PROSEDUR OPERASI STANDARD DALAM
ASPEK PEMAKANAN, KESIHATAN SERTA RUTIN
PENJAGAAN DAN LATIHAN URUS DIRI BAYI
DAN KANAK-KANAK
NURIZRAHTULL BINTI LEM
DO12O2501
ISI KANDUNGAN
1 2PENJAGAAN KESIHATAN 2 PEMAKANAN BAYI DAN KANAK-
BAYI DAN KANAK-KANAK KANAK (0 – 4 TAHUN)
KESELAMATAN BAYI DAN RUTIN PENJAGAAN DAN
LATIHAN URUS DIRI BAYI DAN
3 4 4KANAK-KANAK (0 – 4 TAHUN) KANAK-KANAK (0 – 4 TAHUN)
1 PENJAGAAN KESIHATAN BAYI DAN KANAK-KANAK
Kesihatan yang baik adalah asas kepada perkembangan kanak-kanak yang optimum.
Pendidik mestilah sentiasa peka terhadap perubahan kesihatan dan tanda-tanda
(symptoms) pada diri kanak-kanak. Jika perlakuan kanak-kanak Nampak berbeza
daripada biasa, maka pendidik perlu memberi perhatian lebih kepada kanak-kanak
tersebut dan jika terdapat tanda kanak-kanak tidak selesa, maka pendidik perlu
memberitahu ibu bapa dengan segera supaya kanak-kanak dapat dibawa untuk
pemeriksaan perubatan.
Setiap kanak-kanak perlu mempunyai Buku Rekod Kesihatan sendiri yang sentiasa
dikemaskini. Buku Rekod Kesihatan Kanak-kanak mestilah mengandungi maklumat
seperti berikut:
Rekod imunisasi dan vaksinasi Rekod pemeriksaan
(jenis imunisasi/vaksinasi dan rawatan kanak-kanak
tarikh yang diberikan. oleh pegawai perubatan.
Rekod tumbesaran, iaitu Maklumat status kesihatan
tinggi, berat badan, saiz kanak-kanak seperti alahan,
kepala, sebarang asma, hemofilia, kekurangan
kecacatan dan indeks BMI. zat makanan tertentu, masalah
pendengaran/penglihatan atau
sesuatu ketidakupayaan fizikal
dan lain-lain.
Bayi dan kanak-kanak berisiko tinggi dijangkiti penyakit di TASKA kerana
pergaulan sesama mereka. Setiap kanak-kanak mengalami keadaan sakit
dari semasa ke semasa. Kerap kali kanak-kanak sakit tanpa disedari kerana
kanak-kanak kurang pengalaman dan tidak memahami bahawa apa yang
dirasakan itu adalah petanda dan simptom penyakit.
Pemeriksaan kesihatan kanak-kanak hendaklah dijalankan secara berkala
dengan menjemput pegawai kesihatan kanak-kanak ke TASKA. Pegawai
kesihatan akan memaklumkan kepada pendidik sekiranya terdapat
perubahan dari segi tahap kesihatan kanak-kanak supaya pemeriksaan
lanjut boleh dijalankan.
mempunyai imuniti yang
mencukupi untuk
melawan kuman yang
paling biasa, terutama
jangkitan berkaitan
pernafasan (selesema)
Peredaran udara dalam Mengapa bayi Bayi dan kanak-kanak
bilik/ruang penjagaan dan kanak- mempunyai banyak ciri
bayi/kanak-kanak yang kanak lebih perkembangan yang mudah
kurang memuaskan mudah menyebabkan penyebaran
dijangkiti kuman seperti meletakkan
juga boleh penyakit? objek ke dalam mulut,
menyebabkan penyakit menghisap jari/puting,
Jumlah kanak- lelehan air liur, merangkak
mudah merebak. kanak yang ramai dan menyentuh lantai,
memakai lampin, dan belum
di TASKA mahir mmenggunakan
meningkatkan
risiko kanak-kanak tandas dengan betul.
dijangkiti
kuman/penyakit.
