The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LOG KOKURIKULUM UNIT BSMM
TUGASAN 1
MPU3451A

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KORINA, 2024-03-23 12:18:49

BUKU LOG KOKURIKULUM BSMM

BUKU LOG KOKURIKULUM UNIT BSMM
TUGASAN 1
MPU3451A

BUKU LOG KORINA ANAK BUNYAU PISMP AMBILAN JUN 2021 - MEI 2026 2021012340205 KOKURIKULUM- BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 1


ISI KANDUNGAN 1.0 LAGU BSMM 2.0 IKRAR BSMM 3.0 SEJARAH UNIT BERUNIFORM 3.1 SEJARAH PENGASAS 3.2 KONVENSYEN GENEVA 3.3 SEJARAH BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 3.4 TUJUAN PENUBUHAN 3.5 LAMBANG DAN LOG0 3.6 VISI, MISI DAN MOTTO 3.7 PERLEMBAGAAN BSMM 3.8 ISTIADAT RASMI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 4.0 STRUKTUR ORGANISASI 4.1 PERINGKAT ANTARABANGSA 4.2 PERINGKAT KEBANGSAAN 4.3 PERINGKAT IPGM KAMPUS KENINGAU 4.4 PERINGKAT SEKOLAH 5.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 5.1 PENDAFTARAN KUMPULAN DAN AHLI 5.2 TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN UNIT BSMM 5.3 ETIKA PEMAKAIAN 6.0 PERANCANGAN ORENTASI UNIT BSMM 7.0 LAPORAN PERJUMPAAN UNIT BSMM 8.0 RUJUKAN 9.0 LAMPIRAN B U K U L O G B S M M


Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat LAGU BSMM


Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dan pemerintah-pemerintah di negara kami. Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh pada perlembagaan dan undang-undang serta arahan persatuan walau di mana kami berada. Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut: Kemanusiaan Kesaksamaan Keberkecualian Kebebasan Khidmat Sukarela Ketunggalan Kesejagatan IKRAR BSMM


SEJARAH BULAN SABIT MERAH


3.0 SEJARAH UNIT BERUNIFORM 3.1 SEJARAH PENGASAS Palang Merah (Red Cross) merupakan institusi kemanusiaan persendirian yang berpangkalan di Geneva, Switzerland. Pengasas Palang Merah merupakan seorang ahli perniagaan yang bernama Jean Henry Dunant, beliau dilahirkan pada 8 May 1828. Beliau terlibat aktif dalam pergerakan kebajikan dan agama di mana beliau menjadi ahli ” League of Alms” sebuah badan kebajikan, beliau juga melakukan lawatan ke penjara serta menyertai organisasi ”Young Men Christian Union”. Beliau dikenali sebagai ” Bapa palang Merah” Rajah 1.1 Gambar Jean Henry Dunant


3.0 SEJARAH UNIT BERUNIFORM 3.1 SEJARAH PENGASAS Pada bulan Jun 1859 beliau dalam perjalanan ke Italy, beliau melalui pekan kecil iaitu Solferino dan menyaksikan Pertempuran Solferino. Perperangan tersebut berlanjutan selama 16 jam dan kesannya dalam masa sehari perperangan perperangan tersebut telah menyebabkan seramai 40,000 orang mangsa perperangan cedera dan terkorban. Beliau yang melihat kesengsaraan mangsa perperangan yang cedera kerana kekurangan rawatan perubatan telah membuat keputusan untuk membawa askar yang cedera ke sebuah gereja yang berdekatan dan merawat mereka, beliau melupakan tujuannya untuk ke Italy. Oleh kerana Henry Dunant memakai pakaian serba putih, beliau diberi gelaran ”lelaki yang berpakaian serba putih” Rajah 1.2 Peperangan Solferino


3.0 SEJARAH UNIT BERUNIFORM 3.1 SEJARAH PENGASAS Beliau mengabadikan pengalamannya di Solferino di dalam sebuah buku yang bertajuk ” A Memory of Solferino”. Di dalam buku tersebut beliau menceritakan keperitan mangsa perang di solferino dan kemudian beliau mengedarkan buku kepada semua ketua negara di Eropah. Buku tersebut mengandungi dua cadangan, cadangan yang pertama ialah membentuk organisasi kemanusian antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa perperangan. Manakala cadangan kedua pula ialah mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana mana pasukan hendaklah dibantu. Idea di dalam buku yang ditulis oleh beliau menarik perhatian Maharaja Perancis. Rajah 1.3 Buku A Memory of Solferino


