POLITEKNIK PORT DICKSON
MODUL
KOKURIKULUM
KEUSAHAWANAN
Edisi Pertama
NOOR FADZLIN ABUBAKAR
ZARINA YUSOF
NURISMAH IBRAHIM
ROHANA MAT
EDISI POLITEKNIK
MODUL KOKURIKULUM
KEUSAHAWANAN
Edisi Politeknik
NOOR FADZLIN ABU BAKAR
ZARINA YUSOF
NURISMAH IBRAHIM
ROHANA MAT
www.polipd.edu.my
2020
Politeknik Port Dickson @ 2020
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang
bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara
elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis
daripada Politeknik Port Dickson (PPD), Kementerian Pendidikan Tinggi
terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or
transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including
photocopy, recording, or any information storage and retrieval system,
without permission in writing from the Polytechnic Port Dickson (PPD),
Ministry of Higher Education.
MODUL KOKURIKULUM
KEUSAHAWANAN
EDISI POLITEKNIK
e-ISBN:978-967-2246-84-8
Penulis:
NOOR FADZLIN ABU BAKAR
ZARINA YUSOF
NURISMAH IBRAHIM
ROHANA MAT
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by Politeknik Port
Dickson (PPD), Kementerian Pendidikan Tinggi, KM 14, Jalan Pantai, 71050
Si Rusa, Negeri Sembilan, Malaysia
ISI KANDUNGAN
PRAKATA
BAB 1 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN
1.1 Definisi Keusahawanan 1
5
1.2 Konsep Keusahawanan 11
26
1.3 Sumber-sumber Keusahawanan 30
35
1.4 Perbezaan antara usahawan dan peniaga
42
1.5 Peranan Usahawan 43
43
1.6 Keusahawanan sebagai satu kerjaya 44
46
BAB 2 : PENGURUSAN KELAB/PERSATUAN SUKAN 48
49
2 Latar belakang
2.1 Objektif 54
2.2 Misi Khusus 64
2.3 Kelab / Persatuan
2.4 Pengurusan Mesyuarat
2.5 Pengurusan Fail
2.6 Pengurusan Aktiviti / Projek / Program
Lampiran
Rujukan
PRAKATA
Buku Modul Keusahawanan ini ditulis untuk membantu pelajar Politeknik Malaysia
untuk memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang kokurikulum Keusahawanan.
Buku ini juga dapat membantu para penyarah untuk menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran kursus Keusahawanan dengan lebih terancang dan berkesan.
Pelajar dinasihatkan untuk membaca setiap bahagian dalam buku ini dengan teliti
sebelum beralih ke topik seterusnya. Pada akhir setiap topik, soalan-soalan berkaitan
topik yang diajar akan diberikan bagi menguji dan menilai pemahaman setiap pelajar
mengenai topik tersebut.
Diharapkan maklumat yang diberikan dalam buku ini dapat membantu para pelajar
dalam menguasai kursus kokurikulum Keusawahawanan.
NOOR FADZLIN ABU BAKAR
ZARINA YUSOF
NURISMAH IBRAHIM
ROHANA MAT
Bab
1
PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN
Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat
i. Menerangkan definisi keusahawanan.
ii. Memahami konsep keusahawanan.
iii. Mengenalpasti sumber-sumber keusahawanan.
iv. Membezakan usahawan dan peniaga.
v. Memahami peranan usahawan.
vi. Memilih keusahawanan sebagai satu kerjaya.
1.1 Definisi Keusahawanan
Definisi Keusahawanan ialah proses mencipta dan mengembangkan perniagaan untuk
pembangunan negara dan keharmonian masyarakat (UiTM Entrepreneurship Study Group,
2012).
Menurut Buerah dan Hussin (2012), keusahawanan ialah proses mencipta sesuatu
yang baru yang melibatkan usaha dan masa, kewangan, risiko fizikal dan sosial dan
melibatkan pulangan kewangan dan kepuasan peribadi.
Toh (2004), pula menyatakan keusahawanan melibatkan individu yang berkebolehan
menggunakan peluang untuk perniagaan dan membentuk organisasi untuk pembangunan
dan pengurusan perniagaan yang berjaya.
Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan beberapa pengertian
kepada perkataan usahawan telah diberikan seperti berikut:-
1. Kamus Dewan Edisi Baru mentakrifkan usahawan sebagai orang yang
mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan
sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri
atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran.
1
2. The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan
sebagai ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran
termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada
nilai pasaran barangannya.
3. Joseph A.Schumpeter, seorang ahli ekonomi menyatakan usahawan adalah seorang
inovator yang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan.
4. Webster’s Third New International Dictionary pula mentakrifkan usahawan sebagai
orang yang mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki,
mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan.
5. Carland (1984) mendefinisikan usahawan sebagai individu yang menubuhkan
perniagaan dan menguruskannya untuk mendapatkan untung dan untuk terus
berkembang.
Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang
mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan
mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli
perniagaan yang dimulakan oleh orang lain juga dikenali sebagai usahawan. Usahawan juga
adalah seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menuntut hak
keempunyaan ke atas perniagaan tersebut.
Oleh itu ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan
mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah seseorang yang
inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan ingin berjaya atas
usaha sendiri.
Sejarah
Sistem Barter merupakan amalan pertukaran barang tanpa melibatkan mata wang. Melalui
proses ini, usahawan menghasilkan barang berlebihan untuk ditukar ganti yang mendorong
kepada pengkhususan barangan. Melalui sistem ini mereka terpaksa membuat pilihan
sesama mereka untuk mendapatkan barang perantaraan yang dapat membawa manfaat
bersama antara mereka. Oleh sebab itu, barang-barang yang digunakan sebagai alat
perantaraan itu berbeza mengikut suasana dan zaman. Maka jelaslah di sini bahawa
pertukaran adalah tidak mustahil tanpa wang dan tidak hairanlah manusia boleh menjalankan
kegiatan perdagangan dengan sistem pertukaran barter.
2
Rajah 2: Sistem Barter
Teori Keusahawanan
Jadual 1: Pandangan Awal Teori Keusahawanan (1700 - 1950)
Tahun Nama Teori
1755
Richard Cantillon Keusahawanan melibatkan pelaburan, transformasi,
1776 untung dan rugi.
Adam Smith Keusahawanan melibatkan bidang yang luar termasuk
tanggungjawab membina organisasi bagi tujuan
perdagangan.
1803 Jean Baptise Say Keusahawanan melibatkan kebolehan mencipta
1848 John StuartMill perniagaan.
Melihat keusahawanan dalam konteks perniagaan
persendirian sebagai faktor pengeluaran selain
daripada tanah, buruh dan pengeluaran.
1871 Carl Menger Merujuk keusahawanan sebagai nilai tambah dalam
1934 Josep Schumpter proses pengeluaran dan pengedaran.
Keusahawanan ialah proses kreativiti yang bukan
melibatkan cara biasa dan diperkenalkan untuk tujuan
penambahbaikan produk dan perkhidmatan.
3
Jadual 2: Pandangan Awal Teori Keusahawanan (1700-1950)
1964 Peter Drunkers
1975 Mc Cllelan
1980 Karl Verper
1983 Gilfford Pitchot
1985 Robert Hisrich
Definisi Usahawan
Ronstadt (Buerah dan Hussin, 2012) mendefinisikan usahawan sebagai individu yang
menukar idea kepada tindakan dan seterusnya mendapat ganjaran daripada tindakan yang
diambil. Zaidatol Akmaliah (2007) mendefinisikan usahawan sebagai individu yang memulakan
dan mengurus perniagaan dengan mengambil kira risiko untukmendapat keuntungandan
memajukanperniagaan menerusi mengenal pasti peluang-peluang yang wujud.
Ciri-Ciri Usahawan
Berikut ialah ciri-ciri usahawan berjaya,
a. Mempunyai matlamat yang tinggi.
b. Berinisiatif (Mempunyai maklumat dan menyedari kewujudan peluang).
c. Kebolehan mengorganisasi (Mampu menyusun sumber mengikut logik).
d. Kepimpinan(Bolehmembuktikanmengilhamkanrasa dan sifat jujur kepada pekerja).
e. Bertanggungjawab (Bersedia dan berkebolehan menyempurnakan tanggungjawab
untuk kejayaan perniagaan).
f. Ikhlas (Mengekalkan reputasi dengan berlaku adil dan jujur semasa berurusan dengan
orang lain).
g. Mengambilrisiko(Tidaktakutmenjalankantugasyang mempunyai risiko).
h. Kekuatan fizikal (Kesihatan yang baik).
i. Mempunyai sikap industri (Boleh bekerja dalam tempoh yang lama).
j. Berorientasikan pencapaian (Sentiasa inginkan kejayaan peribadi dankewangan).
k. Keyakinan diri (Mempunyai keyakinan individu yang tinggi).
l. Mengabaikan tuntutan emosional.
m. Komited dan gigih.
n. Menyelesaikan masalah.
o. Sensitif danmendesak.
p. Kreativiti.
