The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kariyahalimatussaadiah, 2021-04-09 03:12:17

TOPIK 2 KONSEP MORAL DAN DIMENSI MORAL

Rujukan dan panduan pada semua

TOPIK 2 :

KONSEP
DAN

TEORI MORAL

HASIL PEMBELAJARAN

2.1 Membincangkan konsep dan teori moral
2.1.1 Membincangkan dimensi moral

BENTUK
MORAL

KANDUNGAN DIMENSI
MORAL MORAL

KONSEP
MORAL

KANDUNGAN MORAL

Moral mempunyai sesuatu isi kandungan. Isi kandungan
moral merangkumi dua aspek, iaitu peraturan masyarakat
dan keperibadian manusia yang mulia.

a) Peraturan Masyarakat
Manusia memerlukan peraturan-peraturan yang dapat
membatasi kelakuan dan kebanyakan perbuatan manusia sendiri
supaya manusia tidak terlalu bebas sehingga mengancam
keselamatan dan hak asasi orang lain.

Kepentingan atau fungsi peraturan masyarakat dalam
pembentukan insan yang bermoral membolehkan
masyarakat :

Mempertingkatkan Mengembangkan Melindungi nyawa
mutu hidup intelek manusia manusia dan
manusia. membenarkan
supaya ia berfungsi
dengan efektif. mereka terus hidup.

Mempertahankan Mengelakkan
hak asasi dan keruntuhan akhlak
dan sistem moral
kebajikan manusia. dalam masyarakat.

Menstabilkan keadaan Menjaga keamanan Mewujudkan dan
dan suasana masyarakat. memelihara rukun sosial
masyarakat.
(social order).

Memelihara keamanan Menjimatkan masa dan tenaga
masyarakat dengan individu dalam masyarakat
semasa melakukan sesuatu
suasana yang harmonis.
tindakan atau membuat sesuatu
keputusan untuk diri sendiri dan

orang lain.

 Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk semua orang mematuhi
semua peraturan masyarakat dan kita juga tidak boleh memaksa
seseorang berbuat demikian.

 Oleh itu, apabila segelintir orang tidak mematuhi malah membantah
sesuatu peraturan masyarakat, kita mengharapkan mereka dengan
serta-merta mencari jalan penyelesaian masalah dengan
membentuk peraturan-peraturan masyarakat baru yang boleh
diterima oleh semua.

 Sebagai kesimpulan, tujuan mengadakan peraturan masyarakat
untuk memelihara kemuliaan manusia dan menjaga ketenteraman
masyarakat adalah sama pentingnya.

b) Keperibadian Manusia Yang Mulia

 Seseorang insan perlu mempunyai keperibadian yang baik
dan boleh dipuji untuk dianggap sebagai seorang insan yang
bermoral

 keperibadian mulia adalah satu sifat yang amat penting untuk
seseorang manusia serta ketenteraman hidup di sesebuah
masyarakat.

 Akhlak mulia ini merupakan isi kandungan moral yang penting
dalam pembentukan seseorang individu.

Mengapa keperibadian mulia adalah penting bagi pembentukan
insan yang bermoral, dan bagaimana ia dapat membantu seseorang
hidup dengan lebih bermakna dan bermaruah.

Sebagai contoh, kita mendapati bahawa dalam masyarakat kita,
terdapat manusia yang mempunyai wajah yang cantik atau kacak,
berpakaian kemas dan bersih, berkelakuan baik, dan bersopan di
depan orang, sebaliknya di belakang orang, dia sangat jahat pandai
sabotaj kerja dan memburuk-burukkan nama orang lain serta
melakukan sesuatu yang kadang-kadang kita tidak boleh percayai.

Sebagai kesimpulannya, seseorang individu yang
mempunyai peribadi mulia tetap akan memanfaatkan diri
sendiri dan orang-orang di sekelilingnya.

Hanya dengan peraturan masyarakat, kita akan dapat
hidup dalam satu keadaan dan suasana masyarakat yang
selesa dan sempurna.

Kesejahteraan dan kebajikan ahli-ahli masyarakat amat
bergantung kepada keperibadian mulia yang sepatutnya
dimiliki oleh semua insan dalam dunia ini.

BENTUK MORAL

Terbahagi kepada 2 :

1) Bentuk etika prinsipalistik
 Konsep keadilan melibatkan sebarang perbuatan dan

kelakuan yang adil terhadap diri sendiri dan orang lain, tidak
merugikan diri dan orang lain serta melayan semua orang
dengan cara yang saksama tanpa mengira siapa orang itu.

2) Bentuk etika situasional
 Seseorang insan boleh membuat keputusan dan mengambil

tindakan moral dalam sesuatu masalah moral dengan
mempertimbangkan situasi yang menimbulkan masalah dan
berasaskan prinsip asas dan nilai-nilai moral yang ada
padanya.

KEADILAN • Keadilan merupakan tindakan yang saksama dan menghormati
orang lain.

• Semangat keadilan juga membolehkan seseorang individu
menggunakan kuasanya dengan saksama dan tidak ada
perasaan pilih kasih atau tamak dalam menjalankan tugasnya.