3.0 SEJARAH UNIT BERUNIFORM 3.1 SEJARAH PENGASAS Maharaja menyokong Henry Dunant agar mendapatkan persetujuan dari negara lain. Pada tahun 1863 Henry Dunant menubuhkan Jawatankuasa Berlima di mana beliau menjadi setiausaha dalam mengkaji pelaksanaan idea buku tersebut. Ahli lain adalah general Guillaume Henri Dufour, Gustave Moynier, Dr Louis Appia dan Dr. Theodore Maunoir. Penulisan beliau juga telah menyedarkan banyak pihak sehinggalah tertubuhnya Jawatankuasa Palang Merah kebangsaan (ICRC) pada 1864 dan termeterai Konvensyen Geneva yang pertama ” for the Amelioraton of the Condition of the Wounded in Armies in the Field”. Rajah 1.4 Jawatankuasa Berlima


3.0 SEJARAH UNIT BERUNIFORM 3.2 KONVENSYEN GENEVA KONVENSYEN GENEVA PERTAMA (1964) Usaha Henry Dunant dan Jawatankuasa membolehkan Konvensyen Geneva Pertama diadakan pada 1864 dengan dihadiri delegasi 16 buah negara Eropah. Ia merupakan titik tolak secara rasmi hak kemanusian dibincangkan secara global. Hanya Konvensyen Geneva Pertama yang berfokus kepada askar-askar tercedara dan sakit di medan perang sahaja. KONVENSYEN GENEVA KEDUA (1906) Dengan kemajuan strategi peperangan dan perkembangan teknologi, perang bukan setakat di darat tetapi di laut juga. Dengan demikian, berasaskan prinsip kemanusian pada Konvensyen Geneva 1864, satu kovensyen baharu diadakan di Hague pada 1899 tentang tatacara perang di laut. Pada 1906, Konvensyen Geneva Kedua diadakan untuk memperluaskan perlindungan kepada askaraskar cedera dan sakit serta personel-personel di laut. Kandungan utama dalam Konvensyen Geneva Kedua ialah: Askar-askar yang cedera atau sakit perlu diberi perlindungan Kapal perang yang karam mesti diselamatkan Kapal hospital dan personelnya dilindungi


3.0 SEJARAH UNIT BERUNIFORM 3.2 KONVENSYEN GENEVA KONVENSYEN GENEVA KETIGA (1929) Ketika berlakunya peperangan, kadang kala askar lawan ditangkap atau mereka menyerahkan diri. Mereka dikenali sebagai tawanan perang. Mereka bukan penjenayah dan perlu dilayan seperti manusia di mana maruah mereka mestilah dijaga. Perkara ini telah dipersetujui dalam Konvensyen tersebut seperti yang berikut: Kemudahan asas mesti diberikan Kemudahan perubatan juga mesti diberikan Seksaan atau pembunuhan dilarang sama sekali Hukuman berkumpulan dilarang Surat menyurat dibenarkan Boleh disuruh bekerja dan mesti diberi upah tetapi bukan kerja yang berkaitan dengan membuat atau memperbaiki senjata Perlu dihantar balik secepat mungkin selepas tamat perang


3.0 SEJARAH UNIT BERUNIFORM 3.2 KONVENSYEN GENEVA KONVENSYEN GENEVA KEEMPAT (1949) Dengan senjata yang canggih, askar yang terkorban dalam perang berkurangan, tetapi bilangan orang awam menjadi mangsa kian meningkat sejak Perang Dunia Kedua. Melindungi orang awam serta harta benda menjadi fokus dalam Konvensyen Geneva keempat pada 1949. Peraturan-peraturan seperti berikut dinyatakan dengan jelas dalam Konvensyen Geneva Keempat: Orang awam dibenarkan menjalankan kehidupan rutin walaupun sesuatu kawasan diperintah oleh musuh Harta benda tidak boleh dirampas Jenayah yang dilakukan oleh orang awam mesti dibicarakan Orang awam dibenarkan meninggalkan teritorinya Rajah 1.4 Buku The Fourth Geneva Convention for Civilians


