The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by padangpasior, 2019-02-26 04:47:32

Membangunkan Medium Pemasaran Melalui Media Sosial

Facebook dan instagram

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

 Pelajar akan dapat membangunkan medium pemasaran digital melalui
media sosial dan laman web.

KANDUNGAN

3.1 Menerangkan langkah-langkah membangunkan medium pemasaran
digital menggunakan aplikasi media sosial Facebook dan Instagram.
3.1.1 Membangunkan imej cover page pemasaran untuk media
sosial.
3.1.2 Membangunkan imej cover page pemasaran untuk media
sosial.
3.1.3 Membangunkan media sosial sebagai alat jaringan
perniagaan.
3.1.4 Membangunkan media sosial sebagai medium perkongsian
maklumat perniagaan.
3.1.5 Menerangkan teknik copywriting.
3.1.6 Menerangkan teknik closing sale.

23

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

3.2 Membangunkan kempen pemasaran menggunakan aplikasi
perhubungan digital (seperti Telegram, WhatsApp, We Chat dan
sebagainya)
3.2.1 Menggunakan aplikasi perhubungan digital sebagai alat
komunikasi dan kempen pemasaran.
3.2.2 Menerangkan teknik closing sale.

3.1 MENERANGKAN LANGKAH-LANGKAH MEMBANGUNKAN MEDIUM PEMASARAN
DIGITAL MENGGUNAKAN APLIKASI MEDIA SOSIAL FACEBOOK DAN
INSTAGRAM.

Pengenalan Facebook
1. Facebook (FB) secara dasarnya merupakan satu platform website sosial

yang anda dapat membentuk komuniti (Friends atau Fans) dengan
mengundang saudara mara, kawan-kawan dan rakan sepejabat untuk
mengikuti dan berinteraksi dengan anda melalui akaun FB yang anda
hasilkan. Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian
anda melalui penulisan, berkongsi gambar, berkongsi video dan
sebagainya bersama komuniti tersebut.

2. Akaun FB boleh dibahagikan kepada:
i. FB Profil:

Akaun individu yang mengandungi latarbelakang individu tersebut. Akaun
FB profil adalah semata-mata untuk tujuan sosial yang mana ia diikuti oleh
“Friends” anda.

ii. FB Page:
Adalah akaun yang dihasilkan oleh seseorang individu untuk tujuan
perniagaan.Bagaimanapun, untuk menghasilkan FB page tersebut, individu
tersebut perlu mempunyai FB profilnya sendiri terlebih dahulu. Mereka yang
mengikuti FB page tersebut adalah terdiri dari kenalan dan juga sesiapa
yang berminat untuk mengikuti FB Page tersebut. Mereka dikenali sebagai
“Fans”.

24

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

3. Jika diperhatikan, adalah amat mudah untuk membesarkan komuniti FB
anda dan ini boleh dicapai dengan

i. Secara langsung iaitu menjemput mereka menekan butang like pada FB
page anda.

ii. Secara tidak langsung di mana anda menyertai mana-mana komuniti (FB
Page) yang berkaitan dengan tujuan untuk mempromosikan FB Page anda
kepada komuniti tersebut

4. Penekanan perlu diberikan kepada perkataan “Komuniti”. Ini adalah
kerana dalam dunia digital yang tiada sempadan, anda mampu
membina sebuah komuniti yang besar dengan mudah berbanding
dengan dunia nyata. Dengan adanya komuniti yang besar, anda lebih
mudah untuk menjenamakan dan memasarkan produk atau
perkhidmatan anda.

CONTOH FB PROFILE (PERSONAL)

FB PROFILE (PERSONAL)
(ADD FRIEND <=5000)

25

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3
CONTOH FB PAGE

FB PAGE
(LIKE = UNLIMITED)

RASIONAL FB UNTUK USAHAWAN:
Facebook kini telah berkembang menjadi suatu medan di mana para usahawan
menjadikannya sebagai tempat memasarkan produk perniagaan mereka. Setelah
membina komuniti yang besar, maka adalah lebih mudah untuk mempromosikan
produk-produk yang ingin dijual kepada mereka yang sudah mengenali anda
dalam alam maya.

Di samping itu, FB juga mengadakan perkhidmatan berbayar yang mana anda
boleh mengiklankan produk anda kepada segmen-segmen yang menjadi sasaran
anda. Tetapi apakah sebenarnya yang terjadi apabila anda berniaga di dunia FB,
sila rujuk rajah di bawah;

26

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

Dari rajah boleh disimpulkan bahawa FB adalah merupakan sebuah medium
penjualan dan promosi yang mudah digunakan tetapi terdapat beberapa perkara
yang perlu diketahui:

1. FB merupakan secara asasnya sebuah laman sosial dan bukannya laman untuk
berniaga, maka majoriti yang melawat laman tersebut adalah untuk bersosial.

2. Produk anda adalah satu dari beribu-ribu produk yang dipasarkan melalui FB.

3. Sungguhpun anda ada beribu-ribu kenalan di dalam komuniti (follower) anda,
hanya 3% ke 5% sahaja dari jumlah tersebut yang dapat melihat posting anda di
wall mereka. Anda perlu berbelanja (Boost post) untuk memastikan semua
follower anda dapat melihat posting tersebut

4. Sekiranya anda ingin mempromosikan produk anda ke demografi yang lebih
besar maka anda perlu berbelanja di FB Ads.

27

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

Oleh itu FB merupakan sebuah platform yang sesuai untuk anda melakukan
penjenamaan (branding) produk anda tetapi untuk memastikan aktiviti promosi
yang menghasilkan jualan, maka anda perlu benar-benar faham:

1. Demografi yang sesuai untuk disampaikan mesej penjenamaan dan promosi
anda

2. Kaedah copywriting yang sesuai untuk menarik perhatian demografi yang
ditujukan untuk berhubung dengan anda (enquiry)

3. Kaedah melakukan closing yang efektif melalui aplikasi komunikasi digital yang
sedia ada.

4. Nilai (budget) yang ingin dibelanjakan untuk memastikan kempen promosi
berbayar anda mencapai matlamatnya

5. Penghantaran produk-produk yang telah dijual perlu sampai kepada pelanggan
dalam keadaan yang selamat dan dalam masa yang telah ditetapkan.

28

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

CARA MEMBUAT PAGES
1. Pergi ke https://facebook.com/pages/create
2. Pilih kategori pages. Untuk kategori yang paling sesuai, pilih ‘Brand & Product’

3. Pilih kategori page, letakkan nama page dan tandakan’ I agree’. Klik Get
Started.

4. Masukkan penerangan ringkas kedai, alamat website dan klik Save Info.
Gunakan formula ini:
<Kelebihan kami> + <untuk tempahan, sila hubungi nombor>
29

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

5. Masukkan website (jika ada) & alamat FB untuk kedai agar senang orang nak
ingat alamat Facebook untuk kedai kita. Alamat Facebook ini sedikit
sebanyak membantu carian di Google

6. Upload gambar untuk gambar profil page di sini atau skip sahaja untuk
permulaan. Anda boleh ubah gambar profil pada bila-bila masa.