Penyakit berjangkit adalah penyakit yang boleh merebak dari seorang ke seseorang
yang lain. Biasanya penyakit ini disebabkan oleh kuman seperti virus, bakteria, kulat
dan parasit yang boleh berpindah dari pesakit kepada orang lain melalui sentuhan,
pernafasan dan luka. Jangkitan sangat mudah berlaku, jika;
• bersentuhan dengan kulit seperti jangkitan kurap, kudis, campak dan lain-lain
• menyedut udara yang mengandungi kuman daripada batuk, bersin, ludahan orang
yang menghidap penyakit seperti selesema dan batuk
• pemindahan kuman daripada najis kanak-kanak yang dijangkiti penyakit seperti
cirit-birit
2 PEMAKANAN BAYI DAN KANAK-KANAK
Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang adalah penting untuk kanak-kanak
kerana ianya menyumbang kepada kesihatan, tumbesaran dan perkembangan
mereka. Keperluan pemakanan kanak-kanak adalah berbeza mengikut umur
kerana kadar tumbesaran dan perkembangan mereka yang berbeza. TASKA
perlu menyediakan pemakanan yang seimbang, mengikut Garis Panduan
Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-kanak Kecil, Kementerian Kesihatan
Malaysia, 2008 dan sebaik-baiknya mengikut selera dan budaya setempat.
Adalah tidak wajar memaksa kanak-kanak makan sesuatu makanan yang tidak
disukainya. Pendidik boleh menggantinya dengan jenis makanan lain yang
mengandungi zat atau nutrient yang sama supaya kanak-kanak menikmati
makanan berkhasiat.
Penekanan yang khusus diberikan kepada penyusuan ibu, sekurang-kurangnya
sehingga bayi berumur 6 hingga 8 bulan. Pemakanan bayi dan kanak-kanak yang
sihat perlu mengikut jenis yang sesuai dalam kuantiti yang telah ditetapkan
seperti dinyatakan dalam Buku Standard Piawaian Operasi Pelaksanaan
Kurikulum PERMATA Negara (SOP PERMATA). Pendidik perlulah memahami;
• tempoh optimum penyusuan susu ibu
• umur yang sesuai untuk diperkenalkan dengan makanan pejal
• keperluan nutrien bagi bayi yang masih menyusu
• keperluan tenaga yang dibekalkan oleh makanan pejal
KESELAMATAN BAYI DAN
3 KANAK-KANAK (0 – 4 TAHUN)
Pendidik bertanggungjawab memastikan setiap pergerakan kanak-
kanak diawasi dan mereka berada dalam keadaan yang selamat
dan jauh dari segala bentuk bahaya. Memandangkan TASKA
sebagai institusi yang memounyai sejumlah kanak-kanak, maka
suasananya amatlah berbeza daripada rumah. Setiap ruang yang
disesiakan hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sudah
ditetapkan sama ada oleh pihak pengurusan TASKA atau agensi
yang terlibat dengan pendaftaran sebuah TASKA.
TASKA yang baik akan menyediakan kelengkapan serta
pelbagai program yang dapat meransang perkembangan
pembelajaran kanak-kanak. Setiap ruang yang digunakan
untuk keperluan dan kegunaan kanak-kanak hendaklah
dilengkapi dengan peralatan dan perabot yang bersesuaian
dan selamat untuk digunakan. Jangan sekali-kali
menggunakan perabot atau peralatan yang rosak atau tidak
boleh digunakan lagi. Setiap perabot yang rosak hendaklah
diperbaiki atau disimpan ditempat berasingan sebelum
dilupuskan.
4 RUTIN PENJAGAAN DAN LATIHAN URUS DIRI BAYI DAN
KANAK-KANAK (0 – 4 TAHUN)
Kanak-kanak hendaklah digalakkan menjaga kebersihan diri dan peralatan
peribadi mereka, Latihan urus diri yang dijalankan oleh pendidik kepada
kanak-kanak akan membantu mereka memahami cara menguruskan diri
merka terutamanya yang berkaitan dengan kebersihan, kesihatan, adab
dan keselamatan mereka.
Sebahagian besar peruntukan masa kanak-kanak di TASKA digunakan
untuk melatih kanak-kanak mengurus diri sendiri. Latihan ini dijadikan
sebagai aktiviti rutin yang wajib dilaksanakan oleh pendidik. Melalui
aktiviti rutin, kanak-kanak dilatih mengurus diri seperti makan, mandi,
gosok gigi, buang air di tandas, memakai pakaian, menyediakan alat
permaianan, mengemas peralatan selepas aktiviti dan sebagainya.
KESIMPULAN
● Secara kesimpulannya, sebagai seorang pendidik kita haruslah
mematuhi dan mengendalikan bayi dan kanak-kanak secara teliti
dan juga mengambil langkah yang berhati-hati. Pelbagai perkara
perlu diambil peduli dan dititikberatkan megikut Prosedur Operasi
Standard (POS) terutamanya dalam aspek kesihatan, pemakanan
serta rutin penjagaan dan Latihan urus bayi dan kanak-kanak.
Terima Kasih!
CREDITS: This presentation template was created by
Slidesgo, including icons by Flaticon, and infographics &
images by Freepik