3.0 SEJARAH UNIT BERUNIFORM 3.3 SEJARAH BULAN SABIT MERAH MALAYSIAPersatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) merupakan satu badan sukarela yang bertugas untuk menyediakan perkhidmatan dalam pengurusan bencana. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1948. Palang Merah British telah membuka cawangan di Borneo Utara Sabah dan Sarawak, ibu pejabat bagi cawangan ialah London. Sejak penjelajahan British di Tanah Melayu, cawangan Palang Merah British mula dibuka di pada tahun 1950 di Pulau Pinang seterusnya diikuti oleh negeri Perak, terengganu, Selangor, Melaka, Johor dan Pahang. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan palang Merah Persekutuan tanah Melayu. Pada tahun 1962, Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan iaitu akta # 4 Akta Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya (Pemerbadanan). Maka Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya ditubuhkan dengan rasminya dan beribu pejabat di Kuala Lumpur. Persatuan tersebut mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa pada 26 ogos 1963.


3.0 SEJARAH UNIT BERUNIFORM 3.3 SEJARAH BULAN SABIT MERAH MALAYSIAPada tahun 1974, nama Persatuan Palang Merah malaysia telah ditukarkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan lambang Palang Merah yang digunakan turut ditukar kepada lambang Bulan Sabit Merah melalui Akta # 162, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) dan dikuatkuasakan kepada 4 September 1975. Nama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia kekal sehingga hari ini. Tujuan penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah untuk: Pertubuhan terbuka yang tidak membezakan agama, bangsa dan politik untuk melakukan perkhidmatan sukarela. 1. Memberikan bantuan semasa krisis dengan menegakkan prinsip asas kemanusian, tidak memihak, berdikari, memberikan perkhidmatan sukarela serta perpaduan dan kesejagatan. 2. Meringankan penderitaan di dunia, melindungi nyawa manusia serta kesihatan sekaligus mempromosikan maruah manusia. 3. Mengesan perkembangan sukarelawan dari aspek JERIS selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 4. 3.4 TUJUAN PENUBUHAN


3.0 SEJARAH UNIT BERUNIFORM 3.5 LAMBANG DAN LOGO BSMM Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada Switzerland di mana Palang Merah adalah seperti bendera Switzerland. Labang ini wujud untuk memberikan perlindungan bagi mereka yang tercedara pada waktu perang dan melambangkan anggota BSMM yang menjaga dan merawat mereka. Pada mulanya, lambang BSMM yang menyerupai lambang Palang Merah digunakan oleh pasukan penyelamat dan kakitangan perubatan untuk mengelakkan daripada diserang ketika peperangan. Apabila peperangan di antara negara Rusia dan Turki berlaku, negara Turki tidak mengiktiraf lambang palang merah kerana beranggapan bahawa palang merah berkait dengan agama kristian. Turki telah menggantikan lambang Palang Merah dengan bulan sabit. Perkara ini tidak dipersetujui oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, namun pada tahun 1929 Persidangan Palang Merah Antarabangsa mengiktiraf lambang Bulan Sabit Merah.


3.0 SEJARAH UNIT BERUNIFORM 3.5 LAMBANG DAN LOGO BSMM LAMBANG KRISTAL MERAH (RED CRYSTAL) Lambang persatuan merupakan satu perkara yang rumit di Timur Tengah. Negara Israel tidak pernah menggunakan lambang palang merah atau bulan sabit merah bagi pembantu perubatan di medan perang (lambang yang pernah digunakan oleh Israel dinamakan Magen David Adom). Perang di Timur Tengah tidak terhenti sejak negara Israel ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua. Untuk menyelesaikan masalah penggunaan lambang di antara Israel dan Palestine, komuniti antarabangsa telah memperkenalkan lambang kristal merah dalam Protokol Tambahan III pada tahun 2005 dan ia dapat dikuatkuasakan pada 2007. Pada 2006, Israel menggunakan lambang kristal merah untuk unit perubatan bagi hospital di medan perang, barulah Israel diiktiraf masuk ke Pergerakan. Kini negara baharu ada pilihan untuk menentukan mana satu lambang yang akan digunakan bagi Persatuan Kebangsaannya.


