The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LMCR 2392 Pengurusan Masa
Laporan Penuh Bengkel KnowMe Excel: Tips & Tricks
Kumpulan 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by a177981, 2022-07-19 21:40:45

Laporan Penuh Bengkel KnowMe Excel: Tips & Tricks

LMCR 2392 Pengurusan Masa
Laporan Penuh Bengkel KnowMe Excel: Tips & Tricks
Kumpulan 4

Kod Dan Nama Kursus:
LMCR 2392 Pengurusan Masa

Tajuk Laporan :
Bengkel KnowMe Excel : Tips and Tricks

Link Buku Skrap Digital :
https://bengkelexcel.blogspot.com

Link Refleksi & SWOT Analisis :
https://bengkelexcel.blogspot.com/2022/07/analisis-swot-refleksi-kumpulan.html

Link Video Pembentangan :
https://youtu.be/LNBaPZ8DbTU

Nama Pensyarah:
Dr. Fatin Hazwani Siran

Ahli Kumpulan 4 No Matrik
A178394
Bil Nama A177981
1. Norizayati Binti Ngah A183391
2. Zuryanty Binti Mohd Noor A183392
3. Nurul Syafiqah Binti Mohd Nasir A183398
4. Nurul Syafiqah binti Sharulnizan
5. Haziq Bin Abd Razak

KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Pengenalan 2
2. Objektif 2
3. Pelaksanaan Projek
3
a. Sebelum Projek 9
- Organisasi Program 9
- Buku Skrap Digital 12

b. Semasa Projek 20
c. Selepas Projek
21
i. Borang Penilaian Keseluruhan Bengkel & 22
Borang Penilaian Penceramah 23
25
ii. Maklum Balas Peserta 26
iii. Ujian 27
iv. Video Pembentangan 27
4. Halangan Melaksanakan Projek
5. Analisis SWOT 29
6. Perbelanjaan Program 29
7. Impak service learning Bengkel Knowme Excel :
Tips & Tricks
8. Kesimpulan
9. Rujukan
10. Lampiran
Lampiran 1 : Nota Bengkel
Lampiran 2 : Soalan Ujian
Lampiran 3 : Markah Ujian
Lampiran 4 : Penilaian Keseluruhan & Penceramah
Lampiran 5 : Poster Bengkel

1

1. Pengenalan
Service-Learning atau pembelajaran berasaskan khidmat merupakan satu kaedah

pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mengoptimumkan pengalaman dalam berkhidmat
kepada masyarakat. Tetapi, pandemik COVID-19 telah mengubah corak serta kaedah PdP
daripada secara tradisional kepada secara maya dan menjadi norma baharu di Malaysia. Ketika
negara kita melangkah ke fasa endemik COVID-19, taklimat, bengkel dan latihan telah mula
dibenarkan secara bersemuka dengan pematuhan yang tinggi untuk mengelakkan jangkitan
serta jumlah peserta perlu dihadkan bersesuaian dengan tempat program dilaksanakan. Projek
Bengkel KnowMe Excel : Tips and Tricks adalah projek yang dilaksanakan di bawah keperluan
subjek LMCR 2392, Pengurusan Masa dengan tema service learning dalam era pasca
pandemik berdasarkan model kerangka nilai pengurusan masa. Bengkel KnowMe Excel : Tips
and Tricks akan memberi pendedahan mengenai cara mudah untuk menghasilkan kerja dengan
lebih pantas melalui aplikasi Microsoft Excel. Bengkel ini dianjurkan oleh lima (5) orang
mahasiswa Sarjana Muda Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia bagi memenuhi keperluan
akademik Kursus Pengurusan Masa (LMCR 2392). Untuk memastikan pengurusan masa setiap
ahli kumpulan dapat diuruskan dengan baik, pembahagian tugasan telah diberikan kepada
setiap ahli kumpulan bagi memudahkan bengkel ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Bengkel telah diadakan pada 13 dan 14 Jun 2022 iaitu selama dua hari bermula pada
pukul 8.30 pagi hingga pukul 10.30 pagi dan bertempat di Bilik Latihan Komputer, Jabatan
Perangkaan Malaysia. Bengkel ini melibatkan 15 orang anggota MySTEP Bahagian
Perangkaan Perkhidmatan yang mempunyai pengetahuan asas komputer terutamanya
Microsoft Excel. Hal ini bagi memudahkan sesi pembelajaran mengenai tip dan trickskepada
peserta melalui pengetahuan asas yang mereka ada. Anggota Jabatan Perangkaan Malaysia
yang bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan data-data ekonomi dan
sosial semestinya memerlukan penguasaan dalam kemahiran perisian Microsoft Office seperti
Microsoft Excel. Oleh hal yang demikian, bengkel ini memberi tunjuk ajar mengenai tip dan
tricksuntuk kegunaan peserta melakukan kerja dengan lebih pantas dan mudah.

2. Objektif
Objektif program adalah seperti berikut :
1. Memberi pendedahan dan menambah pengetahuan pegawai My Steps DOSM

mengenai tip dan tricksdalam Microsoft Excel bagi menghasilkan tugasan secara lebih
pantas dan sistematik dengan format yang konsisten.
2. Mempelajari cara-cara mengendali dan mendidik peserta melalui eservice learning.
3. Mengenalpasti tahap kefahaman & pengetahuan peserta mengenai Tips & Tricks dalam
penggunaan aplikasi Microsoft Excel.

2

3. Pelaksanaan Projek
i. Sebelum Projek
Minggu 1 (3-9 April 2022)
9 April 2022 (Sabtu)
• Kuliah pertama LMCR 2392 Pengurusan Masa.
• Kumpulan telah berjaya dibentuk dan diberi nama Kumpulan 4.
• Setiap ahli kumpulan diminta menulis nama dan nombor matrik masing-masing
untuk dihantar kepada Dr. Fatin Hazwani binti Siran di dalam platform Telegram
kelas.
• Pada peringkat awal, Kumpulan 4 dianggotai seramai 6 orang.
Walaubagaimanapun, Muhammad Aliq Yussairi bin Nor Azlee menangguhkan
pengajian semester ini kerana ingin memberi tumpuan kepada ayahnya yang
menghidap kanser. Oleh itu Kumpulan 4 hanya dianggotai oleh 5 orang ahli.

Minggu 2 (10-16 April 2022)
11 April 2022 (Isnin)
• Saudari Norizayati binti Ngah menubuhkan Kumpulan Whatsapp Masa Itu

Emas (Kumpulan 4) untuk memudahkan komunikasi dalam kumpulan yang terdiri
daripada 5 orang ahli kumpulan.
• Saudari Norizayati binti Ngah turut memaklumkan kepada peserta tentang objektif
penubuhan kumpulan Whatsapp kepada semua peserta.

3

12 April 2022 (Selasa)
• Saudari Zuryanty binti Mohd Noor mengadakan perbincangan dalam medium

whatsapp Kumpulan 4 untuk menyediakan kertas cadangan bengkel service
learning yang akan dilaksanakan bersama ahli kumpulan.
• Ahli kumpulan menyenaraikan beberapa cadangan tentang service learning yang
akan dijalankan.
• Saudari Norizayati binti Ngah telah mengemukakan tajuk Bengkel Komputer : How
to Use Excel Professionally.
• Saudari Nurul Shafiqah binti Sharulnizan telah mengemukakan tajuk Bengkel My
Iqra : Makhraj Huruf.
• Saudari Zuryanty binti Mohd Noor telah mengemukakan tajuk Mari Belajar Khat :
Pengenalan dan Asas Ilmu Khat secara online kepada kanak-kanak di Putrajaya.
• Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir telah mengemukakan tajuk Jom Selami
Ilmu Tajwid.
• Saudara Mohd Haziq Bin Abd Razak telah mengemukakan tajuk berkenaan e-
perolehan.

13 April 2022 (Rabu)
• Saudari Norizayati binti Ngah meminta supaya setiap cadangan diperincikan di

dalam slide pembentangan bagi memudahkan pemilihan tajuk service learning.
• Saudari Zuryanty binti Mohd Noor mengemaskini kertas cadangan bagi program

berkaitan servis learning.

