The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kariyahalimatussaadiah, 2022-05-12 05:54:18

TOPIK 5 PERANAN SERTA TANGGUNGJAWAB INDIVIDU DALAM MASYARAKAT DAN NEGARA

Untuk rujukan semua

PENDAHULUAN

Setiap manusia mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan.
Menurut Kamus Dewan (2005), tanggungjawab ialah sesuatu kerja atau tugas yang
mesti dilakukan atau kewajipan yang dipikul oleh seseorang. Tanggungjawab
merupakan kesedaran manusia terhadap tingkah laku atau perbuatan yang disengaja
atau tidak sengaja. Tanggungjawab juga menjadi sebahagian daripada kehidupan
manusia kerana setiap manusia dibebani dengan kewajipan dan menanggung pelbagai
peranan. Kewajipan itu harus dipikul kerana manusia tidak boleh mengelak, bahkan
akan dipersoalkan dan diminta menjelaskan sesuatu perbuatannya kelak.

Jika tanggungjawab dan peranan yang diamanahkan tidak dilaksanakan
dengan sebaiknya, maka akan membawa kesan serta mewujudkan masalah sosial
dalam masyarakat di sesebuah negara. Justeru, semua memainkan peranan penting
dengan menerapkan elemen nilai-nilai murni dalam diri agar masyarakat dalam
menjalani kehidupan dengan harmoni di Malaysia.

HASIL PEMBELAJARAN

01 Menghuraikan peranan serta tanggungjawab individu
terhadap negara

02 Menghubungkait isu-isu sosial di kalangan remaja
terhadap pembangunan negara

01 Menghuraikan peranan serta tanggungjawab individu
terhadap negara

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP NEGARA

01 04
Diri Budaya
Sendiri Ikram

02 05
Keluarga Kejiranan

03 06

Warga Elemen-elemen
Tua yang mencabar
nilai-nilai moral

DIRI
SENDIRI



KELUARGA

Menyediakan keperluan 02 Menghormati orang 04

asas (makanan, tempat yang lebih tua

tinggal dan pakaian)

Pembentukan 03 Pendidikan anak-

01 Keluarga anak

Didikan agama Adab-adab pergaulan
dalam keluarga

Bersederhana dalam CIRI-CIRI Kemantapan
kehidupan KELUARGA ilmu dan akal
BAHAGIA

Sabar dan bertolak ansur Bersyukur

Mengekal dan mengukuhkan Menjamin kesejahteraan
kesinambungan generasi manusia rohani dan jasmani

Memelihara akhlak dan kesopanan Menyemai semangat tolong-menolong,
serta kemuliaan manusia persaudaraan dan perpaduan

WARGA
TUA



BUDAYA
IKRAM



KEJIRANAN

PERANAN JIRAN

Memberi bantuan Membudayakan Menghulurkan
ketika kecemasan amalan kunjung bantuan

mengunjung

Menjaga Membudayakan Semangat
keharmonian amalan bertegur bergotong-royong
masyarakat
sapa

Menjaga kebajikan Memupuk
penduduk semangat Integrasi
setempat
Nasional

01 Memupuk semangat 02 Memudahkan program
perpaduan atau aktiviti komuniti

 Malaysia negara yang unik kerana  Pihak kerajaan melakukan aktiviti di
mempunyai rakyat berbilang bangsa,
kaum dan agama. peringkat komuniti untuk

menyampaikan bantuan dan

 Perlu mencari persamaan seperti sebagainya.
hormat-menghormati, bertolak ansur
 Masyarakat setempat perlu

 Mengamalkan sikap mengambil mempunyai semangat kejiranan yang

baik.

berat untuk mengelakkan  Sesuatu pekerjaan dapat

ketidakfahaman antara satu sama dilaksanakan dengan cepat dan

lain. lancar.

 Natijah semangat perpaduan dapat  Dapat melakukan aktiviti bersama
melahirkan masyarakat yang dan menghasilkan sesuatu yang
harmoni. berfaedah (majlis rumah terbuka).

03 Menjamin 04 Menarik minat
keselamatan setempat pelancong asing

 Keselamatan adalah perkara yang  Keunikan kehidupan masyarakat
mustahak bagi seseorang untuk majmuk antara tarikan pelancong
memilih kawasan kediaman. asing.

