Kod Dan Nama Kursus:
LMCR 2392 Pengurusan Masa
Tajuk Kertas Cadangan :
Bengkel Knowme Excel : Tips and Tricks
Tema :
Service Learning Era Pasca Pandemik
Nama Pensyarah: No Matrik
Dr. Fatin Hazwani Siran A178394
A177981
Ahli Kumpulan 4 A183391
Bil Nama A183392
1. Norizayati Binti Ngah A183398
2. Zuryanty Binti Mohd Noor
3. Nurul Syafiqah Binti Mohd Nasir
4. Nurul Syafiqah binti Sharulnizan
5. Haziq Bin Abd Razak
1
KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Pendahuluan 3
2. Kajian Lepas 4
3. Objektif Program 5
4. Organisasi Program 5
5. Perancangan Dasar Program 5
6. Perancangan Kerangka Masa / Timeframe / Milestone 6
7. Batasan Kajian 9
8. Perbelanjaan Program 9
9. Penutup 10
10. Rujukan 10
2
1.0 Pendahuluan
Teknologi komputer telah menjadi perkara penting dalam kehidupan seharian kita.
Adalah hampir mustahil untuk melepaskannya dalam pengaruh harian kepada kita; daripada
penghantaran maklumat pantas, cetakan, dan resit, kepada kawalan lampu dan suhu tempat
kerja” (Deaton, 1990). Pengetahuan asas dalam bidang komputer adalah sangat diperlukan
pada masa kini dan ianya sangat membantu di dalam kehidupan hampir setiap manusia sama
ada dalam bidang pendidikan, perniagaan dan pekerjaan.
Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi utama kerajaan yang diamanah dan
dipertanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan yang bertepatan
masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara.
Justeru, keperluan untuk menguasai kemahiran dalam menggunakan perisian Microsoft Office
seperti Microsoft Excel amatlah diperlukan dalam menyiapkan tugasan harian. Aplikasi
Microsoft Excel sangat berguna dalam mengedit, mengolah data, menganalisis dan
mempersembahkan data. Bagi mereka yang kurang kemahiran, aplikasi ini dianggap sukar bagi
mereka sedangkan terdapat pelbagai cara mudah yang mereka boleh aplikasikan dalam
Microsoft Excel ini.
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan suatu elemen yang penting
untuk menyampai dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Service-Learning atau
pembelajaran berasaskan khidmat merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang mengoptimumkan pengalaman dalam berkhidmat kepada masyarakat. Tetapi, pandemik
COVID-19 telah mengubah corak serta kaedah PdP daripada secara tradisional kepada secara
maya dan menjadi norma baharu di Malaysia. Berdasarkan keputusan Jawatankuasa Khas
Pengurusan Pandemik Covid-19 pada 15 Oktober 2021, Mesyuarat memutuskan supaya
Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) dibenarkan di negeri-negeri PPN
Fasa 3 secara bersemuka, melibatkan individu yang telah lengkap divaksin berkuatkuasa 18
Oktober 2021 dengan syarat-syarat seperti melaksanakan ujian saringan COVID-19 (pre-event
test) melalui kaedah saliva test atau RTK-Antigen, mematuhi penjarakan fizikal, memakai
pelitup muka dan kapasiti 50% mengikut ruang. Tema program kami adalah service learning
era pasca pandemic iaitu model kerangka nilai pengurusan masa sepanjang norma baharu
Malaysia pasca pandemik. Oleh itu kami bersepakat untuk melaksanakan Bengkel Knowme
Excel : Tips And Tricks secara bersemuka dengan mematuhi semua prosedur operasi standard
(SOP) yang telah ditetapkan. Fokus idea untuk melaksanakan program ini adalah memberikan
bimbingan dan tunjuk ajar secara bersemuka berkenaan tips dan tricks menggunakan perisian
Microsoft Excel kepada anggota MySTEP DOSM dalam memastikan pegawai tersebut
melaksanakan tugasan yang diberikan dengan lebih pantas dan cekap tanpa mengabaikan
kualiti kerja.
3
2.0 Kajian Lepas
Negara Malaysia mempunyai wawasan dan matlamat untuk mencapai tahap sebagai
salah satu negara maju secara holistik. Melalui wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun
Dr. Mahathir Mohamad diharapkan negara kita akan melahirkan lebih ramai modal insan yang
bermutu setanding dengan perkembangan dunia. Modal insan merupakan aset berharga dalam
sesebuah negara. Penjawat awam merupakan modal insan yang menjadi penggerak kepada
sektor pekerjaan iaitu sektor kerajaan atau swasta. Di samping itu, berdasarkan konsep
pendidikan sepanjang hayat yang dinyatakan dalam Rancangan Pembangunan Negara 2001-
2010 penjawat awam diharapkan dapat memberi motivasi kepada segenap lapisan masyarakat
agar tidak berhenti untuk mencari ilmu. Pihak kerajaan atau agensi berkait telah mengambil
inisiatif yang terbaik dengan menganjurkan pelbagai program latihan bagi penjawat awam.
bagi melahirkan modal insan berkehadapan dan mengikut peredaran zaman dalam dunia
pekerjaan. (Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi, Mohd Faeez Ilias, Mohd Amin Mohd Noh,
Hasrol Basir, dan Sri Andayani Binti Mahdi Yusuf, 2018).
Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk
memindah, menyebar dan memapar maklumat. Teknologi Maklumat (Information
Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and
Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk
pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam
pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan
perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu (Nur Amirah Ahmadol Marzuki,
Zurinah Tahir & Nurfaradilla Mohamad Nasri, 2020).
Pengurusan masa bermula semasa perindustrian revolusi dan menjadi idea moden untuk
melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan berkesan dan cekap. Pengurusan masa adalah salah
satu kemahiran asas yang diperlukan untuk berjaya dalam hidup. Kecekapan kerja pejabat
dapat mempercepat pencapaian sasaran yang digariskan dengan menghemat waktu dan usaha.
Oleh itu, semua pekerja di pejabat dikehendaki bekerja dengan cekap dengan tujuan agar semua
dapat mencapai kejayaan kolektif bersama. Seorang pekerja yang mempunyai hasil kerja yang
kurang baik secara semula jadi akan menerima teguran dari kepemimpinannya, dan bahkan
hubungan kerja dapat dihentikan jika dianggap berat. Pekerja ini termasuk pekerja yang tidak
cekap, atau pekerja yang mempunyai kecekapan kerja yang rendah. Cara kerja yang cekap
mestilah dipraktikkan dan dilaksanakan secara berterusan supaya kecekapannya dapat
disertakan dengan semua orang supaya seluruh pejabat menjadi potensi besar (Cut dan
Nurhabisah, 2018). Kecekapan boleh dicapai berdasarkan syarat-syarat yang memaksimumkan
keputusan terhadap tindakan di mana ia berhubung dengan sumber yang digunakan dan boleh
4
dikira melalui perbandingan kesan yang diperolehi dalam usaha mereka. Mengukur kecekapan
memerlukan menganggarkan kos di mana sumber yang telah digunakan. Secara umumnya, ia
dapat dikenali sebagai input. Seterusmya, menganggarkan hasil atau output. Akhirnya,
membandingkan kedua-duanya iaitu input dan output. Pengukuran ini dapat menentukan
kecekapan dan keberkesanan keberkesanan kerja (Nur Amirah Ahmadol Marzuki, Zurinah
Tahir & Nurfaradilla Mohamad Nasri, 2020).
3.0 Objektif Program
Objektif program adalah seperti berikut :
1. Memberi pendedahan dan menambah pengetahuan pegawai MySTEP DOSM
mengenai tip dan trick dalam Microsoft Excel bagi menghasilkan tugasan secara lebih
pantas dan sistematik dengan format yang konsisten.
2. Mempelajari cara-cara mengendali dan mendidik peserta melalui eservice learning.
3. Mengenalpasti tahap kefahaman & pengetahuan peserta mengenai Tips & Tricks dalam
penggunaan aplikasi Microsoft Excel.
4.0 Organisasi Program
o Penasihat Program : Dr. Fatin Hazwani binti Siran
o Ketua Program : Norizayati binti Ngah
o Timbalan Ketua Program : Zuryanty binti Mohd Noor
o Setiausaha : Nurul Shafiqah binti Sharulnizan
o Timbalan Setiausaha : Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir
o AJK Teknikal : Haziq bin Abdul Razak
5.0 Perancangan Dasar Program
Kumpulan kami akan memberi perkhidmatan service learning iaitu mengajar anggota
MySTEP Bahagian Perangkaan Perkhidmatan, Jabatan Perangkaan Malaysia berkenaan tips
dan tricks sebagai salah satu cara terpantas untuk meningkatkan kemahiran menggunakan
perisian Microsoft Excel. Bengkel Knowme Excel : Tips And Tricks akan diadakan seperti
berikut :
Tempoh : 13 dan 14 Jun 2022 (2 hari)
Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 pagi ( 2 jam)
Tempat : Bilik Latihan Komputer, Jabatan Perangkaan Malaysia
5
6.0 Perancangan Kerangka Masa /Time Frame/Milestone
Minggu Tarikh Perkara
1 3 - 9 April 2022 • Membentuk kumpulan.
• Membentuk kumpulan whatsapp bagi memudahkan maklumat
2 10 - 16 April 2022
disalurkan.
3 17 - 23 April 2022 • Menyenaraikan beberapa idea untuk dibincangkan.
