The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kariyahalimatussaadiah, 2023-11-30 19:45:08

MC_e-NOTE

MC_e-NOTE

Keywords: Pemilihan Jodoh

pemilihan jodoh menurutislam onlinecourse Jabatan Pengajian Am


Mengenalpasti asas-asas syariah berkaitan dengan syarat dan hukum bagi munakahat khususnya pemilihan jodoh. HASIL PEMBELAJARAN


KANDUNGAN YANG DITUNTUT MENCARI SIFAT-SIFAT PENDAHULUAN DALIL JODOH DEFINISI DAN PEMILIHAN DASAR BAKAL ISTERI MELIHAT PEMINANGAN KESIMPULAN PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI RUJUKAN


PENDAHULUAN


Perkahwinan merupakan satu fitrah semulajadi setiap manusia untuk hidup berpasang-pasangan yang bertujuan meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Pemilihan calon sama ada suami atau isteri haruslah dilakukan secara cermat dan berhati-hati kerana pasangan itulah yang akan menentukan kebahagiaan seseorang dalam hubungan rumahtangga kelak. Pemilihan calon untuk dijadikan pasangan juga merupakan perkara yang sangat penting supaya sesebuah rumahtangga yang dibina bahagia dan harmoni. pendahuluan


Islam telah menyediakan garis panduan yang terbaik dalam urusan memilih jodoh. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. : Maksudnya: "Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka peganglah dengan yang mempunyai agama. Engkau akan bahagia.” Riwayat al-Bukhari (5090) & Muslim (3708) ِرَبْت َيَداَك اِت الِّديِن َت َذ ْر ِب اْظَف َف ِلَماِلَها َوِلَحَسِبَها َوَجَماِلَها َوِلِديِنَها ٍع ْرَب َأ ُة َأِل َمْر ْل ْنَكُح ا ُت


Definisi dan Dalil Jodoh


Kamus Dewan Edisi Keempat : Pasangan hidup (laki-laki atau perempuan), Pertemuan (antara gadis dengan teruna yang menghasilkan perkahwinan), Sesuai, sepadan, setuju, secocok: DEFINISI JODOH Proses mengenalpasti dan memilih bakal pasangan untuk dikahwini dan hidup bersama dalam sebuah rumahtangga.


dalil JODOH ُمْشِرِكْيَن َحّٰتى ْل ْنِكُحوا ا ْمۚ َواَل ُت ُك ْعَجَبْت ْو َا َخْيٌر ِّمْن ُّمْشِرَكٍة َّوَل ٌة ِمَن ْؤ ُّم ٌة ِمَّنۗ َو َاَلَم ْؤ ِت َحّٰتى ُي ٰك ُمْشِر ْل ْنِكُحوا ا َواَل َت ِفَرِة ْغ َم ْل َجَّنِة َوا ْل ُه َيْدُعْٓوا ِاَلى ا ّٰل ِٕىَك َيْدُعْوَن ِاَلى الَّناِرۖ َوال ٰۤل و ْمۗ ُا ُك ْعَجَب ْو َا ِمٌن َخْيٌر ِّمْن ُّمْشِرٍك َّوَل ْؤ َعْبٌد ُّم ِمُنْواۗ َوَل ْؤ ُي ُرْوَن ُهْم َيَت َذ َّك َّل َع ٰيِتٖه ِللَّناِس َل ٰا َوُيَبِّيُن ِنٖۚه ْذ ِبِا Maksudnya: Dan janganlah kamu nikahi perempuan musyrik, sebelum mereka beriman. Sungguh, hamba sahaya perempuan yang beriman lebih baik daripada perempuan musyrik meskipun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu nikahkan orang (laki-laki) musyrik (dengan perempuan yang beriman) sebelum mereka beriman. Sungguh, hamba sahaya laki-laki yang beriman lebih baik daripada laki-laki musyrik meskipun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedangkan Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. (Allah) menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia agar mereka mengambil pelajaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 221) Firman Allah S.W.T.