4
Rajah 1: Tokoh Usahawan di Malaysia
Tokoh Usahawan di Malaysia
Apabila disebut mengenai tokoh usahawan yang berjaya di Malaysia, pasti semua
membayangkan Tan Sri Tony Fernandes, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari, Robert Kuok,
Ananda Krisnan, Tan Sri Azman Hashim dan ramai lagi. Kebanyakkan nama-nama ini sudah
sering kali disebut dan sudah umum kenali. Selain itu, terdapat tokoh-tokoh baru dalam
berlainan bidang seperti dibawah:
1. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari (Tycoon usahawan Bumiputera)
2. Saiful Nang (Jutawan Usahawan Fotografi ; Saiful Nang (CandidSyndrome)
3. Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali (Ikon Usahawan Runcit Tempatan-Mydin)
4. A'tikah Ash'ari (Usahawan Hijab "Radiusite')
5. Haji Ismail Group (HiG Langkawi Holdings Sdn Bhd)
1.2 Memahami Konsep Keusahawanan (4 unsur penting)
1. Inisiatif Berterusan:
Memulakan/mencipta sesuatu yang baru dan terus mengembangkannya.
Usahawan perlu berwawasan / pemikiran/idea yang bernas dan logik.
Melakukan perubahan / pembaharuan / inovasi / kaedah baru dalam pengedaran
produk.
Peka kepada masalah dan keperluan dalam masyarakat.
2. Mengambil Risiko:
Berani menanggung risiko akibat ketidak tentuan permintaan produk dikeluarkan /
5
perniagaan dijalankan.
Sentiasa membuat keputusan yang telah diambil risikonya berdasarkan ganjaran
yang dijangkakan.
3. Mendapat Pulangan:
Keuntungan yang diperolehi setelah mengambil kira segala belanja operasi dan
risiko yang munasabah.
Peluang yang lumayan menjadi pendorong menceburi bidang keusahawanan,
Kegiatan keusahawanan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Mengingkatkan taraf hidup rakyat, mewujudkan peluang pekerjaan dan mengatasi
masalah sosial.
4. Mengembleng Sumber:
Pertama, mendapatkan bahan / benda (sumber) dan menggabungkannya. Kedua,
menghasilkan produk bernilai berasaskan sumber tersebut.
Ketiga, merekacipta produk bagi memuaskan kehendak pengguna.
Keempat, melalui proses merancang, menyusun, mengarah dan mengawal
Kemahiran yang diperlukan dalam bidang keusahawanan
Jadual 3: Kemahiran Bidang Keusahawanan
Kemahiran Teknikal Penulisan Lisan
Menyelia Persekitaran Pengurusan Teknikal
Perniagaan Teknologi
Interpersonal Mendengar
Berkebolehan Mengurus
Membina Rangkaian (Networking) Kejurulatihan
Ahli Pasukan
Kemahiran Mengurus Perniagaan Menetapkan Matlamat Merancang
Membuat Keputusan
Hubungan Manusia
Pemasaran Perakaunan
Pengurusan Perundingan
Mengurus Pembangunan
Kemahiran Keusahawanan Profesional Kawalan Dalaman
Inovatif
Berorientasikan Perubahan
Kegigihan
Kepimpinan Berdasarkan Visi
Kebolehan Mengurus Perubahan
6
Motivasi Keusahawanan
MenurutToh(2004),terdapat 6faktoryang memotivasikan individu menjadi usahawan iaitu:
a. Kebebasan (mereka mahu bebas daripada kebiasaan dengan menjadi ketua).
b. Cita-cita (mereka mahu mencapai sesuatu dalam kehidupan).
c. Pelaburan (mereka mahu menambahpendapatan)
d. Kawalan (mereka mahu mengawal ketentuan hidup).
e. Warisan (mereka ingin meninggalkan perniagaan kepada ahli keluarga).
f. Kesinambungan (menyediakan mereka peluang untuk menyambung kekayaan).
Syarat Menjadi Usahawan Global
Heinecke dan Marsh (2003) menyenaraikan 25 syarat untuk menjadi usahawan global iaitu:
a. cari peluang dan rebut peluang tersebut.
b. laksanakan tugasan.
c. komited dengan perasaangembira.
d. kerjakuat danbermaindenganbersungguh-sungguh.
e. bermain dengan pemikiran orang lain.
f. tetapkan matlamat (Ambil mudah dengan perkara- perkara yang ditetapkan dalam
wawasan).
g. percaya gerak hati.
h. menggapai langit walaupun hanya sekali.
i. belajar untuk menjual.
j. menjadi pemimpin.
k. kenal pasti dan tangani kegagalan.
l. berehat untuk mendapatkeberuntungan.
m. menerima perubahan sebagai satu cara hidup.
n. bina hubungan dengan orang lain.
o. mengguna masa denganbijak.
p. membuat penilaian bagi setiap langkah.
q. jangan letak sesuatu dalam keadaan sedang.
r. pentingkan kualiti bukannyawang.
s. ambil tindakan segera semasa krisis.
t. selepas gagal, atasi dengan segera.
u. persaingan yang sihat.
v. manusia mencipta jenama, jenama tidak mencipa manusia.
w. bersedia berhadapan dengan segalakemungkinan.
7
x. mencipta semula dirisendiri.
y. kepuasan.
1.3 Perbezaan Antara Peniaga Dan Usahawan
Jadual 4: Perbezaan antara Peniaga dan Usahawan
Peniaga Usahawan
Keuntungan Pelanggan
Pencapaian semasa Sentiasa ingin meningkatkan pencapaian
Memilih Perniagaan Mencipta perniagaan
Produk/perkhidmatansedia ada Mencipta produk/ perkhidmatan
Kurang kreatif dan inovatif kreatif dan inovatif
8
Aktiviti Pengukuhan 1
Ujikan Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
1a.1 Huraikan perbezaannya antara usahawan dan keusahawanan.
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
1a.2 Apakah unsur-unsur sikap yang terkandung dalam keusahawanan?
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
1a.3 Sebutkan beberapa orang sebagai contoh usahawan yang telah berjaya. Nyatakan
perkara-perkara yang telah dilakukan sehingga Ia berjaya menjadi usahawan.
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
9
Maklumbalas Pengukuhan 1
1a.1 Perbezaan antara usahawan dan keusahawanan ialah usahawan merupakan orang
yang mengusahakan sesuatu perniagaan atau perindustrian. Individu tersebut mempunyai
ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang usahawan seperti inovatif, kreatif, berani mengambil
risiko yang telah diperhitungkan, bijak mengambil peluang dan lain-lain. Manakala
keusahawanan ialah suatu bidang ilmu yang diceburi yang meliputi bidang pengetahuan,
kemahiran dan sikap.
1a.2 Unsur–unsur sikap yang ada pada keusahawanan ialah motivasi yang tinggi,
keyakinan kepada diri sendiri, inisiatif, bertanggungjawab, kebolehan menangani keadaan
tidak menentu, keazaman dan kesungguhan serta ketahanan mental dan fizikal.
1a.3 Contoh usahawan yang berjaya:
a) Bill Gates –Program Komputer (Microsoft)
b) Dato’ Maznah Hamid – Keselamatan (Securiforce)
c) Tan Sri Mustapha Kamal – Pembangunan Hartanah (EMKAY)
Pelajar boleh melakukan tugasan ini dengan mencari maklumat melalui akhbar,
majalah dan melapurkan kepada kelas tokoh-tokoh usahawan yang berjaya.
10
1.3 Mengenalpasti Sumber-Sumber Keusahawanan
Sumber Keusahawanan terbahagi kepada dua iaitu sumber idea perniagaan dan sumber
operasi keusahawanan.
