Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 3:
Min Keberkesanan Pementasan Drama Secara Dalam Talian
MIN KEBERKESANAN PEMENTASAN DRAMA SECARA DALAM
TALIAN
N Min Sisihan piawai
Meningkatkan Keyakinan 50 4.58 .702
Aplikasi Teknik Drama 50 4.61 .43830
Kerjasama Pasukan 50 4.82 .34641
Memupuk Kreativiti 50 4.62 .51292
Valid N (listwise) 50
Meningkatkan Keyakinan
Dapatan menunjukkan siswa guru mencapai min tinggi iaitu 4.58 dalam meningkatkan
keyakinan diri semasa melakukan pementasan drama secara dalam talian. Data ini disokong
oleh dapatan kualitatif yang menyatakan siswa guru dapat mengurangkan rasa gementar
berhadapan dengan penonton apabila melakukan pementasaan drama secara dalam talian.
Dapatan ini selari dengan kajian Ashton-Hay (2005) dan Fuentes (2010) yang mendapati
drama mampu meningkatkan keyakinan diri pelajar. Namun demikian, terdapat seorang siswa
guru menyatakan pelaksanaan drama secara dalam talian tidak mampu membina keyakinan
diri kerana beliau tidak mempunyai penonton sebagai pembakar semangat untuk mendalami
watak yang dipegang. Terdapat juga seorang responden lain menyatakan beliau mempunyai
keyakinan diri yang rendah dan gementar berada di pentas dan berharap kursus ini dapat
membantunya mengatasi krisis ini. Walaubagaimanapun, siswa guru itu berpendapat
sekiranya kerja kursus pementasan drama ini terus dilakukan secara dalam talian, ia akan
gagal untuk membantu meningkatkan keyakinan dalam dirinya. Harapan responden ini seiring
dengan pendapat Fuentes (2010) yang mengatakan drama mampu meningkatkan keyakinan
diri pelakon apabila pelakon boleh bersembunyi di sebalik karektor yang dibawa.
Aplikasi Teknik Drama
Data menunjukkan bahawa siswa guru mencapai min tinggi iaitu 4.61 dalam mengaplikasikan
teknik drama semasa melakukan pementasan drama secara dalam talian. Data ini disokong
oleh dapatan kualitatif yang menyatakan bahawa siswa guru mampu untuk mengaplikasikan
teknik drama seperti membuat kostum walaupun dalam kekangan pandemik dan terdapat
siswa guru menyatakan mampu mendalami watak yang dipegang kerana boleh mengulangi
rakaman lakonan sebanyak yang mungkin. Namun, terdapat juga siswa guru menyatakan
sukar untuk untuk mendalami watak kerana perlu berdialog seorang diri tanpa watak lain dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1129
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
penonton, dan beliau juga tidak pasti intonasi yang sesuai apabila melakukan rakaman
lakonan secara sendirian.
Kerjasama Pasukan
Dapatan menunjukkan bahawa siswa guru mencapai min tinggi iaitu 4.82 dalam memupuk
kerjasama pasukan semasa melakukan pementasan drama secara dalam talian. Data ini
disokong oleh dapatan kualitatif yang menyatakan bahawa mereka mampu memupuk nilai
kerjasama semasa melakukan persediaan serta pementasan drama secara dalam talian
dengan berbincang dan membahagikan tugasan bagi menghasilkan satu rakaman video yang
baik dan berkualiti. Siswa guru juga menyatakan mereka mengetahui kelebihan dan
kemahiran ahli pasukan ketika mereka melakukan tugasan bersama. Dapatan ini turut
disokong oleh Lin (2015) yang melaporkan drama mampu memupuk kerjasama pasukan.
Walau bagaimanapun, disebabkan ahli kumpulan tidak dapat berkumpul bersama dan
terpaksa merakam video secara berasingan, tidak wujud kerjasama antara sebahagian
mereka dalam penghasilan drama.
Memupuk Kreativiti
Dapatan menunjukkan bahawa siswa guru mencapai min tinggi iaitu 4.62 dalam memupuk
kreativiti semasa melakukan pementasan drama dalam talian. Dapatan ini seiring dengan
kajian Davis dan Behn (1978) yang melaporkan drama mampu membina kreativiti pelajar.
Data ini juga disokong oleh dapatan kualitatif yang menunjukkan bahawa siswa guru mampu
untuk memupuk nilai kreativiti semasa melakukan persediaan serta pementasan drama
secara dalam talian seperti mempelajari cara menyunting video persembahan kumpulan
mereka. Siswa guru juga berjaya menerokai aplikasi-aplikasi baharu yang
membolehkan mereka menyunting video kumpulan mereka dengan lebih kreatif serta
berkualiti. Siswa guru juga mengatakan bahawa mereka dapat mempelajari cara membuat
kostum serta menyediakan peralatan untuk watak yang mereka perlu lakonkan. Namun
begitu, terdapat sebilangan siswa guru yang tidak bersetuju bahawa pementasan drama
secara dalam talian dapat memupuk kreativiti mereka kerana mereka terpaksa merakam dan
menyunting video secara berasingan. Oleh yang demikian, hasil rakaman yang telah disunting
tidak memuaskan hati mereka kerana tidak mencapai tahap kreativiti yang mereka harapkan.
Tahap Kepuasan Pelaksanaan Pementasan Drama Dalam Talian
Jadual 4 di bawah menunjukkan dapatan min bagi tahap kepuasan pelaksanaan pementasan
drama secara dalam dalam talian.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1130
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 4:
Min Tahap Kepuasan Pelaksanaan Pementasan Drama Dalam Talian
MIN TAHAP KEPUASAN PELAKSANAAN PEMENTASAN
DRAMA DALAM TALIAN
Sisihan
N Min piawai
Pementasan Drama Dalam Talian 50 4.16 .93917
Aplikasi Teknik Drama 50 4.65 .44320
Aplikasi Kandungan Kursus 50 4.74 .41943
TSL1064
Hasil Pementasan Drama Dalam 50 4.40 .82065
Talian
Valid N (listwise) 50
Pementasan Drama Dalam Talian
Dapatan menunjukkan siswa guru mencapai min tinggi iaitu 4.16 dalam tahap kepuasan
melaksanakan pementasan drama secara dalam talian. Ini menunjukkan siswa guru berpuas
hati melaksanakan pementasan drama secara dalam talian. Dapatan ini disokong dengan
dapatan kualitatif yang merekodkan bahawa terdapat responden yang berpuas hati kerana
setiap teknik lakonan yang dipelajari masih dapat diterapkan walaupun persembahan lakonan
dilakukan secara digital. Siswa guru juga berpuas hati kerana pementasan secara dalam
talian sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi keyakinan diri semasa melakukan
pementasan serta lebih menyeronokkan. Namun begitu, terdapat juga sebilangan siswa guru
yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan pementasan drama secara dalam talian ini
kerana ia agak mencabar dan mereka menghadapi kesukaran semasa melakukan rakaman
lakonan kerana berada di pelbagai tempat yang berlainan. Siswa guru juga merasakan
bahawa pementasan drama secara dalam talian ini agak membosankan serta terdapat
sebilangan ahli kumpulan yang tidak memberikan kerjasama yang baik semasa proses
pementasan dan persediaan lakonan drama.
Aplikasi Teknik Drama
Dapatan menunjukkan siswa guru mencapai min tinggi iaitu 4.65 dalam tahap kepuasan
mengaplikasikan teknik pementasan drama secara dalam talian. Ini menunjukkan siswa guru
berpuas hati mengaplikasikan teknik pementasan drama secara dalam talian. Dapatan ini
disokong dengan dapatan kualitatif yang merekodkan bahawa siswa guru mampu untuk
mempelajari serta mengaplikasikan teknik-teknik drama seperti kemahiran melontarkan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1131
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
intonasi yang tepat dan mendalami watak di dalam persembahan drama secara dalam talian.
Di samping itu, mereka juga dapat menyerlahkan bakat ataupun potensi dalam bidang
lakonan secara dalam talian melalui kursus ini. Namun begitu, terdapat juga siswa guru yang
menghadapi kesukaran dalam mengaplikasikan teknik-teknik drama secara dalam talian ini
disebabkan oleh ketiadaan penonton yang telah menjejaskan mereka untuk mendalami dan
menghayati watak masing-masing dengan lebih baik.
Aplikasi Kandungan Kursus TSL1064
Dapatan menunjukkan siswa guru mencapai min tinggi iaitu 4.74 dalam tahap kepuasan
mengaplikasikan kandungan Kursus TSL 1064. Ini menunjukkan responden berpuas hati
dapat mengaplikasikan ilmu kandungan kursus ini semasa melakukan pementasan drama
secara dalam talian. Dapatan ini disokong dengan dapatan kualitatif yang menyatakan
responden masih dapat mempraktikkan ilmu lakonan yang dipelajari dalam kandungan
kursus TSL1064.
Hasil Pementasan Drama Dalam Talian
Dapatan menunjukkan siswa guru mencapai min tinggi iaitu 4.40 dalam tahap kepuasan hasil
pementasan drama dalam talian yang mereka lakukan. Hal ini disokong dengan dapatan
kualitatif yang merekodkan siswa guru sangat berpuas hati dengan hasil pementasan drama
kerana dapat melakukan persediaan rapi sebelum rakaman dilakukan. Siswa guru
mengatakan bahawa mereka berasa tidak tertekan untuk melakukan persediaan seperti
menghafal skrip dan melakukan raptai kerana ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa
sahaja. Oleh itu, mereka dapat menyempurnakan tugasan pementasan dengan jayanya dan
rata-rata siswa guru berpuas hati dengan hasil kerja yang mereka lakukan. Namun begitu,
kebanyakan siswa guru berharap agar pementasan dapat dilakukan secara fizikal agar dapat
mengaplikasikan ilmu dan teknik pementasan drama secara bersemuka dan mereka dapat
menimba pengalaman pementasan drama yang sebenar.
Kesediaan Meneruskan Pementasan Secara Dalam Talian
Jadual 5 di bawah menunjukkan peratus kesanggupan responden untuk meneruskan
pementasan drama secara dalam talian bagi semester akan datang.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1132
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 5:
Peratus Kesanggupan Meneruskan Pementasan Drama Secara Dalam Talian
Untuk Semester Akan datang
KESEDIAAN MENERUSKAN PEMENTASAN DRAMA SECARA DALAM
TALIAN UNTUK SEMESTER AKAN DATANG
Valid Kekerapan Peratus
YA 30 60.0
TIDAK 20 40.0
Jumlah 50 100.0
Dapatan mendapati 30 (60%) bersedia meneruskan pementasan drama secara dalam talian
untuk semester akan datang sekiranya pandemik masih menular dalam komuniti. Ini
menunjukkan siswa guru telah dapat mengadaptasi norma baharu teknik pembelajaran dan
juga atas faktor kebolehulangan merakam lakonan sebanyak yang perlu apabila dilakukan
secara dalam talian berbanding dilakukan secara fizikal seperti dilaporkan dalam dapatan
kualitatif.
KESIMPULAN KAJIAN
Dapatan kajian ini mendapati pementasan drama secara dalam talian dapat membina
keyakinan diri pelajar, membina kreativiti dan memupuk kerjasama berpasukan. Dapatan
kajian ini juga menyumbang kepada literatur bidang kajian pementasan drama secara dalam
talian kerana responden kajian ini sangat positif dalam melaksanakan pementasan ini
berbanding kajian-kajian lepas dan tidak mengambil COVID-19 sebagai penghalang bagi
menjayakan pementasan mereka. Malah, pementasan drama secara dalam talian direkodkan
amat berkesan bagi kursus TSL1064 dan responden juga berpuas hati dengan hasil
pementasan dilakukan dan secara tidak langsung telah mengasah bakat penguasaan
teknologi maklumat dalam menyunting rakaman drama mereka.
SYOR CADANGAN KAJIAN
Penyelidikan akan datang boleh dilakukan dengan melibatkan populasi siswa guru kursus
TSL1064 di peringkat IPGM atau dilakukan kepada siswa guru yang mengambil kursus Drama
(TSLB3233) yang turut perlu melakukan pementasan drama secara dalam talian. Dapatan
yang diperolehi juga mampu menjadi titik tolak pembaharuan dan penambahbaikan yang
boleh dilaksanakan bagi memastikan siswa guru mendapat pendidikan yang berkesan lantas
mengekalkan kesihatan mental yang baik sepanjang tempoh pandemik. Tidak boleh dinafikan
bahawa pengalaman yang sedang dialami oleh siswa guru dalam menghadapi era
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1133
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pembelajaran secara dalam talian ini akan membentuk personaliti seorang guru cemerlang
dan mampu menjadikan sektor pendidikan di Malaysia lebih berkualiti.
RUJUKAN
Ashton-Hay, S. (2005). Drama: Engaging All Learning Styles. In Proceedings of 9thINGED
(Turkish English Education Association) International Conference (pp.1–19). Ankara,
Turkey. Retrieved from http://eprints.qut.edu.au
Athiemoolam, L. (2004). Drama-in-Education and Its Effectiveness in English Second/Foreign
Language Classes. International Language Learning Conference (ILLC), (December).
Davis, J.H. & Behn, T. (1978). Terminology of Drama/ Theatre with and for Children.
Fathen Suriati Jusoh (2017). English Teaching Assistants’ (ETA) Adaptation to Malaysian 4.
Culture In Terengganu: A Case Study. Master Dissertation,University of Malaya, Kuala
Lumpur.
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). (2016). Ringkasan maklumat kursus Dramadalam
Bahasa Inggeris TSL1064. Cyberjaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lin, Y.F. (2015). Using Reader’s Theater as a Facilitator in Elementary School English
Training. Journalof Education and Learning, 4(2), 43–52.
Mohammed Jasim Betti. (2015). An Introduction to Drama. Diwaniya: Dar Nippur.
Moyo, C., & Sibanda, N. (2020). Challenges in Teaching and Learning in Practical Theatre
Courses during the COVID-19 Lockdown at Lupane State University. EDITORIAL
BOARD, 43.
