The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CTU552 TUGASAN 1 (LAPORAN KAJIAN BERTULIS)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farahhusna753, 2021-11-05 12:52:36

CTU552 TUGASAN 1 (LAPORAN KAJIAN BERTULIS)

CTU552 TUGASAN 1 (LAPORAN KAJIAN BERTULIS)

FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PERLANCONGAN
SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) SENI KULINARI

LAPORAN KAJIAN BERTULIS

Pemikiran Materialistik: Sejarah dan Kesannya Terhadap
Pelajar di Malaysia

DISEDIAKAN OLEH: 2021172709

1. FARAH HUSNA BINTI AHMED OTHMAN (KETUA) 2021341159
2. AIDA KHALIESA BINTI MOHAMMAD KAMAL 2021172555
3. ASMA BINTI ZAIHAN 2021112805
4. ARISHA IREENA BINTI AZMAL RAHIM
5. HIDAYAH BINTI AHMAD TAUFIK 2021110457
6. SARAH BINTI ZAIHAN 2021172553
7. SITI AMIRAH BINTI ZULKAFLI 2021102721

Laporan Kajian Bertulis dihantar kepada Ustaz Zulkifli bin Dahalan dalam
memenuhi sebahagian keperluan untuk subjek

CTU 552 (FALSAFAH ISU DAN SEMASA)

SEMESTER 3
SESI 2020/2021

ABSTRAK

Kajian ini akan mengkaji dan meninjau persepsi para pelajar di Malaysia tentang
Pemikiran Materialistik: Sejarah dan Kesannya Terhadap Pelajar di Malaysia. Kehidupan
dalam era terkini banyak terdedah dengan persekitaran yang mementingkan aspek yang bersifat
materialistik. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui sejauh mana besar impaknya teori
fahaman tentang materialistik terhadap masyarakat atau pelajar di Malaysia masa kini. Ciri –
ciri materialistik kini sudah semakin sebati dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Selain
itu, kajian ini dapat mengenal pasti tahap keberkesanan tentang teori fahaman materialistik
kepada para pelajar di Malaysia dengan mengukur tahap kesedaran dan kefahaman penduduk
Malaysia, khususnya umat Islam. Sikap materialistik ini menyebabkan masing-masing
berlumba untuk menjadi kaya hingga menyebabkan perasaan tertekan seterusnya
mengakibatkan kesihatan mental mereka terjejas. Dari kajian ini kita dapat lihat sejauh
manakan pelajar di Malaysia peka terhadap kesan-kesan yang diperoleh sama ada baik atau
buruk.

Kata kunci: pelajar di Malaysia, pemikiran materialistik

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi kod subjek CTU555 Falsafah
Isu dan Semasa ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada Ustaz Zulkifli bin Dahalan, selaku Pensyarah Subjek CTU552 Falsafah
dan Isu Semasa kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk
melunaskan tugasan yang diberikan.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-
putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah
saya atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan.
Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah
banyak menghulurkan bantuan dan Kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
laporan kajian ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN -
-
i. ABSTRAK -
ii. PENGHARGAAN -
iii. ISI KANDUNGAN 1-2
1. PENGENALAN 3
4
1.1 Pendahuluan 5-8
1.2 Pernyataan Masalah -
2. OBJEKTIF KAJIAN 9
3. KAJIAN LITERATURE 10-13
4. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 14-21
4.1 Pendahuluan 22
4.2 Dapatan Kajian – Soal Selidik 23
4.3 Kajian Soalan 24
4.4 Perbincangan
5. RUMUSAN DAN CADANGAN
6. RUJUKAN/ BIBLIOGRAFI

1 : PENGENALAN

1.1 – Pendahuluan

Manusia merupakan makhluk yang sempurna di muka bumi dengan gelaran Khalifah
yang mengetuai alam ini. Khalifah adalah orang yang mewakili umat dalam
menjalankan pemerintahan, kekuasaan dan penerapan hukum-hukum Syariah. Seorang
khalifah di muka bumi adalah semuanya sama dan tidak ada yang lebih rendah dari
khalifah yang lain. Manusia menggunakan akalnya untuk membina tamadun dan
mengorak langkah kemajuan untuk hidup yang lebih selesa dan bertambah maju. Cara
hidup, pemakanan, tempat tinggal, suasana masyarakat dan segala perkara yang
berkaitan dengan manusia sentiasa berubah tidak seperti makhluk Allah s.w.t. yang lain.
Ciri-ciri materialistik sudah semakin sebati di kalangan pelajar di Malaysia masa kini.
Masyarakat Malaysia terutamanya terhadap pelajar kini menjadi semakin materialistik.
Seseorang itu biasanya akan dinilai melalui kereta apa yang dipakai, kebesaran
rumahnya, dan jenama yang dipakai. Budaya bermewah-mewah amat digemari seperti
berbelanja di tempat-tempat eksklusif dengan mempamerkan kekayaan sana sini.
Mengapakah materialisme pada masa kini semakin menyerap di dalam diri pelajar kini?
Dan sejauh manakah ideologi ini mampu memberi impak kepada kehidupan pelajar
masa kini?

Kajian ini berkisar tentang Sejarah Materialistik dan Kesannya Terhadap Pelajar di
Malaysia. Tujuan kajian lapangan ini adalah untuk memenuhi keperluan kursus
CTU552 “Falsafah Isu dan Semasa”. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui
tentang sejarah atau asal usul materialistik dan sejauh mana besar impaknya pemikiran
materialistik terhadap pelajar-pelajar di Malaysia masa kini. Secara tidak sedar,
pemikiran materialistik ini telah menyerap dalam kehidupan seharian para pelajar.