7. Klik ‘Add to Favorite’ untuk memasukkan page kita pada bahagian Favorite
agar senang nak buka kembali page kita. Kemudian klik ‘Next’.
30

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

8. Bahagian target audiens sangat penting. Akan dibincangkan kemudian. Klik
Skip

9. Tahniah! Pages anda telah pun siap!
31

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

TIPS & TRICK :

1. Set matlamat dan strategi yang jelas

i. Kenapa: Kenapa anda perlu guna Facebook? Cari apa dan di mana target
pasaran produk/servis anda dan fokus pada strategi berkaitan yang boleh buat
duit

ii. Apa: Apa matlamat anda dan apa yang anda mahukan di Facebook. Adakah
anda mahu:
a. Cipta jenama / product awareness?
b. Bina komuniti anda sendiri?
c. Tunjukkan kepakaran dalam bidang anda?
d. Mahu mendidik orang sekeliling tentang produk anda?
e. Supaya orang ramai sentiasa ingat pada produk anda?
f. Menambahkan jaringan prospek?
g. Mahu tarik audiens pergi ke laman web anda?
h. Cari ejen/stokes/investor/rkan kongsi?
i. Jadikan tempat untuk customer servis?
j. Tingkatkan jualan?

iii. Siapa: Siapa kumpulan sasaran prospek yang anda mahu?

Anda harus tahu siapa kumpulan sasaran anda di Facebook. Lebih banyak cirri-
ciri mereka yang anda tahu,lebih senang anda susun strategi untuk dapatkan
mereka.

iv. Bagaimana: Bagamana anda mahu capai matlamat anda guna Facebook?

Cari strategi terbaik dengan sentiasa perhati dan kaji setiap apa yang yang telah
anda lakukan. Ulang mana-mana strategi yang Berjaya dan perbaiki strategi
yang gagal. Strategi berbeza mengikut matlamat anda. Contohnya, kedai kopi
ambil keputusan untuk menambahkan jualan melalui Facebook sebanyak 10%
dalam tempoh 6 bulan. Antara strategi yang kedai tersebut boleh guna ialah:

32

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

a. Buat posting setiap pagi mengenai apa menu istimewa hari tersebut, dengan beri
kod kupon supaya jualan dari Facebook boleh dijejak

b. Pos gambar pelanggan bertuah anda setiap hari & tag Facebook mereka

c. Galakkan pelanggan pos gambar mereka sendiri di kedai anda menikmati kopi
dan tag FB anda

2. Tukar Nama Username Facebook

i. Cipta URL khas untuk FB page anda. Ia akan memudahkan pelanggan cari anda
di Facebook dengan hanya taip www.facebook.com/namakedaianda.

ii. Facebook Page URL anda penting untuk SEO di Google dan Facebook. Sekiranya
URL anda hanya nombor di belakang (default), brand anda tidak akan keluar
sekiranya pelanggan taip nama kedai anda untuk cari . Brand/kedai anda juga
akan kelihatan tidak professional sekiranya tidak guna URL yang diubahsuai khas
untuk FB anda.

iii. Untuk ubah URL, pastikan jumlah likes FB page telah mencecah 25 orang dulu
barulah boleh tukar. Pergi ke: https://www.facebook.com/username dan tukar
username kepada nama kedai.

3. Cipta watak/suara di sebalik bisnes anda

i. Pengguna Facebook majoriti suka berinteraksi dengan orang lain, bukannya
dengan bisnes yang terlalu kaku.

ii. Sesiapa sahaja yang uruskan page anda haru pandai menulis dengan cara yang
santai dan disukai ramai, menggunakan stail yang melambangkan bisnes anda.

iii. Mereka juga boleh sekali sekala menyuarakan pendapat mereka sebagai

33

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

individu yang bersama-sama pelanggan (memahami dengan seolah-olah
berada dalam situasi mereka), bukannya sebagai wakil syarikat tetapi pendapat
tersebut harus positif kepada bisnes anda.

iv. Jika nak tambah admin, boleh klik Admin Roles pada bahagian Edit Page > Edit
Settings. Hati-hati jangan add orang sesuka hati, hanya add orang yang boleh
menjaga pages kita sahaja.

v. Dan tetapkan peranan orang yang kita jadikan admin itu sebagai ‘Content
Creator’ jika tugas dia hanyalah menulis post dan reply post.

vi. Anda harus bersabar dalam membina hubungan baik dengan audiens anda,
Libatkan diri dalam perbualan dengan ikhlas, dan beri penghargaan kepada
pelanggan tetap di FB untuk bantu bina hubungan yang positif dengan audiens.

4. Buat posting dengan kerap

i. Berbeza dengan media massa seperti majalah, TV, atau media online yang lain
seperti laman web, media sosial dibuat bertujuan untuk pengguna update dengan
kerap.

ii. Statistik menunjukkan dalam 50% pengguna Facebook memeriksa FB mereka
sekurang-kurangnya sekali sehari untuk melihat sebarang updates dari orang lain
yang mereka suka.

5. Rancang kalendar posting anda sendiri

Cara paling senang untuk sentiasa terhubung dengan pengikut FB anda ialah
dengan cipta calendar posting anda sendiri. Rancang awal idea apa yang mahu
anda kongsi, bercerita dan sebagainya setiap minggu dan bulan. Anda juga
boleh buat ikut hari, contohnya, hari Isnin ialah hari untuk berkongsi tips, hari Selasa
untuk beri tawaran kupon dan sebagainya. Kalendar ini terpulang kepada anda
untuk corakkannya berdasarkan pattern audiens anda sendiri.

34

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

Kalendar posting bukan sahaja bantu mudahkan cari bahan untuk posting, malah
akan buatkan post anda menarik, teratur & dirancang dengan baik. Cari frekuensi
yang sesuai paling sesuai untuk audiens anda.

6. Beri nilai dalam posting

i. PERATURAN 80/20.

Cuba untuk beri content original dan bermanfaat kepada pengikut anda dalam
80% dan tidak lebih dari 20% sahaja content untuk menjual (hardsell).

ii. CONTENT YANG RELEVAN

Beri pelbagai content berlainan tetapi relevan dengan produk atau servis anda.
Jangan menyimpang terlalu jauh dari matlamat utama anda buat FB page untuk
bisnes anda!

iii. APA KEBAIKAN UNTUK MEREKA?

Setiapkali buat posting, anda harus ingat, audiens mahukan sesuatu kebaikan
untuk diri mereka sendiri, bukan semata-mata hanya bercerita mengenai anda
sahaja.

7. Galakkan komen dan reply secepat mungkin

i. Minta audiens untuk beri maklumbalas dan kongsi pendapat mereka tentang
produk dan servis anda. Secaraa tak langsung anda juga akan dapat dengar dari
pihak mereka dan memperbaiki segala kekurangan bisnes anda yang mereka
lihat.

ii. Posting sedemikian akan membuatkan mereka rasa dihargai dan dekat dengan
anda, seterusnya jadikan mereka pelanggan setia anda.

iii. Cuba Tanya soalan. Di hujung posting anda, jangan lupa selitkan soalan supaya

35

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

mereka beri respons samada komen, like atau share. Apabila mereka beri respon,
segera balas semula untuk jadikan perbualan itu berterusan – seboleh-bolenya
dalam tempoh 24 jam. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, kebarangkalian
untuk mereka berinteraksi dengan anda semula jadi lebih rendah dan buatkan
mereka lari dari bisnes anda.

iv. Pastikan setting anda (di bahagian Manage Permission) benarkan audiens untuk
post di FB page anda, dan beri mereka untuk hantar private message kepada
anda.

