ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKASURAT
GAMBAR MURID 1 Punca Kuasa
MAKLUMAT PERIBADI MURID - Buku Peraturan Sekolah Dilaksanakan
1) Nama : …………………………………………… 2 Lagu NegaraKu, Lagu Sekolah
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2) No. Sijil Lahir : ………………………………………..…… Visi, Misi dan Moto Sekolah
3) Tarikh Lahir : ……………………………………..……… . Falsafah Pendidikan Kebangsaan 9
3 Definisi Disiplin, Matlamat Disiplin
4) Kelas : ……………………………………….….…
4 Peraturan Sekolah 10
5) Bil. Pendaftaran Sekolah : ……………………………...…. Garis Panduan Peraturan Disiplin Sekolah Untuk
Murid 10
6) Alamat Tetap : ……………………………………..……..
…………………………………………………………………… 5 Perkara 1 : Peraturan Am 11
1.1 Waktu Persekolahan 11
7) No. Telefon : …………………………………………… 1.2 Ketidakhadiran
1.3 Kehadiran Aktiviti Kokurikulum 12
8) Nama bapa/penjaga : ………………………………… 12
Perkara 2 : Perhimpunan Sekolah 13
14
7. Perkara 3 : Waktu Rehat 13
8. Perkara 4 : Kebenaran keluar masuk kelas 13
9. Perkara 5 : Buku Kawalan Kelas 13
10. Perkara 6 : Pakaian dan Rambut 13
6.1 Pakaian Seragam Murid Lelaki 15
6.2 Pakaian Seragam Murid Perempuan 15
6.3 Pakaian Seragam Pengawas 16
6.4 Pakaian Pendidikan Jasmani 16
Perkara 7 : Lencana dan Tanda Nama 17
12. Perkara 8 : Rambut
13. Perkara 9 : Kebersihan Diri Dan Perhiasan 17
14. Perkara 10 : Keselamatan 17
10.1 Keselamatan Dalam Kawasan Sekolah 18
15. Perkara 11 : Kenderaan
16. Perkara 12 : Perjalanan Lalu lintas 19
17. Perkara 13 : Barang-barang Larangan dan
Kehilangan 19
19 Patut diamalkan. 30
38. Perkara 34 : Khidmat Nasihat 31
Barang 20 39. Perkara 35 : Makluman Umum 32
18. Perkara 14 : Keselamatan Dalam Kawasan
Sekolah 20 40. Perkara 36 : Jenis-jenis Kesalahan Disiplin
19. Perkara 15 : Tingkahlaku Musnah Dan
Jenayah 21 41. Perkara 37 : Hukuman 37
20. Perkara 16 : Lawatan Sambil Belajar 22
21. Perkara 17 : Tatatertib 22 42. Perkara38 : Jenis Kesalahan, Hukuman dan
17.1 Kawasan Sekolah Punca
17.2 Kelas
17.3 Pusat Sumber/Makmal Komputer/Ruang Kuasa
Solat 43. Borang Pengakuan
17.4 Tandas
17.5 Kantin 22
22. Perkara 18 : Kawasan-kawasan Larangan 22
23. Perkara 19 : Latihan Kebakaran Dan
Kecemasan 23
24. Perkara 20 : Lantikan Pemimpin Kecil
Sekolah 24
25. Perkara 21 : Lembaga Pengawas 25
26. Perkara 22 : Lawatan/Pelawat/Ibubapa 25
27. Perkara 23 : Kemalangan 25
23.1 Dalam Kawasan Sekolah 26
23.2 Di Luar Kawasan Sekolah 26
28. Perkara 24 : Kegiatan Luar 27
29. Perkara 25 : Peperiksaan 27
30. Perkara 26 : Bayaran Tambahan 27
31. Perkara 27 : Sakit Dan Penyakit Berjangkit 28
32. Perkara 28 : Rawatan Atau Cuti Sakit 28
33. Perkara 29 : Alatan Sukan 28
34. Perkara 30 : Harta Benda Sekolah 29
35. Perkara 31 : Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
29
36. Perkara 32 : Peraturan Khas
37. Perkara 33 : Budi
Pekerti/Tingkahlaku/Kelakuan yang 30
30
PUNCA KUASA Para 6
BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975 yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk
membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan
buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu
yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.
Para 4. LAGU SEKOLAH
Peraturan-Peraturan Sekolah, (Sekolah Rules) Yang Bertulis Untuk Murid-murid.
Tindakan Oleh Tiap-Tiap Sekolah -Lampiran C Bekorian
SK Bekor di sini tempatku
Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing Bersama-sama kita menuntut ilmu
secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan Menjunjung nama ibubapa dan guru
tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya.Satu salinan peraturan sekolah hendaklah Menyinari masa depanmu
dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Bekorian
Guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada Sk bekor disini tempatku
peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Bersama-sama kita menuntut ilmu
Pengawas-pengawas sekolah/Ketua-ketua murid (School Prefect) mestilah faham benar- Menjunjung nama ibubapa dan guru
benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Menyinari masa depanmu
Tindakan pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Sk bekor disini tempatku
Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu Bersama-sama kita menuntut ilmu
pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatertib. Menjunjung nama ibubapa dan guru
Menyinari masa depanmu
4.1. Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang Berusahalah anak harapan bangsa
bertulis. Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah sekolah sekarang Bersatu membina sebuah keluarga
tidaklah begitu lengkap dan teratur, misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap Tanpa mengira agama dan budaya
perkara. Guru-guru besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan sehingga berjaya
membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu Bekorian,
senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah Mekar seindah nama
disertakan dalam Lampiran C. Bekorian,
Kami akan berusaha
Guru Besar juga boleh menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai Bekorian,
itumengikut sekolah masing-masing. Jangan berputus asa
Bekorian,
Demi maruah bangsa
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENGENALAN DISIPLIN SEKOLAH
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi DEFINISI DISIPLIN
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat mentakrifkan disiplin sebagai :
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi “…… kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang undang sama
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermaksud
kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib,
VISI, MISI DAN MOTO kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku
yang baik dan tidak menggangu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat
VISI menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta
sanggup berkhidmat kepada masyarakat .”
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan MATLAMAT
1. Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu prestasi pelajaran murid dari masa ke
Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. semasa.
2. Menambah dan memupuk minat dan semangat untuk belajar serta menambah ilmu
MOTO SEKOLAH pengetahuan di kalangan murid.
Kita Pemangkin Yang Menjana Kecemerlangan Sekolah Kita 3. Melahirkan generasi yang terpelajar dan bertanggungjawab serta berdisiplin, bersatu
padu dan setia kepada negara.
