POLITEKNIK PORT DICKSON
MODUL
KOKURIKULUM
PENGGUNA
EDISI PERTAMA
MOHD FIRDAUS BIN ABU BAKAR
NOORHASLINA BINTI AZANI
AZMAN BIN JAMHURI
MODUL KOKURIKULUM
PENGGUNA
MOHD FIRDAUS BIN ABU BAKAR
NOORHASLINA BINTI AZANI
AZMAN BIN JAMHURI
www.polipd.edu.my
2020
Edisi Pertama 2020
© MOHD FIRDAUS BIN ABU BAKAR, NOORHASLINA BINTI AZANI
& AZMAN BIN JAMHURI
Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk yang lain, sama ada dengan cara
elektronik, mekanik, fotokopi, gambar, rakaman, dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran
daripada Politeknik Port Dickson.
MODUL KOKURIKULUM PENGGUNA
e-ISBN:978-967-2246-79-4
Penulis:
MOHD FIRDAUS BIN ABU BAKAR
NOORHASLINA BINTI AZANI
AZMAN BIN JAMHURI
Diterbitkan oleh:
POLITEKNIK PORT DICKSON
KM 14 JALAN PANTAI
71050 SI RUSA, PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN
TEL: 06-662 2000/2111
FAKS: 06-66202026/2027
Emel : [email protected]
Laman Web: www.polipd.edu.my
KATA PENGANTAR
Modul Kokurikulum Pengguna ini ditulis bagi kegunaan pelajar-pelajar semester 2
yang mengambil subjek ko-kurikulum MPU24021 Kelab/Persatuan. Subjek ini
merupakan salah satu subjek yang wajib diambil oleh setiap pelajar politeknik di
Malaysia di mana pelajar boleh membuat pilihan Kelab/ Persatuan yang mereka
minati dan mendaftar di bawah kelab/persatuan tersebut. Modul ini terdiri daripada
5 tajuk yang mencakupi kebanyakan isi kandungan di dalam silibus. Tajuk-tajuk di
dalam modul ini terdiri daripada Pengenalan, Pengguna dan Kepenggunaan, Agensi
yang terlibat dan hubungkait, Peraturan dan Undang-undang Pengguna dan
Kemahiran Insaniah Pengurusan Kelab/Persatuan. Isi kandungan modul ini akan
memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar yang mendaftar di bawah
Kelab Pengguna berkaitan tanggungjawab dan hak-hak sebagai pengguna. Ini
kerana, sebagai pengguna kita perlu mengetahui hak-hak sebagai pengguna untuk
mengelakkan ditipu oleh pihak penjual dan penyedia perkhidmatan. Selain itu,
pelajar-pelajar juga akan didedahkan dengan agensi-agensi yang terlibat dengan
pengguna seperti KPDNHEP dan TTPM. Akta-akta yang berkaitan pengguna juga
akan diterangkan kepada pelajar. Di dalam topik kemahiran insaniah pengurusan
kelab/persatuan, pelajar akan diberikan pendedahan untuk menguruskan
mesyuarat, menguruskan dokumen dan fail, mengelolakan aktiviti dan diberi
pendedahan serta format untuk membuat kertas kerja untuk memohon peruntukan
seterusnya membuat pelaporan aktiviti. Dengan adanya modul ini adalah
diharapkan agar dapat memberi panduan kepada pensyarah/pengajar bagi subjek
ko-kurikulum Kelab Pengguna ini dan dapat memberikan manfaat dan pengetahuan
kepada pelajar-pelajar yang mengambil subjek ini.
Pihak penulis amat berbesar hati untuk menerima sebarang komen dan cadangan
bagi penambahbaikan modul ini di masa hadapan.
Barisan Penulis:
MOHD FIRDAUS BIN ABU BAKAR
NOORHASLINA BINTI AZANI
AZMAN BIN JAMHURI
i
SENARAI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
BAB 1 : PENGENALAN 1
2
1.1 : Sejarah Persatuan Pengguna 4
1.2 : Perkembangan Persatuan Pengguna 5
1.3 : Kepentingan Persatuan Pengguna
1.4 : Peranan Persatuan Pengguna
BAB 2 : PENGGUNA DAN KEPENGGUNAAN 8
8
2.1 Pengguna 9
2.1.1 Jenis pengguna 10
10
2.2 Kepenggunaan 11
2.3 Tanggungjawab pengguna 11
12
2.3.1 Meningkatkan ilmu pengetahuan 12
2.3.2 Bersiap sedia 13
2.3.3 Membuat pilihan 13
2.3.4 Merancang perbelanjaan 13
2.3.5 Semak dulu sebelum membeli 14
2.4 Hak-hak pengguna 15
2.4.1 Hak untuk mendapatkan keperluan asas 15
2.4.2 Hak mendapatkan keselamatan 16
2.4.3 Hak untuk mendapatkan maklumat 16
2.4.4 Hak untuk membuat pilihan 17
2.4.5 Hak untuk bersuara 18
2.4.6 Hak mendapatkan ganti rugi 19
2.4.7 Hak mendapatkan pendidikan pengguna 22
2.4.8 Hak mendapatkan alam sekitar yang sihat
2.5 Penubuhan dan peranan Kelab Pengguna
2.6 Contoh aktiviti dan pertandingan Kelab Pengguna
2.7 Hari Pengguna Malaysia
ii
BAB 3 : AGENSI YANG TERLIBAT DAN HUBUNGKAIT
3.1 Latar belakang agensi 24
3.2 Fungsi KPDNHEP 24
3.3 Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) 27