3.0 SEJARAH UNIT BERUNIFORM 3.5 LAMBANG DAN LOGO BSMM LOGO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA LAMBANG RASMI PERSEKUTUAN ANTARABANGSA PERSATUAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH (IFRC) INTERNATIONAL FEDERATION OF RED CROSS AND RED CRESCENT SOCIETIES BENDERA BULAN SABIT MERAH


3.6 VISI, MISI DAN COGAN KATA VISI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Untuk dikenali sebagai organisasi kemanusian yang unggul di peringkat kebangsaan dan antarabangsa MISI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Berkhidmat kepada yang memerlukan Dengan berkesan MOTO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Inter arma carita ( di dalam perang ada kebajikan) dan Per Humanitatem ad pacem (melalui kemanusian menuju keamanan) COGAN KATA “ Cergas pada masa aman dan perang ”


Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera dalam medan peperangan dan mencegah serta meredakan kesengsaraan. KEMANUSIAN (HUMANITY) 3.7 PRINSIP BSMM KESAKSAMAAN (IMPARTILITY Tidak membezakan kaum, agama, darjat dan politik dalam kegiatan sukarela. KEBERKECUALIAN (NEUTRALITY) Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi serta tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermunsuhan. Prinsip ini menunjukkan pendirian persatuan yang dipandang oleh orang ramai. KEBEBASAN (INDEPENDENCE) Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsip pergerakan walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak berkuasa awam. Autonomi persatuan dipegang sendiri, namun undang-undang negara tetap dipatuhi.


Bertindak secara sukarela tanpa didorong oleh sebarang keuntungan. KHIDMAT SUKARELA (VOLUNTARY SERVICE) 3.7 PRINSIP BSMM KETUNGGALAN (UNITY) Hanya satu Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuah negara, Persatuan hanya boleh menggunakan salah satu lambang yang diiktiraf oleh Konvensyen dan pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak, aktivitinya meliputi seluruh negara. KESEJAGATAN (UNIVERSALITY) Gerakan seluruh dunia, semua sukarelawan saling mempuyai tanggungjawab bersama dan saling bantu membantu di antara satu dengan yang lain antara negara.


3.8 PERLEMBAGAAN BSMM Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempuyai perlembagaan atau undang-undang. Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar institusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan belia. Perlembagaan merupakan panduan untuk mengerakkan persatuan dan memudahkan perjalan persatuan kerana perlembagaan menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan. Objektif perlembagaan BSMM ialah, “Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera sama ada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva.


3.8 PERLEMBAGAAN BSMM Subperaturan 5 (1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (persatuan sekolah) 1998. Akta Pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 14, Perundangan (A): P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia: Peraturan 1: Nama dan alamat Peraturan 2: Matlamat Peraturan 3: Objektif Peraturan 4: Keahlian Peraturan 5: Guru Penasihat Peraturan 6: Ahli Jawantankuasa Peraturan 7: Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Peraturan 8: Kewangan Peraturan 9: Penyertaan Peraturan 10: Aktiviti Peraturan 11: Peraturan-Peraturan Peraturan 12: Pindaan Perlembagaan Peraturan 13: Pembubaran Persatuan Peraturan 14: Tindakan Disiplin Peraturan 15: Hal-Hal Lain Perkara-perkara lain yang ditambah ke dalam perlembagaan ialah: I.Lencana / Logo Persatuan II.Cogan Kata / Moto III.Tugas Persatuan di Peringkat Institusi Pendidikan, Cawangan, Daerah, Negeri dan Cawangan IV.Pendaftaran Persatuan V.Jawatankuasa Kecil