4. Melahirkan masyarakat berakhlak mulia dan taat kepada perintah agama.
5. Melahirkan insan yang kamil.
6. Mempertingkatkan serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap sekolah.
PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN
Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut :
• Keadilan dan layanan samarata
• Pertimbangan minat dan keperluan pelajar
• Kebebasan-tertakluk kepada undang-undang
• Perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan yang harmoni
• Perpaduan masyarakat dan negara
PERATURAN SEKOLAH HARI WAKTU PERSEKOLAHAN WAKTU PULANG
1. Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang intelek, emosi, Isnin 7.45 pagi TAHAP 1 TAHAP 2
jasmani dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan Selasa 7.45 pagi
berpengetahuan serta akhlak mulia berketerampilan serta bertanggungjawab. Rabu 7.45 pagi 1.35 petang 1.35 petang
2. Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut para pelajar perlu mendapat didikan dan Khamis 7.45 pagi
bimbingan yang sempurna bagi melahirkan pelajar yang berdisiplin tinggi dengan sahsiah Jumaat 7.45 pagi 1.35 petang 1.35 petang
yang baik.
3. Undang- undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu mewujudkan 12.35 petang 1.35 petang
ketenteraman dan keselesaan pelajar semasa waktu pengajaran dan pembelajaran dan
sepanjang murid berada di sekolah. 12.35 petang 1.35 petang
4. Semasa belajar di sekolah ini, semua murid hendaklah mematuhi semua peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah selaras dengan peraturan dan disiplin murid sekolah- 12.00 tengahari 12.00 tengahari
sekolah rendah di Malaysia.
5. Semua murid hendaklah bekerjasama dengan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru- 1.1.3 Murid yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan
guru, ibubapa atau penjaga dan kakitangan sekolah untuk menjaga nama baik sekolah tindakan disiplin.
untuk meningkatkan disiplin diri. 1.1.4 Setiap murid adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk hadir dan menyertai apa jua
6. Buku Peraturan Sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas sebagai panduan kegiatan yang djalankan oleh pihak sekolah.
dan makluman kepada murid-murid, guru-guru, ibubapa atau penjaga serta kakitangan 1.1.5 Kelas tambahan atau sekolah gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan
sekolah. biasa dan wajib dihadiri oleh murid.
7. Buku Peraturan Sekolah ini, hendahlah dibawa oleh murid setiap hari ke sekolah. 1.1.6 Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari Kawasan
sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru Penolong Kanan.
GARIS PANDUAN 1.1.7 Semua murid mesti tiba sekurang-kurangnya 10 minit sebelum loceng berbunyi
PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH UNTUK MURID kerana perhimpunan harian diadakan pada 7.45 pagi di tapak perhimpunan..
1.1.8 Waktu persekolahan boleh bertambah mengikut keperluan atau arahan Kementerian
PERKARA 1 : PERATURAN AM Pendidikan Malaysia dan akan diberitahu jika ada perubahan.
1.1 WAKTU PERSEKOLAHAN 1.2 KETIDAKHADIRAN
1.1.1 Kehadiran ke sekolah adalah wajib pada hari-hari persekolahan. 1.2.1 Murid yang tidak hadir kerana sakit atau sesuatu sebab tertentu hendaklah :
1.1.2 Waktu persekolahan adalah seperti berikut:
• memberitahu sekolah melalui guru kelas dengan segera dan
• membawa bersama-sama surat akuan doktor atau makluman daripada ibu bapa
apabila hadir semula ke sekolah dengan menyatakan sebab-sebab yang munasabah.
1.2.2 Murid yang tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut turut atau lebih hendaklah
menyatakan sebab dengan mengemukakan surat daripada doktor/ibu bapa / penjaga
1.2.3 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab atau akuan doktor/ibu
bapa/penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan boleh diambil tindakan.
1.2.4 Murid dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum.
1.2.5 Murid yang sampai lewat daripada jadual waktu sekolah akan diambil tindakan
yang sewajarkan. mematuhi arahan di perhimpunan.
2.5 Peraturan berbaris : murid yang rendah dihadapan dan murid yang tinggi dibelakang.
TINDAKAN HARI TIDAK HADIR HARI TIDAK HADIR 2.6 Murid-murid yang sampai sesudah loceng berbunyi (lewat), dikehendaki terus ke
( BERTURUT – TURUT BERTERUSAN } TIDAK BERTERUSAN / BERKALA } tempat perhimpunan dan beratur di barisan paling belakang
Surat Amaran Pada hari ke 3 Pada hari ke 10 2.7 Murid mesti berdiri tegak (sedia) bila lagu Kebangsaan, Negeri dan sekolah
Pertama ( tidak hadir hari ke 3 ) ( tidak hadir hari ke 10 ) dinyanyikan.
Surat Amaran 2.8 Semasa berjalan masuk ke kelas, murid kekal dalam barisan kelas masing-masing dan
Kedua 7 hari selepas surat Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama berjalan dalam suasana yang tenang dan tidak hingar-bingar.
Surat Amaran ( tidak hadir hari ke 10 ) ( tidak hadir hari ke 20 )
Ketiga PERKARA 3 : WAKTU REHAT
Buang 7 hari selepas surat Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua
Sekolah ( tidak hadir hari ke 17 ) ( tidak hadir hari ke 40 )
JUMLAH HARI 14 hari selepas Surat Amaran Terakhir 20 hari selepas surat Amaran Terakhir
TIDAK HADIR ( tidak hadir hari ke 31 ) ( tidak hadir hari ke 60 )
30 HARI BERTERUSAN 60 HARI BERKALA
1.3 KEHADIRAN AKTIVITI KOKURIKULUM 3.1 Murid hanya boleh keluar ke kantin untuk rehat sejurus sahaja loceng rehat
1.3.1 Kehadiran aktiviti kokurikulum adalah wajib untuk semua murid tahun 4,5 dan 6 dibunyikan.
mengikut jadual yang disediakan setiap Hari Selasa dan Rabu. 3.2 Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat kecuali diarah
1.3.2 Semua murid Tahap 2 diwajibkan menyertai ketiga-tiga unit kokurikulum berikut : oleh guru.
• Unit Beruniform 3.3 Waktu rehat murid ialah:
• Persatuan / Kelab Akademik
• Permainan / Sukan TAHAP WAKTU MULA WAKTU AKHIR
1.3.3 Murid mestilah memakai pakaian unit beruniform atau baju pendidikan jasmani Tahap 1 10.15 pagi ( keluar pukul 10.00 pagi ) 10.30 pagi
sekolah setiap kali mengikuti aktiviti kokurikulum. Tahap 2 10.15 pagi 10.30 pagi
1.3.4 Selipar atau baju yang pelbagai tidak dibenarkan.
1.3.5 Sekiranya murid tidak hadir ke aktiviti kokurikulum tiga kali berturut-turut tanpa PERKARA 4 : KEBENARAN KELUAR-MASUK KELAS
sebab tindakan akan dikenakan.
PERKARA 2 : PERHIMPUNAN SEKOLAH 4.1 Keluar kelas perlu ada PAS KELUAR, tanpa pas dianggap tanpa kebenaran.
4.2 Keluar kelas ke tandas atau sebarang urusan, murid mesti mendapat kebenaran guru
2.1 Hari perhimpunan sekolah adalah acara rasmi sekolah. Kehadiran semua guru dan (sedang mengajar) atau ketua/penolong ketua kelas jika guru tiada .
murid adalah diwajibkan. 4.3 Murid perempuan digalakkan bergerak berdua untuk keselamatan.