4 24 - 30 April 2022 • Membincangkan tajuk program yang bersesuaian.
• Menyediakan kertas cadangan bagi program berkaitan servis
5 1 - 7 Mei 2022
6 8 - 14 Mei 2022 learning.
7 15 - 21 Mei 2022 • Menyenaraikan beberapa idea untuk dibincangkan.
• Membincangkan tajuk program yang bersesuaian.
• Menyediakan kertas cadangan bagi program berkaitan servis
learning.
• Mengadakan perbincangan secara atas talian dalam kumpulan
untuk memperincikan kertas cadangan program service
learning yang akan dilaksanakan.
• Memperincikan kertas cadangan bagi program berkaitan servis
learning
• Menghantar kertas cadangan kepada pensyarah.
• Mendapatkan kelulusan daripada pensyarah.
• Memperincikan kertas cadangan bagi program berkaitan servis
learning.
• Mendapatkan maklum balas kertas cadangan daripada
pensyarah.
• Mendapatkan kelulusan kertas cadangan daripada pensyarah.
• Mengemaskini kertas cadangan berdasarkan komen pensyarah.
• Memperincikan kertas cadangan bagi program berkaitan servis
learning.
• Mendapatkan kelulusan kertas cadangan daripada pensyarah.
• Memperincikan dan memantapkan kertas cadangan program.
• Mendapatkan kelulusan sepenuhnya daripada pensyarah.
• Memantapkan kertas cadangan program dan mendapatkan
kelulusan sepenuhnya daripada pensyarah.
6
Minggu Tarikh Perkara
• Membentangkan kertas cadangan program secara atas talian
8 22 - 28 Mei 2022
9 29 Mei – 4 Jun 2022 menggunakan slides pembentangan kepada pensyarah.
10 5 – 11 Jun 2022 • Melakukan perbincangan semula dengan pensyarah dan
membuat keputusan untuk menukar program kepada Bengkel
KnowMe Excel: Tips and Tricks.
• Membuat pembahagian tugasan bengkel.
• Menyediakan nota untuk digunakan semasa pelaksanaan
bengkel.
• Mereka bentuk poster untuk hebahan bengkel.
• Memantapkan kertas cadangan program dan mendapatkan
kelulusan sepenuhnya daripada pensyarah.
• Membuat pembahagian tugasan bengkel.
• Menyediakan nota untuk digunakan semasa pelaksanaan
bengkel.
• Mereka bentuk poster untuk hebahan bengkel.
• Mengemaskini refleksi : buku skrap digital bengkel
menggunakan platform blogspot.
• Membuat pembahagian tugasan bengkel.
• Menyediakan nota untuk digunakan semasa pelaksanaan
bengkel.
• Mereka bentuk poster untuk hebahan bengkel.
• Membuat lawatan tapak ke bilik latihan komputer.
• Mengemaskini refleksi : buku skrap digital bengkel
menggunakan platform blogspot.
• Membahagikan tugas semasa bengkel dilaksanakan kepada
setiap ahli untuk kelancaran semasa bengkel.
• Menyediakan nota untuk digunakan semasa pelaksanaan
bengkel.
• Menyediakan google form untuk pendaftaran dan penilaian
bengkel : keseluruhan dan penceramah.
• Mereka bentuk poster untuk hebahan bengkel.
• Mengemaskini refleksi : buku skrap digital bengkel
menggunakan platform blogspot.
7
Minggu Tarikh Perkara
11 12 - 18 Jun 2022 • Membahagikan tugas semasa projek dilaksanakan kepada
12 19 - 25 Jun 2022 setiap ahli untuk kelancaran projek.
13 26 Jun - 2 Julai • Menyediakan nota untuk digunakan semasa pelaksanaan
2022 bengkel.
• Menyediakan google form untuk pendaftaran dan penilaian
14 3 - 9 Julai 2022
bengkel : keseluruhan dan penceramah.
• Mengumpulkan peserta dalam satu kumpulan whatsapp untuk
memudahkan urusan penyampaian maklumat kepada peserta
mengenai bengkel.
• Melaksana bengkel pada 13 hingga 14 Jun 2022 di Bilik
Latihan Komputer, Jabatan Perangkaan Malaysia.
• Menjadi penceramah bengkel.
• Memuat naik google form penilaian bengkel : keseluruhan dan
penceramah untuk mendapatkan maklum balas peserta.
• Mengumpul keputusan dan membuat analisis penilaian
bengkel : keseluruhan dan penceramah.
• Mengemaskini refleksi bengkel menggunakan platform
Blogspot.
• Mengemaskini refleksi : buku skrap digital bengkel
menggunakan platform blogspot.
• Mengemaskini laporan penuh bengkel.
• Mengemaskini :
- refleksi : pendekatan swot analisis.