Muhammad Azri bin Ali. (2021). Students’ Learning Experience in Introduction to
DramaTheatre Classes During COVID-19. Journal of Cognitive Sciences and Human
Development, 7(1), 123-133.
Simamora, R. M. (2020). The Challenges of online learning during the COVID-19 pandemic:
An essay analysis of performing arts education students. Studies in Learning and
Teaching, 1(2), 86-103.
Trujillo, M. L. (2021). Theatre During COVID-19: Perceptions of High School Studentsand
Teachers.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1134
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
HUBUNGAN ANTARA FAKTOR DAN KESAN PENGGUNAAN BAHASA IBAN DALAM
PENERANGAN GURU BAHASA MELAYU
1
Heseha Sawal , Norfaizah Abdul Jobar , Basyirah Husna Badrol Isham , Norhidayah
3
2
4
Hisyam , Nur Farahkhanna Mohd Rusli 5
1,2,3,4,5 Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 UPSI
Tanjong Malim, Perak Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Penggunaan bahasa ibunda pelajar bahasa kedua dalam pengajaran bahasa Melayu
merupakan satu kaedah untuk membolehkan pelajar lebih memahami penerangan guru. Oleh
itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis kesan penggunaan bahasa Iban dalam
penerangan guru bahasa Melayu terhadap sikap pelajar Iban dalam mempelajari bahasa
Melayu; menganalisis faktor penggunaan bahasa Iban dalam penerangan guru bahasa
Melayu yang dapat meningkatkan motivasi pelajar Iban untuk mempelajari bahasa Melayu;
dan menjelaskan hubungan antara faktor dan kesan penggunaan bahasa Iban dalam
penerangan guru bahasa Melayu. Seramai 30 orang pelajar Iban UPSI dipilih sebagai
responden kajian dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Instrumen kajian
yang digunakan ialah soal selidik. Item-item soal selidik terbahagi kepada konstruk sikap dan
motivasi. Data soal selidik dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferens dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Iban memberi kesan positif terhadap sikap dan
motivasi pelajar Iban UPSI untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Item-
item yang berkaitan dengan sikap pelajar Iban telah mencatatkan skor min yang tinggi, iaitu
4.28. Item-item yang berkaitan dengan faktor penggunaan bahasa Iban juga mencatatkan
skor min yang tinggi, iaitu 4.30. Hasil ujian korelasi mendapati bahawa terdapat hubungan
yang signifikan antara faktor dan kesan penggunaan bahasa Iban dalam penerangan guru
bahasa Melayu, iaitu 0.987 dengan nilai sig=0.000 (p<0.05). Keadaan ini menunjukkan
bahawa faktor penggunaan bahasa Iban dalam penerangan guru bahasa Melayu memberi
kesan terhadap sikap dan motivasi pelajar Iban untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Kesimpulannya, kajian ini diharap dapat mendedahkan kepentingan
penggunaan bahasa ibunda dalam menguasai bahasa kedua.
Kata kunci: pandangan, sikap, motivasi, bahasa Iban, penerangan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1135
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Pemahaman seseorang individu tentang sesuatu maklumat yang disampaikan kepadanya,
sama ada maklumat dalam bentuk penulisan ataupun percakapan, sangat dipengaruhi oleh
pengetahuan dan penguasaannya terhadap bahasa yang digunakan dalam penyampaian
maklumat tersebut. Jika seseorang individu tidak mengetahui bahasa yang digunakan dalam
sesuatu maklumat yang diberikan, maka individu tersebut telah gagal untuk memperoleh
makna yang terkandung dalam maklumat tersebut. Selain itu, komunikasi antara dua atau
lebih daripada dua pihak tidak akan berkesan jika terdapat pihak yang tidak menguasai
bahasa yang digunakan dalam komunikasi tersebut. Dua penutur bahasa yang berbeza
tersebut mungkin akan mengalami kekeliruan jika kedua-duanya menggunakan bahasa
masing-masing ketika berkomunikasi. Sebaliknya, jika kedua-duanya menggunakan bahasa
yang saling difahami, maka tidak timbul masalah untuk memahami inti perbualan tersebut.
Setiap individu sudah pasti menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa dalam
kehidupannya. Bahasa yang paling dikuasai oleh setiap individu ialah bahasa ibundanya atau
juga dikenali sebagai bahasa pertama. Pemerolehan bahasa pertama berlaku melalui
persekitaran kanak-kanak seperti orang tua, rakan seusia dan komuniti tempat tinggal kanak-
kanak tersebut. Dalam kajian ini, sampel kajian dilahirkan dan dibesarkan dalam persekitaran
yang menggunakan bahasa Iban. Oleh sebab itu, sampel kajian telah menguasai bahasa Iban
sebagai bahasa pertama.
Dalam aspek kehidupan seperti pendidikan, penguasaan bahasa kedua menjadi
sangat penting kepada pelajar jika sistem pendidikan yang diamalkan di negara pelajar
tersebut tidak menggunakan bahasa ibundanya sebagai bahasa pengantar. Pelajar Iban yang
telah menguasai bahasa Iban sebagai bahasa pertama perlu menguasai bahasa Melayu juga
sebagai bahasa kedua kerana sistem pendidikan di Malaysia menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar ilmu. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bukan sahaja
digunakan di peringkat sekolah, tetapi juga di peringkat universiti. Bagi subjek bahasa Melayu,
bahasa yang digunakan oleh guru sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
berlangsung di dalam kelas sudah semestinya ialah bahasa Melayu. Oleh sebab itu, pelajar
Iban perlu berusaha dengan lebih gigih daripada pelajar Melayu untuk memahami mata
pelajaran yang diajar dalam bahasa Melayu, terutamanya bagi mata pelajaran bahasa Melayu
itu sendiri.
Banyak kajian yang telah dilakukan membuktikan bahawa bahasa pertama sangat
mempengaruhi pembelajaran bahasa kedua. Banyak kesalahan yang dilakukan oleh pelajar
bahasa kedua apabila mempelajari bahasa yang baharu seperti kesalahan struktur ayat.
Selain itu, pelajar bahasa kedua juga cenderung untuk menterjemah ayat daripada bahasa
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1136
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
ibunda ke dalam bahasa kedua secara langsung. Jika masalah ini berlarutan, maka pelajar
mungkin menghadapi masalah untuk menghasilkan ayat yang betul dalam bahasa kedua.
SOROTAN LITERATUR
Kajian Daria Mizza (2014), Normila Norudin et al. (2014), Lutfi Ashar Mauludin (2015), Noor
Zila Md. Yusuf (2015), Muhammad Saleem Khan (2016), Nor Ashikin Ab Manan et al. (2017)
dan Ayesha Saddiqa (2018) menunjukkan bahawa bahasa pertama sangat mempengaruhi
pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar. Kajian Daria Mizza (2014) berfokus
kepada keberkesanan penggunaan bahasa pertama berbanding dengan bahasa kedua dalam
pengajaran guru. Kajian Normila Norudin et al. (2014) berfokus kepada kesalahan dalam
pembinaan ayat bahasa Arab akibat pengaruh bahasa Melayu. Kajian tersebut membuktikan
bahawa pembelajaran bahasa kedua kadangkala menyebabkan pelajar mengaplikasi hukum
yang terdapat dalam bahasa pertama ke dalam bahasa kedua. Kajian Lutfi Ashar Mauludin
(2015) berfokus kepada kelebihan guru yang menguasai bahasa ibunda pelajar. Kajian
tersebut boleh menyokong kajian ini kerana kajian ini turut memberi penekanan kepada guru
yang boleh menguasai bahasa ibunda pelajar, iaitu bahasa Iban.
Kajian Noor Zila Md. Yusuf (2015) berfokus kepada bahasa antara yang wujud akibat
peralihan di antara bahasa pertama dan bahasa kedua. Kajian tersebut membuktikan bahawa
bahasa pertama sangat mempengaruhi pembelajaran bahasa kedua sehingga bahasa antara
wujud dalam proses pelajar menguasai bahasa kedua dengan sepenuhnya. Kajian
Muhammad Saleem Khan (2016) mempunyai kaitan dengan kajian ini, iaitu meningkatkan
pemahaman pelajar tentang kosa kata bahasa kedua melalui penterjemahan makna kosa
kata tersebut ke dalam bahasa pertama. Dalam kajian ini, guru bahasa Melayu membantu
pelajar memahami kosa kata atau ayat bahasa Melayu yang tidak difahami dengan
menterjemahkan kosa kata atau ayat tersebut ke dalam bahasa Iban. Kajian Nor Ashikin Ab
Manan et al. (2017) berfokus kepada tiga kategori kesalahan interlangual yang dilakukan oleh
pelajar dalam mempelajari bahasa Inggeris. Walaupun kajian tersebut berbeza dengan kajian
ini, namun kajian tersebut membuktikan bahawa pelajar cenderung untuk memindahkan dan
mengaplikasikan pengetahuan bahasa pertama mereka ke dalam bahasa Inggeris. Kajian
Ayesha Saddiqa (2018) berfokus kepada pengaruh bahasa pertama dalam mempelajari
bahasa yang baharu. Kajian tersebut membuktikan pembelajaran bahasa yang baharu sangat
dipengaruhi oleh bahasa yang sudah dikuasai oleh seseorang individu.
Kajian Saraswathy Pormalu et al. (2017), Norlida Razali (2018), dan Nasywa
Muhammad Ariff Bakhtiar dan Norasyikin Osman (2019) tentang aspek pandangan, sikap dan
motivasi pelajar dalam pembelajaran bahasa turut dikaji dalam kajian ini. Kajian Saraswathy
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1137
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Pormalu et al. (2017) menunjukkan bahawa pelajar yang bukan penutur jati bahasa Melayu
mempunyai sikap yang positif untuk mempelajari bahasa Melayu. Kajian tersebut mempunyai
persamaan dengan kajian ini, kecuali sampel kajian dalam kajian ini ialah pelajar Iban. Kajian
Norlida Razali (2018) juga berkaitan tentang sikap positif yang mempengaruhi pembelajaran
bahasa yang baharu. Walaupun kajian tersebut sedikit berbeza, iaitu mengkaji pembelajaran
bahasa ketiga, namun pembelajaran bahasa yang baharu sama ada bahasa tersebut ialah
bahasa kedua ataupun bahasa ketiga, masih lagi dipengaruhi oleh bahasa pertama. Selain
itu, kajian Nasywa Muhammad Ariff Bakhtiar dan Norasyikin Osman (2019) mempunyai
persamaan dengan kajian ini kerana kajian mereka berkaitan dengan pandangan, minat dan
motivasi dalam mempelajari bahasa kedua.
Kajian Ilangko Subramaniam, Noorulafiza Abdul Muthalib dan Siti Nor Hamahida
Zainal (2014) sangat berkait rapat dengan kajian ini kerana membuktikan bahawa
penggunaan bahasa Iban sangat efektif untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam
pengajaran guru yang menggunakan bahasa kedua. Namun begitu, kajian tersebut tidak
menyentuh kesan penggunaan bahasa Iban terhadap sikap dan motivasi pelajar Iban untuk
mempelajari bahasa Melayu.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Seramai 30 orang pelajar Iban di Universiti
Pendidikan Sultan Idris dipilih sebagai responden dengan menggunakan kaedah
persampelan bertujuan. Instumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang
mengandungi 36 item, dan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Bahagian A (demografi
responden), Bahagian B (konstruk sikap), dan Bahagian C (konstruk motivasi). Semua item
dijawab dengan menggunakan skala Likert, iaitu setuju, sangat setuju, tidak pasti, tak setuju,
dan sangat tidak setuju. Soal selidik dibuat dalam bentuk Google Form dan diedarkan kepada
responden secara dalam talian. Data dianalisis secara statisktik deskriptif dan statistik
inferens dengan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) untuk mendapatkan
kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan nilai korelasi. Min untuk setiap item dan purata
keseluruhan min untuk setiap bahagian dinterpretasi berdasarkan jadual interpretasi skor min
oleh Nunnally Bernstein (1994).
Jadual 3.1
Interprestasi Skor Min Nunnally dan Bernstein (1994)
Skor Min Interprestasi
1.00 - 2.00 Rendah
2.01 - 3.00 Sederhana rendah
3.01 - 4.00 Sederhana tinggi
4.01 - 5.00 Tinggi
(Sumber: Nooraini Kasturi dan Jamaludin Badusah, 2017)
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1138
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
DAPATAN KAJIAN
Kesan Penggunaan Bahasa Iban dalam Penerangan Guru Bahasa Melayu terhadap
Sikap Pelajar Iban UPSI dalam Mempelajari Bahasa Melayu
Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Iban dalam penerangan
guru bahasa Melayu memberi kesan positif terhadap sikap pelajar Iban UPSI dalam
mempelajari bahasa Melayu. Kesemua 13 item yang berkaitan dengan sikap pelajar Iban
UPSI ini masing-masing telah mencatatkan skor min yang tinggi, iaitu melebihi nilai empat.
Purata untuk keseluruhan skor min untuk bahagian ini juga adalah tinggi, iaitu 4.28.
Antara sikap positif yang ditunjukkan oleh pelajar Iban UPSI ialah sikap berasa
seronok untuk mempelajari bahasa Melayu. Perasaan seronok boleh membuatkan pelajar
tidak berasa jemu atau tidak bosan untuk mengikuti sesi PdP yang sedang dijalankan. Selain
itu, penggunaan bahasa Iban memudahkan pelajar untuk memahami dan seterusnya
mengingati isi penerangan guru. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang individu lebih
mudah untuk memproses sesuatu maklumat apabila maklumat tersebut disampaikan dalam
bahasa ibunda.
Faktor Penggunaan Bahasa Iban dalam Penerangan Guru Bahasa Melayu yang dapat
Meningkatkan Motivasi Pelajar Iban untuk Mempelajari Bahasa Melayu
Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Iban dalam penerangan
guru bahasa Melayu dapat mempengaruhi motivasi pelajar Iban untuk mempelajari bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua mereka. Empat belas item dalam soal selidik yang berkaitan
dengan perkara ini masing-masing mencatatkan skor min yang tinggi, iaitu melebihi nilai
empat. Purata keseluruhan skor min bagi kesemua item tersebut juga adalah tinggi, iaitu 4.30.
