NOTA TATABAHASA DAN LATIHAN SERTA JAWAPAN UNTUK
MEMANTAPKAN TATABAHASA ANDA
Salah Betul
Ada berbagai barang di kedai itu. - Ada berbagai-bagai barang di
kedai itu.
- Ada pelbagai barang di kedai
itu.
Ali dihadiahkan sebuah buku harian. Ali dihadiahi sebuah buku harian.
Di antara mereka yang hadir. Antara mereka yang hadir.
Tambak Johor terletak antara Johor Tambak Johor terletak di antara Johor
Bahru dengan Singapura. Bahru dengan Singapura.
Banyak perbezaan di antara bilik Ali Banyak perbezaan antara bilik Ali
dengan bilik Kasim. dengan bilik Kasim.
Bangunan itu adalah Daya Bumi. Bangunan itu Daya Bumi.
Banyak orang datang. Banyak orang yang datang.
Berbincang masalah. Berbincang tentang masalah itu.
Berdasarkan kepada perkara itu. Berdasarkan perkara itu.
Bergantung kepada. Bergantung pada.
Berhubung itu. Berhubung dengan itu.
Berkait itu. Berkait dengan itu.
Berkaitan itu. Berkaitan dengan itu.
Bersama. Bersama-sama.
Beda. Beza.
Bola itu Ali tendang. Bola itu ditendang (oleh) Ali.
- Bola itu ditendang oleh saya. Bola itu saya tendang.
- Bola itu saya menendang.
Buku itu dihadiahi kepada Ahmad. Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad.
Buku itu dia hantar ke perpustakaan. Buku itu dihantar ke perpustakaan.
Buku itu dimasukkan dalam laci. Buku itu dimasukkan di dalam laci.
Buku itu disimpan dalam laci. Buku itu disimpan di dalam laci.
Di dalam hal itu. Dalam hal itu.
Di dalam peperiksaan itu. Dalam peperiksaan itu.
Dari Kedah hingga Sabah. Dari Kedah ke Sabah.
Dari masa ke semasa. Dari masa ke masa.
Dari semasa ke masa. Dari semasa ke semasa.
Daripada segi. Dari segi.
Dato’ Sri. Dato’ Seri.
Datuk Sri. Datuk Seri.
Dengan lain perkataan. Dengan perkataan lain.
Dalam bilik itu. Di dalam bilik itu.
Dia belajar dari pengalaman. Dia belajar daripada pengalaman.
Dia datang bila dipanggil. Dia datang apabila dipanggil.
- Dia memandang pada saya. Dia memandang saya.
- Dia memandang kepada saya.
Dia berikan anaknya pelajaran. Dia memberi anaknya pelajaran.
Dia berikan saya sebuah buku. Dia memberi saya sebuah buku.
Dia memberi buku kepada saya. Dia memberikan buku kepada saya.
Dia memberi pelajaran kepada Dia memberi anaknya pelajaran.
anaknya.
Dia mempelajari daripada Dia mempelajari perkara itu daripada
pengalamannya. pengalamannya.
Dia memperisterikan Aminah. Dia memperisteri Aminah.
Dia memperisteri anaknya dengan Dia memperisterikan anaknya dengan
anak guru besar. anak guru besar.
Dia menaiki bendera. Dia menaikkan bendera.
Dia menceburkan diri di bidang Dia menceburkan diri dalam bidang
perniagaan. perniagaan.
Dia mengambil apa sahaja. Dia mengambil apa-apa sahaja.
Dia menolehkan pandangannya Dia menolehkan pandangannya pada
kepada saya. saya
Dibincangkan di dalam mesyuarat itu. Dibincangkan dalam mesyuarat itu.
Dia merindukan anaknya. Dia merindui anaknya.
Jangan memijak rumput. Jangan pijak rumput.
Jauhilah daripada dadah. Jauhilah dadah.
Berkesanan. Keberkesanan.
Kedua belah pihak. Kedua-dua belah pihak.