4

Minggu 3 (17-23 April 2022)

17 April 2022 (Ahad)

• Ahli kumpulan bersetuju dengan cadangan Saudari Nurul Shafiqah binti Sharulnizan

untuk melakukan Bengkel My Iqra : Makhraj Huruf yang akan dikendalikan oleh Cik

Mahfuzah Yusuf, founder Yusra Quranic Learning Centre yang mempunyai 99.5 ribu

pengikut di Tik Tok.

• Ahli Kumpulan bersetuju untuk membentuk organisasi program seperti berikut :

o Penasihat Program : Dr. Fatin Hazwani binti Siran

o Ketua Program : Norizayati binti Ngah

o Timbalan Ketua Program : Zuryanty binti Mohd Noor

o Setiausaha : Nurul Shafiqah binti Sharulnizan

o Timbalan Setiausaha : Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir

o AJK Teknikal : Haziq bin Abdul Razak

• Saudari Norizayati binti Ngah memuatnaik kertas cadangan Bengkel My Iqra : Makhraj

Huruf ke dalam platform Telegram kelas untuk mendapatkan pandangan dan komen

dari Dr. Fatin Hazwani binti Siran selaku pensyarah dan penasihat program.

18 April 2022 (Isnin)
• Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir telah berhubung dengan pihak Yusra Quranic

Learning Centre mengenai bengkel yang bakal dijalankan.
• Ahli kumpulan bersetuju dengan cadangan supaya saguhati sebanyak RM300 diberikan

kepada pihak penceramah.

5

• Ahli kumpulan telah menyediakan kertas cadangan untuk dihantar kepada Dr. Fatin
Hazwani binti Siran.

19 April 2022 (Selasa)
• Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir mengemaskini kertas cadangan bagi program

berkaitan service learning.
21 April 2022 (Khamis)
• Saudari Norizayati binti Ngah memuatnaik semula kertas cadangan Bengkel My Iqra :

Makhraj Huruf ke dalam platform Telegram kelas untuk mendapatkan pandangan dan
komen dari Dr. Fatin Hazwani binti Siran selaku pensyarah dan penasihat program.
Minggu 4 (24-30 April 2022)
24 April 2022 (Khamis)
• Ahli Kumpulan mengemaskini kertas cadangan dan slides pembentangan Bengkel My
Iqra : Makhraj Huruf.
• Ahli Kumpulan membuat perbincangan secara atas talian bagi perincian Bengkel My
Iqra : Makhraj Huruf.

6

Minggu 5 (1-7 Mei 2022)
1 Mei 2022 (Ahad)
• Hari Pekerja
3 - 4 Mei 2022 (Ahad)
• Cuti Umum Hari Raya Aidilfitri
7 Mei 2022 (Jumaat)
• Ahli kumpulan berbincang secara lanjut melalui medium Whatsapp Kumpulan 4.
• Saudara Haziq bin Abd Razak mengemaskini kertas cadangan program service

learning.
Minggu 6 (8-14 Mei 2022)
• Saudari Norizayati binti Ngah memuatnaik semula kertas cadangan dan poster Bengkel

My Iqra : Makhraj Huruf ke dalam platform Telegram kelas untuk mendapatkan
pandangan dan komen dari Dr. Fatin Hazwani binti Siran selaku pensyarah dan
penasihat program.

7

Minggu 7 (15-21 Mei 2022)
21 Mei 2022 (Sabtu)
• Dr. Fatin Hazwani binti Siran telah memberikan beberapa komen berkenaan kertas

cadangan Bengkel My Iqra : Makhraj Huruf. Ini kerana bengkel yang dipilih melibatkan
kos sebanyak RM300. Beliau menyarankan supaya ahli kumpulan memilih tajuk lain
yang bersesuaian yang tidak memerlukan kos dan mencadangkan program
dilaksanakan oleh ahli kumpulan berdasarkan kemahiran ahli kumpulan yang
bersesuaian.
• Ahli kumpulan terus segera membuat perbincangan secara atas talian pada pukul 2.00
petang melalui Microsoft Teams. Perbincangan dijalankan di atas talian kerana ia
menjimatkan masa serta kos. Kami tidak perlu membelanjakan kos pengangkutan di
samping perbincangan dapat dilakukan pada bila-bila masa sesuai dengan norma
baharu pasca pandemik.
• Seterusnya, pada pukul 8.00 malam, ahli kumpulan membuat perbincangan secara atas
talian melalui Microsoft Teams bersama Dr. Fatin Hazwani binti Siran untuk
mencadangkan tajuk program service learning yang bersesuaian.
• Saudari Norizayati binti Ngah mencadangkan tajuk Bengkel Knowme Excel : Tips and
Tricks semasa perbincangan.
• Dr. Fatin Hazwani binti Siran memberikan komen dan pandangan beliau berkenaan
program Bengkel Knowme Excel : Tips and Tricks.

.
Sesi perbincangan bersama pensyarah, Dr. Fatin Hazwani binti Siran

8

Minggu 8 (22-28 Mei 2022)

22 Mei 2022 (Ahad)

• Saudari Norizayati binti Ngah mengemaskini kertas cadangan Bengkel KnowMe Excel:

Tips and Tricks.

• Organisasi Bengkel KnowMe Excel: Tips and Tricks telah dibentuk seperti berikut :

o Penasihat Program : Dr. Fatin Hazwani binti Siran

o Ketua Program : Norizayati binti Ngah

o Timbalan Ketua Program : Zuryanty binti Mohd Noor

o Setiausaha : Nurul Shafiqah binti Sharulnizan

o Timbalan Setiausaha : Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir

o AJK Teknikal : Haziq bin Abdul Razak

Buku Skrap Digital
• Saudari Norizayati binti Ngah mengemaskini Buku Skrap Digital menggunakan

platform Blogspot di https://bengkelexcel.blogspot.com dengan memasukkan Kertas
Cadangan Bengkel KnowMe Excel: Tips and Tricks.
• Saudari Zuryanty binti Mohd Noor mengemaskini Buku Skrap Digital menggunakan
platform Blogspot di https://bengkelexcel.blogspot.com dengan memasukkan Laporan
Perkembangan Minggu 1 & 2.
• Saudari Nurul Shafiqah binti Sharulnizan, Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir,
Saudara Haziq bin Abd Razak mengemaskini Buku Skrap Digital menggunakan
platform Blogspot di https://bengkelexcel.blogspot.com dengan memasukkan Laporan
Perkembangan Minggu 3 & 4 serta 5 & 6.

24 Mei 2022 (Selasa)
• Saudari Nurul Shafiqah binti Sharulnizan, Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir,

Saudara Haziq bin Abd Razak dan Saudari Zuryanty binti Mohd Noor mengemaskini
kertas cadangan Bengkel KnowMe Excel: Tips and Tricks.
• Saudara Haziq Bin Abd Razak menambahbaik reka bentuk poster berdasarkan maklum
balas ahli kumpulan.

9

Minggu 9 (29 Mei – 4 Jun 2022)
29 Mei 2022 (Ahad)
• Saudara Haziq bin Abd Razak mengemaskini kertas cadangan Bengkel KnowMe Excel:

Tips and Tricks.
2 Jun 2022 (Khamis)
• Saudari Norizayati binti Ngah menghantar semula kertas cadangan Bengkel KnowMe

Excel: Tips and Tricks kepada Dr. Fatin Hazwani binti Siran.
• Dr. Fatin Hazwani binti Siran bersetuju dan memberi kelulusan sepenuhnya kepada

Kumpulan 4 untuk melaksanakan program Bengkel KnowMe Excel: Tips and Tricks.

3 Jun 2022 (Jumaat)
• Saudari Zuryanty binti Mohd Noor membuat pembahagian tugasan bengkel dan

mengemaskini Buku Skrap Digital menggunakan platform Blogspot di
https://bengkelexcel.blogspot.com dengan memasukkan Laporan Perkembangan
Minggu 7 & 8.