1.3.1 Sumber Idea Perniagaan
Sebenarnya idea perniagaan boleh didapati dari pelbagai sumber dan boleh lahir pada bila-
bila masa. Ada orang mendapat idea secara tidak dirancang seperti semasa membaca surat
khabar atau majalah. Ada yang mendapat idea semasa melakukan hobi, contohnya semasa
berkebun, melancong, berbual, dan sebagainya. Walau bagaimanapun idea perniagaan boleh
juga didapati melalui usaha-usaha yang sistematik seperti mendapatkan maklumat daripada
sumber primer dan sumber sekunder.
a) Sumber primer
Sumber primer adalah maklumat yang diperolehi melalui tinjauan untuk sesuatu tujuan
tertentu. Suatu tinjauan dibuat dengan mengumpul maklumat daripada sejumlah responden
yang dipilih dan kemudian merumuskan jawapan-jawapan yang diterima daripada responden
ini.
Tinjauan boleh dijalankan secara formal dan tak formal. Contoh tinjauan yang formal adalah
menemubual sejumlah penduduk di sesuatu kawasan. Tinjauan boleh juga dilakukan dengan
mendapatkan orang ramai menjawab soalselidik berhubung dengan sesuatu perkara. Melalui
tinjauan sedemikian, seseorang mungkin memperolehi maklumat tentang peluang
memulakan satu perusahaan baru di kawasan yang ditinjau.
Maklumat daripada tinjauan yang tak formal diperolehi dengan lebih mudah jika dibandingkan
dengan tinjauan formal. Sebagai contoh, idea perniagaan boleh ditinjau melalui perbualan
dengan rakan atau ahli keluarga.
Terdapat dua kaedah untuk mendapatkan idea perniagaan melalui sumber primer, iaitu
kaedah pemerhatian dan kaedah soalselidik. Soalselidik diberi kepada responden secara
bertulis atau secara lisan, iaitu temubual telefon atau temubual secara bersemuka.
11
b) Sumber sekunder
Sumber sekunder terdiri daripada maklumat yang diperolehi daripada sumber yang sedia ada
akibat daripada lain-lain tinjauan atau rekod yang telah dibuat untuk kegunaan pihak lain.
Terdapat ratusan sumber sekunder dalam pasaran yang boleh dirujuk bagi mengenalpasti
idea perniagaan.
Idea perniagaan daripada sumber ini boleh diperolehi dengan merujuk rekod-rekod dalaman
syarikat, badan-badan kerajaan dan lain-lain sumber luar seperti kajian perpustakaan,
internet dan sebagainya. Contoh bahan-bahan yang boleh dirujuk di perpustakaan adalah
buku, penerbitan perniagaan, jurnal, majalah, kajian-kajian ilmiah dan lain-lain. Dalam era
ICT , teknologi maklumat dan komunikasi, internet menjadi semakin penting untuk dirujuk bagi
mendapatkan idea perniagaan.
Proses menjana dan mengenalpasti idea perniagaan
Idea perniagaan boleh dijana dan dikenalpasti melalui langkah-langkah berikut:
Melihat persekitaran
Melihat kemampuan diri
Mengenalpasti nilai masyarakat
a) Persekitaran
Idea perniagaan boleh dijana dengan mengenalpasti keperluan dan kehendak manusia dalam
kehidupan seharian. Keperluan dan kehendak terdiri daripada produk dan perkhidmatan.
Keperluan adalah perkara-perkara asas yang mesti dimiliki dan digunakan oleh anggota
masyarakat. Contohnya makanan, pakaian dan tempat perlindungan. Kehendak pula adalah
keinginan manusia terhadap sesuatu yang lebih sempurna daripada keperluan dan boleh
memberi kepuasan kepada seseorang individu atau masyarakat. Kehendak biasanya
dipengaruhi oleh budaya, tahap pendidikan, keperibadian dan kemampuan individu atau
masyarakat. Sebagai contoh, setiap orang perlukan rumah untuk tempat tinggal, tetapi
pemaju-pemaju perumahan menyediakan pelbagai jenis rumah di negara ini kerana adanya
kehendak pelanggan yang berbeza. Biasanya orang yang berpendapatan tinggi
berkehendakkan rumah mewah di kawasan yang eksklusif. Ada pula orang-orang yang
hendakkan rumah jenis sederhana dan ada permintaan terhadap rumah murah kerana
kemampuan yang berbeza.
12
Oleh kerana kehendak dan keperluan manusia adalah berbagai dan tidak terhad, maka
banyaklah idea perniagaan boleh dijana.
Idea perniagaan boleh dijana dengan melihat faktor-faktor persekitaran seperti berikut:
struktur penduduk, pendapatan dan citarasa
data import dan eksport
sumber tempatan dan penemuan teknologi
rantaian industri
undang-undang dan peraturan kerajaan
rancangan pembangunan kerajaan dan swasta
masalah sosial setempat
media massa dan media elektronik
i. Struktur penduduk, pendapatan dan citarasa
Maklumat tentang struktur penduduk, pendapatan dan citarasa di sesuatu kawasan dapat
membantu seseorang mengenalpasti idea perniagaan. Ini disebabkan oleh kehendak dan
keperluan adalah berbeza apabila struktur, tingkat pendapatan dan citarasa berubah.
Contohnya ada kehendak-kehendak dan keperluan golongan remaja berbeza daripada
kehendak dan keperluan kanak-kanak atau orang tua dalam banyak perkara.
Tingkat pendapatan seseorang mempengaruhi kuasa belinya. Jika tingkat pendapatan
meningkat, pengguna menjadi lebih mampu kerana kuasa beli meningkat. Dengan ini idea
perniagaan perlu sesuai dengan tingkat pendapatan yang telah meningkat.
Citarasa penduduk berubah dari semasa ke semasa. Contohnya, masyarakat di Malaysia
semakin gemar makan di luar seperti di restoran berbanding dengan makan di rumah dan
citarasa remaja Malaysia terhadap makanan segera semakin meningkat. Maklumat tentang
perkara ini boleh membantu seseorang mendapatkan idea perniagaan yang sesuai dengan
struktur penduduk, tingkat pendapatan dan citarasa masyarakat.
13
ii. Data import dan eksport
Corak permintaan terhadap import dan eksport boleh memberi maklumat tentang peluang
perniagaan. Permintaan terhadap sesuatu barang import yang meningkat dari tahun ke tahun
menunjukkan adanya peluang untuk menawarkan barang ini sebagai gantian import. Jika
jumlah eksport sesuatu barang meningkat dari semasa ke semasa, maka produk atau
perkhidmatan tersebut mempunyai permintaan yang tinggi di luar negara dan bakal usahawan
mempunyai peluang menawarkannya untuk eksport.
iii. Sumber tempatan dan penemuan teknologi
Bakal usahawan boleh merujuk kepada sumber tempatan yang samada masih belum
diterokai atau masih banyak boleh diusahakan bagi mengenalpasti idea perniagaan. Idea
perniagaan dapat dikenalpasti dengan meninjau sumber tempatan yang ada. Contohnya
tanah liat yang terdapat di sesuatu kawasan boleh diusahakan untuk menghasilkan produk
seperti pasu bunga, seramik dan sebagainya. Air terjun dan keindahan alam semulajadi di
sesuatu kawasan adalah sumber tempatan yang boleh diterokai untuk mengenalpasti idea
perniagaan Di samping itu, penemuan teknologi terbaru boleh dianalisis untuk membantu
memajukan sumber tempatan..
iv. Rantaian industri
Bakal usahawan boleh merujuk kepada industri-industri yang ada untuk mengenalpasti
sesuatu perniagaan dengan meninjau keperluan input-input daripada industri lain atau industri
yang sama terhadap output. Ini mewujudkan interaksi atau rantaian industri. kehendak dan
keperluan huluan dan hiliran industri-industri tersebut. Sebagai contoh bagi industri
pelancongan di Malaysia, beberapa produk atau perkhidmatan boleh dijadikan input dan
pelengkap kepada industri ini seperti perhotelan, pengangkutan, restoran dan lain-lain.
v. Undang-undang dan peraturan kerajaan.
Bakal usahawan boleh mengenalpasti idea perniagaan dengan merujuk kepada undang-
undang dan peraturan yang sedia ada. Contohnya; penguatkuasaan penggunaan topi keledar
kepada penunggang dan pembonceng motosikal menyebabkan meningkatnya permintaan
untuk topi keledar dan ia adalah satu idea perniagaan; iaitu samada mengeluarkan atau
memasarkan topi keledar.