3.3.1 Peranan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia 28
3.3.2 Bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna 29
Malaysia
BAB 4 : PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PENGGUNA
4.1 Akta yang digunakan bagi melindungi hak di Malaysia 35
4.1.1 Akta Perlindungan Pengguna 1999 35
4.1.2 Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan 35
Pelesenan) 1966
4.1.3 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 36
4.1.4 Akta Kualiti Alam Sekitar 36
4.1.5 Akta Bankrap 1967 36
4.1.6 Akta Perihal Dagangan 2011 36
4.1.7 Akta Sewa Beli 1967 37
4.1.8 Akta Kontrak 1950 37
4.1.9 Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 37
4.1.10 Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 38
4.1.11 Akta Makanan 1983 38
4.1.12 Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 38
1993
4.1.13 Akta Timbang Sukat 1972 38
4.1.14 Akta Kawalan Bekalan 1961 38
BAB 5 : KEMAHIRAN INSANIAH PENGURUSAN KELAB / PERSATUAN
Latar belakang 41
Objektif 41
Misi Khusus 42
Kelab / Persatuan 42
Pengurusan Mesyuarat 44
Pengurusan Fail 46
iii
Pengurusan Aktiviti / Projek / Program 47
Rujukan 62
iv
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Harga barangan kawalan di Malaysia 1
1.2 Logo Rasmi FOMCA 4
1.3 Statistik kes penipuan dalam laman sesawang e-dagang 5
1.4 Logo sebuah persatuan pengguna di Malaysia 6
1.5 Senarai harga kawalan bagi topeng muka sempena 7
pandemik COVID-19
2.1 Kempen pengguna bijak oleh kerajaan 8
2.2 Jenis pengguna akhir 9
2.3 Forum pengguna yang dilaksanakan di Malaysia 9
2.4 Graf kejatuhan harga minyak dunia ketika pandemik 10
COVID-19
2.5 Kesan kejatuhan harga minyak dunia kepada harga 11
minyak negara
2.6 Perbandingan harga dua produk yang sama jenis 12
2.7 Keperluan asas manusia 13
2.8 Kualiti produk yang dibeli sebelum dan selepas diterima 14
2.9 Aplikasi Semak Harga 14
2.10 Perbezaan barang asli dan tiruan 15
2.11 Aduan boleh dibuat kepada pihak berwajib 15
2.12 Pembelian barang yang telah tamat tarikh luput 16
2.13 Pencemaran sungai akibat kerakusan manusia 17
2.14 Informasi mengenai hak pengguna 18
2.15 Kempen Go-green 20
2.16 Kempen anti dadah 20
2.17 Contoh aktiviti bagi Kelab Pengguna 21
2.18 Logo Hari Pengguna Malaysia 2020 22
3.1 Logo KPDNHEP 24
3.2 Aplikasi paparan harga barangan 26
3.3 Logo tribunal tuntutan pengguna Malaysia 27
3.4 Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia 28
3.5 Jenis tuntutan yang boleh dituntut di TTPM 30
v
4.1 Buku akta perlindungan pengguna 32
4.2 Amalan norma baru mengekang COVID-19 33
4.3 Indeks harga pengguna Disember 2019 39
vi
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Undang-undang pengguna di Malaysia 41
vii
BAB 1: PENGENALAN
Hasil pembelajaran:
1) Mengetahui sejarah dan penubuhan persatuan pengguna
2) Memahami fungsi persatuan pengguna
3) Mengetahui kepentingan persatuan pengguna
1.1 Sejarah Persatuan Pengguna
Ekoran isu ketidakstabilan harga terutamanya yang melibatkan harga
barangan keperluan pada penghujung 1964, para pengguna di Malaysia mula
menggesa kerajaan mengambil tindakan dari segi penstabilan dan pemantapan
harga. Kenaikan harga barangan semakin memuncak apabila tibanya musim
perayaan dan ianya dinaikkan sewenang-wenangnya tanpa ada pemantauan
daripada pihak berkuasa.
Rentetan dari isu kenaikan harga barang yang tidak dikawal
menyebabkan Persatuan Pengguna Selangor ditubuhkan dan merupakan
persatuan pengguna pertama yang diwujudkan di negara ini.
Tanggal 26 Julai 1971 sehingga kini merupakan tarikh sambutan bagi
meraikan penubuhan persatuan pengguna yang mana semakin tumbuh
bagaikan cendawan di serata negara. Pengguna di Malaysia semakin terjamin
disebabkan perkembangan perlindungan yang dilaksanakan di negara ini.
Rajah 1.1: Harga barangan kawalan di Malaysia
1
“Akta Perlindungan Pengguna 1999” telah berjaya digubal dan
secara tidak langsung telah menjurus kepada penubuhan Tribunal Malaysia
yang pertama kalinya dilancarkan dengan tema “Pengguna Bermaklumat,
Negara Bermanfaat”.
