The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Iylia Saidin, 2023-04-08 15:27:05

EFOLIO

EFOLIO

PANDEMIK COVID -19 MENUNTUT SEMANGAT PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (MPU21032)


ISI KANDUNGAN SIDANG KATA-KATA ALUAN PENGHARGAAN PENGENALAN 1.0 SEJARAH DAN KRONOLOGI PANDEMIK C-19 DI MALAYSIA 2.0 UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN STANDARD OPERATION PROCEDUR(SOP) 3.0 ISU – ISU SOP SEMASA PANDEMIK COVID-19 DARI SUDUT HARI PERAYAAN 4.0 USAHA MALAYSIA DALAM MENGENAI PANDEMIK COVID -19 5.0 MEMUPUK PERPADUAN KOMUNITI DALAM KEBIASAAN BAHARU COVID – 19 6.0 KESIMPULAN 7.0 SUMBER RUJUKAN


SIDANG ENCIK ROSLAN BIN YAHYA SYAHIRAH AYUNI BINTI SYAMSUL • 04DPT20F2003 NOOR AZILAH HANIM BINTI MOHD TAJUDDIN • 04DPT20F2005


AMIRA NABILA BINTI BAKHTIAR • 04DPT20F2009 SITI NUR IYLIA BINTI SAIDIN • 04DPT20F2017


KATA – KATA ALUAN Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Seterusnya, terima kasih diucapkan kepada sidang redaksi majalah Penghayatan Etika Peradaban atas menjayakan penerbitan e-folio penghavatan etika dan peradaban (MPU21032) yang bertajuk Pandemikini. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk kami mencoretkan sepatah dua kata dalam e-folio ini. Terlebih dahulu ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Roslan Bin Yahya iaitu pensyarah penghayatan etika dan peradaban (MPU21032) dalam memberikan segala tunjuk ajar untuk kami dalam menjayakan e-folio pada kali ini.Segala tunjuk ajar dan ilmu yang telah dicurahkan telah pun dipraktiskan dalam proses membuat sebuah -folio ini.Ilmu dan tunjuk ajar ini juga tidak akan terhenti disini dan mash dapat diguna pakai pada masa akan datang. Seterusnya, segala ilmu yang kami peroleh semasa proses membukukan sebuah e-folio in dapat menambah pengetahuan kami yang sedia ada dan dapat melatih kami untuk membuat sebuah e-folio. Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih atas semua pihak yang telah menjayakan -folio ini dan kepada yang snetiasa menghulurkan bantuan dan pertolongan. Kepada pembaca majalah ini, semoga beroleh manfaat yang tidak terhingga. Sekian, terima kasih.


PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam,tuhan yang maha pemurah, lagi maha pengasih. Tuhan yang menguasai hari pembalasan. KepadaMu lah sahaja kami menyembah dan kepadaMu lah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang -orang yang engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-prang yang engkau murkai,dan bukan pula jalan orangorang yang sesat. Bersyukur kami dengan limpah kurnianya dapat juga kami menyiapkan tugasan berkumpulan yang di amanahkan kepada kami. Tugasan yang diberikan oleh Encik Roslan Bin Yahya iaitu pensyarah penghayatan etika dan peradaban (MPU 21032). Disini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat, rakan-rakan yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan untuk pensyarah subjek kami "penghayatan etika dan peradaban ( MPU21032)" kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menyiapkan tugasan ini. Jasa beliau akan kami kenang hingga ke akhir hayat. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tapa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sekian terima kasih.


PENGENALAN Pandemik COVID-19 juga dikenali sebagai pandemik koronavirus atau wabak koronavirus ialah pandemik penyakit koronavirus 2019 vang sedang berlaku secara global berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik ole Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehingga, lebih daripada kes telah disahkan, dengan lebih daripada kematian disebabkan oleh COVID-19. Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengla dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin walaupun sebelum gejala muncul. [13] Masa antara pendedahan dan permulaan geiala biasanva lima hari, tetapi mungkin berkisar antara dua hingga empat belas hari. Gejala umum termasuk demam, batuk, dan sesak nafas. Komplikasi mungkin termasuk radang paruparu dan sindrom kesukaran pernafasan akut. Setakat ini tiada vaksin atau rawatan antiviral tertentu; Usaha terdiri daripada pengurangan gejala dan terapi sokongan. Langkah-langkah pencegahan yang disyorkan termasuk membasuh tangan, menutup mulut apabila batuk, mengekalkan jarak dari yang mengesyaki mereka dijangkiti. Usaha untuk mencegah penyebaran termasuk sekatan perjalanan, kuarantin, pengurungan, penangguhan acara dan pembatalan, serta penutupan kemudahan.