14
vi. Rancangan pembangunan kerajaan dan swasta
Program pembangunan kerajaan dan swasta secara tidak langsung menawarkan banyak
peluang perniagaan kepada bakal usahawan. Peluang boleh tinjau dalam usaha membantu
merealisasikan rancangan pembangunan berkenaan. Seseorang boleh mencari peluang
perniagaan daripada rancangan-rancangan ini. Contohnya pembangunan kompleks kerajaan
di Putera Jaya memungkinkan pelbagai produk dan perkhidmatan diperlukan untuk
membangunkan projek tersebut. Selain daripada itu, dengan terlaksananya kompleks
tersebut, wujud pelbagai kehendak dan keperluan masyarakat di kawasan ini yang boleh
dijadikan idea perniagaan.
vii. Masalah sosial setempat
Masalah sosial di sesuatu kawasan boleh menyebabkan wujudnya peluang perniagaan
sekiranya produk atau perkhidmatan yang bakal ditawarkan itu boleh mengurangkan atau
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Contohnya tempat penjagaan kanak-kanak
untuk ibu-ibu yang bekerja boleh menyelesaikan masalah dan ini adalah suatu idea
perniagaan yang baik.
viii. Media massa dan media elektronik
Pengiklanan dan maklumat-maklumat dalam surat khabar, majalah dan internet adalah
sumber yang boleh dirujuk untuk mendapatkan idea perniagaan. Contohnya pengiklanan
sebuah syarikat yang memerlukan wakil jualan adalah satu peluang perniagaan. Melalui
media masa, idea perniagaan boleh tercetus dengan melihat contoh-contoh perniagaan yang
dijalankan di tempat lain. Maklumat tentang keperluan bahan mentah oleh sebuah syarikat
adalah peluang perniagaan yang boleh diusahakan.
15
Aktiviti Pengukuhan 2
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
1. Namakan sumber-sumber utama untuk mendapat idea perniagaan?
a) …………………..
b) ……………………
2. Berikan kaedah-kaedah untuk mencari idea perniagaan melalui sumber-sumber di
atas.
a) …………………………………………………………………
b) …………………………………………………………………
3. Cadangkan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk mengenalpasti samada idea
perniagaan anda boleh dijalankan.
………………………………………………………………………
………………………………………………………………………
………………………………………………………………………
16
Maklumbalas Pengukuhan 2
1. a) Sumber Primer
b) Sumber Sekunder
2. a) Sumber Primer- pemerhatian
soalselidik
b) Sumber Sekunder - sumber dalaman syarikat atau badan kerajaan rujukan di
perpustakaan dan melayari internet
3. a) Sumber Primer
- soalselidik untuk mendapatkan peratus responden yang perlukan produk atau
perkhidmatan. Peratus yang perlukan mestilah lebih besar daripada yang tidak
memerlukan.
- pemerhatian terhadap sambutan masyarakat terhadap produk atau perkhidmatan
serupa yang sudah ada dalam pasaran.
b) Sumber Sekunder
- kajian perpustakaan untuk mendapatkan maklumat demografi penduduk,
peraturan dan perundangan berhubung dengan idea perniagaan yang dirancang.
- Layari internet untuk mendapat maklumat terkini berhubung dengan idea
perniagaan.
17
1.3.2 Sumber Operasi Keusahawanan
Sumber keusahawanan didefinisikan sebagai sumber yang diperlukan oleh usahawan dalam
melakukan aktiviti perniagaan. Terdapat beberapa sumber utama dalam keusahawanan.
Antara yang paling utama adalah :
Tanah Modal Sumber
Manusia
Bahan Teknologi
Mentah Maklumat
i. Tanah
Segala kekayaan yang terdapat di atas dan di dalam bumi termasuk di dasar laut. Sumber ini
merupakan sumber penawaran terhad. Pulangan yang akan usahawan dapat adalah
pulangan sewa. Usahawan memerlukan tanah sebagai tapak untuk menjalankan kegiatan
keusahawanan.
ii. Modal
Dalam usaha mencari modal untuk melancarkan sesebuah perniagaan, seseorang usahawan
akan menghadapi banyak masalah sepertimana pemilik-pemilik kedai kecil. Modal yang
diperlukan untuk memulakan sesuatu urusniaga merupakan modal yang berisiko tinggi kerana
para pelabur dalam urusniaga tidak pasti keadaan yang akan dihadapi. Banyak urusniaga
gagal kerana menghadapi masalah kekurangan modal. Pelabur mungkin akan mengalami
kerugian atau kehilangan modal jika perniagaan ini mengalami kegagalan. Tetapi sekiranya
perniagaan ini berjaya, mereka akan menerima ganjaran yang besar.
18
Terdapat tiga jenis modal asal yang diperlukan dalam urusniaga iaitu modal tetap, modal
kerja, dan modal tumbuh.
a) Modal tetap
Modal tetap ialah modal yang digunakan untuk membeli aset-aset
tetap. Aset ini digunakan untuk pengeluaran barang dan perkhidmatan.
Misalnya bangunan, tanah, peralatan yang tidak ditukarkan ke dalam
wang tunai pada operasi perniagaan biasa.
b) Modal kerja
Modal kerja merupakan tabung sementara urusniaga. Ia adalah modal
yang akan digunakan untuk membiayai operasi normal jangka pendek.
Modal kerja biasanya digunakan untuk membeli inventori, membayar
bil-bil dan juga digunakan semasa kecemasan.
c) Modal tumbuhan
Modal tumbuhan adalah berbeza dari modal kerja. Ia tidak berkaitan
dengan keadaan turun naik urusniaga. Modal ini diperlukan apabila
sesuatu urusniaga yang berkembang atau mengubah arah tujunya.
iii. Sumber Manusia
Ia diperlukan oleh usahawan untuk menyumbang tenaga kerja, bakat, daya kreativiti dan
motivasi bagi mencapai matlamat organisasi.
19
iv. Bahan Mentah
Bahan yang perlu diproses untuk menghasilkan barang siap atau perkhidmatan untuk
ditawarkan kepada pelanggan.
v. Teknologi Maklumat
Teknologi maklumat dan komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT (Information and
Communication Technology) adalah satu set komponen yang saling berhubung yang boleh
mengumpul, memproses, menyimpan dan mengagihkan maklumat.
Dalam ICT,terdapat tiga aktiviti iaitu input, pemprosesan dan output. Input adalah data mentah
dari dalam atau persekitaran organisasi. Pemprosesan berlaku apabila input mentah ditukar
ke bentuk yang lebih bermakna kepada organisasi dan output ialah apabila data yang
diproses dipindahkan kepada manusia atau individu lain yang memerlukannya.
20
Berikut adalah beberapa kepentingan ICT kepada usahawan
ICT boleh menarik jumlah pelanggan yang lebih vesar dari seluruh dunia. Ini hanya
berlaku sekiranya syarikat membangunkan laman webnya dalam internet yang boleh
dilayari oleh berjuta orang dari seluruh dunia.
Melalui ICT, syarikat dapat “dilawati” untuk masa yang panjang iaitu 24 jam sehari dan
7 hari seminggu sepanjang tahun, tanpa sebarang masalah perbezaan zon masa.
Syarikat dapat menjimatkan pelbagai kos pengurusan. Kos pengurusan seperti
bayaran bil telefon, kos perjalanan dan lain-lain kos pengurusan dapat dikurangkan
dengan menggunakan kemudahan internet jauh lebih rendah daripada kos
perbelanjaan secara tradisional.
Syarikat dapat menjimatkan ruang penyimpanan fail. Dengan menyimpan maklumat
syarikta dalam sistem maklumat secara sistematik, ruang simpanan fail di pejabat
dapat dikurangkan.
21
Aktiviti Pengukuhan 3
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
Anda perlu memilih perniagaan yang dicadangkan berdasarkan keserasian idea perniagaan
dengan diri anda. Anda perlu menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’.
KEMAMPUAN
JENIS PENGALAMAN PENGETAHUAN KEMAHIRAN MODAL MINAT JUMLAH
KELEBIHAN
PERNIAGAAN RM_________
YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK
A)
B)
C)
22
Aktiviti Pengukuhan 4
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
Menilai ciri-ciri keusahawan pada diri anda
Perwatakan anda Ya Tidak
Soalan ____
1) Adakah anda suka menjadi ketua? ____
2) Adakah anda membuat keputusan sendiri? ____
3) Adakah anda suka kepada persaingan? ____
4) Adakah anda mempunyai kekuatan untuk mengurus kerja ____
____
dengan sendiri dan berdisiplin?
5) Adakah anda seorang perancang yang baik? ____
6) Adakah anda mempunyai hubungan komunikasi yang baik
dengan semua orang?