ُهم وَۖن َل ُل و ُق ِئَك ُمَبَّرُءوَن ِمَّما َي َٰٓل ْو ُأ َٰب ِۚت َٰب ُت ِللَّطِّيِبيَن َوٱلَّطِّيُبوَن ِللَّطِّي ِۖت َوٱلَّطِّي َٰث َخِبي ۡل وَن ِل ُث َخِبي ۡل َخِبيِثيَن َوٱ ۡل ُت ِل َٰث َخِبي ۡل ٱ ٞق َكِريٞم ۡز َوِر ٞة ِفَر ۡغ َّم Maksudnya: “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.” (Surah an-Nur, 24: 26) Firman Allah S.W.T.


Mencari sifat-sifat yang dituntut


Agama yang sahih (betul) dan akhlak yang mantap Keturunan Tidak berkahwin dengan saudara terdekat (kaum kerabat) Sekufu Perawan (masih dara) Mencarisifat-sifatyang dituntutpada kedua-dua pasangan


Agama yang sahih (betul) dan akhlak yang mantap Taat, mengerjakan amal soleh, menjauhkan perkaraperkara yang haram serta menunaikan segala tanggungjawab rumahtangga. “Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Jika kamu tidak mengahwinkannya nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka bumi”. “Seseorang perempuan dikahwini kerana empat perkara: harta, keturunan, kecantikan dan agamanya. Pilihlah yang beragama, kamu memerlukannya. Hikmah : Agama akan bertambah kukuh walaupun berlalunya masa Akhlak akan terus mantap apabila menempuhi dugaan kehidupan Menjamin kasih sayang dan kecintaan yang berterusan.


Keturunan Asal keturunan dan benih yang baik. Disunatkan memilih pasangan yang baik keturunannya. Seseorang yang lahir dari keturunan yang baik berkemungkinan besar mempunyai pergaulan yang baik keranan orang yang berketurunan baik akan melahirkan generasi berkahlak mulia.


Tidak berkahwin dengan saudara terdekat (kaum kerabat) Imam Syafie : seorang lelaki tidak digalakkan berkahwin dengan saudaranya yang terdekat. Az-Zanjani : di antara tujuan perkahwinan ialah menghubungkan ikatan persaudaraan untuk saling tolong -menolong di antara satu sama lain. Perkara ini berlaku di kalangan keluarga terdekat tanpa perlu kepada ikatan perkahwinan. Walaubagaimanapun, perkahwinan seumpama ini tidaklah dicela kerana Nabi Muhammad S.A.W telah mengahwinkan Fatimah dengan Ali bin Abi Talib r.a dan hukumnya adalah harus.


Sekufu Persamaan di antara calon suami dan isteri dari beberapa sudut. Hak perempuan dan walinya. Beragama dan baik. Lelaki yang fasik tidak sekufu dengan perempuan yang solehah. “Adakah orang yang beriman sama seperti orang fasik? Mereka tidaklah sama.” Pekerjaan. Lelaki yang mempunyai kerja yang rendah seperti tukang sapu, tukang bekam dan pengembala kambing tentulah tidak setaraf dengan anak perempuan lelaki alim, qadi dan tokoh korporat. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkahwinan. Contoh : Lelaki yang gila dan berpenyakit kusta tidak setaraf dengan perempuan yang tidak mempunyai penyakit tersebut. 1 2 3 4 5 Walaupun bukan syarat sah perkahwinan, nabi memberi isyarat supaya meraikan hak sekufu. “Pilihlah bagi permata-permata kamu (anak-anak perempuan kamu) dan kahwinkanlah dengan sekufu dan kahwinkanlah mereka kepadanya.” 1 2 3


Perempuan yang masih belum berkahwin. Perawan (masih dara) “Hendaklah kamu memilih perempuan yang masih dara kerana mereka menuturkan kata-kata yang baik, mampu mempunyai anak yang ramai dan lebih reda kepada kehidupan yang susah.” Perempuan yang subur. Kesuburan seseorang perempuan boleh diketahui dengan melihat kepada keluarganya seperti adik-beradik perempuan, ibu saudaranya dan sebagainya. Begitu juga dengan lelaki.