1.Ketua pasukan melaporkan keahlian kepada komander. 2.Bacaan doa oleh ahli yang bertugas. 3.Nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Sekolah, Lagu Negeri dan Lagu Negaraku. 4.Laporan dari komander kepada guru penasihat. 5.Arahan komander supaya membuka barisan 6.Pemeriksaan barisan oleh guru besar diiringi oleh guru penasihat dan komander. 7.Guru penasihat menjemput guru besar memberikan ucapan. 8.Arahan komander menutup barisan. 9.Keluar baris. ISTIADAT PERHIMPUNAN (SEKOLAH) 3.8 ISTIADAT RASMI BSMM ISTIADAT PERHIMPUNAN (IPGM KAMPUS KENINGAU) 1.Pengumuman ketibaan tetamu kehormat. Pemerintah Perbarisan memberi arahan tabik hormat kepada tetamu diikuti oleh ketua-ketua unit. 2. Pemerintah Perbarisan melaporkan jumlah keseluruhan ketua-ketua unit kepada tetamu. 3. Ahli bertugas mengibarkan bendera dan semua hadirin menyanyikan lagu Negaraku. 4. 5.Bacaan doa.


Sambungan.. 6.Persembahan atau demonstrasi Unit. 7.Pengumuman atau pemakluman. 8.Ucapan atau amanat tetamu. 9.Kata-kata berhikmah. 10.Nyanyian lagu IPGM dan lagu patriotik Perajurit Tanah Air. 11.Pemerintah Perbarisan memberikan arahan supaya hadiran memberi tabik hormat kepada tetamu. 12.Pemerintah Perbarisan melapor kepada tetamu. 13.Pengumuman tetamu meninggalkan perhimpunan. 14. Arahan kepada Ketua Unit untuk melapor kepada guru penasihat dan meneruskan aktiviti unit masingmasing. ISTIADAT PERHIMPUNAN (IPGM KAMPUS KENINGAU) 3.8 ISTIADAT RASMI BSMM ISTIADAT MENINGKAT NAIK Ketua pasukan dan ketua kumpulan berdiri dalam bentuk barisan. 1. Guru penasihat memberi arahan dan menerangkan dengan ringkas tujuan istiadat ini diadakan. 2. Ahli BSMM yang akan meningkat naik dipanggil ke hadapan, guru penasihat yang akan mengucapkan terima kasih semasa berada di dalam keahlian. 3. 4.Berjabat tangan dengan kawan-kawan. 5.Ahli lain memberi satu sorakan. Guru penasihat memberi arahan menutup bulatan dan bersurai. 6.


1.Apabila seorang pelajar telah bersedia untuk menjadi ahli BSMM, pelajar tersebut patut disahkan menjadi seorang ahli melalui satu istiadat. 2.Istiadat ini amat bermakna kepada ahli baru di mana istiadat ini akan menjadi kenangan seumur hidup mereka dan semua ahli kumpulan akan mendapat ahli baharu. 3.Perkara yang perlu dititikberatkan ketika pelaksanaan istiadat pelantikan: -Perkataan dan ucapan yang ringkas dan mudah -Ucapan yang ringkas -Dilaksanakan dengan ikhlas ISTIADAT MELANTIK 3.8 ISTIADAT RASMI BSMM PROSEDUR MELANTIK 1.Diadakan di tempat lapang. 2.Dilakukan pada awal tahun. 3.Semua ahli yang terlibat harus memahami peranan masing-masing. 4.Guru penasihat dan ketua pasukan hendaklan menghebahkan istiadat melantik ini pada perhimpunan sebelumnya. 5.Menyediakan semua keperluan.


1.Ahli yang mengambil bahagian perlu membuat satu bulatan besar. 2.Ketua komander berada dalam bulatan. 3.Ketua komander berdiri di tengah bulatan. 4.Penolong penasihat komander berdiri di luar bulatan di belakang bendera. 5.Ahli baru BSMM yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan dan berdiri di hadapan Ketua Komander. 6.Penolong ketua komander masuk ke dalam bulatan dan membawa lencana keahlian BSMM lalu berdiri di sebelah ketua komander. 7.Ketua pasukan melafazkan ikrar diikuti oleh ahli baharu. 8.Ketua komander menyematkan lencana keahlian, tanda negeri dan lambang lengan kepada ahli baru. 9.Ahli baru memberi hormat kepada ketua komander, ahli tersebut masuk ke dalam bulatan. UPACARA MELANTIK 3.8 ISTIADAT RASMI BSMM


