyab yang ingin menjual
secara hutang dengan katanya "Sesunguhnya aku ingin menjual dengan
hutang" lalu Said bin al-Musayyab menjawab, "Jangan kamu jual, kecuali apa yang telah
kamu perolehi"
Daripada hadis tersebut, jelaslah bahawa Rasulullah SAW juga mengamalkan kontrak BBA
pada zaman baginda. Bayaran tertangguh hanya diharuskan kepada barang yang dimiliki
oleh peniaga serta menjadi pemilik harta yang sah.

14

3. Ijma’
Ulama’ Fiqh telah bersepakat bahawa hukum kontrak BBA ialah harus di dalam Islam. Ini
berdasarkan kepada penjelasan Imam Syafie:
"Tidak mengapa dengan seorang lelaki menjual barang dengan bayaran tangguh dan
membeli semula dari pembeli itu denganbayaran tunai yang lebih rendah”
Bagi penjelasan Imam Hanafi pula:
Bagi Imam Abu Hanifah pula, sesiapa yang menjual sesuatu barangan dengan
harga tunai dan kemudian menangguhkan bayarannya dalam tempoh yang ditetapkan,
maka hukumnya adalah sah dan dicatitkan sebagai hutang. Sebaliknya jika ia
menangguhkannya kepada satu tempoh yang tidak diketahui langsung maka jualan
tangguh itu tidak sah.
Jualan BBA ini dihalalkan pada barangan yang tidak mengandungi unsur-unsur
riba, penipuan, gharar dan sebagainya. Ulama sependapat diharuskan jual beli secara
BBA di dalam satu majlis yang ditetapkan tempoh penyerahan harga tersebut dengan
syarat kedua-dua pihak perlu mengetahui tempoh itu. Sebaliknya jual beli secara
BBA ini tidak sah sekiranya penangguhan harga yang dilakukan itu tidak ditetapkan
tempohnya secara jelas di dalam majlis akad tersebut.

15

CADANGAN/PANDANGAN/KELEMAHAN/KEKURANGAN TERHADAP TUGASAN
6. Kami mencadangkan agar mengubah sikit tajuk berkenaan aplikasi jual beli tersebut
dengan tajuk lebih mudah sedikit. Kerana ia agak susah untuk para pelajar. Sikap segilintir
pelajar, apabila mengetahui tajuk tugasan susah, mereka akan malas untuk lakukan dan
hanya meniru di mana mana laman sesawang . Jadi keberangkalian para pelajar tidak
memahami tugasan yang dilakukan itu agak tinggi.

Seterusnya, kami juga mencadangkan agar membuat kaedah baru seperti
explorace. Kami mencadangkan explorace kerana aktiviti explorace ini tidak membosankan
.Dalam explorace , kita dapat terapkan semangat berkumpulan dan dapat mengenaili kawan
kawan kita dengan lebih mendalam , lebih lebih lagi yang berlawanan jantina. Para pelajar
akan bersemangat untuk cuba menjadi pertama dalam setiap checkpoint. Tanpa kita sedari ,
para pelajar dapat belajar tentang fiqh muamalat dalam realiti.

Seterusnya , kami mencadangkan untuk menggunakan kaedah gallery walk. Apabila
kaedah gallery walk digunakan , setiap pelajar akan memahami setiap tajuk yang diberikan
oleh pensyarah. Hal ini kerana, kita perlu membentangkan kepada kawan kawan kita supaya
mereka faham apa yang dibentangkan sepertimana pensyarah membuatkan semua pelajar
faham dengan seusatu topik. Jadi setiap orang perlu memahami segala benda yang dibentang,
sehinggakan semua soalan yang ditanya boleh dijawab dengan tepat dan tenang.

Selain itu , kami juga bercadang untuk supaya tugasan ini diberikan dalam bentuk lakonan
atau sketsa di hadapan semua pelajar DBF . Hal ini akan membuat semua pelajar bersuka ria, ikhlas
dan gembira untuk melalukakn tugasan ini. Hal ini dapat mencungkil bakat setiap pelajar dalam
bidang lakonan yang mungkin sebelum ini kita tidak sedari , yang dikalangan kawan kawan kita ada
yang hebat berlakon. Kita juga dapat membuka minda semua pelajar untuk menjadi lebih kreatif
dalam sistem pembelajaran, bukanlah hanya belajar di atas buku dan di dalam kelas kerana
pembelajaran bukanla hanya berlaku di dalam buku , malah banyak lagi cara untuk kita belajar dan
lakonan itu juga merupakan satu ilmu.