 Persatuan jiran tetangga boleh  Pelbagai kaum, agama dan bangsa
ditubuhkan bagi menjalankan tugas mempersembahkan budaya dan
keselamatan. tradisi kepada pelancong.

 Dapat membanteras daripada  Contoh, penganjuran rumah terbuka
jenayah dan bencana. pada hari perayaan menjadi medan
perpaduan.
 Ibu bapa akan berasa selamat
dengan keselamatan anak-anak.  Boleh dijadikan agen penyatuan
masyarakat antarabangsa kesan
 Semangat kejiranan akan membantu daripada semangat kejiranan.
ketika kesusahan melanda.
 Dapat meningkatkan ekonomi negara
dengan kedatangan pelancong asing
ke pusat-pusat pelancongan.

ELEMEN-ELEMEN
YANG MENCABAR

NILAI-NILAI
MORAL





02 Menghubungkait isu-isu sosial di kalangan remaja
terhadap pembangunan negara

ISU-ISU MORAL

01 BULI 06 TERORISME
02 LGBT
05 PEMERDAGANGAN
Lesbian, Gay, MANUSIA
Bisexsual, Transgender
04 PENYALAHGUNAAN
03 SEKS BEBAS DADAH

1 DEFINISI

Perbuatan mendera dan mempermainkan seseorang yang biasanya
dilakukan terhadap individu lemah yang cuba menyesuaikan diri dengan
suasana baharu.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB BULI

i. Kegagalan institusi keluarga
ii. Pengaruh rakan sebaya
iii. Media massa
iv. Kelemahan pihak sekolah

KESAN BULI LANGKAH-LANGKAH
MENANGANI BULI
Fizikal dan emosi
Mengganggu proses pembelajaran Peranan ibu bapa
Kecenderungan untuk melakukan Pengawasan pihak institusi
jenayah Hukuman yang tegas
Kemerosotan nilai moral Melaporkan kes buli
Disingkirkan oleh masyarakat Penubuhan “Jawatankuasa Antibuli”
Mengadakan kempen mencegah LGBT

2 DEFINISI

Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender daripada singkatan LGB yang
menggantikan frasa “gay” iaitu golongan homoseksual. Ia bermaksud
keinginan melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis iaitu lelaki
dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA LGBT

i. Naluri menyukai kaum sejenis

ii. Pengaruh rakan sebaya

iii. Pengalaman pahit

iv. Pengaruh media massa termasuk internet

v. Pegangan agama yang longgar

iv. Peranan ibu bapa

iiv. Fahaman sekularisme

KESAN LGBT LANGKAH-LANGKAH
MENCEGAH LGBT
Merosakkan institusi keluarga
Menyebarkan penyakit kelamin Penggubalan undang-undang
Bertentangan dengan nilai hidup Pemantauan dan tindakan pihak berkuasa
masyarakat timur Pendidikan agama dan moral
Tidak bersyukur Sikap masyarakat yang berhemah tetapi
Kepincangan masyarakat tegas
Menggambarkan pegangan agama yang Pengukuhan institusi kekeluargaan
longgar Mengadakan kempen mencegah LGBT

3 DEFINISI

Hubungan seksual yang dilakukan di luar ikatan perkahwinan secara suka
sama suka atau dalam dunia pelacuran. Disebut juga seks rambang, seks
luar nikah dan perbuatan terlanjur.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA SEKS BEBAS

i. Dasar langit terbuka (Internet dan satelit)
ii. Pegangan agama yang lemah
iii. Masalah keluarga
iv. Pengaruh media massa
v. Pengaruh rakan sebaya

KESAN AMALAN SEKS LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
BEBAS SEKS BEBAS

Pengguguran bayi secara haram Memperkenalkan pendidikan seks di
Pembuangan bayi sekolah
Anak luar nikah Pendidikan agama
Penyakit kelamin Peranan ibu bapa
Terjebak dalam kegiatan pelacuran Aktiviti kemasyarakatan
Keruntuhan akhlak Pemulihan
Hukuman berat
Menyekat capaian laman porno

