Rohani Binti Harun (H/P : 0183146115) C-1-21 Pangsapuri Sri Rakyat Jalan 14/155c Bandar Bukit Jalil 57000 KUALA LUMPUR Dr. Rosnani Binti Kaman, Pengetua SMK Bukit Jalil, Jalan 3/155A, Bukit Jalil Golf & Country Resort, 57000 KUALA LUMPUR Puan Sarah / Puan Tan / En Luqman Guru Kaunselor , SMK Bukit Jalil 04 April 2023 YBrs. Dr. / Puan / Tuan, PERMOHONAN PERTUKARAN ALIRAN EKONOMI DAN PERNIAGAAN KE ALIRAN SAINS TULEN Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Saya ibu kepada pelajar tuan/puan iaitu NUR AMIRAH BINTI AZMAN (No. Mykad : 070805- 14-0240) yang merupakan pelajar Tingkatan 4A3 (ekonomi dan perniagaan) yang ingin memohon pertukaran aliran bagi anak saya iaitu dari aliran Ekonomi dan Perniagaan ke aliran Sains Tulen (4A6). 3. Permohonan ini dibuat atas beberapa faktor berikut iaitu : a) Lebih minat belajar tentang pelajaran yang berkaitan dengan manusia dan haiwan. b) Minat dan lebih suka melakukan eksperimen atau mengkaji sesuatu benda. c) Anak saya lebih menunjukkan semangat dan minat untuk menjadi seorang doktor atau pakar bedah d) Anak saya lebih meminati bidang sains tulen berbanding kepada ekonomi dan perniagaan. e) Mampu meningkatkan dan mencapai dalam meluluskan subjek matematik tambahan. 4. Saya berharap semoga permohonan kami ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan/puan. Segala kerjasama dan sokongan dari pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi, semangat dan kesejahteraan kesihatan mental buat anak saya amatlah saya hargai. Sekian terima kasih, (ROHANI BINTI HARUN)