1.0 SEJARAH DAN KRONOLOGI PANDEMIK COVID -19 DI MALAYSIA KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi penularan wabak COVID-19 di Malaysia. 23 Januari Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti coronavirus 2019 (2019-nCoV). - KKM sahkan kes di Sabah negatif. 24 Januari KKM maklumkan lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin. 25 Januari -Menteri Kesihatan (ketika itu) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sahkan kes pertama 2019- nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari. - KKM nasihatkan jangan melancong ke China jika tiada keperluan. 26 Januari -KKM rancang tambah alat imbasan suhu badan di pintu masuk negara. 27 Januari -KKM mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendali kes disyaki jangkitan 2019-nCoV yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut. -Kerajaan menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta. 28 Januari


-Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semua masjid di seluruh negara adakan solat hajat. -Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan bagi memantau perkembangan semasa berhubung isu 2019-nCoV. 29 Januari -KKM sahkan pertambahan tiga kes positif 2019-nCoV, jumlah kumulatif kes positif ialah tujuh. - Perdana Menteri (ketika itu), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia dalam persediaan membawa balik rakyat tempatan dari Wuhan, China. 30 Januari - KKM sahkan satu pertambahan kes positif 2019-nCoV dalam kalangan kontak rapat (kes kelapan), jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV ialah lapan. - Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei, China diaktifkan susulan penularan jangkitan 2019-nCoV di wilayah itu. - Jawatankuasa diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). - Kerajaan Sabah mengambil keputusan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan disewa khas dari China ke Sabah berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak. 31 Januari - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan coronavirus sebagai darurat kesihatan dunia. 1 Februari - Semua warga China dan warga asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari disekat memasuki Sarawak sehingga dimaklumkan kelak.


- Kedutaan Besar Malaysia di Beijing menghantar sepasukan peninjau ke Wuhan bagi menyelaras dan membantu proses membawa pulang 120 rakyat Malaysia di wilayah Hubei susulan penularan wabak 2019-nCoV di negara itu. Pesawat AirAsia AK8264 yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 5.57 pagi tadi. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor 4 Februari - Malaysia membawa pulang 107 individu yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan pasangan serta anak mereka yang terkandas di bandar Wuhan, yang disekat pergerakan keluar dan masuk oleh kerajaan China susulan penularan wabak 2019-nCoV sejak 23 Januari. - Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 41 tahun dari Selangor, antara dua kes baharu yang dilaporkan positif 2019-nCoV dan satu lagi lelaki warga China berumur 63 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Januari. - Pertambahan dua kes baharu positif itu menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 10. - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menstruktur semula kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TM2020) dengan menyasarkan pasaran negara baharu susulan isu jangkitan coronavirus 2019. 5 Februari - Sejumlah 74 orang dikenal pasti melalui pengesanan kontak susulan kes pertama rakyat Malaysia dijangkiti 2019-nCoV. Daripada jumlah itu, 35 kontak rapat dikesan dan sampel diambil daripada mereka serta diletak di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan. - Dua daripada 107 individu yang tiba di tanah air menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster koronavirus di Malaysia ialah 12. 6 Februari - Seorang wanita rakyat Malaysia menjadi kes pertama jangkitan tempatan dan wanita warga China dari Wuhan menjadi dua individu terbaru disahkan positif virus itu, menjadikan jumlah


positif 2019-nCoV di Malaysia ialah 14 kes membabitkan 10 warga China dan empat rakyat tempatan. 7 Februari - Satu lagi kes positif 2019-nCoV dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada 15 dengan kes terbaharu membabitkan pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia pada 21 Januari. 8 Februari - Seorang wanita warga China dari Wuhan menjadi individu terbaharu positif kluster 2019- nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara berjumlah 16 kes. 9 Februari - Seorang wanita tempatan berusia 65 tahun disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara 17 kes. Wanita itu adalah ibu mentua kes rakyat Malaysia yang dilaporkan pada 4 Februari, iaitu kes kesembilan. 10 Februari - Malaysia mencatat 18 kes positif 2019-nCoV termasuk tiga kes pulih sepenuhnya. Kes terbaharu membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 31 tahun yang bekerja di Macau dan kembali ke Malaysia pada 1 Februari. 11 Februari - Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja Bersama berikutan penularan jangkitan 2019-nCoV yang diterajui timbalan menteri kesihatan keduadua negara. 12 Februari - KKM menerima tambahan 26 pengimbas suhu badan yang ditempatkan di pintu masuk negara, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 80 berbanding 54 sebelum ini. - WHO mengumumkan COVID-19, yang bermaksud 'Penyakit Virus Korona' sebagai nama rasmi novel koronavirus 2019.