4 Jun 2022 (Sabtu)
• Saudari Norizayati binti Ngah menyediakan nota untuk digunakan semasa pelaksanaan

Bengkel KnowMe Excel: Tips and Tricks.

Minggu 10 (5 - 11 Jun 2022)
5 Jun 2022 (Ahad)
• Saudari Zuryanty binti Mohd Noor membuat pembahagian tugasan bengkel.
8 Jun 2022 (Rabu)
• Ahli kumpulan bersetuju supaya Saudari Norizayati binti Ngah dan Saudari Zuryanty

binti Mohd Noor dipilih sebagai penceramah bengkel mengambilkira pengetahuan
mendalam mereka tentang Microsoft Excel.
• Saudari Norizayati binti Ngah dan Saudari Zuryanty binti Mohd Noor menyediakan
nota untuk digunakan semasa pelaksanaan Bengkel KnowMe Excel: Tips and Tricks.

10 Jun 2022 (Jumaat)
• Ahli kumpulan bersetuju supaya memperincikan tentatif bengkel. Saudari Zuryanty

binti Mohd Noor memuktamadkan tentatif bengkel.

10

Masa Hari Pertama – 13 Jun 2022 (Isnin) Fasilitator
8.30 – 9.00 pagi Norizayati Ngah
Perkara Zuryanty binti Mohd Noor
9.00 – 9.30 pagi
9.30 – 10.00 pagi Ucapan Aluan Moderator/ Norizayati Ngah
10.00 – 10.30 pagi Penerangan ringkas tentang perjalanan Norizayati Ngah
bengkel Zuryanty binti Mohd Noor
Tip & Tricks1 : VLOOKUP Function

Tip & Tricks2 : TRIM Data

Tip & Tricks3 : PROPER, UPPER,
LOWER/CONDITIONAL FORMATING

Masa Hari Kedua – 14 Jun 2022 (Selasa) Fasilitator
8.30 – 9.00 pagi Perkara
9.00 – 9.30 pagi
9.30 – 10.00 pagi Tip & Tricks4 : CONCATENATE/UNIQUE Zuryanty binti Mohd Noor
10.00 – 10.30 pagi FUNCTION
Zuryanty binti Mohd Noor
Tip & Tricks5 : TEXT JOIN/NOMBOR
BERTURUTAN Norizayati Ngah

Tip & Tricks6 : BLANK CELL Haziq Bin Abd Razak
TRICK/TEXT SPLIT Nurul Syafiqah binti Sharulnizan
Nurul Syafiqah Binti Mohd Nasir
Ujian/ Maklum Balas Peserta

11 Jun 2022 (Sabtu)
• Nurul Shafiqah binti Sharulnizan dan Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir
menyediakan Penilaian Bengkel : Keseluruhan dan Penceramah menggunakan Google
Form.
• Saudara Haziq Bin Abd Razak menambahbaik reka bentuk poster berdasarkan maklum
balas ahli kumpulan.
• Saudari Norizayati binti Ngah mengemaskini Buku Skrap Digital menggunakan
platform Blogspot di https://bengkelexcel.blogspot.com dengan memasukkan Laporan
Perkembangan Minggu 9 & 10.

11

Minggu 11 (12 - 18 Jun 2022)
12 Jun 2022 (Ahad)

• Saudari Norizayati binti Ngah mengumpulkan peserta dalam satu kumpulan
Whatsapp dengan nama Bengkel Excel Tip & Tricks untuk memudahkan urusan
penyampaian maklumat kepada peserta mengenai bengkel.

✓ Semasa Projek
13 - 14 Jun 2022 (Isnin & Selasa)

• Hari Pertama – 13 Jun 2022 (Isnin)
▪ Saudara Haziq Bin Abd Razak memuatnaik poster di dalam kumpulan
Whatsapp sebagai peringatan berkenaan bengkel yang akan diadakan pada
pukul 7.30 pagi.
▪ Bengkel ini dihadiri oleh 15 orang peserta yang terdiri daripada MySTEP
Bahagian Perangkaan Perkhidmatan, Jabatan Perangkaan Malaysia.
▪ Berikut merupakan aturcara bengkel pada hari pertama.

Masa Hari Pertama – 13 Jun 2022 (Isnin) Fasilitator
8.30 – 9.00 pagi
Perkara Norizayati Ngah
9.00 – 9.30 pagi Zuryanty binti Mohd Noor
9.30 – 10.00 pagi Ucapan Aluan Moderator/
10.00 – 10.30 Penerangan ringkas tentang perjalanan bengkel Norizayati Ngah
pagi Tip & Tricks1 : VLOOKUP Function Norizayati Ngah
Zuryanty binti Mohd Noor
Tip & Tricks2 : TRIM Data/PIVOT Table

Tip & Tricks3 : PROPER, UPPER,
LOWER/CONDITIONAL FORMATING/
Kuiz

12

▪ Pada pukul 8.30 pagi hingga 9.00 pagi telah diadakan ucapan aluan moderator/
Penerangan ringkas tentang perjalanan bengkel oleh saudari Norizayati Ngah
dan Zuryanty binti Mohd Noor. Selepas itu, program diteruskan dengan Tip &
Tricks1 : VLOOKUP Function pada pukul 9.00 hingga 9.30 pagi dan Tip &
Tricks2 : TRIM Data pada pukul 9.30 hingga 10.00 pagi oleh saudari
Norizayati Ngah. Pada jam 10.00 hingga 10.30 pagi, Tip & Tricks3 :
PROPER, UPPER, LOWER/CONDITIONAL FORMATING telah
disampaikan oleh saudari Zuryanty binti Mohd Noor.

Cik Norizayati binti Ngah dan Puan Zuryanty binti Mohd Noor sebagai
penceramah bengkel

Cik Norizayati binti Ngah sedang memberikan taklimat ringkas berkenaan perjalanan
bengkel kepada semua peserta.
13

Antara peserta yang hadir ke Bengkel Knowme Excel : Tips & Tricks.
Peserta membuka mask hanya untuk tujuan dokumentasi projek sahaja.

Antara peserta yang hadir ke Bengkel Knowme Excel : Tips & Tricks. Peserta
membuka mask hanya untuk tujuan dokumentasi projek sahaja.
14

Cik Norizayati binti Ngah memberikan penerangan berkenaan VLOOKUP
Function dan IF ELSE Case

Puan Zuryanty binti Mohd Noor memberikan penerangan berkenaan
Pivot Table
15

Pada hari pertama kami sepakat untuk mengadakan kuiz secara mengejut
untuk menguji tahap kefahaman peserta. Semua peserta dapat menjawab

dengan baik. Ujian sebenar adalah pada hari kedua.

Cik Norizayati binti Ngah dan Puan Zuryanty binti Mohd Noor ketika
memberikan rumusan pada hari pertama
16

Alhamdulillah hari pertama bengkel berjalan dengan jayanya.

• Hari Kedua – 14 Jun 2022 (Selasa)
▪ Berikut merupakan aturcara bengkel pada hari kedua.

Masa Hari Kedua – 14 Jun 2022 (Selasa) Fasilitator
8.30 – 9.00 pagi Perkara
9.00 – 9.30 pagi
9.30 – 10.00 pagi Tip & Tricks4 : CONCATENATE/UNIQUE Zuryanty binti Mohd Noor
10.00 – 10.30 pagi FUNCTION
Zuryanty binti Mohd Noor
Tip & Tricks5 : TEXT JOIN/NOMBOR
BERTURUTAN Norizayati Ngah

Tip & Tricks6 : BLANK CELL Haziq Bin Abd Razak
TRICK/TEXT SPLIT Nurul Syafiqah binti
Sharulnizan
Ujian/ Maklum Balas Peserta Nurul Syafiqah Binti Mohd
Nasir

17

▪ Bengkel diteruskan dengan Tip & Tricks4 : CONCATENATE/UNIQUE
FUNCTION oleh saudari Zuryanty binti Mohd Noor pada pukul 8.30 hingga 9.00
pagi dan diikuti dengan Tip & Tricks5 : TEXT JOIN/NOMBOR BERTURUTAN
sehingga pukul 9.30 pagi. Seterusnya, saudari Norizayati binti Ngah meneruskan
bengkel pada pukul 9.30 hingga 10.00 pagi dengan Tip & Tricks6 : BLANK CELL
TRICK/TEXT SPLIT. Pada pukul 10.00 hingga 10.30 pagi, pautan google form yang
telah disediakan oleh saudara Haziq bin Abd Razak, saudari Nurul Syafiqah
bintSharulnizan dan saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir diedarkan kepada peserta
untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka.