Kepimpinan. Kepemimpinan.
Kereta itu melalui di jalan besar. Kereta itu melalui jalan besar.
Letaklah di mana yang sesuai. Letaklah di mana-mana yang sesuai.
Letaknya antara Kuala Lumpur dengan Letaknya di antara Kuala Lumpur
Kajang. dengan Kajang.
Maksudnya yang asalnya. Maksudnya yang asal.
Melawat ke Eropah. Melawat Eropah.
Melihat kepada/pada keindahannya. Melihat keindahan.
Membincangkan tentang perkara itu. Membincangkan perkara itu.
Menduduki di tempat kedua. Menduduki tempat kedua.
Beg itu mengandung. Beg itu mengandungi.
Mensiakan tanggungjawab. Mensia-siakan tanggungjawab.
Mengunjungi ke Eropah. Mengunjungi Eropah.
Mereka memberitahukan saya perkara Mereka memberitahu saya perkara itu.
itu.
Mereka memberitahu perkara itu Mereka memberitahukan perkara itu
kepada saya. kepada saya.
Mereka-mereka. Mereka.
Oleh kerana itu. Oleh sebab itu.
Merujuk kepada surat tuan Merujuk surat tuan
Di masa Pada masa
Pada pendapatan saya Pada pendapat saya
Pada satu hari (bilangan) Pada suatu hari (tak tentu harinya)
Para wartawan-wartawan/ para-para Para wartawan
wartawan
Pegawai dari Jabatan Pendidikan Pegawai daripada Jabatan Pendidikan
Negeri Negeri.
Pergilah ke mana pun Pergilah kemana-mana pun.
Perkara itu ialah benar Perkara itu adalah benar
Pilihlah mana yang sesuai Pilihlah mana-mana yang sesuai
Ramai orang datang Ramai orang yang datang
- Sebahagian wangnya didermakan Sebahagian daripada wangnya
- Sebahagian dari wangnya didermakan
didermakan.
Sehubungan itu Sehubungan dengan itu
Selain dari/ daripada itu Selain itu
Semoga Allah mencucuri rahmat ke Semoga Allah mencucurkan rahmat ke
atas rohnya atas rohnya
Semoga rohnya dicucurkan rahmat. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Seperti yang kita telah katakan. Seperti yang telah kita katakan.
Sri. Seri (cahaya)
Setengah orang - Setengah-setengah orang
- Sesetengah orang
Surat dari Dewan Bahasa dan Pustaka Surat daripada Dewan Bahasa dan
Pustaka
Takutkan hantu. Takut akan hantu.
Tan Seri. Tan Sri.
Tanyalah siapa pun. - Tanyalah sesiapa pun.
- Tanyalah siapa-siapa pun.
Tiap orang / setiap-tiap orang Tiap-tiap orang / setiap orang.
Tiga ayam. Tiga ekor ayam
Yang mana Yang
Melaporkan dari Melaporkan berita dari
Amat pandai Amat pandai sekali
Sangat kukuh sangat kukuh sekali
sungguh gagah sungguh gagah sekali
terbesar sekali - terbesar
- besar sekali
paling kuat sekali - paling kuat
- kuat sekali
Contoh Soalan Peperiksaan
1. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal
pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i. Kesediaan kertas kerja paling penting sekali dalam apa-apa jua
projek agar perlaksanaannya dapat berjalan lancar.
ii. Bahasa Melayu dapat menjadikan teras penumbuhan kebudayaan
nasional di dalam negara yang berbilang kaum.
Jawapan:
i. Penyediaan kertas kerja paling penting dalam apa-apa jua projek
agar pelaksanaannya dapat berjalan lancar.
ii. Bahasa Melayu dapat dijadikan teras pertumbuhan kebudayaan
nasional di negara yang berbilang kaum.
2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal
pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun itu memperolehi
hadiah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).
ii. Perabut yang dibeli oleh saya itu diimport daripada luar negeri.