GUNA GAMBAR & VIDEO

i. Gambar & video merupakan cara pantas untuk dapat attention dari audiens dan
bantu mesej anda menyerlah di ruangan News Feed.

ii. Anda boleh gunakan gambar untuk buat posting jualan soft sell atau hardsell atau
teaser untuk mendapat impak yang maksimum.

iii. Posts dan iklan FB bergambar biasanya dapat engagement yang lebih
tinggi.Gunakan sehingga 6 keping gambar untuk iklan anda dan kaji gambar jenis
macam mana yang beri impak paling baik

iv. Untuk iklan bergambar, biarkan teks kurang dari 20% sahaja dari keseluruhan atau
ia tidak akan muncul dlam ruangan News Feed.

v. Gambar lifestyle sentiasa jadi pilihan audiens FB. Cuba kongsikan gambar
pelanggan anda sedang menikmati produk anda.
Contoh selain gambar lifestyle:

a. Behind the scene: Peniaga pakaian boleh pos gambar stok yang baru tiba.

b. Tutorial: Personal trainer boleh pos video tutorial bagaimana nak buat senaman
tertentu yang betul
36

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

vi. Jangan pos gambar anda sahaja. Tunjukkan produk anda sedang
dipakai/diguna oleh pelanggan yang berpuas hati dan gembira dengan produk
tersebut.

vii. Cover image size: 851 pixels by 315 pixels and may not include more than 20%
text. Your Cover Should Talk. It is prime real estate on your Facebook Page and
it’s the first thing your Page visitors will notice. Your Cover image should express
who you are as a business and your Page visitors should understand what your
business is about at a glance.

viii. Profile image size: Upload images 180 pixels by 180 pixels (shows at 160 pixels by
160 pixels)

9. Pin post yang penting ke bahagan paling atas page anda
i. Apabila anda buat posting baru, post yang lama akan turun ke bawah dan

semakin jauh dari timeline utama anda. Bagi post yang penting, pin ke bahagian
atas supaya ia kekal dapat dilihat oleh audiens.

ii. Contoh posting yang sering di pin ialah new lead-gen offers, events akan datang,
atau pengumuman produk yang penting.

iii. Untuk pin post, klik anak panah di bahagian kanan atas post tersebut dan klik ‘pin
to top’. Ia akan muncul di bahagian atas dan 14.

10. Promote your Facebook Page

Sentiasa promote FB page anda di medium lain seperti laman web, instagram,
kad bisnes, letterhead dan sebagainya

11. Lebih interaktif dengan promosi, peraduan, games, surveys, etc.

i. Pengguna amat suka apabila Facebook menjadi ‘Fun” terutama jika ada sesuatu
yang menyebabkan mereka menjadi ketagih untuk sentiasa melawati dan
mengunakannya.
37

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

ii. Penyelidikan menunjukkan koupon dan barangan percuma adalah antara sebab
utama seseorang melawati dan follow sesebuah page bisnes Facebook.

iii. Facebook juga boleh digunakan untuk kaji selidik. Kaji selidik perlulah pendek dan
mempunyai ‘link’ untuk pengguna menjawab dan boleh juga dikongsi (share)

iv. Sentiasa mengadakan tawaran istimewa (masa terhad) untuk menarik pengguna
melawati page di samping membantu jualan. Pastikan ‘link’ untuk “call to action’
mudah untuk digunakan

12. Guna Facebook Insights untuk mengenali pelanggan anda

i. Facebook Insights membantu untuk mengenali siapa yang sebenarnya melawati
page anda. Laporan segementasi yang jelas akan membantu anda
menghasilkan sesuatu tawaran yang kena dengan citarasa mereka.

ii. Contohnya, sekiranya laporan segementasi menunjukkan majoriti yang melawat
page anda berumur 18 ke 20 tahun, wanita dan duduk di bandar. Maka pastikan
jenis buku yang dijual kena kepada segmentasi tersebut.

38

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

3.1.1 MEMBANGUNKAN IMEJ COVER PAGE PEMASARAN UNTUK MEDIA SOSIAL.

Penghasilan Cover Page adalah dengan menggunakan Canva.com
Antara langkah-langkah yang boleh diikuti adalah :

1. Pergi ke www.canva.com
2. Daftarkan satu akaun baru dengan
memasukkan:

 Email
 Password
3. Klik Sign up

Contoh Cover Page

39

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

3.1.2 MEMBANGUNKAN MEDIA SOSIAL SEBAGAI ALAT JARINGAN PERNIAGAAN.

Media sosial dianggap sebagai satu nilai penggerak perniagaan di seluruh dunia.
Malaysia juga sebagai negara yang menekankan perniagaan digital
menggalakkan usahawan menggunakan kaedah media sosial sebagai pemangkin
perniagaan. Menurut tinjauan socialmediaexaminer.com, ramai usahawan setuju
bahawa media sosial memainkan peranan penting dalam memasarkan produk
mereka kepada pelanggan yang dikenali dan tidak dikenali.

Internet merupakan salah satu aspek penting dalam berhubungan dalam aplikasi
sosial media, internet telah merangkul dunia yang memegang peran manusia
dalam kehidupan manusia. Internet juga boleh di katakan menjadi rakan manusia
untuk berkomunikasi dalam sosial media, melalui internet manusia mendapat
berbagai maklumat dan panduan untuk melakukan sesuatu yang baru.

Melalui internet manusia melakukan aktiviti perniagaan dan perusahaan tanpa
mengira di mana berada dan berapa jauh jarak antara peniaga dan pelanggan.
Selain itu, melalui media masa atau social manusia dapat menjalinkan hubungan
social antara satu sama lain tanpa mengira tempat, asal, dan keturunan.
Kebergantungan manusia terhadap media sosial menyebabkan mereka mencipta
berbagai – bagai laman sosial seperti facebook, myspace, blog dan seumpama
dengannya. Melalui teknologi ini semua golongan dapat menjalankan aktiviti
perniagaan atau perusahaan samada di pejabat ataupun di rumah khususnya
untuk suri rumah yang mencari pendapatan tambahan dan mengisi masa lapang
mereka.

40

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

Penggunaan Media Sosial Dalam Perniagaan Secara Global

Dengan penggunaan media sosial dalam pelbagai aktiviti terutamanya dalam
perniagaan dan keusahawanan telah memaparkan dunia yang seolah – olah tiada
sempadan. Buktinya dengan bertambahnya syarikat – syarikat multinasional,
jenama – jenama global dan peningkatan penggunaan berbagai – bagai jenis
laman sosial yang menjadi platform sebagai penyebaran maklumat perniagaan
bagi menarik perhatian para pembeli dan pengguna. Contoh yang dapat kita
ambil adalah menerusi aktiviti pengiklanan. Kecanggihan teknologi media sosial
dalam dunia hari ini banyak memberikan manfaat kepada kehidupan dan aktiviti
manusia. Ianya amat menjimatkan kos dan masa dan manusia dapat berhubung di
seluruh pelusuk dunia tanpa batasan dengan adanya internet.

Di dalam era globalisasi ini banyak para usahawan dan peniaga menggunakan
media sosial sebagai platform untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang di kenali
perniagaan secara online ataupun atas talian. Tidak kira golongan itu samada
usahawan tegar atau pun perniagaan kecilan ataupun sambilan yang dapat
dilakukan di mana – mana sahaja. Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan (Amir
Milson, 2010) yang menyatakan perniagaan yang dijalankan menerusi online
membolehkan komunikasi yang lebih efektif bersama pelanggan yang berpotensi
dalam memberikan keuntungan kepada sesebuah perniagaan. Seperti yang dapat
dilihat kini, masyarakat lebih gemar untuk melakukan pembelian “online”. Bagi
mereka, kaedah ini lebih mudah dan amat bertepatan dengan gaya kehidupan
mereka yang semakin hari semakin sibuk dengan hal-hal pekerjaan dan lain-lain.

