SADN1033 HASLIANA BT HASRIN (289042)
PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER APRIL SESI 2022/2023 (JA212)
PENGAJIAN JARAK JAUH
PACE, UUM
SADN1033
PENGALAMAN DAN HARAPAN
SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA
- KELUARGA MALAYSIA (EKONOMI)
PENSYARAH : DR. SHAHROL AMAN BIN AHMAD
NAMA : HASLIANA BINTI HASRIN
NO. MATRIK : 289042
NO. K/P : 890824-01-5676
NO.TELEFON : 018-7618944
1
SADN1033 HASLIANA BT HASRIN (289042)
PENGENALAN
Sebagai rakyat Malaysia kita semua sudah pasti mengimpikan sebuah negara yang
aman damai tanpa sebarang gangguan dan pecah belah. Hal ini kerana, kita sedia
maklum dimana Malaysia adalah sebuah negara dimana rakyatnya terdiri daripada
pelbagai kaum yang unik, budaya, dan agama. Dalam peredaran zaman yang
semakin membangun dan pesat, pemikiran rakyat semakin melampaui sempadan.
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu bekerjasama dalam menerapkan nilai-nilai
perpaduan yang boleh menyatu padukan kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang
kaum menjadi utuh dan kuat. Disini, ekonomi menjadi salah satu tunjang yang penting
dalam mewujudkan harapan kita untuk menjadi sebuah Keluarga Malaysia yang
intelektual, maju dari segi ekonomi dan pentadbiran , zero penganggur, peluang
pekerjaan yang tinggi, harmoni dan aman damai tanpa ada sengketa antara kaum,
dimana masyarkat menjadi Keluarga Malaysia yang bersifat inklusiviti merentasi
sempadan agama, bangsa dan kaum.
PENILAIAN
Sebagai anak Malaysia, kita tidak akan terhindari daripada meletakkan sesuatu
harapan yang besar kepada negara tumpah tanah air kita iaitu Malaysia. Oleh hal
demikian tidak heran kalau ditanya apa harapan kita sebagai anak Malaysia sudah
semestinya ramai akan menjawab bahawa berharap mempunyai sebuah negara yang
stabil dari segi ekonomi terutamanya, maju dalam semua bidang atau sektor dan
perpaduan kaum yang semakin kuat dan utuh tanpa diracuni dari anasir-anasir luar.
Sebagai contoh terdapat seorang pemuda yang dikenali dengan nama Ben Ong Yi
Han, 21, beliau pernah mengatakan dimana beliau mengimpikan Negara Malaysia
menjadi sebuah negara yang semakin tegap dan stabil dari segi ekonomi dan maju
dalam semua sektor pada masa hadapan.
Ketika ini negara Malaysia dianggap stabil dari segi pentadbiran negara yang sentiasa
terpelihara daripada masalah, namun demikian sejak kebelakangan ini kita sentiasa
dihujani dengan berita dan isu berkaitan politik dimana terdapat segelintir pihak politik
tertentu cuba memberi andaian atau persepsi yang kurang baik berkaitan ekonomi ,
2
SADN1033 HASLIANA BT HASRIN (289042)
perpaduan dan kemajuan negara. Kerajaan Malaysia perlu bertindak dengan cepat
dalam menangani dan memandang serius perbuatan tersebut bagi meletakkan
Malaysia sebagai sebuah negara yang Makmur dan stabil. Secara tidak langsung,
perbuatan tersebut mempengaruhi kepada sektor ekonomi negara Malaysia kerana
negara-negara luar akan menganggap pentadbiran negara Malaysia lemah
disebabkan oleh dari politik yang goyah.