Jabir r.a. menceritakan: “Aku telah berkahwin dengan seorang wanita pada zaman Nabi s.a.w. Aku berjumpa dengan Nabi s.a.w. dan Baginda bertanya: “Wahai Jabir, adakah kamu telah berkahwin?” Jawabku: “Ya.” Nabi s.a.w. bertanya pula: “Kamu berkahwin dengan anak dara atau janda?” Jawabku: “Dengan seorang janda.” Nabi s.a.w. bertanya lagi: “Kenapa tidak dengan anak dara, kamu boleh bergurau dan bermain dengannya?” Aku menjawab: “Wahai Rasulullah, aku mempunyai ramai adik-beradik perempuan. Aku takut ia akan merosakkan hubungan di antara aku dengan mereka.” Nabi berkata: “Ia terpulang kepada kamu. Sesungguhnya perempuan dikahwini kerana agama, harta benda dan kecantikannya. Hendaklah kamu memilih agamanya, kamu memerlukannya.” “Kahwinilah perempuan pengasih dan subur kerana aku berbangga dengan umat yang ramai pada hari akhirat nanti.” Perawan (masih dara) Perempuan yang masih belum berkahwin.


Dasar Pemilihan


DASAR PEMILIHAN CALON SUAMI Kuat Agama dan Berakhlak Mulia Bebas daripada Penyakit Berat Bukan Keluarga Terdekat Lelaki soleh ialah bakal ketua keluarga yang mampu mentadbir isteri, anak-anak dan rumah tangga dengan baik dan bertanggungjawab. Seorang lelaki mestilah bebas daripada penyakitpenyakit yang menghalangnya daripada berkahwin seperti gila, kusta dan lemah syahwat. Tidak digalakkan bakal suami daripada kalangan keluarga terdekat


DASAR PEMILIHAN CALON ISTERI 01 02 05 06 03 04 Perempuanyang TaatBeragama Berketurunanyangbaik dandibesarkandalam persekitaranyang sempurnaakhlaknya Perempuanyang suburdanberpotensi melahirkanramai anak Sekufudan hampirsekufu MasihGadisatau AnakDara PasanganBukan daripadaKeluarga Terdekat


Berketurunanyangbaik dandibesarkandalam persekitaranyang sempurnaakhlaknya 01 02 05 06 03 04 Perempuanyang TaatBeragama Utamakanlahpemilihanisteriyangtaatagama sepertisukaberibadat,menutupauratdanlain-lain melebihidasar-dasar lainsepertiharta,nasabdan rupaparas. Menggalakkanmemilihnasabketurunanyang baikdandibesarkandalamsuasana kekeluargaandanmasyarakatberhemahtinggi. NabiMuhammadamatberbanggadengan ramainyaumatIslampadaharikiamat. Perempuanyangsubur danberpotensi melahirkanramaianak


Sekufudanhampir sekufu 01 02 05 06 03 04 Faktor lainyangmembawakebahagianialah faktorekonomi,pelajarandandarisegiumur. RasulullahsawmenggalakkanumatIslam memilihisteridaripadakalangangadis,bukan jandasesuaidengannasihatRasulullahkepada sahabatJabir r.a. MasihGadisatau AnakDara NabiMuhammadamatberbanggadengan ramainyaumatIslampadaharikiamat. PasanganBukan daripadaKeluarga Terdekat


Perempuan Yang Haram Dikahwini


Hubungan keturunan (nasab) Hubungan perkahwinan Faktor penyusuan Haram untuk selama-lamanya disebabkan tiga faktor: PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI Haram selamalamanya Jika halangan itu hilang, perempuan itu boleh dikahwini. Jika akad kahwin berlaku sebelum halangan-halangan tersebut hilang, akadnya batal. Perempuan yang haram dikahwini untuk sementara waktu sahaja adalah disebabkan oleh halangan-halangan tertentu. Haram untuk sementara waktu


PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI DISEBABKAN HUBUNGAN KETURUNAN (NASAB) Ibu, nenek sebelah ibu dan nenek sebelahbapa Adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu Anak perempuan, cucu perempuan dari anak lelaki dan cucu perempuan dari anak perempuan Anak perempuan kepada adik beradik lelaki seibu sebapa atau sebapa atau seibu Anak perempuan kepada adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu Ibu saudara sebelahbapa iaitu adik beradik perempuan kepada bapa Ibu saudara sebelah ibu iaitu adik beradik perempuan kepada ibu


PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI DISEBABKAN HUBUNGAN HUBUNGAN PERKAHWINAN Isteri bapa (ibu tiri), isteri datuk (nenek tiri) sebelah bapa atau sebelah ibu. Isteri anak (menantu), isteri cucu lelaki sebelah anak lelaki atau sebelah anak perempuan Ibu mertua Anak perempuan kepada isteri (anak tiri)


PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI DISEBABKAN FAKTOR PENYUSUAN Ibu susuan Adik beradik perempuan susuan Anak perempuan kepada adik beradik lelaki susuan Anak perempuan kepada adik beradik perempuan susuan Ibu saudara susuan, iaitu adik beradik susuan dengan bapa Ibu saudara susuan, iaitu adik beradik susuan dengan ibu Anak perempuan susuan iaitu perempuan yang menyusu dengan isterimu.