16

KUIZ UJIAN MINDA Satu penerimaan
SUAIKAN MENGIKUT JAWAPAN YANG SESUAI dalam jual beli

Bai Bithaman Ajil Jualan secara
bayaran tangguh
Khiyar Al- Aib
Penamatan kontrak
Al- Aqidan kerana barang

Qabul mempunyai kecacatan

Bai Bithaman Haal Jualan secara
bayaran tunai

Al- ba’i dan Al
mustari

17

ZALORA

Across Down
2. Harga barang
1. suatu tawaran dalam jual beli 3. pertambahan atau lebihan yang

4. Ijab Dan qabul dikenakan terhadap hutang
5. barang yang dibeli
6. merupakan satu hak yang diberi kepada
pihak pihak yang berkontrak , sama ada
hendak meneruskan aqad atau
membatalkanya.

7. Aplikasi bayaran tertangguh di dalam
zalora

8. Akad Jual beli barang yang disertakan
sejumlah wang sebagai pendahuluan
oleh pembeli kepada penjual Dan dikira
sebahagian daripada harga jualan.

18

LAMPIRAN

8. Refleksi Individu

• Umar Mukhtar - Saya Umar Mukhtar bi Ismail. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan
syukur kehadrat Ilahi yang telah memudahkan urususan kami dengan amat lancer
sekali. Selepas itu, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Madam Siti Aensah binti
Yusof yang telah berhempas pulas untuk mengajar kami, kerenah kami, serta
membantu kami menyiapkan tugasan yang diberi tidak kira di dalam kelas, luar kelas
atau luar waktu kerjanya. Seterusya, pada awal pembuatan komik ini saya merasakan
tugasan ini agak menarik untuk dilaksanakan kepada para pelajar kerana ia
membuatkan lebih kreatif dan bukan sekadar mahir dalam tugasn penulisan sahaja.
Selain itu, tidak lupa juga video tik tok yang menjadi sebahagian dari tugasan ini, yang
akan membuatkan para pelajar mempunyai keyakinan lebih tinggi dan kemahiran
bercakap di hadapan kamera, dimana sebahagian pelajar tidak mempunyai keberanian
untuk merekod dan memuatnaik video mereka di tik tok kerana mempunyai sifat malu
menguasai diri mereka. Akhir sekali, tugasan ini amat memerlukan kerjasama diantara
satu sama lain. Jika tidak, tugasan ini hampir mustahil untuk diselesaikan, saya amat
bersyukur kerana ahli kumpulan saya telah memainkan peranan masing masing
dengan baik sekali.

• Raja Rifa’ie – Saya Raja Rifa'ie Adha bin Raja Shamsul Bahren. Sebagai ahli kumpulan
ini, saya dapati tugasan ini antara tugasan yang paling memerlukan komunikasi di
antara satu sama lain. Hal ini kerana, setiap ahli memainkan peranan yang penting
dalam menjayakan tugasan. Contohnya, iqbal dan farihin pakar dalam it komputer,
jadi mereka yang akan bimbing dalam pembuatan komik, idris bagi menyumbang idea
dan semak semula, saya dan umar yang gemarkan teka teki, jadi kami yang membuat
teka silang kata dan soalan. Kesemua ahli membuat semua bahagian, tetapi yang di
contoh tadi yang akan membimbing dalam bahagian tersebut. Dalam menyiapkan
tugasan ini juga saya sedar, bahawa semua orang ada kelemahan dan kelebihan
tersendiri, dan masing masing mestilah saling membantu. Ukhuwah antara kami
semakin terjalin sejak dari tugasan ini hasil dari kerjasama kami. Selain itu, saya juga
dapat mendalami lagi tentang pembelian dalam talian, lebih lebih lagi zalora. Saya
baru dapat tahu bahawa aplikasi apa yang dibelajar dalam fiqh muamalat ini dalam
dunia nyata. Sebagai contoh, aplikasi khiyar iaitu konsep refund. Jadi, saya lebih tahu

19

kepentingan topik yang belajar di kolej kerana saya sudah tahu bahawa apa yang
dipelajari akan digunakan dalam dunia nyata.