4 DEFINISI

Dadah sebenarnya digunakan sebagai ubat-ubatan dan sangat berfaedah
kepada manusia. Tetapi apabila disalahgunakan, ia memudaratkan kesihatan
fizikal, mental dan kerohanian. Dadah ialah segala jenis bahan kimia, asli atau
tiruan yang apabila disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan akan mengubah fungsi
tubuh badan manusia dari segi fizikal dan mentalnya.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PENYALAHGUNAAN DADAH
i. Kurang pengetahuan tentang bahaya setiap jenis dadah

ii. Pengaruh rakan sebaya

iii. Mencari ketenteraman jiwa kerana masalah kehidupan

iv. Tidak menggunakan masa lapang dengan perkara berfaedah

v. Mengikut keinginan mudanya tanpa berfikir dengan mendalam

iv. Mudah mendapat bekalan dadah dari pengedar

iiv. Kurang pegangan agama dan penghayatan nilai-nilai agama

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
PENYALAHGUNAAN DADAH

Pengguatkuasaan undang-undang
Memberi pendidikan yang meluas tentang
bahaya dadah
Mengadakan kempen kesedaran
Peranan ibu bapa
Kerjasama antara orang awam
Penubuhan pusat-pusat pemulihan

5 DEFINISI

Segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga
kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, termasuklah perbuatan
menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud eksploitasi.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA
PEMERDAGANGAN MANUSIA

i. Kepesatan ekonomi negara
ii. Kelemahan peraturan dan penguatkuasaan

iii. Gejala rasuah
iv. Kesempitan hidup

v. Tiada kelayakan akademik

iv. Kedudukan geografi Malaysia

KESAN PEMERDAGANGAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
MANUSIA PEMERDAGANGAN MANUSIA

Mangsa mengalami trauma Kawalan ketat di pintu masuk sempadan

Pertambahan masalah sosial Latihan kepada pihak-pihak berkaitan

Penyebaran penyakit berjangkit Penyelarasan sistem data maklumat
kemasukan pelancong asing
Pendatang asing menimbulkan pelbagai
masalah Pemantauan dan tindakan terhadap
pelajar asing
Tiada pembelaan yang adil terhadap
mangsa Kerjasama dengan negara-negara
berkaitan
Mempunyai kaitan dengan pengedaran Sikap dan kerjasama masyarakat
dadah Gejala rasuah
Mencemarkan imej negara

6 DEFINISI

Kegiatan yang dirancang dan dilakukan oleh kumpulan atau individu
tertentu yang mampu melakukan jenayah dan kekejaman dengan tujuan
ingin menguasai masyarakat.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA TERORISME

i. Isu Palestin
ii. Negara penceroboh bersikap angkuh

iii.Mengekang hegemoni barat

iv.Kegagalan pertubuhan antarabangsa

v. Kesan globalisasi
iv.Konflik tempatan

KESAN TERORISME LANGKAH-LANGKAH
MENCEGAH TERORISME
Anarki dalam sesebuah negara
Perkembangan ekonomi terjejas Kerjasama semua negara
Ancaman keselamatan Peranan pertubuhan antarabangsa
Pencemaran alam Penguatkuasaan undang-undang
Industri pelancongan terancam Tiada penglibatan kuasa luar
Mewujudkan keadilan sosial dan negara

KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap individu perlu melaksanakan tanggungjawab yang
penting terhadap diri, keluarga, warga tua, kejiranan, masyarakat seterusnya
negara dengan membudayakan nilai-nilai murni untuk menjamin kebahagian
dalam kehidupan. Seandainya kita mengabaikan tanggungjawab tersebut, maka
akan timbul pelbagai masalah sosial yang boleh menggugat ketenteraman
masyarakat seluruhnya di samping wujud penyesalan dalam diri.

Tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan berkesan berlandaskan
nilai murni dan etika di bawah garis panduan yang ditetapkan oleh agama,
budaya serta negara. Peranan yang dipikul juga hendaklah selaras dengan
aspirasi untuk melahirkan sebuah keluarga, masyarakat dan negara yang
bermoral sepenuhnya supaya segala matlamat dapat dicapai. Kita mestilah
sentiasa berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan hidup
dalam keadaan aman, harmoni dan sejahtera.


Click to View FlipBook Version