- refleksi : buku skrap digital bengkel menggunakan platform
blogspot.
- laporan penuh bengkel.
• Mengadakan rakaman pembentangan Bengkel KnowMe Excel
: Tips And Tricks.
• Mengemaskini :
- refleksi : pendekatan swot analisis.
- refleksi : buku skrap digital Bengkel KnowMe Excel : Tips
And Tricks menggunakan platform blogspot.
- laporan penuh Bengkel KnowMe Excel : Tips And Tricks
8
Minggu Tarikh Perkara
• Menyunting rakaman video pembentangan Bengkel KnowMe
15 10 - 16 Julai 2022
Excel : Tips And Tricks.
16 17 - 23 Julai 2022 • Mengemaskini :
- refleksi : pendekatan swot analisis.
- refleksi : buku skrap digital Bengkel KnowMe Excel : Tips
And Tricks menggunakan platform Blogspot.
- laporan penuh Bengkel KnowMe Excel : Tips And Tricks
• Memuatnaik rakaman video pembentangan Bengkel KnowMe
Excel : Tips And Tricks dalam platform You Tube.
• Membuat pembentangan dokumentasi projek.
• Menghantar laporan penuh kepada pensyarah.
7.0 Batasan Kajian
Dalam kajian ini, kami membataskan kajian kepada perkara-perkara tertentu sahaja
supaya skop kajian tidak terlalu luas. Menurut Mohamad Najib (1999) dalam Mohd. Tarmizi
(2007), penyelidik tidak akan dapat mengkaji semua perkara yang berkaitan dengan masalah
kajian yang berkaitan. Oleh itu, skop kajian ini hanya menumpukan kepada pendekatan service
learning sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran kepada anggota MySTEP dalam
membantu mereka melaksanakan kerja yang diberikan dengan lebih pantas dan seterusnya
menghasilkan mutu kerja dengan lebih baik dan mencapai kecekapan dalam bekerja.
Kajian ini hanya terbatas kepada 15 anggota MySTEP di Bahagian Perangkaan
Perkhidmatan, Jabatan Perangkaan Malaysia yang akan diadakan di Bilik Latihan Komputer,
Jabatan Perangkaan Malaysia memandangkan masih berada dalam keadaan pasca pandemik.
MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan
dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
dan rakan strategiknya. Anggota MySTEP diambil sebagai peserta memandangkan mereka
menggunakan Microsoft Office terutamanya Microsoft Excel dalam pelaksanaan kerja-kerja
seharian.
8.0 Perbelanjaan Program
Tiada perbelanjaan yang diperlukan memandangkan :
▪ Bilik latihan komputer yang digunakan adalah percuma
▪ Tiada kos perjalanan peserta
▪ Tenaga pengajar di antara ahli kumpulan; dan
▪ Tiada keperluan pembelian peralatan kerana peserta menggunakan laptop sendiri.
9
9.0 Penutup
Kemahiran dan kecekapan teknologi maklumat (ICT) merupakan perkara yang
menjadi keutamaan mengikut peredaran zaman pada masa kini. Oleh itu apabila
anggota MySTEP dapat menguasai jalan pintas (short cut) menggunakan perisian
Microsoft Excel melalui Bengkel Knowme Excel : Tips and Tricks tanpa mengabaikan
kualiti kerja, ia menunjukkan mereka mampu menguruskan masa dengan lebih
berkesan. Adalah diharapkan program ini dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya
mengikut perancangan kerangka masa yang telah dirancang oleh ahli kumpulan dan
memberi impak yang positif dalam kepada anggota MySTEP di Bahagian Perangkaan
Perkhidmatan khususnya dan kepada ahli kumpulan amnya.
10.0 Rujukan
Deaton, M. P. (1990). Computer integration in the primary grades. (ERIC Document
Reproduction Services No. ED 337 137).
Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi, Mohd Faeez Ilias, Mohd Amin Mohd Noh, Hasrol Basir,
dan Sri Andayani Binti Mahdi Yusuf. 2018. Kesedaran Penjawat Awam Terhadap
Keperluan Pendidikan Sepanjang Hayat : Satu Sorotan Kajian.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Mohd. Tarmizi Mohd. Zabidi (2007). Kajian Tehadap Permasalahan yang Dihadapi Guru-guru
Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Dalam Penyenggaraan Bengkel (Kemahiran
Manipulatif) Sekolah-sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Agama di Zon
Sentol, Kuala Lumpur. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana Muda.
Nur Amirah Ahmadol Marzuki, Zurinah Tahir & Nurfaradilla Mohamad Nasri (2020).
Penguasaan Kemahiran Teknologi Komunikasi Dan Maklumat (ICT) Terhadap
Kecekapan Kerja. Journal of Social Sciences and Humanities.
10