Cik Norizayati binti Ngah dan Puan Zuryanty binti Mohd Noor sebagai
penceramah bengkel hari kedua. Mereka mengambil inisiatif untuk
memakai pakaian sama corak sebagai tanda kebersamaan.

18

Cik Norizayati binti Ngah dan Puan Zuryanty binti Mohd Noor membantu
para peserta secara one to one untuk memahami dengan lebih jelas.

Cik Norizayati binti Ngah dan Puan Zuryanty binti Mohd Noor
berbincang sebelum bengkel hari kedua bermula.
19

✓ Selepas Projek
▪ 14 Jun 2022 (Selasa)
▪ Saudari Nurul Shafiqah binti Sharulnizan dan saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir

memuat naik Google Form Penilaian Bengkel : Keseluruhan dan Penceramah ke dalam
Kumpulan Whatsapp Bengkel KnowMe Excel : Tips & Tricks untuk diisi oleh semua
peserta bagi mendapatkan maklum balas pada 14 Jun 2022.
i. Borang Penilaian Keseluruhan Bengkel Knowme Excel dan Borang Penilaian
Penceramah Bengkel Knowme Excel (Rujuk Lampiran 4).
Kedua-dua borang ini disediakan menggunakan Google Form dan telah dihantar
melalui Group Whatsapp Bengkel Knowme Excel : Tips and Tricks.

20

ii. Maklum Balas Peserta
▪ 15 Jun 2022 (Rabu)
▪ Saudari Nurul Shafiqah binti Sharulnizan dan saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir
telah mengumpul semua maklum balas daripada peserta Bengkel KnowMe Excel: Tips
and Tricks.
▪ Berikut adalah antara maklum balas peserta terhadap Bengkel KnowMe Excel Tips and
Tricks dan penceramah:

“Proses pembelajaran yang sangat mudah difahami, penganjur perlu menambah
masa supaya dapat berkongsi lebih banyak ilmu Excel kerana cara penceramah
menyampaikan ilmu sangat best”

Siti Asma Binti Wan Kamaruddin

“Banyak ilmu baru berkaitan Excel yang dipelajari semasa bengkel, tapi
malangnya masa sangat singkat kerana rasa seronok belajar Tips and Tricks
Excel ni”

Shaheela Sulaiman dan Nursyafiqah Fathiah Omar

“Penyampaian yang jelas dan mudah difahami oleh penceramah”
Siti Nadira hamid

“Proses pembelajaran dan nota yang diberikan semasa bengkel bertepatan
dengan isi bengkel dan bengkel ini patut diteruskan lagi supaya lebih ramai dapat
tambah ilmu mereka berkaitan Excel”

Rosmawati binti Ramli

Kebanyakan peserta meminta supaya bengkel ini diteruskan lagi dan masa bengkel
dipanjangkan kerana ianya memberi manfaat dan ilmu yang berguna kepada mereka. Kami
akan mempertimbangkan cadangan dan permintaan mereka memandangkan bengkel ini
mendapat sambutan yang baik daripada peserta dan memberi ilmu yang bermanfaat kepada
semua peserta.

16 Jun 2022 (Khamis)
• Saudari Nurul Shafiqah binti Sharulnizan dan Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir

membuat analisis penilaian bengkel : keseluruhan dan penceramah pada 16 Jun 2022.

21

17 Jun 2022 (Jumaat)
• Saudari Norizayati binti Ngah mengemaskini Refleksi : Buku Skrap Digital Bengkel

KnowMe Excel : Tips And Tricks menggunakan platform Blogspot.

iii. Ujian
Kuiz mudah telah diadakan pada hari pertama. Ujian telah diadakan pada hari kedua
untuk menguji tahap kefahaman peserta. Rujuk Lampiran 2 untuk contoh soalan dan
Lampiran 3 untuk markah ujian peserta. Secara keseluruhan, semua peserta
menunjukkan keputusan yang sangat cemerlang iaitu memperoleh markah keseluruhan
sebanyak 93%. Adalah diharapkan semua peserta dapat meneruskan kecemerlangan ini
dan mengaplikasikan semua yang dipelajari dalam pekerjaan pada masa akan datang.
(Rujuk Lampiran 2 dan 3).

Minggu 12 (19 - 25 Jun 2022)
19 Jun 2022 (Ahad)
• Saudari Zuryanty binti Mohd Noor mengemaskini Buku Skrap Digital menggunakan

platform Blogspot di https://bengkelexcel.blogspot.com dengan memasukkan Laporan
Perkembangan Minggu 11 & 12.

20 Jun 2022 (Isnin)
• Saudari Nurul Shafiqah binti Sharulnizan, Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir,

Saudara Haziq Bin Abd Razak mencari bahan-bahan untuk dimasukkan dalam slides
video pembentangan program.

• 21 Jun 2022 (Selasa)
• Saudari Zuryanty binti Mohd Noor mengemaskini jurnal refleksi : pendekatan SWOT
analisis.

22 Jun 2022 (Rabu)
• Saudari Norizayati binti Ngah dan Saudara Haziq Bin Abd Razak mencari bahan-bahan

untuk dimasukkan dalam slides video pembentangan program.

22

Minggu 13 (26 Jun - 2 Julai 2022)
26 Jun 2022 (Ahad)
• Saudari Nurul Shafiqah binti Sharulnizan dan Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir

mengemaskini refleksi : buku skrap digital Bengkel KnowMe Excel : Tips and Tricks
menggunakan platform blogspot.
27 Jun 2022 (Isnin)
• Saudari Norizayati binti Ngah mengemaskini jurnal refleksi : pendekatan SWOT
analisis.

28 Jun 2022 (Selasa)
• Saudari Zuryanty binti Mohd Noor mengemaskini laporan penuh program Bengkel

KnowMe Excel : Tips And Tricks.

29 Jun 2022 (Rabu)
• Saudara Haziq Bin Abd Razak mengemaskini refleksi : buku skrap digital Bengkel

KnowMe Excel : Tips And Tricks menggunakan platform blogspot.

v. Video Pembentangan
2 Julai 2022 (Sabtu)
• Ahli kumpulan bersetuju dengan cadangan supaya semua ahli kumpulan iaitu Saudari

Norizayati binti Ngah, Saudari Nurul Shafiqah binti Sharulnizan, Saudari Nurul
Syafiqah binti Mohd Nasir, Saudara Haziq Bin Abd Razak dan Saudari Zuryanty binti
Mohd Noor terlibat dalam penyediaan slides (termasuk mencari bahan-bahan) dan
video pembentangan program Bengkel KnowMe Excel : Tips And Tricks.
• Ahli kumpulan turut bersetuju supaya hanya 3 orang ahli kumpulan sahaja yang
akan menjadi pembentang/presenter untuk video pembentangan iaitu Saudari Nurul
Shafiqah binti Sharulnizan, Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir dan Saudara
Haziq Bin Abd Razak bagi mewujudkan konsistensi pembentangan dari awal
hingga akhir. Ahli kumpulan turut bersetuju supaya pembentang mempamerkan
wajah masing-masing untuk rakaman video pembentangan
• Ahli kumpulan bersetuju supaya hasil rakaman video pembentangan akan dibincangkan
bersama dan sebarang penambahbaikan akan dilakukan untuk memastikan video
pembentangan adalah yang terbaik dari kumpulan.
• Link video yang telah diupload di YouTube ialah di
https://youtu.be/LNBaPZ8DbTU.