1.2 Perkembangan Persatuan Pengguna
Penubuhan persatuan pengguna bermula di peringkat negeri sebelum
digabungkan di bawah pertubuhan di peringkat nasional. Di antara pertubuhan
pengguna yang mula diwujudkan adalah:
1. Persatuan Pengguna Selangor (SCA) - Januari 1965
2. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) -November
1969
3. Persatuan Pengguna Sarawak (CAS) - Februari 1971
4. Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (CANS) - Mac 1971
Ini diikuti dengan penubuhan beberapa persatuan pengguna di negeri lain iaitu:
1. Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) - Julai 1971
2. Persatuan Pengguna Perak (PCA) - Mac 1972
3. Persatuan Pengguna Melaka (CAM) - May 1972
Persatuan di atas diwujudkan selepas satu mesyuarat yang telah
diadakan di Genting Highland bagi membincangkan penubuhan persatuan
gabungan pada bulan April 1971. Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah
diberi mandat untuk mengadakan mesyuarat buat kali kedua pada bulan
berikutnya iaitu Jun 1971, akan tetapi gagal dalam perancangan akhir
penubuhan persatuan gabungan.
Satu lagi perbincangan telah dibuat bagi menubuhkan sebuah
gabungan dan semua pihak bersetuju untuk mewujudkan persekutuan yang
tidak akan menghilangkan kuasa autonomi persatuan-persatuan pengguna
2
negeri yang ditubuhkan. Maka dengan itu, Gabungan Persatuan-Persatuan
Pengguna Malaysia (FOMCA) telah ditubuhkan pada 10 Jun 1073 di Alor Setar,
Kedah.
Selepas dari itu, tedapat empat lagi persatuan pengguna negeri lain
yang ditubuhkan iaitu:
1. Persatuan Pengguna Johor (JCA) - Julai & Ogos
1973
2. Persatuan Pengguna Pahang (PAC) - November 1973
3. Persatuan Pengguna Terengganu (2PTR) - Jun 1976
4. Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (CASH) - Ogos 1980
Dalam peringkat antarabangsa, FOMCA turut memainkan peranannya
apabila telah dilantik sebanyak tiga kali bagi menduduki Lembaga Pengarah
Consumers International (CI) semenjak tahun 1987. Lembaga Pengarah
Consumers International (CI) merupakan sebuah pertubuhan pengguna
antarabangsa yang berjaya menggabungkan 225 buah pertubuhan pengguna
dari 119 buah negara.
FOMCA turut serta menganggotai Lembaga Pengarah CI untuk
tempoh sehingga tahun 2003 dan sehingga kini, seramai enam orang telah
menjadi Presiden FOMCA iaitu:
1. 1973 - 1974 - Allahyarham Dato' Mohamed Sopiee Sheikh
Ibrahim
2. 1974 - 1981 - Encik Tara Singh Gill
3. 1981 - 1988 - Mendiang Encik Bishan Singh Bahadur
4. 1988 - 1991 - Encik Chua Kim Tee
5. 1991 - 2004 - Prof. Dato' Mohd Hamdan Hj. Adnan
6. 2004 - Kini - Prof. Datuk Dr. Marimuthu Nadason
3
Rajah 1.2: Logo rasmi FOMCA
1.3 Kepentingan Persatuan Pengguna
Terdapat beberapa kepentingan Persatuan Pengguna di
kalangan pengguna di Malaysia. Di antaranya:
a. Mengelakkan penipuan dalam aktiviti perniagaan
b. Mengelakkan penjual memperoleh keuntungan
daripada kerugian pengguna
c. Mengekalkan keharmonian dalam industri di
Malaysia
d. Memastikan semua pihak bersikap adil dan jujur
e. Memastikan kualiti barangan perkhidmatan di
Malaysia adalah terbaik
f. Menjadi “pemerhati” senyap di antara pengguna dan
peniaga
g. Melindungi hak dan kepentingan pengguna
4
Rajah 1.3: Statistik kes penipuan dalam laman sesawang e-dagang
(sumber: PDRM)
1.4 Peranan Persatuan Pengguna
Saban tahun kita kerap membaca berita mengenai pengguna yang tertipu
akibat kerakusan peniaga. Hal ini berlaku kerana kejahilan pengguna sendiri yang
tidak tahu peranan mereka sebagai pembeli. Keadaan ini menyebabkan pengguna
terfikir apakah peranan Persatuan Pengguna dalam menangani masalah pengguna
di negara ini. Sebenarnya Persatuan Pengguna memainkan peranan penting untuk
membantu pengguna mengatasi masalah penipuan oleh penjual dan pengeluar.
Isu kenaikan harga barang mula mendapat perhatian media massa terutama
selepas kerajaan memberikan kenaikan gaji kepada penjawat awam. Hal ini
bertambah parah apabila berlaku kenaikan harga minyak sehingga mengakibatkan
penjual mengambil kesempatan menaikkan harga barang yang dijual. Berita
kenaikan harga barang mula dipaparkan dan pelbagai tindakan diambil oleh
persatuan pengguna dan kerajaan untuk membanterasnya.
5
Terdapat beberapa peranan dalam persatuan pengguna di kalangan
masyarakat di Malaysia. Di antara peranan persatuan pengguna adalah seperti
berikut:
1. Badan yang memberi dan menyebarkan maklumat. Laporan dan
maklumat tersebut dapat membantu pengguna menilai dan membuat
pilihan yang tepat.
2. Badan yang memberi pendidikan kepada semua pengguna.
3. Badan yang bertindak memberi perlindungan kepada pengguna.
4. Badan yang menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk
memperolehi maklumat yang benar. Menjalankan kajian dan
penyelidikan di mana pelbagai ujian, kajian dan penyelidikan
terhadap barang-barang pengguna terutamanya produk makanan.
Kajian terhadap harga barang juga dijalankan untuk memastikan
sama ada kenaikan harga sesuatu harga barang itu perlu.
