TOPIK 1 PENGENALAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM ACUAN MALAYSIA
KANDUNGAN TOPIK 01 Pendahuluan 02 03 04 05 Memahami Etika (Pembentukan Berasas Susur Masa) Pengenalan Etika Dan Peradaban Susur Masa Etika Dan Peradaban Berdasarkan Prakolonial, Kolonial Dan Pascakolonial Kerangka Menganalisis Etika & Peradaban Acuan Malaysia Melalui sejarah, struktur sosial dan biografi (Riwayat) 06 Penghayatan Etika & Peradaban Mengikut Peringkat – Individu, Keluarga, Komuniti, & Masyarakat (Lokal & Global) 07 Penghayatan Etika & Peradaban Mengikut Konteks Masyarakat, Negara & Pasaran 08 Kesimpulan
PENDAHULUAN Etika dan peradaban penting dalam sesebuah masyarakat, namun tahap penghayatannya berbeza dan dipengaruhi oleh biografi masyarakat , perkembangan sejarah dan struktur sosial. Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia boleh dihuraikan dan difahami mengikut ‘acuan Malaysia’ berdasarkan susur masa evolusi sejarahnya, iaitu, Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial 01
Pada era pra-kolonial, konsep ‘adab’ dan ‘adat’ (adat istiadat dan adat resam) merupakan sebahagian daripada bentuk etika ketika itu yang telah wujud mendukung sistem nilai pemerintahan, masyarakat tradisional serta peradaban. Pada era kolonial Eropah pula, etika berciri moden diperkenal dan dilaksanakan. Gabungan keduadua bentuk etika, tradisional dan moden tersebut, telah berlaku pada era pascakolonial yang akhirnya tersulam dalam acuan Malaysia. PENDAHULUAN
Memahami ETIKA (Pembentukan Berasas Susur Masa) Pascakolonial (Gabungan) Prakolonial (Tradisional) Kolonial (Moden) 02
Prakolonial (Tradisional) Memahami ETIKA (Pembentukan Berasas Susur Masa) Kolonial (Moden) Pascakolonial (Gabungan) Adab Adat istiadat Adat resam Etika Etos Etiket Etika Moden (Adab, Adat Istiadat, Adat Resam, Etika, Etos, Etiket) + telah ada datang bercampur gaul
PENGENALAN ETIKA DAN PERADABAN Etika dan peradaban penting dalam sesebuah masyarakat supaya: Membina negarabangsa Hidup harmoni dalam masyarakat berbilang kaumdan agama Memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain Melahirkan masyarakat berkeperibadian tinggi 03
budi pekerti yg halus; tingkahlaku yg baik; budi bahasa. [Bahasa: Kamus Pelajar Edisi Kedua] ADAB Beradab = telah maju tingkat kehidupannya. Peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. Beradab = baik budi bahasanya; sopan: Orang yg beradab tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibubapanya. Kurang adab tidak tahu adat; kurang sopan.
[Bahasa: Kamus Pelajar Edisi Kedua] Adat yg menjadi kebiasaan kpd sesuatu kaum. (daerah dll). ADAT RESAM Contoh: Adat resam berkaitan perkahwinan: – merisik, bertunang, majlis perkahwinan dll. Adat kelahiran: – melenggang perut,cukur jambul, bertungku dll.
[Bahasa: Kamus Pelajar Edisi Kedua] Berbagai-bagai adat yang diikut. ADAT ISTIADAT Berbagai-bagai adat dan kebiasaan. Majlis rasmi untuk menyambut sesuatu peristiwa yang dituruti (spt pertabalan, berbagai-bagai adat (peraturan).
Bahasa : Prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). ETIKA Sosiologi: satu standard menyeluruh mengenai benar atau salah yang menjelaskan apa yang sebenarnya perlu dilakukan oleh manusia dalam konteks apa yang benar, tanggungjawab, manfaat kepada masyarakat atau sifat baik.
Bahasa : Sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era, dll. Contoh: Pelukis Malaysia boleh menghasilkan karya yg benarbenar mencerminkan aspirasi, falsafah, masyarakat dan negara kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat). ETOS Sosiologi: Usaha membangunkan bangsab erdasarkan latar individu, keluarga dan komuniti berbagai serta berbeza sejarah, etnik, bahasa, agama, budaya dan latar geografi melebihi kesepakatan ciri asas negara atau bangsa.