Keadaan diri anda ____
Soalan
7) Adakah anda sanggup berkerja 10-15 jam sehari? ____
8) Adakah anda sanggup meninggalkan perkerjaan anda yang
____
lebih terjamin? ____
9) Adakah keluarga anda memberi sokongan yang
padu kepada anda?
10) Adakah anda bersedia untuk menanggung kerugian?
Kemahiran dan pengalaman ____
Soalan ____
____
11) Adakah anda mempunyai kemahiran yang diperlukan ____
dalam mengendalikan perniagaan tersebut?
12) Adakah anda boleh menilai keupayaan dan kemahiran
pekerja-pekerja anda?
13) Adakah anda mempunyai pengalaman sebagai seorang
pengurus atau penyelia?
14) Adakah anda pernah berkerja dalam bidang yang sama
dengan perniagan yang bakal anda buka?
23
15) Adakah anda pernah memasuki mana-mana sekolah ____
pengurusan perniagaan?
____
16) Bolehkah anda menangguhkan cadangan membuka
perniagaan sehingga anda mempunyai kemahiran, ____
pengalaman dan pengetahuan yang cukup ? ____
____
Kajian Anda ____
Soalan
17) Adakah perniagaan anda sah di sisi undang-undang? ____
18) Adakah masyarakat di sekitar perniagaan anda ____
bersetuju dengan pembukaan perniagaan anda?
19) Sanggupkah anda mengalami kerugian?
20) Adakah anda mempunyai modal yang mencukupi?
21) Sekiranya anda tidak mempunyai modal yang mencukupi,
Ada atau tidak pelabur-pelabur yang berminat untuk
melabur dalam perniagaan anda?
22) Sudahkah pelabur-pelabur dalam perniagaan anda
mengetahui risiko yang akan ditanggung oleh mereka?
24
Maklumbalas Pengukuhan 4
Latihan yang mudah ini bertujuan untuk membantu anda menentukan perniagaan
yang akan anda ceburi. Sekiranya jawapan anda lebih banyak ‘tidak’ maka anda
perlulah menimbang semula idea perniagaan anda dan jika anda menjawab lebih
banyak ‘ya’, anda boleh meneruskan kajian tentang perniagaan anda.
Maklumbalas Pengukuhan 4
Sekiranya jawapan ‘ya’anda melebihi dari 12 soalan, anda seharusnya meneruskan kajian
anda terhadap perniagaan yang telah dipilih. Sekiranya jawapan ‘tidak’ anda melebihi dari
separuh anda mungkin perlu memikirkan semula idea tersebut.
Walau bagaimanapun pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran boleh diperolehi dari
masa ke semasa. Penilaian ini hanyalah sebagai panduan dalam usaha untuk menjadi
seorang usahawan.
25
1.4 Membezakan Usahawan dan Peniaga
Definisi: Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau melakukan
kegiatan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Peniaga ialah orang
yang melibatkan diri dalam kegiatan jual beli. Ia membeli barangan dengan harga yang lebih
rendah dan menjual dengan harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan dan jika
ia melibatkan diri dalam kegiatan perkhidmatan, ia juga akan mendapat keuntungan daripada
menawarkan perkhidmatannya. Ia berniaga semata-mata untuk mendapatkan untung. Selain
daripada itu, objektif peniaga adalah untuk mencapai matlamat peribadi.
Jika diteliti kedua-dua istilah peniaga dan usahawan sememangnya terdapat perbezaan.
Selain dari mencari keuntungan ushawan juga berkhidmat untuk masyarakat.
Ciri-ciri Peniaga.
1. Membeli barang untuk dijual semula.
2. Harga barang yang dibeli berbeza dengan harga barang yang dijual semula,
selalunya lebih tinggi
3. Mempunyai sifat boleh mengurus perniagaan dengan baik. Ia sepatutnya mampu
mengurus wang, pekerja-pekerja, barang-barang dan kedainya supaya teratur dan
sistematik.
4. Tidak mencipta barang sendiri untuk dijual, sebaliknya membeli barang dari
usahawan untuk dijual.
26
Setelah melihat definisi dan ciri-ciri seorang peniaga, kita sudah pasti dapat membezakan
usahawan dan peniaga. Jadual 1 di bawah ini dapat memberi gambaran yang jelas
mengenai perbezaan usahawan dan peniaga.
Jadual 1 Perbezaan antara Usahawan dan Peniaga
Usahawan Peniaga
Seorang usahawan juga seorang peniaga Seorang peniaga tidak semestinya seorang
usahawan
Melibatkan diri dengan usaha mencipta Sentiasa melibatkan diri dengan urusan jual
barangan keluaran sendiri beli
Mementingkan kejayaan dan kepuasan, Sentiasa berusaha menambah keuntungan
bukannya keuntungan semata-mata
Mengikut segala pembaharuan untuk Tidak tertarik dengan perkembangan
menambah kreativiti teknologi dan perubahan-perubahan
Memperkenalkan barangan baru yang Menjual barangan yang sedia ada dalam
boleh menembusi pasaran pasaran
Persaingan adalah satu cabaran yang Menghadapi persaingan sebagai cabaran
memerlukan penelitian rapi untuk terus biasa
hidup
Merenung jauh kehadapan dan sentiasa Berfikir hanya untuk menyelesaikan
berfikit untuk meningkatkan kemajuan pada masalah harian
masa hadapan
Mementingkan keuntungan jangkamasa Mementingkan keuntungan jangka masa
panjang pendek
27
Aktiviti Pengukuhan 5
Ujikan Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
1 Nyatakan perbezaan di antara usahawan dan peniaga .
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
28
Maklumbalas Pengukuhan 5
Perbezaan antara usahawan dan peniaga ialah :-
Usahawan
1) Usahawan lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat dan pembangunan
negara.
2) Usahawan merupakan peniaga yang sentiasa membuat pengubahsuaian kepada
produk atau perkhidmatan yang sedia ada dan mencari idea-idea baru.
3) Contoh: En. Zulkifli menjalankan perniagaan runcit. Ia melabelkan harga barangan,
menyusun barangan mengikut jenis-jenis tertentu dan kedainya berhawa dingin.
Seorang juruwang ditugaskan di kaunter pembayaran. Kedai runcitnya seakan-akan
sebuah pasar raya. Ia mempunyai beberapa cawangan di bandar lain.
Peniaga
1) Peniaga lebih mementingkan keuntungan daripada khidmat kepada masyarakat dan
pembangunan negara.
2) Peniaga merupakan orang yang membeli sesuatu barangan pada harga yang rendah
dan menjual pada harga yang tinggi.
3) Contoh: En. Ahmad memiliki sebuah kedai runcit. Ia membeli barang-barang runcit
daripada pemborong dan meletakkan barangannya di kedai untuk dijual kepada
pengguna.
29
1.5 Memahami peranan usahawan
Seorang usahawan merupakan individu yang akan memulakan sesebuah perniagaan secara
kreatif dan inovatif serta beliau juga sentiasa berusaha untuk mengembangkan
perniagaannya secara berterusan. Di mana sebagai seorang usahawan ia mempunyai
beberapa peranan dalam membentuk sesebuah perniagaan. Oleh itu, setiap usahawan itu
perlu memahami peranannya sebagai seorang usahawan.
Terdapat beberapa peranan sebagai seorang usahawan. Di antara peranan usahawan
adalah:
a) Peranan usahawan kepada diri sendiri.
Peluang memiliki perniagaan sendiri merupakan impian bagi setiap individu yang bergelar
usahawan. Ini kerana seorang usahawan yang memiliki perniagaan sendiri ia bebas
memainkan peranan dalam usaha untuk mencapai misi dan visinya dalam perniagaan yang
di ceburi.
Jika sesebuah perniagaan itu sukses maka ia boleh meneruskan perniagaan itu dengan lebih
gigih dan proaktif lagi. Contohnya, apabila seorang usahawan memerlukan tambahan modal
untuk mengembangkan lagi perniagaannya maka beliau boleh membuat Pinjaman
Perniagaan Untuk Usahawan.
Di mana pada tahun 2019, kerajaan telah menyediakan empat (4) jenis Pinjaman Perniagaan
Untuk Usahawan Baru atau Lama. Berikut merupakan senarai Pinjaman Perniagaan 2019
Untuk Usahawan Baru atau Lama iaitu :
TEKUN Nasional,
Prosper PUNB,
Superb Teraju dan
Pinjaman Mara.
i. TEKUN Nasional
TEKUN Nasional merupakan nama baharu bagi Yayasan TEKUN Nasional. Di mana ia
merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.