2.2 Apabila mendengar loceng isyarat perhimpunan, murid- murid hendaklah segera ke
tapak perhimpunan.
2.3 Berjalan ke tapak perhimpunan dengan tenang dan tidak bising.
2.4 Murid tidak dibenarkan membuat bising serta mendengar segala pesanan dan
PERKARA 5 : BUKU KAWALAN KELAS 6.2.2 Kain sarung warna biru gelap, tidak terlalu singkat (melepasi buku lali) dan tidak
terlalu labuh sehingga menyapu lantai.
5.1 Untuk merekod kehadiran murid dan guru yang masuk setiap waktu PdPc dan ditulis 6.2.3 Bertudung putih dan anak tudung berwarna putih sahaja. ( pelajar islam )
setiap hari persekolahan. 6.2.4 Kasut kanvas hitam penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci
5.2 Ketua kelas hendaklah mengambil buku ini di pejabat, dan guru waktu terakhir dipakai dengan stoking hitam berukuran sejengkal daripada buku lali.
hendaklah memastikan buku ini dihantar semula ke pejabat oleh ketua kelas. 6.2.5 Murid dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi mengelakkan
5.3 Guru yang masuk ke kelas pada waktu pertama pula akan merekod kehadiran murid kehilangan kasut.
pada hari tersebut. 6.2.6 Dilarang memakai alat-alat solek dan barang-barang kemas ke sekolah.
5.4 Guru mata pelajaran boleh merekod salah laku murid yang selalu menimbulkan
‘masalah’.di dalam kelas.
PERKARA 6 : PAKAIAN DAN RAMBUT
6.1 PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI 6.3 PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH
6.1.1 Seluar panjang berwarna biru gelap. 6.3.1 Lelaki
6.1.2 Ukuran seluar hendaklah berfesyen sederhana. Tidak dibenarkan memakai seluar Baju putih lengan panjang, seluar Panjang berwarna biru gelap dan tali leher berlambang
yang sempit, terlalu kecil kakinya atau jenis bell bottom/baggy, terlalu singkat (melepasi sekolah serta Blazer. Kasut kanvas hitam dan sarung kaki hitam.
buku lali) atau terlalu labuh.
6.1.3 Baju kemeja sekolah berwarna putih, berlengan pendek atau panjang, berpoket satu 6.3.2 Perempuan
sahaja di sebelah kiri, tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat. Sekiranya memakai Baju kemeja putih dengan sarung berwarna biru tua dan tudung putih, Blazer serta kasut
baju kemeja lengan panjang tidak dibenarkan melipat lengan baju tersebut. Baju kanvas hitam dan sarung kaki hitam.
dimasukkan ke dalam seluar.
6.1.4 Kasut kanvas hitam bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci dipakai
dengan stoking hitam berukuran sejengkal daripada buku lali.
6.1.5 Murid dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi mengelakkan
kehilangan kasut.
6.1.6 Tali pinggang hendaklah berwarna gelap yang kepalanya tidak besar dan tidak
berhias.
6.2 PAKAIAN MURID PEREMPUAN 6.4 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI
6.2.1 Baju kurung sekolah berwarna putih, berlengan panjang. Tidak berfesyen, tidak 6.4.1 Murid dikehendaki memakai baju t-shirt dan seluar trek Pendidikan Jasmani yang
terlalu besar dan tidak terlalu ketat. Tidak dari jenis kain yang jarang. mempunyai logo dan nama sekolah sahaja yang dibeli di sekolah.
6.4.2 T-shirt putih lengan pendek atau panjang sementara sahaja dibenarkan sebelum PERKARA 9 : KEBERSIHAN DIRI DAN PERHIASAN
memdapat t-shirt berlogo sekolah.
6.4.3 Murid dilarang memakai uniform semasa pelajaran Pendidikan Jasmani. 9.1 Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai dilarang sama sekali.
9.2 Sebarang alat solek termasuk celak adalah dilarang.
PERKARA 7 : LENCANA DAN TANDA NAMA 9.3 Murid dilarang memakai barang-barang kemas seperti cincin, gelang, rantai leher dan
rantai kaki.
7.1 Murid-murid dimestikan memakai lencana sekolah dan tanda nama (name tag) 9.4 Murid tidak dibenarkan “berkaca mata gelap” (sun glass).
samada pada hari-hari persekolahan biasa atau semasa menyertai aktiviti lawatan 9.5 Murid dilarang memakai contact lens, selipar, terompah, seluar corak bewarna
kokurikulum. warni,pakaian jeans dan pakaian tidak menutup aurat semasa ke sekolah.
Tanda nama murid dijahit dan berada di atas poket. Lencana sekolah hendaklah dijahit di 9.6 Setiap murid dikehendaki berpakaian lengkap, bersih dan kemas, mematuhi peraturan-
atas poket peraturan, dan cara memakai yang ditetapkan semasa berada dikawasan sekolah.
PERKARA 10 : KESELAMATAN PERKARA 10 : KESELAMATAN
PERKARA 8 : RAMBUT 10.1 KESELAMATAN DALAM KAWASAN SEKOLAH
10.1.1 Murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran.
8.1 Murid lelaki ditegah berambut panjang, Rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa 10.1.2 Murid yang perlu pulang semasa pembelajaran dijalankan atas sebab yang
pendek iaitu : mustahak mesti mendapat kebenaran bertulis Guru Besar/Penolong Kanan dan mencatat
8.2 Murid tidak dibenarkan mewarna rambut dan mengenakan fesyen-fesyen tertentu. nama dalam BUKU KELUAR KAWASAN SEKOLAH serta diiringi penjaga.
8.3 Murid lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut) seperti yang diarah 10.1.3 Murid yang memerlukan rawatan doktor hendaklah mendapat BORANG
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas bil 2/1976 . RAWATAN dan ditandatangani oleh Guru Besar/Penolong Kanan.
8.4 Rambut murid perempuan yang melebihi paras bahu hendaklah didandan atau diikat 10.1.4 Murid tidak dibenarkan bercakap dengan orang luar atau pelawat termasuk ibubapa
dengan kemas menggunakan riben warna putih atau biru tua. semasa waktu belajar kecuali dengan kebenaran Guru Besar / Penolong Kanan.
8.5 Rambut hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas. 10.1.5 Jika terdapat orang luar yang mencurigakan di dalam kawasan sekolah, hendaklah
dilaporkan dengan segera kepada Guru Besar / Penolong Kanan/Guru Bertugas.
10.1.6 Sebarang kemalangan yang berlaku di dalam Kawasan sekolah mestilah diberitahu
kepada Guru Bertugas/Guru Pengawas.
10.1.7 Murid perempuan tidak dibenarkan berada di tempat sunyi berseorangan.
PERKARA 11 : KENDERAAN 13.2 Barang-barang larangan yang dirampas oleh pihak sekolah TIDAK dipulangkan
kepada pelajar.