- Dr Dzulkefly berkata ujian terhadap 550 kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal awam di negara ini mendapati 18 disahkan positif bagi COVID-19. 13 Februari - Satu lagi kes positif COVID-19 dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini meningkat kepada 19. Kes terbaharu membabitkan seorang wanita warga China berumur 39 tahun, rakan kes ke-14 dan anak kes ke-16. 14 Februari - Tiga lagi diuji positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 22. Tiga kes terbaharu membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga Amerika Syarikat berumur 83 tahun, yang merupakan antara penumpang kapal persiaran yang singgah di Kemboja pada 13 Feb. 27 Februari - Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Interim, mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi menangani ekonomi daripada kesan penularan COVID-19. 28 Februari - Kes baharu COVID-19 di negara ini bertambah tiga, menjadikan jumlah pesakit yang disahkan positif 25 orang, dengan 22 sembuh dan dibenarkan keluar hospital. - Pesakit ke-23 adalah wanita rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dari Jepun, pesakit ke-24 seorang wanita Jepun berusia 41 tahun dan bekerja di Malaysia manakala kes ke-25 lelaki Itali berusia 54 tahun yang berkahwin dengan rakyat Malaysia dan tinggal di negara ini. 1 Mac 2020: - KKM mengesahkan empat lagi kes positif jangkitan COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan 29 kes.


- Kes ke-26 adalah berusia 52 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China pada pertengahan Januari, kes ke-27 adalah jururawat pelatih wanita berusia 20 tahun yang menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat kes ke-24 manakala kes ke-28 adalah lelaki berusia 45 tahun, rakan sekerja kes ke-25 dan kes ke-29 pula membabitkan wanita berusia 35 tahun yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 21 Februari. 3 Mac - KKM mengesahkan tujuh kes positif COVID-19 membabitkan warga tempatan menjadikan jumlah terkini ialah 36. Semua kes baharu adalah kontak rapat kepada kes positif ke-26 pada 29 Februari. 4 Mac - Sebanyak 14 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat kepada 50. Kes positif COVID-19 ke-31 hingga ke-50 adalah kontak rapat bagi kes ke-26. 5 Mac - Lima lagi individu disahkan positif COVID-19, dikenal pasti sebagai kontak rapat kes ke26, menjadikan jumlah kumulatif positif virus itu kepada 55. 6 Mac - Sebanyak 28 individu disahkan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif 83 kes. 7 Mac - Sebanyak 10 kes baharu COVID-19 dilapor, menjadikan jumlah kumulatif 93. 8 Mac - Enam kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 kepada 99 kes. Semua kes adalah kontak rapat kluster kes ke-26. 9 Mac


- Sebanyak 18 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di Malaysia ialah 117. Satu daripada kes baharu, iaitu kes ke-101 membabitkan seorang lelaki yang pulang dari Iran. 10 Mac - Sebanyak 12 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia setakat ini 129. Kes positif membabitkan pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan anggota Misi Bantuan Kemanusiaan. 11 Mac 2020: - Sebanyak 20 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 149. 12 Mac - Sembilan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini ialah 158. - WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik selepas mengambil kira peningkatan ketara kes di negara selain China. - Malaysia belum mengalami kes sporadik COVID-19. Kes ke-131 yang sebelum ini dikatakan sporadik tidak tepat setelah siasatan lanjut yang dijalankan KKM mendapati pesakit adalah antara peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac. 13 Mac - Sebanyak 39 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 197. Daripada kes itu, sebanyak 38 dikesan dalam kalangan PUI jangkitan COVID-19 manakala satu kes adalah kontak rapat dan empat kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberi rawatan anti-viral.