Baru-baru ini kita digemparkan dengan pandemik Covid_19 yang melanda seluruh
dunia tidak ketinggalan juga dengan negara kita Malaysia. Kesan daripada pandemik
Covid_19 memberi kesan yang besar terhadap ekonomi Malaysia dan menyebabkan
penurunan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan penurunan nilai ringgit Malayisa
(RM). Covid_19 telah memberi satu kesan atau impak yang sangat buruk kepada
beberapa sektor dalam Malaysia seperti pelancongan, perhotelan, peruncitan, hiburan
dan pasar. Hal ini telah mengakibatkan ekonomi Malaysia terjejas dan pasaran saham
di Bursa Malaysia jatuh dengan mendadak. Pakar ekonomi mengatakan pandemik
yang berterusan akan memberi impak yang besar kepada keluaran dalam negara
kasar, Standard Aberdeen Malaysia ada meramalkan dimana ringgit Malaysia akan
semakin susut disebabkan oleh Covid_19 dan krisis politik Malaysia 2020. Ini dapat
dilihat dengan penyusutan ekonomi negara sebanyak 5.6 peratus pada tahun 2020
dan ini adalah yang lebih teruk berbanding krisis Kewangan Asia pada tahun 1998.
Secara tidak langsung telah mengakibatkan kadar pengangguran di Malaysia makin
bertambah dan ramai rakayat Malaysia yang telah hilang pekerjaan dimana banyak
syarikat-syarikat yang terkesan dengan Covid_19.
ULASAN EKONOMI SEPANJANG PANDEMIK COVID_19.
Keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang susut akibat daripada kejatuhan atau
kemelesetan ekonomi akan menjadi satu pengukur atau penyebab kepada
peningkatan pengangguran dalam sesebuah negara. Perkara ini dapat dibendung
dengan cara atau tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan, dimana sesuatu dasar
yang diperkenalkan akan mempengaruhi atau mengurangkan kesan terutama kepada
ekonomi. Faktor utama yang mempengaruhi pembangunan ekonomi sesebuah
negara adalah dari sudut jumlah pengangguran, hal ini kerana menjadi petunjuk yang
3
SADN1033 HASLIANA BT HASRIN (289042)
penting kepada prestasi kitaran ekonomi bagi sesebuah negara.sesebuah negara
yang dianggap kukuh atau mempunyai pertumbuhan ekonomi yang pesat dan utuh
adalah dilihat dari segi pengangguran yang rendah. Ini kerana pengangguran yang
tingii akan menyebabkan lebihan atau pembaziran dari segi sumber manusia. Dalam
pasaran buruh, pengangguran adalah salah satu faktor yang mempengaruhi masalah
ekonomi dan perlu ditangani dengan segera. Secara tidak langsung penurunan kadar
pengangguran akan menjadi satu petanda yang baik dalam perkembangan ekonomi
Malaysia, ini kerana dapat menambahkan peluang pekerjaan disamping bertindak
sebagai satu peningkatan bagi jualan dan keluaran. Pengangguran yang tinggi akan
menjadi satu petanda yang tidak bagus dalam perkembangan ekonomi kerana akan
memperlihatkan prestasi sesebuah firma sehingga menyebabkan terpaksa berhenti
dari mengambil pekerja buruh yang baru dan terpaksa meberhentikan pekerja buruh
yang sedia ada, akibat daripada kemerosotan dalam permintaan.
Faktor kejatuhan ekonomi juga memberi kesan yang mendalam kepada rakyat
Malaysia, dimana peningkatan dalam kes bunuh diri. Dari segi pemikiran, ekonomi
akan baik sekiranya tahap kesihatan pulih tetapi tanpa kita sedar ekonomi juga boleh
membunuh dan menjadi punca utama apabila rakyat berhadapan dengan masalah
kesempitan ekonomi. Sebagai contoh, dapat kita lihat dimana ramai rakyat Malaysia
ambil jalan singkat dengan cara terjun bangunan untuk bunuh diri bagi lari dari
masalah kehilangan punca pendapatan yang menyebabkan tidak mampu untuk
membeli makanan, membayar sewa dan sebagainya. Kita sedia maklum pada tahun
2020 sehingga kini terdapat banyak syarikat dan kilang – kilang yang terpaksa gulung
tikar akibat kejatuhan ekonomi. Walaubagaimanapun pelbagai ransangan atau
suntikan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan Malaysia dalam membantu untuk
mempertingkatkan ekonomi Malaysia untuk bertahan. Ini dapat dilihat dimana,
semasa Berlanjawan 2021 Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM 24 juta bagi
menangani permasalahan yang berkaitan isu kesihatan mantel dalam kalangan
masyarakat Malaysia akibat daripada kesan pandemik Covid_19.