11.1 Basikal yang digunakan mesti dalam keadaan lengkap dengan loceng, lampu 13.3 Murid-murid yang membawa telefon bimbit di kawasan sekolah akan diambil
tongkat, brek dan kunci. tindakan disiplin. Guru akan mengambil dan menyimpan telefon tersebut serta
11.2 Ketika di sekolah semua basikal mestilah diletakkan dengan teratur di tempat yang memaklumkan Tindakan tersebut kepada ibubapa /penjaga. (Rujuk SPI 2/2009)
disediakan dan hendaklah berkunci. 13.4 Murid yang kehilangan barang hendaklah melaporkan kepada Guru Kelas/Guru
10.2 Murid di larang berkumpul di tempat basikal pada sebarang masa. Bertugas/Penolong Kanan HEM.
10.3 Semua basikal dilarang diletakkan/disimpan di luar Kawasan sekolah. Sekolah tidak 13.5 Murid yang menjumpai barang-barang dimana sahaja di dalam kawasan sekolah,
bertanggungjawab jika berlaku sesuatu kehilangan dan sebagainya. hendaklah menyerahkannya kepada mana- mana guru/Guru Bertugas /
10.4 Murid tidak dibenarkan menunggang basikal dalam kawasan sekolah. Pengawas/Penolong Kanan HEM. Adalah menjadi kesalahan kepada murid yang
menyimpan barang yang dijumpai tanpa kebenaran.
PERKARA 12 : PERJALANAN LALU LINTAS 13.6 Murid tidak digalakkan membawa wang yang banyak ke sekolah serta menggunakan
alat-alat yang mahal harganya.
12.1 Murid yang datang dengan kereta/motor/van dilarang berhenti depan pagar sekolah
atau menghalang jalan masuk/keluar ke kawasan sekolah. PERKARA 14 : KESELAMATAN DALAM KAWASAN SEKOLAH
PERKARA 13 : BARANG-BARANG LARANGAN DAN 14.1 Tingkahlaku sopan dan berbudi bahasa.
KEHILANGAN BARANG 14.2 Menghormati guru, pengawas dan murid/kawan.
14.3 Tidak menganggu pengajaran dan pembelajaran.
13.1 Barang-barang larangan adalah DILARANG dibawa ke Kawasan sekolah iaitu : 14.4 Tidak berkelakuan membahayakan diri dan kawan.
1) Membawa,mengedar atau menghisap ROKOK (SPI 4/1997), VAPE atau sebarang 14.5 Tidak ponteng kelas, sekolah, perhimpunan,kelas tambahan, kegiatan kokurikulum
jenis inhalan di sekolah (Rujuk SPI 8/1986) atau lain-lain aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
2) Radio walkman, MP4, discman dan sebarang jenis mainan. 14.6 Di larang datang awal ke sekolah dan tidak berkeliaran di kawasan sekolah.
3) Telefon bimbit termasuk charger, SIM card, kamera dan lain- lain alat aksesori 14.7 Tidak makan di luar waktu rehat yang ditetapkan dan sentiasa menghargai
berkaitan. (Rujuk SPI 2/2009) kepentingan masa.
4) Rokok/ mancis/pemetik api.
5) Gula-gula getah (chewing gum ) PERKARA 15 : TINGKAHLAKU MUSNAH DAN JENAYAH
6) Minuman keras.
7) Barang kemas dan sebarang bentuk perhiasan termasuk pin baju. 15.1 Tidak merosakkan harta benda sekolah, guru-guru, kantin dan kawan-kawan.
8) Buku/majalah/risalah/gambar/CD/VCD berunsur lucah. 15.2 Dilarang mencederakan guru/pengawas atau murid lain.
9) Benda-benda tajam dan berbahaya. 15.3 Dilarang menganggotai kumpulan haram,memeras ugut,mencabul kehormatan.
10) Makanan ‘junk food’ 15.4 Dilarang menunjuk perasan/menganggu ketenteraman sekolah.
11) Barang-barang lain yang disifatkan tidak perlu dan membahayakan 15.5 Dilarang membawa benda berunsur lucah dan tidak bermoral.
15.6 Tidak menjudi/bertaruh,mencuri,melawan/ mengancam/memukul.
PERKARA 16 : LAWATAN SAMBIL BELAJAR kelas dengan mengisi borang Daftar Keluar Murid.
16.1 Murid tidak dibenarkan menganjurkan lawatan sendiri atau kumpulan atas nama 17.2 KELAS
sekolah. Murid di dalam sesebuah kelas bertanggungjawab akan :
16.2 Hendahlah mendapat surat izin waris dan memakai pakaian seragam sekolah ketika 17.2.1 keselamatan harta benda sekolah di dalam kelas masing-masing
lawatan. 17.2.2 Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh murid samada disengajakan atau tidak
16.3 Hendaklah menjaga tingkahlaku dan peraturan lawatan yang ditetapkan oleh guru murid kelas berkenaan wajib bertanggungjawab
pengiring. 17.2.3,. Semua murid di dalam kelas bertanggungjawab tentang kesempurnaan bilik
darjah dari segi lantai, dinding, tingkap, lampu, kerusi, meja dan sebagainya. Bilik darjah
PERKARA 17 : TATATERTIB hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.
17.2.4 Semasa ketiadaan guru dalam bilik darjah, ketua kelas, penolong dan pengawas
17.1 KAWASAN SEKOLAH kelas berkenaan bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah dan hendaklah
17.1.1Murid adalah diwajibkan berada di dalam Kawasan sekolah pada waktu mencari guru yang sepatutnya mengajar pada waktu tersebut
persekolahan. 17.2.5. Keluar kelas mesti dengan kebenaran guru atau ketua kelas atau penolong ketua
17.1.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang waktu kecuali kelas. Hanya dua orang pelajar (seorang lelaki dan seorang perempuan) dibenarkan keluar
waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Murid yang dibenarkan keluar mestilah untuk satu-satu masa dan diwajibkan memakai Pas Kebenaran Keluar Kelas. Murid
memakai “PAS KELUAR”. perempuan digalakan bergerak berdua untuk keselamatan.
17.1.3 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan murid-murid tidak dibenarkan 17.2.6 Setiap murid hendaklah meminta izin guru sebelum masuk atau keluar jika guru
meninggalkan kelas walaupun ke tandas kecuali mendapat kebenaran guru. berada di dalam kelas dan meminta izin ketua kelas ketika jika tidak ada. Murid tidak
17.1.4 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada masa rehat.
tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, murid murid tidak
dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa surat- 17.3 PUSAT SUMBER/ MAKMAL KOMPUTER/ RUANG SOLAT/ BENGKEL
surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting. 17.3.1 Semua murid hendaklah beratur dan berjalan dalam keadaan tenang ketika ke pusat
17.1.5 Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu sumber, makmal komputer, bengkel dan bilik-bilik khas yang lain. Tidak dibenarkan
hendaklah mendapat kebenaran dari guru kelas. singgah dimana-mana ketika dalam perjalanan itu. Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik
17.1.6 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu tersebut selagi guru tiada di dalamnya.
umpamanya ke tandas atau lainnya. Setiap ketua kelas bertanggungjawab mengawal kelas 17.3.2 Murid adalah bertanggungjawab akan keselamatan harta benda sekolah di dalam
sehingga guru tiba untuk mengajar. pusat sumber/makmal komputer/ruang solat/bengkel. Sebarang kerosakan yang
17.1.7 Sekiranya murid sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, murid berkenaan disebabkan oleh murid samada disengajakan atau tidak, murid kelas berkenaan wajib
hendaklah mendapatkan kebenaran dari guru kelas dengan mengisi borang daftar sakit. bertanggungjawab.