14 Mac - Sebanyak 41 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 238. Semua kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh membabitkan 37 kes PUI manakala empat lagi adalah kontak rapat. 15 Mac - Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes. Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling. 16 Mac - Sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 553. Sejumlah 95 daripada 125 kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling. - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac. - BERNAMA


2.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN STANDARD OPERATION PROCEDUR (SOP) PENGHUJUNG Disember 2019 dunia digemparkan dengan kehadiran virus koronavirus dalam strain yang baharu dipercayai berpunca di Wuhan, Hubei, China. Namun, kebanyakan pakar serta orang awam gagal mengantisipasi tahap bahaya virus ini "Dipetik oleh Beri Harian". Katanyalagi, daripada tahap apademik, maka pada Mac, WHO menukarkan statusnya sebagai pandemik yang menggambarkan bahayanya menjangkau komuniti, negara mahupun dunia. Data terkini, pandemik ini telah merekodkan sebanyak lebih setengah juta kes dengan kadar kematian sebanyak lebih daripada 24 ribu di seluruh dunia.Jika diperhatikan pelbagai usaha yang telah dilakukan tetapi hari demi hari jangkitan ini terus merebak sehingga terancam banyak nyawa seluruh dunia termasuk Malaysia."Memetik katakata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, penularan pandemik ini harus menjadi medan bagi umat Islam bermuhasabah diri juga bagi rakyat Malaysia belajar bersabar "Dalam menjalani pandemik covid-19 yang merebak ke negara,Kementerian Kesihatan dan Kerajaan telah bersetuiu untuk mengisytiharkan darurat dengan duduk dirumah dan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) mengikut fasa yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa perintah kawalan juga seperti PKP,PKPD,PKPB dan PKPP dengan mengikut tempat dan kekerapan kes yang dijangkiti pada sebuah negeri. Dengan kerjasama Pihak kementerian kesihatan,Kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara(MKN) untuk mengenakan kompaun jika masyarakat ingkar dengan arahan untuk duduk dirumah dan tidak dibenarkan keluar untuk melakukan sebarang aktiviti kecuali mempunyai sebab yang munasabah Kini, ada juga segelintir masyarakat yang telah ingkar dengan arahan pihak atasan semasa PKP dijalankan.Perkara ini disebabkan terlalu lama terkurung dan merasa bosan hingga menyebabkan banyak tragedi yang tidak diingini berlaku. Coronavirus (COVID-19) adalah penyakit berjangkit yang berpunca daripada virus corona yang baru ditemui. Kes pertama yang dilaporkan adalah pada Disember 2019 di Wuhan, China.COVID-19 menyerang manusia dalam cara yang berbeza. Simptomsimptom virus ini adalah seperti demam, batuk kering dan keletihan.Bagi warga emas, kanakkanak dan pengidap penyakit kritikal seperti masalah jantung, diabetes, masalah pernafasan yang kronik, dan kanser adalah berisiko tinggi untuk terkena jangkitan. Simptom serius adalah seperti sukar bernafas atau nafas pendek, sakit dada atau terasa tertekan di bahagian


dada dan pergerakan yang terhad.COVID-19 berjangkit melalui tranmisi zarah pernafasan manusia dan sentuhan. Apabila berada dalam jarak yang dekat dengan pesakit yang mempunyai simptom, transmisi zarah akan mudah berlaku apabila mulut dan hidung mereka terdedah. Transmisi zarah juga akan mudah berlaku dikawasan sekeliling pesakit. Terdapat beberapa cara pencegahan yang digariskan oleh World Health Organization (WHO) untuk melambatkan transmisi COVID -19, • Basuh tangan menggunakan sabun dengan kerap atau gunakan hand sanitizer dengan alchohol. • Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang yang dijangkiti batuk atau selsema. • Kurangkan meletakkan tangan dikawasan muka. • Tutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin. • Duduk dirumah jika berasa tidak sihat. • Kurangkan merokok atau aktiviti lain yang melemahkan jantung. • Amalkan penjarakkan bag mengelakkan berada dalam kumpulan orang yang ramai atau sesak. Sentiasa amalkan kebersihan diri dan segera berjumpa doktor jika berasa kurang sihat atau mengalami simptom - simptom jangkitan.