STRUKTUR ORGANISASI BULAN SABIT MERAH


4.0 STRUKTUR ORGANISASI Bulan Sabit Merah (BSMM) terdiri daripada tiga badan berasingan iaitu: 1.Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah – The International Committee of The Red Cross (ICRC). 2.Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah – International Federation of Red Cross dan Red Cresent Societies (IFRC). 3.Persatuan-persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Kebangsaan. JAWATANKUASA ANTARABANGSA PALANG MERAH (ICRC) ICRC merupakan komponen yang prihatin pada Pembangunan Undang-undang Kemanusian Antarabangsa. ICRC ditubuhkan pada tahun 1863 oleh 5 orang warganegara Switzerland. Organisasi ICRC adalah secara bebas dan persendirian dan bertugas untuk membantu orang yang cedera. ICRC telah diberikan diberi status pemerhati oleh Perhimpunan Agung PBB pada 16 Oktober 1990. Keputusan organisasi ICRC adalah berasaskan kepada pertimbangan kemanusian. ICRC berfungsi sebagai pemaju Konvensyen Kemanusian Antarabangsa, mengiktiraf penubuhan Persatuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah dan menyediakan anggota perubatan sekiranya berlaku peperangan.


4.0 STRUKTUR ORGANISASI PERSEKUTUAN ANTARABANGSA PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH (IFRC) PERSATUAN PALANG MERAH ATAU BULAN BULAN SABIT MERAH KEBANGSAAN IFRC merupakan liga persatuan Antarabangsa Palang Merah atau Bulan Sabit Merah. IFRC merupakan badan yang bebas daripada pengaruh kerajaan dan bertujuan untuk memberi semangat, galakan dan promosi kepada semua bentuk aktiviti kemanusian bagi mencegah dan meringankan penderitaan manusia. IFRC bertindak sebagai badan tetap berkenaan perhubungan, penyelarasan dan pengkajian di antara persatuan-persatuan kebangsaan, memberi bantuan dengan apa jua cara kepada mangsa bencana alam, mengatur, menyelaras dan mengarah tindakan bantuan antarabangsa serta mengalakkan penyertaan persatuan kebangsaan dalam aktiviti menjaga kesihatan umum. Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Kebangsaan merupakan persatuan yang bertindak memberikan khidmat bantuan kepada pihak berkuasa awam dan persatuan-persatuan kebangsaan. Persatuan ini memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan memperbaiki tahap kesihatan. Persatuan ini juga melantik anggota pertolongan cemas untuk berkhidmat secara sukarela semasa krisis.


STRUKTUR ORGANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (KEBANGSAAN) 1.Penaung persatuan ialah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong 2.Presiden persatuan dipegang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri 3.Timbalan presiden dipegang oleh: I.YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat II.YB Menteri Kesihatan III.YB Menteri Luar Negeri IV.YB Menteria Belia dan Sukan V.YB Menteri Pelajaran VI.YB Menteri Pendidikan Malaysia 4.1 PERINGKAT ANTARABANGSA 4.2 PERINGKAT KEBANGSAAN


4.2 PERINGKAT KEBANGSAAN 4.3 PERINGKAT IPGM KAMPUS KENINGAU


4.3 PERINGKAT IPGM KAMPUS KENINGAU STRUKTUR ORGANISASI BSMM PERINGKAT IPGM KAMPUS KENINGAU Pengerusi: Ngau Kang Cheng Naib Pengerusi: Ressy Bristen Bartholomew Setiausaha: Nurul Najwa Binti Baharudin Naib Setiausaha: Nuraiana Aleeya Binti Hamid Bendahari: Siti Soffia Binti Mohd Ridzuan Naib bendahari: Milia Maisarah Binti Kamarulzaman AJK Kawad Kaki: 1.Alexter waderson Unan Anak Ajai 2.Kilsih Kapusoh AJK Publisiti: 1.Nurin Irdina Binti Nazaruddin 2.Pooja Anak Bayoi AJK Dokumentasi: 1.Korina Anak Bunyau 2.Ifi Aleeya Binti Rozland AJK Teknikal: 1.Harine A/P Manikam 2.Tu Zu Wen AJK Peralatan: 1.Nur Mariahafiqahani Binti Joe Meyer 2.Gwenverly Albert 3.Amellcey Lyn Goduk AJK Pengangkutan: Hariesha Hazmiera Binti Mohd Zawawi