Maklumat tersebut mesti diserahkan kepada guru bertugas
17.1.8 Sekiranya murid hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, murid
hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari Guru Besar, Penolong Kanan atau Guru
17.4 TANDAS PERKARA 18 : KAWASAN-KAWASAN LARANGAN
17.4.1 Murid wajib memastikan tandas dalam keadaan bersih sebelum dan selepas
digunakan. 18.1 Semua murid DILARANG berada di tempat-tempat berikut kecuali dengan dengan
17.4.2 Murid yang memakai “PAS KELUAR” sahaja dibenarkan berada di tandas kecuali kebenaran guru/pihak berkuasa sekolah.
pada waktu rehat. • Bilik-bilik darjah, stor sukan, bilik khas, makmal dan pondok
17.4.3 Murid tidak dibenarkan bermain-main di tandas.
17.4.4 Murid yang ingkar dalam menjaga kebersihan tandas dan tidak mengikut tatacara keselamatan sebelum waktu persekolahan, semasa rehat dan selepas waktu balik.
penggunaan tandas yang betul akan dikenakan tindakan disiplin. • Pejabat sekolah, bilik guru serta kawasan sekitarnya.
• Tandas guru dan sekitarnya.
17.5 KANTIN • Tandas murid lelaki bagi pelajar perempuan dan tandas pelajar perempuan bagi murid
17.5.1 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar kawasan lelaki.
sekolah semasa sesi persekolahan walaupun waktu rehat. • Kawasan letak kereta guru.
17.5.2 Murid-murid hendaklah beratur dengan senyap dan tidak berebut -rebut semasa • Kantin sekolah jika bukan waktu rehat.
membeli makanan dan minuman di kantin sekolah. • Dewan sekolah
17.5.3 Murid dibenarkan berada di kawasan kantin hanya pada waktu rehat sahaja. • Lain-lain tempat yang diumumkan dari masa ke semasa.
17.5.4 Murid wajib memastikan kantin sentiasa berada dalam keadaan bersih sebelum dan
selepas digunakan. PERKARA 19 : LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN
17.5.5 Murid diwajibkan mengikuti segala peraturan kantin :
• Beratur semasa membeli makanan. 19.1 Sesiapa setelah ternampak kebakaran hendaklah tanpa ragu- ragu membunyikan
• Jangan berebut ketika membeli makanan. loceng isyarat (Penggera kebakaran) atau fire alarm yang berhampiran.
• Amalkan sikap bersopan-santun dan beradab ketika membeli makanan. Selepas 19.2 Sekiranya loceng penggera kebakaran dibunyikan hal ini bermaksud amaran bahawa
/ kejadian kecemasan / kebakaran berlaku dalam bangunan itu.
membeli makanan duduk di tempat yang disediakan. 19.3 Apabila loceng isyarat dibunyikan (masa berdering adalah lama), murid-murid
• Basuh tangan sebelum dan selepas makan. hendaklah segera beratur dalam satu barisan dengan serta merta, kemudian meninggalkan
• Membaca doa sebelum dan selepas makan. bilik darjah mengikut laluan atau tangga yang telah ditetapkan bersama-sama dengan guru
• Makanlah dengan sopan dan elakkan pembaziran. mengajar pada masa itu.
• Letakkan bekas makanan dan minuman yang telah digunakan ke dalam besen yang 19.4 Murid-murid mestilah berjalan dengan senyap dan pantas tanpa terburu-buru berlari
dan tanpa potong-memotong sehingga sampai ke tapak perhimpunan atau padang /
disediakan. kawasan lapang yang telah ditetapkan.
• Pastikan semua sampah dibuang ke dalam tong sampah. 19.5 Murid-murid yang berada ditempat lain (bilik-bilik khas) juga hendaklah segera
• Sila guna dengan cermat segala kemudahan yang ada di kantin. meninggalkan tempat itu dan menuju ke laluan yang paling hampir.
• Jimatkan penggunaan air. 19.6 Berkumpul (barisan duduk) mengikut kelas yang telah ditetapkan. Ketua kelas
• Dilarang membeli makanan kecuali pada waktu pagi dan rehat hendaklan memastikan bilangan murid dan memaklumkan kepada guru kelas dengan
segera jika jumlah murid tidak mencukupi. 20.5 Lain-lain kelayakan :
19.7 Guru kelas hendaklah membawa buku kedatangan kelas masing-masing dan • Bertanggungjawab dengan sepenuhnya
membuat bancian serta melaporkan dengan segera kepada guru bertugas atau pihak • Berwibawa dan bekerjasama
pentadbiran jika ada kehilangan pelajar. • Rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
19.8 Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Rendah (atau guru yang berada dalam pejabat) • Jujur
hendaklah mengambil semua buku kedatangan pelajar (jika ada) • Menepati masa
19.9 Patuhi segala arahan semasa berada di tempat berkumpul atau sentiasa berada dalam 20.6 Semasa menjalankan tugas, pemimpin-pemimpin kecil sekolah perlu bersikap tegas
tertib/duduk berbaris. Jangan bergerak sehingga dimaklumkan. dalam masa yang sama bersopan santun dengan semua murid.
19.10 Guru-guru hendaklah mengawal segala pergerakan pelajar untuk menghindarkan 20.7 Pemimpin-pemimpin kecil sekolah tidak boleh bertindak sesuka hati diluar batas
sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. undang-undang sekolah.
19.11 Tidak dibenarkan sesiapa pun meninggalkan perhimpunan tanpa kebenaran guru 20.8 Sekiranya terdapat murid yang enggan mengikut arahan pemimpin kecil sekolah atau
bertugas. melanggar peraturan, segera laporkan kepada guru.
