SEKTOR DOKUMENTASI PENDIDIKAN BPPDP, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras SB-4, Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya. Tel : 03-8884 €i425 Faks : 03-8884 6284 TARIKH : 05 JANUARI 202& (ISNIN) SERITA HARIAN_JZ J UTUSAN M'SIA CJ N. STRAITS TIMES CJ THE STARCJ SINAR HARIANCJ ,..... I pili Elaun bulana·n, laluan kerjaya terjamin tarikan karier guru OlehAbnor Harnizam AbdManap · [email protected] ~ ff ~ fl /J.<s f}\"J.S.lf.) - Memilih menjadi guru bermaksud, ia bukan sekadar pekerjaan sebaliknya warisan dan tanggungjawab yang dipegang sejak berabad larnanya. Sama ada jauh di pedalaman atau di tengahtengah sesak ibu kota, profesion guru terus menjadi simbol kemuliaan dan pengabdian. Bagaimanapun tugasan guru kerap juga dimomokkan dengan seribu satu kesulitan dan tanggungjawab seakan tidak berkesudahan. Namun, ia tidak pula hingga menyekat dua anak muda ·mengejar cita-cita dalam bidang perguruan. Abdul Basir Muhamad, pelajar tahun akhir Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bimbingan dan Kaunseling, Institut Pendidikan Guru (IBG) Kampus Raja Melewar,. Negeri Sembilan, berkata pengarub keluarga dan komuniti sekeliling antara faktor yang menyebabkan dia memohon kursusperguruan. \"Minat menjadi guru berputik sejak di bangku sekolah rendah, dan iia terinspira,si daripada seorang bapa saudara yang bertugas sebagai guru. • \"Ibu bapa pun selalu mendorong saya menjadikan bapa Sq· udara itu sebagai suri teladan,\" katanya. Abdul Basir berkata, langkah awalnya memohon masuk IPG sebailir tamat Sijil Pelajaran Malaysia1 (SPM) tidak menjadi apabila ditawarkan melanjutkan pelaja-/ • a I ran ke Matrikulasi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan namun ditolak disebabkan terlalujaub. Katanya, disebabkan dia berasal dari Sabah, Negeri Sembilan adalah lokasi yang jauh dan sulit untuk dicapai waktu itu atas faktor kewangan. Justeru, dia memillh untuk menyambung pengajian di Tingkatan Enam, yang jarak dengan rumah lebih dekat. Bagaimanapun, ketika berada di semester dua Tingkatan Enam, dia sekali lagi mencuba nasib mengisi permohonan belajar di IPG dan kali ini rezeki menyebelahinya. \"Biarpun ditawarkan belajar luar Sabah dan sekali lagi ditawarkan belajar di Negeri Sembilan, kali ini saya rrielangkcµl dengan penuh keazaman dan keyakinan yang tinggi. . \"Apatah lagi ditawarkan ternpat di IPG, bersesuaian dengan ci- . ta-cita menjadi guru, sela.in taw.aran itu memenuhi situasi saya yang berhadapan masalah kewangan,\" katanya. Cita-cila tin~gi Abdul Basir berkata, walaupun ada cita-cita tinggi yang perfu dikejar namun dalam masa sama, dia tidak mahu membebankan ke- luarga dengan isu kewangan. \"Kelebihan IPG adanya elaun bulanan, jaqi ia boleh membantu
SEKTOR DOKUMENTASI PENDIDIKAN BPPOP, Keme,nterian Pendidikan Malaysia Aras SB-4, Blo,k EB, Kompleks E, Pusat Pentadbiiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putraja)fa. Tel : 03-8884 €>425 Faks : 03-8884 6284 TARIKH : 05 JANUARI 2026 (ISNIN) BERITA HARIAN_)ZJ UTUSAN M'SIA O N. STRtAITS TIMES □ THE STAR □ SINAR HARIAN □ saya menampung perbelanjaan sepanjang pengajian. \"Saya juga nekad mernilih bidang perguruan sebab laluan ini lebih jelas dan terjamin, sesuatu yang tidak dinikmatibagijurusan atau kursus lain,\" katanya. . Katanya lagi, faktor elaun bulanan dan sokongan kewangan me- mang menjadi tarikan kepada pelajar berkelayakan dari keluarga kurang berkemampuan dan luar band~. untuk memohon masuk keIPG. Hal ini ditambah dengan pengajian di IPG yang sangat tersusun, menggabungkan teori dan praktikum menjadikan bakal guru lebih bersedia menghadapi realiti sebenar dunia pendidikan. Sementara Mohamad Syafiq Munif Mohamad Sukri, berkata dia memilih IPG kerana pengaruh ibu bapanya yang juga bertugas sebagai guru. Katanya, tiada paksaan untuknya menjadi guru, namun membesar dengan ibu bapa yang memilih kerjaya itu menyebabkannya turut berkongsi seronok dan keterujaan ibu bapanya. \"Ibu bapa saya masih lagi bertugas. Mereka banyak memberi sokongan, sekali gus membantu saya menjadi guru yang bertanggungjawab. \"Saya pun suka melayan telatah anak-anak murid dan selalu teringat agaknya begitulah juga :saya dulu semasa bersekolah,\" katanya. Hari ini, Mohamad Syafiq bertugas sebagai guru Jempol, Nege-:ri Sembilan sebaik menamatkan pengajian di IPG Gaya, Sabah pada Mei lalu. Katanya, selain kerjaya guru yang disifatkan menyeronokkan walaupun mencabar, dia mengakui tidak perlu berbelanja besar 'untuk memulakan pengajian di IPG. \"Saya hanya mernbayar sekali :sahaja yuran pada awal pengajian dan selebihnya sepanjang lima tahun pengajian secara percuma. \"Menariknya juga pelajar tidak :perlu membebankan diri dengan membuat ·pinjaman kewangan bagi membayar yuran pengajian,\" katanya. Katanya, IPG memberi jami-:nan pekerjaan, namun bukan ·bermaksud pelajar hanya belajar :~ambil lewa sahaja. I Dl·,tina,i akadt•mik Mengulas lanjut Mohamad SJafiq Munif berkata, ketika dalam ta: hun pengajian, pelajar akan terus :mendapat penempatan sebagai guru sekolah rendah di sel~ :negara. Katanya, bagi pelajar yang :memang bercita-cita menjadi guru tidak perlu menjadikan isu kewangan sebagai punca untuk memadam hasrat berkenaan. Sebaliknya mereka boleh memohon masuk ke IPG sebaik tamat SPM sebagai langkah pertama menggapai cita-cita itu. Dalam masa sama katanya, setiap pelajar yang memohon masuk ke IPG perlu kuat semangat kerana mereka tidak ditempatkan di institut pengajian berdekatan rumah, sebaliknya di mana-mana · sahaja seluruh Malaysia. Mengulas mengenai IPG yang kononnya dilihat sebagai pilihan kedua dalam pengajian perguruan, Mohamad Syafiq berkata, hal itt.1 hanya prejudis sesetengah pihak yangtidak mengikuti perkembangan semasa. Hari ini katanya, permohonan masuk ke IPG bersekali dengan permohonan masuk ke institut pengajian lain menerusi UPUOn- . line. Katanya jika pelajar minat menjadi guru letakkan IPG se- bagai pilihan pertama dalam borang permohonan meskipun ada banyak universiti awam yang menawarkan sarjana muda pen- didikan. Tambahnya, IPG bukan sekadar · destinasi akademik malah laluan yang menghubungkan impian,realiti dan warisan keluarga yang sejak dahulu menyanjung tinggi dunia pendidikan. ~