Kementerian ini menyediakan beberapa kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat
kepada bumiputera yang ingin memulakan perniagaan dan memajukan lagi perniagaan
mereka.
30
Terdapat beberapa skim pinjaman perniagaan yang disediakan oleh TEKUN. Di antara
pinjaman perniagaan yang disediakan oleh TEKUN ialah :
i. Skim Pembiayaan TEKUN Nasional
ii. Skim Pembiayaan Teman TEKUN
iii. Skim Pembiayaan Program TemanNita
iv. Skim Pembiayaan Kontra-i
v. AR-RAHNU TEKUN
Berdasarkan dibawah Pinjaman ini ianya menyediakan pinjaman bermula daripada RM10,000
sehingga RM100,000 bagi tempoh 5 – 10 tahun sehingga RM100,000 bagi tempoh 5-10 tahun
(TEKUN, 2019).
ii. PROSPER PUNB
Manakala PROSPER PUNB juga merupakan salah satu pinjaman yang disediakan untuk para
usahawan. Pinjaman ini merupakan produk pembiayaan berasaskan Shari’ah daripada
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Di mana jumlah pembiayaan yang
ditawarkan adalah sehingga RM100,000 bagi tempoh bayaran balik 7 tahun. Di sampimg itu,
PUNB juga menyediakan atau menawarkan program pembangunan korporat dan latihan
pembangunan kepada para usahawan yang berminat untuk menambahkan ilmu pengetahuan
dalam konteks keusahawaan (PUNB, 2019).
31
iii. SUPERB TERAJU
Unit Peneraju Agenda Bumiputera atau TERAJU merupakan unit strategik di Jabatan Perdana
Menteri. Penubuhan unit ini bertujuan menerajui, memacu dan menyelaras penyertaan
Bumiputera dalam ekonomi negara selaras dengan Pelan Transformasi Negara. Ini adalah
kerana program ini dibuka kepada Bumiputera yang berminat untuk menjadi usahawan atau
syarikat Bumiputera yang telah beroperasi kurang daripada tiga (3) tahun.
Pemilihan usahawan untuk program ini akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan
SUPERB yang dianggotai sekumpulan panel usahawan yang berjaya dalam skop bidang
perniagaan masing-masing.
iv. Pinjaman Perniagaan MARA
Pinjaman seterusnya bagi usahawan baru atau lama adalah daripada Majlis Amanah Rakyat
atau MARA. Di mana MARA menyediakan skim pembiayaan perniagaan kepada usahawan
baru atau lama sehingga RM5 juta.
Di samping itu, MARA juga menyediakan beberapa skim pembiayaan perniagaan mengikut
kesesuaian sesuatu bisnes yang dijalankan. Di antara pinjaman perniagaan yang disediakan
oleh MARA ialah :
i. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
ii. Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)
iii. Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU
iv. Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi)
v. Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
vi. MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)
vii. Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS)
32
Oleh itu, peranan usahawan kepada diri sendiri jelas ia dapat meningkatkan pendapatan dan
menaikkan taraf hidup beliau. Selain itu juga, beliau dapat berdikari dalam menguruskan
perniagaan yang dijalankan dengan lebih kreatif dan inovatif. Dengan kata lain, para
usahawan dapat membangunkan potensi diri dan meningkatkan ciri-ciri positif dalam skop
perniagaan masing-masing.
b) Peranan usahawan kepada keluarga.
Peranan usahawan seterusnya adalah kepada keluarga. Di mana kerjaya sebagai seorang
usahawan juga berperanan dalam menaikkan taraf hidup dan kesejahteraan bagi keluarga
beliau. Di samping itu juga, ia dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada
ahli keluarga mereka. Khususnya kepada golongan muda untuk memperkembangan potensi
diri serta dapat meningkatkan status sosial mereka dalam dunia global yang penuh cabaran.
Selain itu, golongan muda juga dapat memperkembangkan kebolehan berniaga di kalangan
ahli keluarga dan seterusnya dapat menjana pendapatan buat keluarga mereka.
c) Peranan usahawan kepada masyarakat.
Usahawan juga mempunyai peranan kepada masyarakat. Antaranya ialah usahawan dapat
memberikan peluang pekerjaan kepada masyakarat. Melalui pendekatan ini, usahawan itu
dapat meningkatkan taraf hidup sesebuah masyarakat setempat. Di mana apabila upah atau
gaji dapat memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat setempat maka ia dapat
memberikan keselesaan hidup kepada mereka. Maka secara tidak langsung mereka dapat
menikmati kualiti hidup yang lebih baik berbanding dengan sebelumnya.
Bagi seorang usahawan yang berjaya ia bukan sahaja memberi peluang pekerjaan kepada
masyarakat setempat tetapi mereka juga dapat memperbaiki infrastruktur dalam sesebuah
kawasan perniagaannya. Di mana kualiti infrastruktur dalam sesebuah kawasan
perniagaannya dapat di tingkatkan dan ianya dapat di nikmati oleh rakyat dengan lebih baik
dan lebih selesa. Contohnya, usahawan menyediakan jalanraya, keperluan elektrik,
kemudahan internet dan beberapa keperluan lagi.
Selain itu, usahawan juga berperanan mewujudkan dan mempelbagaikan pilihan barangan
atau produk dan perkhidmatan kepada masyarakat. Di samping itu juga, usahawan dapat
menggunakan teknologi baru dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan baru mereka.
Melalui peranan ini, kreativiti dan inovasi seseorang usahawan dalam menghasilkan produk
atau perkhidmatan baru dapat memberikan kehidupan kepada masyarakat dengan lebih
selesa. Maka dengan itu, usahawan dapat melahirkan masyarakat unggul dan berdaya saing.
33
d) Peranan usahawan kepada pembangunan negara.
Peranan usahawan terhadap negara amat besar dan ia merupakan pemangkin kepada
pembangunan negara. Di mana sebagai seorang usahawan ia akan menggunakan sumber-
sumber dengan cekap dan berkesan serta menambahkan nilai terhadap sumber-sumber
tersebut. Sebagai contohnya kawasan yang telah lama ditinggalkan apabila usahawan
mengusahakan kawasan itu menjadi kawasan rekreasi, maka kawasan rekreasi itu telah
menjadi pemangkin kepada pertumbuhan beberapa industri antaranya kompleks membeli
belah, perbankan dan perhotelan.
Peranan seterusnya usahawan juga dapat meningkatkan pendapatan negara. Di mana,
kegiatan keusahawanan akan menghasilkan cukai yang menjadi pendapatan penting kepada
sesebuah negara. Melalui peranan ini, contohnya negara mendapat pendapatan meliputi
cukai jualan, duti import, duti eksport, duti eksais, cukai syarikat, cukai pendapatan dan lain-
lain.
Percambahan kegiatan keusahawan juga merupakan peranan usahawan kepada
pembangunan negara. Di mana, kegiatan keusahawanan dapat mengurangkan
kebergantungan produk atau perkhidmatan kepada negara luar. Oleh kerana itu, apabila
usahawan membangunkan pelbagai jenis industri yang menghasilkan pelbagai produk dan
perkhidmatan maka komuniti setempat dapat menikmati produk tempatan dan secara tidak
langsung dapat mengurangkan pembeliaan produk import yang biasanya adalah lebih mahal
jika di bandingkan dengan produk tempatan.
Usahawan juga memainkan peranan dalam meningkatkan pertukaran wang asing. Di mana
melalui aspek kegiatan keusahawanan ia dapat menghasilkan pelbagai jenis produk untuk
dieksport ke luar negara. Ini yang dikatakan dapat menghasilkan pendapatan kepada negara
dari segi pertukaran wang asing. Antara contoh industri yang memberi sumbangan dari aspek
pertukaran wang asing adalah industri pelancongan, industri pertanian, industri automatif dan
beberapa industri lain lagi. Berdasarkan industri automatif dengan adanya kereta nasional
buatan sendiri ia dapat memberi lebih banyak lagi peningkatan pembangunan negara. Di
mana sebagai contohnya Malaysia telah mengeluarkan dua jenis kereta iaitu kereta Proton
dan kereta Perodua serta Modenas untuk motorsikal. Semestinya dengan pengeluaran kereta
dan motorsikal ini juga dapat meningkatkan pertukaran wang asing kepada negara Malaysia.
34
e) Peranan usahawan kepada agama.