Kemahiran guru bahasa Melayu menggunakan bahasa Iban, lebih-lebih lagi semasa
memberi penerangan di dalam kelas menjadi salah satu sebab pelajar Iban mempunyai
motivasi untuk mempelajari bahasa Melayu. Secara tidak langsung, guru bahasa Melayu
tersebut membuktikan bahawa seseorang individu boleh menguasai banyak bahasa selain
daripada bahasa ibunda. Selain itu, pelajar Iban bermotivasi untuk mempelajari bahasa
Melayu jika mereka memahami penerangan yang diberikan oleh guru. Motivasi pelajar rendah
apabila mereka gagal memahami perkara yang diterangkan. Oleh sebab itu, guru bahasa
Melayu perlu menggunakan satu alternatif, iaitu penggunaan bahasa ibunda untuk
meningkatkan pemahaman pelajar-pelajar Iban supaya mereka lebih bermotivasi untuk
mempelajari bahasa Melayu.
Persamaan beberapa aspek antara bahasa Melayu dan bahasa Iban juga boleh
menjadi sebab pelajar Iban bermotivasi untuk menguasai bahasa Melayu. Persamaan antara
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1139
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dua bahasa ini dapat dilihat dari segi sebutan, kosa kata dan struktur ayat. Guru bahasa
Melayu harus memanfaatkan kelebihan ini dengan memberi penerangan dalam bahasa yang
paling hampir dengan bahasa ibunda pelajar. Di samping itu, penggunaan bahasa Iban dan
bahasa Melayu di dalam kelas akan mewujudkan suasana yang selesa untuk pelajar Iban
mengikuti sesi PdP.
Hubungan antara Faktor dan Kesan Penggunaan Bahasa Iban dalam Penerangan Guru
Bahasa Melayu
Hasil ujian korelasi mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor dan
kesan penggunaan bahasa Iban dalam penerangan guru bahasa Melayu, iaitu 0.987 dengan
nilai sig=0.000 (p<0.05). Keadaan ini menunjukkan bahawa faktor penggunaan bahasa Iban
dalam penerangan guru bahasa Melayu memberi kesan terhadap sikap dan motivasi pelajar
Iban untuk mempelajari bahasa Melayu.
SYOR CADANGAN KAJIAN
Berdasarkan dapatan kajian, terdapat beberapa syor cadangan kajian yang boleh dilakukan.
Untuk objektif pertama, syor yang dicadangkan ialah pengkaji mengkaji kesan penggunaan
bahasa ibunda yang berterusan dalam pengajaran guru. Penggunaan bahasa ibunda yang
berterusan mungkin menyebabkan pelajar tidak dapat meneroka bahasa Melayu tanpa
bergantung kepada bahasa ibunda. Untuk objektif kedua pula, syor yang dicadangkan ialah
pengkaji boleh mengkaji faktor yang menyebabkan bahasa pertama tidak efektif dalam
mengajar bahasa kedua. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar akan bergantung kepada
bahasa ibunda semata-mata untuk mempelajar bahasa yang baharu. Untuk objektif ketiga,
syor yang boleh dicadangkan ialah pengkaji mengkaji hubungan antara kekerapan
penggunaan bahasa ibunda dalam penerangan guru dan tahap penguasaan pelajar tentang
bahasa Melayu. Dengan itu, pengkaji dapat melihat sama ada kekerapan penggunaan bahasa
ibunda yang tinggi dapat mempengaruhi pengetahuan pelajar tentang bahasa Melayu
ataupun tidak.
RUJUKAN
Ayesha Saddiqa. (2018). The role of Pashto (as L1) and Urdu (as L2) in English language
learning. Linguistics and Literature Review, 4(1), 1-17. Diperoleh daripada
https://www.researchgate.net/publication/326269319_The_Role_of_Pashto_as_L1_an
d_Urdu_as_L2_in_English_Language_Learning
Daria Mizza. (2014). The first language (L1) or mother tongue model vs. the second language
(L2) model of literacy instruction. Journal of Education and Human Development, 3(3),
101-109. Diperoleh daripada
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1140
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
https://www.researchgate.net/publication/272370601_The_First_Language_L1_or_Mot
her_Tongue_Model_Vs_The_Second_Language_L2_Model_of_Literacy_Instruction
Hieda, N. dan Maserah Shabudin. (2012). Sikap dan persepsi terhadap pembelajaran bahasa
Jepun di kalangan mahasiswa UKM. Jurnal Linguistik, 16, 88-103. Diperoleh daripada
https://www.researchgate.net/publication/265326366_Sikap_dan_Persepsi_
terhadap_Pembelajaran_bahasa_Jepun_di_kalangan_Mahasiswa_UKM
Hieda, N. dan Maserah Shabudin. (2014). Sikap mahasiswa UKM terhadap bahasa Jepun:
Satu kajian kes. Journal of Language Studies, 14(1), 135-150. Diperoleh daripada
http://ejournal.ukm.my/gema/article/view/5595
Ilangko Subramaniam, Noorulafiza Abdul Muthalib dan Siti Nor Hamahida Zainal. (2014).
Penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid
peribumi di sekolah pedalaman Sarawak. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(1), 65-
74. Diperoleh daripada http://journalarticle.ukm.my/7115/
Indhumathy Munusamy. (2013). Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
peralihan di tiga buah sekolah di daerah Skudai. Diperoleh daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/40641/
Jerie Peter Langan dan Zamri Mahamod. (2011). Sikap dan motivasi murid Iban dalam
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
1(1), 13-25. Diperoleh daripada http://journalarticle.ukm.my/2531/
Lutfi Ashar Mauludin. (2015). The importance of non-native English speaker teachers in the
context of English as a foreign language. Transformatika, 11(2), 134-144. Diperoleh
daripada
https://www.researchgate.net/publication/341423512_THE_IMPORTANCE_OF_NON-
NATIVE_ENGLISH_SPEAKER_TEACHERS_IN_THE_CONTEXT_OF_ENGLISH_AS
_A_FOREIGN_LANGUAGE
Muhammad Saleem Khan. (2016). The impact of native language use on second language
vocabulary learning by Saudi EFL students. English Language Teaching, 9(5), 134-140.
Diperoleh daripada
https://www.researchgate.net/publication/303863696_The_Impact_of_Native_Languag
e_Use_on_Second_Language_Vocabulary_Learning_by_Saudi_EFL_Students
Nasywa Muhammad Ariff Bakhtiar dan Norasyikin Osman. (2019). Persepsi pelajar sekolah
menengah terhadap pembelajaran bahasa Arab. Trends In Social Sciences, 1(2), 43-
52. Diperoleh daripada
http://www.asianscholarsnetwork.org/journals/index.php/tss/article/view/25
Noor Zila Md. Yusuf. (2015). Bahasa antara dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. (Tesis Doktor Falsafah). Diperoleh daripada
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57866/
Nor Ashikin Ab Manan, Zarlina Mohd. Zamari, Indrani A.S. Pillay, Airil Haimi Mohd Adnan,
Johana Yusof dan Nor Nadia Raslee. (2017). Mother tongue interference in the writing
of English as a second language (ESL) Malay learners. International Journal of
Academic Research in Business and Social Sciences, 7(11), 1294-1301. Diperoleh
daripada
https://www.researchgate.net/publication/322095096_Mother_Tongue_Interference_in
_the_Writing_of_English_as_a_Second_Language_ESL_Malay_Learners
Norlida Razali. (2018). Kajian sikap dan persepsi terhadap pembelajaran bahasa Mandarin
dalam kalangan pelajar UiTM Kelantan. Journal of Social Sciences and Humanities, 2,
54-69. Diperoleh daripada http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29576/
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1141
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Normila Noruddin. (2014). Pengaruh bahasa ibunda terhadap pembinaan struktur ayat
bahasa Arab dalam kalangan pelajar UNISZA. Prosiding Seminar Pengajaran &
Pembelajaran Bahasa Arab 2014I. Diperoleh daripada
https://www.researchgate.net/publication/301887170_PENGARUH_BAHASA_IBUND
A_TERHADAP_PEMBINAAN_STRUKTUR_AYAT_BAHASA_ARAB_DALAM_KALAN
GAN_PELAJAR_UNISZA
Saraswathy Pormalu, Rohaidah Kamaruddin, Paramasivam Muthusamy, Ayuni Mohamad
Bakari dan Husna Hidayah Mansor. (2017). Pembelajaran bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua dalam kalangan pelajar sekolah Tamil. International Journal of the Malay
World and Civilisation, 5(1), 45-55. Diperoleh daripada
http://journalarticle.ukm.my/12436/
Zaliza Mohamad Nasir dan Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2013). Sikap dan motivasi pelajar
terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia - Social and Behavioral Sciences,
134(2014), 408-415. Diperoleh daripada
https://www.researchgate.net/publication/263281766_Sikap_Dan_Motivasi_Pelajar_Te
rhadap_Pembelajaran_Bahasa_Melayu
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1142
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENCAPAIAN KEMAHIRAN MENULIS BERDASARKAN KSBM BAGI GURU-GURU
BUKAN OPSYEN BAHASA MELAYU
1 Dr. Hasnah binti Awang, Shamsudin Abu Bakar, Siti Salamah binti Mohamad
3
2
4
Yusof & Zawahir bin Ismail
1,2 Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
3 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,
4 Institut Aminuddin Baki
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti pencapaian guru-guru bahasa Melayu bukan opsyen
yang mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah. Kajian yang dijalankan ini berdasarkan
Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM). Kemahiran yang menjadi fokus dalam kajian ini
ialah kemahiran menulis Tahap 5 Aras 1 iaitu berupaya untuk mengenal pasti idea yang
bernas dalam penulisan yang berfokus tentang bidang tertentu dan memilih diksi untuk
menghasilkan penulisan cerita yang mengandungi pemikiran tinggi. Penguasaan kemahiran
menulis melibatkan proses pemilihan dan pengolahan bahan secara sistematik. Responden
bagi kajian ini terdiri daripada 14 orang guru dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang
melibatkan PPD Gombak, Hulu Langat, Klang, dan Kuala Langat. Responden tersebut
mempunyai pengalaman mengajar antara 3 hingga 12 tahun di sekolah. Dua set ujian sebagai
alat kajian disediakan mengikut aras pencapaian yang ditetapkan berdasarkan KSBM. Ujian
tersebut digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan kumpulan
besar gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh penilaian tahap pencapaian tersebut.
Kata kunci: Kemahiran Menulis, KSBM, dan bukan opsyen
PENDAHULUAN
Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) adalah satu daripada inisiatif memartabatkan
pendidikan bahasa kebangsaan itu yang diletakkan di bawah dasar Memartabatkan Bahasa
Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di bawah Kementerian Pendidikan.
Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) merupakan satu piawai bahasa untuk
menentukan tahap pemerolehan dan penguasaan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu.
Terdapat empat objektif utama KSBM antaranya menentukan standard kompetensi bahasa
Melayu dalam kalangan pengguna bahasa Melayu, menentukan standard aras kompetensi
bahasa Melayu dalam kalangan penutur bahasa Melayu, menjadi rujukan dalam pembinaan
kurikulum pendidikan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dan menjadi rujukan bagi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1143
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
membina instrumen penguasaan bahasa Melayu. KSBM yang dibangunkan sebagai rujukan
bagi menghasilkan satu standard untuk menentukan tahap pemerolehan dan penguasaan
bahasa dalam kalangan pengguna bahasa Melayu.
KSBM dibina berdasarkan dua dimensi, iaitu penguasaan/pemerolehan bahasa
Melayu dan kemahiran bahasa Melayu. Pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu
adalah berdasarkan tatatingkat unit bahasa, iaitu fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan
wacana. Manakala kemahiran berbahasa Melayu meliputi empat kemahiran, iaitu kemahiran
mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau
maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa,
audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan
secara lebih menyeluruh.
Menurut Paul Jennings (2004) pula dalam The Reading Bug, “Menulis adalah
keperluan peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat
untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini.”
Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur
berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.
Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping
sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.
Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu
membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam
suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid
menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana
tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah
fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca yang mana kedua-duanya
mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin dilakukan sekiranya tidak ada tulisan
dan begitu juga sebaliknya.
Pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis dan membaca di sekolah bukanlah
sesuatu yang terpisah sifatnya malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari.
Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak-
kanak telah pandai menulis ketika masuk sekolah. Hal ini tidak membimbangkan kerana
sewaktu mereka menulis mereka juga turut membaca. Menurut Ann Raimes (1983) telah
mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis melalui bukunya Techniques In Teaching
Writing, iaitu : Merangsang dan memahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan
perasaan, memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang bahasa dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1144
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
memperluaskan pengetahuan, melahirkan idea, dan menggunakan seluruh anggota mekanis
(mata, tangan, akal dan lain-lain) untuk merangsang proses pembelajaran.
Oleh itu, kewujudan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) amat perlu untuk
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang mampu menjadi bahasa utama dunia.
KSBM sebagai dokumen rujukan bagi menentukan tahap penguasaan bahasa Melayu yang
akan dijadikan piawai bagi mengukur kecekapan berbahasa penggunanya dalam kecekapan
dalam kemahiran menulis. Kajian ini dijalankan bagi melihat pencapaian guru-guru bukan
opsyen bahasa Melayu dan kesesuaian deskriptor kemahiran menulis berasaskan KSBM
dalam kalangan di beberapa buah sekolah terpilih.
Kajian ini akan memberi fokus kepada pencapaian guru-guru bukan opsyen dalam
kemahiran menulis berasaskan KSBM. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan nilai
tambah terhadap kemahiran menulis berasaskan Kerangka Standard Bahasa Melayu
(KSBM).
