TOPIK 2 CAMP URAN
P EMASARAN
Terdapat pelbagai cara
untuk memasarkan
produk atau
perkhidmatan anda.
Berikut merupakan
antara kaedah
pemasaran yang boleh
digunakan:
P RODUK
Istilah produk dari sudut pandangan pemasaran boleh
diklasifikasikan kepada 3 kategori utama:
1. BARANG – juga dikenali sebagai produk ketara iaitu
benda yang kita boleh sentuh, lihat, pegang, hidu dan
sebagainya – juga dikenali sebagai keluaran fizikal.
Contoh: seperti komputer riba, pencetak, buku, kit mekap,
pakaian, sekotak coklat dan sebagainya.
P RODUK
Istilah produk dari sudut pandangan pemasaran boleh
diklasifikasikan kepada 3 kategori utama:
2. SERVIS – juga dikenali sebagai produk tidak ketara
iaitu item-item yang memberi manfaat kepada pengguna
setelah menerima sesuatu servis. Contoh: potong rambut,
mendapat ijazah universiti, menonton wayang, dan
sebagainya.
P RODUK
•Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan
hendaklah menarik perhatian pelanggan dan bakal
pelanggan anda supaya menyedari kewujudannya
dalam pasaran.
•Berikut merupakan antara langkah yang boleh
dilakukan untuk menjadikan produk atau
perkhidmatan anda berbeza daripada pesaing anda:
Pembungkusan :
•Pembungkusan adalah penting bagi sesuatu produk.
Tujuan utama pembungkusan adalah untuk melindungi
produk daripada rosak ketika pengendalian dan
pengedaran.
•Ciri-ciri reka bentuk pembungkusan yang baik adalah
seperti yang berikut:
Pelabelan :
Label ialah reka bentuk grafik di atas bahan
pembungkusan yang mengandungi maklumat
terperinci sesuatu produk seperti pengeluar, nama
produk, penggunaan dan penerangan produk dalam
bentuk tulisan.
Mengikut garis panduan keperluan undang-undang, reka bentuk
pelabelan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
• Jenama produk
• Nama produk
• Penerangan
• Logo
• Kod warna jika ada
• Kod bar jika ada
• Kod batch jika ada
• Berat kasar
• Nilai nutrisi untuk makanan dan produk kesihatan
• Tarikh luput untuk makanan dan produk kesihatan
• Kandungan atau ramuan
• Arahan membuka, mengguna, menyimpan dan pelupusan
• Nama dan alamat pengeluar dan pengedar
• Logo Halal atau logo agensi berkaitan seperti
Kementerian Kesihatan, Amalan Pengeluaran Baik GMP,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM
• Tanda harga
• Pembungkusan yang baik akan memberikan maklumat
yang lengkap tentang produk tersebut, oleh itu reka
bentuk label yang baik akan menarik perhatian pelanggan
untuk membeli.
contoh :
Jika campuran pemasaran tidak dibuat dengan betul, ia
mungkin akan mengakibatkan perkara seperti berikut:
• Kualiti produk yang tidak baik
• Produk yang ‘cacat’ atau tidak sempurna
• Mengakibatkan permintaan terhadap produk ini dalam
pasaran menurun
• Gagal memuaskan keinginan dan keperluan pengguna.
• Penawaran berlebihan
Harga digambarkan sebagai nilai yang sanggup dibayar
seseorang pengguna untuk mendapatkan sesuatu produk
atau perkhidmatan dalam pasaran.
Harga juga dikaitkan dengan istilah-istilah berikut:
• - harga yang sanggup dibayar untuk
mendapatkan harta benda yang disewa.
• - bayaran atau nilai yang diberikan untuk
mendapatkan pendidikan ATAU yuran universiti.
• - harga yang sanggup dibayar seseorang majikan
untuk mendapatkan servis seseorang pekerja.
Harga juga dikaitkan dengan istilah-istilah berikut:
• – harga yang sanggup dibayar sesebuah
institusi kewangan kepada pengguna yang menyimpan
wang di tempatnya.
• untuk sesuatu produk servis boleh dilakukan
secara sekali saja atau secara berperingkat-peringkat
– istilah ini dipanggil bayaran secara ansuran.
•Harga mempengaruhi pelanggan dan bakal pelanggan
dalam membuat keputusan untuk membeli atau tidak.
•Penetapan harga adalah penting untuk menarik
pelanggan membeli,
•harga juga penentu kepada untung atau rugi
perniagaan
Berikut merupakan kaedah yang boleh digunakan untuk
menetapkan harga produk atau perkhidmatan :
• Kebanyakan usahawan menggunakan kaedah pengiraan
harga tambah kos. Kaedah ini memastikan supaya nilai
harga yang ditetapkan bukan sahaja melebihi kos
overhed tetapi juga memberi keuntungan yang diperlukan.
• Sekiranya kos overhed anda tidak tepat, berkemungkinan
keuntungan yang bakal diperoleh juga rendah.