Usahawan juga mempunyai peranan kepada agama. Di mana sebagai usahawan ia
bertanggungjawab dan wajib membayar zakat serta digalakkan memberi derma dan
bersedekah. Melalui sumbangan ini ia dapat meningkatkan syiar Islam dalam kalangan
masyarakat. Sebagai contohnya usahawan memberi bantuan dalam pembangunan sekolah,
istitusi agama, masjid, memberi biasiswa kepada yang memerlukan dan mengurangkan kadar
kemiskinan dalam komuniti setempat. Maka dengan cara ini ia dapat membantu
meningkatkan status umat Islam.
Menerusi peranan ini, usahawan juga dapat membangunkan sesebuah negara. Sebagai
contoh agama rasmi bagi Malaysia adalah agama Islam, maka produk yang dikeluarkan
ataupun dihasilkan adalah halal dan mempunyai sijil Halal. Di mana persijilan halal Malaysia
telah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai antara yang terbaik di dunia. Maka dengan
itu orang ramai lebih yakin mengggunakan produk yg di keluarkan oleh negara tersebut. Ini
kerana ianya lebih bersih jika memepunyai sijil halal.
Seperti yang sedia maklum agama Islam merupakan sebagai al-din yang mana ia
merangkumi semua bidang dalam ekonomi. Selain itu juga, ciri-ciri kebersihan produk
diterapkan dalam perniagaan berlandaskan hukum agama seperti tidak melibatkan unsur-
unsur rasuah dan amalan riba.
1.6 Memilih keusahawanan sebagai satu kerjaya
Setiap orang mempunyai pandangan dan persepsi yang berbeza-beza dalam memilih
kerjaya. Beberapa faktor penting yang biasanya di ambilkira dalam pemilihan sesuatu kerjaya
antaranya seperti gaji, kemudahan yang disediakan, tempat tinggal dan sebagainya.
Oleh sebab itu, kini bidang keusahawan menjadi antara pilihan sebagai satu kerjaya dalam
kehidupan. Ada beberapa faktor penyumbang kepada pilihan kerjaya tersebut. Antara
faktornya ialah :
a. Tidak memerlukan modal yang banyak.
Untuk bergelar sebagai seorang usahawan, penubuhan bagi satu perniagaan tidak
memerlukan modal yang banyak. Jika perniagaan yang dipilih itu merupakan ruang dan lubuk
rezeki untuk meningkatkan taraf kewangan. Contoh perniagaan yang boleh diceburi yang
tidak memerlukan modal yang banyak adalah seperti :
35
menjual perbagai jenis air yang berperisa. Contohnya air sirap, air soya dan air buah-
buahan.
penjualan burger. Ini kerana burger merupakan antara makanan popular bagi rakyat
Malaysia. Burger popular kerana ia sedap dan mudah untuk di dapati.
menjual pisang goreng. Usahawan yang menceburi perniagaan ini boleh mendapat
keuntungan yang lebih baik.
b. Mahukan kebebasan.
Kebiasaannya setiap individu mempunyai sikap yang berbeza-beza. Begitu juga dengan
kehendak yang tidak sama. Oleh itu, ada individu yang tidak dapat menerima arahan-arahan
daripada pihak atasan ataupun tidak suka diperintah oleh individu lain dalam urusan
kerjayanya.
Selain itu juga, ada individu yang tidak suka terikat dengan waktu kerja sebagai contohnya
masuk kerja jam 8 pagi, kemudian balik kerja jam 5 petang. Mereka akan rasa sangat tertekan
dengan jadual kerja tetap.
Oleh yang demikian, bidang keusahawanan adalah antara pilihan yang tepat sebagai kerjaya
dalam melakukan pekerjaan. Ini adalah kerana jadual kerja adalah lebih fleksibel, bebas untuk
melakukan pekerjaan dan boleh menjalankan perniagaan tanpa diperintah oleh orang lain.
c. Meminati Bidang Keusahawanan
Faktor seterusnya adalah minat untuk menceburi dalam bidang keusahawanan. Di mana jika
sesuatu kerja yang diceburi itu berasaskan kepada minat maka ia akan menghasilkan
kepuasaan dalam kerjaya. Contohnya jika mempunyai minat kepada pelbagai jenis tudung.
Maka tidak mustahil ia boleh menjadikan industri tudung dan fesyen sebagai satu kerjaya
kepada beliau. Seorang usahawan perlu sentiasa menimba ilmu yang baru bergerak seiring
dengan teknologi semasa. Ini kerana industri tudung dan fesyen merupakan satu keperluan
di mana ia tak lapuk dek hujan tak lekang di panas.
36
d. Bisnes keluarga
Selain itu, bidang keusahawanan juga datang daripada ahli keluarga iaitu turun temurun
ataupun diwarisi perniagaan tersebut. Di mana pada masa hadapan ia boleh terus belajar dan
mengikuti jejak langkah ahli keluarganya dalam bidang perniagaan yang telah sedia ada.
Antara contoh perniagaan yang diwarisi adalah :
Ramly Food Processing Sdn. Bhd. – antara produk yang dikeluarkan adalah burger
Ramly.
Syarikat Faiza Sdn Bhd – antara produk yang dikelurkan adalah beras Faiza.
Zara Foof Industries – antara produk yang dikeluarkan adalah Kicap Kipas Udang
Naza Corporation Holdings Sdn Bhd - antara pengeluar automatif terkemuka negara.
Mydin Mohamed Holdings Bhd – merupakan pemilik rangkaian pasar raya Mydin.
Jika tidak ada ahli keluarga yang melakukan perniagaan sebelum ini maka tidak mustahil
individu tersebut juga boleh menjadi seorang usahawan. Ini kerana semuanya bergantung
kepada minat yang tinggi dan fokus kepada objektif yang telah ditetapkan. Di mana dengan
minat yang tinggi maka ilmu dapat diperolehi dengan membaca majalah-majalah
keusahawanan, mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang keusahawanan serta
belajar daripada faktor-faktor kejayaan seseorang usahawan yang telah berjaya dalam bidang
yang diceburi oleh mereka.
e. Suka pada cabaran ataupun risiko
Setiap individu mempunyai sikap dan minat yang berbeza-beza. Maka ada juga individu yang
memilih untuk menjadi usahawan sebagai satu kerjaya kerana mereka suka pada cabaran.
Di mana ada pandangan yang mengatakan bahawa jika pekerjaan seperti makan gaji maka
cabarannya dalam pekerjaan tidak mencabar. Oleh itu, jika menjadi seorang usahawan maka
ia akan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Sebagai contohnya, perlu menyediakan dan
memantau kewangan perniagaan, perlu melakukan pelbagai strategi jualan produk
perniagaan, perlu memantau pengeluaran setiap produk, perlu melakukan penyelidikan
terhadap produk perniagaan bagi satu tempoh dalam perniagaan dan pelbagai urusan penting
lagi yang berkaitan dengan perniagaan yang diceburi.
Sebagai kesimpulannya, bidang keusahawanan ini merupakan salah satu kerjaya yang
sangat mulia. Di mana seorang usahawan itu akan dapat membantu membangunkan
kehidupannya dan juga orang lain serta dapat membantu negara meningkatkan taraf ekonomi
untuk menjadi lebih baik dan lebih maju.
37
Aktiviti Pengukuhan 6
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
1. Berikan lima (5) peranan sebagai seorang usahawan.
i. ……………………………………………………………
ii. ……………………………………………………………
iii. ……………………………………………………………
iv. ……………………………………………………………
v. ……………………………….……………………………
2. Senaraikan Pinjaman Perniagaan 2019 Untuk Usahawan Baru atau Lama di bawah :
i. ……………………………………………………………
ii. ……………………………………………………………
iii. ……………………………………………………………
iv. ……………………………………………………………
3. Apakah peranan usahawan kepada keluarga itu penting?
………………………………………………………………………
………………………………………………………………………
………………………………………………………………………
38
Maklumbalas Pengukuhan 6
1. Berikan lima (5) peranan sebagai seorang usahawan.
i. Peranan usahawan kepada diri sendiri.
ii. Peranan usahawan kepada keluarga.
iii. Peranan usahawan kepada masyarakat
iv. Peranan usahawan kepada pembangunan negara.
v. Peranan usahawan kepada agama.
2. Senaraikan Pinjaman Perniagaan 2019 Untuk Usahawan Baru atau Lama di
bawah :
i. TEKUN Nasional,
ii. Prosper PUNB,
iii. Superb Teraju dan
iv. Pinjaman Mara
3. Apakah peranan usahawan kepada keluarga itu penting?
Ya peranan usahawan kepada keluarga itu penting kerana ia dapat menaikkan taraf hidup
dan kesejahteraan bagi sesebuah keluarga. Di samping itu juga, ia dapat menyediakan lebih
banyak peluang pekerjaan kepada ahli keluarga mereka.