3.0 ISU – ISU SOP SEMASA PANDEMIK COVID -19 DARI SUDUT HARI PERAYAAN PENGERTIAN HARI RAYA Hari raya dari segi istilah bermaksud "hari kebesaran'. Hari peravaan lazimnya kini merujuk kepada har yang ditentukan suatu kerajaan atau kumpulan agama sebagai hari yang bermakna kepada mereka. Hari-hari in biasanya merupakan hari kelepasan am di negara-negara yang menyambutnya. Terdapat pelbagai kaum dan bangsa yang menyambut har peravaan seta tahun mengikut hariyang telah ditetapkan.Tetapi, pada hujung 2019 hingga kini, masyarakat Malaysia telah menimpa suatu wabak virus Covid-19 yang sangat berbahaya hingga meragut nyawa .Perkara ini juga telah menghalang untuk menyambut hari peraayan dan menyebabkan ramai masyarakat yang berasa kecewa dan sedih.


4.0 USAHA MALAYSIA DALAM MENANGANI PANDEMIK COVID -19 PENULARAN wabak COVID-19 di negara ini bermula seawal 25 Januari 2020 selepas pelancong dari China yang memasuki tanah air dari Singapura disahkan menghidap wabak itu.Walaupun berlaku peralihan kerajaan, namun misi tetap sama, iaitu memutuskan rantaian wabak COVID-19.Pelbagai inisiatif dilakukan Kerajaan dalam memastikan bukan sahaja wabak ini dihapus segera, malah kelangsungan hidup rakyat dapat diteruskan. Ini merupakan langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam menangani wabak ini: a. Perdana Menteri umum PKP di peringkat awal Pada 16 Mac, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 hingga 31 Mac lalu, di seluruh negara.Pada ketika itu, Malaysia yang memasuki fasa pembendungan akhir (late containment) merekodkan 553 kes positif COVID-19 - majoriti kluster jemaah tabligh - dengan 12 individu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.Muhyiddin berkata perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Katanya, perintah kawalan pergerakan ini membabitkan pertamanya larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.


b. PKP dilanjutkan, pelaksanaan PKPD Mengakui situasi semasa di negara ini berkemungkinan menjadi lebih sukar, tanggal 25 Mac menerusi satu perutusan khas, Muhyiddin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020."Saya hendak menyebut di awal-awal ini bahawa keadaan berkemungkinan menjadi lebih sukar. COVID-19 adalah sejenis wabak yang tidak pernah kita hadapi sebelum ini."Tidak pernah kita jangkakan bahawa kehidupan kita akan berubah dengan sekelip mata hanya kerana sejenis wabak yang menular bukan sahaja di tempat kita, tetapi di seluruh dunia," ujarnya.Menurut perdana menteri lagi, taklimat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjangkakan peningkatan kes jika tiada sebarang tindakan diambil.Namun katanya, PKP yang diperkenalkan sejak Rabu lalu ternyata sedikit sebanyak berjaya mengawal penularan wabak berkenaan.Malah, PKP Fasa Kedua ini juga diperketatkan dengan mengehadkan waktu operasi premis perniagaan, restoran, gerai makan, stesen minyak dan beberapa lagi sektor lain. c. Kerangka holistik Bantuan Prihatin Nasional Rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terjejas akibat wabak COVID-19 akan menerima dan boleh memohon pelbagai bantuan serta inisiatif yang digariskan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan kerajaan.Selain Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM20 bilion yang diumumkan pada 27 Februari, rakyat juga boleh menikmati pelbagai bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumum Muhyiddin Mac lalu.Kedua-dua pakej yang keseluruhannya berjumlah RM250 bilion bertujuan melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19. Berikut antara bantuan dan inisiatif di bawah PRIHATIN: * Elaun khas RM600 untuk petugas kesihatan dan perubatan. * Elaun khas RM200 kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan anggota Rela.