41

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

3.1.3 MEMBANGUNKAN MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIUM PERKONGSIAN MAKLUMAT
PERNIAGAAN.

Seiring dengan perkembangan teknologi internet dan telefon bimbit yang semakin
maju pada masa kini,media sosial turut menerima kesan apabila membangun
dengan pesat. Media sosial merupakan platform interaksi sosial yang melibatkan
satu cabang komunikasi baharu yang terhasil daripada persekitaran komunikasi
yang biasa. Rangkaian komunikasi menerusi media sosial adalah tidak terbatas.

Fenomena ini telah mengubah cara perhubungan yang berbeza di dalam
organisasi, komuniti dan individu itu sendiri berinteraksi antara satu sama lain.Media
sosial merupakan jaringan maya yang disediakan kepada pengguna untuk
menyatakan pendapat, bertukar buah fikiran, dan dapat menghantar serta
mengawal mesej yang akan disampaikan di mana jua pada bila-bila masa.
Perubahan tatacara komunikasi ini menunjukkan satu revolusi yang berlaku
terhadap bidang komunikasi di dunia pada masa ini. Media sosial juga mempunyai
peranan yang sangat penting terhadap organisasi, kumpulan individu untuk
berhubung khususnya.

Pada masa kini, penggunaaan media sosial dalam kehidupan seharian semakin
meluas tidak hanya terhad kepada perhubungan semata-mata. Aplikasi media
sosial telah digunakan dalam pelbagai sektor seperti pentadbiran, pendidikan dan
terutamanya dalam sektor perniagaan. Kemampuan untuk mengakses media
sosial melalui aplikasi mudah alih ( mobile web) merupakan faktor pendorong
dalam kejayaan media sosial. Hal ini kerana ia memiliki kualiti capaian maklumat
yang maksimum walaupun diakses melalui telefon pintar.

42

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

3.1.4 MENERANGKAN TEKNIK COPYWRITING.

Apa itu copywriting?

Copywriting lebih mudah dikenali sebagai ayat jualan/ayat promosi/ayat
memujuk pelanggan/ayat pukau pelanggan atau apa saja dengan objektif
mempengaruhi prospek, dan seterusnya membuatkan mereka bertindak. Dan
sudah pasti, tindakan yang dimahukan adalah MEMBELI!

Copywriting banyak digunakan di FB ADS. Sebelum anda bermula dalam
penulisan copywriting, 4 perkara yang anda perlu tahu adalah;
1. MENARIK PERHATIAN PROSPEK
2. MEMPENGARUHI EMOSI PROSPEK
3. MEYAKINKAN PROSPEK
4. MEMBUATKAN PROSPEK BERTINDAK

#1: MENARIK PERHATIAN PROSPEK
Dalam mana-mana medium pemasaran, online atau offline, adalah penting
untuk si penjual menarik perhatian prospek mereka terlebih dahulu sebelum mula
menjual.
Ayat tarik perhatian juga dipanggil ayat “PEMANGGIL PROSPEK”..
Anda biasa pergi pasar malam? Pernah lihat orang menjual? Apakah cara
mereka gunakan untuk tarik perhatian orang ramai? Sebagai contoh, ayat
pemanggil yang pernah saya dengar adalah;

“KASI RAPAT, KASI RAPAT, RAHSIA MINYAK HAIWAN AJAIB INI
AKAN BANTU ANDA”. (ayat si penjual ubat)
.. “DIPILIH, DIPILIH, DIPILIH” (ayat penjual baju bundle)
.. “AIR! AIR! AIR! AIR DIBUAT DARI AIR DIMASAK. AIR BANDUNG
ADA, AIR LECEY ADA!” (penjual air)
.. “JAM LELONG, JAM LELONG, JAM LELONG! TAHAN AIR PUNYA!”
(si penjual jam lelong (saya la pada sewaktu masa lampau)
Itulah contoh-contoh ayat-ayat pemanggil di pasar malam.
Dengan menggunakan ayat-ayat pemanggil seperti ini, mereka dapat menarik
perhatian prospek mereka untuk datang ke ruang niaga mereka.

43

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

Jadi, dalam FB Ads bagaimana?
Dalam page post ads, ayat tarikan ini diletakkan di barisan paling awal ayat
post. Ianya dipanggil, HEADLINE.

HEADLINE ini adalah item ke-2 yang dilihat oleh audiens selepas gambar
post. Headline ini antara fungsi utamanya adalah menarik perhatian audiens
untuk membaca ayat post yang seterusnya. Untuk menarik perhatian
audiens, headline yang baik perlu mengambil masa 3-5 saat untuk audiens
membacanya.

Untuk menarik perhatian audiens dalam masa 3-5 saat ini,
penggunaan headline perlulah;
 Menggunakan ayat yang mudah difahami, pendek tapi padat.
Dalam marketing, ayat yang kita gunakan mestilah SIMPLE dan MUDAH
DIFAHAMI.

Sebagai contoh;
“MUKA AWAK BERJERAGAT? ” adalah lebih mudah difahami
berbanding “JIKA MUKA ANDA BERJERAGAT, PRODUK INI
MEMANG SANGAT SESUAI UNTUK ANDA UNTUK HILANGKAN
JERAGAT ANDA”. Ayat headline yang panjang boleh membuatkan
peraturan 3-5 saat tidak dapat dipenuhi.

 Gunakan HURUF BESAR, beserta SIMBOL.
Penggunaan besar membuatkan headline kelihatan seperti tajuk, tajuk
iklan. Ianya dapat membezakan antara mesej yang ditulis dengan headline. Jika
anda gunakan huruf kecil, headline anda kelihatan sebahagian daripada isi
kandungan ayat iklan anda. Penggunaan simbol membantu menarik perhatian
audiens untuk membaca HEADLINE iklan anda.

 Letakkan mesej utama iklan anda di headline.
Jika iklan anda menjual ubat kurus sebagai contoh, anda perlu letakkan mesej
utama iklan anda.

44

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

Contohnya,

“RAMAI NAK KURUS, TAPI TAK TAHU CARA BETUL”, (mesejnya – untuk
perkenalkan produk kurus badan yang betul, terbukti berkesan),

“FORMULA BUANG LEMAK 30 HARI TERBONGKAR”, (mesej iklannya –
ingin menjual produk yang mampu bakar lemak dalam tempoh waktu
tertentu),

“OFFER HEBAT, PRODUK TUMBUH RAMBUT AAAA”. (mesejnya – ingin
menjual produk tumbuh rambut (buat yang bermasalah) dengan harga
offer),

“MONA BERJAYA BUANG LEMAK 10KG!” (mesejnya – dapatkan produk
ini, ada testimoni yang terbukti berkesan akan penggunaan produk
kuruskan badan ni).

 Headline adalah berkaitan dengan gambar yang digunakan.
Ada orang, promosikan produk kurus, tapi guna gambar monyet comel, kan tak
berkaitan tu. Ingat! gambar adalah item no. 1 yang audiens akan lihat. Selepas
itu, barulah headline. Dan headline perlulah RELEVAN dengan gambar!

 Penggunaan ayat-ayat AJAIB, UNIK.
Hahaha, yang ni, anda boleh pikirkan apa-apa ayat yang anda rasa AJAIB,
yang mampu tarik perhatian audiens.

Contohnya,
“MANE NAK CARI “KUIH KOCI MELETOP KG PAK ABU”
NI? Ayat ajaibnya adalah “MELETOP” dan ayat uniknya
“KG PAK ABU”

Itulah antara tips-tips yang boleh anda gunakan dalam penulisan headline bagi
tujuan menarik perhatian audiens.

#2: MEMPENGARUHI EMOSI PROSPEK
Menurut kajian, antara faktor utama yang membuatkan orang membeli adalah
disebabkan EMOSI. Jadi, dalam FB ADS marketing, anda juga perlu
mempengaruhi emosi prospek. Bagaimana mempengaruhi prospek dalam
penulisan ayat post anda?