Jadual 1.1 Tahap 5 –Cekap, Kemahiran Menulis
Tahap Aras Huraian Aras
Berupaya untuk menulis pendapat yang berfokus bidang
6 tertentu dan cerita mengikut turutan dengan menggunakan
teknik dan gaya bahasa yang berkesan dan koheren.
Berupaya untuk menilai idea dalam penulisan fakta yang
5 berfokus bidang tertentu dan cerita mengikut turutan
dengan menggunakan teknik dan gaya bahasa yang
berkesan dan koheren.
Berupaya untuk menyusun idea dalam penulisan fakta
4 yang berfokus kepada bidang dan cerita tertentu mengikut
turutan dengan menggunakan teknik dan gaya bahasa
5 Cekap yang berkesan serta koheren.
Berupaya untuk menyediakan penulisan secara
3 berstruktur dalam penulisan fakta yang berfokus dalam
bidang dengan menggunakan pemikiran tinggi secara
yang koheren.
Berupaya untuk menghuraikan idea dalam penulisan yang
2 berfokus tentang bidang tertentu dan menjelaskan cerita
dengan menggunakan pemikiran yang tinggi.
Berupaya untuk mengenap pasti idea yang bernas dalam
1 penulisan yang berfokus tentang bidang dan memilih diksi
untuk menghasilkan penulisan cerita yang mengandungi
pemikiran tinggi.
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (2018), Hal.83-84
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1145
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PERNYATAAN MASALAH
Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) dibangunkan bertujuan untuk menjadi piawai
bagi penilaian standard bahasa dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Kewujudan KSBM
secara asasnya lahir selepas pengguna bahasa Melayu, khususnya guru sekolah yang telah
melalui proses pendidikan dalam kurikulum dan sistem penilaian sedia ada.
KSBM yang terbahagi kepada 6 tahap pencapaian dan setiap tahap pula dipecahkan
kepada 6 aras. Setiap aras diperingkatkan berdasarkan pemeringkatan hierarki menaik
dalam Taksonomi Bloom (kemas kini oleh Anderson dan Krathwohl, 2001) seharusnya
bersesuaian dengan pelbagai kebolehan dan pengalaman berbahasa pengguna bahasa
Melayu.
Isu yang berlaku dalam KSBM ialah sejauh mana deskriptor yang diletakkan dalam
setiap tahap khususnya dalam kategori pendidikan bersesuaian dengan keupayaan guru
bukan opsyen Bahasa Melayu yang telah melalui sistem pendidikan sedia ada iaitu di
peringkat latihan perguruan khususnya institut pendidikan guru.
Masalah yang diberikan fokus dalam kajian ini ialah pencapaian kemahiran menulis
berasaskan KSBM dalam kalangan guru bukan opsyen Bahasa Melayu. Kemahiran menulis
merupakan suatu aktiviti intelek yang saling melengkapi antara kemahiran bahasa yang lain.
Kemahiran menulis paling sukar berbanding komponen kemahiran berbahasa yang lain.
Kemahiran ini sukar dikuasai oleh guru bukan opsyen kerana kemahiran ini melibatkan proses
otak yang kompleks (Berninger & Richards, 2002). Keupayaan menulis merupakan proses
penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem, iaitu
mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, khalayak, dan gaya penulisan.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif penyelidikan yang akan dijalankan adalah berikut :
1. Mengenal pasti kesesuaian Deskriptor Kemahiran Menulis berasaskan Kerangka
Standard Bahasa Melayu (KSBM) dalam kalangan guru bukan opsyen Bahasa
Melayu;
2. Meneroka kesesuaian Deskriptor Kemahiran Menulis berasaskan Kerangka
Standard Bahasa Melayu (KSBM) terhadap tahap pencapaian guru bukan opsyen
Bahasa Melayu
3. Memahami potensi kesesuaian Deskriptor Kemahiran Menulis berasaskan
Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) terhadap tahap pencapaian guru
bukan opsyen Bahasa Melayu.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1146
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap kesesuaian Deskriptor Kemahiran Menulis berasaskan Kerangka
Standard Bahasa Melayu (KSBM) dalam kalangan guru bukan opsyen Bahasa
Melayu?
2. Bagaimanakah kesesuaian Deskriptor Kemahiran Menulis berasaskan Kerangka
Standard Bahasa Melayu (KSBM) terhadap tahap pencapaian guru bukan opsyen
Bahasa Melayu?
3. Sejauh manakah potensi kesesuaian Deskriptor Kemahiran Menulis berasaskan
Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) terhadap tahap pencapaian guru bukan
opsyen Bahasa Melayu?
METODOLOGI
Kajian ini merupakan penyelidikan kaedah gabungan. Kajian ini menggunakan Reka bentuk
Urutan Penjelasan (Sequential Explanatory Design) (Creswell, 2012). Menurut Creswell
(2012) reka bentuk Urutan Penjelasan adalah salah satu reka bentuk penyelidikan gabungan
iaitu gabungan antara kualitatif dan kuantitatif. Pengkaji memulakan kajian kuantitatif dahulu
dan diikuti dengan kajian kualitatif Setiap satu kutipan data dan analisis data dilakukan secara
terpisah tetapi disatukan semasa membuat interpretasi data-data kajian sebelum membuat
laporan kajian.
Pengumpulan data terbahagi kepada dua peringkat. Peringkat pertama adalah data
kuantitatif. Kemudiannya diikuti dengan kutipan data kualitatif. Kutipan data kuantitatif
menggunakan Borang Soal Selidik Kesesuaian Deskriptor Kemahiran Menulis Berasaskan
Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM)) kepada guru-guru bukan opsyen yang mengajar
bahasa Melayu . Manakala kutipan data kualitatif adalah melalui instrumen ujian bertulis yang
dibina berasaskan Tahap Cekap Aras 1.
Analisis data kualitatif dan data kuantitatif dilakukan secara terpisah tetapi disatukan
semasa membuat interpretasi data-data kajian sebelum membuat laporan kajian. Data-data
kuantitatif dianalisis dan penganalisisan data kualitatif pula dilakukan secara serentak dan
interaktif. Setelah pengkaji memungut data kualitatif, pengkaji membuat transkripsi nota-nota
lapangan. Seterusnya, pengkaji menganalisis keseluruhan data bagi mendapatkan gambaran
secara keseluruhan. Pengkaji membuat pengekodan ke atas data bagi melihat deskripsi dan
tema-tema yang digunakan dalam laporan kajian. Proses menentukan lapisan tema-tema dan
saling perkaitan antara tema-tema atau kategori turut dilakukan. Penganalisisan ini adalah
berdasarkan kepada persoalan kajian yang telah disediakan oleh pengkaji.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1147
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan Ujian 1 dan Ujian 2 untuk kemahiran menulis yang telah dilaksanakan,
dipaparkan keputusan yang diperoleh oleh 15 orang guru bahasa Melayu bukan opsyen untuk
kemahiran mendengar sebagaimana jadual dan graf di bawah:
Jadual 1.2 : Pencapaian Markah Ujian 1 Set A
BIL PESERTA JANTINA MARKAH UJIAN 1 (SET A) MARKAH DALAM
BHG.A BHG.B(70M) 100%
(30M)
01 Peserta 1 P 24 40 64
02 Peserta 2 P 24 38 62
03 Peserta 3 P 23 38 61
04 Peserta 4 P 26 35 61
05 Peserta 5 P 26 60 86
06 Peserta 6 P 26 60 86
07 Peserta 7 L 08 18 26
08 Peserta 8 L 20 40 60
09 Peserta 9 L 25 40 65
10 Peserta 10 P 16 38 54
11 Peserta 11 P 20 50 70
12 Peserta 12 L 26 60 86
13 Peserta 13 P 19 30 49
14 Peserta 14 L 26 42 68
15 Peserta 15 L Tidak Hadir Ujian Ada Temuduga
PENCAPAIAN UJIAN I KEMAHIRAN MENULIS
100 86 86 86
80 64 62 61 86 60 65 70 68
60 54 49
40 26
20
0
Rajah 1.1 Pencapaian Kemahiran Mendengar
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1148
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 1.3: Pencapaian Markah Ujian 2 Set B
BIL PESERTA JANTINA MARKAH UJIAN 2 (SET B) MARKAH DALAM
BHG.A BHG.B(70M) 100%
(30M)
01 Peserta 1 P 23 40 63
02 Peserta 2 P 22 37 59
03 Peserta 3 P 26 43 69
04 Peserta 4 P 25 45 70
05 Peserta 5 P 23 40 63
06 Peserta 6 P 24 37 61
07 Peserta 7 L 14 40 54
08 Peserta 8 L 21 42 63
09 Peserta 9 L 27 41 68
10 Peserta 10 P 19 34 53
11 Peserta 11 P 26 45 71
12 Peserta 12 L 27 55 82
13 Peserta 13 P 14 38 52
14 Peserta 14 L 20 36 56
15 Peserta 15 L Tidak Hadir Ujian Ada Temuduga
PENCAPAIAN UJIAN 2 KEMAHIRAN MENDENGAR
100
90 82
80 69 70 68 71
70 63 59 63 61 63
60 54 53 52 56
50
40
30
20
10
0
Rajah 1.2 Pencapaian Ujian 2 Kemahiran Menulis
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1149
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual dan rajah di atas menunjukkan bahawa pencapaian peserta kursus dalam
ujian kemahiran menulis yang paling tinggi ialah 86 peratus iaitu seramai 3 orang manakala
yang paling rendah ialah 24 peratus. Keputusan Ujian 1 memperlihatkan hanya 3 orang
peserta memperoleh gred A, 9 peserta memperoleh gred B dan 2 peserta lagi memperoleh
gred C. Manakala dalam Ujian 2 pula seramai 1 orang peserta memperoleh gred A, 8
peserta memperoleh gred B dan 5 peserta lagi memperoleh gred C.
.
Analisis ke atas keputusan yang diperoleh oleh 14 orang peserta berdasarkan Ujian
1 dan Ujian 2 mendapati kesemua 14 orang peserta tersebut memperlihatkan keputusan
yang tidak sama berdaraskan jenis penulisan yang diambil. 1 orang peserta iaitu peserta 12
memperoleh peringkat A bagi kedua-dua ujian yang dilaksanakan. Keputusan ujian
penulisan menunjukkan ada topik yang dikuasai dengan baik oleh peserta dan ada topik
yang kurang menyerlah. Hal ini membuktikan kebanyakan peserta kurang idea untuk
mengembangkan isi penulisan dengan baik. Justeru kemahiran menulis sememangnya
menitikberatkan pencapahan idea dalam kalangan peserta. Karangan berbentuk kreatif
kurang dikuasai oleh peserta. Berdasarkan maklumat umum pencapaian peserta sebelum
ini tidak menunjukkan aras tahap pencapaian yang sama. Julat perbezaan kalangan antara
peserta menunjukkan pola yang sedemikian.
PERBINCANGAN
Instrumen yang dibangunkan berdasarkan pengujian kemahiran menulis berdasarkan Tahap
5 Cekap KSBM. Dua set ujian dibangunkan dengan pembahagian soalan terbuka dan
tertutup, Bahagian A diperuntukkan 30 minit dengan soalan terbuka yang mengandungi
bahan rangsangan gambar dan frasa kata idea utama manakala Bahagian B soalan tertutup
dengan penulisan berbentuk format dan kreatif.
Bagi soalan Ujian Set A Bahagian A (Lampiran 1) berdasarkan soalan yang
menyediakan bahan rangsangan dan frasa idea utama hanya ada lima peserta yang
memperoleh markah cemerlang iaitu dalam pemeringkatan 26-30. Manakala bagi soalan
Ujian Set A Bahagian B hanya dua orang yang memperoleh markah cenerlang iaitu dalam
skala 56-70. Manakala dua orang peserta yang memenuhi rubrik (Lampiran 3) skala
cemerlang bagi kedua-dua ujian bagi Set A.
Ujian bagi Set B Bahagian A (Lampiran 2) pula menunjukkan hanya empat peserta
yang memperoleh markah dalam skala cemerlang namun untuk Set B Bahagian B tiada
seorang peserta yang dapat dikategorikan dalam kumpulan cemerlang.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1150
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Berdasarkan analisis skrip jawapan peserta jelas membuktikan bahawa ramai peserta
yang sememangnya tidak dapat menguasai Tahap 5 Aras 1 yang ditetapkan dalam skala
KSBM. Contoh 1: Skrip Jawapan 1
Contoh 1 di atas dapat dilihat kelemahan calon bukan sahaja dalam aspek ayat yang
gramatis, malahan idea juga jelas juga tidak dapat dikembangkan dengan baik oleh peserta
sedangkan soalan ini telah memberikan idea-idea penting dalam bahan rangsangan yang
dikemukakan.
Contoh 2: Skrip Jawapan 2
Contoh 2 di atas membuktikan bahawa terdapat penggunaan peribahasa dalam
penggunaan bahasa yang dinyatakan tetapi aspek ayat yang gramatis dan aspek koheren
dan kohesi jelas tidak dikuasai dengan baik dalam kalangan peserta. Perkara yang lebih
penting sekali ialah peserta tidak mampu menjana idea dalam penulisan tersebut.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1151
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Contoh 3 : Skrip Jawapan 3
Contoh skrip yang ketiga ini menunjukkan kelemahan yang ketara dalam aspek
penggunaan ayat, perbendaharaan kata serta tatabahasa. Idea yang dijana juga tidak dapat
dihuraikan dan dikembangkan dengan baik. Bahan yang digunakan dalam set ini sebenarnya
tidak memberikan frasa kata idea sebagai rangsangan dan hanya diberikan gambar sebagai
bahan rangsangan. Jelaslah peserta tidak berupaya untuk mengenal pasti idea yang bernas
dalam penulisan yang berfokus tentang bidang teknologi yang diuji.