Menurut buku Kamus Filsifat karya Loren, fahaman materialistik adalah sejenis
fahaman falsafah yang menganggap bahawa satu-satunya perkara yang benar adalah
bahan yang berjirim, yakni segala fenomena yang berlaku adalah bersifat berjirim atau
ialah kesan daripada perkara berjirim dan nyata. Kepercayaan materialisme adalah
sebahagian penyelewengan yang berlaku semenjak tamadun awal manusia yang

1

mempercayai kewujudan hanyalah melalui unsur nyata dan realiti. Perkataan
materialisme sendiri berasal daripada Bahasa Yunani ‘MATERIA’ yang bererti benda
(yang berjirim dan berjisim). Materialisme ialah satu fahaman yang menganggap
kewujudan hanyalah berunsur material lalu pemikiran, jasad, pengetahuan, alam dan
sebagainya semuanya berkembang dan berasaskan material. Fahaman ini menolak
unsur spiritual, metafizik, dan ghaib.

Maksud materialisme dari Kamus Dewan Bahasa Edisi ke Empat pula bermaksud
fahaman atau falsafah yang mempercayai bahawa hanya bendalah yang menyebabkan
adanya dan terjadinya segala sesuatu dalam dunia ini. Sesungguhnya perkara ini
sangatlah bertentangan dengan kerohanian. Bagaimana pula dengan Sang Pencipta
Alam Semesta ini sedangkan kita tahu bahawa Tuhan itu Maha Kaya?

Pendeknya, kita dapat lihat bahawa kayu pengukur kejayaan seseorang itu adalah
kebendaan semata-mata; dan bukan lagi ketakwaan dan ketaatan kepada Allah. Ini
menjadikan mereka yang daripada golongan kaya menjadi angkuh, takbur dan sombong
kerana mereka dipandang tinggi oleh masyarakat. Dalam kehidupan Nabi Muhammad
SAW baginda adalah dekat dengan golongan miskin termasuk anaknya sendiri.
Walaupun Rasulullah S.A.W adalah seorang pemimpin negara, tetapi Baginda dan
anak-anaknya tidak kaya dan tidak berharta. Apa kesannya jika pemikiran materialisme
ini terus menyerap dalam kalangan pelajar di Malaysia ini? Melalui kajian ini kita akan
dapat melihat sejauh mana ideologi ini berkembang di kalangan pelajar-pelajar
IPTA/IPTS di Malaysia. Di akhir kajian ini kami akan simpulkan apakah kesan dan
bagaimana hendak mengatasi diri kita daripada terus dijajah pemikiran materialistik ini.

2

1.2 – Pernyataan Masalah
Tujuan utama kajian lapangan ini dilakukan adalah berdasarkan beberapa pernyataan
masalah yang timbul seperti berikut:

1. Pengetahuan umum pelajar-pelajar di Malaysia tentang makna sebenar
materialistik yang sedang hangat berlaku di kalangan mereka sekarang.

2. Tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat terutama terhadap pelajar
IPTA/IPTS di Malaysia tentang sejarah materialistik.

3. Sejauh mana impak pemikiran materialistik terhadap pelajar-pelajar di
IPTA/IPTS Malaysia.

3

2 : OBJEKTIF KAJIAN

Kajian Lapangan yang telah kami laksanakan adalah bertujuan untuk menerokai Sejarah
Pemikiran Materialistik dan kesannya terhadap masyarakat Malaysia. Terdapat beberapa
objektif kajian yang dapat diperoleh dan dijadikan sebagai subjek utama. Antaranya ialah :

• Menjelaskan makna materialisme dengan lebih tepat dan mendalam
• Mengkaji sejarah pemikiran materialistik secara lebih terperinci
• Mengkaji kesan pemikiran materialistik dalam kalangan pelajar

Berdasarkan kajian ini, kami berjaya mengemukakan definisi Materialisme dengan lebih tepat
dan mendalam. Malahan, kami turut menyingkapkan latar belakang ideologi teori tersebut
melalui kajian ini. Berlandaskan sudut pembacaan bahan-bahan dan sumber yang dipercayai,
hal ini dapat kami simpulkan dalam konteks yang lebih mudah difahami.

Seterusnya, setelah memahami definisi dan konsep materialisme, kami menganalisis
bagaimana implikasi ideologi materialistik telah memberi impak dalam kalangan penuntut
institusi pengajian tinggi. Melalui kajian yang dijalankan terhadap para pelajar, kami juga dapat
mengkaji pandangan mereka terhadap kesan negatif mahupun kesan positif yang
disumbangkan oleh fahaman materialisme.

Akhir sekali, kami akan menyatakan rumusan berkenaan kesan pemikiran materialistik
berdasarkan dapatan kajian. Cadangan dan pandangan akan dikemukakan bagi memberikan
pemahaman yang lebih terperinci tentang ideologi materialistik dalam kalangan pelajar
bergantung kepada situasi semasa yang sesuai untuk diaplikasikan pada masa kini. Hal ini
adalah untuk menilai bagaimana masyarakat mengatasi dan menghadapi impak dari segi
fahaman Materialisme ini agar akidah dan pemikiran tidak tersasar jauh dari landasan dan
minda sihat.