Jawapan:
i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun setengah itu memperoleh
anugerah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi
Komunikasi dan Maklumat ( ICT ).
ii. Perabot yang saya beli itu diimport dari luar negeri.
3. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal
pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i. Kain sutera-kain sutera yang terjual di butik itu sangat cantik sekali.
ii. Baju kurung yang emak jahit itu saya akan pakai di pagi hari raya.
Jawapan:
i. Kain-kain sutera yang dijual di butik itu sangat cantik.
ii. Baju kurung yang dijahit oleh emak jahit itu akan saya pakai pada pagi
hari raya.
Latihan 1
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Ali ditugas sebagai Pengarang di akhbar Utusan Melayu semenjak lapan
tahun yang lalu.
2. Hana berkecimpung di dalam bidang peternakan itik, rusa dan Angsa sejak
kecil lagi.
Latihan 2
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Asean dianggota oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai,
Vietnam, Singapura, Laos, myanmar, dan kemboja.
2. Menurut percayaan masyarakat Melayu, sang kancil adalah binatang yang
pintar.
Latihan 3
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Tabeat merokok bagi wanita hamil akan bahayakan kesihatan dan
keselamatan bayi yang di kandung.
2. "Keahlian aku di dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam
tahun," berkata pensyarah tersebut.
Latihan 4
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. "Sekolah saya akan adakan satu persembahan anekaragam," kata Alias
kepada ibunya.
2. Kami hendaklah senantiasa berwas pada terhadap anasir negatif kalangan
ahli persatuan ini.
Latihan 5
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Kita bagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangun ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik
dan perfileman tanahair.
Latihan 6
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. "Dimanakah awak letakkan gergaji yang telah gunakan tadi?" tanya Ramzi
kepada anaknya.
2. "Engkaulah Wakil Jualan yang perlu saya tunggu-tunggu?" kata Linggam
kepada lelaki itu.
Latihan 7
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Pastikan awak mencatit nama dan angka giliran pada kertas jawap tersebut.
2. Pengurus Pemasaran akan sentiasa membantu engkau di dalam
melaksanakan tugas-tugas tersebut.
Contoh Jawapan
Latihan 1
1. Ali ditugaskan/bertugas sebagai pengarang di Akhbar Utusan Melayu
semenjak lapan tahun yang lalu.
2. Hana berkecimpung dalam bidang penternakan itik, rusa dan angsa
sejak kecil lagi.
Latihan 2
1. Asean dianggotai oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai,
Vietnam, Singapura, Laos, Myanmar, dan Kemboja.
2. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, Sang Kancil adalah binatang
yang pintar.
Latihan 3
1. Tabiat merokok bagi wanita hamil akan membahayakan kesihatan dan
keselamatan bayi yang dikandung.
2. "Keahlian saya dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam
tahun," kata pensyarah tersebut.
Latihan 4
1. "Sekolah kami akan mengadakan satu persembahan aneka ragam," kata
Alias kepada ibunya.
2. Kita hendaklah senantiasa berwaspada terhadap anasir negatif di
kalangan ahli persatuan ini.
Latihan 5
1. Kami sebagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangunkan
ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh melumpuhkan industri seni terutamanya
industri muzik dan perfileman tanah air.
Latihan 6
1. "Di manakah kamu letakkan gergaji yang telah digunakan tadi?" tanya
Ramzi kepada anaknya.
2. "Engkaukah Wakil Jualan yang perlu kami tunggu-tunggu?" tanya Linggam
kepada lelaki itu.
Latihan 7
1. Pastikan kamu mencatat nama dan angka giliran pada kertas jawapan
tersebut.
2. Pengurus pemasaran akan sentiasa membantu kamu dalam
melaksanakan tugas-tugas tersebut.