Contoh 4: Skrip Jawapan Penulisan Kreatif
Contoh 4 memaparkan hasil penulisan kreatif dalam kalangan calon. Sememangnya
peserta tidak mampu untuk mengolah penulisan kreatif seperti yang ditetapkan dalam KSBM
iaitu memilih diksi untuk menghasilkan penulisan cereka yang mengandungi pemikiran tinggi.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1152
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Berdasarkan analisis menunjukkan tidak ada seorang pun peserta yang melepasi skala
cemerlang dalam penghasilan penulisan kreatif ini.
KESIMPULAN
Dapatan dan perbincangan kajian membuktikan hanya 2 peserta yang berjaya dalam
melepasi tahap cemerlang bagi Set A manakala bagi Set B menunjukkan tidak ada peserta
yang berjaya walaupun kedua-dua set diuji kepada peserta yang sama. Hal ini membuktikan
kebanyakan guru-guru bukan opsyen Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah SJKC dan
SJKT tidak melepasi kompetensi Tahap 5 Aras 1 berasaskan KSBM dalam kemahiran
menulis; berupaya untuk mengenal pasti idea yang bernas dalam penulisan yang berfokus
tentang bidang tertentu dan memilih diksi untuk menghasilkan penulisan cerita yang
mengandungi pemikiran yang tinggi.
Keputusan ini menunjukkan guru-guru bukan opsyen sewajarnya menjalani kursus
untuk diiktiraf akan kemampuan mereka mengajar subjek Bahasa Melayu terutama bagi
aliran SJKC dan SJKT. Sekiranya keinginan untuk melihat murid-murid menguasai
kemahiran bahasa Melayu dengan baik maka inisiatif seperti ini perlu dilaksanakan dengan
segera. Sedangkan ujian ini hanya melibatkan Tahap 5 Aras 1 sedangkan mengikut
ketetapkan dalam KSBM setiap guru Bahasa Melayu mestilah melepasi kesemua aras iaitu
sehingga aras 6 dalam Tahap 5 sebagai pengiktirafan dalam mengajar Bahasa Melayu.
RUJUKAN
Anderson L.W. dan Krathwohl, D.R. (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching and
Assesing: A Revision of Blom’s Taxonomy of Eduction Objektives: Compelete Edition.
New York: Longman.
Ann Raimes.(1983).Techniques in Teaching Writing.London:Oxford University.
Creswell,J.W.(2012).Educational Research: Planning.Conducting,and Evaluating
Quantitative and Qualilative Research (4 ,ed.).Boston,MA:Pearson.
th
Kementerian Pendidikan Malaysia (a).(2018).Kerangka Standard Bahasa Melayu. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (b).(2018). Kerangka Standard Bahasa Melayu: Panduan
Pengguna. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Paul Jenning. (2004) The Reading Bug. Sydney: Penguin Australia.Virginia W. Berninger dan
Todd L. Richards.(2002). Brain Literary for Educators and Psychologists. New York:
Academic Press.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1153
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Lampiran 1
SET BAHAGIAN A
(30 Markah)
[Masa: 30 Minit]
Jawab semua soalan.
Gambar di bawah merupakan sebahagian daripada kegiatan manusia yang menyebakan
pencemaran alam sekitar serta maklumat kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar kepada
negara kita. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Kepentingan Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar
Menjamin kehidupan yang sihat
Mengekalkan keseimbangan alam
Tarikan kepada pelancong
Pencemaran Sungai Pencemaran Udara
Penebangan Hutan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1154
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Bahagian B
Arahan
Berdasarkan pernyataan di bawah, tulis sebuah syarahan yang panjangnya tidak kurang daripada
350 patah perkataan.
Isu kenaikan harga barangan semakin membebankan pengguna. Setiap hari
terpampang di dada-dada akhbar rungutan pengguna berkaitan dengan harga
barangan yang mendadak naik seolah-olah tiada kawalan. Ekoran itu situasi seperti
ini semakin membebankan pengguna.Semua pihak perlu memainkan peranan agar
pengguna tidak terus dibebankan dengan kenaikan harga barangan yang langsung
tidak dikawal.
Anda diminta menulis sebuah syarahan yang bertajuk ‘Kesan-kesan Kenaikan Harga Barang kepada
Pengguna’. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.
Soalan Tamat
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1155
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Lampiran 2
SETB: BAHAGIAN A
(30 Markah)
[Masa: 30 Minit]
Jawab semua soalan.
Gambar di bawah merupakan sebahagian langkah-langkah memajukan sektor pertanian..
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah memajukan sektor pertanian. Panjang huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1156
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Bahagian B
Arahan
Berdasarkan pernyataan di bawah, tulis sebuah cerita yang panjangnya tidak kurang daripada 350
patah perkataan.
Saya yakin, selepas hampir dua bulan masyarakat mengamalkan aktiviti
seharian mereka secara dalam talian dan jarak sosial ini, pastinya amalan
tersebut akan menjadi sebahagian daripada amalan kehidupan mereka kelak.
Perasaan selesa dan mudah semasa mengamalkan aktiviti seharian secara
sedemikian akan mempercepatkan lagi proses pembudayaan dalam kalangan
masyarakat di negara ini.
Senario bersesak yang sering dilihat sebelum ini mungkin tidaklagi berlaku
selepas PKP ditamatkan kerana masyarakat sudah selesa dengan jarak sosial
yang menjadi amalan semasa PKP dilaksanakan. Kecanggihan dan
kemudahan teknologi yang adadi negara ini akan memudahkan lagi
masyarakat untuk mengamalkan budaya baharu ini.
Akhirnya, semua amalan ini akan menjadi norma baharu kepada kehidupan
masyarakat di Malaysia. Aktiviti yang dikategorikan sebagai norma baharu ini
mungkin menjadi perkara baharu kepada masyarakat masa kini namun bakal
menjadi amalan biasa bagi masyarakat masa depan.
--BERNAMA
Professor Dato Dr. Mohamamd Shatar Sabran merupakan Naib Canselor
Universiti Sultan Idris (UPSI)
Tulis sebuah cerita rekaan mengenai keadaan kehidupan dengan norma baharu negara setelah
.
diserang virus Covid-19.
Soalan Tamat
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1157
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Lampiran 3
Contoh Rubrik Permarkahan:
Soalan Bahagian A
Karangan Cemerlang ( 26 -30 markah )
Karangan pelajar perlu menepati tema dan tugasan yang diberikan dalam bahan rangsangan.
Idea atau isi yang digunakan perlu dihuraikan dengan jelas dan matang sesuai dengan tahap
pemikiran dan pengetahuan peserta kursus.
Perlu menghuraikan 3 idea bernas dengan tepat serta jelas.
Bahasa yang digunakan oleh peserta perlu gramatis dari segi penggunaan kata dan ayat.
Penggunaan kosa yang luas dan tepat pada struktur ayat.
Pelbagai jenis ayat digunakan dan yang penting ada penggunaan ungkapan menarik.
Ungkapan menarik ialah peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-
kata hikmat dan lain-lain.
Pengolahan dan pemerengganan harus kemas dan teratur.Pilih penanda wacana yang sesuai
sebagai kesinambungan karangan dan pelbagaikan penggunaanya.
Jumlah kepanjangan karangan perlu patuh akan arahan soalan iaitu kepanjangan perlu melebihi
200 patah perkataan .Sebaik-baiknya jangan melebihi 250 patah perkataan.
Tulisan harus boleh dibaca oleh pemeriksa.
Karangan Kepujian (20-25 markah)
Karangan masih menepati idea yang dicerminkan dalam bahan rangsangan
Masih jelas idea ataupun isi yang disampaikan.
Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca yang digunakan betul dan tepat. Ejaan
masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu serta penggunaan kosa kata yang meluas.
Wacananya bersifat koheren dan kohesi iaitu bertaut dan bersinambungan manakala unsur
bahasa yang digunakan bervariasi
Idea yang dipaparkan daripada tema masih relevan dengan bahan rangsangan yang diberikan
dan dihuraikan dengan jelas.
Karangan Baik (15-19 markah)
Karangan masih menepati idea yang dicerminkan dalam bahan rangsangan
Masih jelas isi dan idea tetapi kurang dari 3 idea
Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca yang digunakan betul dan tepat. Ejaan
masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu serta penggunaan kosa kata yang meluas.
Wacananya bersifat koheren dan kohesi iaitu bertaut dan bersinambungan manakala unsur
bahasa yang digunakan bervariasi
Idea yang dipaparkan daripada tema masih relevan dengan bahan rangsangan yang diberikan
dan dihuraikan dengan jelas.
Karangan Lemah/Gagal (0-14 markah)
Karangan masih menepati idea yang dicerminkan dalam bahan rangsangan
Idea tidak dikembangakan dan kurang daripada 3 idea.
Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca yang digunakan betul dan tepat. Ejaan
masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu serta penggunaan kosa kata yang meluas.
Wacananya bersifat koheren dan kohesi iaitu bertaut dan bersinambungan manakala unsur
bahasa yang digunakan bervariasi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1158
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Idea yang dipaparkan daripada tema masih relevan dengan bahan rangsangan yang diberikan
dan dihuraikan dengan jelas.
LATIHAN BAHAGIAN B
MARKAH KRITERIA CEMERLANG (56-70)
Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis.
Ejaan dan tanda baca betul
Laras bahasa sesuai dengan tugasan
Penggunaan kosa kata luas dan tepat
Idea relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh
yang sesuai
Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.
Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.
Penggunaan unsur bahasa bervariasi
Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa,
pantun, cogan kata atau frasa.
KEPUJIAN (46-55)
Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.
Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
Ejaan dan tanda baca betul
Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
Penggunaan kosa kata luas dan tepat
Idea relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, diserta dengan contoh yang sesuai.
Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.
Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.
Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi. Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
PERINGKAT MARKAH KRITERIA BAIK (36-45)
Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai.
Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
Ejaan dan tanda baca masih betul.
Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.
Penggunaan kosa kata umum.
Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai.
Pengolahan masih menarik, dan pemerengganan masih sesuai.
Wacana masih lengkap Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang
berkesan.
MEMUASKAN (25-35)
Penggunaan pelbagai jenis kata terhad.
Ayat kurang gramatis.
Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
Laras bahasa kurang sesuai.
Penggunaan kosa kata umum dan terhad.
Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai.
Pengolahan kurang menarik, pemerengganan kurang sesuai.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1159
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Wacana masih / kurang lengkap
Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi.
Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang
berkesan.
KURANG MEMUASKAN (15-24)
Penggunaan kata kurang tepat.
Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.
Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh
tidak sesuai.
Pengolahan tidak menarik.
Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang.
Unsur bahasa tidak bervariasi.
Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah.
PENCAPAIAN MINIMUM (0-14)
Keseluruhan menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis.
Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas/ tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.
Pengolahan tidak menarik.
Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai.
Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah serta tidak menarik.
Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1160
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI GURU-GURU
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DALAM DAERAH KUALA NERUS
Rafidah Aziz¹, Hamid Yahya², Saidi Azhar Mat Salleh³ dan Nik Azleena Nik Ismail ,
4
¹∙²∙³PPD Kuala Nerus
4 IPGK Dato’ Razali Ismail
emel: [email protected]
ABSTRAK
Setiap individu mempunyai permasalahan yang berbeza. Kertas konsep ini bertujuan untuk
mengenalpasti permasalahan yang berlaku dalam kalangan guru-guru di sekolah rendah dan
menengah dalam Daerah Kuala Nerus terutama dalam pandemik Covid 19 ini. Data yang
diperoleh ini akan membantu Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) merangka program-
program sesuai bagi tahun 2021/2022. Seramai 1230 (50.3%) orang guru telah menjadi
sampel kajian. Set soal selidik dibina secara google form dan disebar melalui dalam talian
yang mengandungi 3 item. Data kajian dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai
peratusan. Dalam kajian tinjauan ini di dapati sebanyak 41.1% memerlukan bimbingan ke
arah peningkatan dalam bidang kerjaya dan 18.6% menyatakan mereka memerlukan
bimbingan komunikasi berkesan. Manakala bagi kategori pengurusan stres sebanyak 14%
guru yang perlu kepada bimbingan ini serta 11.4 % menyatakan mereka perlu bimbingan
dalam aspek pengurusan masalah kesihatan. Terdapat juga guru-guru yang memerlukan
bimbingan bagi aspek komunikasi interpersonal (dealing with people) iaitu sebanyak 10.5%
dan data mencatat sebanyak 4.5% yang mengharapkan bimbingan pengurusan kewangan.
Kesimpulannya, UPsK merancang beberapa program berbentuk bimbingan atau intervensi
berbentuk webinar dan melalui saluran Youtube yang akan dilaksanakan bertepatan dengan
kumpulan sasaran agar kesan yang lebih efisyen dapat diperoleh mengikut norma baharu
masa kini.
Kata kunci: Unit Psikologi dan Kaunseling, PPD Kuala Nerus, Pandemik Covid 19, norma
baharu
PENDAHULUAN
Kaunseling dan psikologi memainkan peranan yang penting dalam era kini. Definisi
kaunseling menurut Blocer (Shertzer & Stone, 1974) ialah proses perhubungan yang
menggerakkan pemahaman yang penting, terhadap diri dan juga persekitaran dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1161
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
menghasilkan penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa depan. Manakala
menurut Blocher (1974) beliau menyatakan bahawa kaunseling ialah suatu proses untuk
menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat
memberi respon di persekitarannya.
Kaunseling dan psikologi merupakan salah satu teras dalam mengenalpasti
tingkahlaku manusia termasuklah dalam kalangan warga pendidik. Pendekatan kaunseling
dan psikologi berperanan penting dalam memberi pertolongan dan sokongan dalam
pengurusan modal insan dari aspek mental. Sehubungan dengan itu kertas konsep terhadap
kajian keperluan perkhidmatan kaunseling dan psikologi ini terhasil melalui dapatan data yang
dilaksanakan dalam kalangan guru-guru sekolah rendah dan menengah dalam daerah Kuala
Nerus.