45

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

Di sini, saya berikan tips mudah.
 Anda boleh masukkan senarai masalah prospek, senarai kelebihan produk,
ciri-ciri produk dan juga manfaat produk kepada pengguna. Di sini, anda
telah memberikan info secukupnya kepada prospek.
 Situasi masalah juga anda boleh masukkan. Case study, sebagai contoh! Ini
akan membawa minda prospek ke dalam situasi yang diceritakan. Seolah-
olah mereka juga sedang merasainya.
 Testimoni juga mampu pengaruhi emosi prospek untuk membeli. Semakin
banyak testimoni, semakin membuak-buak emosi prospek untuk membeli.
Orang lain dah guna produk tersebut, dan berjaya. Ianya secara terus
mempengaruhi emosi prospek untuk turut mencuba produk yang anda
iklankan.
 Demo, cara guna produk juga mampu pengaruhi prospek. Jadi, jika perlu,
anda boleh masukkan juga url video demo produk anda dalam copywriting
iklan. Demo membantu prospek untuk rasai pengalaman menggunakan
produk!

Itu saja serba sedikit tentang bagaimana mempengaruhi emosi prospek dalam
copywriting.

#3: MENYAKINKAN PROSPEK
Untuk meyakinkan prospek untuk membeli, ada beberapa tips boleh diikuti.

 Anda boleh letakkan jaminan seperti warranty, kelulusan pihak berkuasa,
jaminan refund, jaminan keberkesanan. Pastikan jaminan anda benar-benar

tulen ya
 Masukkan koleksi testimoni. Bukan bermaksud anda perlu masukkan

semuanya, tapi anda boleh berikan url ke koleksi testimoni produk anda.
Lebih banyak testimoni yang tulen, memang lebih meyakinkan.

 Anda boleh masukkan no. phone anda/alamat pejabat/kedai untuk
tingkatkan keyakinan prospek untuk membeli. Ada no. phone, mereka
biasanya lebih yakin!

 Ada banyak cara lagi untuk yakinkan prospek, tapi yang di atas antara yang
boleh anda terus praktikkan. Memang berkesan

46

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

#4: MEMBUATKAN PROSPEK BERTINDAK
Ha, ini antara paling susah! Nak suruh prospek bertindak membeli, bukan senang
tau!
Untuk membuatkan prospek bertindak untuk membeli dengan segera, anda
boleh gunakan tips-tips berikut;

 Berikan tawaran kepada prospek.
Dalam copywriting, anda perlu tawarkan sesuatu yang prospek rasa nak cepat
membeli. Kalau mereka tak beli dari anda, mereka rugi!

Contohnya, diskaun harga, freegift, bonus dll.
Almaklumlah, siapa yang tak suka dengan offer.
Sememangnya offer mampu buatkan prospek tertarik
untuk membeli dengan segera.

 Masukkan scarcity factor.
Scarcity factor adalah faktor yang mampu takutkan prospek yang mana
mereka mungkin takut stok habis, offer tamat, dll.

Sebagai contoh ayat yang ada ‘scarcity factor’,
“HARI NI MEMANG ADA STOK LAGI, TAPI ESOK BELUM
DIJAMIN ADA. SEKARANG KAMI TERIMA TEMPAHAN BERTALI
ARUS)

 Beri jaminan bahawa pembelian prospek adalah berbaloi.
Berbaloi dari segi harga, dan keberkesanannya.

Contoh,
“DIJAMIN MASALAH KUTU ANAK ANDA SELESAI DALAM MASA
24 JAM SELEPAS GUNAKAN PRODUK INI. JIKA TAK BERKESAN,
KAMI PULANGKAN WANG ANDA KEMBALI. ANDA HANYA
BERBELANJA RM3.33 SEHARI UNTUK UBAT KUTU YANG TAHAN
1 BULAN INI”

47

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

 Arahan untuk prospek bertindak.
Nak suruh mereka CALL? SMS? KLIK ORDER FORM ? DATANG KEDAI?
Anda perlu arahkan mereka bertindak. Anda dah tarik mereka, anda dah
mainkan emosi mereka, anda dah yakinkan mereka, kini tugas utama anda
adalah mengarahkan mereka bertindak.

PENTING: Arahan tindakan ini perlu jelas, mudah dijumpai, dan mudah dibaca!
Cara mana berkesan?
…SMS?
…CALL?
…WEB?
…PM?

Anda sendiri perlu TEST. Lain produk, lain harga, lain pelanggan, lain paparan
iklan, lain caranya.

Ok, begitulah tips tak seberapa dari kami untuk anda semua.

SEBAGAI KESIMPULAN…
Dalam copywriting, inilah antara elemen utama yang perlu anda ambilkira
dalam penulisan ayat post iklan anda. Mula-mula, tarik perhatian, kemudian
mainkan emosi, yakinkan mereka dan akhir sekali arahkan mereka bertindak.

3.1.5 MENERANGKAN TEKNIK CLOSING SALE

Facebook adalah salah satu platform online yang mempunyai banyak TRAFIK. Jadi,
di situlah tempat untuk kita dapatkan prospek yang banyak. POTENSI untuk kita
dapatkan pelanggan juga sangat tinggi. Dengan menggunakan FB ADS, post iklan
kita akan dapat dipaparkan pada lebih ramai audiens di Facebook.
Apabila mereka berminat nak dapatkan produk kita, mereka pasti akan hubungi
kita. Dari situlah, kita akan hasilkan jualan. Proses untuk tukarkan prospek ke pembeli
dinamakan CLOSE SALES.

48

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

Di Facebook, ada 3 cara close sales yang biasa digunakan iaitu;
 WHATSAPP
 PM
 WEBSITE

Dalam penulisan ayat iklan, ketiga-tiga channel close sales ini dinamakan
ayat CALL TO ACTION (CTA).
Dalam post iklan, anda perlu letak satu sahaja ayat CTA. Jangan letak lebih dari
satu, nanti prospek akan keliru! Prospek tak suka perkara yang buatkan mereka
banyak tindakan dan berfikir. Ada banyak lagi masalah lain yang mereka perlu
fikirkan. Sebab itu, kita perlu mudahkan kerja mereka untuk membuat pembelian.
Ok, dah faham, kan?

Jadi, sekarang saya akan terangkan lebih lanjut bagaimana cara menggunakan 3
channel ini :

1) WHATSAPP

Anda pernah guna Whatsapp? Mesti pernah kan? Kalau tak pernah, anda dah rugi
sebab ia PERCUMA sahaja. Ia adalah cara yang paling POPULAR digunakan oleh
usahawan Facebook.

Dengan menggunakan Whatsapp, kita boleh menjawab segala soalan/pertanyaan
prospek dengan MUDAH dan PANTAS.

49

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

Susah nak Whatsapp di Smartphone? Banyak sangat yang wassap anda? Rileks..
gunalah ‘Whatsapp Web’. Dengan applikasi ini, kita boleh layan segala Whatsapp
yang banyak menggunakan Desktop.

Macam mana nak gunakannya? Ok, mula-mula anda masuk ke website ini –
WHATSAPP WEB

2) PM
Baru-baru ini, Facebook telah UPGRADE fungsi PM dengan pelbagai fungsi baru.
Antaranya :

 Kita sudah boleh PM pada audiens yang komen di post kita guna fanpage.

 Fungsi ‘Saved Replies’ untuk simpan template mesej untuk PM audiens.
50

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

 Ada banyak ‘Emoticon’ menarik yang disediakan untuk berkomunikasi
dengan audiens.

