The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by achueew97, 2021-06-11 13:48:51

MIKA DAN JERUNG

MIKA DAN JERUNG

MIKA DAN
JERUNG

NURIZRAHTULL BINTI LEM

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang sangat nakal.
Ia bernama Mika. Mika tidak disenangi rakan-rakannya kerana
ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-
ikan lain sedang bermain, Mika akan menjerit, “Jerung! Jerung!
Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan
bersembunyi di celah-celah batu. Mika akan mentertawakan
rakannya itu.

Nurizrahtull.Lem

Ikan-ikan kecil merasa amat takut dan gerun dengan jerung.
Jerung yang garang akan memakan tanpa belas kasihan. Sebab
itulah mereka akan berlari ketakutan apabila Mika menjerit
“Jerung! Jerung!”

Nurizrahtull.Lem

Namun Mika sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat
mempermain-mainkan rakan-rakannya. Ikan-ikan kecil itu
mempercayai Mika, walaupun mereka selalu tertipu dengan
helah Mika.

Nurizrahtull.Lem

Pada suatu hari, Mika menghampiri rakan-rakannya itu. Ia
ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul
seekor jerung menghampiri mereka. Namun Mika tidak
menyedari kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi
cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di
celah-celah batu.

Nurizrahtull.Lem

Mika tidak menghiraukan jeritan rakan-rakannya. Ia
menyangka mereka cuba mempermain-mainkannya. “Baiklah,
kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah
kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Mika.

Nurizrahtull.Lem

Jerung itu berenang menghampiri Mika. Alangkah terkejutnya
Mika bila mendapati jerung itu sudah berada di hadapannya.
Mika berusaha untuk melarikan diri daripada jerung tersebut.

Nurizrahtull.Lem

Mika berlari untuk mencari tempat bersembunyi. Kemudian
jerung tersebut dengan garangnya berkata “ke mana kau
hendak pergi? Kau tiada tempat lagi untuk bersembunyi” sambil
jerung tersebut ketawa.

Nurizrahtull.Lem

Mika meminta tolong kepada rakan-rakan dan berjaya
melepaskan diri daripada dimakan oleh jerung yang garang dan
menggerunkan tersebut dengan bantuan rakan-rakannya.

Nurizrahtull.Lem

Mika berasa menyesal akan perbuatannya selama ini dan
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang
membantunya. Ia berjanji untuk tidak bersikap nakal
dan suka mempermainkan rakannya lagi. Selepas dari
kejadian itu, Mika dan rakan-rakannya hidup dalam
keadaan aman dan harmoni.

Nurizrahtull.Lem

PENGAJARAN
❑ Jangan bersikap nakal dan suka

mempermainkan orang lain.

❑ Tolong menolong antara satu sama lain.
❑ Meminta maaf ketika melakukan

kesilapan dan kesalahan.

Nurizrahtull.Lem


Click to View FlipBook Version