4.4 PERINGKAT SEKOLAH


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BULAN SABIT MERAH


Keahlian BSMM terbuka kepada semua tanpa mengira agama, jantina dan politik. Ahli dan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai golongan dapat memberikan sumbangan perkhidmatan bagi memenuhi hasrat dan prinsip persatuan. Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem Database di ibu Pejabat Kebangsaan. Setiap cabang, cawangan dan unit akan menyimpan rekod keahlian masing-masing. Manakala bagi cawangan yang tidak ada unit di bawah pentadbiran, rekod ahli boleh disimpan oleh jawatankuasa eksekutif. Ahli BSMM baru perlu melengkapkan borang pemohonan keahlian beserta gambar. Pengeluaran kad ahli baru BSMM perlu didaftarkan, kad keahlian BSMM telah diberi nombor bersiri dan diperolehi dari ibu Pejabat kebangsaan melalui Cawangan. Kad yang lama harus digantikan dengan kad yang baru melalui Setiausaha Cawangan atau Cabang. Terdapat beberapa jenis pendaftaran keahlian iaitu keahlian biasa, ahli kehormat seumur hidup, ahli seumur hidup, pasukan bantuan sukarela dan ahli belia. PENDAFTARAN AHLI BIASA 5.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 5.1 PENDAFTARAN KUMPULAN DAN AHLI -Yuran tahunan sebanyak RM2. -Bayaran yuran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang -Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang.


PENDAFTARAN AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP 5.1 PENDAFTARAN KUMPULAN DAN AHLI -Ahli kehormat seumur hidup merupakan anugerah yang diberikan kepada individu yang memberikan sumbangan dalam BSMM. -Ahli kehormat seumur hidup dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan. -Anugerah kehormat seumur hidup tidak melebihi 4 orang setiap tahun. PENDAFTARAN AHLI SEUMUR HIDUP -Pemohonan untuk ahli seumur hidup adalah atas budi bicara dan kelulusan Cawangan. -Yuran bagi ahli seumur hidup ialah sebanyak RM500. PENDAFTARAN AHLI BELIA -Ahli belia haruslah tidak melebihi umur 12 tahun dan berdaftar di bahagian unit sebagai Bulan Sabit Kanak-kanak. -Ahli belia haruslah tidak melebihi umur 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda. -Ahli belia haruslah tidak melebihi umur 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment).


PENDAFTARAN PASUKAN KANAK-KANAK ATAU BELIA 5.1 PENDAFTARAN KUMPULAN DAN AHLI --Setiap sekolah hanya dibenarkan menubuhkan satu pasukan BSMM. -Ahli minimun ialah seramai 15 orang. -Sekolah perlu menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak Cabang barulah pemohonan dimajukan kepada Setiausaha Cawangan. PENDAFTARAN PASUKAN BELIA TERBUKA -Ditubuhkan di kawasan yang diluluskan oleh Cabang sahaja. -Ahli adalah minimum seramai 15 orang. -Borang pendaftaran Pasukan Belia Terbuka perlu dihantar kepada Cabang sebelum dihantar ke IPK untuk disemak dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan. PENDAFTARAN AHLI BELIA -Yuran bagi Pasukan Bantuan Sukarela ialah sebanyak RM2.00 setahun tetapi ahli digalakkan untuk membayar yuran sekaligus untuk jangka masa 5 tahun. -Boleh ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang. -Ahli Pasukan Bantuan Sukarela adalah minimum seramai 15 orang. -Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran kumpulan belia dan kanak-kanak.