• Idris Shah- Saya Muhamad Idris Shah bin Mohamad Sulong. Di awal tugasan ini saya
melihat idea penggunaan komik dari pensyarah merupakan satu inovasi dan idea yang
kreatif. Hal ini kerana tiada pensyarah lain yang mengemukakan idea seperti ini dan
lebih kepada membuat video dan hanya membentang di dalam kelas semata-mata. Di
dalam proses menyiapkan tugasan ini saya dapat mempratikkan sifat kerjasama antara
rakan-rakan kerana pembuatan komik merupakan perkara yang mencabar dan
memerlukan ketilitian yang tinggi. Selain itu, saya turut dapat mempratikkan sifat
kesabaran. Hal ini kerana, satu kesalahan menyebabkan jalan cerita berubah atau
tergantung. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah, Puan Aensah
kerana telah memberi dorongan sepanjang proses menyiapkan tugasan komik ini.
Beliau menerangkan 'bagaimana' dan 'apa' yang dengan jelas dan teliti. Beliau turut
menyumbangkan idea kepada kami supaya tugasan kami menjadi lebih meluas dan
relevan. Di akhir tugasan ini, saya dapat mempelajari bahawa membuat komik
merupakan tugasan yang seronok dan mencipta satu pengalaman baru khususnya
sebagai seorang pelajar perbankan dan kewangan Islam yang bukan sahaja khusus
perakaunan, audit, pengiraan semata-mata.

• Fariehin Nublan- Saya Fariehin Nublan Bin Roslini, awal sekali, saya ingin
mengucapkan Alhamdulillah dan sejuta kesyukuran saya panjatkan kehadrat Allah
SWT dengan izin dan rahmat daripada-Nya dapat saya dan ahli kumpulan menyiapkan
tugasan bagi subjek Fiqh Muamalat 2 (ECO 2513) dengan bimbingan pensyarah subjek
iaitu Puan Siti Aensah Binti Yusof. Melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui pelbagai
kontrak jual beli yang wujud pada zaman sekarang. Ia sekaligus dapat menambahkan
ilmu pengetahuan tentang kontrak jual beli yang dilakukan terutamanya yang
melibatkan halal dan haram. Selain itu, saya juga dapat mengetahui bagaimana cara
untuk membuat komik. Aplikasi yang kami gunakan ialah Pixton yang di mana saya
baru mengetahuinya apabila membuat tugasan ini. Manfaat daripada pembuatan
komik ini dapat saya gunakan di masa hadapan sebagai salah satu kelebihan saya.
Akhir sekali, dapat dikonklusikan bahawa tugasan ini sememangnya banyak membantu
saya mengetahui tentang kontrak jual beli yang patuh syariah dan ingin mengucapkan
terima kasih kepada ahli kumpulan yang berusaha sebaik mungkin bagi
menyempurnakan tugasan ini

20

• Iqbal Haikal - Saya Muhammad Iqbal Haikal sebelum memulakan bicara saya
panjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas nikmat kesihatan yang diberi saya dapat
menyelesaikan tugasan fiqh muamalat 2 dengan bimbingan oleh pensyarah madam
Siti Aensah binti Yusof yang tidak pernah lelah untuk membantu saya ketika berlaku
masalah dalam melakukan tugasan ini dalam melakukan tugasan ini saya memperolehi
pelbagai ilmu baharu sebagai contoh saya dapat memahami kontrak yang digunakan
dalam aplikasi zalora. Dari melakkukan tugasan ini ia dapat memberi saya ilmu baru
tentang cara untuk mengunakan aplikasi yg baharu utk membuat komik sebagai
contoh saya dapat mengetahui menggunakan aplikasi pixton. Selain itu, ia dapat
memupuk semangat kerjasama dalam diri saya ketika melakukan kerja ini bersama
ahli kumpulan saya dari melakkukan tugasan ini ia dapat memberi saya ilmu baru
tentang cara untuk mengunakan aplikasi yg baharu untuk membuat komik sebagai
contoh saya dapat mengetahui menggunakan aplikasi pixton. Selain itu, ia dapat
memupuk semangat kerjasama dalam diri saya ketika melakukan kerja ini bersama
ahli kumpulan saya. Akhir sekali, untuk menyimpulkan segalanya tugasan ini amat
memberikan impak yang besar untuk saya dan sekali lagi saya ingin mengucapkan
tahniah dan terima kasih kepada ahli kumpulan yang bersama sama bertungkus lumus
untuk menyiapkan tugasan ini dengan cemerlangnya.