4

3 : KAJIAN LITERATUR

Dalam membincangkan topik yang diketengahkan iaitu pemikiran materialistik; sejarah
dan kesannya terhadap pelajar IPTA di Malaysia, kebanyakan kajian-kajian lepas tentang
materialistik dalam Islam banyak menyentuh tentang perbezaan pendapat atau pandangan
terhadap topik tersebut. Bagi kajian literatur ini, pemikiran materialistik hanya berpandukan
kepada maklumat-maklumat yang telah diperolehi melalui kajian-kajian yang terdahulu dan
informasi sekunder yang berbentuk data, artikel serta pengalaman penulis sendiri. Rujukan
melalui kajian-kajian lepas adalah dari kajian tempatan dan luar negara.

Kajian-kajian lepas
3.1 – Orientasi Hidup Materialistik dan Kesejahteraan Psikologi
Menurut penulis Aftina Nurul Husna pada tahun 2016, beliau telah menggunakan
metodologi kajian perpustakaan. Beliau membincangkan bahawa materialisme
merupakan pandangan yang berisi sikap, keyakinan dan nilai-nilai hidup yang
menekankan dan mementingkan untuk memiliki barang-barang dan kekayaan
material di atas-atas nilai hidup lain, seperti spiritual, intelektual, sosial dan
budaya.
Materialisme diketahui adalah akar dari berbagai permasalahan ekologi,
ekonomi, akademik, sosial dan psikologi, dan terutama bertampak negatif pada
kesejahteraan dan kebahagiaan manusia. Maka, ini adalah tulisan teori berisikan
ulasan penelitian-penelitian tentang materialisme.
3.2 – Jangan Terlalu Materialistik. Materialisme sebagai Tolak Ukur Kepuasan
Hidup
Menurut penulis Lailatul Fitriyah pada tahun 2016, beliau telah menjalankan
kajian melalui metodologi kajian perpustakaan. Beliau membincangkan bahawa
setiap orang menginginkan kebahagiaan. Setiap orang mendedikasikan waktu,
tenaga, dan wang mereka untuk mengejar kebahagiaan dan kepuasan. Pada
hakikatnya, orang tidak pernah berhenti pada satu keinginan material.

5

3.3 – Pengaruh Struktur Keluarga Terhdadap Materialisme dan Pembelian

Kompulsif pada Remaja

Menurut penulis Ristianawati Dwi Utami pada tahun 2011, beliau
membincangkan bahawa isu utama kajian materialistik adalah terhadap struktur
keluarga mempengaruhi tingkah laku masyarakat menggunakan metodologi temu
bual dan soal selidik. Dalam hal ini, mengkaji kedua-dua struktur keluarga utuh,
struktur keluarga terganggu dan struktur keluarga yang berkaitan dengan sikap
materialisme dan pembelian kompulsif dengan tekanan keluarga dan sumber
keluarga sebagai pemboleh ubah pengantaraan dan status sosioekonomi sebagai
pemboleh ubah sederhana.

Tujuan kajian dilakukan adalah untuk menentukan perbezaan sikap
materialisme dan kompulsif membeli dalam kalangan remaja yang berasal dari
keluarga atasan dengan keluarga yang sederhana, mengukur pengaruh sumber
keluarga dan tekanan keluarga terhadap sikap materialisme dan pembelian
kompulsif pada remaja dan untuk mengukur kesan struktur keluarga pada sumber
keluarga apabila disederhanakan oleh pemboleh ubah status sosioekonomi.

3.4 – Pendidikan Dalam Pragmatik – Materialistik

Menurut penulis Andreas Maurenis Putra pada tahun 2012, beliau
mengemukakan sebuah artikel berkaitan Pendidikan dalam Nilai Pragmatik
Materialistik. Beliau mengatakan selain kejayaan dunia Pendidikan, tidak dapat
dinafikan bahawa ada perkara juga yang putar belit, yang pada tahap asas,
mengekang kemanusiaan. Antara pelbagai jenis penyelewengan di dunia
Pendidikan, salah satunya adalah Pendidikan berorientasikan nilai pragmatik
materialistik. Akibat globalisasi yang besar, salah satunya adalah perubahan sistem
Pendidikan. Dunia semakin dituntut memperlihatkan pemerintahan yang baik
disokong oleh kurikulum adaptif atau fleksibel. Sekolah, misalnya digalakkan
untuk berkebolehan mendorong sosiobudaya yang adaptif ke arah teknologi digital,
terutama pada era revolusi industri 4.0. Dapat diperhatikan bahawa dunia
Pendidikan global masa kini telah melalui proses komodifikasi. Maksudnya,
Pendidikan menjadi barang dagangan dengan tujuan utama mencari dan
mengembangkan faedah ekonomi.

6

Kita seringkali tidak menyedari bahawa nilai materialistik berkembang dari
masa ke semasa sebagai kesan buruk dan dituntut agar peka terhadap teknologi arus
globalisasi. Pengaruh globalisasi di dunia pendidikan yang jelas menyebabkan nilai
pendidikan terhakis. Pendidikan mampu melahirkan graduan yang bijak, kognitif,
menguasai teori dan teknologi namun tidak ada nilai-nilai kemanusiaan dan sosial
dalam dirinya. Tidak menghormati ibu bapa, guru dan hilang tanggungjawab
sebagai pelajar malah ketagih dengan media sosial dan lebih mementingkan
kebendaan.

3.5 – Gaya Hidup Materialisme, Pemakanan dan Kesihatan Dalam Kalangan

Penerima Zakat Fisabilillah di UPM.