Kita sedia maklum, dimana Perintah Kawalan Keselamatan 2.0 telah di maklumkan
melalui pelbagai media masa rentetan daripada kenaikan kes pandemik Covid_19
4
SADN1033 HASLIANA BT HASRIN (289042)
bagi membendung penularan wabak Covid_19. Disini bermulah semula sekatan
pergerakan dimana semua sektor dimatikan sementara kecuali dibenarkan kepada 5
sektor utama kepada ekonomi Malaysia sahaja iaitu pembuatan, perkhidmatan,
pembinaan perdagangan dan pengedaran dan ini telah menjadi satu gemparan
kepada penurunan ekonomi sehinggalah lanjutan kepada Kawalan Perintah
Pergerakan 3.0 dilaksanakan. Bagi menangani kegawatan ekonomi yang semakin
membimbangkan, Tan.Sri Muhyiddin pada 15 Jun telah memperkenalkan pelan
pemulihan negara (PPN) empat fasa dimana pemulihan ini bertindak bagi mengatasi
dan memastikan kehidupan rakyat Malaysia dalam permasalahan ekonomi Kembali
kepada sedia kala menjelang akhir tahun 2021. Pada 15 ogos 2021 menjadi satu titik
permulaan dan pembaharuan dimana pihak kerajaan Malaysia telah memberi
kelonggaran dan membenarkan lebih banyak sektor perniagaan beroperasi melalui
Fasa Satu PPN yang terpakai kepada mereka yang lengkap menerima vaksin.
(BERNAMA, 2021).
KRITIKAN EKONOMI YANG DIHADAPI SEPANJANG PANDEMIK COVID_19.
Semasa perlaksanaan PKP dijalankan sepanjang tempoh 3 suku pertama tahun
2021, telah memberi impak yang besar terhadap perkembangan ekonomi Malaysia
dimana pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dapat dilihat berlaku
pengucupan sebanyak 0.5 peratus pada suku tahun pertama tahun 2021 berbanding
0.7 peratus pada suku tahun pertama bagi tahun 2020. Secara keseluruhan dapat kita
lihat dimana perkembangan ekonomi negara Malaysia bagi tahun 2021 tidaklah
seteruk yang disangka, hal ini kerana dapat kita lihat dan kita bandingkan dengan
suku tahu kedua pada tahun 2020 dimana pertumbuhan Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) menurun kepada -17.1 peratus dan ini telah menjadikan pihak yang
berkuasa untuk menyelaras semula unjuran ekonomi Malaysia.
Malaysia tidak terlepas dari kritikan semasa menjalankan pentadbiran ekonomi dalam
tempoh pandemik Covid_19 berlangsung. Isu ini telah menjadi perkara yang hangat
diperkatakan, dimana Ketua Ahli Ekonomi Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC)
Firdaos Rosli berpendapat sekatan perlulah ditarik dengan lebih awal semasa negara
bertukar ke peralihan fasa. Perkara ini perlulah diambil kira berdasarkan jumlah rakyat
5
SADN1033 HASLIANA BT HASRIN (289042)
yang telah divaksin lengkap bagi memudahkan rakyat untuk Kembali kepada
kehidupan seharian dimana kegiatan ekonomi dapat dijalankan seperti sedia kala.