Perempuan yang sudah berkahwin (mempunyai suami) PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI UNTUK SEMENTARA WAKTU Berkahwin dengan dua beradik perempuan sekaligus Perempuan yang masih dalam edah Perempuan kafir yang menyembah berhala Perempuan yang diceraikan dengan talak tiga. Berkahwin lebih daripada empat orang perempuan Berkahwin dengan dua beradik perempuan sekaligus


Melihat bakal isteri


Perempuan dewasa ialah perempuan yang boleh menaikkan nafsu syahwat walaupun belum baligh. Perempuan juga diharamkan melihat lelaki yang bukan mahramnya tanpa tujuan. Lelaki yang baligh, berakal, tidak dalam keadaan terpaksa, sama ada tua atau lemah, serta lelaki yang hampir baligh haram melihat mana-mana anggota badan perempuan dewasa yang bukan mahramnya. Hukum melihat Perempuan Ajnabi (Bukan Mahram) Melihat bakal isteri


Sekiranya tidak berpeluang melihat sendiri, boleh menghantar seorang wanita untuk melihat dan menceritakan sifat-sifat wanita tersebut. Hikmah pandangan hanya dihadkan kepada muka dan tapak tangan kerana muka menunjukkan kecantikan dan tapak tangan memperlihatkan kesuburan badan dan kelembutannya. Seorang lelaki tidak diharuskan melihat bakal tunangnya melainkan muka dan tapak tangan (depan dan belakang). Batas Lelaki melihat Bakal Isterinya Melihat bakal isteri


Syarak membenarkan lelaki melihatnya tanpa meminta kebenaran dan tanpa pengetahuannya supaya dia tidak berhias. Jika perempuan berhias, tujuan melihat tidak akan tercapai. Lelaki boleh melihat bakal tunangnya dua atau tiga kali jika dia perlu melihat keadaan wanita tersebut dengan lebih jelas lagi bagi mengelakkan kekecewaan. Seseorang lelaki disunatkan melihat perempuan yang ingin dikahwininya sebelum peminangan. Melihat Bakal Isteri Melihat bakal isteri


Peminangan


peminangan Bilakah pinangan dihalalkan dan bila diharamkan Meminang perempuan yang telah dipinang Hukum meminta pandangan mengenai bakal pengantin Wali menawarkan perempuan jagaannya kepada lelaki soleh dan bertakwa Sunat-sunat meminang Hukum berkhalwat dengan tunang dan bergaul dengannya


Meminang dihalalkan secara tasrih (terus terang) atau Ta’rid (membayangkan) jika bukan isteri orang, tidak edah dan bukan perempuan haram dikahwini Dihalalkan meminang secara ta’rid (membayangkan) jika perempuan berada dalam edah kematian suami atau talak bain. Diharamkan meminang secara tasrih atau ta’rid selain dari dua keadaan di atas. (ada suami, perempuan haram dikahwini, masih dalam talak raj’ie) Haram meminang perempuan yang telah dipinang orang lain sekiranya pinangan tersebut telah diterima. Sekiranya pinangan lelaki pertama tidak dijawab (tidak diketahui sama ada diterima atau tidak), pinangan lelaki kedua adalah diharuskan. Jika terjadi perkahwinan, akad nikah tetap sah, tetapi dia tetap menanggung dosa perbuatannya meminang perempuan yang telah dipinang. Bilakah pinangan dihalalkan dan bila diharamkan Meminang perempuan yang telah dipinang