Surah Al-Baqarah ayat 275:

‫اَلّ ِذّي َن ََيْكُلُو َن ال ِٰرََّب َل يَقُومُو َن ِإَّّل َك َما يَقُومُ اَلّ ِذّي يَتَ َخ َبّطُهُ ال َّشيْطَا ُن ِّم َن الْ َم ِّٰس ۚ ذهَ ِلّ َك‬
ّ‫ِِّبَََّّنُ ْم قَالُوا ِإَّّنَا الْبَيْعُ ِّمثْلُ ال ِٰرََّب َوأَ َح َلّ اَّلّلُ الْبَيْعَ َو َح َّرمَ ال ِٰرََّب ۚ فَ َم ْن جَاءَهُ مَ ْو ِعّظَةٌ ِّم ْن َربِّٰ ِه‬
‫فَانْتَ َه هى فَلَهُ مَا سَلَ َف َوأَ ْم ُرهُ ِإََّل اَّلِّلّ ۖ َومَ ْن عَادَ فَأُولهَ ِئّ َك أَ ْصحَا ُب الَنّا ِرّ ۖ هُ ْم ِفّي َها َخا ِلّ ُدو َن‬

21

Maksudnya:
Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya
orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang
demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu
sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-
orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari
mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan);
dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang
itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

Surah Al-Baqarah 282:

ُ‫ََۚي أَيُّ َها اَلّ ِذّي َن آمَنُوا ِإّذَا تَ َدايَنْ تُ ْم ِبّ َديْنٍ ِإََّله أَ َج ٍل مُسَ ًّمى فَا ْكتُبُوه‬

Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu
yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya.
Hadis:

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: daripada Aisyah r.a bahawa Rasullah S.A.W membeli
makanan daripada seorang yahudi dengan bayaran bertempoh, dan baginda mencagarkan
Baju perangnya yang diperbuat daripada besi.

22

Syarat khusus kontrak BBA:
1) Kos dan modal mesti dinyatakan kepada pembeli ketika akad.
2) Keuntungan yg ditambah pada kos dimaklumlkan kpd pelanggan.
3) Pihak pembeli boleh batalkan kontrak jika keliru dengan kadar sebenar kos.
4) Jual beli pertama antara penjual dan pembeli mesti sah disisi syarak.
5) Barangan dan harga jualan bukanlah termasuk dalam kategori barangan ribawi kecuali
mematuhi syarat pertukaran barangan ribawi.

23

RUJUKAN
Atome. (2020). Retrieved October 20, 2022, from Machines website:

https://www.machines.com.my/pages/atome#:~:text=Q%3A%20What%20happens%20if
%20I,will%20charge%20a%20RM50%20fee.

ZALORA Malaysia: Online Shopping for Fashion & Lifestyle. (2021). Retrieved October
20, 2022, from Zalora.com.my website: https://www.zalora.com.my/

(2020, September 9). Konsep Perbankan Islam – Memahami Konsep & Prinsip Yang
Digunakan. Retrieved October 20, 2022, from Pinjaman Peribadi Malaysia website:
https://pinjamanperibadibank.com/konsep-perbankan-islam/

Masfufah AB Rahim, Noor Aisyah Othman, Ashikin Salleh. (2022) . Fiqh Muamalat 2
Edisi ke-5 Mac 2022. Retrieved Ocotober 21,2022.

24


Click to View FlipBook Version