Perkara ini juga telah disokong oleh Geoffrey Williams dari Malaysia University of
Science and Technology (MUST), dimana beliau menyokong sekatan diberhentikan
dengan serta merta kerana semakin lama sekatan dijalankan semakin kurang
pematuhan dalam diri setiap individu, kerana tekanan mereka terhadap kemerosotan
ekonomi dan sumber pendapatan. Sebagai contoh dapat dilihat dari segi pemakaian
pelitup muka yang telah dikuatkuasakan kepada semua rakyat Malaysia boleh
menjadi salah satu perkara yang sia-sia, hal ini kerana bukan sahaja tidak dapat dikuat
kuasakan atau dijalankan di kawasan atau dalam pejabat sekiranya terdapat nilai yang
negatif dalam setiap diri individu itu sendiri, yang tidak ada perasaan untuk ambil berat
berkaitan perkara tersebut
Tidak hairan la kita, dimana pada era pandemik Covid_19 yang semakin berleluasa
ini telah mengakibatkan keadaan rakyat yang semakin susah, tertekan dan bebas dari
kebiasaannya, telah mengakibatkan pelbagai kritikan yang keras, cemuhan dan
pemikiran yang tidak rasional perlu ditangani oleh semua pemerintah negara termasuk
negara Malaysia. Banyak pemerintah yang dipersalahkan tidak kira sama ada
daripada rakyat, pembangkang atau sekutunya, ini kerana tiada siapa yang berkuasa
dalam merangka atau membuat polisi, peraturan dan menguruskan vaksinasi. Kritikan
daripada pihak pembangkang yang sentiasa mahu menjatuhkan pihak kerajaan
manakala pihak sekutu yang tidak boleh Bersama-sama menerima teguran atau
cemuhan. Sebagai contoh dapat kita lihat melalui laman sesawang Twitter banyak
slogan dan kata-kata yang mencemuh pihak kerajaan antaranya
#KerajaanMembunuh. Slogan ini juga turut dikongsi oleh pembesar-pembesar politik
dan pihak pembangkang yang dikenali. Perkara ini menjadi satu tauladan atau satu
sikap yang tidak baik, yang telah ditunjukkan oleh orang-orang yang telah diberikan
mandat atau tanggungjawab dalam menyuarakan suara rakyat dan dipilih bagi
mewakili rakyat.
CADANGAN DALAM PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA.
6
SADN1033 HASLIANA BT HASRIN (289042)
Justeru itu, pihak kerajaan tidak boleh ambil ringan dan mudah berkaitan dengan
kemarahan rakyat di media sosial, pihak kerajaan perlu kaji dan teliti berkaitan perkara
tersebut, hal ini kerana tanpa kita sedar rakyat juga ada sebab yang tersendiri dimana,
ada segelintir rakyat yang berhempas pulas dalam mengikuti SPO sebagaimana
saranan pihak kerajaan tapi pada masa yang sama pihak kerajaan memberi
kebenaran kepada sektor pengilangan untuk membuka pengoperasian yang telah
menyebabkan peningkatan kes Covid_19.
Kita sedia maklum dimana satu per empat makanan kita adalah di import daripada
negara luar hal ini akan menyebabkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) akan menjadi berkurang. Oleh hal demikian, pihak kerajaan perlu merangka
atau meneliti pengganti makanan import yang boleh kita perhebatkan dan perluaskan
lagi. Sebagai contoh, negara Malaysia banyak mengimport produk daging dan tenusu
daripada negara luar, ini kita dapat lihat di Malaysia bukankah binatang seperti lembu,
kambing dan kerbau dapat hidup, oleh demikian mengapa negara Malaysia perlu
mengimport produk tersebut walhal kita boleh mengusahakan, kita lupa bahawa
negara Malaysia terletak di garisan Khalatulistiwa, dan mempunyai bentuk muka bumi
yang stabil untuk penternakan dan penanaman sayuran dan buah-buahan. Negara
Malaysia boleh menjadi sebuah negara sebagai pengeluar produk makanan yang
terhebat di dunia.
Negara Malaysia juga boleh mempertingkatkan ekonomi negara dengan cara
bekerjasama melaui hab e-dagang serantau, sebagaimana yang telah diperkatakan
sejak pentadbiran Barisan Nasional dimana negara Malaysia mempunyai (Mou)
dengan syarikat Alibaba iaitu Jack Ma yang merupakan sebuah syarikat e-dagang
yang terbesar di negara China dan juga merupakan salah satu syarikat e-dagang
terbesar di dunia. Perkara ini telah diusulkan tetapi tidak terjadi kerana yang sedia kita
maklum berlaku perubahan tompok pimpinan dan perubahan kerajaan. Pihak
kerajaan boleh mengambil kira-kira untuk untuk berfikir kembali dalam melibatkan
negara Malaysia menjadi sebuah negara hab e-dagang serantau. Ini kerana Malaysia
berpotensi untuk menjadi sebuah pusat e-dagang yang terhebat di dunia dan secara
7
SADN1033 HASLIANA BT HASRIN (289042)
tidak langsung akan mempertingkatkan pendapatan ekonomi negara Malaysia
kepada tahap yang lebih baik daripada sekarang.