AUTONOMI •Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih.
ALTRUISME Tingkah laku atau pertimbangan individu itu hasil daripada paksaan
sesuatu kuasa atasan, autoriti atau kumpulan tertentu.

•Sebagai contoh pensyarah mengikut arahan ketua jabatan. Jadi
tingkah laku atau pertimbangan itu bukan tanggung jawab moral
pensyarah kerana ia hanya mengakui atau menurut perintah ketua
jabatan.

•Prinsip ini merujuk kepada sebarang tingkah laku atau
pertimbangan moral akan melibatkan atau berhubung kait
dengan orang lain. Jika perasaan ini digunakan semasa membuat
pertimbangan moral maka keputusannya adalah lebih
berperikemanusiaan dan bermoral.

•Perasaan kasih sayang, simpati dan memikirkan perasaan orang
lain akan menjauhi perasaan kepentingan diri, tamak dan
kelakuan jahat.

DIMENSI MORAL

Tindakan seseorang individu yang hanya melihat kepada
aspek kandungan dan bentuk tidak mencukupi untuk menjadi
seorang manusia yang bermoral.
Aspek dimensi moral juga harus ditekan.

Emosi
Moral

Penaakulan Tingkah
Moral Laku Moral

DIMENSI
MORAL

Penaakulan Moral 03 Sekiranya Isaac seorang
manusia bermoral, dia perlu
01 Berfikir secara rasional membuat keputusan secara
tanpa batasan. objektif selaras dengan prinsip-
prinsip moral yang sejagat

Tindakan yang difikirkan samada terima atau menolak

seharusnya boleh diterima oleh pelawaan kumpulan tersebut.

semua manusia sejagat, objektif

dan tanpa sebarang sekatan 04 Pelbagai perkara perlu
dari aspek perasaan atau
pandangan orang lain . ditimbangkan termasuklah

peraturan sosial (menghormati hak

orang lain) peraturan sekolah

02 Contoh : Isaac diajak oleh (membuli ialah kesalahan)
kumpulan kawan untuk membuli keperibadian mulia (baik hati,
seorang pelajar baru. kasih sayang) dan prinsip etika

Jika Isaac menolak, dia akan (bertimbang rasa, keadilan)

dipinggirkan dan susah untuk

mencari kawan baru dan dia ingin

kekal dalam kumpulan tersebut.

Emosi Moral 03 Sekiranya Lavy mempunyai
emosi moral yang betul, dia
01 Perasaan yang betul akan menolong Vicky walaupun
02 bermusuh kerana berasa belas
termasuklah belas kasihan terhadap mereka yang
memerlukan pertolongan.
kasihan, simpati, rasional

dan kasih sayang

terhadap insiden yang

berlaku. 04 Contoh tersebut jelas

menunjukkan bahawa untuk

Contoh : Lavy berasa kasihan mempunyai emosi moral yang
terhadap Vicky yang cedera akibat
terjatuh motosikal. Namun, sekiranya betul, seseorang itu memerlukan
Vicky adalah musuhnya, beliau tidak
akan membantu Vicky kerana emosi motivasi. Nilai belas kasihan
moral yang tidak betul.
adalah motivasi yang

menggalakkan Lavy menolong

Vicky.

Tingkah Laku Moral 03 Individu yang bermoral
04
perlu memikirkan

01 Bertindak berdasarkan keupayaannya untuk

tindakan yang bermoral. menolong bukannya

Seseorang mesti bertindak bertindak membuta tuli.

selepas melalui proses

penaakulan moral dan

mempunyai emosi moral Contoh banyak kes penyelamat

yang betul. mati lemas ketika

Contoh : seseorang yang mempunyai menyelamatkan mangsa lemas

02 tingkah laku moral akan menolong kerana tidak memikirkan
mangsa kemalangan dan bukannya
berpeluk tubuh. keupayaannya boleh berenang

atau tidak.

Namun tingkah laku moral juga

berdasarkan kemampuan individu

setelah membuat keputusan

berdasarkan pemikiran yang rasional

dan emosi yang betul.

Penaakulan Emosi Tingkah laku Penjelasan
Moral Moral Moral

Bertindak secara terburu-buru.
Contoh : mengejar peragut sehingga
menyebabkan diri sendiri kemalangan

Tidak ikhlas.
Contoh : Seorang pelajar membantu mengutip
kertas projek bukan atas dasar prinsip sejagat
bertimbang rasa tetapi untuk mendapat pujian
pensyarah

Cakap tak serupa bikin.
Contoh : Seorang ayah melarang anaknya
merokok kerana menjejaskan kesihatan tetapi
dia juga merokok.

Berpura-pura.
Contoh : seseorang individu itu menangis
melihat kesengsaraan mangsa peperangan
tapi tidak pula menghulurkan bantuan.

RUMUSAN

Aspek dimensi menuntut pelakunya mengamalkan
penaakulan moral, emosi moral yang betul dan
tingkah laku moral.


Click to View FlipBook Version