KESALAHAN LAZIM BM SPM
Kesalahan Lazim Tatabahasa
SALAH
1. daripada luar negara
2. demi untuk masa hadapan
3. di musim perayaan
4. kerana sayangkan anaknya
5. di dalam bidang ekonomi
6. mengenepikan
7. mempastikan
8. mengkagumkan
9. memperindahkan tempat itu
10. beliau adalah pemimpin
11. paling indah sekali
12. lain-lain usaha yang dilakukan
13. banyak rumah-rumah musnah
14. bilik urusetia ditutup tengahari
15. menyambut ulangtahun ke 48
16. kasih-sayang yang di curahkan
17. kumpulan anti-pengganas
18. wakil ibu-bapa yang datang
19. mereka memasuki ke negara ini
20. yang dibincangkan oleh kami
PEMBETULAN
1. dari luar negara
2. untuk masa hadapan
3. pada musim perayaan
4. kerana sayang akan anaknya
5. dalam bidang ekonomi
6. mengetepikan
7. memastikan
8. mengagumkan
9. memperindah tempat itu
10. beliau ialah pemimpin
11. paling indah / indah sekali
12. usaha-usaha lain yang dilakukan
13. banyak rumah musnah
14. bilik urus setia ditutup tengah hari
15. menyambut ulang tahun ke-48
16. kasih sayang yang dicurahkan
17. kumpulan antipengganas
18. wakil ibu bapa
19. mereka memasuki negara ini
20. yang kami bincangkan
KATA KERJA TRANSITIF
Kata Kerja Transitif
a. Bagi kata kerja transitif, iaitu makan dan minum yang menerima unsur objek berupa
bentuk singkat -Nya,
awalan meN- perlulah digunakan;
“Kami sekeluarga suka makannya.” beritahuku kepada Pak Man
“Kami sekeluarga suka memakannya.” beritahuku kepada Pak Man
b. Imbuhan seperti meN-, mempeR-, meN-…-I tidak boleh digugurkan dalam penggunaan
ayat aktif;
Pelajar-pelajar yang langgar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua
Pelajar-pelajar yang melanggar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua
c. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh frasa nama atau kata nama sebagai objek. Oleh itu,
kata selain daripada
kata nama tidak boleh hadir selepas kata kerja tersebut;
Pak Sudin berhasrat untuk membesarkan lagi rumah pusaka itu
Pak Sudin berhasrat untuk membesarkan rumah pusaka itu
d. Hanya kata hubung bahawa yang boleh hadir selepas kata kerja transitif dalam binaan ayat
majmuk aktif;
Dia mengatakan dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi
Dia mengatakan bahawa dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi
e. Hanya kata kerja transitif mencuba dan membantu boleh hadir sebelum kata kerja transitif
yang lain dalam
binaan ayat aktif;
Manisah ingin sekali cuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu lalu
Manisah ingin sekali mencuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu lalu
f. Perbezaan antara apitan meN-…-kan dengan meN-…-I merujuk kepada satu objek.
- Apabila objek yang mengalami tindak balas hasil sesuatu perbuatan maka apitan meN-
…-kan digunakan.
- Apabila subjek yang bertindak balas ke atas sesuatu apitan meN-…-kan digunakan.
Dalam acara itu Ahmad telah mendahulukan peserta-peserta lain
Dalam acara itu Ahmad telah mendahului peserta-peserta lain
g. Kata kerja berapitan meN-…-kan menunjukkan maksud bahawa objek mengalami tindak
balas akibat perbuatan
iaitu mengalami perpindahan;
- Kata kerja berapitan meN-…-kan hanya boleh menerima satu objek sahaja selepasnya.
Mak Temah membungkusi Roslinda nasi lemak
Mak Temah membungkuskan nasi lemak untuk Roslinda
h. Kata kerja apitan meN-…I menunjukkan bahawa objek yang dikenai perbuatan tidak
mengalami tindakbalas,
iaitu berada pada satu tempat sahaja (subjek);
- Kata kerja berapitan meN-…I boleh menerima dua objek berturutan.
Mak Temah membungkuskan nasi lemak untuk Roslinda
Mak Temah membungkusi Roslinda nasi lemak
i. Perbezaan antara apitan meN-…-kan dengan meN-…-I merujuk kepada dua objek;
- Apitan meN-…-I menerima objek tepat yang bernyawa selepasnya.