• Penangguhan bayaran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama enam bulan. • Pemberian diskaun 15 peratus ke atas bil elektrik sektor pelancongan dan dua peratus bagi sektor komersial, industri, pertanian dan isi rumah di Semenanjung Malaysia. • Diskaun tambahan penggunaan kadar elektrik. Kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad menambah peruntukan RM530 juta untuk memberi diskaun berperingkat antara 15 peratus hingga 50 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan. • Pelanggan pascabayar dan prabayar akan diperuntukkan internet berkelajuan tinggi secara percuma, dengan kuota satu gigabait (GB) sehari, sehingga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir. • Bayaran ‘one-off’ kepada pemandu teksi sebanyak RM600. • Penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk tempoh tiga bulan. • Penangguhan bayaran ansuran cukai kepada perniagaan yang terjejas dalam sektor pelancongan selama enam bulan. • Moratorium pembayaran pinjaman TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS.


d. Sinergi kerjasama kerajaan, swasta dan NGO Dalam mendepani krisis, ia bukan sahaja melibatkan usaha daripada kerajaan semata-mata. Setiap lapisan masyarakat, syarikat-syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) turut berperanan besar dalam memutuskan rantaian wabak ini.Beberapa buah hotel sebagai contoh telah menawarkan kepada kerajaan untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin.Malah, telah ada hotel seperti di Cyberjaya telah pun mula memberi perkhidmatan sebagai pusat kuarantin kepada mereka yang baru pulang dari luar negara.Dinamika kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan turut jelas apabila mereka melakukan persiapan bagi menghadapi kemungkinan yang lebih serius.Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah MAEPS di Serdang mampu menempatkan 604 pesakit di dua buah dewan.Selain memenuhi keselesaan mereka yang menerima rawatan, turut disediakan adalah perkhidmatan diet dan sajian pesakit, perkhidmatan kaunseling psiko sosial, kesihatan dan keselamatan pekerjaan, farmasi, X-ray, makmal patologi, bilik sisa am dan klinikal, rekod pesakit, penyelenggaraan kemudahan dan keselamatan.Dalam membantu makmal milik kerajaan yang perlu melakukan ujian ribuan sampel setiap hari, beberapa makmal dan hospital swasta turut menawarkan perkhidmatan ujian pensampelan melalui RT-RPC.Bukan sahaja bantuan dari agensi kerajaan, malah turut terlibat secara tidak langsung adalah pakar-pakar dalam bidang masingmasing, dari pemilik pencetak 3D yang pembuat perisai muka, pereka fesyen menyediakan PPE, FAMA menjual barangan segar sehinggalah para NGO yang menyalurkan makanan dan keperluan harian. Ini usaha bersama yang patut kita banggakan.


APA YANG PERLU DILAKUKAN DALAM MASA TERDEKAT? e. Bantuan, inisiatif khusus warga PKS Mengikut rekod Jabatan Statistik Negara pada 2018, 38.3 peratus dari KDNK 2018 disumbangkan menerusi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).Malah, 98.5 peratus perniagaan adalah PKS yang mana ia meliputi 70 peratus daripada tenaga kerja di Malaysia.Mereka antara golongan yang bukan lagi menerima tempias tetapi yang menerima impak yang paling besar susulan penularan wabak ini.Ada yang menerima gaji harian, tidak lagi meneruskan pekerjaan atau perniagaan mereka.Ada yang menghentikan sementara operasi, ada yang terpaksa membuang pekerja, malah ada yang perlu menutup terus perniagaan mereka.Bantuan atau insentif khusus kepada PKS dilihat amat penting pada ketika ini dalam meneruskan kelangsungan perniagaan.Selain mereka ini sebagaipenyumbang kepada ekonomi, ia juga akan menjamin peluang pekerjaan selain kelangsungan rantaian bekalan di semua sektor.


f. Suasana Ramadan yang berbeza Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata bahawa bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.Malah, ujar, Ismail Sabri, sekiranya PKP tamat sebelum Ramadan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) untuk penganjuran bazar berkenaan.Bertambah pilu, tatkala masing-masing mengejar amal ibadat di bulan yang penuh berkat dan maghfirah ini, surau-surau dan masjid-masjid akan terus sepi.Segala ini semua kemungkinan yang bakal kita lalui pada Ramadan ini sekiranya PKP masih dilanjutkan. g. PKP dilanjutkan? Minggu ketiga PKP bakal berakhir pada Rabu ini (8 April). Walaupun usaha untuk mendatarkan graf semakin menampakkan hasil, namun tidak bermakna PKP tidak dilanjutkan.Wujud kemungkinan PKP akan dilanjutkan apabila setiap hari Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan kes-kes positif COVID-19 di negara ini sentiasa mencecah tiga angka.Akhirnya, kita - setiap rakyat di negara ini - perlu memainkan peranan penting, kerana secara realitinya kita adalah barisan paling hadapan dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19 ini.Secara nyata, pasukan perubatan kita sedaya upaya merawat mereka yang dijangkiti. Namun, mereka ini ibarat zon penampan, yang pasti mereka tidak mahu menemui anda di hospital, di katil-katil rawatan mahupun di Unit Rawatan Rapi.Jadi, anda perlu teruskan momentum barisan hadapan pemutus rantaian wabak, duduk rumah, kekal tenang dan sama-sama kita hapuskan COVID-19.