TINJAUAN LITERATUR
Mengikut artikel yang dikeluarkan mengenai Daya Tahan, Strategi Daya Tindak Serta
Hubungannya Terhadap Tahap Kesejahteraan Psikologi Guru oleh Nadia Abd. Razak dan
Faridah Mydin Kutty, merumuskan bahawa psikologi menurut Ryff (1989) merupakan
keupayaan individu untuk menjalin perhubungan positif dengan masyarakat
sekelilingnya, mempunyai makna dan objektif hidup, berkemampuan menangani konflik,
mempunyai daya tahan, serta berkemampuan mengembangkan cita-cita dan potensi diri.
Dalam konteks kajian ini, Cimen & Ozgan, 2018 berpendapat bahawa guru yang mempunyai
kesejahteraan psikologi akan berasa gembira dan positif dengan hidupnya, mempunyai
interaksi sosial yang baik dengan masyarakat lingkungannya, serta mempunyai konsep
kendiri yang baik. Selain itu, guru-guru yang mempunyai tahap kesejahteraan psikologi pada
tahap yang baik juga mempunyai tahap efikasi dan kepuasan kerja yang baik.
Artikel mengenai Faktor-Faktor Yang Mendorong Tekanan Kerja (Stres) Di Kalangan
Guru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Pasir Puteh oleh Raja Maria Diana Bt Raja Ali
(2011) untuk mengkaji paras tekanan kerja (stres) dan faktor-faktor yang menyebabkan
tekanan kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Pasir Puteh. Kaedah yang
digunakan untuk mengumpul data kajian ini ialah menerusi soal-selidik. Kajian in
memfokuskan faktor-faktor penyebab stres guru-guru di sekolah seperti faktor karenah
pelajar, faktor beban tugas, faktor kekangan masa dan faktor penghargaan.
Berdasarkan kajian yang bertajuk Kesejahteraan Psikologi Dan Keperluan
Perkhidmatan Kaunseling Di Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Normazwin Yahya,
Halawiah Safinas Ishak, Nordiana Abd Rahim dan Halimatun Saadiah Usuldin (2020) dari
Kementerian Pendidikan Malaysia, satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1162
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dan hubungan antara kesejahteraan psikologi dengan keperluan perkhidmatan kaunseling
dalam kalangan guru-guru di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Antara cadangan
yang diberikan bagi kajian seterusnya ialah mengadakan program-program pembangunan,
pemulihan, pencegahan dan intervensi dapat dijalankan terhadap guru-guru mengikut
dapatan tahap kesejahteraan dan keperluan perkhidmatan kaunseling setiap guru. Antara
program yang dicadang oleh penulis ialah sesi bimbingan dan kaunseling, ceramah, bengkel,
advokasi serta terapi-terapi yang bersesuaian. Pengkaji juga berharap dengan adanya
tindakan susulan, dapat meningkatkan lagi kesejahteraan psikologi dan keperluan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam kalangan guru-guru di Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
METODOLOGI
Reka bentuk kajian yang digunakan adalah bersifat kuantitatif menggunakan soal selidik
melalui google form yang di sebar melalui media WhatsApp antara pengetua guru besar
dengan guru-guru di sekolah bagi tujuan pengumpulan data. Kajian ini melibatkan 1230 orang
(50.3%) daripada 2443 orang guru dalam Daerah Kuala Nerus dengan menggunakan
persampelan rawak. Jumlah sampel yang diambil adalah merujuk kepada jadual penentuan
saiz sampel oleh R.V. Krejcie dan D.W. Morgan (1970). Data dianalisis secara deskriptif.
DAPATAN KAJIAN DAN RUMUSAN
Keputusan responden menunjukkan bilangan guru mengikut keperluan perkhidmatan
kaunseling dan psikologi adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1163
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 1 : Bilangan Guru Mengikut Kategori Keperluan Perkhidmatan Kaunseling dan
Psikologi
600
500
400
300
200
100
0
Kemahiran Komunikasi Kewangan Kesihatan Stres Kerjaya
Interpersonal
Hasil dapatan daripada soal selidik yang dikumpul dalam suasana pandemik ini,
sebanyak 41.1% iaitu lebih kurang seramai 505 orang guru memerlukan bimbingan dalam
meningkatkan diri dalam bidang kerjaya. Majoriti guru memerlukan kemahiran dalam
beberapa aspek seperti kemahiran digital yang diperlukan bagi melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr) yang perlu dilaksanakan sepanjang arahan
penutupan sekolah disebabkan gejala Covid 19 yang berleluasa. Guru-guru juga perlu kepada
bimbingan dalam menyediakan kandungan pelajaran yang menepati garis panduan yang
telah di gariskan dalam Manual Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Manakala sebanyak 18.6% (228 guru) menyatakan mereka memerlukan bimbingan
dalam aspek komunikasi berkesan. Terdapat guru-guru yang masih tidak yakin hendak
berkomunikasi. Komunikasi mereka berlaku dengan murid, rakan sekerja, pentadbir sekolah
malah ada juga dengan ibu bapa. Ada dalam kalangan guru-guru ini adalah guru novis, justeru
pengalaman yang belum mantap menjadikan mereka tidak yakin untuk berkomunikasi.
Bagi kategori pengurusan stres pula sebanyak 14% (172 orang) guru perlu kepada
bimbingan daripada Unit Psikologi dan Kaunseling PPD Kuala Nerus. Terdapat beberapa
sebab guru-guru mengalami stres pada masa kini. Pelaksanaan PdPr sama ada secara
‘online’ atau ‘offline’ mahupun secara ‘off-site’ sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1164
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mereka. Tambahan pula bekerja dari rumah (BDR) menjadikan guru mempunyai beberapa
peranan lain pada masa yang sama. Justeru hal-hal yang begini memyebabkan mereka stres.
Dapatan hasil daripada tinjauan ini juga mendapati seramai 11.4 % (140 orang) guru
menyatakan mereka perlu bimbingan dalam aspek pengurusan masalah kesihatan. Terdapat
dalam kalangan guru yang mengalami masalah kesihatan fizikal yang memerlukan
perkhidmatan dan bimbingan daripada UPsK seperti penjelasan tentang kedudukan mereka
jika memohon untuk berada dalam perkhidmatan kumpulan (POOL) atau pun di rujuk kepada
lembaga perubatan (‘medical board’).
Terdapat juga sebanyak 10.5% (129 orang) guru-guru yang memerlukan bimbingan
bagi aspek komunikasi interpersonal (‘dealing with people’). Kesukaran untuk berurusan
dengan orang lain juga menjadi antara permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru dan
bimbingan pengurusan kewangan diperlukan oleh 4.5% guru-guru di sini. Program
pengurusan kewangan dalam kalangan guru merupakan program yang dilaksanakan setiap
tahun oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Rumusannya daripada enam kategori yang disenaraikan dalam penulisan ini, terdapat
juga bimbingan yang boleh dikendalikan oleh ‘Scholl Improvement Specially Coaches’
(SISC+) terutama dalam membantu 41.1% guru-guru yang memerlukan bimbingan dalam
meningkatkan diri dalam bidang kerjaya mereka.
Manakala dalam 5 kategori selebihnya itu UPsK bolehlah merancang pelaksanaan
program-program yang berbentuk pembangunan, pemulihan dan intervensi seperti yang
terdapat dalam kajian Normazwin Yahya, Halawiah Safinas Ishak, Nordiana Abd Rahim dan
Halimatun Saadiah Usuldin (2020) daripada Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK),
Kementerian Pendidikan Malaysia. Selaras dengan program minda sihat yang di tambah
melalui sistem e2PK di bawah penyelarasan oleh BPsK, KPM ujian Depression, Anxiety,
Stress Survey (DASS 21) dan Ujian Gaya Daya Tahan (UGDT) yang di bina secara digital
akan menjadi salah satu alat bagi mengukur tahap stres dalam kalangan guru ini di mana
keputusan akan dikeluarkan sebaik sahaja selesai dijawab oleh klien melalui emel yang
didaftar. Keputusan ini akan menyokong kajian Raja Maria Diana Bt Raja Ali (2011) untuk
mengkaji paras tekanan kerja (stres) dan mengenalpasti faktor yang menyebabkan guru
dalam keadaan stres.
Bagi guru-guru yang mempunyai masalah kesihatan pula kaedah sesi kaunseling
individu akan dilaksanakan untuk meneliti dan mengumpul maklumat-maklumat yang
berkaitan tentang klien supaya langkah terbaik boleh diambil. Manakala program
pembangunan seperti peningkatan skill dalam komunikasi dan komunikasi interpersonel guru-
guru agar konsep kendiri mereka lebih positif. Guru-guru yang memerlukan bimbingan dalam
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1165
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
bentuk kewangan pula advokasi boleh dilakukan dengan merujuk klien-klien ini kepada
agensi-agensi yang boleh membantu guru-guru dalam menguruskan kewangan mereka
seperti agensi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan bank-bank yang
diiktiraf.
Perancangan-perancangan ini akan di rangka oleh UpsK dengan kaedah yang sesuai
terutama dalam suasana pandemik ini di mana banyak kekangan yang dihadapi apabila
kaedah bersemuka menjadi sukar di samping waktu guru lebih berfokus kepada PdPr yang
mesti dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Namun begitu, usaha membantu
perlu diteruskan juga sebagai jalan untuk membantu guru-guru agar dapat melaksanakan
tugas dengan penuh dedikasi dan dalam keadaan yang harmoni.
RUJUKAN
Azizi Yahaya (2010) : Artikel Jurnal Konsep dan Sejarah Perkembangan Psikologi.
https://www.researchgate.net/profile/Azizi-
Yahaya/publication/46405351_Konsep_dan_Sejarah_Perkembangan_Psikologi/links/0
0b495354a317b49d4000000
Mohamad Shuhmy Shuib Awaludin Bakar (2014) : Artikel Peranan Kaunseling Dalam Kes-
kes Kekeluargaan: Kajian Di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor.
http://bimbingandankaunseling.blogspot.com/2014/09/peranan-kaunseling-dalam-kes-
kes.html?m=1
Nadia Abd. Razak dan Faridah Mydin Kutty (2021) : Artikel Jurnal Daya Tahan, Strategi Daya
Tindak Serta Hubungannya Terhadap Tahap Kesejahteraan Psikologi Guru.
https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/download/713/518
Normazwin Yahya, Halawiah Safinas Ishak, Nordiana Abd Rahim dan Halimatun Saadiah
Usuldin ( 2020) : Jurnal Psikologi dan Kaunseling. Kesejahteraan Psikologi Dan
Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Di Kementerian Pendidikan Malaysia.
https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/jurnal/3901-jurnal-
psikologi-dan-kaunseling-2020-bil-11
Raja Maria Diana Raja Ali (2011) : Artikel Jurnal Faktor-Faktor Yang Mendorong Tekanan
Kerja (Stres) Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Pasir Puteh.
https://core.ac.uk/download/pdf/298087068.pdf
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1166
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
TAHAP KESEDIAAN PELAJAR OPSYEN BAHASA MELAYU MENJALANKAN
PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN DALAM TALIAN SEWAKTU PRAKTIKUM
KETIKA COVID-19
1
Wan Saifullah bin Wan Mustafa
Mohd Zaharuddin Omar, PhD
2
1,2 IPG Kampus Dato Razali Ismail
[email protected], [email protected],
ABSTRAK
Berikutan penularan wabak Novel Coronavirus (COVID-19), Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) menyebabkan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam talian diperkenalkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh institusi pendidikan. Kesannya
semua guru harus melaksanakan PdPc dalam talian termasuk juga siswa-siswa guru PISMP
Ambilan Jun 2018 di IPGKDRI yang menjalani latihan praktikum di sekolah bermula Februari
2021. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan tahap
pengetahuan, kemahiran dan sikap siswa guru terhadap PdPc dalam talian sewaktu
praktikum. Kajian ini juga dilaksanakan bagi mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan
terhadap tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap mengikut faktor demografi jantina, tempat
dan bilangan unit. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan metode kuantitatif yang
mengunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dengan nilai Alpha Cronbach adalah 0.933
yang menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian ini melibatkan 66 orang siswa guru
Bahasa Melayu Ambilan Jun 2018 di IPGKDRI sebagai responden. Data yang diperoleh
dianalisis secara deskriptif dan inferensi dalam bentuk kekerapan, peratusan, min, sisihan
piawai, Ujian-t dan Ujian ANOVA dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social
Sciences (SPSS) versi 23. Dapatan menunjukkan tahap kesediaan pengetahuan dan
kemahiran siswa guru terhadap PdPc dalam talian adalah tinggi dengan nilai min purata 4.40
dan 4.23 yang menunjukkan siswa guru bersedia dari aspek pengetahuan dan kemahiran.
Manakala tahap kesediaan sikap pula adalah sederhana tinggi dengan nilai min 3.82 yang
menunjukkan siswa guru juga agak bersedia dari aspek sikap. Hasil kajian juga mendapati
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor demografi jantina, kawasan dan
bilangan unit siswa guru dengan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap PdPc
dalam talian. Satu kursus khas atau topik tentang pengaplikasian PdPc dalam talian perlu
dimasukkan ke dalam silibus kursus amalan profesional atau kursus-kursus lain yang
berkaitan untuk didedahkan kepada semua pelajar IPG.
Kata kunci : Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
Praktikum Siswa Guru
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1167
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Landskap pendidikan terutamanya dari sudut Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) telah
berubah ekoran pandemik Corona Virus Disease 2019 (COVID-19). Hasilnya, PdPc
konvensional yang dahulunya berteraskan kepada pembelajaran di dalam kelas secara
bersemuka telah digantikan dengan kaedah PdPc secara dalam talian sepenuhnya.
Kebanyakan universiti tempatan baik awam mahupun swasta termasuk sekolah-sekolah di
Malaysia tiada pilihan lain dengan menggunakan kaedah PdPc secara maya bagi memastikan
silibus pengajaran dapat disampaikan dengan sebaik mungkin dan sesi pembelajaran tidak
ditangguhkan (Mohd Idham, 2020).