 Paparan baru ‘Messages’ yang memudahkan kita untuk URUS dan BACA
mesej.

51

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

Dengan pelbagai fungsi baru ini, kerja kita untuk close sales akan jadi lebih senang.
Jadi, gunakannya dengan sebaik-baiknya. Jangan salah gunakannya
untuk SPAM audiens di fanpage. Binalah engagement dan trust dengan cara yang
betul.
3) WEBSITE

Channel ini digunakan apabila kita sudah menerima Whatsapp dan PM yang terlalu
banyak sehingga kita tak larat nak layan kesemuanya. Ini akan merugikan kita
kerana kita akan terlepas banyak peluang untuk close sales dengan prospek!

52

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

Apabila kita sudah capai tahap begitu, sudah tiba masanya untuk gunakan
WEBSITE.

Dengan menggunakan website, proses jualan akan berlaku secara
AUTOMATIK! Potensi untuk kita hasilkan jualan berlipat kali ganda juga tinggi!
Sekarang, kita tak perlu risau lagi mengenai PM/Whatsapp yang banyak. Kita hanya
perlu suruh pelanggan membeli melalui website tersebut je, dan jualan akan
sentiasa masuk ke akaun kita walaupun kita sedang tidur. Best kan?

Channel ‘Close Sales’ Yang Paling Berkesan?
Jika anda tanya saya, “Sifu, mana satu channel close sales yang paling berkesan?”
Jawapan saya, ikut la kesesuaian situasi…

Kalau anda baru nak bermula, pelanggan pun tak ramai lagi, boleh la gunakan
Whatsapp dan PM sahaja. Kalau pelanggan anda dah ramai sangat, sampai anda
tak terlayan semuanya, lebih baik gunakan website. Barulah anda dapat hasilkan
lebih banyak jualan.

Boleh faham, kan?
Ok, sekarang cuba bayangkan ada banyak prospek yang PM/Whatsapp kita. Tapi,
tak ramai yang nak membeli. Mereka hanya mahu bertanya harga sahaja, ada
yang bertangguh nak tunggu hari gaji, nak tanya suami/isteri dulu dan macam-
macam lagi.

Walaubagaimanapun, kita tak boleh paksa mereka. Sebagai pelanggan, mereka
ada hak nak membeli pada bila-bila masa. Oleh itu, kita sebagai penjual perlu bijak
menyusun strategiclose sales.

Proses ini dinamakan Closing Rate (CLR). Anda boleh gunakan formula ini untuk
mengira CLR:
–> CLR = (Pembeli/Jumlah Respons) x 100
Sebagai contoh,
Respons = 500
Pembeli = 50

53

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

Closing Rate (CLR) = (50/500) x 100 = 10%
Jumlah CLR yang bagus adalah >30%, jika <30%, kita perlu lakukan pula Closing
Optimization (CLO). Dalam contoh di atas, CLR <30%. Jadi, CLO perlu dilakukan
segera!

Bagaimana caranya?
 Reply PM/Whatsapp dengan PANTAS.
 Akhiri setiap mesej dengan SOALAN.
 Sediakan segala soalan BANTAHAN dari prospek sebagai persediaan.
 FOLLOW UP prospek yang masih belum membeli.

“Ini je ke caranya?”
Sebenarnya, ada banyak lagi caranya yang anda boleh buat. Anda hanya perlu
jadi seorang yang kreatif dan pelbagaikan lagi teknik dalam melakukan CLO.
Ok, saya akan terangkan lebih lanjut setiap poin di atas…

1) ‘Reply’ PM/Whatsapp dengan PANTAS.
Setiap orang pasti sukakan kepantasan. Siapa yang tak suka, kan? Ini kerana
teknologi yang memudahkan kita untuk bertindak pantas dalam melakukan segala
kerja harian.

Dalam bisnes, kepantasan memainkan peranan yang sangat penting, terutamanya
dalam close sales. Apabila prospek sudah PM/Whatsapp anda, jangan biarkan
mereka lama-lama. Sebabnya, ketika itu mereka dalam MOOD membeli.

Apabila mereka menunggu lama untuk anda reply, mood membeli mereka akan
semakin menurun. Akhirnya, mereka tak jadi membeli atau akan membeli dari
peniaga yang lain. Anda dah rugi, kan?

Paling lambat pun, anda reply dalam tempoh 24 jam. Kalau lebih, kemungkinan
besar mereka tak akan berminat lagi nak membeli dari anda.

54

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

2) Akhiri setiap mesej dengan SOALAN.
Semasa dalam proses close sales, jangan lupa untuk bertanya soalan pada
prospek. Tak kira la, di PM/Whatsapp. Pastikan setiap mesej yang anda reply diakhiri
dengan soalan.

Dengan cara ini, kita dapat menarik prospek untuk REPLY semula mesej kita. Ini
dapat jadikan komunikasi antara prospek dan kita berlaku sehinggalah mereka jadi
pembeli.

“Soalan yang macam mana?”
Tak susah, ikut la kesesuaian…

Jika prospek tanya,
“Salam bro, berapa harga Mesotropin ni?”

Anda jawab la,

“W’salam bro, sebelum saya beritahu harga, saya
cuma nak tanya, bro tahu tak produk ini guna untuk
apa?”

Prospek jawab,

“Saya dah tahu, saya cuma nak tahu harga je. Mana
tau boleh dapat harga diskaun.”

Anda pula jawab,

“Ok bro, takde masalah. Harga 1 unit RM190, kalau
beli 2 unit harga RM300. Lebih JIMAT! Bro berminat?”

55

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

Prospek jawab semula
“Ok, saya beli 2 unit. Beri saya no. akaun bank.”

Anda tanya,

“Bro nak bayar CIMB atau Maybank?”

Prospek buat pilihan,

“Saya bayar ke CIMB”

Anda beri no. akaun bank,

“Ini no. akaun CIMB – [Nama, No akaun
bank]”

3) Sediakan segala soalan BANTAHAN dari prospek sebagai persediaan.
Biasanya, apabila ramai prospek yang PM/Whatsapp anda, pasti ada yang banyak
tanya pelbagai soalan. Ini mungkin kerana mereka memang berminat nak
membeli, tapi kurang yakin dan takut ditipu oleh peniaga.

Ini perkara biasa jika mereka belum kenal lagi siapa anda. Sebab itu, anda perlu
sentiasa tingkatkan kepercayaan dengan kerap bina engagement dengan
mereka.

Apa soalan yang biasa ditanya oleh prospek?
56

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

 “Mahalnya produk ni?”
 “Gaji tak masuk lagi la, boleh tunggu hujung bulan tak?”
 “Saya kena suami dulu, nanti saya confirmkan balik ye..”
 “Berkesan ke produk ni?”

Setiap soalan yang mereka tanya, ada cara untuk kita menjawabnya. Bukan
mereka tanya, kita diam je. Sebab kadang-kadang, ada prospek yang hanya
nak TEST je sama ada peniaga tu jujur ke tak.

Saya berikan contoh nak jawab soalan-soalan ini..

a. “Mahalnya produk ni?”
 Berikan testimoni pelanggan yang kata produk ini berbaloi.
 Terangkan manfaat dan kelebihan yang bakal diperolehi prospek jika
mereka membeli produk ini.

b. “Gaji tak masuk lagi la, boleh tunggu hujung bulan tak?”
 Suruh prospek buat bayaran deposit dulu.
 Buat reservation dulu, bayar kemudian.

c. “Saya kena suami dulu, nanti saya confirmkan balik ye..”
 Tanya prospek, bila boleh follow up kita semula?
 Beritahu prospek, kita akan follow up dia pada hari berikutnya.

d. “Berkesan ke produk ni?”
 Berikan testimoni yang produk ini berkesan.
 Suruh prospek cuba 1 dulu dengan berikan diskaun.