Menurut penulis Askiah Jamaludidin pada tahun 2020, beliau mengemukakan
kajian kes terhadap para pelajar di UPM berkaitan gaya hidup materialisme. Beliau
berpendapat bahawa materialisme adalah gaya hidup masyarakat yang lebih
mengutamakan keinginan untuk mengejar hal kebendaan. Penilaian terhadap
seseorang itu dilakukan melalui, apa yang dipakai, jenama barangan, rumah yang
didiami dan sebagainya. Menurut Siti Alida dan Halimah (2007), kehidupan dan
keperluan kewangan semasa di sekolah dan di universiti amatlah berbeza.
Keperluan kewangan semasa menuntut di universiti jauh lebih tinggi daripada yang
diperlukan di peringkat sekolah. Pelajar secara individu perlu merancang dan
menguruskan wang yang ada bagi mengelakkan masalah kewangan sepanjang
berada dikampus dan pengajian. Kewangan yang diurus dengan baik akan
membantu proses pembelajaran lebih terurus.

Menurut pelajar Musthofa dan Fikri, sikap boros antara salah satu sikap yang
menjadikan masyarakat materialistik kerana masyarakat itu lebih mementingkan
wang dan harta benda. Ini merangsang mereka membeli barang seperti gajet
canggih yang hangat di pasaran. Demi mengikut fesyen terkini, pelajar sanggup
membelanjakan wang yang ada. Contoh yang terkini merupakan trend iPhone.
Telefon bimbit ini mempunyai pelbagai fungsi. Ianya menjadi trend pelajar zaman
ini. Tambahan pula, ianya sesuai untuk kegunaan pelajar universiti untuk akses
kepada Internet dan mencari bahan kajian. Namun begitu, kebanyakan pelajar tidak
mempunyai kemampuan untuk mendapatkan telefon iPhone. Harga telefon bimbit

7

tersebut amat mahal. Gaya hidup materialistik ini akan memakan diri pelajar
sendiri.

Gaya hidup materialisme ini memberikan impak yang negatif kepada
masyarakat terutamanya pelajar universiti. Pelajar antara masyarakat yang ingin
menjalani kehidupan harian mereka dengan selesa. Tambahan pula, zaman serba
moden ini terlalu banyak cabaran dari segi ekonomi yang menjadikan ramai orang
bekerja keras untuk hidup dengan selesa.

8

4 : DAPATAN KAJIAN

4.1 – Pendahuluan
Masyarakat Malaysia kini lebih cenderung kepada nilai mata wang atau harta benda yang dapat
digelar sebagai sifat materialistik. Kecintaan dan ketaasuban manusia terhadap harta seakan-
akan menjadi personaliti abadi dalam diri seseorang yang rakus terhadap duniawi sehingga
terleka dengan tanggungjawab sebagai seorang umat Islam.
Selain daripada itu, setiap manusia perlu menyedari bahawa harta yang ada di dunia ini
hanyalah pinjaman dan perhiasan sementara seperti mana firman Allah SWT, “Sesungguhnya
Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak
menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya” (Al-Kahfi:7). Malah, terdapat
sebahagian umat Islam lebih mengharapkan penghargaan daripada manusia, berbanding
keredaan Allah SWT. Hal ini kerana, golongan tersebut telah menerapkan pemikiran bahawa
rezeki yang diperoleh adalah hasil titik peluh sendiri. Justeru, sifat materialistik ini tidak
seharusnya dipraktikkan dalam kehidupan masing-masing agar dapat menjamin kebahagiaan
sesama manusia dan negara yang aman harmoni.
Sehubungan dengan sifat yang kian dijadikan sebagai tahap ukuran dalam kehidupan setiap
manusia, kajian selidik telah dilakukan terhadap masyarakat di Malaysia melalui ‘Google
Form’ tentang soalan-soalan berkaitan materialistik dalam pelbagai aspek tamsilnya, jantina,
umur, agama, bangsa, negeri tempat tinggal, tahap pengajian dan nama institusi pengajian.
Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti tentang pemikiran materialistik
dalam kalangan masyarakat setempat dan cara bagi menangani isu tersebut. Oleh yang
demikian, lebih daripada 100 orang responden telah menjawab selama beberapa hari kajian
selidik tersebut dijalankan, melalui jawapan daripada setiap responden dapat membantu untuk
melengkapkan kajian bertulis ini.

9

4.2 – Dapatan Kajian - Soal Selidik
4.2.1 Jantina

Rajah 1 : Jantina Responden
(Sumber : Tinjauan Google Form, 2021)
Berdasarkan kajian yang diperoleh, kebanyakan responden adalah kaum perempuan iaitu
sebanyak 67.3% dan 32.7% daripadanya adalah kaum lelaki.
4.2.2 Umur

Rajah 2 : Umur Responden
(Sumber : Tinjauan Google Form, 2021)
Kajian dijalankan untuk golongan yang berusia 18 tahun ke atas kerana mereka lebih
memahami tentang sifat materialistik. Hasil daripada kajian yang dijalankan, peratusan paling
tinggi daripada responden adalah berusia dalam lingkungan 21-23 tahun manakala tahap usia
18-20 tahun dan 24-26 tahun hanya mempunyai sedikit perbezaan dalam jumlah peratusan.
Walau bagaimanapun, responden yang berumur 27 tahun ke atas adalah sifar.

10

4.2.3 Agama

Rajah 3 : Agama Responden
(Sumber : Tinjauan Google Form, 2021)
Sebagaimana kajian selidik dilakukan, kesemua 101 responden beragama Islam sungguhpun
terdapat agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian.
4.2.4 Bangsa

Rajah 4 : Bangsa Responden
(Sumber : Tinjauan Google Form, 2021)
Bersumber daripada hasil kajian yang dijalankan, rata-rata adalah berbangsa Melayu sehingga
mencapai tahap 99% dan hanya seorang responden sahaja berbangsa Bumiputra Sabah.
Manakala tiada responden daripada bangsa Cina dan India.