20.9 Berikut adalah jawatan-jawatan bagi pemimpin kecil sekolah :
PERKARA 20 : LANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH • Pengawas Sekolah
• Pengawas Pusat Sumber (PSS)
20.1 Perlantikan dan pemilihan pemimpin kecil sekolah akan dibuat oleh satu • Ketua Kelas
Jawatankuasa Pemilih yang diketuai oleh Guru Besar. • Penolong Ketua Kelas
20.2 Jawatankuasa Pemilih ini boleh menyingkirkan seseorang itu dari sebarang jawatan 20.10 Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah )1959.Peraturan 6.
pemimpin kecil sekolah yang dipegangnya sekiranya perlu dengan sebab-sebab yang Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari masa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat
munasabah. dan hal yang ditakrifkannya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa
20.3 Jawatan yang diwatikahkan kepada Permimpin Kecil ini tidak bersifat hakiki. menjalankan hukuman kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid
Lantikan ini akan diperbaharui setiap tahun bergantung kepada kelayakan murid dan yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu, tetapi kecuali yang disebut di atas, tiada
perlantikan akan dilakukan setelah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemilih. seorang pun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan nyata
20.4 Kriteria-kriteria kelayakan: dari Guru Besar dalam sesuatu hal yang tertentu.
• Prestasi akademik yang baik 20.11 Pemimpin Kecil Sekolah yang terlibat dengan salahlaku disiplin yang serius akan
• Akhlak dan sahsiah yang terpuji digugurkan dan hilang kelayakan memegang jawatan yang disandang.
• Sifat kepimpinan
• Penampilan diri yang kemas PERKARA 21 : LEMBAGA PENGAWAS
• Aktif dalam kegiatan sekolah dan aktiviti kokurikulum
• Kehadiran ke sekolah yang memuaskan 21.1 Lembaga Pengawas adalah di bawah jagaan Guru Disiplin.
21.2 Lembaga Pengawas bertanggungjawab dan berfungsi sebagai mata dan telinga pihak
pentadbiran sekolah untuk mengekalkan disiplin yang baik
21.3. Lembaga Pengawas berfungsi bagi melaksanakan peraturan- peraturan disiplin dan 23.2 DI LUAR KAWASAN SEKOLAH
menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid lain dalam segala bidang. 23.2.1 Pelajar hendaklah mendapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan
21.4 Pengawas sebagai pemimpin kecil di kalangan murid dan menjadi penghubung di kemalangan.
antara murid dengan pihak pentadbir sekolah serta membantu guru-guru atau pihak 23.2.2 Ibubapa/penjaga segera laporkan kepada pihak sekolah dengan dokumen yang
sekolah dalam hal yang tertentu. lengkap untuk urusan tuntutan insuran.
21.5 Bertanggungjawab memastikan pelajar mematuhi peraturan sekolah dan hendaklah
melaporkan kepada Guru Disiplin sebarang kejadian yang melanggar peraturan sekolah. PERKARA 24 : KEGIATAN LUAR
21.6 Pengawas berhak menegur, melapor dan mencatat kesalahan pelajar tetapi tidak
boleh mengenakan sebarang hukuman kepada pelajar. 24.1 Murid-murid dilarang menyertai atau melibatkan diri dalam kegiatan luar yang tiada
21.7 Pengawas-pengawas yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan tindakan kaitan dengan aktiviti sekolah kecuali dengan kebenaran bertulis daripada
tatatertib. guru//ibubapa/penjaga.
24.2 Murid-murid adalah dilarang keras melibatkan diri secara langsung atau tidak
PERKARA 22 : LAWATAN /PELAWAT/IBUBAPA langsung dalam sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap.
22.1 Murid-murid dikehendaki menghormati dan memberi salam kepada mana-mana PERKARA 25 : PEPERIKSAAN
pelawat yang hadir ke sekolah ini.
22.2 Semua pelawat termasuk ibu bapa/penjaga perlu berjumpa dengan Guru Besar 25.1 Murid hendaklah hadir ke sekolah untuk menduduki sebarang peperiksaan mengikut
terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran. Pelawat tidak dibenarkan pergi sendiri ke jadual waktu peperiksaan yang telah ditetapkan.
kelas atau ke bilik guru untuk berjumpa dengan murid atau guru. 25.2 Murid yang tidak hadir pada hari peperiksaan tanpa alasan yang munasabah dikira
22.3 Perjumpaan pelawat dengan murid dan guru hanya dilakukan di tempat yang TIDAK HADIR dan tidak dibenarkan untuk mengulang semula kertas peperiksaan
dikhaskan oleh pihak sekolah sahaja. tersebut.
22.4 Segera membuat laporan kepada guru-guru jika disyaki atau melihat individu 25.3 Murid dilarang meniru waktu peperiksaan/ujian dan ketidakhadiran tanpa sebab
individu yang mencurigakan masuk ke Kawasan sekolah. boleh dianggap gagal dalam mata pelajaran yang tidak diambilnya.
PERKARA 23 : KEMALANGAN PERKARA 26: BAYARAN TAMBAHAN
23.1 DALAM KAWASAN SEKOLAH 26.1 Semua murid dikehendaki menjelaskan bayaran tambahan sekolah yang diluluskan
23.1 Pelajar hendaklah melaporkan segera pada Guru Bertugas. Jabatan Pelajaran Perak kepada guru kelas.
23.2 Pelajar yang cedera mesti dapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan 26.2 Derma untuk PIBG bagi satu keluarga ditetapkan pada jumlah RM 30.00 dan
kemalangan. sebarang perubahan akan diberitahu dari masa ke semasa.
23.3 Sekiranya kemalangan serius, guru bertugas akan menghantar pelajar berkenaan ke 26.3 Resit bayaran rasmi atau sementara bagi menandakan bayaran telah dibuat
klinik dan melaporkan kepada ibubapa/penjaga pelajar. hendaklah disimpan sebagai bukti semasa membuat bantahan atau bila-bila masa
dikehendaki.
PERKARA 27 : SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT 29.4 Alatan yang rosak atau hilang semasa digunakan adalah menjadi tanggungjawab
kepada murid yang berkenaan.
27.1 Murid-murid yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Kelas atau 29.5 Murid perlu menyimpan semula peralatan sukan yang telah digunakan ke dalam stor
Guru Bertugas. sukan dalam keadaan baik dan teratur.
27.2 Murid-murid yang menghidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga
sembuh. PERKARA 30 : HARTA BENDA SEKOLAH
27.3 Murid yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan dan mestilah
mendapat kebenaran dari pihak sekolah. 30.1 Usaha menjaga harta sekolah adalah tanggungjawab bersama. Semua pihak
27.4 Murid-murid yang uzur ( kurang sihat ) dan tidak boleh mengikuti Pelajaran hendaklah menggunakan dan menjaga setiap
Pendidikan Jasmani dikehendaki berada di lapangan Pendidikan Jasmani juga. Tidak kemudahan yang disediakan di sekolah dengan sebaik-baiknya, dalam masa yang sama
dibenarkan berada di dalam kelas. bekerjasama membenteras perbuatan memusnahkan harta benda sekolah.
27.5 Murid-murid yang kurang sihat tidak sepatutnya hadir ke sekolah kerana mereka 30.2 Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja,
tidak berupaya mengikuti pembelajaran seperti biasa.Ibubapa/Penjaga seharusnya murid/kumpulan murid terlibat dikehendaki mengganti/membayar harga barang tersebut.
membawa anak-anak mendapatkan rawatan terlebih dahulu.