39
Aktiviti Pengukuhan 7
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
1. Nyatakan lima (5) faktor penyumbang kerjaya keusahawanan menjadi sebagai satu
pilihan :
i. ………………………………………………………………………
ii. ………………………………………………………………………
iii. ………………………………………………………………………
iv. ………………………………………………………………………
v. ………………………………………………………………………
2. Huraikan faktor keusahawanan mahukan kebebasan dalam pemilihan kerjaya.
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………..
3. Jika anda seorang usahawan nyatakan peranan yang boleh anda sumbangkan
kepada diri anda, masyarakat dan negara
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………..
40
Maklumbalas Pengukuhan 7
1. Nyatakan lima (5) faktor penyumbang kerjaya keusahawanan menjadi sebagai satu
pilihan :
a. Tidak memerlukan modal yang banyak.
b. Mahukan kebebasan.
c. Meminati Bidang Keusahawanan
d. Bisnes keluarga
e. Suka pada cabaran ataupun risiko
2. Huraikan faktor keusahawanan mahukan kebebasan dalam pemilihan kerjaya.
Di mana ada individu yang tidak suka menerima arahan daripada pihak atasan ataupun tidak
suka diperintah oleh individu lain dalam urusan kerjayanya.
Selain itu juga, ada individu yang tidak suka terikat dengan waktu kerja sebagai contohnya
mereka perlu masuk kerja jam 8 pagi, kemudian mereka balik kerja pada jam 5 petang. Ini
akan menyebabkan mereka sangat tertekan dengan jadual kerja tetap yang perlu dipatuhi.
Oleh yang demikian, bidang keusahawanan adalah antara pilihan yang tepat sebagai kerjaya
dalam melakukan pekerjaan. Ini adalah kerana jadual kerja adalah lebih fleksibel, bebas untuk
melakukan pekerjaan dan boleh menjalankan perniagaan tanpa diperintah oleh orang lain.
3. Jika anda seorang usahawan nyatakan peranan yang boleh anda sumbangkan
kepada diri anda, masyarakat dan negara.
Peranan yang boleh dimainkan oleh anda kepada diri, masyarakat dan negara antaranya
ialah:
Dapat mengawal dan mengubah nasib sendiri
Dapat menjadi contoh kepada masyarakat
Dapat memberi peluang-peluang pekerjaan
Dapat membantu negara meningkatkan taraf ekonomi penduduk dan negara.
Dapat mencapai atau menggunakan potensi diri yang maksimun serta kreatif dan
inovatif dalam menghasilkan sesuatu produk.
Dapat memperoleh keuntungan
Dapat mengharumkan nama negara dengan kejayaan yang dicipta ataupun produk
yang dihasilkan.
41
Bab
2
PENGURUSAN KELAB/PERSATUAN SUKAN
Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:
i. Mengetahui panduan dalam menguruskan kelab/persatuan sukan
ii. Mempelajari dan mempraktikkan panduan pengurusan Kelab dalam
menguruskan aktiviti.
2 Latar Belakang
Inisiatif penubuhan kelab dan persatuan yang dipimpin, dianggotai dan digerakkan
sepenuhnya oleh pelajar adalah bagi memenuhi hasrat untuk menggiatkan
pelaksanaan program aktiviti kokurikulum di seluruh Politeknik Malaysia. Ia bertujuan
untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan kemahiran kepimpinan di
kalangan pelajar yang dilihat akan memberi impak yang sangat besar kepada
penyemarakan kegiatan aktiviti sihat sebagai sebahagian daripada keperluan
memenuhi syarat bergraduat. Usaha murni ini dilihat sebagai satu langkah positif
dalam membentuk keperibadian mulia seorang pemimpin. Setiap pelajar mempunyai
bakat dan minat serta potensi tersendiri. Dengan pengendalian proses pengajaran
dan pembelajaran formal dan tidak formal, kesungguhan, pengetahuan dan
kemahiran para pelajar dapat dipertingkatkan ke tahap paling optimum. Ini selaras
dengan usaha kerajaan untuk melahirkan insan yang berwibawa, berketerampilan dan
berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin pelajar dan berpotensi mengembangkan bakat
kepimpinan ke peringkat lebih tinggi dalam kehidupan akan datang.
42
2.1 Objektif
Pensyarah dan pelajar akan:
1. Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai kepimpinan yang diperlukan untuk
memimpin, mengurus dan mengoperasikan Kelab/Persatuan sukan di
Politeknik.
2. Mengetahui dan memahami kaedah, strategi serta prinsip pengurusan
Kelab/Persatuan sukan yang berkesan.
3. Mengetahui dan memahami kaedah dan ilmu kepimpinan hingga mampu
memotivasikan ahli-ahli Kelab/Persatuan sukan di bawah pimpinan.
4. Memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam merancang, mengelola, menyelia
dan menilai aktiviti Kelab/Persatuan sukan.
5. Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan
dan mempunyai tambah nilai yang positif.
2.2 Misi Khusus
1. Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan Kelab/Persatuan sukan di
Politeknik dalam konteks pendidikan dan kepimpinan.
2. Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan Kelab/Persatuan sukan.
3. Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan
Kelab/Persatuan sukan
4. Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengendalian aktiviti
Kelab/Persatuan sukan di Politeknik berdasarkan undang-undang sedia ada.
5. Membentang dan menjelaskankan ciri-ciri dan nilai asas kepimpinan.
6. Menjelaskan tanggungjawab dan peranan pelajar dalam penyumbang kepada
masyarakat dan negara.
43
2.3 Kelab/Persatuan sukan
Definisi:
Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan
berkempimpinan yang dianggotai oleh pelajar-pelajar yang mempunyai minat,
kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling
berkerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti
dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama
bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-
masing.
Tujuan penubuhan Kelab/Persatuan sukan:
Menggabungkan pelajar-pelajar yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan
kecenderungan yang sama supaya pelajar-pelajar berpeluang dan berkesempatan:
1. Merancang dan melaksanakan aktiviti secara berkumpulan.
2. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan
digemari.
3. Menentapkan matlamat dan KPI yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.
4. Berkongsi sumber dan peralatan.
5. Mewujudkan peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengembangkan bakat dan
potensi kepimpinan.
6. Mewujudkan platform yang tepat dalam membantu mengembangkan bakat
pelajar dan potensi ke satu tahap yang lebih tinggi.
Pengurusan Kelab/Persatuan sukan
1. Pelajar-pelajar membentuk jawatankuasa dengan menetapkan beberapa
perkara pokok:
a. Tujuan dan matlamat.
b. Aktiviti dan kegiatan utama.
c. Peraturan-peraturan (Perlembagaan)
d. Ahli Jawatankuasa
2. Mengadakan Mesyuarat Agong.
3. Mengoperasikan kelab/persatuan.
44
Pengurusan Kewangan
1. Memberi pendedahan kepada pelajar khususnya kepada Bendahari yang
dilantik dalam menguruskan kewangan secara sistematik.
2. Melahirkan pelajar yang celik pengurusan kewangan.
3. Melicinkan perjalanan Kelab/Persatuan sukan dalam mengendalikan sebarang
aktiviti yang telah dirancang.
4. Tugas-tugas Bendahari dan Penolong Bendahari.
a. Menyediakan Buku Tunai
i. Buku resit
ii. Borang Pesanan
iii. Boucar Bayaran
b. Menyediakan satu fail kewangan bagi menyimpan semua dokumen
berkaitan urusan kewangan kelab/persatuan sukan.
c. Membuat pelarasan akaun.
d. Membuat kutipan derma/yuran keahlian dan sumbangan khusus bagi
menjalankan aktiviti.
e. Menyediakan anggaran perbelanjaan sesuatu aktiviti/program.
f. Membentang pelaporan kewangan di dalam mesyuarat.
g. Menyediakan Penyata Kewangan Tahun Berakhir untuk dibentangkan
dalam Mesyuarat Agong.
h. Penyalahgunaan wang Kelab/Persatuan sukan adalah satu kesalahan
yang serius dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
5. Tugas Pemeriksa Kira-Kira
a. Menyemak buku tunai pada setiap hujung bulan.
b. Memberikan teguran sekiranya ada butiran yang salah.
c. Bertanggungjawab ke atas Penyata Kewangan yang telah disahkan.
45