Pembelajaran dalam talian berkait rapat dengan kemahiran dan kepakaran
pengurusan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) seseorang guru. Hal ini kerana untuk
mengendalikan sesebuah kelas secara dalam talian dengan lancar, seseorang guru harus
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang luas tentang pelbagai pelantar pembelajaran
dalam talian seperti Google Classroom, Google Meet, Meeting Zoom, Telegram, Whatsapp
dan banyak lagi medium yang berkaitan yang merupakan salah satu cabang dalam TMK.
Semua perkara ini memaksa guru-guru untuk sentiasa bersedia dengan ilmu dan kemahiran
tersebut. Namun persoalan yang timbul adakah siswa guru yang bakal menjalani praktikum
telah bersedia untuk mengendalikan PdPc secara dalam talian.
Siswa guru praktikum bakal menghadapi banyak cabaran sewaktu menjalankan
pembelajaran dalam talian sama ada cabaran tersebut datang daripada pihak guru itu sendiri
mahupun daripada pihak murid-muridnya. Meskipun sebahagian pensyarah dan pelajar
pernah menggunakan aplikasi-aplikasi pembelajaran secara dalam talian, tetapi masih
terdapat cabaran besar dalam pelaksanaannya (Rana, Rajiv, dan Lal 2014). Antara contoh
masalah utama terhadap siswa guru praktikum ialah mereka yang berada di kawasan
pedalaman yang kebolehcapaian Internetnya rendah dan tidak stabil. Ketidakstabilan capaian
Internet menyebabkan proses PdPc terganggu seperti tidak dapat menyediakan pelantar
dalam talian bagi tujuan PdPc, tidak dapat memuat naik bahan pembelajaran, dan tidak dapat
berkomunikasi dengan murid-murid bagi tujuan pembelajaran bersemuka. Kesannya amat
besar terhadap pencapaian siswa guru praktikum sewaktu penilaian hendak dilakukan oleh
para pensyarah. Sudah pasti mereka yang dapat menyediakan pengajaran dalam talian tanpa
masalah Internet dapat memberikan persembahan pengajaran yang terbaik dan dapat
memperoleh markah cemerlang.
Cabaran yang bakal dihadapi oleh para siswa guru ini mungkin juga menguji emosi
dan sikap mereka sewaktu berpraktikum. Kajian Jung, Kudo, dan Choi (2012) menjelaskan
bahawa pelajar yang melalui proses pembelajaran secara dalam talian menghadapi masalah
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1168
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
berkaitan aspek psikologi seperti kebimbangan dan tekanan perasaan. Hal ini kerana jika
dahulunya siswa guru praktikum dapat mengaplikasikan sesuatu ilmu secara praktikal kepada
murid-murid di sekolah, namun kini agak sukar untuk mengaplikasikan pengetahuan serta
teori yang siswa guru pelajari selama ini. Sebagai contoh, kawalan kelas bagi pembelajaran
di sekolah dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin, namun kini kawalan kelas hanya
berlaku di alam maya tanpa bersemuka dan perkara yang lebih mencabar ialah sesi
pengenalan antara murid-murid dengan siswa guru praktikum sudah pasti tidak berlaku
seperti yang diharapkan. Oleh yang demikian, sekiranya para siswa guru tidak menguruskan
emosi dan sikap mereka dengan baik, sudah pasti rasa serabut dan tertekan dengan beban
kerja akan wujud dan akhirnya menjejaskan proses latihan praktikum tersebut. Sehubungan
dengan itu, setiap siswa guru yang berpraktikum seharusnya mempunyai persediaan bagi
menghadapi norma baharu dalam pendidikan yang sekarang ini mewajibkan pembelajaran
secara dalam talian. Oleh itu, para siswa guru juga harus mempunyai kepakaran dalam
menguruskan TMK kerana menurut Dhawan (2020) dalam kajiannya menyatakan bahawa
kaedah pembelajaran secara dalam talian banyak dipengaruhi oleh teknologi. Dengan kata
lainya, pemilihan teknologi canggih yang tepat akan memberikan kesan pembelajaran yang
lebih baik kepada murid.
Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui tentang tahap pengetahuan
dan kesediaan pelajar di IPG Kampus Dato Razali Ismail Terengganu menjalankan PdPc
dalam talian sewaktu praktikum. Antara objektif kajian ini dilaksanakan adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti kesediaan tahap pengetahuan siswa guru di Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2018 dalam
menjalankan PdPc dalam talian sewaktu praktikum.
ii. Mengenal pasti kesediaan tahap kemahiran siswa guru di Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2018 dalam
menjalankan PdPc dalam talian sewaktu praktikum.
iii. Mengenal pasti kesediaan tahap sikap siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato’ Razali Ismail Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2018 dalam menjalankan
PdPc dalam talian sewaktu praktikum.
iv. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan
sikap mengikut faktor demografi jantina, tempat dan bilangan unit.
TINJAUAN LITERATUR
Terdapat kajian yang mempunyai kaitan dengan kajian ini. Antaranya kajian yang dilakukan
oleh Jung, Kudo, dan Choi (2012) menjelaskan bahawa pelajar yang melalui proses
pembelajaran secara dalam talian menghadapi masalah berkaitan aspek psikologi seperti
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1169
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kebimbangan dan tekanan perasaan. Hal ini kerana jika dahulunya siswa guru praktikum
dapat mengaplikasikan sesuatu ilmu secara praktikal kepada murid-murid di sekolah, namun
kini agak sukar untuk mengaplikasikan pengetahuan serta teori yang siswa guru pelajari
selama ini. Sebagai contoh, kawalan kelas bagi pembelajaran di sekolah dapat dilaksanakan
dengan sebaik mungkin, namun kini kawalan kelas hanya berlaku di alam maya tanpa
bersemuka dan perkara yang lebih mencabar ialah sesi pengenalan antara murid-murid
dengan siswa guru praktikum sudah pasti tidak berlaku seperti yang diharapkan. Oleh yang
demikian, sekiranya para siswa guru tidak menguruskan emosi dan sikap mereka dengan
baik, sudah pasti rasa serabut dan tertekan dengan beban kerja akan wujud dan akhirnya
menjejaskan proses latihan praktikum tersebut.
Selain itu, kajian Noor Azlan Ahmad Zanzali & Hasriani Asri Atjeng (2001) juga
menunjukkan bahawa keyakinan guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar dipengaruhi
oleh tahap penguasaan terhadap pengetahuan, pedagogi dan psikologi pembelajaran.
Justeru, sebagai seorang bakal pendidik, menjadi tanggungjawab siswa guru mempersiapkan
diri dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan PdPc dalam dalam
talian agar proses PdPc tersebut berjalan dengan lancar.
Kesimpulannya, cabaran dalam menjalankan PdPc dalam talian sememangnya
mempunyai banyak halangan. Menurut Kementerian Sumber Manusia Malaysia umpamanya
telah mengenal pasti beberapa cabaran dalam melaksanakan PdPc dalam talian antaranya
ialah capaian kepada kemudahan Internet, ketiadaan kemudahan komputer atau telefon
bimbit, suasana pembelajaran yang tidak kondusif dan juga keberkesanan pembelajaran yang
berdasarkan kawalan diri siswa guru (Kementerian Sumber Manusia, 2020). Oleh yang
demikian, cabaran sebegini pasti menguji tahap kesediaan siswa guru dari aspek
pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen soal selidik dengan lima skala Likert 5
mata digunakan. Sampel kajian terdiri daripada 66 orang pelajar PISMP Ambilan Jun 2018
opsyen Bahasa Melayu yang sedang menjalankan praktikum. Instrumen kajian mengandungi
tiga konstruk utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar semasa pelaksanaan
praktikum secara dalam talian dengan 29 item dalam soal selidik. Soal selidik ini diedarkan
menggunakan medium Google Form. Instrumen ini mempunyai nilai kebolehpercayaan 0.933
iaitu sangat tinggi dan boleh digunakan.
Data kajian yang diperoleh daripada set soal selidik dianalisis menggunakan perisian
SPSS versi 23.0. Kaedah analisis data yang digunakan iaitu kaedah statistik deskriptif.
pengkaji menggunakan interpretasi skor min yang telah digunakan oleh Nunnaly dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1170
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Bernstein (1994) seperti ditunjukkan pada Jadual 1 untuk menjelaskan tahap pengetahuan
dan kesediaan pelajar melaksakan praktikum secara dalam talian.
Jadual 1 Tahap Kefahaman Pembinaan Kerja Kursus (Min)
1.00-2.00 2.01-3.00 3.01-4.00 4.01-5.00
Rendah Sederhana Sederhana Tinggi
Rendah Tinggi
Sumber: Nunnaly and Bernstein (1994).
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian bagi objektif kajian pertama, iaitu tahap kesediaan pengetahuan siswa-siswa
guru opsyen Bahasa Melayu tentang PdPc dalam talian. Berdasarkan Jadual 2, kesemua item
bagi kesediaan pengetahuan siswa guru berada pada tahap tinggi kecuali item B8 yang
berada pada tahap sederhana tinggi. Nilai min bagi keseluruhan item bagi tahap pengetahuan
siswa guru tentang PdPc dalam talian adalah sebanyak 4.40 iaitu pada tahap tinggi dan boleh
dirumuskan sebagai bersedia. Item B9 merupakan item yang memperoleh nilai min tertinggi
dan berada pada tahap tinggi iaitu 4.70 manakala item B8 merupakan item yang mendapat
nilai min terendah iaitu 3.79 dan berada pada tahap sederhana tinggi. Rumusannya,
kesediaan pengetahuan siswa-siswa guru di IPGKDRI Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun
2018 terhadap PdPc dalam talian adalah tinggi dan bersedia.
Jadual 2 Skor Min Kesediaan Pengetahuan Siswa Guru Tentang Pdpc Dalam Talian
Bil. Item Min Sisihan Interpretasi
Piawai
B1 bahawa PdPc dalam talian suatu keperluan ketika 4.64 .545 Tinggi
Pandemik COVID -19
B2 bahawa PdPc dalam talian boleh dilaksanakan 4.59 .632 Tinggi
secara segerak dan tidak segerak
B3 tahu terdapat pelbagai medium yang boleh 4.56 .530 Tinggi
digunakan untuk PdPc secara dalam talian
B4 platform yang paling sesuai digunakan untuk 4.32 .636 Tinggi
menjalankan PdPc secara dalam talian
B5 fungsi sekurang-kurangnya satu platform yang 4.48 .588 Tinggi
ada seperti Google Meet, Google Clasroom,
Microsoft Team, Whatsapp, Telegram dan
B6 sebagainya 4.44 .611 Tinggi
cara menggunakan platform yang disarankan
seperti Google Meet, Google Clasroom, Microsoft
B7 Team, Whatsapp, atau Telegram 4.15 .707 Tinggi
bagaimana hendak mengendalikan kelas secara
B8 dalam talian 3.79 .713 Sederhana
B9 bagaimana cara untuk mengawal murid sewaktu 4.70 .525 Tinggi
menjalankan kelas secara segerak dan tidak Tinggi
segerak
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1171
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
bahawa akses Internet sangat penting sewaktu
kelas secara dalam talian dilaksanakan
bahawa akses Internet sangat penting sewaktu
kelas secara dalam talian dilaksanakan
Min Keseluruhan 4.40 Tinggi
Dapatan kajian bagi objektif kedua, iaitu tahap kemahiran menjalankan PdPc dalam
talian bagi siswa-siswa guru opsyen Bahasa Melayu. Berdasarkan Jadual 3, didapati semua
item kemahiran siswa guru berada pada tahap tinggi. Skor min bagi keseluruhan item bagi
tahap kemahiran guru menjalankan PdPc dalam talian adalah sebanyak 4.23 iaitu pada tahap
tinggi. Item C1 merupakan item yang memperoleh nilai min tertinggi dan berada pada tahap
tinggi iaitu 4.30 manakala item C5 dan C6 merupakan item yang mendapat nilai min terendah
iaitu 4.17 tetapi masih lagi berada pada tahap tinggi. Rumusannya, tahap kemahiran siswa-
siswa guru di IPGKDRI Opsyen Bahasa Melayu dalam menjalankan PdPc dalam talian adalah
tinggi dan disimpulkan sebagai bersedia.
Jadual 3 Skor Min Kesediaan Kemahiran Siswa Guru Tentang PdPc Dalam Talian
Bil. Item Min Sisihan Interpretasi
Piawai
C1 menggunakan platform seperti Google Meet, 4.30 .581 Tinggi
Google Clasroom, Microsoft Team, Whatsapp,
C2 atau Telegram dengan baik 4.30 .581 Tinggi
C3 menyediakan ruangan bagi PdPc secara dalam 4.27 .570 Tinggi
talian
C4 memuat naik bahan dan tugasan bagi 4.18 .654 Tinggi
C5 menjalankan PdPc secara dalam talian 4.17 .597 Tinggi
menyemak tugasan murid yang dihantar secara
C6 dalam talian 4.17 .670 Tinggi
C7 menyediakan tugasan yang menarik menggunakan 4.23 .697 Tinggi
pelbagai platform yang terdapat dalam talian
C8 memberi arahan kepada murid dengan ringkas dan 4.26 .615 Tinggi
tepat
mewujudkan satu kumpulan di aplikasi Whatsapp
atau Telegram bagi tujuan kelas tidak segerak
mengendalikan kelas secara segerak dan tidak
segerak
Min Keseluruhan 4.23 Tinggi
Dapatan kajian bagi objektif ketiga pula, iaitu sikap pelajar menjalankan PdP dalam
talian. Dapatan menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi item-item kesediaan sikap
siswa-siswa guru IPGKDRI Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2018 menjalankan PdPc
dalam talian. Dapatan bagi lapan item yang dinilai menunjukkan tujuh daripada item tersebut
berada pada tahap sederhana tinggi manakala satu item lagi berada pada tahap tinggi. Oleh
itu, secara keseluruhannya, kesediaan pengetahuan siswa-siswa guru IPGKDRI Opsyen
Bahasa Melayu Ambilan Jun 2018 adalah berada pada tahap sederhana tinggi dengan skor
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1172
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
min secara keseluruhannya adalah sebanyak 3.82. Item D8 merupakan item yang
memperoleh skor min tertinggi iaitu sebanyak 4.36 sekaligus menunjukkan item ini berada
pada tahap tinggi. Item D2 pula merupakan item yang memperoleh skor min terendah dan
berada di tahap sederhana tinggi iaitu, 3.52. Dapatan yang diperoleh ini secara
keseluruhannya menjelaskan bahawa kesediaan sikap siswa-siswa guru menjalankan PdPc
dalam talian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu adalah pada tahap sederhana tinggi dan
juga disimpulkan sebagai bersedia.