PERKARA 31 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
PERKARA 28 : RAWATAN ATAU CUTI SAKIT
Peraturan Penggunaan Buku Teks perlu diberi perhatian serius dan dipatuhi oleh pelajar
28.1 Pelajar yang hendak ke hospital/klinik hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar yang meminjam buku teks.
atau Guru Penolong Kanan atau Guru Bertugas dengan mengisi borang rawatan. Murid- 31.1 Semua Buku teks yang dipinjam oleh pelajar adalah hak kerajaan.
murid yang hendak ke rumah sakit mesti dengan ibubapa / penjaga 31.2 Pihak sekolah akan mengeluarkan dan membahagikan buku teks kepada pelajar yang
28.2 Pelajar yang mendapat cuti dibenarkan pulang ke rumah.. layak menerimanya berdasarkan syarat- syarat yang ditetapkan oleh SPBT KPM.
28.3 Sekiranya pelajar tidak memerlukan rawatan dan hanya perlu berehat, pelajar 31.3 Pihak sekolah berhak menarik balik buku-buku Teks SPBT dari pelajar jika :
dibenarkan berehat di bilik yang sesuai dengan kebenaran guru bertugas dan dicatatkan a) Berhenti atau tamat sekolah
dalam buku kawalan kelas. b) Pihak sekolah mendapati pelajar tersebut tidak layak
28.4 Pelajar yang sakit hanya dibenarkan pulang dengan dijemput oleh ibubapa/penjaga c) Pelajar didapati cuai menjaga buku teks SPBT.
atau dintar oleh Guru Bertugas. 31.4 Menjadi tanggungjawab murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku tersebut.
31.5 Murid diwajibkan menulis nama di bahagian belakang buku teks dan
PERKARA 29 : ALATAN SUKAN menyampul/membalutnya dengan plastik pembalut buku jernih.
31.6 Murid dilarang menulis sebarang catatan atau melukis /menconteng/mengotorkan
29.1 Mengambil atau menggunakan peralatan Pendidikan Jasmani/Permainan/Sukan
mestilah mendapat kebenaran guru dan tidak dibenarkan murid mengambilnya sendiri. buku teks kecuali menulis nama dan kelas di ruangan yang disediakan.
29.2 Semua peralatan sekolah yang digunakan hendaklah dijaga dengan baik
29.3 Murid-murid dilarang keras mencuri peralatan sukan dan pendidikan jasmani. 31.7 Pindaan hakmilik yang telah ditetapkan dilarang kecuali mendapat kebenaran guru
SPBT.
31.8 Murid dilarang meninggalkan buku teks di dalam kelas atau dimana-mana tempat
lain.
31.9 Buku Teks yang hilang hendaklah dilaporkan dengan segera guru kelas atau guru kegiatan jahat yang mereka lihat/ketahui di kawasan sekolah.
SPBT untuk tindakan selanjutnya.
31.10 Pelajar yang terjumpa buku teks SPBT hendaklah mengembalikan kepada pelajar PERKARA 34 : KHIDMAT NASIHAT
berkenaan atau Guru SPBT.
31.11 Pelajar yang tidak memulangkan dan telah merosakkan buku teks mestilah 34.1 Mana-mana murid yang mempunyai masalah boleh pada bila-bila masa berjumpa
membayar ganti rugi mengikut nilai buku dalam tempoh dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling/Kaunselor untuk mendapatkan bantuan khidmat
yang ditetapkan. Pihak sekolah berhak menuntut daripada ibubapa/penjaga. dan pelajar nasihat.
tersebut tidak akan dipertimbangkan untuk pinjaman tahun berikutnya. 34.2 Murid-murid boleh membuat janji temu dengan kaunselor sama ada pada waktu
31.12 Murid yang berpindah masuk atau keluar hendaklah membawabersama buku Teks persekolahan ataupun semasa luar waktu persekolahan.
tersebut.
Jika murid perlu berjumpa kaunselor semasa waktu persekolahan murid
perlu meminta izin dari guru yang mengajar pada waktu tersebut.
PERKARA 32 : PERATURAN KHAS PERKARA 35 : MAKLUMAN UMUM
32.1 Ibu bapa/penjaga yang bercadang untuk menukar persekolahan murid-murid, perlu 35.1 Segala peraturan di atas adalah tertakluk kepada penyesuaian masa/keadaan yang
memaklumkan pihak sekolah sebelum mengambil sebarang tindakan. diputuskan oleh Lembaga Tatatertib sekolah atau atas nasihat Guru Besar.
32.2 Murid-murid hendaklah menyerahkan sebarang dokumen rasmi sekolah seperti surat, 35.2 Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di dalam buku peraturan ini murid-murid
resit, kad ujian, dan seumpamanya kepada ibubapa/penjaga apabila diarahkan berbuat wajib akur kepada peraturan lain yang digubal oleh pihak sekolah yang tidak tercatat di
demikian oleh pihak sekolah. dalam buku ini.
32.3 Ibu bapa/penjaga yang menghantar anaknya ke sekolah dengan menggunakan 35.3 Murid-murid juga dikehendaki mematuhi arahan-arahan /peraturan-peraturan dari
kenderaan tidak dibenarkan masuk ke Kawasan sekolah. Mereka boleh menurunkan anak- masa ke semasa yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.
anak di hadapan pondok pengawal keselamatan sahaja. 35.4 Murid-murid sebagai manusia yang Allah kurniakan akal fikiran hendaklah
memahami bahawa hidup ini penuh dengan peraturan walau di mana jua kita berada.
PERKARA 33 : BUDI PEKERTI / TINGKAHLAKU /KELAKUAN YANG 35.5 Justeru itu semua murid mestilah mematuhi dan menghormati peraturan sekolah
PATUT DIAMALKAN yang telah ditetapkan pada bila-bila masa selagi menjadi murid di SK Bekor
33.1 Murid-murid hendaklah sentiasa mematuhi segala arahan /pesanan/nasihat dan PERKARA 36 : JENIS-JENIS KESALAHAN DISIPLIN
amanah yang diberikan oleh guru.