Usaha yang dilakukan oleh semua pihak dalam memerangi wabak COVID-19 telah mengetepikan jurang pemisah antara rakyat Malaysia dan secara tidak langsung mengukuhkan lagi perpaduan yang telah sedia terjalin. Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique dalam kenyataan pada Jumaat berkata, ini termasuk usaha yang dilakukan oleh mereka, sama ada yang bekerja di barisan hadapan atau yang duduk mengasingkan diri di rumah."Kita dapat merasakan kebersamaan semua pihak yang bersatu hati dan bersemangat dalam menjayakan usaha memutuskan rantaian COVID-19 tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan budaya," katanya.Tambah Halimah, wabak COVID-19 telah memisahkan rakyat Malaysia bukan sahaja melalui jarakan sosial, malah mereka diminta duduk di rumah dan tidak dibenarkan bertemu dengan sesiapa pun tanpa urusan yang penting, namun ia adalah secara zahirnya sahaja.Katanya rakyat Malaysia yang sedang menyesuaikan diri dengan normal hidup baharu ekoran wabak COVID-19 perlu mengekalkan nilai-nilai baik dan terus bersatu hati dalam memelihara perpaduan nasional.Beliau juga yakin rakyat Malaysia akan terus memegang teguh semangat perpaduan walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini diraikan secara sederhana.


"Gunakanlah kesempatan Aidilfitri ini untuk mengeratkan silaturahim antara satu dengan yang lain dengan berhubung melalui talian dan teknologi maya sama ada sesama ahli keluarga ataupun sahabat handai," katanya.Tambah Halimah, pada tahun ini kegembiraan Syawal akan disambut dengan cara baharu, jauh daripada keluarga dan sanak saudara di kampung."Ramai yang tidak dapat bersua muka dengan insan-insan tersayang. Kunjung mengunjung dan berkongsi juadah ketika musim perayaan sememangnya sudah lazim bagi rakyat Malaysia. Kita harus berkorban demi kebaikan semua," katanya lagi. -- BERNAMA


5.0 MEMUPUK PERPADUAN KOMUNITI DALAM KEBIASAAN BAHARU COVID -19 Pendapat mengenai pelbagai isu semasa daripada peneraju pemikiran, kolumnis dan pengarang. Oleh: Badlishah Sham Baharin dan Mohammad Abdul Hamid Pandemik COVID-19 telah memberi kesan besar kepada masyarakat, merangkumi pelbagai aspek kehidupan termasuk ekonomi, sosial, pendidikan dan lain-lain. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak Mac merubah gaya hidup masyarakat dengan ketara. Selain kesan kesihatan awam, pekerjaan, pembelajaran anak-anak dan perniagaan turut terkesan. Ada dalam kalangan anggota masyarakat yang kehilangan sumber pendapatan. Simpanan Hasil kajian Jabatan Perangkaan Malaysia pada bulan Mac mendapati lebih dua per tiga (71.4 peratus) responden yang bekerja sendiri mempunyai simpanan yang hanya mencukupi kurang satu bulan sahaja. Sebahagian besar iaitu 69.7 peratus terdiri daripada golongan yang baru memulakan alam kerjaya dalam tempoh kurang daripada satu tahun dan 63.2 peratus yang bekerja dalam tempoh satu hingga tiga tahun.


Pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang terkesan tanpa mengira latar belakang masing-masing. Perkembangan ini menunjukkan masyarakat kita merupakan masyarakat yang prihatin, pemurah dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Kebiasaan baharu Bagi mendepani cabaran berkaitan kebiasaan baharu (new normal), pelbagai bentuk sokongan diperlukan sama ada daripada sudut material, moral dan lain-lain. Sebagai anggota masyarakat, setiap individu boleh berperanan menjaga kebajikan jiran tetangga dan saudara mara, dengan bertanya khabar dan prihatin terhadap apa yang berlaku. Perkara yang mungkin nampak kecil namun memberi impak yang besar dalam mengukuhkan hubungan boleh diamalkan seperti saling berbalas buah tangan dengan jiran tetangga. Pada peringkat komuniti setempat, inisiatif-inisiatif boleh diamalkan bersesuaian dengan konsep #kitajagakita yang kini kian sebati dalam kalangan rakyat di negara ini. Dengan kemudahan teknologi seperti aplikasi Whatsapp, Facebook, Googleform dan lain-lain, tinjauan boleh dilakukan secara berkala dalam kalangan penduduk setempat untuk mengenal pasti permasalahan-permasalahan yang dihadapi dan bentuk bantuan yang boleh diberikan. Menerusi maklumat daripada data raya, bentuk bantuan yang diperlukan dapat dikenal pasti dengan mengambil kira keperluan khusus kumpulan sasaran. Golongan ibu tunggal, anak yatim, warga emas, orang kurang upaya (OKU), belia menganggur dan isi rumah yang hilang sumber pendapatan mestilah diberikan perhatian sewajarnya berdasarkan keperluan mereka. Oleh yang demikian, bentuk bantuan yang boleh diberikan oleh penduduk setempat dapat dikenal pasti dan dipadankan berdasarkan keperluan. Melalui pendekatan ini, penggunaan sumber dapat dimanfaatkan dengan berkesan manakala pembaziran dapat dielakkan.


Sumbangan pelbagai pihak Selain sokongan material dan moral, sumbangan kepakaran juga boleh diberikan. Anggota komuniti yang mempunyai pengalaman kerjaya atau kemahiran boleh memberi khidmat nasihat kerjaya atau kursus dalam talian secara percuma kepada golongan belia atau graduan yang menganggur. Setiap komuniti mestilah mengambil pendekatan yang kreatif dan praktikal untuk memenuhi keperluan komuniti masing-masing. Komuniti setempat juga boleh bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan atau pun badan bukan kerajaan (NGO) untuk menghulurkan bantuan. Bagi yang memerlukan perkhidmatan kaunseling, Talian Khas Kaunseling COVID-19 yang diwujudkan melalui Talian Kasih dan WhatsApp Talian Kasih oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta NGO seperti Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (Teratai) mestilah dimanfaatkan sebaiknya. Insitusi keagamaan iaitu masjid dan rumah ibadat berada pada kedudukan yang baik untuk membantu anggota masyarakat berbilang kaum dan agama mendepani cabaran berkait kebiasaan baharu COVID-19 yang tidak mengenal warna kulit dan kepercayaan. Penyelarasan hendaklah dilakukan supaya sumber yang ada dapat dimanfaatkan sebaiknya. Rumusannya, dalam mendepani cabaran kebiasaan baharu yang tidak menentu, pelbagai inisiatif boleh dilaksanakan oleh komuniti setempat. Pendekatan berorientasikan “whole of society approach” mestilah diambil dengan menggembleng daya sumber seluruh anggota komuniti untuk meningkatkan kesejahteraan dan memupuk perpaduan dalam masyarakat. Marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk terus saling membantu antara satu sama lain demi memupuk perpaduan komuniti dalam kebiasaan baharu COVID-19. -- BERNAMA Badlishah Sham Baharin merupakan Timbalan Presiden IKRAM dan Mohammad Abdul Hamid adalah Perunding Polisi Awam (Semua yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak menggambarkan dasar atau pendirian rasmi BERNAMA)


6.0 KESIMPULAN Kesimpulan daripada keseluruhan majalah ini . Sebagai rakyat malaysia kita haruslah mengetahui berkaitan isu semasa bagi memudahkan urusan harian . Selain itu kita mestilah mematuhi segala peraturan yang telah diterapkan oleh kerajaan semasa pendemik covid agar kesihatan lebih terjami . Akhir sekali , kita hendak lah menerapkan lebih banyak semangat perpaduan agar negara lebih sejahtera bebas daripada pendemik covid dan penyakit berjangkit .


7.0 SUMBER RUJUKAN • https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/03/666122/kronologicovid-19-di-malaysia • https://www.astroawani.com/berita-malaysia/usaha-malaysia-dalam-menanganipandemik-covid-19-236795?amp=1 • https://www.astroawani.com/berita-malaysia/usaha-perangi-covid-19-kukuhkanperpaduan-rakyat-malaysia-halimah-244026 • https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1857029


Click to View FlipBook Version