11

4.2.5 Negeri Tempat Tinggal

Rajah 5 : Negeri Tempat Tinggal Responden
(Sumber : Tinjauan Google Form, 2021)

Sebanyak 14 negeri di Malaysia, negeri yang paling tinggi tahap peratusan daripada jumlah
responden adalah daripada negeri Selangor (42.7%) diikuti dengan Pulau Pinang (14.5%) dan
Kedah (12.9%). Walau bagaimanapun, negeri-negeri lain tidak menunjukkan peratusan yang
ketara berbanding tiga negeri tersebut.
4.2.6 Tahap Pengajian

Rajah 6 : Tahap Pengajian Responden
(Sumber : Tinjauan Google Form, 2021)

12

Melalui 101 responden, sebanyak 49.5% adalah peringkat Ijazah Sarjana Muda dan 47.5%
adalah peringkat Diploma. Manakala, bagi tahap pengajian Asasi dan ‘Doctor of Philosophy’
(PhD) juga menunjukkan terdapat responden daripadanya.
4.2.7 Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS)

Rajah 7 : IPTA/IPTS Responden
(Sumber : Tinjauan Google Form, 2021)
Berasaskan jawapan kajian selidik diperolehi, sebanyak 20 jenis Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) dikategorikan dan 79.2% responden adalah daripada Universiti Teknologi
MARA (UiTM), disusuli dengan pelajar-pelajar daripada Institusi Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS) yang mencapai tahap peratusan sebanyak 8.1% dan juga hampir peratusan dalam lain-
lain kategori institusi.

13

4.3 – Kajian Soalan
4.3.1 Soalan 1 (Kesan Negatif)

Rajah 8 : Soalan 1
(Sumber : Tinjauan Google Form, 2021)
Berdasarkan carta di atas, seramai 87 orang (87%) telah memilih setuju dan sangat setuju
dengan sifat materialistik boleh mengakibatkan pelajar menghadapi tekanan dalam kehidupan.
Pada era globalisasi ini, dengan kecanggihan teknologi yang semakin pesat, para pelajar
cenderung untuk berlumba-lumba berkongsi segala yang dimiliki di ruangan media sosial.
Mereka kelihatan terdesak untuk memiliki kemewahan sehingga mendatangkan tekanan dalam
hidup. Hal ini sejurus mengeruhkan kualiti kehidupan mereka apabila mereka mereka terdesak
untuk mendapatkan sanjungan atau pujian daripada masyarakat sekeliling kerana kemewahan.
Kita dapat lihat bahawa ramai yang mempamerkan kemewahan walhal pada hakikatnya hidup
mereka dikelilingi dengan hutang.
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melaporkan bahawa, generasi muda
khususnya yang berusia lingkungan 20-an dicatatkan golongan yang paling ramai diisytiharkan
muflis. Ramai yang mengalami tekanan mental disebabkan oleh masalah kewangan yang
membelenggu diri mereka.
Konklusinya, sikap materialistik sememangnya memberikan impak yang negatif kepada
mental para pelajar. Hal ini seterusnya akan mengakibatkan mereka akan hilang rasa bahagia
sepanjang hidup di dunia sekiranya sikap materialistik masih lagi ada dalam diri mereka.

14

4.3.2 Soalan 2

Rajah 9 : Soalan 2
(Sumber : Tinjauan Google Form, 2021)
Berdasarkan carta di atas, majoriti sebanyak 72 orang (72%) telah memilih bersetuju dan sangat
bersetuju dengan doktrin materialisme dalam kalangan pelajar akan menjejaskan keimanan dan
kerohanian. Hal ini kerana materialisme turut menyebabkan para pelajar terdorong kepada gaya
hidup konsumerisme, hedonisme dan cinta kepada dunia secara berlebihan. Sifat-sifat ini
secara tidak langsung boleh menjejaskan keimanan dan kerohanian seseorang.
Keruntuhan iman dalam diri para pelajar juga berlaku apabila mereka mengaplikasikan cara
yang salah untuk memperoleh kebendaan dan kemewahan yang diidamkan. Mereka berupaya
melakukan walau apa sahaja perkara tanpa mempedulikan hukum halal atau haram asalkan
dapat mengecapi apa yang diimpikan.
Menurut Dr. Abdullah Nasih Ulwan di dalam kitabnya [Syariah Islam: Ciri-Ciri dan
Keunggulan] ada menyatakan bahawa antara keunggulan syariat Islam ialah sifatnya yang tidak
memisahkan antara tuntutan material dengan kerohanian dan antara dunia dan akhirat. Apabila
kemewahan dunia diangkat menjadi keutamaan melebihi segala-galanya, persediaan ke akhirat
mula dilupakan. Maka hilanglah keunggulan Islam di dalam diri seseorang muslim itu.
Sedangkan kunci kejayaan seseorang muslim itu adalah usaha, doa dan tawakal. Akan tetapi,
pada masa kini, dapat kita lihat bahawa ramai pelajar yang berusaha bersungguh-sungguh
untuk berjaya tetapi mengabaikan perintah Allah seperti menunaikan solat fardu dan
sebagainya.