23

Minggu 14 (3 - 9 Julai 2022)
3 Julai 2022 (Ahad)
• Saudari Nurul Shafiqah binti Sharulnizan mengemaskini laporan penuh Bengkel

KnowMe Excel : Tips and Tricks.

6 Julai 2022 (Rabu)
• Saudari Norizayati binti Ngah mengemaskini jurnal refleksi : pendekatan SWOT

analisis.

9 Julai 2022 (Sabtu)
• Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir mengemaskini Buku Skrap Digital

menggunakan platform Blogspot di https://bengkelexcel.blogspot.com dengan
memasukkan Laporan Perkembangan Minggu 13 & 14.
• Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir menyunting rakaman video pembentangan
program Bengkel KnowMe Excel : Tips and Tricks.

Minggu 15 (10 - 16 Julai 2022)
13 Julai 2022 (Rabu)
• Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir telah siap mengemaskini laporan penuh

Bengkel KnowMe Excel : Tips and Tricks.
• Saudari Zuryanty binti Mohd Noor telah siap mengemaskini jurnal refleksi:

pendekatan SWOT analisis. Refleksi ini telah dimuat naik ke Buku
Skrap Digital di https://bengkelexcel.blogspot.com dan boleh dicapai di
https://bengkelexcel.blogspot.com/2022/07/analisis-swot-refleksi-kumpulan.html

14 Julai 2022 (Khamis)
• Saudari Norizayati binti Ngah dan Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir

mengemaskini Buku Skrap Digital menggunakan platform Blogspot di
https://bengkelexcel.blogspot.com dengan memasukkan Laporan Perkembangan
Minggu 15 & 16.

18 Julai 2022 (Isnin)
• Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir telah memuatnaik rakaman video

pembentangan ke atas platform YouTube.

24

20 Julai 2022 (Rabu)
• Saudari Norizayati binti Ngah menghantar laporan penuh melalui platform emel kepada

Pensyarah.
• Selesai

Minggu 16 (17 - 23 Julai 2022)
20 Julai 2022 (Rabu)

• Selesai

4. Halangan Melaksanakan Projek
Pengurusan masa yang baik dapat mengurangkan stres atau tekanan (Mackenzie, 1997

& Douglass, 1998). Ini adalah kerana kebanyakan punca-punca stres adalah berkaitan dengan
masa. Kebiasaannya stres sering wujud apabila pelajar tidak dapat melakukan tugas-tugasnya
mengikut tarikh akhir yang ditetapkan. Allock (1996) menyatakan bahawa setiap hari setiap
individu pasti ada menetapkan atau menyetujui tarikh akhir. Masalah dengan tarikh akhir ialah
sama ada individu tidak realistik secara menyeluruh atau bersetuju dengan tarikh akhir tanpa
memikirkan implikasinya. Hal ini boleh menimbulkan ketegangan jika pelajar tidak mampu
menyelesaikan kerja mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan (Hamizatun Akmal Md Yusof
& Norzaini Azman. 2013).

Antara halangan projek ini dilaksanakan ialah jadual ahli kumpulan yang berbeza.
Kami merupakan pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara hujung minggu di UKM.
Oleh itu, kami mempunyai masa kerja yang berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, sangatlah
mencabar untuk kami mencari masa yang sesuai untuk berbincang berkenaan kemajuan kerja
projek. Ada ketika apabila ahli kumpulan bertanya kepada ahli kumpulan di dalam kumpulan
whatsapp, ahli kumpulan yang lain memberi respon agak lambat dan ini menyebabkan banyak
proses menjadi tertangguh. Perkara ini boleh diatasi pada masa hadapan dengan menetapkan
masa-masa yang tertentu untuk berbincang pada masa hadapan. Oleh itu setiap ahli kumpulan
akan bersedia dengan idea dan bahan-bahan yang diperlukan untuk memantapkan lagi projek
yang akan dijalankan.

Selain itu, kumpulan kami berhadapan dengan pertukaran tajuk projek service learning
yang akan dijalankan. Ini adalah kerana tajuk projek pertama kami iaitu Bengkel My Iqra :
Makhraj Huruf mempunyai kos perbelanjaan sebanyak RM300. Oleh itu pensyarah
mencadangkan supaya kami mencari tajuk baru dengan mengetengahkan dan meneroka bakat
ahli kumpulan sendiri untuk menjalankan service learning. Apabila proses ini berlaku, sedikit
sebanyak ia telah mengganggu perjalanan kerangka masa/timeline yang telah dirancang pada
awal projek. Oleh itu, kami perlu bergerak cepat dan pantas supaya kami tidak terlalu jauh

25

daripada kumpulan lain. Pada masa akan datang, ahli kumpulan perlu membuat analisis SWOT
tentang kelebihan dan kelemahan setiap tajuk yang dicadangkan untuk mengelak masalah ini
berulang kembali.

Kami juga berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan bilik latihan komputer pada
peringkat awal. Ini adalah kerana bilik tersebut sentiasa penuh dengan latihan-latihan yang
dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Walaubagaimanapun dengan bantuan Pengarah
Bahagian kami, En. Zainuddin bin Ahmad, kami dapat menyelit masa untuk menjalankan
bengkel tersebut pada masa yang ditetapkan. Oleh itu kami melihat diplomasi dan sikap
bertolak ansur juga sangat penting pada dalam menghadapi situasi yang memerlukan. Setiap
anggota tidak kira bawahan atau atasan memainkan peranan yang sangat penting dalam
memastikan setiap perancangan berjalan mengikut masa yang ditetapkan.

5. Analisis SWOT
Menerusi analisis SWOT, kita dapat menganalisa faktor kekuatan, kelemahan, ancaman serta
peluang yang diperolehi bagi pengukuhan projek kumpulan. Elemen-elemen yang dianalisa
adalah seperti berikut di bawah dan perincian ke atas analisis SWOT ini dibincangkan di dalam
Jurnal Refleksi kumpulan.

ANALISIS SWOT

KEKUATAN PELUANG

➢ Kemampuan menguruskan masa dengan ➢ Tempoh masa yang singkat dan terbatas
➢ Kesukaran berkomunikasi dengan pantas
efisyen
➢ Berkemahiran dalam penggunaan disebabkan kekangan kerja dan jadual yang

Microsoft Office berbeza antara ahli
➢ Kelebihan penggunaan fasiliti untuk latihan ➢ Lewat mengenalpasti kemampuan untuk
➢ Perancangan yang tersusun dan strategik
melaksanakan projek
➢ Tugasan setiap ahli yang tidak seimbang

KELEMAHAN ANCAMAN

➢ Peluang memberikan pendedahan kepada ➢ Seorang ahli kumpulan menarik diri saat

MS Excel akhir
➢ Mengetahui tips & tricks dalam MS Excel ➢ Kesukaran mencari tempat latihan yang
➢ Peluang untuk bekerjasama untuk
sesuai dengan tarikh yang dirancang
meningkatkan mutu perkhidmatan melalui ➢ Latihan secara fizikal tidak boleh melibatkan

latihan peserta yang ramai
➢ Pemantapan diri sebagai pengajar dalam ➢ Pengetahuan asas peserta yang berbeza

service learning dapat melambatkan proses latihan hands-on

26

6. Perbelanjaan Program
Setelah komen dan bimbingan daripada Dr. Fatin Hazwani binti Siran supaya ahli kumpulan
mengunakan kemahiran sendiri untuk mengelakkan sebarang kos perbelanjaan, maka tiada
sebarang perbelanjaan telah dikeluarkan memandangkan :

▪ Bilik latihan komputer yang digunakan adalah percuma
▪ Tiada kos perjalanan peserta
▪ Tenaga pengajar terdiri daripada ahli kumpulan; dan
▪ Tiada keperluan pembelian peralatan kerana laptop dibawa sendiri oleh peserta