Rajah 1.4: Logo sebuah persatuan pengguna di Malaysia
6
Rajah 1.5: Senarai harga kawalan bagi topeng muka sempena pandemik COVID-
19
Refleksi:
1. Nyatakan persatuan pengguna yang pertama ditubuhkan di Malaysia
2. Berikan tiga (3) peranan persatuan pengguna
3. Senaraikan empat (4) kepentingan persatuan pengguna di Malaysia
RUMUSAN:
A) Kepentingan Persatuan Pengguna:
Mengelakkan penipuan dalam aktiviti perniagaan
Mengelakkan penjual memperoleh keuntungan daripada
kerugian pengguna
Mengekalkan keharmonian dalam industri di Malaysia
B) Peranan Persatuan Pengguna
Badan yang memberi dan menyebarkan maklumat. Laporan dan
maklumat tersebut dapat membantu pengguna menilai dan
membuat pilihan yang tepat.
Badan yang memberi pendidikan kepada semua pengguna
Badan yang bertindak memberi perlindungan kepada pengguna
7
BAB 2: PENGGUNA DAN KEPENGGUNAAN
Hasil pembelajaran:
1) Mengetahui definisi dan tanggungjawab pengguna
2) Memahami tentang hak-hak sebagai pengguna
3) Mengetahui peranan kelab pengguna
2.1 Pengguna
Pengguna boleh didefinisikan sebagai individu yang mendapatkan
barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan
keluarga. Ini membawa maksud bahawa setiap orang merupakan pengguna
dan pengeluar juga merupakan pengguna kerana mereka juga
menggunakan barang dan juga perkhidmatan.
Rajah 2.1: Kempen pengguna bijak oleh kerajaan
2.1.1 Jenis Pengguna
Terdapat dua jenis pengguna iaitu pengguna akhir dan pengguna
organisasi. Pengguna akhir merupakan pengguna yang membeli untuk
kegunaan peribadi, keluarga atau isi rumah manakala pengguna organisasi
membeli barangan atau perkhidmatan untuk digunakan dalam kegiatan
perniagaan, dijadikan pengeluaran selanjutnya atau dijual semula kepada
pengguna lain
8
Rajah 2.2: Jenis Penguna Akhir
2.2 Kepenggunaan
Kepenggunaan atau konsumerisme merupakan segala kegiatan
yang dilakukan oleh orang ramai untuk menjaga hak dan kepentingan
sebagai pengguna manakala dari sudut ekonomi, kepenggunaan merujuk
kepada dasar ekonomi yang menekankan penggunaan. Ini secara tidak
langsung menunjukkan bahawa pengguna mempunyai hak di dalam bidang
ekonomi di dalam sesebuah negara.
Rajah 2.3: Forum pengguna yang dilaksanakan di Malaysia
9
2.3 Tanggungjawab Pengguna
Setiap pengguna seharusnya mengetahui tanggungjawab mereka sebagai
pengguna di negara ini. Di antara tanggungjawab yang perlu ada pada mereka
adalah seperti berikut:
2.3.1 Meningkatkan Ilmu Pengetahuan
Pengguna perlu meningkatkan ilmu pengetahuan berkenaan situasi
ekonomi pasaran yang akan memberikan kesan kepada kenaikan harga
barang. Contohnya sewaktu pandemik COVID-19 yang melanda semua
negara termasuk negara kita, harga mentah minyak dunia jatuh sehingga ke
paras yang terendah. Negara kita tidak terkecuali dalam mengambil langkah
untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama hampir
lebih 3 bulan. Permintaan penggunaan minyak petrol dan diesel jatuh
mendadak akibat semua masyarakat terpaksa duduk di rumah akibat
penghentian sektor ekonomi buat sementara waktu oleh pihak kerajaan
Rajah 2.4: Graf kejatuhan harga minyak dunia ketika pandemik COVID-19
(sumber: Bloomberg, 02 April 2020)
10
Rajah 2.5: Kesan kejatuhan harga minyak dunia kepada harga minyak negara
(sumber: Astro Awani)
2.3.2 Bersiap sedia
Pengguna perlu bersiap sedia menghadapi perubahan terutamanya
yang melibatkan harga seiring dengan perubahan pasaran ekonomi dunia
2.3.3 Membuat Pilihan
Pengguna perlu membuat pilihan yang tepat dengan membuat
perbandingan harga di antara barangan yang hendak dibeli supaya pembeli
dapat membeli barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dan
munasabah.
11
Rajah 2.6: Perbandingan harga dua produk yang sama jenis
2.3.4 Merancang Perbelanjaan
Pengguna perlu merancang perbelanjaan mengikut kemampuan dan
bukannya mengikut hawa nafsu. Pengguna perlu mengamalkan konsep
kesederhanaan dalam berbelanja
2.3.5 Semak Dulu Sebelum Membeli
Pengguna perlu menyemak dahulu sebarang tawaran dan iklan
sebelum membuat pilihan dalam pembelian.
12
2.4 Hak-hak Pengguna
Sebagai pengguna, setiap dari mereka perlu mengetahui hak-hak mereka
sebagai pengguna di Malaysia. Antara hak-hak pengguna yang dilindungi adalah:
2.4.1 Hak untuk Mendapatkan Keperluan Asas
Sebagai pengguna, mereka berhak mendapatkan barang dan
perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di zaman
moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan, minuman, pakaian,
kediaman, kemudahan kesihatan dan pendidikan dan sebagainya
Rajah 2.7: Keperluan asas manusia
2.4.2 Hak untuk Mendapatkan Keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemprosesan (kualiti barangan) dan
pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan
pengguna.