4) ‘FOLLOW UP’ prospek yang masih belum membeli.
Follow up adalah satu tindakan untuk memujuk prospek yang berminat dengan
produk kita tapi masih belum membuat pembelian.

Biasanya, ada 5 cara yang boleh kita gunakan untuk follow up.
 PM
 Whatsapp/SMS
 Emel
57

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

 FB Ads
 Telefon

Setiap cara di atas menggunakan teknik follow up yang berbeza, tapi objektifnya
tetap sama, nak tukarkan prospek jadi pembeli.

3.2 MEMBANGUNKAN KEMPEN PEMASARAN MENGGUNAKAN APLIKASI
PERHUBUNGAN DIGITAL (SEPERTI TELEGRAM, WHATSAPP, WECHAT DAN SEBAGAINYA)

Apa itu WhatsApp?
WhatsApp adalah aplikasi yang membolehkan kita menghantar pesanan dengan
paling pantas, kita boleh menghantar gambar, file, mesej dan video. Aplikasi
WhatsApp kini boleh digunakan dalam versi Android , blackberry, windows phone
dan Symbian.

WhatsApp tidak perlu kepada penggunaan kredit berbayar sebagaimana yang kita
gunakan menerusi sms, ia hanya perlu kepada data internet 3g atau Wifi.

Contact pengguna WhatsApp juga secara automatic tersimpan pada smartphone
apabila contact turut mempunyai aplikasi WhatsApp.

Penghantaran pesanan boleh dilakukan:
a) Secara terus kepada seseorang individu

58

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

b) Atau kepada beberapa indivudu secara serentak didalam sebuah kumpulan
(group). Grup tersebut terdiri dari seorang admin yang mencipta grup tersebut
disamping ahli-ahli yang telah ditambah kedalam grup tersebut oleh admin

Pesanan Individu Pesanan dalam group

Maka ianya mudah untuk digunakan sebagai alat hubungan untuk meluaskan
jaringan perniagaan anda.

Cara daftar Whatsapp

1. Android
i) Download aplikasi WhatsApp melalui Android anda di Google Play

ii) Install pada Android anda dan buka aplikasi WhatsApp.
iii) Pilih menu register atau daftar jika anda belum pernah daftar WhatsApp

sebelum ini.
iv) Isikan no telefon yang ingin anda gunakan sebagai no contact WhatsApp

anda
v) Setelah WhatsApp telah di daftarkan, maka anda sudah boleh gunakan

WhatsApp untuk menghubungi rakan anda atau untuk kegunaan bisnes.

59

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

2. Blackberry
i) Download aplikasi WhatsApp melalui Blackberry anda di App World.
ii) Kemudian INSTALL dan buka aplikasi WhatsApp tersebut.

60

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

iii) Register dan daftarkan nombor telefon anda, kemudian tunggu kod
verifikasi yang dihantar melalui sms.

iv) Setelah daftar, anda terus boleh gunakan WhatsApp.

Cara Mendapatkan Engagement Dan Sales
 Cakap bahasa pelanggan
 Gambar yang menarik
 Masukkan elemen personal
 Sense of urgency
 Timing yang tepat

RASIONAL WHATSAPP UNTUK USAHAWAN

1. Di dalam dunia perniagaan masa kini, komunikasi adalah amat penting diantara
peniaga dan pelanggan. Ini adalah kerana pelanggan mempunyai pelbagai
pilihan ketika membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan sehinggakan peniaga

61

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

perlu melayan pertanyaan dan kehendak pelaggan sugguhpun mereka tidak
berada disitu untuk megelakkan pelanggan yang berpotensi dari membeli dengan
penjual-penjual lain.

2. WhatsApp sangat sesuai digunakan oleh peniaga adalah kerana;
a) Jimat dari faktor kos penghantaran pesanan kepada pelanggan yang mana
tiada kos pengunaan
b) Tiada had dari segi berapa jumlah penghantaran pesanan
c) Tempoh penghantaran dan penerimaan pesanan adalah cepat
d) Mudah untuk digunakan
e) Kebanyakan dari pengguna telefon pintar menggunakan app ini

62

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

Apa Itu Instagram?
1. Sebuah applikasi perkhidmatan online secara mobile untuk berkongsi gambar
dan video pada pelbagai platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Tumblr
dan Flickr.

2. Seperti Facebook, setiap penguna instagram mempunyai akaun tersendiri yang
mana sesiapa yang berminat untuk mengikuti (follow) akaun instagram tertentu
boleh memohon untuk mengikuti akaun tersebut.

3. Followers ini yang akan mewujudkan kommuniti untuk sesuatu akaun instagram
yang diikuti. Antara akaun yang mempunyai pengikut yang besar adalah, selebriti,
ahli sukan, tokoh politik dan juga pelbagai jenis jenama yang terkenal.

CIRI-CIRI INSTAGRAM
1. Saiz gambar yang dikongsi adalah berbentuk segiempat sama tidak seperti photo
biasa yang berukuran ratio 4:3

2. Gambar boleh diedit mengikut digital filter yang disediakan

3. Durasi video instagram yang boleh dikongsi adalah selama 15 saat

63

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

RASIONAL INSTAGRAM UNTUK USAHAWAN
Dari sebuah aplikasi social, kini instagram telah dijadikan sebagai sebuah alat untuk
memasarkan produk perniagaan. Ini adalah kerana konsep minat kepada
seseorang ikon atau jenama digunapakai untuk mempengaruhi komuniti yang
mengikuti sesuatu akaun instagram untuk berbelanja kepada suatu produk tertentu.

Sekiranya seseorang yang meminati seseorang ikon atau selebriti, maka
kebarangkalian tinggi apa yang dipakai oleh ikon atau selebriti tersebut akan diikuti
oleh follower tersebut. Begitu juga sekiranya jenama yang diikuti ada mengeluarkan
gambar produk terbaru maka kebarangkalian tinggi follower tersebut ingin memiliki
produk baru tersebut.

Contoh Instagram:
Contoh selebriti yang memanfaatkan Instagram dalam promosi bisnessecara
langsung atau tidak :
1. Neelofa
i. 1.8 juta pengikut
ii. Naelofar, Bokitta Hijab, Lofa Lens, etc

64

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

2. Nora Danish
i. 2.2 juta pengikut
ii. Instareview, kedai kopi XOXO
3. Wak Doyok
i. 847 ribu pengikut
ii. Krim Jambang Wak Doyok

Contoh butik SME atas talian yang popular di Instagram:
1. Minaz: 206 ribu pengikut
2. Zawara: 198 ribu pengikut
3. Jelitasara: 42.6 ribu pengikut

65

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

Dari rajah boleh disimpulkan bahawa Instagram adalah merupakan sebuah
medium sosial yang boleh dijadikan medan perniagaan dan promosi yang mudah
digunakan tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui :

1. Instagram tidak meletakkan syarat maksimum kepada berapa jumlah follower
yang dapat melihat mana-mana gambar atau video yang telah di muat-naik
berbanding dengan FB yang hanya membenarkan jumlah tertentu (5%) yang
mampu dilihat pada wall milik mereka.

2. Tiada caj tambahan untuk promosikan produk atau perkhidmatan anda

3. Bagaimanapun instagram secara asasnya tetap merupakan sebuah medium
sosial untuk berkongsi gayahidup pengunanya melalui gambar mahupun video.
Oleh itu jika setiap posting adalah berbentuk hard-sell maka seseorang follower
mungkin akan berasa bosan dan tidak akan menjadi follower anda lagi.