15

4.3.3 Soalan 3

Rajah 10 : Soalan 3
(Sumber : Tinjauan Google Form, 2021)
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sebanyak 56% memilih sangat setuju dengan
penyataan di atas manakala 0 peratus memilih sangat tidak setuju. Perkara ini menunjukkan
bahawa masyarakat kita bersetuju bahawa sikap mementingkan kebendaan itu menjadikan
seseorang itu bersifat sombong, angkuh dan takbur.
Hal ini kerana, pada zaman ini kita dapat melihat betapa masyarakat memandang tinggi kepada
seseorang individu yang memiliki kemewahan. Apabila perkara ini berlaku, hal ini yang
menyebabkan individu itu menjadi sombong, angkuh dan takbur.
Mereka merasakan mereka hebat hanya kerana dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling.
Justeru, mereka menjadi sombong dan takbur sehinggakan ada dikalangan mereka yang
memandang rendah terhadap individu kurang mewah. Bukan itu sahaja, mereka juga akan
melayan individu kurang mewah dengan teruk serta dicemuh oleh golongan yang berada ini.
Masyarakat kini lebih mengharapkan penghargaan daripada manusia, bukan mengharapkan
keredaan Allah. Mereka asyik memikirkan apa yang orang kata, bukan apa yang Allah kata.
Tidak kira usia, samada yang tua atau muda, kekayaan dan kebendaan merupakan perkara yang
utama dalam kehidupan.
Dari sini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa golongan yang berada ini kebanyakannya
menjadi sombong dan angkuh kerana perhatian yang diberikan oleh masyarakat sekeliling yang
membuatkan mereka ini merasa mereka yang terhebat di muka bumi ini.

16

4.3.4 Soalan 4

Rajah 11 : Soalan 4
(Sumber : Tinjauan Google Form, 2021)
Berbanding dengan soalan yang sebelum ini, penyataan ini mendapat undian tertinggi bagi
pilihan setuju iaitu sebanyak 40 peratus dan 2 peratus bagi sangat tidak setuju.

Mengikut kajian yang telah kami jalankan, ia menunjukkan ramai bersetuju bahawa pemikiran
materialistik ini merupakan penyebab kejayaan seseorang itu diukur dari aspek kebendaan.
Orang ramai berpendapat bahawa mewahnya kehidupan seharian seseorang individu itu kerana
mereka berjaya dalam pekerjaan mereka. Kita sering mendengar di merata tempat kata-kata
seperti “awak ini pakai kereta mewah mesti sebab awak berjaya kan?” dan lain-lain lagi. Akan
tetapi, pemikiran inilah yang dikatakan sebagai pemikiran materialistik punca tahap kejayaan
seseorang diukur dari aspek kebendaan.

Tidak ada salahnya beranggapan sedemikian tetapi alangkah bagusnya jikalau kita semua dapat
melihat kemewahan seseorang itu kerana kegigihan mereka untuk mencapai sesuatu,
kepayahan mereka untuk berada di mana mereka berada sekarang dan bukanlah kerana mereka
berjaya. Semua orang berjaya, yang membezakannya adalah sama ada orang itu seorang yang
suka hidup bermewahan atau tidak walaupun dia seorang yang berjaya.

Kesimpulannya, orang ramai perlulah buka pemikiran mereka bahawa kemewahan seseorang
itu tidak datang dari kejayaan mereka kerana terdapat juga individu yang tidak suka
bermewahan walaupun dia seorang yang berjaya.

17

4.3.5 Soalan 5

Rajah 11 : Soalan 5
(Sumber : Tinjauan Google Form, 2021)
Berdasarkan carta di atas, seramai 44 responden (44%) telah bersetuju memilik kemewahan
dan kesenangan merupakan satu matlamat dalam hidup mereka. Daripada rekod ini, sebenarnya
para pelajar inginkan kemewahan dan kesenangan dalam hidup mereka. Tiada sesiapa pun yang
inginkan kehidupan yang susah di dunia. Kehidupan yang lengkap bagi manusia ialah memiliki
kemewahan dan kesenangan di dunia. Oleh itu, penyelesaian yang sesuai adalah
menyeimbangkan kerohanian dan materialistik dan tidak terikat oleh salah satu elemen ini.
Setiap individu mengimpikan kesenangan dalam hidup mereka. Hal ini kerana dengan
memiliki kemewahan dan kesenangan dalam kehidupan, ia secara tidak langsung akan
menjamin keselesaan dalam kehidupan. Dari sudut positifnya, kemewahan sebenarnya dapat
membantu memperbaiki kehidupan seseorang insan. Sebagai contoh, telefon pintar dan
komputer riba yang merupakan kemewahan kepada kita dan memberi kesenangan kepada
mahasiswa. Alatan ini mempunyai tahap harga dan jenama yang berbeza bahkan dari sudut
yang baik, sesebuah peralatan yang berkualiti tinggi selalunya mempunyai harga yang tinggi.
Kesimpulannya, memiliki kemewahan dan kesenangan sebagai matlamat hidup yang dapat
melengkapkan hidup mereka agar hidup tidak susah kelak. Dengan adanya kemewahan, ia
secara tidak asing akan dapat membantu para pelajar untuk mengecapi sesuatu yang diimpikan.