7. Impak Service Learning Bengkel Knowme Excel : Tips & Tricks
Mengikut Tracy secara definisi, kemahiran pengurusan masa membawa konotasi yang

sama dengan kemahiran pengurusan kehidupan. Ini adalah kerana kemahiran pengurusan masa
adalah satu kemahiran teras yang kerap digunakan dalam hamper kesemua aspek kehidupan
manusia (Janssen, 2006). Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kualiti kehidupan seseorang
berkait rapat dengan pengurusan masa yang diamalkan olehnya. Kemahiran pengurusan masa
membolehkan seseorang mencapai cita-cita yang diidamkan tanpa mengenepikan
tanggungjawab terhadap keluarga. Dalam jangka masa panjang, kemahiran pengurusan masa
turut memberi kepuasan dan kegembiraan yang mendalam. Justeru, kemahiran ini amat penting
dikuasai oleh semua golongan termasuk pelajar universiti. Menurut Kopper (2002),
pengurusan masa ialah penguasaan ilmu yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu
mengurus, membahagi dan mengatur masa sehariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan
sebaik-baiknya. Manakala bagi Drucker (1966) pula, pengurusan masa berasaskan andaian
bahawa dengan merekod, mengurus dan mengagih masa boleh membantu seseorang
menggunakan masa dengan cekap. Selain itu, Macan et al. (1990) melihat pengurusan masa
sebagai satu konstruk yang mengandungi empat dimensi, iaitu matlamat dan keutamaan,
kecenderungan menyukai organisasi, mekanik dan tanggapan terhadap diri sendiri dalam
mengawal penggunaan masa. Macan (1990) mendapati pelajar yang mengurus masa dengan
optimum mencapai kejayaan dan kepuasan dalam kehidupan, malah mereka juga dilaporkan
kurang mengalami tekanan (Wan Zah Wan Ali, Aida Suraya Md. Yunus, Ramlah Hamzah,
Rosini Abu, Rohani Ahmad, Tarmizi, Sharifah Md. Nor, Kamariah Abu Bakar & Habsah
Ismail, 2008).

Terdapat beberapa impak daripada service-learning yang dijalankan melalui Bengkel
KnowMe Excel : Tips & Tricks antaranya termasuklah dari sudut manfaat kepada komuniti,
manfaat kepada individu itu sendiri serta dari sudut pengurusan masa. Antara impak positif
pelaksanaan service learning Bengkel KnowMe Excel : Tips & Tricks kepada komuniti
MySTEPS DOSM ialah mereka telah mendapat pendedahan dan ilmu baru tentang pelbagai

27

tips and tricks dari Microsoft Excel yang boleh mereka gunakan dalam tugasan kerja harian.
Tips and tricks yang dipelajari dapat menjimatkan masa dan tenaga mereka dalam menjalankan
tugasan harian. Sebagai contoh, jika mereka mengendalikan pangkalan data Banci Ekonomi
2023, di mana melibatkan kira-kira 1 juta syarikat atau perniagaan. Secara tidak langsung
mereka dapat menjimatkan masa apabila ingin mencari syarikat mana yang mempunyai
pendapatan bernilai 1 juta atau lebih dengan menggunakan formula LOOKUP dan sebagainya
berbanding pencarian secara manual. Seterusnya, apabila mereka dapat menyelesaikan tugasan
dengan lebih cepat, secara tidak langsung anggota MySTEPS ini dapat menguruskan kerja
dengan lebih tersusun. Mereka dapat menyusun keutamaan kerja dengan lebih baik dan
membezakan tugasan mana yang lebih penting dan sebaliknya. Mereka juga sudah pasti dapat
mencapai dateline tugasan yang diberikan oleh penyelia.

Seterusnya manfaat kepada individu itu sendiri dapat dilihat melalui sifat berdikari dan
ingin tahu anggota MySTEPS DOSM sewaktu proses service learning. Setiap peserta
membawa sendiri laptop ketika bengkel dijalankan. Bengkel berjalan dengan sangat lancar dan
semua peserta tidak segan silu untuk bertanya jika terdapat sebarang pemasalahan. Mereka juga
kelihatan teruja apabila berjaya menyelesaikan ujian yang diberikan. Selain itu rata-rata
daripada mereka tidak sabar untuk berkongsi ilmu yang diperolehi kepada rakan-rakan
MySTEPS DOSM lain yang tidak dapat hadir dalam bengkel ini.

Impak positif kepada ahli kumpulan kami ialah kami dapat mengenalpasti anggota
MySTEPS yang mempunyai kekurangan ketika mengendalikan Microsoft Excel dan cuba
untuk mengatasi dengan mendekati mereka secara one to one. Ini juga adalah antara sebab
kenapa ahli kumpulan kami mengambil hanya 15 orang anggota MySTEPS, di mana selain
kami cuba untuk fokus dalam kumpulan yang lebih kecil, kami juga ingin memastikan bengkel
yang dilaksanakan mematuhi garis panduan pelaksanaan era pasca pandemik.

Akhir sekali, dari segi pengurusan masa, anggota MYSTEPS yang terlibat dalam
bengkel ini dapat membahagikan masa dengan lebih tersusun dan sistematik. Hal ini kerana
dalam proses service-learning bagi Bengkel KnowMe Excel : Tips & Tricks, pengurusan masa
yang baik amat penting serta dapat memberi kesan yang amat positif kepada kelancaran tugasan
yang diberikan oleh penyelia, sentiasa bersedia menerima tugasan dengan berlapang dada dan
bersedia dengan situasi berkaitan pengurusan masa lain yang bakal dihadapi pada masa
hadapan. Daripada pengurusan masa yang baik, akhirnya wujudlah nilai kerjasama sesama
rakan sepasukan dalam mengendalikan sesuatu tugasan.

Kesimpulannya, banyak impak daripada proses service-learning yang dapat diperoleh
dalam diri setiap komuniti dan individu dengan syarat individu itu sendiri berusaha untuk
memahami, mempelajari dan memanfaatkan kelebihan daripada proses service-learning itu
sendiri.

28

8. Kesimpulan
Pengurusan masa yang berkesan amat diperlukan bagi memastikan sebuah rancangan

berjalan dengan lancar. Kita perlu memastikan cara terbaik agar dapat menjalani sebuah
kehidupan yang teratur, sistematik dan lancar. Bukan itu sahaja, kerja berkumpulan dalam
bersama-sama memikirkan manfaat apa yang hendak dikongsi juga memainkan peranan
penting bagi mencapai sesebuah objektif. Selain dari menetapkan tempoh masa kita juga harus
mengenal pasti kumpulan sasaran yang sesuai dan mengenal pasti apa yang diperlukan bagi
penyampaian itu berjaya disampaikan. Setelah itu dengan metodologi pembelajaran yang tepat
kami perolehi hasil pembelajaran yang diinginkan.

Berdasarkan pengalaman kami dalam merancang dan melaksanakan Bengkel KnowMe
Excel : Tips & Tricks ini, terdapat pelbagai masalah dan halangan yang timbul sepanjang
bengkel ini dijalankan. Akan tetapi kami berjaya menghadapi cabaran yang datang dengan baik
atas kerjasama daripada semua ahli. Walaupun kami mempunyai percanggahan pendapat dan
masalah dalam menguruskan masa, kami berjaya mengatasinya dengan perbincangan dan
pembahagian tugas dengan teratur supaya perjalanan untuk melaksanakan bengkel ini berjalan
dengan lancar. Program bengkel ini telah mendapat sambutan dan komen yang positif daripada
para peserta yang hadir kerana ianya memberi pelbagai ilmu baru dan pengalaman yang
bermanfaat kepada mereka. Selain daripada mendapat ilmu baru tentang excel, secara tidak
langsung mereka juga didedahkan tentang cara menguruskan masa ketika sedang bekerja. Atas
permintaan para peserta, kami bercadang untuk meneruskan dan menambah masa bagi program
bengkel ini dengan Tips & Tricks yang lain kerana ianya amat berguna bagi memudahkan kerja
dan tugas mereka.

Secara keseluruhannya, pengurusan masa amat penting dalam kehidupan seharian kita
kerana ianya menentukan samada kita mendapat hasil kerja yang baik atau sebaliknya. Cara
berkomunikasi sesama ahli juga penting dalam menyampaikan sesuatu atau input supaya
mudah difahami dan diterima. Justeru itu, keseluruhan program bengkel ini tidak dapat dicapai
dengan baik tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua ahli.