33.2 Murid-murid hendaklah sentiasa menunjukkan perilaku yang baik di sekolah dan di 36.1 Terdapat tiga kategori kesalahan iaitu kesalahan ringan, kesalahan sederhana dan
luar sekolah. kesalahan berat :
33.3 Bersopan santun semasa bercakap/berbicara dengan guru, kakitangan sekolah, i) Kesalahan ringan menggunakan kod R
pekerja-pekerja sekolah, pelawat-pelawat yang datang ke sekolah dan kawan-kawan iaitu ii) Kesalahan sederhana menggunakan kod S
memulakan perbualan dengan ucapan salam hormat. iii) Kesalahan berat menggunakan kod B
33.4 Sentiasa berhasrat ingin menjaga nama baik sekolah. 36.2 Ianya dapat dibahagikan kepada LIMA bahagian yang utama iaitu:
33.5 Murid-murid hendaklah mengelakkan diri dari merahsiakan/bersubahat sebarang i. Tingkahlaku Jenayah
ii. Tingkahlaku Lucah PERKARA 38 : JENIS KESALAHAN, HUKUMAN DAN PUNCA KUASA
iii. Tingkahlaku Anti-Sosial 38. 1 Kesalahan Berat
iv. Tingkahlaku Tidak Jujur dan
v. Tingkahlaku Tidak sopan KOD JENIS SALAH LAKU
B01
PERKARA 37 : HUKUMAN B02 Merosakkan harta benda sekolah/guru
B03 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga
37.1 Hukuman yang dikenakan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, B04 Ponteng kelas/sekolah/keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran
berdasarkan kepada jenis dan beratnya salahlaku tersebut : B05 Ponteng Solat
i. Tindakan menghukum B06 Bertatu
ii. Tindakan pencegahan B07 Biadap terhadap guru/pengawas
iii.Tindakan polis B08 Meniru tandatangan pengetua/warden/guru
37.2 Jenis hukuman yang akan dilaksanakan adalah : Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan
• Amaran B09 dadah
• Denda B10 Menyimpan, membawa, menghisap atau mengedar bahan tembakau
• Penahanan dalam kelas B11 Menyimpan, membawa, atau menggunakan bahan letupan seperti mercun
• Hukuman Rotan Menyimpan, mengedar atau meminum minuman keras/sebarang bahan yang
• Gantung Persekolahan B12 memabukkan/mengkhayalkan
• Buang daripada sekolah B13 Menyebabkan atau melakukan pergaduhan dan kekerasan
37.3 Tujuan utama menghukum murid adalah untuk mencegah berlakunya salahlaku dari Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru atau
perbuatan melanggar disiplin. B14 pelajar
37.4 Dalam memutuskan hukuman yang paling sesuai atau patut dikenakan,Guru B15 Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya
Besar/Guru Disiplin akan menimbangkan keperluan mengenakan satu hukuman yang B16 Melakukan buli (peloncoan), penderaan atau paksaan terhadap pelajar lain
boleh memberi kesan mencegah bukan sahaja kepada mereka yang berkemungkinan B17 Mencuri, merompak,memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan
melakukan kesalahan yang serupa, bahkan juga kepada yang melakukan salahlaku itu B18 Melakukan perbuatan yang menyebabkan kecederaan kepada orang lain
sendiri supaya mereka tidak mengulangi salahlaku itu. Satu sistem hukuman bersifat Mengganggu/menjejaskan kuasa pengetua, guru, warden atau pengawas
mencegah bergantung kepada beratnya hukuman itu. B19 yang menjalankan tugas
B20 Membawa masuk tetamu dari luar sekolah tanpa kebenaran
B21 Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan
Mencetak, menerbit, mempamerkan, mengedar atau menyimpan
B22 rencana/majalah atau bahan multimedia terlarang
B23 Membabitkan diri dalam kumpulan haram
B24 Mencabul kehormatan guru/pelajar
B25 Melakukan zina, liwat atau hubungan diluar tabii
B26 Melacur, menjadi bohsia/bohjan/pondan
B27 Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral
B28 Berdua-duaan di tempat sunyi
B29 Melakukan perbuatan lucah
B30 Mengintai pelajar lelaki/perempuan
B31 Menyimpan, membawa, melukis, mempamer perkataan/gambar lucah
Melakukan hubungan yang dicurigai
B32 Mengeluarkan kata-kata lucah/kesat R13 Menyimpan misai, janggut dan jambang
R14 Berambut panjang atau menyerupai kumpulan-kumpulan tertentu
B33 Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhar yang mencemarkan nama R15 Memakai barang kemas/perhiasan/alat solek
sekolah R16 Tidak memakai pakaian sekolah dengan kemas/lengkap
R17 Kesalahan lain yang ditafsirkan oleh pengetua termasuk dalam
B34 Menyalahgunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa
kebenaran kategori ini
R18 Mewarnakan rambut
B35 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan/perhimpunan haram/merusuh R19 Bermain dalam kelas, koridor atau kawasan larangan
R20 Menggunakan dan membawa keluar peralatan sekolah tanpa
B36 Kesalahan lain yang ditafsir oleh pengetua termasuk dalam kategori ini
kebenaran
B37 Tidak menghormati lagu/bendera/jata sekolah, negeri, kebangsaan R21 Menyimpan atau menggunakan alat permainan sekolah tanpa
B38 Menganjur atau memabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran kebenaran
pihak sekolah R22 Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran
R23 Makan atau minum dalam kelas/bilik khas
38.2 Kesalahan Sederhana R24 Berkeliaran pada masa persekolahan
R25 Membawa dan menggunakan telefon bimbit, MP3 dan MP4
KOD JENIS SALAH LAKU R26 Menunggang atau memandu kenderaan bermotor dalam kawasan
Menconteng hara benda sekolah
S01 sekolah
Melakukan mana-mana kesalahan ringan kali ketiga R27 Membawa walkman/discman ke kelas
S02 Mengganggu guru semasa guru mengajar R28 Mengganggu awam
S03 R29 Memasuki bilik khas tanpa kebenaran
S04 Lewat ke surau R30 Memesan dan membeli makanan dari luar tanpa kebenaran
S05 Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skinhead atau berwarna R31 Kesalahan lain yang yang ditafsir oleh pengetua termasuk dalam
S06
Menindik telinga/memakai subang lebih dari satu pada satu cuping telinga kategori ini
S07 Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian/peperiksaan
S08 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah
S19 Kesalahan lain yang ditafsirkan oleh pengetua termasuk dalam kategori ini
38.3 Kesalahan Ringan
KOD JENIS SALAH LAKU
R01 Mencemarkan kawasan sekolah
R02 Memijak rumput di tempat yang terlarang
R03 Tidak mengendahkan sampah
R04 Datang lewat ke sekolah/ kelas
R05 Membuat bising dalam kelas
R06 Tidak membawa buku/ menyiapkan kerja sekolah/tugasan
R07 Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar
R08 Berada di kantin atau tempat-tempat lain pada waktu persekolahan
(kecuali waktu rehat)
R09 Tidak mematuhi peraturan makmal/bengkel/bilik khas
R10 Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal
R11 Keluar dari kelas tanpa kebenaran
R12 Lewat ke surau
BORANG PENGAKUAN
Guru Besar,
SK Bekor,
32800 Manong,
Perak Darul Ridzuan.
BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH
1. Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi rujukan dan panduan saya
sendiri.
2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi
sepenuhnya segala yang disuruh dan menjauhi sepenuhnya segala
yang dilarang.
3. Saya sedar, bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh
pihak sekolah jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela
menerima hukuman yang setimpal dan tidak akan membuat rayuan.
Tanda tangan Pelajar : ………………………………..………….
Nama : ……………………………………………
Saya sebagai Ibubapa/Penjaga maklum akan perkara yang tersebut di
atas.
Tanda tangan Ibu bapa/Penjaga : ………………………………..
Nama : ……………………………..…
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKOR
32800 MANONG, PERAK
TEL :
FAKS :
E-MEL : [email protected]