KESIMPULAN.
Secara tuntasnya, dapat kita simpulkan dimana pembangunan ekonomi adalah
sangat penting untuk masa hadapan sesebuah negara yang pesat membangun dan
maju. Sebagai anak Malaysia sudah tentu kita mempunyai harapan yang tinggi
kepada negara Malaysia terutama dalam sektor ekonomi supaya kehidupan kita masa
akan datang lebih terjamin, selaras sebagaimana yang telah diperkatakan melalui
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” dimana tiga objektif utama telah
diketengahkan. Pertama ialah menstruktur atau menyusun semula sektor ekonomi
dalam menjamin dan memastikan pembangunan negara dapat memberi hasil yang
berguna dan manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Kedua adalah membanteras
prinsip ketidaksamaan yang timbul atau wujud dalam bentuk pendapatan (
penghasilan pendapatan, kumpulan etnik wilayah dan sebagainya) dan perbezaan
kekayaan antara rakyat, ini kerana adalah bagi memastikan semua rakyat Malaysia
mendapat kuasa yang sama dan tidak ketinggalan kebelakang berbanding negara-
negara luar yang lain. Terakhir adalah, melahirkan sebuah negara yang bersatu padu,
harmoni, aman damai, makmur dan negara yang penuh kedaulatan dan bermaruah
agar dapat mencipta lantas menjadi paksi ekonomi di rantau Asia.
RUJUKAN
Abdullah, M. (2017, JUN 24). Harapan rakyat: Malaysia terus aman, perpaduan stabil tanpa
diracuni anasir luar. Retrieved from SARAWAK VOICE:
https://sarawakvoice.com/2017/06/24/harapan-rakyat-malaysia-terus-aman-
perpaduan-stabil-tanpa-diracuni-anasir-luar/
Azman, F. (2021, FEBRUARI 21). COVID-19: Kesan ekonomi juga boleh 'membunuh',
bukan hanya kesihatan awam - Dr Jemilah Mahmood. ASTRO AWANI.
BACKER, A. J. (2021, JULAI 4). Menangani kemarahan di media sosial. Retrieved from
SINAR HARIAN:
https://www.sinarharian.com.my/article/147946/KOLUMNIS/Menangani-kemarahan-
di-media-sosial
Berhad, S. M. (2019, oktober 10). WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di
seluruh negar. https://www.mstar.com.my/klik/2019/10/10/wkb2030.
8
SADN1033 HASLIANA BT HASRIN (289042)
BERNAMA. (2021, DISEMBER 8). COVID-19 kekal jadi musuh ekonomi. BERITA HARIAN.
SALLEH, A. W. (2022, APRIL 27). Lebih baik tarik semua sekatan Covid-19, kata ahli
ekonomi. Retrieved from https://www.freemalaysiatoday.com/:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/04/27/tarik-
semua-sekatan-lebih-baik-berbanding-kelonggaran-kata-ahli-ekonomi/
Sejahan, Z. H. (2020, september 20). 7 cadangan tingkat ekonomi negara.
https://www.utusan.com.my/rencana/2020/09/7-cadangan-tingkat-ekonomi-negara/.
Wikipedia, e. b. (2021, NOVEMBER 12). Kesan ekonomi pandemik COVID-19 di Malaysia.
Retrieved from WIKIPEDIA:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesan_ekonomi_pandemik_COVID-19_di_Malaysia
YUSOF, D. Y. (2021, FEBRUARI 19). Malaysia yang kita banggakan.
https://www.sinarharian.com.my/.
ZAKARIA, M. N. (n.d.). PENGANGGURAN DI MALAYSIA : KESAN PANDEMIK COVID 19.
Retrieved from 14 PENGANGGURAN DI MALAYSIA KESAN PANDEMIK COVID-
19.pdf:
https://jpp.mohr.gov.my/files/pdf/notes/14%20PENGANGGURAN%20DI%20MALAY
SIA%20KESAN%20PANDEMIK%20COVID-19.pdf
9