9. Rujukan
Allock, D. 1996. Time and Workload Management. Petaling Jaya: Pelanduk Publications
Anon. 2021. Why Microsoft Office Skills Are Important For Job Seekers. AOLCC.
https://www.academyoflearning.com/blog/why-microsoft-office-skills-are-important-for-job-

seekers/ [2 Jun 2022]
Anon. n.d. The Importance of MS Excel. https://www.1training.org/blog/importance-ms-

excel/ [1 Jun 2022]
Carmen M. 2022. The Importance Of Microsoft Excel On Higher Education. Academic Gates.

29

https://www.academicgates.com/blog/the-importance-of-microsoft-excel-on-higher-
education/353/view [1 Jun 2022]
DOSM. 2022, Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya
Douglass, M. 1998. ABC Time Tips. New York: McGraw Hill.
Drucker, P. F. 1992. The Effective Executive. Oxford: Butterworth-Heinemann Ltd.
Formby, S.K., Medlin, D., & Ellington, V.B. (2017). Microsoft Excel®: Is It An Important Job
Skill for College Graduates? Information Systems Education Journal, 15, 55-63.
Hamizatun Akmal Binti Md Yusof, Norzaini Binti Azman. 2013. Perkaitan Antara Pengurusan
Masa Dan Stres Dalam Kalangan Pelajar Siswazah Di IPTA. AJTLHE Vol. 5, No.1, Jan
2013, 34-49 Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Janssen, D. A. 2006. The ultimate self challenge: Time management.
http://www.danieljanssen.com [3 Jun 2022]
Kopper. 2002. Ko-kaunselor pemimpin pelajar. Yayasan Nurul Yakin: Portal Pendidikan
Utusan. http://www.tutor.com.my/tutor/kopper/index. asp [21 Jun 2022]
Macan, T. H., Shahani, C., Dipboye, R. L., & Philips, A. P. 1990. College students’ time
management: Correlations with academic performance and stress. Journal of Educational
Psychology, 82: 760- 768.
Mackenzie, A. 1997. The Time Trap. Ed. Ke-3. New York: Amacom.
Wan Zah Wan Ali, Aida Suraya Md. Yunus, Ramlah Hamzah, Rosini Abu, Rohani Ahmad
Tarmizi, Sharifah Md. Nor, Kamariah Abu Bakar & Habsah Ismail. 2008. Kemahiran
Pengurusan Masa Pelajar Universiti Tempatan: Status Dan Hubungannya Dengan
Pencapaian. Jurnal Teknologi, 49(E) Dis. 2008: 49–64. Universiti Teknologi Malaysia

30

LAMPIRAN 1 : Nota Bengkel

















Lampiran 2 : Ujian

SOALAN 1-VLOOKUP FUNCTION (20 markah)

Diberi pendapatan dan jumlah pekerja syarikat seperti berikut. Sila dapatkan Jenis SME
(Mikro, Kecil, Sederhana & Besar) syarikat di bawah mengikut hasil dan jumlah pekerja
menggunakan FORMULA VLOOKUP.

Nama Syarikat Pendapatan Pekerja Jenis SME
SepenuhMasa
A 0
B 199,999 0
C 200,000 4
D 200,001 5
E 999,999 19
F 1,000,000 20
G 4,999,999 21
H 5,000,001 49
50

SOALAN 2-IF ELSE CASE (20 markah)

Gunakan FORMULA IF ELSE CASE di kolum NOTA untuk mendapatkan nota seperti
berikut:

Jika Hasil > Belanja = UNTUNG
Jika Hasil < Belanja = RUGI

Nama Syarikat Hasil Belanja Nota

A 256,041,324 217,391,373
B 816,364 693,909
C 480,500 380,700
D 265,143 199,713

SOALAN 3-PIVOT TABLE (20 markah)

Buatkan pivot table bagi data berikut mengikut negeri dan jumlah pekerja lelaki dan
perempuan. Dapatkan jumlah pekerja lelaki di negeri Kelantan.

Nama Negeri Pekerja Lelaki Pekerja
Syarikat Perempuan
Perak 2
A Kedah 3 3
B Kelantan 10 15
C Kelantan 16 15
D 30

SOALAN 4-PROPER, UPPER, LOWER (20 markah)
Sila tukarkan ayat di bawah menggunakan FORMULA PROPER, UPPER, LOWER,

Ayat Proper UPPER lower
saya suka statistik

SOALAN 5-CONCATENATE (20 markah)

Gunakan formula CONCATENATE untuk menggabungkan first name dan last name nama
urusetia bengkel berikut :

First Name Last Name CONCATENATE

Norizayati Ngah
Zuryanty Mohd Noor
Nurul Syafiqah Mohd Nasir
Nurul Syafiqah Sharulnizan
Haziq Bin Abd Razak

SOALAN 6-TEXT JOIN (10 markah)
Gunakan FORMULA TEXT JOIN untuk menggabungkan ayat di bawah.

saya suka statistik

SOALAN 7-TEXT SPLIT (10 markah)
Gunakan FORMULA TEXT SPLIT untuk menggabungkan ayat di bawah.

Ayat Word ke-1 Word ke-2 Word ke-3
Saya suka statistik

Lampiran 3 : MARKAH UJIAN

Jumlah keseluruhan markah yang dicapai ialah 93%. Kesemua pelajar menunjukkan rekod
yang sangat cemerlang.

Bil. First Name Ujian Ujian

1. Nur Uzaimah binti Sulaiman 100 100%
2. Mohd Adib Naufal bin Che Dzohir 80 80%
3. Nabilah binti Jamal 100 100%
4. Siti Asma' binti Wan Kamaruddin 100 100%
5. Rosnani binti Razali 90 90%
6. Nursyafiqah Fathiah binti Omar 100 100%
7. Rosmawati binti Ramli 100 100%
8. Shaheela binti Sulaiman 90 90%
9. Noor Amirah binti Mohd Azraie 100 100%
10. Engku Mohd Norhisyamudin bin Engku Muda 80 80%
11. Nur Fauzani binti Ahmad 100 100%
12. Cik Mahirah binti Hamid 80 80%
13. Pn. Nur Rashidah binti Nasiron 100 100%
14. Pn. Siti Nadira binti Hamid 90 90%
15. En. Syuhairey bin Hanafi 90 90%
=1400/1500
JUMLAH 1400 =93%

LAMPIRAN 4 : Penilaian ke atas keseluruhan

Nama Peserta 1. 1. 2. Kemahiran Isi Isi Isi Teknik Teknik Pengur Pengur Pengur Pengetahu Pengetahu Apakah Apakah Apakah cadangan
Pencapaian Pengetahu menyelesaika Kandu Kandunga Kandu latihan latihan usan usan usan an an selepas kekuatan kelemaha anda untuk
ngan ngan Bengke Bengke Bengk bengkel bengkel ini n bengkel memperbaiki
Objektif an yang n masalah n 10 sebelum ini secara bengkel ini?
Bengkel berkaitan yang l l el bengkel secara keseluruh
dengan isi 10 keseluruhannya? annya?
kandunga berkaitan 8
n bengkel dengan isi 9
kandungan 9
ini. bengkel ini. 8
10
9 Perlu tambahkan

Siti Asma' Binti 10 10 10 10 10 10 9 10 10 10 10 10 10 Proses Tiada masa untuk dapat
Wan Kamaruddin 9 pembelajaran berkongsi lagi
10 yang sangat pelbagai ilmu
8 mudah difahami Excel kerana

Penganjur sangat

best

Shaheela Sulaiman 9 10 9 10 9 10 9899 7 9 Banyak benda Masa Perbanyakkan
8 8 8 88 8 8888 8 baru yg tahu terlalu lagi latihan
Nursyafiqah Fathiah 9 9 9 99 9 9999 9 singkat
Binti Omar 9 10 9 99 9 9999 9 semasa bengkel
Noor Amirah Mohd 8 8 8 88 8 8999 4
Azraie 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 8 Dapat pelajari Tiada
Nur Uzaimah Binti 8 9 8 99 8 benda baru
Sulaiman 8999 5
Mohd Adib Naufal 9 9 9 99 9 Maklumat Tambahkan
Bin Che Dzohir
Nabilah Jamal 9 8 9 99 9 10 disampaikan Tiada waktu bengkel