Hukum meminta pandangan mengenai bakal pengantin Sesiapa diminta memberikan pendapat, hendaklah menceritakan keaiban dan keburukan secara jujur berdasarkan pengetahuannya. Ini dianggap sebagai nasihat dan tidak termasuk dalam kategori mengumpat yang diharamkan. Boleh diringkaskan dengan berkata, “lelaki atau perempuan ini tidak sesuai dengan kamu ” Wali disunatkan menawarkan perempuan di bawah jagaannya kepada lelaki soleh dan bertakwa. Wali menawarkan perempuan jagaannya kepada lelaki soleh dan bertakwa


Sunat-sunat meminang Orang yang meminang atau wakilnya disunatkan berkhutbah sebelum meminang dan sebelum akad. Khutbah dimulakan dengan memuji Allah dan bersalawat kepada Nabi. Kemudian, berpesan supaya bertakwa kepada Allah dan barulah melahirkan keinginan “Kami datang untuk meminang kamu.” Wali perempuan juga disunatkan berkhutbah , berpesan supaya bertakwa, lalu berkata, “Saya terima pinangan kamu.” Khutbah sebelum akad nikah lebih ditekankan berbanding khutbah sebelum meminang. Hukum berkhalwat dengan tunang dan bergaul dengannya Bergaul mesra dan berdua-duaan (khalwat) antara pasangan yang bertunang sebelum akad nikah adalah haram serta tidak diredai oleh Allah. Tunang sebelum akad nikah dikira sebagai orang asing (bukan mahram).


Kesimpulan


َّنَك َسِميُع الُّدَعاِء ۖ ِإ ًة َطِّيَب ًة ِّرَّي ُدنَك ُذ َّل اَل َرِّب َهْب ِلي ِمن َق Kesimpulannya, jodoh adalah urusan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ia tidak berkait dengan perwatakan seseorang individu. Namun, seorang hamba perlu berusaha dan berikhtiar serta tidak lekang untuk terus berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik. Buat individu yang masih dalam usaha mencari pasangan hidup, teruskanlah berusaha serta amalkanlah doa-doa berikut: Maksudnya: “Katanya, ‘Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan’" Surah Ali Imran (38)


َواِرِثيَن ْل نَت َخْيُر ا ْرًدا َوَأ ْرِني َف َرِّب اَل َت َذ Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi" Surah al-Anbiya’ (89) Surah Ali Imran (38) ُمَّتِقيَن ِإَماًما ْل َنا ِل ْل ْعُيٍن َواْجَع َّر َة َأ ُق ِّرَّياِتَنا ُذ َواِجَنا َو ْز َنا ِمْن َأ َرَّبَنا َهْب َل Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” Surah al-Furqan (74)


Rujukan


Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid (2009), Hidup Indahnya Hidup Bersyariat Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd. Abdul Munir Ismail dan Muhammad AR (2017), Analisis Awal PemiPliheamnilihan Jodoh Kaum Lelaki di Kota Bharu, Kelantan, Al-Hikmah, Jilid 9/No. 1, ISSN 1985-6822 Abu Sa’id al-Falahi dan Annur Rafiq Shaleh Tamhid (2002) dan Halal dan Haram dalam Islam Yusuf Qardhawi, Jakarta: Robbani Press. Bidadari.my, 7 Ayat al-Quran & Hadis Memilih Pasangan PanduSaenbagai Panduan Mencari Jodoh, https://bidadari.my/hadis-memilih-pasangan/?expand_ article=1, 27 September 2023. Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji (20022),0K0it2a)b, FKi iktaabh Fikah Mazhab Syafie Menghuraikan Bab Undang-undang Kekeluargaan, Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn. Bhd. Wan Norina Wan Hamat, Norhaslina Sulaiman, Ahmad MohamFkerdudin Mohamed Yusoff dan Ammar Badruddin Romli (2019), Pengajian Islam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Wan Norina Wan Hamat, Norhaslina Sulaiman, Ahmad MohamFkerdudin Mohamed Yusoff dan Ammar Badruddin Romli (2023), Pengajian Islam, Selangor: Penerbit Ehsan (M) Sdn. Bhd. Natasya Aiman Noh dan Ainul Yaqin Bakharudin, Pejabat WilayMahufti Wilayah Persekutuan https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyadfatwa/irsyad-fatwa-umum/4827-irsyad-al-fatwa-sirike-577-jodoh-tak-lekat-silap-siapa, 12 Jun 2021 Ilmu Fiqh (Munakahat), https://www.geocities.ws/kmbedu/munakahat.html, 12 September 2023.


Click to View FlipBook Version