13
Rajah 2.8: Kualiti produk yang dibeli sebelum dan selepas diterima
2.4.3 Hak untuk Mendapatkan Maklumat
Pengguna perlu diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk
memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna perlu dilindungi
juga daripada pengiklanan yang melampau, pelabelan palsu dan amalan lain
yang palsu, penipuan dan penyelewengan.
Rajah 2.9: Aplikasi semak harga
14
2.4.4 Hak untuk Membuat Pilihan
Pengguna perlu mendapat maklumat langsung mengenai keluaran
produk dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang
dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi
menentukan mutu dan perkhidmatan yang memuaskan dengan harga
berpatutan.
Rajah 2.10: Perbezaan barang asli dan tiruan
2.4.5 Hak untuk Bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan
yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang
cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.
Rajah 2.11: Aduan boleh dibuat kepada pihak berwajib
15
2.4.6 Hak Mendapatkan Ganti Rugi
Pengguna berhak untuk mendapatkan penyelesaian atau ganti rugi
bagi pembelian produk yang rosak atau berbahaya serta perihal dagangan
yang mengelirukan. Pengguna juga mempunyai hak untuk mendapat
pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak mengikut
perjanjian.
Ganti rugi harus diberikan bagi produk atau perkhidmatan yang
mengakibatkan kecederaan kepada pengguna yang menggunakan produk
atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar atau pembekal
perkhidmatan. Pampasan juga wajib diberikan kepada pengguna yang
menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.
Rajah 2.12: Pembelian barang yang telah tamat tarikh luput
2.4.7 Hak Mendapatkan Pendidikan Pengguna
Pengguna berhak mendapatkan pendidikan pengguna yang
mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak
memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah
pendidikan masa kini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau
majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi
pengguna yang bijak.
16
2.4.8 Hak Mendapatkan Alam Sekitar yang Sihat dan Selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih
dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini
diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat
dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.
Rajah 2.13: Pencemaran sungai akibat kerakusan manusia
17
Rajah 2.14: Informasi mengenai hak pengguna
2.5 Penubuhan dan Peranan Kelab Pengguna
“Melentur buluh biarlah dari rebungnya” merupakan peribahasa yang sesuai
untuk dikaitkan dengan pengguna. Pengguna bukan sahaja terdiri dari orang
dewasa malah kanak-kanak juga merupakan pengguna. Penubuhan kelab
pengguna di kebanyakan institusi termasuk sekolah dan institusi pengajian tinggi
adalah bagi memberi maklumat awal serta pendedahan kepada mereka tentang hak
sebagai seorang pengguna.
18
Di antara peranan kelab pengguna adalah seperti berikut:
1. Mendedahkan kepada pelajar tentang hak pengguna serta cara
untuk menyalurkan aduan sekiranya terdapat masalah yang
berhubung dengan hak pengguna kepada pihak berwajib seperti
KPDNHEP atau Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
2. Memupuk sifat kepimpinan dalam organisasi kerana dapat
membentuk pelajar agar lebih bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas yang diberikan
3. Meningkatkan kemahiran pelajar terutamanya dari segi komunikasi
dalam sebuah organisasi
4. Mendidik pelajar agar berhati-hati dalam membuat sebarang
pembelian
2.6 Contoh Aktiviti dan Pertandingan Kelab Pengguna
AKTIVITI
1. Ceramah (GST, Antidadah, Rokok behaya untuk Kesihatan)
2. Kempen (Go Green, Kurangkan Gula)
3. Big Walk
4. Larian Pengguna
5. Pameran (Booth- Harga Barang dan keaslian barang-barang)
6. Lawatan
7. Say ‘NO TO POLYSTRENE’
19
Rajah 2.15: Kempen Go Green
Rajah 2.16: Kempen Antidadah
20
PERTANDINGAN
1. Debat
2. Melukis poster
3. Mengarang esei
4. Ratu Model
5. Folio Kitar Semula
6. Kuiz Pengguna
7. Mewarna (kanak-kanak bawah 12 tahun)
8. Melukis Kartun
9. Fotografi
Rajah 2.17: Contoh Aktiviti Bagi Kelab Pengguna
21
2.7 Hari Pengguna Malaysia
Pada tanggal setiap 26 Julai sehingga 1 Ogos setiap tahun merupakan hari
sambutan bagi meraikan pengguna di Malaysia dengan harapan dapat memupuk
kesedaran yang positif dikalangan rakyat melalui program dan pertandingan yang
dianjurkan. Tarikh keramat ini di pilih bersempena dengan pembentangan Akta
Perlindungan Pengguna pada 26 Julai 1999.
Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memberi makluman
mengenai Sambutan Hari Pengguna Malaysia. Anggota masyarakat dalam pelbagai
lapisan masyarakat turut serta dalam menjayakan program Hari Pengguna Malaysia
ini.
Penganjur mengharapkan dapat menyampaikan kesedaran kepada seluruh
anggota masyarakat melalui program-program yang dianjurkan ini dan secara tidak
langsungnya dapat menjadikan masyarakat menjadi pengguna yang bijak dalam
berbelanja.
Rajah 2.18: Logo Hari Pengguna Malaysia 2020
Refleksi
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengguna?