Berikut merupakan contoh pengiraan yang boleh membantu anda
menetapkan harga menggunakan konsep Harga Tambah Kos:
Cara pengiraan harga tokokan ialah dengan menambah
suatu jumlah ke atas kos produk, dan jumlah harga ini
perlu dibayar oleh pelanggan. Kaedah ini digunakan oleh
kebanyakan pengeluar, pemborong dan peruncit.
Seorang pengeluar radio mempunyai kos jangkaan
jualan berikut :
Kos berubah RM10
Kos tetap RM300,000
Jumlah jangkaan jualan 50,000 unit
Maka kos seunit radio ialah :
Sekiranya pengeluar ingin menokok 20% margin keuntungan, harga
tokokan ialah :
Pengeluar akan mengenakan harga RM20 kepada penjual / orang tengah
dan membuat keuntungan sebanyak RM4 seunit.
• Menggunakan persepsi pembeli tentang nilai produk dan bukan
kos jualan sebagai penentu harga
• Penentuan harga dimulakan dengan analisis tentang keperluan
pengguna dan persepsi nilai terhadap sesuatu produk
• Kemudian harga disesuaikan kepada nilai yang telah dikenalpasti
• Cth seorang pengguna sanggup membeli beg tangan Chanel
bernilai RM20,000 kerana nilai jenamanya
• Penentuan harga kompetitif digunakan apabila harga
pasaran untuk sesuatu produk atau perkhidmatan itu telah
ditetapkan.
• Kaedah ini digunakan jika terdapat pihak yang telah
menguasai pasaran, dan syarikat yang lebih kecil terpaksa
mengikuti harga tersebut.
• Untuk kekal kompetitif, anda boleh juga menetapkan harga
yang sedikit tinggi tetapi diiringi dengan perkhidmatan
tambahan.
Example of hypermarket competing for low-price positioning
Promosi boleh ditakrifkan sebagai aktiviti untuk
meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap sesuatu
produk atau jenama, menjana jualan dan juga membina
kesetiaan terhadap sesuatu jenama.
• Jenama produk – identiti produk bagi pengguna – jika
dinyatakan dengan cara yang berbeza, kesan yang diberikan
oleh inisiatif promosi kepada pengguna.
• Harga produk
• Apa-apa penawaran yang diberikan
• Maklumat kandungan
• Mod bayaran
• Produk boleh didapati di mana
Pengiklanan pula adalah satu strategi promosi, kaedah
komunikasi satu hala untuk memberitahu pelanggan
maklumat tentang sesuatu produk atau perkhidmatan
dan bagaimana untuk mendapatkannya di pasaran.
• Pemasaan iklan yang tidak sesuai – contoh: Giant
Mattress mengiklankan siri-siri tentang berani dan cantik
sementara pada hakikatnya pengguna utama mereka
ialah golongan lelaki.
• Iklan tidak menumpukan kepada segmen spesifik dalam
pasaran yang mungkin akan tertarik oleh produk atau
servis tertentu.
• Promosi yang terlalu banyak tentang item-item promosi –
mengakibatkan kos pemasaran dan promosi yang tinggi dan
akan membawa kepada tahap keuntungan yang lebih rendah.
• Gembar-gembur promosi yang tidak memenuhi jangkaan
pengguna – contoh: sebuah hotel mempromosikan bahawa ia
berkelas dunia; tapi, apabila pengguna mendaftar masuk,
didapati bahawa isu asas seperti kebersihan tidak mencapai
tahap yang telah dinyatakan.
P ENGELUAR P ELANGGAN
AKHIR
Semua pihak dan aktiviti yang terlibat untuk
mendapatkan produk daripada pengeluar
hingga ia sampai ke pasaran akhir yang
dipanggil TEMPAT atau saluran pengedaran
Contoh : sayur-sayuran dikeluarkan di cameron highlands dan kita
membelinya di pasar malam di KL. Dalam contoh ini, pihak-pihak dan
aktiviti-aktiviti berikut terlibat dalam Saluran Pengagihan :
• Petani – menanam sayur-sayuran.
• Syarikat pengangkutan – menghantar sayur-sayuran daripada kebun
kepada pemborong di pasar borong Selayang.
• Pemborong – mengumpul sayur-sayuran dan menjualkannya kepada
peruncit.
• Seterusnya, peruncit menjual sayur-sayuran di pelbagai pasar malam
atau kedai runcit di KL, tempat kita boleh membelinya.
Kenal pasti lokasi dan kaedah untuk menjual produk
atau perkhidmatan anda supaya dapat sampai kepada
pengguna akhir. Ia boleh dibuat secara langsung atau
tidak langsung menerusi beberapa jenis saluran
pengedaran seperti agen, pengedar, pemborong dan
peruncit.
Kaedah alternatif seperti pasaran dalam talian juga
boleh digunakan untuk menjual produk atau
perkhidmatan secara terus kepada pelanggan yang
disasarkan.
Penggunaan tempat yang betul akan membolehkan anda
untuk menembusi pasaran yang lebih besar,
meningkatkan jualan dan memaksimumkan keuntungan
kerana produk atau perkhidmatan anda telah sampai
kepada pengguna akhir yang betul pada waktu yang
tepat.