18

4.3.6 Soalan 6

Rajah 12 : Soalan 6
(Sumber : Tinjauan Google Form, 2021)
Data yang didapati di atas menunjukkan 56 responden (56%) sangat bersetuju dengan
kenyataan ‘untuk mendapatkan kemewahan, anda bermotivasi untuk bekerja keras dan
berusaha bersungguh-sungguh’. Daripada keputusan ini, rata-rata responden bersetuju manusia
mestilah menanam sifat rajin dalam diri untuk terus bekerja keras dan berusaha bersungguh-
sungguh bagi mendapatkan kemewahan.
Tiada kemewahan yang boleh dapat begitu sahaja tanpa bekerja keras seperti kata pepatah:
‘Usaha Tangga Kejayaan’. Manusia perlu sedar segala usaha untuk mencapai kemewahan
adalah amat berharga kerana itu merupakan hasil titik peluh sendiri. Usaha untuk mendapatkan
sesuatu bukanlah sesuatu yang sia-sia. Bahkan, manusia akan merasa seronoknya ketika
berusaha kerana dari situ, manusia dapat belajar tidak semua yang ada di dunia ini senang untuk
dicapai. Setelah dicapai kemewahan itu, manusia akan berasa puas dengan hasil yang didapati.
Rumusnya, ideologi materialistik ini sedikit sebanyak akan memupuk sifat seperti bekerja
keras dan berusaha bersungguh-sungguh. Tidak dapat dinafikan wujud individu yang tidak
mahu kemewahan, akan tetapi mereka sebaliknya hanya inginkan kesederhanaan dalam
kehidupan. Akan tetapi, tiada individu yang meletakkan kemiskinan sebagai matlamat hidup.
Hal ini kerana mereka akan berusaha untuk kehidupan mereka ke arah yang lebih baik agar
tidak menjadi beban di masa kelak.

19

4.3.7 Soalan 7

Rajah 13 : Soalan 7
(Sumber : Tinjauan Google Form, 2021)
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan dalam kalangan pelajar universiti sebanyak 39% telah
memilih setuju dan sebanyak 0% memilih sangat tidak setuju. Hal ini demikian, menunjukkan
bahawa sikap materialistik telah mewujudkan semangat daya saing yang tinggi dalam kalangan
pelajar.
Sikap materialistik itu kadang kala kita perlu memandangnya ke arah positif bukan hanya
saja negatif kerana ia boleh mengubah hidup kita. Sebagai contoh, bila seseorang pelajar itu
menanam hajat untuk memiliki rumah, memberi kehidupan senang kepada ibu bapa atau ingin
membeli barang untuk kepuasan diri, jadi pelajar tersebut mestilah mempunyai wang ringgit
yang agak banyak. Jadi pelajar tersebut akan belajar bersungguh – sungguh untuk mengecapi
impiannya. Jadi sikap materialistik itu boleh menjadi pembakar semangat.
Justeru itu, pada zaman kini peluang pekerjaan sangatlah terhad dan kos sara hidup semakin
tinggi. Jadi setiap pelajar akan bertungkus lumus bersaing antara satu sama lain untuk
memenuhi kehendak dan keperluan. Memang tidak dinafikan kesenangan orang lain sedikit
sebanyak akan mewujudkan rasa dengki atau iri hati dalam diri. Tetapi sebagai pelajar
universiti kita harus lihat itu sebagai pembakar semangat untuk kita berusaha sehingga dapat
merasai nikmat itu juga.
Kesimpulannya, kita seharusnya tidak hanya melihat negatif terhadap sifat materialistik
tetapi kita juga harus lihat sisi positif sebagai pembakar semangat dalam daya saing yang tinggi
dalam kalangan pelajar.

20

4.3.8 Soalan 8

Rajah 14 : Soalan 8
(Sumber : Tinjauan Google Form, 2021)
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan dalam kalangan pelajar universiti sebanyak 33%
telah memilih setuju dan sebanyak 1% memilih sangat tidak setuju. Hal ini demikian,
menunjukkan bahawa kemewahan adalah salah satu jaminan bahawa ia dapat menjamin tahap
keselesaan yang tinggi kepada pelajar?
Pada zaman ini, segala pembelajaran memerlukan wang kerana pelajar perlu membeli buku
untuk belajar. Mereka juga memerlukan wang untuk makan jika tinggal jauh di rumah. Jika,
mereka kurang dari segi kewangan pelajar tersebut akan cuba untuk membuat kerja sambilan
dan mereka akan letih dari segi fizikal dan mental. Ia akan membuatkan mereka menjadi
tertekan dari segi perbelanjaan untuk belajar dan menggunakan waktu rehat untuk bekerja. Kita
mungkin memandang remeh isu ini tetapi kita perlu tahu isu kewangan itu boleh menjadikan
seorang pelajar itu putus harapan untuk belajar.
Tidak ada salahnya jika seseorang pelajar ingin merasai kemewahan ketika belajar untuk
dapat menampung kos belajar serta sara hidup dan kita tidak harus lihat itu sebagai sikap yang
negatif. Sikap materialistik kadang kala boleh mengubah nasib pelajar itu untuk mendapat
suasana dan keselesaan yang lebih baik ketika belajar. Tidak dinafikan belajar itu memang
penat dan ia kadangkala sangat tertekan.
Kesimpulannya, kemewahan boleh memberi keselesaan kepada pelajar dari segi masa,
suasana belajar dan kos sara hidup di universiti.

21

4.4 – Perbincangan
Akhir sekali, pemikiran materialistik ini semakin berleluasa di kalangan masyarakat kita pada
masa ini sehingga kan mereka yang kurang senang dihina manakala golongan berada pula
disanjung dan dihormati. Kajian yang telah dilakukan juga menunjukkan bahawa pemikiran
materialistik ini mempunyai banyak kesan negatif dan buruk dari kesan yang baik dan
mendatangkan manfaat kepada diri kita dan masyarakat.
Selain itu, pemikiran materialistik ini juga yang menyebabkan kaum dan bangsa kita berpecah
belah. Sifat dengki terhadap satu sama lain itu seperti normal di era ini hanya kerana
kemewahan yang tidak semestinya berpanjangan.
Kesimpulannya di sini, berbaliklah kita semua ke nilai-nilai yang diajar oleh agama Islam.
Bersederhana itu lebih baik. Tidak ada salahnya untuk bermewah-mewah, tetapi janganlah
sehingga kita lupa akan asal usul kita. Apa gunanya jikalau kita hidup bermewah-mewah tetapi
tidak diredai Allah s.w.t hanya kerana kita merasakan diri kita yang terhebat sehinggakan kita
menjadi seorang yang takbur dan angkuh. Beringatlah Allah s.w.t tidak suka umatnya bersifat
sedemikian.