66

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

TUTORIAL INSTAGRAM UNTUK BISNES

1. ASAS AKAUN INSTAGRAM

Instagram boleh digunakan untuk banyak keadaan. Namun untuk situasi masakini,
penggunaan instagram dioptimumkan untuk tujuan penjenamaan dan jualan.

ASAS MENGHASILKAN AKAUN INSTAGRAM UNTUK USAHAWAN
i. Bio profile kita adalah aset paling penting untuk audiens mengenali kita.
Seharusnya ia harus beri idea jelas kepada mereka tentang siapakah kita.
ii. Pastikan profile kita diset kepada ‘public’ dan bukan kepada ‘private’.
iii. Sebaiknya bio kita menceritakan tentang perkara-perkara ini.

a) Siapakah kita?
b) Apa yang kita buat?
c) Gunakan emoticons (emoji) untuk CTA (audiens klik link kita)
d) Gunakan pendekatan K.I.S.S (keep it simple, stupid).
e) Nombor telefon untuk dihubungi
f) Ada domain website yang menarik (jika ada website)
g) Pastikan profile konsisten dengan brand positioning kita.

67

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

2. KONSISTENSI DALAM POSTING

i. Postkan gambar dalam 3 - 5 kali pada waktu konsisten untuk 2-3 minggu.

ii. Tukar time posting selepas 2-3 minggu kepada waktu lain. Cuba buat selama 2-3
minggu.

iii. Gunakan Iconosquare atau mana-mana program pihak ketiga untuk lihat
STATISTIC & mula buat OPTIMIZATION untuk profil instagram anda.

iv. Track the amount of likes and comments you get for each time slot and make
adjustments as needed.

3. CADANGAN SLOT MASA POSTING

i. Pagi ( 7 pagi – 9 pagi ) : Kebanyakan orang akan periksa telefon apabila bangun
pagi dan sebelum memulakan kerja atau kelas untuk melihat apa yang telah
mereka tertinggal

ii. Tengahari ( 11 pagi – 2 petang ) : Sekitar waktu rehat, orang ramai akan
gunakannya untuk makan, berehat, dan memeriksa sebarang mesej atau updates
di laman sosial mereka menerusi telefon

68

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

iii. Petang ( 5 petang – 7 petang ) : Selepas habis waktu pejabat, orang ramai baru
dapat peluang untuk berehat. Mereka akan periksa telefon mereka ketika berehat
di sofa, menonton TV, makan, selepas membuat kerja rumah atau apa jua aktiviti
termasuk sebelum tidur

iv. Hari Ahad : Hari Ahad biasanya interaksi paling tinggi antara pengguna

4. KONSEP GAMBAR

i. Gambar Unik & Autentik (Asli)

Gambar yang cantik dan menarik perhatian sangat penting dalam penjualan
produk di Instagram. Post gambar berkualiti, terang dan jelas supaya bisnes anda
kelihatan profesional dan meyakinkan.

ii. MESEJ DALAM GAMBAR

Manusia boleh proses gambar 60,000 kali lebih laju dan berkesan dari perkataan.
Sampaikan mesej dalam gambar produk seperti keberkesanan produk, gaya hidup
pengguna, cerita di sebalik tabir, dan apa sahaja cerita yang berkaitan yang akan
naikkan kelebihan dan keterujaan pengguna kepada produk anda.

TAMBAHKAN CTA

1. APAKAH ITU CTA (CALL TO ACTION)?

CTA ialah arahan (atau provokasi) kepada audiens untuk dapatkan respons serta
merta, biasanya dengan gunakan kuasa autoriti untuk mereka lakukan sesuatu
seperti ‘hubungi sekarang’, ‘dapatkan sekarang’, ‘layari laman web kami’,’ sila
tekan’ ‘sila like’ dan macam-macam lagi.
Adakah anda masukkan CTA ini dalam post Instagram anda? Adakah anda suruh
mereka klik sebarang link yang anda beri? Jika anda tak berbuat demikian,
selalunya mereka hanya akan baca link tersebut tanpa sebarang tindakan.
Pastikan anda letak CTA dengan jelas apa yang anda mahukan. Beritahu apa yang
perlu buat.

69

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

CTA harus mudah supaya pengguna beri respon dengan serta merta. Sekiranya
CTA suruh klik link, pastikan link tersebut mudah dicari dan dilihat.

2. CTA DALAM BIO PROFILE KITA.

Antara bio jenama yang kreatif
dengan jual terus produk di ruangan
tersebut ialah Michael Kors.
Semua gambar yang ada hashtag unik
#InstaKors, membolehkan pengguna
beli terus barangan tersebut.
Arahan setiap langkah diberikan
Emirates membina interaksi dengan
follower dengan menyuruh mereka
letak hashtag #emiratesonline
#hellotomorrow untuk berkongsi
gambar dan pengalaman mereka

70

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

Gambar dari Brisk ini meminta kita untuk 3. CTA DALAM POST
double tap minuman kegemaran. CTA dalam post boleh diletak samada
Secara tak sedar, apabila kita tekan dua kali dalam gambar (teks dalam gambar atau
mana-mana minuman, akan menjadikan kita symbol) atau caption, atau kedua-dua
‘like’ gambar tersebut. sekali.

Salah satu cara mudah untuk dapatkan
interaksi ialah dengan menyuruh follower ‘tag’
orang yang mereka ingin kongsikan dalam
‘’caption’ anda. Biasanya mereka akan tag
kawan, atau keluarga mereka di ruangan
komen.

Perhatikan bagaimana Nordstrom meletakkan
CTA untuk like bagi dapat diskaun pada ruang
lokasi di atas gambar dan di ruangan komen,
dan CTA untuk ‘tag’ kawan yang lain dan
berkongsi dengan mereka.

71

SPP 1063 PEMASARAN DIGITAL TOPIK 3

HASHTAGS

1. FUNGSI HASHTAGS KEPADA INSTAGRAM
Hashtag di Instagram ialah symbol ‘#’ sebelum perkataan (tiada jarak). Tujuan
hashtag ialah untuk mengkelaskan gambar dan buatkan gambar tersebut boleh
dicari berdasarkan kata kunci hashtag.

Dalam berniaga anda boleh gunakan hashtag untuk:
i. Bina jenama : Bina jenama & komuniti dgn mencipta hashtag sendiri. Cipta
hashtag jenama unik dan galakkan mereka gunakannya sebagai salah seorang
komuniti anda.
ii. Dapat pengikut baru : Pengguna instagram cari post berdasarkan hashtag yang
mereka berminat. Sekiranya hashtag anda kena dengan minat mereka, mereka
akan mula beri perhatian kepada jenama anda
iii. Periksa & pilih follower :Target bakal follower guna hashtag berkaitan produk
anda. Pilih anda mahu follower jenis bagaimana dengan rujuk hahstag.

2. CARA GUNA HASHTAGS
i. Untuk ‘brand awareness’ guna 11 – 20 hashtags. Jangan lebih 30 hashtags kerana
gambar anda tidak akan keluar.

ii. Pastikan setiap post ada semua jenis hashtags di bawah;
a) Hashtags unik yang dicipta khas untuk produk dan jenama
b) Hashtags trending yang berkaitan dengan produk anda
c) Hastags general untuk tujuan kategori

iii. Hashtags dalam post : Jika tak mahu kelihatan sperti spam hashtags, letak 3-5
hashtags untuk satu post dan tukar kepada yang baru selepas 30 minit

iv. Hashtags dalam komen : Anda juga boleh letak hashtag di ruangan komen untuk
tak ganggu caption post anda

72


Click to View FlipBook Version