- Apitan meN-…-kan akan menerima objek tepat yang tidak bernyawa selepasnya.
Tuan hakim menjatuhi hukuman mandatori keatas pengedar dadah itu
Tuan hakim menjatuhkan hukuman mandatori ke atas pengedar dadah itu
j. Perbezaan antara meN- dengan meN-…-kan merujuk kepada dua objek;
- Perbuatan yang dilakukan menyatakan fikiran atau perasaan dengan tulisan, kata kerja
transitif
berawalan meN- hanya menerima satu objek selepasnya.
- Perbuatan menulis untuk seseorang, kata kerja transitif berapitan meN-…-kan boleh
menerima dua
objek berturutan, iaitu objek tepat diikuti oleh objek sipi.
Suhaili melukiskan pemandangan pada waktu senja di tepi pantai
Suhaili melukis pemandangan pada waktu senja di tepi pantai
PERBEZAAN PERKATAAN
Agen, Ejen & Agenda
1. Agen = bahan atau organisma yang dapat mempengaruhi atau memberi kesan langsung
kepada sesuatu tindak balas.
Con: agen pencemaran, agen pengoksidaan
2. Ejen = orang dan lain-lain yang menjalankan
Con: ejen eksport, ejen perkapalan
3. Agenda = program sesuatu mesyuarat yang formal
(* Perlu diingat tiap-tiap satu mesyuarat hendaklah mempunyai satu atau sesuatu agenda
sahaja.
* Sesuatu agenda mempunyai beberapa perkara untuk dibincangkan dalam mesyuarat itu.)
Con:
Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Bilangan 3 Persatuan Belia Pulau Sebang adalah seperti
berikut:
1. Ucapan alu-aluan Pengerusi
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa ke-2 yang lalu
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Kegiatan Sukan
4.1 Sukaneka Keluarga
4.2 Pertandingan bola sepak antara mukin
5. Hal-hal lain
5.1 …
5.2 …
6. Ucapan penangguhan
_______________________________________________________________
Antara, “di antara”, dengan, “antara”
“Antara” digunakan = menunjukkan perbandingan (Con: Antara Johor dan Singapura,banyak
perbezaannya.)
= biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. ( con: Pertandingan debat
antara maktab perguruan Malaysia.
‘bukannya’ Pertandingan debat di antara Maktab A dengan Maktab B. (maktab A dan B
adalah kata nama am yang diulang)
= kata ganda yang dapat mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik. (con: mereka
berbincang antara adik-beradik.)
“ di antara” digunakan = menunjukkan kedudukan fizikal atau arah.
Con: Tambak Johor terletak di antara Johor bahru dengan Singapura.
Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat dua dengan tingkt tiga.
Nota:
1. “di antara” & “antara” hanya diikuti dengan kta sendi nama dengan atau hingga bukan kata
hubung dan.
2. Kata hubung dan hanya dapat digunakan apabila kata nama “antara” diikuti oleh lebih
daripada dua frasa nama.
MAKNA PERKATAAN
1. ulam-ulam/ulaman (perempuan simpanan / gundik)
2. ulam-ulaman (sayur)
3. para-para (rak)
4. gerombolan (sesuai digunakan untuk penjahat/penjenayah
(kumpulan yang jahat)
5. jarang-jarang (kadang-kadang)
6. sahur (makan sebelum subuh)
7. sarapan (makan pada waktu pagi)
8. kudapan (minum pagi (10 pagi)
9. merarau (makan tengah hari)
10. mengombe (makan petang)
11. menggabi (makan malam)
12. menuruk (makan tengah malam (supper)
invesmen (labur/simpan)
hadirat (tempat duduk tetamu di Istana)
patik (anak anjing)
kaos (tapak kaki)
ahli (pakar/hebat)
kakitangan (simpulan bahasa)
SALAH & BETUL IV
Budak sekolah itu menoleh ke kiri dan kanan (salah)
Budak itu menoleh ke kiri dan ke kanan (betul)
membincangkan akan hal itu (salah)
membincangkan tentang hal itu. (betul)
Berbincang akan hal itu. (salah)
Berbincang tentang hal itu. (betul)
dengan/dalam lain perkataan. (salah)
dengan perkataan lain (betul)
hadirin hadirat sekalin (salah)
hadirin sekalian (betul)
balik kampung (salah)
balik ke kampung (betul) - kata kerja transitif mesti ada kata hubung (ke, pada dll)
mertua (salah)
mentua (betul)
jangan pandang belakang (salah)
jangan pandang ke belakang (betul)
Saya melaporkan dari Bukit Jalil. (salah)
Saya melaporkan berita dari Bukit Jalil. (betul)
mulai dari sekarang. (salah)
mulai sekarang (betul)
Bermula dari sekarang (betul)
Ahli bomba (salah)
Anggota bomba (betul) - 'Ahli' digunakan untuk yang pakar/hebat sahaja.
baharu - bermaksud 'new'(kata adjektif)con: Terbaharu di pasaran
baru - bermaksut 'just'(kata tugas)con: Baru makan
SALAH & BETUL III
salah satu daripada (salah)
salah satu (betul)
selain dari/daripada (salah)
selain/selain itu (betul)
SUKMA ke-10 / SUKMA ke-X (salah)
SUKMA X (betul)
sekali-sekala (salah)
sekalipun (betul)
setengah murid (salah)
sesetengah murid (betul)
ada pekerja-pekerja (salah)
ada pekerja (betul) - 'ada' membawa maksud 'terkumpul' / 'banyak'. (menunjukkan jamak, tak
boleh digandakan)
daun-daun kering berguguran (salah)
daun kering berguguran (betul) - apabila bertemu dengan imbuhan 'ber'...'an'( membawa
mksud jamak/banyak)tidak boleh menggandakan perkataan.
bintang-bintang berkerdipan (salah)
bintang berkerdipan (betul)
Ketua Menteri-ketua Menteri (salah)
Ketua-ketua menteri (betul) - kata ganda mesti digandakan pada permulaan kata sahaja.
tengahari(salah)
tengah hari (betul)
Daku terkenang akan dia (salah)
Daku terkenangkan akan dia (betul) - 'Daku' mesti berakhir dengaan huruf 'n'. (terkenang
(tiada n di belakang perkataan) terkenangkan (ada 'n' di belakang perkataan)
sarapan pagi (salah)
sarapan (betul)- 'sarapan' memang digunakan hanya untuk makan pada waktu pagi. tak perlu
tambah perkataan 'pagi.'
layan diri (salah)
swalayan (betul)
cenderahati (salah)
cenderamata (betul)
pendalaman (salah)- maksud = usaha mendalamkan
pedalaman (betul)
perasmian penutup majlis (salah)
perasmian penutupan majlis (betul)
Agenda minit mesyuarat
1. Perutusan Pengerusi
2. Hal-hal lain (salah) - 'agenda' bermaksud keseluruhan mesyuarat = 1 sahaja
Agenda minit mesyuarat operasi
Perkara-perkara mesyuarat:
1. Perutusan Pengerusi
2. Hal-hal lain (betul)
Awalan di-, di-…-kan dan di-…-i
Awalan “di-“
Kata dasar yang digabungkan dengan awalan di- membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang
subjeknya pelaku orang ketiga.
Ch.:
Ayat Contoh: (a) Ikan sepat digulai oleh beliau. (beliau = pelaku orang ketiga)
(b) Ikan sepat digulai oleh ibu (ibu = pelaku orang ke-3)
(a) Surat khabar dibaca olehnya (atau oleh dia) (-nya dan dia =pelaku org ke-3)
(b) Surat khabar dibaca oleh ayah. (ayah = pelaku org ke-3)
(a) Ular itu dipukul oleh mereka. (mereka = pelaku orang ke-3)
(b) Ular itu dipukul oleh Raju (Raju = pelaku org ke-3)
Dalam ayat-ayat diatas, akhiran –kan tidak perlu
Keempat-empat ayat di atas berasal daripada ayat aktif transitif yang berikut:
1. (c) Beliau menggulai ikan sepat. (menggulai, membaca dan memukul ialah kata kerja
transitif. Dikatakan ayat aktif kerana pelaku di hadapan ayat.)
2. (c) Ayah membaca surat khabar.
3. (c) Raju memukul ular it.
Semua kata kerja aktif (yang berawalan me-) di atas tidak perlu akan akhiran –kan;
sama seperti kata kerja pasif berawalan di- dalam ayat 1 (a) (b) – 3 (a) (b)
Apitan “di-...-kan” dan “di-...-i”
Kebanyakan perkataan yang menerima awalan di- juga menerima akhiran –kan dan –i .
Ch.:
(a) Ali itu menafikan kenyataan orang itu.
(b) Kenyataan orang itu dinafikan oleh Ali.
(a) Siva membaiki radio.
(b) Radio dibaiki oleh Siva.
Makna 'Diterajui:'
Ada 4 erti teraju:
neraca (seperti neraca lambang Barisan Nasional)
tali untuk ikat pada rangka wau (layang-layang)
tali untuk meregang khemah.\
pucuk pimpinan atau kuasa tertinggi.
Ayat contoh: (a) DS Najib menerajui Barisan Nasional. (ayat aktif)
(b) Barisan Nasional diterajui oelh DS Najib. (ayat pasif)
**Bezanya: menerajui ialah kata kerja aktif transitif (ayat a); dan diterajui ialah kata kerja
pasif transitif (ayat b).
KESALAHAN STRUKTUR AYAT
1) Ayat gabungan
- Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan
dengan kata hubung seperti dan, serta, tetapi, lalu, sambil, kemudian, dll
Contoh:
Suraya dan Yati ke sekolah
Dia bangun kemudian berjalan
- Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungn berlaku apabil ayat-ayat tunggal yang
membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.
Contoh:
Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau Pulau Langkawi? (salah)
Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau ke Pulau Langkawi? (betul)
Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya. (salah)
Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya. (betul)
2) Ayat tergantung
- Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat
- Dalam susunan ayat biasa, letaak subjek di depn dan letak predikat di belakang.
Contoh:
Budak itu / menangis
Subjek / predikat
- Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan.
Contoh:
Siapakah / gadis itu?
Predikat / subjek
3) Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ayat
tergantung”
4) Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung,
kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah.
Contoh:
Di seluruh negara mengalami banjir (salah)
Seluruh negara mengalami baanjir (betul)
Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (salah)
Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (betul)
Yang manakah betul? (salah)
Yang manakah yang betul? (betul)
Panduan Untuk Ejaan Yang Gramatis
SALAH BETUL
anti agama antiagama
anti dadah antidadah
anti Israel anti-Israel
anti kapal selam antikapal selam
anti komunis antikomunis
anti lelaki antilelaki
anti nuklear antinuklear
anti perang antiperang
anti sosial antisosial
anti-aparteid antiaparteid
anti jenayah antijenayah
dwi bahasa dwibahasa
dwi budaya dwibudaya
dwi bulanan dwibulanan
dwi cabang dwicabang
dwi cara dwicara
dwi fokus dwifokus
dwi fungsi dwifungsi
dwi tahunan dwitahunan