Jadual 4 Skor Min Kesediaan Sikap Siswa Guru Tentang PdPc Dalam Talian
Bil. Item Min Sisihan Interpretasi
Piawai
D1 Saya berasa yakin dalam mengendalikan kelas 3.77 .800 Sederhana
secara dalam talian Tinggi
D2 PdPc secara dalam talian membebankan saya 3.52 .980 Sederhana
Tinggi
D3 Sebagai seorang guru saya merasakan 3.65 .936 Sederhana
pengajaran secara dalam talian adalah Tinggi
D4 menyeronokkan 3.58 .878 Sederhana
Saya berpuas hati dengan pengajaran saya Tinggi
D5 sewaktu PdPc secara dalam talian 3.74 .771 Sederhana
Saya berasa bersemangat untuk menjalankan Tinggi
D6 kelas PdPc secara dalam talian gerak 3.92 .730 Sederhana
Saya mempunyai hubungan yang baik dengan Tinggi
D7 murid sewaktu PdPc secara dalam talian 4.00 .656 Sederhana
Saya beranggapan bahawa PdPc dalam talian Tinggi
D8 sangat penting untuk dilaksanakan ketika PdPR 4.36 .671 Tinggi
Saya dapat menyediakan bahan pengajaran
bagi murid–murid saya dengan baik
Min Keseluruhan 3.82 Sederhana
Tinggi
Dapatan kajian yang terakhir iaitu tentang perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran
dan sikap mengikut faktor demografi jantina dan tempat. Analisis dapatan ini menggunakan
ujian t dan Anova. Dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan
(t=1.063, sig=.292) bagi tahap pengetahuan siswa guru mengikut faktor jantina iaitu lelaki dan
perempuan. Semua dapatan berikut dipersembahkan dalam Jadual 5.
Jadual 5 Perbandingan Tahap Pengetahuan Mengikut Faktor Jantina
Demografi Faktor N Min Sp t DK Sig
Lelaki 21 4.4921 .38099
Jantina 1.063 64 .292
Perempuan 45 4.3679 .46711
Dapatan juga menunjukkan tiada sebarang perbezaan yang signifikan terhadap tahap
pengetahuan siswa guru mengikut faktor bilangan unit (F=.114, sig= .952) dan tempat
menjalankan PdPC (F=2.600, sig= .082) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6 berikut.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1173
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 6 Perbandingan Pengetahuan Mengikut Faktor Bilangan Unit dan Kawasan
Menjalankan PdP
Demografi Kumpulan Jumlah DK Min Kuasa F Sig
Kuasa Dua Dua
Bilangan unit Antara .070 3 .023 .114 .952
kumpulan
Dalam 12.655 62 .204
kumpulan
Jumlah 12.724 65
Kawasan Antara .970 2 .485 2.600 .082
Menjalankan PdPC kumpulan
Dalam 11.754 63 .187
kumpulan
Jumlah 12.724 65
Dalam Jadual 7 pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
(t=1.726, sig=.089) tahap kemahiran siswa guru mengikut faktor jantina iaitu lelaki dan
perempuan.
Jadual 7 Perbandingan Tahap Kemahiran Mengikut Faktor Jantina
Demografi Faktor N Min Sp t DK Sig
Lelaki 21 3.8512 .55708
Jantina ,318 64 .752
Perempuan 45 3.8028 .58478
Selain itu, dapatan juga menunjukkan tiada sebarang perbezaan yang signifikan
terhadap tahap sikap siswa guru mengikut faktor bilangan kelas (F=.043, sig=.988) dan
tempat menjalankan PdPC (F=.548, sig=.581) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9
berikut.
Jadual 9 Perbandingan Sikap Mengikut Faktor Bilangan Unit dan Kawasan Menjalankan
PdP
Demografi Kumpulan Jumlah DK Min Kuasa F Sig
Kuasa Dua Dua
Bilangan unit Antara .044 3 .015 .043 .988
kumpulan
Dalam 21.243 62 .343
kumpulan
Jumlah 21.287 65
Kawasan Antara .364 2 .182 .548 .581
Menjalankan PdPC kumpulan
Dalam 20.923 63 .332
kumpulan
Jumlah 21.287 65
Hasil dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian Bordbar (2010) mengenai sikap
guru berkenaan penggunaan TMK di dalam kelas yang didapati bahawa semua responden
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1174
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
memiliki sikap yang positif terhadap penggunaan TMK dalam pendidikan. Memandangkan
TMK merupakan salah satu komponen dalam melaksanakan PdPc dalam talian secara tidak
langsung pernyataan ini adalah utuh untuk digunakan. Dapatan ini juga telah disokong oleh
kajian lain iaitu kajian Sharifah dan Kamarul (2011) yang menyatakan bahawa sikap
seseorang sangat mempengaruhi tahap kemahiran TMK mereka. Ini turut disokong oleh
Kanaya, Light dan Culp (2015) iaitu pandangan guru terhadap keperluan teknologi dalam
kurikulum merupakan faktor peramal dalam penggunaan komputer sebagai pemudah cara
pengajaran. Dengan itu dapat diketahui bahawa tahap kesediaan sikap siswa-siswa guru
melaksanakan PdPc dalam talian adalah tinggi atau dikatakan sebagai sikap positif yang
tinggi.
Kesimpulannya, tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap siswa guru IPGKDRI
opsyen Bahasa Melayu tidak ditentukan oleh faktor jantina. Dapatan kajian juga menujukan
tiada sebarang perbezaan yang signifikan terhadap tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap
siswa guru mengikut faktor bilangan unit bahasa Melayu dan kawasan PdPc dijalankan.
RUMUSAN DAN IMPLIKASI KAJIAN
Merujuk teori reflektif Wallace (1991), kesediaan siswa-siwa guru adalah dipengaruhi oleh
pengetahuan mereka yang diterima sama ada melalui pembelajaran lepas atau pembelajaran
semasa mengikuti latihan perguruan. Begitu juga pendapat ini dipersetujui oleh Zaidatol
Alkmian dan Ramlah (1994), bahawa pengajaran yang berkesan memerlukan seorang guru
yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam mengenai mata pelajaran
yang diajarnya. Berdasarkan dapatan kajian, kesediaan siswa-siswa guru Bahasa Melayu di
IPGKDRI menjalankan PdPc dalam talian secara keseluruhannya adalah juga pada
sederhana tinggi dan juga disimpulkan sebagai bersedia. Kebanyakan guru pelatih
mempunyai sikap yang tinggi atau diertikan sebagai sikap yang positif untuk mengajar secara
dalam talian.
Pihak pengurusan IPGM dengan kerjasama antara kampus juga boleh pendedahan
awal melalui latihan khusus kepada siswa-siswa guru untuk memahami secara berkesan
tentang perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan sekiranya berlaku sesuatu
bencana atau wabak seperti wabak COVID-19 serta memberikan keyakinan kepada mereka
untuk mengendalikan PdPc dalam talian apabila bencana itu berlaku pada masa akan datang.
Secara tidak langsung, melalui langkah ini juga pihak IPGM dapat meningkatkan kualiti
pensyarah di IPG dan bakal-bakal guru yang akan ditempatkan di sekolah rendah kelak.
Selain itu, pihak pengurusan IPGM juga disarankan untuk menyemak semula kurikulum
seperti Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) khususnya bagi PISMP Pengajian Bahasa Melayu
Sekolah Rendah walaupun kurikulum bagi program ini telah memperkenalkan kursus
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1175
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Teknologi Untuk Pengajaran dan Pemudahcaraan (EDUP3053). Hal ini kerana, berdasarkan
dapatan yang diperoleh menunjukkan rata-rata siswa guru sememangnya berpengetahuan
yang tinggi berkaitan PdPc dalam talian. Namun, sikap mereka terhadap PdPc dalam talian
masih berada pada tahap sederhana tinggi. Berikutan hasil dapatan kajian ini, pihak IPGM
dicadangkan untuk mewujudkan satu kursus khas seperti kursus PdPR yang memfokuskan
tentang cara pelaksanaan, kemahiran menggunakan aplikasi dalam talian bagi tujuan
pembelajaran, dan cara-cara mengurus emosi serta minat bagi meningkatkan lagi sikap
terhadap PdPc dalam talian.
RUJUKAN
Aminuddin Mansor. (2010). Persepsi pelajar terhadap keberkesanan TMK dalam pendidikan
Syariah Islamiyyah di SMKA Pedas Negeri Sembilan.Universiti Kebangsaan Malaysia
Jung, Insung & Kudo, Masayuki & Choi, Sook‐Kyoung. (2012). Stress in Japanese learners
engaged in online collaborative learning in English. British Journal of Educational
Technology. 43. 0.1111/j.1467-8535.2011.01271.x.
Hazman Ali. (2019). Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam
Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan: UTM diakses pada 23 Februari 2021
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HAZMANBP060010D2009TTP.
pdf
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research
activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.
Mohamad Zaidir Zainal Abidin & Kamisah Osman. (2017). Tahap Pengetahuan, Pemahaman,
Kemahiran dan Pelaksanaan Guru Sains terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences. (2017), 97-113.
Muzafar Mat Yusof dan Hasmadi Hassan (2019), “Kaedah e-Pembelajaran Semasa Menjalani
Latihan Industri Dalam Kalangan Pelajar Politeknik di Malaysia”, International Journal of
Humanities Technology and Civilization (IJHTC).
Norazizah Abdullah & Azita Ali. (2017). Tahap Kesediaan Guru Pelatih Reka Bentuk Teknologi
Terhadap Mata Pelajaran Reka Cipta. Jurnal for TVET Practioners, 2(1)
Nunally, J., & Bernstein, I. (1994). Psychometric theory. Edisi ke-3. New York: McGraw Hill.
Nur Amalina Rosli. (2019). Persepsi Sikap, Kemahiran, dan Kesediaan Bakal Guru Terhadap
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Sains Pertanian: Fakulti PengajianPendidikan, Universiti
Putra Malaysia, Malaysia
Rana, Hemant, Rajiv, dan Manohar Lal. "Rough set based system for effective E
learning." IEEE, 2014; ISBN: 978-93-80544-10-6
Shivangi Dhawan (2020), Online Learning: A Panacea in the Time of COVID-19 Crisis di
akses pada 20 Februari 2021 daripada
https://doi.org/10.1177%2F0047239520934018
Zaidatol Akmaliah dan Ramlah (1994), “Keupayaan Mengajar Teras Perdagangan dan
Keusahawanan Di Kalangan Guru-Guru Pelatih Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1176
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Dan Strategi Dalam mbentukan Guru Yang Unggul 15 -16 Januari 1994, Anjuran
Jawatankuasa Latihan Keguruan Antara Universiti dan Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur : Massa Enterprise.
Zamri Mahamod. 2014. Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan
Ketiga. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1177
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERAPAN ELEMEN KAPASITI PEDAGOGI
PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB) TERHADAP PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
DALAM KALANGAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
1
2
Mohd Zaharuddin Omar, PhD dan Salma binti Razak
1, 2 IPG Kampus Dato Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus Terengganu
2
1
[email protected] , [email protected]
ABSTRAK
Pelaksanaan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) secara meluas di peringkat
IPG kampus memerlukan kefahaman dan sifat keterbukaan dalam kalangan pensyarah dan
pelajar untuk menerima pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini
bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap Bermakna (KPPB) dalam pelaksanaan
pentaksiran kerja kursus. Seramai 75 orang pensyarah daripada 10 jabatan akademik telah
menjawab soalan soal selidik yang dilaksanakan secara tinjauan dan diedarkan secara atas
talian menggunakan google form. Analisis kuantitatif digunakan untuk mendapatkan jawapan
kepada empat objektif. Dapatan kajian menunjukkan pensyarah IPGKDRI tahap kefahaman
yang tinggi dalam semua persoalan kajian tentang merancang dan membina tugasan kerja
kursus, menentukan elemen 6C, dan menetapkan pelan pembelajaran untuk dilaksanakan
oleh pelajar dalam pelaksanan kerja kursus secara KPPB. Semua item berada pada tahap 3
(sederhana tinggi) dan 4 (Tinggi) iaitu 8/23 (34.7%) item berada pada tahap sederhana tinggi
dan 15/23 (65.3%) item berada pada tahap tinggi. Julat min ialah antara min 3.78 hingga 4.50
iaitu pada tahap faham dan sangat faham. Dapatan kajian juga menunjukkan wujud hubungan
positif yang sederhana (r = 0.232; sig. 0.045) antara kekerapan menyertai bengkel dan
kekerapan membuat tugasan kerja kursus terhadap kefahaman pensyarah dalam membina
tugasan kerja kursus. Keseluruhannya, kajian ini menunjukkan usaha berterusan pihak
pengurusan di IPGKDRI untuk memberi kefahaman dan kemahiran kepada pensyarah dalam
merialisasikan pelaksanaan KPPB sebagaimana saranan pihak IPGM telah dapat dicapai
dengan jayanya. Dicadangkan agar pelaksanaan diperluaskan kepada pensyarah yang masih
belum pernah membina kerja kursus secara KPPB untuk memberi pengalaman, pengetahuan
dan kemahiran kepada semua pensyarah.
PENGENALAN
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) atau New Pedagogies for Deep Learning
(NPDL) merupakan salah satu dasar Transformasi Institut Pendidikan Guru (2016-2025).
Pelaksanaan KPPB secara meluas diperingkat IPG kampus memerlukan kefahaman dan sifat
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1178