5.2 TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN UNIT BSMM PENGERUSI 1.Bertanggungjawab terhadap Pengerusi Cawangan dan bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan pengurusan, pentadbiran dan kegiatan Cabang. 2.Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Cabang. 3.Menandatangani setiap minit mesyuarat. 4.Memberikan tugas dan menyelia AJK Cabang dalam melaksanakan tugas. 5.Menentukan akaun Cabang diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke Cawangan. 6.Bertanggungjawab memastikan belanjawan dan perbelajaan Cabang tersusun rapi. Terlibat dalam tugas rasmi dengan kementerian, Jabatan Kerajaan dan BSMM. TIMBALAN PENGERUSI 1.Membantu pengerusi melaksanakan tanggungjawabnya. 2.Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan Cabang. Bertanggungjawab membantu pengerusi menyelia tugas AJK Cabang.


5.2 TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN UNIT BSMM SETIAUSAHA 1.Bertanggungjawab terhadap setiausaha Cawangan dan menjadi Pegawai Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabang dan Unit. 2.Membantu Jawatankuasa Cabang dalam memelihara perhubungan dengan badan kerajaan, swasta dan pertubuhan lain. 3.Bertanggungjawab memberi bantuan sekretari dan bantuan susulan untuk Jawatankuasa Cabang. 4.Menyelaras semua kegiatan Cabang. 5.Bekerjasama dengan Bendahari dalam menyediakan peruntukan tahunan dan penyataan kewangan. Menjadi pegawai pentadbiran peringkat Cabang termasuk tanggungjawab mengenai semua dokumen, buku, rekod dan pendaftaran.


5.2 TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN UNIT BSMM BENDAHARI 1.Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan penyata penerimaan dan pembayaran, pendapatan dan perbelanjaan dan kunci kira-kira bulanan dan tahunan. 2.Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di Cabang dan Unit. 3.Mendatangani cek yang dikeluarkan. 4.Bertanggungjawab menyediakan belanjawan tahunan untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang. 5.Menasihati Jawatankuasa Cabang dalam pengawasan kewangan dan audit. 6.Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta Cabang seperti tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat dan lainlain. 7.Menyelia dan mengemukakan akaun yang disatukan ke Cawangan sebelum 30 Mac setiap tahun.


5.3 ETIKA PEMAKAIAN UNIFORM BSMM NO. 2 PEGAWAI AHLI BELIA/ KADET/ MUDA LELAKI PAKAIAN “BUSH JACKET”


5.3 ETIKA PEMAKAIAN UNIFORM BSMM NO. 2 PEGAWAI AHLI BELIA/ KADET/ MUDA PEREMPUAN PAKAIAN “BUSH JACKET”


5.3 ETIKA PEMAKAIAN UNIFORM BSMM NO. 2 PEGAWAI AHLI BELIA/ KADET/ MUDA PEREMPUAN PAKAIAN “BUSH JACKET”


5.3 ETIKA PEMAKAIAN UNIFORM BSMM NO. 2 PEGAWAI AHLI BELIA/ KADET/ MUDA PEREMPUAN PAKAIAN “BUSH JACKET”


5.3 ETIKA PEMAKAIAN UNIFORM BSMM NO. 3 PEGAWAI AHLI BELIA/ KADET/ MUDA LELAKI & AHLI BELIA LELAKI PAKAIAN KERJA


5.3 ETIKA PEMAKAIAN UNIFORM BSMM NO. 3 PEGAWAI AHLI BELIA/ KADET/ MUDA PEREMPUAN & AHLI BELIA PEREMPUAN PAKAIAN KERJA


5.3 ETIKA PEMAKAIAN UNIFORM BSMM NO. 3 PEGAWAI AHLI BELIA/ KADET/ MUDA PEREMPUAN & AHLI BELIA PEREMPUAN PAKAIAN KERJA


5.3 ETIKA PEMAKAIAN UNIFORM BSMM NO. 3 PEGAWAI AHLI BELIA/ KADET/ MUDA PEREMPUAN & AHLI BELIA PEREMPUAN PAKAIAN KERJA


5.3 ETIKA PEMAKAIAN UNIFORM KORPORAT BSMM PEGAWAI AHLI BELIA/ KADET/ MUDA LELAKI & AHLI BELIA PAKAIAN KORPORAT


Click to View FlipBook Version