22

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 – Rumusan Fakta Pembentangan

Berdasarkan maklum balas daripada responden kajian soal selidik, apa yang dapat di rumuskan
ialah para pelajar merasakan pemikiran materialistik menjejaskan dan memberi impak yang
negatif dalam kehidupan mereka. Akan tetapi mereka juga bersetuju bahawa terdapat juga sisi
yang baik oleh ideologi ini.

Sebagai rumusan, pemikiran materialistik mestilah diseimbangkan dengan sifat kerohanian
agar kita tidak lalai dengan asyik mengejar dunia. Berat sebelah antara salah satu juga tidak
digalakkan sama ada terlalu taasub akan agama atau taasub akan materialistik. Kita harus sedar
kedua-dua elemen ini amat penting dalam melengkapkan kehidupan kita.

Mempunyai agama sudah memadai tetapi tanpa materialistik, kita mungkin tiada tempat
berlindung seperti rumah atau teknologi untuk menghubungkan kita dengan orang yang jauh.
Oleh itu, inginkan kemewahan tidak salah dan mestilah bekerja keras dengan cara yang betul
untuk mencapainya.
5.2 – Cadangan dan Kesimpulan

Secara kesimpulannya, fahaman materialistik tidak hanya memberikan kesan ke arah
kehancuran sistem masyarakat, moral serta kepercayaan agama akan tetapi ia juga mampu
perkara positif seperti membangkitkan motivasi diri untuk mengecapi kejayaan. Oleh itu,
pentingnya bagi umat Islam untuk mempelajari dan memahami sejarah perkembangan sains,
falsafah, dan tamadun barat yang amat sebati dengan materialisme, sekularisme dan agnostik
serta tidak percaya sebulatnya falsafah yang datangnya dari barat.

Antara cadangan yang boleh diketengahkan ialah sikap materialistik dalam kalangan pelajar
universiti perlu dilihat ke arah positif juga kerana ia boleh mengurangkan tekanan dalam diri
pelajar. Tekanan yang berlebihan tidak elok kerana ia boleh mengganggu kesihatan mental
individu. Jika pelajar memerlukan pertolongan dari segi kewangan mereka boleh berjumpa
dengan pihak yang tertentu sebagai contoh pejabat zakat atau di universiti juga menyediakan
zakat juga. Pelajar boleh cuba memohon untuk mengurangkan beban pembelajaran. Oleh itu,
kita sebagai pelajar yang mendapat keselesaan yang mencukupi ketika belajar haruslah
bersyukur.

23

6 : RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI

• Askiah Jamaludin, (2020). Malaysian Journal of Human Ecology (MJHE).

https://eco1.upm.edu.my/upload/dokumen/202012020851037.GAYA_HIDUP_MAT

ERIALISME,_PEMAKANAN_DAN_KESIHATAN_DALAM_KALANGAN_PEN

ERIMA_ZAKAT_FISABILILLAH_DI_UPM.pdf

• MA Dorkas,LYuliawati, (2020). Psychopreneur Journal.

https://journal.uc.ac.id/index.php/psy/article/view/1754

• Fazarina Sharif Malim, (2009). Surah Al-Kahfi: Ayat 7. Usrah Muslimah Solehah.

https://usrahmuslimahsolehah93.blogspot.com/2018/01/surah-al-kahfi-ayat-7.html

• Andreas Maurenis Putra, (2021). Merespon Nilai Pragmatis-Materialistik Pendidikan

Indonesia Melalui Konsep Humanis A La Mangunwijaya.

http://www.sttb.ac.id/download/stulos/stulos-v19-

no01/08%20Pendidikan%20Humanisasi%20Mangunwijaya.pdf

• HI Purbajati, (2019). Jurnal Ilmiah Ilmu Sosial dan Keagamaan.

https://core.ac.uk/download/pdf/267887749.pdf

• Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Suzana Mohd Hoesni, Fatin Nabilah Abu Hassan,

(2018). Faktor -faktor yang Mempengaruhi Tingkah Laku Prososial dan Impaknya

Terhadap Sebuah Ketamadunan: Satu Kajian Tinjauan.

https://www.researchgate.net/publication/325153143_FAKTOR_FAKTOR_YANG_

MEMPERNGARUHI_TINGKAH_LAKU_PROSOSIAL_DAN_IMPAKNYA_TER

HADAP_SEBUAH_KETAMADUNAN_SATU_KAJIAN_TINJAUAN

• Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, cet. 4,

tahun 2010.

• Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Edisi Kedua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka,1987.

• Kamus Dewan. Edisi Keempat Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010.

Hilam Fikri Azman, (2015). Review Buku: Manusia dan Kemaruk Kebendaan by

School of Islamic Thought

https://schoolofislamicthought.wordpress.com/2015/02/16/review-buku-manusia-dan-

kemaruk-kebendaan/

24

LAMPIRAN

25

26

27

28

29


Click to View FlipBook Version