Rosnani Binti 9 10 10 10 10 10 jelas lebih lama
Razali
10 10 9 99 9 9 Nota dan Tiada Tiada
Nur Rashidah penjelasan
Nasiron
9
Siti Nadira Hamid
10
Engku Mohd
Norhisyamudin Bin Perbincangan
Engku Muda dan

Rosmawati Binti 9 maklumbalas
Ramli sangat

memuaskan

9999 7 9

Baik,

9999 9 9 penyampaian yg Tiada Tambah praktis
jelas dan mudah agar lebih mahir

difahami

10 10 10 10 10 10 Terbaik - -

9998 7 10 Pembelajaran Tiada Patut di teruskan
dan nota yang untuk

diberian penambahan ilmu
bertepatan

Nama Peserta 1. 1. 2. Kemahiran Isi Isi Isi Teknik Teknik Pengur Pengur Pengur Pengetahu Pengetahu Apakah Apakah Apakah cadangan
Pencapaian Pengetahu menyelesaika Kandu Kandunga Kandu latihan latihan usan usan usan an an selepas kekuatan kelemaha anda untuk
Nur Fauzani binti ngan ngan Bengke Bengke Bengk bengkel bengkel ini n bengkel memperbaiki
Ahmad Objektif an yang n masalah n 9 sebelum ini secara bengkel ini?
Cik Mahirah binti Bengkel berkaitan yang l l el bengkel secara keseluruh
Hamid dengan isi keseluruhannya? annya?
En. Syuhairey bin kandunga berkaitan
Hanafi n bengkel dengan isi
kandungan
ini. bengkel ini.

9 10 9 99 9 9999 9 9 Tiada Tiada Tiada

88 8 8 8 8 8 8999 4 9

10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10

LAMPIRAN 4 : Penilaian Ke Atas Penceramah

Nama Peserta Tips & Tips & Tips & Tips & Tips & Tips & Tips & Tips & Tips & Tricks 3 : PROPER, Tips & Tricks 3 : PROPER, Tips & Tricks 3 : PROPER,
Tricks 1: Tricks 1: Tricks 1 : Tricks 1 : Tricks 2 : Tricks 2 : Tricks 2 : Tricks 2 : UPPER,LOWER/CONDITION UPPER,LOWER/CONDITION UPPER,LOWER/CONDITION
Nur Uzaimah VLOOKU VLOOKU VLOOKU VLOOKUP TRIM Data
Binti P Function P Function P Function Function TRIM TRIM TRIM AL FORMATTING oleh AL FORMATTING oleh AL FORMATTING oleh
Sulaiman Data oleh Data oleh Data oleh oleh Zuryanty binti Mohd Noor Zuryanty binti Mohd Noor Zuryanty binti Mohd Noor
Mohd Adib oleh oleh oleh oleh Norizaya Norizaya Norizaya Norizayati
Naufal Bin Norizayati Norizayati Norizayati Norizayati ti Ngah ti Ngah ti Ngah 8 9 9
Che Dzohir Ngah
Nabilah Jamal Ngah Ngah Ngah Ngah 9 9 9 Mudah 9 9 9
9 Mudah faham 10 10 10
9 9 faham 9 9 9 10 10 10
9 10 10 10 Penyampaia
9 9 10 Terbaik n yang 9 9 9
10 10 10 sangat 8 8 8
10 10 10 Mudah mapan
difahami 9 8 9 Mudah 8 9 9
Siti Asma' 10 10 9 8 8 8 difahami
Binti Wan 9 9 Faham dan 8 9 8
Kamaruddin 8 8 8 senang 9 9 9 Cara 9 9 9
untuk pengisian
Rosnani Binti 10 8 9 9 data pun 10 10 10
Razali pembelajara 9 9 9 terbaik..
Nursyafiqah 8 n excel 8 8 8
Fathiah Binti 9 10 10 10 Terbaik 9 9 9
Omar Terbaik 9 9 9
10 8 8 8 8 8 8
Rosmawati 10 9 9 9 9
Binti Ramli 8 9 9 9 9 9 9
9 8 8 8
Shaheela 9 9 9
Sulaiman 9 9 9 9 9
Noor Amirah 8
Mohd Azraie 10 10
Engku Mohd 9
Norhisyamudi 8 8
n Bin Engku 9 9
Muda 9 9
Nur Fauzani 8 8
binti Ahmad
Cik Mahirah 9 9
binti Hamid
En. Syuhairey
bin Hanafi
Pn. Siti
Nadira binti
Hamid
Pn. Nur
Rashidah binti
Nasiron

Nama Peserta Tips & Tips & Tricks 3 : Tips & Tricks 4 : Tips & Tricks 4 : Tips & Tricks 4 : Tips & Tricks 4 : Tips & Tricks 5 : Tips & Tricks 5 : Tips & Tricks 5 : Tips & Tricks 5 :
Tricks 3 : PROPER, CONCATENAT CONCATENAT CONCATENAT CONCATENAT TEXT TEXT TEXT TEXT
Nur Uzaimah Binti PROPER,
Sulaiman UPPER,LO UPPER,LOWER E/ E/ E/ E/ JOIN/NOMBOR JOIN/NOMBOR JOIN/NOMBOR JOIN/NOMBOR
Mohd Adib Naufal Bin / UNIQUE UNIQUE UNIQUE UNIQUE BERTURUTAN BERTURUTAN BERTURUTAN BERTURUTAN
Che Dzohir WER/ FUNCTION oleh FUNCTION FUNCTION oleh FUNCTION oleh
Nabilah Jamal CONDITIO CONDITIONAL Zuryanty binti oleh Zuryanty Zuryanty binti Zuryanty binti oleh Zuryanty oleh Zuryanty oleh Zuryanty oleh Zuryanty
FORMATTING Mohd Noor binti Mohd Mohd Noor Mohd Noor binti Mohd Noor binti Mohd Noor binti Mohd Noor binti Mohd Noor
Siti Asma' Binti Wan NAL oleh Zuryanty
Kamaruddin FORMATT binti Mohd Noor 8 Noor 8 Baik 8 8 9 Baik
9 9 9 9 9
Rosnani Binti Razali ING oleh Mudah faham 10 9 10 Penyampaian 10 10 10 Terbaik
Nursyafiqah Fathiah Zuryanty yang sangat Mudah difahami
Binti Omar binti Mohd Terbaik 10 9 10 10 10 10
Rosmawati Binti Ramli Mudah difahami 10 mapan Tersusun cantik
Noor 8 9 Mudah difahami 8 8 8
Shaheela Sulaiman 9 Terbaik 8 10 8 8 8 8 Terbaik
Noor Amirah Mohd 10 9 Terbaik 9 9 9
Azraie 9 Terbaik 9 9 8 9 9 8
Engku Mohd 9 8 9 Terbaik 9 9 9
Norhisyamudin Bin 10 9
Engku Muda 10 8 10 10 10 10
Nur Fauzani Binti 10 9
Ahmad 10 10 10 8 10
Cik Mahirah Binti 9 10 10 8 10 9 10
Hamid 10 9 10 10 10
En. Syuhairey Bin 8 10 9 8 10 9 10
Hanafi 10 9 10 10 10
Pn. Siti Nadira binti 9 10
Hamid 8
Pn. Nur Rashidah binti 10
Nasiron 9
10
10
10
10

10

10

10

10

Sponsors logos here

BENGKEL
KnowMe EXCEL :

TIPS AND TRICKS

Mari sertai kami, pelajari cara mudah
dan pantas menggunakan excel.

Tempoh : 13 dan 14 Jun 2022
Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Bilik Latihan Komputer, Jabatan Perangkaan Malaysia

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 018-3884741 (Haziq)


Click to View FlipBook Version