ETIKET Etiket berasal dari perkataan Etiquette yang bermaksud peraturan-peraturan formal mengenai tingkah laku yang betul dan sopan dalam masyarakat atau dengan lebih mudah difahami budibahasa. (Kamus Dwibahasa dari Dewan Pustaka dan Oxford –Fajar )
SUSUR MASA ETIKA & PERADABAN BERDASARKAN PRAKOLONIAL, KOLONIAL DAN PASCAKOLONIAL Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia boleh dihuraikan dan difahami mengikut ‘acuan Malaysia’ berdasarkan susur masa evolusi sejarahnya, iaitu, Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial . 04 PRAKOLONIAL KOLONIAL Etika Etos Etiket KOLONIAL Adab Adat Resam Adat Istiadat Etika Moden (Adab, Adat Istiadat, Adat Resam, Etika, Etos, Etiket)
SUSUR MASA ETIKA Zaman Pascakolonial merupakan era moden Masyarakat telah menerima variasi dan percampuran versi etika secara langsung atau melalui teknologi. Nilai etika bercampur baur ini wujud dalam persekitaran formal dan tidak formal kehidupan kita. Zaman negara ini belum dikenali sebagai Malaysia dan belum dijajah. Etika telah terjelma dalam tingkah laku serta kehidupan seharian, formal atau tidak formal, disebut sebagai adab, adat resam dan adat istiadat. Zaman negara kita dijajah Etika dibawa dalam bentuk berpakaian, percakapan, pentadbiran, ketuanan dll. Cara makan, memberi tabik hormat dll PRAKOLONIAL KOLONIAL PASCA PRAKOLONIAL
KERANGKA MENGANALISIS ETIKA & PERADABAN ACUAN MALAYSIA MELALUI SEJARAH, STRUKTUR SOSIAL DAN BIOGRAFI (RIWAYAT) Tahap penghayatan etika dan peradaban adalah berbeza dan dipengaruhi oleh perkembangan sejarah, struktur sosial dan biografi masyarakat berkenaan. 05 Sejarah Siapa kita hari ini, dimana kita lahir , dari mana asal kita Struktur sosial Struktur sosial tradisional / struktur sosial moden Biografi masyarakat Riwayat atau kisah hidup seseorang.
SEJARAH, STRUKTUR SOSIAL & BIOGRAFI Dalam konteks ilmu sosiologi, sejarah ialah himpunan peristiwa dan pengalaman lalu yang saling berkait melibatkan individu, keluarga dan komuniti dalam masyarakat. Bahasa : sistem sosial. Sosiologi : hubungan yang dibina dan terjalin dalam sesebuah masyarakat untuk menggerakkan dinamika masyarakat. STRUKTUR SOSIAL BIOGRAFI Bahasa : riwayat atau kisah hidup seseorang. Sosiologi : fenomena struktur sosial dan proses sejarah yang mencorakkan pengalaman individu, keluarga, komuniti dalam masyarakat dan boleh mencorakkan struktur sosial dan proses sejarah. SEJARAH
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN MENGIKUT PERINGKAT – INDIVIDU, KELUARGA, KOMUNITI, & MASYARAKAT (LOKAL & GLOBAL) Individu, keluarga dan komuniti adalah struktur sosial asas sebuah masyarakat. 06 Kita boleh meneliti etika yang telah terbina dalam diri kita, dalam keluarga kita dan etika dalam komuniti (tempat tinggal, tempat belajar dan tempat kerja). Apakah etika yang baik? Apakah etika yang tidak baik?
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN MENGIKUT PERINGKAT – INDIVIDU, KELUARGA, KOMUNITI, & MASYARAKAT (LOKAL & GLOBAL) Individu, Keluarga dan Komuniti yang beretika sudah pasti mewarnai peradaban Malaysia yang baik. Etika yang tidak baik - perlu ditolak oleh masyarakat kerana yang memusnahkan peradaban kita dalam jangka panjang.
Biografi masyarakat yang beretika dan mempunyai peradaban yang baik akan membentuk dan meletakkan negara dalam kedudukan yang baik serta dihormati. Negara yang baik adalah kerana keadaan masyarakatnya mempunyai peradaban tinggi yang mencorak pemerintahan dan kehidupan yang hebat sekarang dan untuk masa depan. Biografi negara yang baik akan membolehkan hal perekonomian yang melibatkan pasaran berkembang pesat. PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN MENGIKUT KONTEKS MASYARAKAT, NEGARA & PASARAN Biografi negara kita akhirnya akan dilihat berdasarkan faktor masyarakat, negara dan pasaran. 07
KESIMPULAN Konsep etika dan peradaban perlu dihayati melalui kerangka pemikiran acuan Malaysia agar kekuatan nilai keperibadian dalam norma masyarakat berdiri utuh sekaligus mampu mendepani cabaran kehidupan yang semakin kompleks. 08 Matlamat kearah pembinaan negara bangsa yang hebat dapat dibentuk dan dicapai dan akhirnya membawa kepada matlamat akhir yang diidamkan iaitu perpaduan. SUMBER: