The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasliana7297, 2022-06-24 22:24:17

SADN1033 TUGASAN BERKUMPULAN MELAKA

SADN1033 TUGASAN BERKUMPULAN MELAKA

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

1

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

SADN1033 MALAYSIAN NATIONHOOD STUDIES
SESI 2021/2022 (JA221)

TUGASAN BERKUMPULAN

KUMPULAN : PACE UUM MELAKA

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. SHAHROL AMAN BIN AHMAD

TARIKH PENYERAHAN:
25 JUN 2022

2

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH: NOMBOR
MATRIK
NAMA

1) MOHAMAD SOLEHUDIN 289323

2) MUHAMMAD AQMAR 289128
3) HASLIANA BINTI HASRIN 289042

3

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

PENDIDIKAN JARAK JAUH
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SADN 1033
KENEGARAAN MALAYSIA

TUGASAN :
[ PERMAINAN TRADISIONAL – GASING ]

PENSYARAH :
DR. SHAHROL AMAN BIN AHMAD

BIL GAMBAR PELAJAR NAMA NO MARKAH
MATRIK

1 MOHAMAD SOLEHUDIN BIN 289323
MOHD TAHIR

2 MUHAMMAD AQMAR BIN 289128
FAIZOL

3 HASLIANA BINTI HASRIN 289042

TARIKH AKHIR PERTEMUAN III TARIKH
SERAHAN PENERIMAAN

25 JUN 2022 @
0001 HRS

4

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Pada masa kini, permainan tradisional nusantara banyak sudah
dilupakan oleh generasi-generasi muda zaman sekarang
sehingga anak muda zaman sekarang hampir tidak mengenali
sesetengah permainan tradisional tersebut. Sebagai rakyat
Malaysia yang hidup berbilang kaum, perlu mempunyai
tanggungjawab dalam memperkenalkan atau memartabatkan
permainan tradisional dalam kalangan generasi muda, hal ini
kerana, kemungkinan kalau kita sebagai anak Malaysia tidak
bergading bahu dalam melestarikan permainan tradisional
maka, ia akan lenyap ditelan zaman.

5

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Permainan tradisional yang perlu kita ketengahkan adalah
permainan tradisional gasing. Permainan gasing mempunyai nilai
dan ciri-ciri yang tersendiri. Permainan gasing telah popular sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka, pada zaman dahulu banyak
dimainkan oleh golongan lelaki dari segenap pelusuk daerah.
Gasing juga memiliki ciri-ciri khas berdasarkan kawasan atau
penempatan masing-masing dan gasing merujuk kepada satu
permainan dimana ia boleh berputar pada paksinya. Sejak zaman
dahulu lagi permainan tradisional gasing biasanya akan dimainkan
selepas musim menuai padi atau semasa musim buah-buahan,
dimana permainan gasing ini akan dipertandingkan antara
kampung – kampung. Menurut kepercayaan karut, gasing yang
boleh berpusing melebihi tempuh 24 jam adalah disebabkan atau
dipercayai telah diserapi oleh semangat.

6

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Asal usul perkataan gasing Bagi negeri kedah pula,
adalah bermula daripada
perkataan “ gah berpusing “ permainan gasing berasal
dimana dalam permainan
gasing gah adalah membawa daripada permainan ‘ laga telur
maksud kepada ligat berpusing
tanpa henti dan tegak dalam ayam ’ dimana permaianan
satu kedudukan. Salah silah
atau asal bermulanya bentuk memusing dan melaga telur ayam
struktur sesebuah gasing
adalah bergantung kepada amat popular dalam kalangan
sesebuah negeri. Menurut
sumber daripada Negeri kanak-kanak pada zaman dahulu.
Terengganu, permainan gasing
ini bermula daripada Rentetan daripada permaianan
memusing atau memutarkan
buah berembang, dimana buah ‘laga telur ayam’ makan
tersebut berbentuk bulat, leper
dan licin yang boleh ditemui di munculah idea untuk
persisiran pantai..
menghasilkan gasing yang

menyerupai rupa bentuk telur

ayam.dan ditambah paku sebagai

paksi bagi mempercepatkan

kelajuan berpusing dan tahan

lama. Hal ini kerana, gasing yang

diputar dengan menggunakan

tangan kurang daya tahan lama

untuk berputar, maka dengan itu

tali telah digunakan sebagai satu

penyokong bagi

mempertingkatkan kelajuan

pemusingan gasing. 7

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Manakala di Negeri Pahang pula berpendapat, permainan gasing
pada zaman dahulu adalah berunsur daripada senjata yang
digunakan dalam mengangkap atau memburu haiwan. Bentuk
gasing yang mempunyai struktur yang bulat dan leper akan
berputar dengan laju apabila dibaling atau dilemparkan ke badan
haiwan yang sedang diburu. Oleh hal demikian, masyarakat
Pahang beranggapan permainan gasing ini adalah datang
daripada idea para pemburu haiwan yang ingin menguji
kebolehan melempar gasing ke sasaran.

8

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Bukan sahaja negara Malaysia Bagi di Malaysia
yang mempunyai permainan
gasing, malah negara-negara Asia permainan gasing
lain juga seperti Afrika, Japan dan
Thailand mempunyai permainan sangatlah terkenal
gasing tetapi nama , reka bentuk
gasing dan cara permainan gasing dikawasan pantai timur
itu dimainkan tidaklah sama
seratus peratus dengan negara Malaysia seperti negeri
Malaysia. Hal ini kerana, setiap
cara dan reka bentuk gasing Kelantan dan Terengganu.
adalah dipengaruhi kawasan
setempat dan faktor-faktor Jadi tidak hairanlah kalau
penghijrahan, penjajahan dan
perdagangan yang telah berlaku kita mendengar falsafah
pada zaman dahulu kala.
gasing yang diutarakan

oleh orang-orang zaman

dahulu, dimana berbunyi

“ paksi gasing mengikut

paksi bumi dan edarannya

”. makna dari falsafah

tersebut boleh diertikan

dimana keseimbangan

amatlah diperlu dalam

sesebuah pembuatan

gasing supaya sesebuah

gasing yang dicipta tidaka

akan ketetel dan imbal,

sama juga seperti

kehidupan manusia

dimana memerlu

kesimbangan dalam

menjalani kehidupan

seharian.

9

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

10

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Struktur gasing boleh dikategorikan atau dibahagikan kepada lapan
bahagian. Bahagian pertama ialah paksi, paksi adalah sejenis logam
yang akan dipasakkan kepada patak gasing yang bertindak untuk
meligatkan gasing dan juga berfungsi sebagai sangga tuas gasing.
Bahagian kedua ialah patak, patak ialah bahagian yang terletak di
antara badan gasing dan paksi gasing. Ketiga ialah labu gasing, labu
gasing terletak diantara bahu dan patak gasing untuk lilitan gasing.
Keempat ialah kepala gasing dimana ia terletak di atas tubuh gasing
yang berbentuk bulat dan kecil. Terdapat juga sesetengah kepala
gasing dibalut dengan besi logam bagi menampakkan keunikkan
kepada sesebuah gasing tersebut. bertindak sebagai penyokong
dimana ia digunakan sebagai tempat berpaut tali yang akan dililitkan
pada gasing. Bahagian kelima ialah leher gasing, leher gasing ialah
bahagian antara kepala dan bahu gasing yang bertindak sebagai
tempat untuk melekatkan hujung tali gasing. Keenam ialah bahagian
bahu gasing. Bahu gasing adalah bahagian atas tubuh gasing dimana
sebagai tempat untuk melilit tali gasing. Bahagian ketujuh ialah
pemotek. Pemotek dikenali sebagai hiasan kepala gasing, pemotek
diperbuat daripada pelbagai jenis logam dan plastik yang dilekapkan
pada bahagian kepala gasing sebagai satu bentuk hiasan. Bahagian
yang terakhir ialah turap, turap adalah bahagian yang akan dipasang
pada kepala gasing bagi mengelakkan kepala gasing daripada retak,
pecah dan tertanggal.

11

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Gasing terbahagi kepada tiga kategori gasing dan mempunyai
fungsi yang berbeza. Kategori yang pertama adalah Gasing
Hiasan. Gasing Hiasan ialah gasing yang dibuat khusu untuk
perhiasan sahaja dan tidak digunakan dalam permainan. Gasing
Hiasan boleh direka dengan pelbagai jenis kayu dan ia juga tidak
mementingkan kestabilan untuk berpusing, kerana ianya
bertindak sebagai hiasan semata-mata.

12

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Gasing Pangkah
Pahang

Gasing Pangkah Johor

Kedua ialah Gasing Pangkah, Gasing Pangkah ialah gasing yang
digunakan untuk memangkah Gasing Uri atau dikenali sebagai
gasing permainan. Bagi mencipta gasing pangkah yang
berkualiti, ianya perlulah menitik beratkan dari segi pemilihan
jenis kayu yang sesuai bagi mendapatkan berat yang betul.
Berat yang betul mempengaruhi keseimbangan dan keligatan
yang baik, hal ini kerana untuk mendapatkan ketahanan dan
keligatan walaupun setelah dipangkah.

13

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Yang terakhir ialah Gasing Permainan atau dikenali sebagai
Gasing Uri. Gasing Uri bukanlah digunakan untuk pangkah
memangkah tetapi ianya hanya untuk pertandingan urinya
sahaja. Kebiasaanya Gasing Uri sangat popular di sebalah pantai
timur, seperti Kelantan dan Terengganu.

14

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Setiap reka bentuk yang terdapat pada sesebuah gasing
mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan membawa maksud yang
tersendiri. Bagi sesebuah gasing sudah semestinya mempunyai
paksi, paksi bagi setiap gasing adalah melambangkan kepada kalbu,
ianya diperbuat daripada besi waja dan terletak pada bahagian
tengah sebelah bawah gasing dimana tempat gasing berpusing.
Patak pada sesebuah gasing adalah bagi melambangkan roh dan
labu bagi sesebuah gasing puala adalah mewakili sebagai simbol
nafsu. Kepala gasing pula adalah melambangkan akal dan yang
terakhir adalah pemotek. Pemotek adalah merujuk atau
melambangkan sebagai bentuk iman dimana ianya terletak di
bahagian pusat ikatan tali gasing. Biasanya pemotek akan disalut
dengan perak serta dihiasi dengan rekaan pelbagai jenis bunga-
bungaan supaya lebih kelihatan menarik dan menawan.

15

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Dalam pembuatan gasing, perkara utama yang sangat penting dan
perlu dititik beratkan adalah berkaitan kayu, bagaimana cara
pemilihan sesuatu kayu itu sehingga ianya sesuai digunakan dalam
pembuatan sesebuah gasing. Kebiasaannya gasing akan diperbuat
daripada kayu yang paling keras hingga yang paling lembut. Gasing
yang keras diperbuat daripada kayu yang tahan lasak dan tidak
mudah pecah, mempunyai daya berpusing yang sangat ligat dan
tenang ketika sedang dimainkan. Kayu yang paling sesuai
digunakan dalam pembuatan gasing adalah dari jenis seperti kayu
merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau
keradah, kerana lebih mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih.
Selain hal itu, kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan,
penaga, keranji juga menjadi pilihan. kayu seperti kayu manggis,
jambu batu, ciku, duku atau asam jawa juga sering digunakan
dalam pembuatan gasing kerana ianya lebih ringan daripada kayu
bakau dan kayu koran.

16

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Bahan – bahan lain yang turut sama diperlukan dalam membuat
gasing adalah kapak, mesin pelarik, parang, gergaji 42, tatah,
gerudi, paku, kertas pasir dan pemahat. Setelah kayu telah
dipilih mengikut kesusaian, maka bahan-bahan yang dinyatakan
tadi akan digunakan dalam membentuk gasing. Kapak akan
digunakan untuk menakik kayu menjadi bentuk gasing. Setelah
itu, kayu akan dilarik mengikut saiz dan bentuk gasing yang
ditetapkan. Sebelum proses itu, besi yang berbentuk paku akan
ditanam ke dalam kayu yang telah dibentuk, supaya menjadi
seimbang. Setelah selesai membentuk gasing, timah akan
diperlukan sebagai lilitan pada badan gasing supaya gasing lebih
berat. Anggaran berat timah adalah seberat lima kilogram dan
mempunyai daya tahan yang tinggi, dimana tidak mudah serpih
atau pecah. Setelah selesai gasing akan diwarnakan dengan
varnis supaya menjadi kilat, cantik dan menarik perhatian.
Bentuk gasing boleh berupa leper atau oval bergantung pada
rekaan gasing yang dibuat.

17

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Kita sedia maklum, dimana proses pembuatan gasing adalah tidak
mudah dan memerlukan kemahiran serta kesabran yang tinggi
dalam membuat sesebuah gasing yang bermutu dan berkualiti.
Proses pembuatan gasing terdiri daripada beberapa peringkat yang
terdiri daripada peringkat pertama hingga peringkat ketiga. Pada
peringkat pertama, dimana proses pencarian jenis kayu yang
bermutu tinggi dan menarik untuk digunakan semasa pembuatan
gasing dijalankan. Oleh hal yang demikian, hanya tukang-tukang
pembuat gasing yang mahir sahaja mempunyai seni dalam menilai
kualiti sesuatu kayu tersebut. Kayu seperti jenis kayu Merbau dan
kayu Membaru menjadi kayu yang yang paling digemari oleh
peminat gasing, dimana kayu yang matang dapat menghasilkan
gasing yang berkualiti dan menarik

18

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Langkah pertama, potongan kayu diukir terus
membentuk Gasing yang dikehendaki, Gasing Uri,

Gasing Pemangkak dan Gasing Penahan.

Langkah kedua, Setelah berbentuk gasing, kemudian
dihaluskan. Kayu sepanjang 50 cm, biasa nya dapat

menghasilkan tiga buah gasing

Langkah ketiga, Kemudian bahagian tengah gasing
diberi kawat atau paku supaya putaran tahan

lama, dan kekal dan di “ balancing “ dengan cara
memutar gasing di atas sebuah papan.

19

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Proses kedua ialah berkaitan proses membalak kayu, proses ini
adalah proses dimana kayu akan dipotong dan dibentuk menjadi
bentuk gasing yang diinginkan dengan menggunakan kapak,
gergaji atau parang. Kayu gasing yang dalam bentuk balak akan
dirapikan dan dinipiskan menjadi bentuk bulat atau lepe. Ukuran
kayu gasing perlulah berukuran 15 sintimeter mengikut ukuran
jejarinya.

Peringkat yang terakhir semasa proses pembuatan gasing adalah
dimana kayu gasing akan dilarik dengan menggunakan sejenis
alat pelarik. Justeru itu, pembuat gasing atau tukang gasing akan
menggunakan kemahiran mereka untuk membentukkan kayu
menjadi gasing yang dikehendaki oleh mereka. Selepas dibentuk
menjadi gasing, kertas pasir akan digunakan bagi melicinkan
permukaan gasing supaya menjadi lebih halus dan berbentuk.
Setelah selsai menghalusi permukaan gasing, logam akan
digunakan sebagai penutup kepada kepala gasing dan manakala
pada bahagian gasing akan diletakkan timah yang berat bagi
mempertingkatkan kestabilan pada gasing tersebut. Akhir sekali
varnis akan digunakan sebagai pewarna untuk mencantikkan lagi
gasing yang telah siap dibentuk.

20

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

21

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Gasing Tanjung merupakan gasing yang sering
dimaikan di Muar, Johor. Ianya dimainkan dengan
setiap pemain bergilir-gilir yang menjadi
mengacau dan pemangkah. Di Negeri Selangor
gasing ini dinamakan gasing labu lemak. Gasing
tanjung biasanya diperbuat daripada kayu keranji,
kempas, cengal dan merbau. Biasanya gasing
tanjung berbentuk buah berembang dan berat
sekitar 0.6 kg. Selain itu, ianya mempunyai lilitan
sekitar 40 cm dengan ketinggian sekitar 10 cm.

Gasing Toyol merupakan sejenis gasing yang berbentuk

tinggi seperti berembang dengan berat sekitar 0.6 kg

sama dengan gasing tanjung. Cuma gasing toyol

mempunyai lilitan sekitar 36 cm dengan ketinggian

sekitar 12 cm. Gasing toyol selalunya banyak dimainkan

di Negeri Melaka. Sama juga gasing toyol yang sering

menjadi untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang

masa dan mudah bergesel dengan gasing lain. Ketika

dalam permainan, gasing toyol mestilah dipangkah

dahulu dan jika tidak ianya akan menggangu gasing-

gasing lain. Pada masa kini, pemain gasing di negeri

Selangor dan Negeri Sembilan mula menggunakannya

sebagai pengacau. 22

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Gasing Leper Kelantan merupakan sejenis gasing yang
sering dimainkan di Negeri Kelantan. Ianya biasa
dimainkan atau cara permainannya adalah lama
tempoh ianya berputar. Gasing Leper Kelantan
merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah
seperti piring dengan berat sekitar 8 kg. Selain itu,
gasing tersebut mempunyai lilitan sebanyak 48 cm
dengan ketinggian anggaran 6 cm. Jenis ini hanya
terdapat di Negeri Kelantan dan dimainkan oleh
segelintir pemain tradisional. Gasing tersebut
disimpai berat disebabkan ianya mampu berpusing
ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat
asal gasing tersebut.

Gasing lang Laut merupakan sejenis gasing yang

dahulunya banyak terdapat di Negeri Johor tetapi kini

ianya lebih mudah melihat dan didapati di Negeri

Selangor. Gasing Lang Laut berbentuk sederhana

dengan bentuk berembang dengan berat 0.6 kg.

Selain itu, gasing tersebut mempunyai lilitan sekitar

30 cm dan ketinggian 12 cm. Bentuk gasing lang laut

agak tinggi sementara patak pula merincung dan rata

dari bahu hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini

berfungsi seperti helang yang menyambar dari atas.

Di Negeri Selangor, gasing tersebut disebut sebagai

petek-petek. 23

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Gasing Kuno merupakan jenis gasing silam
yang pernah dimainkan di Negeri Kelantan,
Terengganu, Pahan, Kedah, Selangor dan
Johor. Gasing tersebut merupakan gasing
yang masih mengekalkan bentuk lama yang
diperbaiki daripada bentuk berembang.
Biasanya ianya digunakan untuk memangkah
dan diperbuat daripada kayu merbau, ru dan
keranji. Di Negeri Pahang, terutamanya di
Kuala Lipis dan Temerloh, bentuk amat bulat
sedikit dan di Negeri Johor pula paksinya
lebih besar dan panjang. Gasing kuno
mempunyai bentuk berembang dengan berat
sekitar 0.6 kg dan mempunyai lilitan
sebanyak 30 cm dan ketinggian 10 cm.

Gasing jantung adalah gasing berbentuk
jantung dan biasanya dimainkan di
Negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak,
Negeri Sembilan dan Sarawak. Gasing
tersebut juga dikenali sebagai gasing
lundu

24

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Gasing Begelen merupakan sejenis gasing yang
berbentuk rendah seperti piring dengan berat 0.5 kg.
Gasing tersebut mempunyai lilitan sebanyak 30 cm
dengan ketinggian 8 cm. Gasing tersebut merupakan
gasing jawa dan bentuk asas gasing leper Johor dan
Gasing Uri. Selain itu, ianya diperbuat daripada kayu
jenis ringan seperti leban atau gelam tetapi telah
disimpai dengan menggunakan keluli. Gasing jenis ini
juga terdapat di Negeri Sabah dan Brunei. Selain
digunakan untuk memusing ianya boleh digunakan
untuk memangkah. Bagi pemain Negeri Johor, gasing
ini hanya digunakan untuk bermain dalam gelanggang
ynag becak sahaja.

Gasing dimainkan dengan dua cara iaitu gasing

pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah dimainkan

dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing

lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji

ketahanannya berpusing. Gasing pinang pula

dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda

dijadikan paksi dan pemegang gasing tersebut.

Selain itu, Gasing Pangkah ini boleh dilagakan atau

diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal

1.72 cm dan panjang perlu 3 hingga 5 meter

dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh

permukaan gasing. 25

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Gasing Uri merupakan sejenis
gasing yang popular di Negeri
Kelantan. Gasing uri mempunyai
badan asas yang kecil dan dililiti
dengan simpai. Gasing ini di simpai
dengan menggunakan timah, besi
atau plumbum. Jika simpai
diperbuat daripada timah ianya
digunakan untuk memangkah.
Selain itu, Gasing Uri ini
sememangnya kecil tetapi berat.
Gasing Uri mempunyai bentuk
rendah dan agak leper dengan
berat sekitar 6 kg dan mempunyai
lilitan sekitar 60 cm dengan
ketinggian 8 cm. (Nadhirah, 2016)

26

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Salah satu kemaslahatan permainan tradisional ialah permainan
ini merupakan kebanggaan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini
demikian kerana permainan tradisional adalah ciptaan nenek
moyang kita yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa
kita. Permainan tradisional tidak boleh disamakan dengan
permainan elektronik atau permainan siber. Alat permainan
tradisional juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan
terunggul. Sebagai contohnya, wau bulan telah dihias dengan
kertas warna-warni yang dilukis dan digunting dengan cantik
nian. Jika permainan tradisional kita telah lenyap di bumi kita,
apakah kebudayaan yang dapat memperlihatkan maruah bangsa
kita? Ingatlah peribahasa, “sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna.”

27

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Tambahan pula, permainan tradisional juga merupakan satu
daya tarikan yang signifikan dalam industri pelancongan. Selain
menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan
menikmati juadah yang lazat di negara kita, para pelancong
pasti ingin menghayati corak budaya kita yang berwarna-warni.
Lantaran itu, permainan tradisional berupaya memukau hati
pelancong yang melawat ke Malaysia. Seperti peribahasa, “Tak
kenal maka tak cinta“, setelah diperkenalkan kepada pelancong,
lazimnya mereka akan berminat dan turut bermain dengan
seronoknya terhadap permainan tradisional. Rentetan daripada
itu, hotel- hotel lima bintang dan pusat peranginan yang
terkemuka di negara kita patut menyediakan tapak dan alat
permainan tradisional kepada pelancong asing kita. Hal ini
bukan sahaja dapat memangkinkan industri pelancongan tetapi
juga memperkenalkan kebudayaan kita kepada bangsa lain,
seperti peribahasa, “serampang dua mata.” Ternyata,
permainan tradisional merupakan salah satu tarikan dalam
industri pelancongan.

28

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Lebih-lebih lagi, permainan tradisional dapat mengukuhkan
hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan sentiasa
sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan adanya permainan
tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat
bermain bersama secara beramai-ramai. Tamsilnya, terdapat
kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh orang ramai untuk
bermain layang-layang. Peminat itu tidak mengira bangsa dan
budaya tetapi bersama-sama memperlihatkan lelayang yang
beraneka corak . Mereka juga berkongsi idea dan pendapat
tentang lelayang mereka. Tidak hairanlah akan terciptanya
suasana yang muhibah dan harmoni dalam masyarakat. Mereka
turut melegakan tekanan dan menghabiskan masa bersama
dengan keluarga sendiri. Senario ini jauh lebih baik daripada
individu yang asyik bermain permainan komputer di kamar
sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain.

29

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Antara kebaikan permainan tradisional ialah dapat mengeratkan
hubungan kekeluargaan atau persahabatan. Sama ada
permainan tradisional itu dimainkan secara individu,
berpasangan, atau berkumpulan, seperti wau, batu seremban,
konda kondi, dan lain-lain, lazimnya mereka bersorak dan
bertepuk tangan bersama-sama semasa bermain. Suasana
bertambah meriah apabila pemain menyokong ahli kumpulan
masing-masing. Hal ini dapat meningkatkan perasaan kasih
sayang antara ahli keluarga. Malahan, permainan sedemikian
akan mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, permainan tradisional juga dapat membina sikap
sabar dan kerjasama dalam kalangan pemainnya. Dalam menuju
kemenangan, permain bersabar untuk menyudahkan
permainan, seperti permainan dam aji dan dam ular sehingga
diiktiraf sebagai pemenang. Bagi permainan berkumpulan pula,
contohnya sepak raga, para pemain saling bekerjasama
merancang strategi untuk memenangi permainan tersebut.
Kedua-dua sikap positif ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan
pemain sehari-harian.

30

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Permainan tradisional juga menjimatkan wang, Harga permainan
tradisional yang dijual di pasaran sekitar puluhan ringgit sahaja
malahan terdapat permainan yang dapat dihasilkan sendiri
menggunakan kreativiti masing-masing, sebagai contoh,
permainan sepak bulu ayam daripada bulu ayam yang berwarna-
warni dan batu seremban daripada perca kain, Lagi pula,
permainan tradisional tidak memerlukan peralatan tambahan
dan tenaga elektrik atau bateri untuk menggerakkannya. Hal ini
sangat berbeza dengan permainan elektronik.

31

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Bertepatan dengan peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas
hujan, negara kita kini berhadapan dengan arus globalisasi dan
modernisasi yang membawa kepada pembangunan yang pesat.
Berkait rapat dengan perkembangan tersebut, generasi muda hari
ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer
sehingga melupakan adat dalam setiap permainan tradisional
yang merupakan warisan teristimewa sejak dahulu lagi. Oleh itu,
permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih
daripada arus perdana kehidupan masyarakat. Sebagai individu,
kita tidak boleh hanya berdiam diri dengan membiarkan khazanah
budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman
yang berlaku. Jika perkara ini semakin berlarutan kita seolah-olah
membiarkan anak watan berterusan meminggirkan budaya
mereka. Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak
perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan
martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan
kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan
tradisional ini patut diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi
mengangkat martabat permainan tradisional di nusa tercinta ini.

32

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Institusi kekeluargaan dianggap pihak yang paling dominan

berperanan memperkenalkan serta mempopularkan permainan

tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak

mereka. Hal ini demikian kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri

teladan kepada anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa

berperanan penting dalam mendedahkan permainan tradisional

kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan

peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan

memupuk minat bermain permainan tradisional. Sebagai usaha

untuk mengekalkan tradisi permainan tradisi ini, mereka boleh

membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai

hadiah sempena hari ulang tahun ataupun sebagai hadiah kerana

pencapaian cemerlang dalam akademik di sekolah. Ahli keluarga

lain juga boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional

melalui Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan secara

bersendirian atau bersama dengan rakan-rakan sekerja dan

sebagainya. Inisiatif dan usaha ini dapat memberikan peluang

yang besar kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian

untuk mencuba bermain dengan permainan tradisional seperti

bermain gasing dan bermain congkak. Jelas bahawa melalui usaha

tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan sesuatu

permainan tradisional serta mengeratkan lagi hubungan

silaturahim sesama ahli keluarga, bak kata peribahasa sambil

menyelam minum air. 33

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran
Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional sebagai
satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah. Rentetan
daripada itu, pihak sekolah digalakkan menubuhkan kelab atau
persatuan yang bercirikan permainan tradisional. Dengan
berpayungkan kelab atau persatuan permainan tradisional
seperti Kelab Budaya Bangsa, para pelajar mampu untuk
mendapatkan peluang mempelajari tentang cara membuat, cara
bermain dan mengetahui syarat-syarat bermain tentang sesuatu
permainan tradisional. Setelah mengetahui secara mendalam
sesuatu permainan itu, pelajar akan berminat untuk melibatkan
diri dalam permainan tradisional tersebut. Usaha menanam
minat terhadap generasi muda penting kerana mereka
merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka
bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan. Hal ini dapat
dibuktikan dengan penglibatan pelajar secara langsung dalam
permainan tradisional. Nescaya hal ini dapat mempopularkan
permainan tersebut di Malaysia daripada pupus dan lenyap
begitu sahaja. Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal
maka tak cinta, maka iltizam pihak sekolah amat dituntut agar
putera-puteri yang sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat
aktif mempopularkan permainan tradisional di samping
mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan.

34

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai
permainan tradisional merupakan satu kaedah yang ampuh
untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita.
Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan
kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti
akhbar dan televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan
rancangan dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan
tradisional di negara kita seperti permainan gasing dan lain-lain.
Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, media juga
berperanan penting dalam memberikan kesedaran yang besar
kepada orang ramai akan kepentingan permainan tradisional
kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan
sempena kempen tersebut, seperti peraduan mengarang,
pameran, peraduan melukis poster dan lain-lain lagi. Melalui
proses tersebut, permainan tradisional boleh menjadi lebih
popular di merata-rata tempat bersesuaian dengan kata
peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan
kerjasama padu yang dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah
pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya
kepada generasi baru.

35

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Tidak disangka akan lagi, penganjuran pelbagai bentuk
pertandingan merupakan inisiatif yang agak praktikal untuk
mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di
Malaysia. Melalui pertandingan yang diadakan semua pihak yang
mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan
mengukuhkan ukhuwah antara mereka. Hal ini demikian kerana
sebagai fitrah manusia, segelintir masyarakat memang suka
bertanding untuk mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi kerajaan
dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh
menggembleng tenaga dan usaha dengan sektor korporat seperti
Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan pertandingan
permainan tradisional dari peringkat terendah hinggalah ke
peringkat antarabangsa. Contohnya ialah penganjuran Festival
Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor oleh
kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan
korporat. Berdasarkan rekod yang ada, pertandingan layang-
layang tersebut berjaya menarik ramai orang yang meminati
permainan layang-layang dari seluruh dunia untuk turut
mengambil bahagian. Terbukti di sini, penganjuran pelbagai
pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional
sekaligus mempromosikan industri pelancongan kepada
pelancong dalam dan luar negara.

36

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Natijahnya, permainan tradisional merupakan khazanah

warisan yang tidak ternilai. Oleh itu generasi muda

bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada

generasi kepada generasi, seperti peribahasa, “Tak lapuk dek

hujan, tak lekang dek panas.” Walaupun zaman beredar, tetapi

segala warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh supaya

bangsa kita tidak digelar sebagai etnik yang tidak berakar umbi

dan sentiasa terhanyut oleh arus globalisasi. Permainan

tradisional memang banyak manfaatnya berbanding dengan

permainan elektronik.

37

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Oleh itu, semua pihak haru memulihara permainan ini agar terus
kekal dalam seni budaya masyarakat. Semua etnik tidak
sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk
permainan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan
tersebut ialah khazanah dunia yang tidak ternilai harganya.
Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah serta bersedia
melakukan pecutan akhir ke arah negara maju, kita tidak
seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang
melupakan asal usul yang penting dengan mengabaikan
peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap
semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada
setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam
warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi
mendatang.

Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia perlu
menyahut cabaran dan menghadapi semangat habis kapak
berganti beliung untuk merealisasikan impian negara tercinta ke
arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang.

38

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

2008, A. R. (2008, APRIL 25). SEJARAH ASAL USUL PERMAINAN GASING.

Didapatkan dari dukeamienerev.blogspot.com:

http://dukeamienerev.blogspot.com/2008/04/sejarah-dan-asal-usul-gasing-

permainan.html

Clayton, R. F. (t.t). Sejarah Dan Asal Usul Gasing. Didapatkan dari pdfcoffee.com:

https://pdfcoffee.com/sejarah-dan-asal-usul-gasing-pdf-free.html

Conservatories. (t.t). PERMAINAN TRADISONAL GASING. Didapatkan dari Copyright

(c) 2011 Permainan Tradisional. Designed by : http://blog-permainan-

tradisional.blogspot.com/2012/04/sejarah-dan-asal-usul-gasing.html

Datu, D. S. (2016, OKTOBER 03). Gasing Pangkah (Permainan Tradisional

Masyarakat Kelantan). Didapatkan dari https://www.flickr.com/Datu Sarijul

Bin Datu (C13A079):

https://www.flickr.com/photos/145329173@N06/30231912505

exeter.ac.uk. (2018, APRIL 17). GASING. Didapatkan dari documen.site/:

https://documen.site/download/gasing_pdf

kiliknote. (2014, DISEMBER 04). GASING. Didapatkan dari My Note Blog :

http://kiliknote.blogspot.com/2014/12/gasing.html

Nadhirah, I. (2016). Gasing Warisan Identiti Melayu. Didapatkan dari Wix.com:

https://innadadika.wixsite.com/kamibagitahu-blog/home

Satibi, Z. (2019, MEI 08). GASING NUSANTARA. Didapatkan dari HARIAN METRO:

https://www.hmetro.com.my/nuansa/2019/05/453327/gasing-nusantara

Sidqi, A. (2013, JULAI 06). Sejarah Dan Asal Usul Gasing. Didapatkan dari

www.scribd.com: https://www.scribd.com/doc/152051459/Sejarah-Dan-Asal-

Usul-Gasing

39

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Ada Sebiji Roda Pedati,
Bentuknya Bulat Daripada Besi,

Diikat Tali Sekuat Hati,
Dilempar Hidup Dipegang Mati.

40


Click to View FlipBook Version