2. Nyatakan tanggungjawab sebagai pengguna?
3. Senaraikan lima (5) hak pengguna?
4. Bilakah Hari Pengguna Malaysia disambut?
22
RUMUSAN BAB 2
A) Tanggungjawab Pengguna
Merancang Perbelanjaan
Semak dulu sebelum membeli
Membuat pilihan
B) Hak-hak pengguna
Hak untuk bersuara
Hak membuat pilihan
Hak Mendapatkan ganti rugi
C) Peranan kelab pengguna adalah seperti berikut:
Memupuk sifat kepimpinan dalam organisasi kerana dapat membentuk
pelajar agar lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang
diberikan
Meningkatkan kemahiran pelajar terutamanya dari segi komunikasi
dalam sebuah organisasi
Mendidik pelajar agar berhati-hati dalam membuat sebarang pembelian
23
BAB 3: AGENSI YANG TERLIBAT DAN HUBUNGKAIT
Hasil pembelajaran:
1) Mengetahui fungsi agensi yang terlibat
2) Pendedahan tentang agensi yang boleh membuat tuntutan gantirugi
3) Mengetahui bidang kuasa agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan oleh
kerajaan
3.1 Latar Belakang Agensi
Di Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) adalah
merupakan sebuah kementerian yang ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.
Matlamat utama kementerian ini adalah untuk menggalak pembangunan
perdagangan dalam negeri khusunya dalam sektor perdagangan. Kementerian ini
turut berfungsi dalam melindungi kepentingan dan hak-hak pengguna di Malaysia.
Sektor francais dan koperasi turut dimasukkan ke dalam kementerian ini.
Manakala menteri KPDNHEP yang terkini (2020) adalah Datuk Alexander Nanta
Linggi yang juga merupakan ahli parlimen Kapit.
Rajah 3.1: Logo KPDNHEP
24
3.2 Fungsi KPDNHEP
KPDNHEP menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang
berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri, khususnya dalam
Sektor Perdagangan Pengedaran dan Kepenggunaan.
Bidang tugas kementerian adalah seperti berikut:
1- Perdagangan dalam negeri
a. Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu
b. Melesenkan penjualan dan pengedaran barang-barang perlu
c. Melesenkan penjualan dan pengedaran barangan petroleum
dan petrokimia
d. Menyelaraskan dasar, peraturan dan aktiviti berkaitan
keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas
e. Melesenkan urusniaga jualan langsung
f. Melaksanakan peraturan timbang dan sukat
g. Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan
perniagaan mengikut akta berkaitan
h. Menggalakan amalan tadbir urus korporat yang baik
i. Mentadbir dan membangunkan Sistem Perlindungan Harta
Intelek
25
Rajah 3.2: Aplikasi paparan harga barangan
2- Kepenggunaan
a. Melaksanakan program pendidikan pengguna
b. Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan
perlindungan pengguna
c. Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan
26
3.3 Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan yang telah
ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Perlindungan Pengguna 1999
yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999.
TTPM ditubuhkan dengan tujuan menyediakan satu saluran alternatif
kepada penggguna untuk membuat tuntuan gantirugi berkenaan pembelian
barangan atau perkhidmatan.
Tribunal ini turut menyediakan perkhidmatan dengan cara lebih mudah,
murah dan cepat jika dibandingkan dengan tuntutan gantirugi di Mahkamah Sivil
biasa. Dengan tertubuhnya TTPM, pengguna dapat memfailkan tuntutan ganti rugi
ke atas pembelian barangan yang tidak bermutu atau perkhidmatan yang tidak
memuaskan yang dibekalkan oleh peniaga atau pembekal perkhidmatan.
Rajah 3.3: Logo Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
27
Rajah 3.4: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
3.3.1 Peranan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan bagi menyediakan satu
saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk
menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau
pengilang dengan cara mudah, murah dan cepat.
Sebelum penubuhan tribunal ini, segala tuntutan gantirugi oleh
pengguna terhadap pembekal atau pengilang terpaksa dibawa ke
Mahkamah Sivil yang mana ia melibatkan prosedur yang rumit, kos yang
tinggi dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.
Ini merupakan salah satu sebab di mana pengguna tidak berminat
untuk membuat tuntutan di mahkamah terhadap pembekal atau pengilang
yang tidak bertanggungjawab lebih-lebih lagi jumlah amaun tuntutan adalah
kecil walhal pada masa itu telah wujudnya Mahkamah Tuntutan Kecil di
28
setiap negeri untuk mendengar tuntutan-tuntutan yang tidak melebihi RM
5000.
3.3.2 Bidang Kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia mempunyai bidang kuasa
berhubung dengan setiap tuntutan di mana jumlah tuntutan tidak lebih dari
RM 25000.
Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk tuntutan:
a. Yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian.
b. Hak mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau kepentingan
mengenai tanah.
c. Persoalan mengenai hakmilik-hakmilik tanah atau apa-apa estet atau
kepentingan mengenai tanah, atau apa-apa francais.
d. Pertikaian terhadap:
i. Hak di bawah wasiat atau peruntukan, atau disebabkan kematian
tak berwasiat.
ii. Nama baik.
iii. Apa-apa hak dalam tindakan.
iv. Rahsia perdagangan atau harta intelek lain.
v. Apabila mana-mana tribunal lain telah ditubuhkan melalui mana-
mana undang-undang bertulis lain untuk mendengar dan
memutuskan tuntutan tentang perkara yang menjadi hal perkara
tuntutan itu.
vi. Tuntutan untuk pembelian barangan atau perkhidmatan bagi tujuan
perdagangan
29
Rajah 3.5: Jenis Tuntutan Yang Boleh Dituntut Di TTPM
Refleksi:
1. Nyatakan badan yang terlibat dalam memantau hak pengguna
2. Berikan dua (2) fungsi badan tersebut
3. Senaraikan dua (2) tuntutan yang tidak boleh dibuat oleh TTPM
30
RUMUSAN
A) Fungsi KPDNHEP
Perdagangan dalam negeri
Kepenggunaan
B) Bidang Kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia mempunyai bidang kuasa
berhubung dengan setiap tuntutan di mana jumlah tuntutan tidak lebih
dari RM 25000.
C) Jenis tuntutan yang boleh dituntut di TTPM
Perlakuan mengelirukan dan representasi palsu
Harga barang yang dijual melebihi harga barang yang diiklankan
Barangan yang tidak diterima dalam masa yang dijanjikan walaupun
pembayaran telah dibuat
31
BAB 4: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PENGGUNA
Hasil pembelajaran:
1) Mengetahui terdapat akta yg melindungi pengguna
2) Mengklasifikasi masalah berkenaan tentang hak pengguna mengikut akta
yang sesuai
Antara pengetahuan yang penting kepada pengguna ialah pengetahuan
undang-undang. Melalui undang-undang, pengguna seharusnya akan berdaya
upaya kerana mereka akan berhati-hati ketika membuat sebarang keputusan,
mendapatkan maklumat tentang hak-hak mereka dan mengetahui tentang advokasi
dan mekanisme ganti rugi.
Pengguna perlu bertindak secara rasional berlandaskan undang-undang
dan harus fokus kepada kepentingan dirinya dan pengguna-pengguna lain seperti
yang ditetapkan di bawah undang-undang. Pengguna sebegini akan mempunyai
kuasa yang boleh menakluki pemasar kerana mereka mempunyai ilmu yang cukup
untuk menghadapi pelbagai isu antara dirinya dan pemasar. Maka, peluang
pemasar mengambil kesempatan terhadap diri pengguna sebegini adalah rendah.
Rajah 4.1: Buku Akta Perlindungan Pengguna 1999
32
Rajah 4.2: Amalan norma baru mengekang COVID-19
Pengguna yang berpengetahuan tentang hak-hak pengguna dan
perlindungan undang-undang terhadap dirinya akan membantu mereka untuk
membuat keputusan pembelian yang baik di pasaran dan melindungi diri mereka
daripada tertipu dengan pelbagai amalan curang peniaga. Pada masa yang sama,
perkara ini akan meningkatkan ekonomi negara dan kesejahteraan pengguna
Malaysia. Jadual 1 di bawah menunjukkan undang-undang bagi pengguna di
Malaysia dan isu yang ditangani.
33
Jadual 3.1: Undang-undang Pengguna di Malaysia
Bil Nama Akta Isu
1 Akta Perlindungan Pengguna Tribunal tuntutan pengguna,
1999 pembekalan barangan dan
perkhidmatan
2 Akta Pemajuan Perumahan Perumahan
(Kawalan dan Pelesenan) 1966
3 Akta Kawalan Harga dan Anti Kawalan harga barangan dan
Pencatutan 2010 perkhidmatan
4 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 Alam sekitar
5 Akta Bankrap 1967 Isu hutang yang diisytiharkan bankrap
dan hak rampasan oleh
6 Akta Perihal Dagangan 2011 Perihal dagangan yang palsu termasuk
logo halal
7 Akta Sewa Beli 1967 Sewa beli barangan pengguna
8. Akta Kontrak 1950 Kontrak antara pengguna dan peniaga
9. Akta Pemegang Pajak Gadai Pajak Gadai
1972
10. Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 Pinjaman wang oleh pemberi pinjam
wang
11. Akta Makanan 1983 Keselamatan Makanan
34
12. Akta Jualan Langsung dan Skim Jualan langsung termasuk skim cepat
Anti Piramid 1993 kaya
13 Akta Timbang Sukat 1972 Spesifikasi alat timbangan
14 Akta Kawalan Bekalan 1961 Pengawalan bekalan bagi memenuhi
keperluan asas pengguna
4.1 Akta yang digunakan bagi melindungi hak di Malaysia
4.1.1 Akta Perlindungan Pengguna 1999
Akta Perlindungan Pengguna (APP) 1999 (atau Akta 599)
telah berkuatkuasa pada 15 November 1999 untuk mengadakan
peruntukan bagi perlindungan pengguna. Sejak itu, pindaan telah
dibuat sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2002, 2003, 2007 dan
2010.
Pindaan terkini pada tahun 2010 bertujuan untuk membuat
penambahbaikan ke atas peruntukan sedia ada di bawah Akta 599
supaya akta tersebut kekal relevan dalam menghadapi perubahan
bagi amalan perdagangan pada masa kini dan mampu memberi
perlindungan yang lebih menyeluruh kepada pengguna
4.1.2 Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966
Tujuan perundangan di sebalik pelbagai peruntukan Akta
Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118)
adalah antara lain untuk mengawal selia pemajuan perumahan
secara teratur dan untuk melindungi kepentingan pembeli rumah.