eka atom ek atom
eka bahasa ekabahasa
eka fungsi ekafungsi
eka suku kata ekasuku kata
eka warna ekawarna
pasca ijazah pascaijazah
pasca merdeka pascamerdeka
pasca modenisme pascamodenisme
pra kata prakata
pra Olimpik pra-Olimpik
pra sejarah prasejarah
pra-moden pramoden
pra-sekolah prasekolah
pra-syarat prasyarat
pro aktif proaktif
pro Barat pro-Barat
pro kemerdekaan prokemerdekaan
pro-pembangkang propembangkang
sub tajuk subtajuk
sub-judul subjudul
sub-kelas subkelas
sub-kontraktor subkontraktor
sub-seksyen subseksyen
sub-standard substandard
tata nama tatanama
tata rias tatarias
tata susila tatasusila
tata-tertib tatatertib
tatatur / tata atur tataatur
KESILAPAN EJAAN (KATA)
SALAH BETUL SALAH BETUL
auto matif automotif geraf graf
audien audiens geharu gaharu
agreget agregat hajjah hajah
arithmetik aritmetik hurmat hormat
agen (wakil) ejen (wakil) ide idea
ampangan empangan idap hidap
aked arked iktizam iltizam
akitek arkitek impot import
analisa analisis injin enjin
atlit atlet inspekter inspektor
atnik etnik insuran insurans
anggrik anggerik Insyaallah / Insya insya- Allah
baucer baucar Allah isytihar
bistari bestari istihar istirahat
bowling boling istirehat isyak
buffet bufet isya justeru
bumiputra bumiputera justru jaket
buroh buruh jeket kampung
calun calon kampong kapitalisme
cocok (tusuk) cucuk (tusuk) kapitalisma kartun
cucuk (sesuai) cocok (sesuai) katun kafeteria
catit catat kefeteria komedi
cendiawan cendekiawan komidi komisen
cop cap (cetak) komisyen konduktor
dasyhat dahsyat kondaktor konsortium
dialog dialog konsotium kontrak
definasi definisi kontrek kuorum
deligasi delegasi korum kapten
deraf draf kaptain kerenah
durhaka derhaka karenah (ragam) kalendar
efisyen efisien kelender keredaan
ekur ekor keredhaan keriting
ehsan ihsan kerinting khianat
engzos ekzos kianat kokurikulum
ekslusif eksklusif ko-kurikulum kolesterol
ekspot eksport kolestrol komersial
ekspress ekspres komersil kompleks
emel e-mel komplek kontinjen
engkar ingkar kontingen legenda
fadhilat fadilat lagenda lakon
fax faks lakun laporan
faksimili faksimile lapuran label
Febuari Februari lebel lencongan
gembeling / gembleng lencungan leukemia
gembeleng leukimia
SALAH BETUL SALAH BETUL
lojik logik protin protein
losyen losen pekej pakej
letrik elektrik pesonal personel
lojistik logistik (kakitangan) petroleum
maksima maksimum petrolium platform
manafaat manfaat platfom profil
masaalah masalah profail profesional
mee mi profesyenal skala
mekanisma mekanisme sekala sekalian
mencatit mencatat sekelian skim
mengenengahkan mengetengahkan sekim sesi
megenepikan megetepikan sessi stor
mengujudkan mewujudkan setor seksa
mengwujudkan mewujudkan siksa silaturahim
mentera mantera silaturrahim snuker
merbahaya berbahaya snooker stesen
minima minimum stesyen stoking
munshi munsyi stokin sunah
nasionalisma nasionalisme sunnah subsidi
odit audit sabsidi sandwic
oditorium auditorium sanwic silinder
optima optimum selinder skema
organisme organisma skima spesies
otomatik automatik spesis setem
otomobil automobil stem telefon
pamir pamer talipon tauge
paspot pasport taugeh (sayuran) terampil
patriotisma patriotisme trampil tulen
pehak pihak tulin agama
pelancung pelancong ugama usik
pemerosesan pemprosesan usek warung
pemilekan pemilikan warong vokasional
pengembala penggembala vokasyenal unit
pengemblengan penggemblengan yunit
pensil pensel
perabut perabot
perihatin prihatin
perlaburan pelaburan
perlancaran pelancaran
perletakan peletakan
pertunjukkan pertunjukan
pesaraan persaraan
pesiaran persiaran
plan pelan
profession profesion
prosidur prosedur