Peruntukan akta ini telah dipinda dan ditambah baik dari masa ke
semasa dan pindaan juga telah dibuat kepada kandungan dan
peruntukan di dalam perjanjian jual beli yang dilampirkan sebagai
jadual kepada Peraturan-Peraturan Kemajuan Perumahan (Kawalan
dan Pelesenan) 1989).
35
4.1.3 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010
Mulai 6 Jun 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna telah menguatkuasakan Peraturan-
Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk
Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018 bagi
bertindak terhadap aktiviti pencatutan. Peraturan ini bagi
menggantikan Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan
Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi
Yang Tidak Munasabah Bagi Barangan) 2016.
4.1.4 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
Suatu akta yang berhubung dengan mencegah, menghapus,
mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling.
4.1.5 Akta Bankrap 1967
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kebankrapan (Pindaan)
2017. Akta ini mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh
menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuatkuasa
peruntukan yang berlaian Akta ini.
4.1.6 Akta Perihal Dagangan 2011
Suatu Akta bagi maksud untuk menggalakkan amalan
perdagangan yang baik dengan melarang perihal dagangan palsu
dan pernyataan, pengendalian dan amalan palsu atau mengelirukan
berhubungan dengan pembekalan barang-barang dan perkhidmatan
serta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang
berkaitan atau bersampingan dengannya.
36
4.1.7 Akta Sewa Beli 1967
Suatu akta Parlimen Malaysia yang dikuatkuasakan kepada
pengguna di Malaysia. Pengguna tertekan kerana dibebani kadar
faedah tinggi, ditambah dengan peruntukan mengenai penarikan
semula kenderaan. Pelanggan persendirian sering kali berada di
pihak yang rugi, terutama dalam transaksi dengan institusi
kewangan, berikutan kurang mempunyai kuasa bagi tawar menawar.
Institusi kewangan seperti bank dan syarikat kewangan
berlesen menggunakan kontrak standard dengan terma-terma tetap
dan tidak boleh dirunding yang banyak memihak kepada mereka.
Pelanggan terperangkap kerana kontrak perjanjian mengenakan
penalti tinggi dan tidak munasabah terhadap pengguna jika gagal
mematuhinya dan sering kali menyebabkan pengguna dibebani
hutang lebih tinggi berikutan terma ketat dan tidak fleksibel.
4.1.8 Akta Kontrak 1950
Undang-undang kontrak di Malaysia secara dasarnya
ditadbirkan dan dikuatkuasakan oleh Akta Kontrak 1950 (AK 1950).
Sekiranya timbul perkara-perkara baru mengenai kontrak yang tiada
peruntukan di bawah Akta tersebut, undang-undang Inggeris
dibenarkan dirujuk melalui penguatkuasaan S.5 Akta Undang-
undang Sivil 1956.
4.1.9 Akta Pemegang Pajak Gadai 1972
Suatu Akta bagi mengawal selia dan mengawal perniagaan
pajak gadai, pelindungan pemajak gadai dan sandaran yang
dipajakgadaikan dalam perjalanan perniagaan sedemikian, dan
perkara yang berkaitan dengannya.
37
4.1.10 Akta Pemberi Pinjam Wang 1951
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-
Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Pelesenan) 2003.
Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 November 2003.
4.1.11 Akta Makanan 1983
Suatu Akta bagi melindung orang ramai terhadap bahayanya
di segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan
penggunaan makanan, dan mengenai perkara yang bersampingan
atau berkaitan dengannya.
4.1.12 Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993
Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi pelesenan orang
yang menjalankan perniagaan jualan langsung, bagi pengawal
seliaan penjualan langsung, bagi larangan skim atau perkiraan
piramid, skim atau perkiraan pengedaran berantai, atau apa-apa
skim atau perkiraan yang serupa dengannya, dan bagi perkara-
perkara lain yang berkaitan dengannya.
4.1.13 Akta Timbang Sukat 1972
Suatu Akta bagi mengawal selia timbang dan sukat dan alat
timbang dan sukat dan bagi mengadakan peruntukan mengenai
perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
4.1.14 Akta Kawalan Bekalan 1961
Akta ini berfungsi mengawal bekalan barang-barang yang
telah diisytiharkan sebagai barang kawalan bagi memastikan
bekalan yang mencukupi. Akta ini juga memperuntukkan kuasa bagi
membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan menyekat aktiviti-
aktiviti haram seperti perbuatan menyorok atau enggan menjual
barangan kawalan.
38
4.2 Indeks Harga Pengguna
Indeks harga pengguna (IHP) merupakan ukuran atau petunjuk harga purata
barang-barang dan perkhidmatan pada tahun tertentu berbanding tahun asas.
Rajah 4.3: Indeks Harga Pengguna Disember 2019 (sumber: Jabatan Perangkaan
Malaysia)
Refleksi:
1. Senaraikan tiga (3) akta yang melindungi pengguna di Malaysia
2. Namakan akta yang boleh digunakan untuk masalah yang pembelian
barangan tiruan
39
RUMUSAN
A) Undang-undang pengguna yang digunapakai di Malaysia
Akta Perlindungan Pengguna 1999
Akta Perihal Dagangan 2011
Akta Timbang Sukat 1972
B) Kelebihan pada pengguna yang mengetahui akta-akta yang melindungi
mereka.
Pengguna yang berpengetahuan tentang hak-hak pengguna dan
perlindungan undang-undang terhadap dirinya akan membantu
mereka untuk membuat keputusan pembelian yang baik di pasaran
dan melindungi diri mereka daripada tertipu dengan pelbagai amalan
curang peniaga.
40