The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kosim.upsmjpnk, 2021-02-19 10:59:26

JALAN KE PUNCAK BAB 1&2

JALAN KE PUNCAK BAB 1&2

BANANA SQUAD

Asyranie Denial (Ketua)
Rhazatul Huda
Haikal Hakimi

Syarifah Nur Umaira
Yurazly Eirfan
Nurul Fateha

JALAN KE PUNCAK

JURI DURABI

ISI KANDUNGAN

• Bab 1 : Bagaikan Mimpi
• Bab 2 : Sesal

BAB 1

BAGAIKAN MIMPI

SINOPSIS

Laiman seakan-akan tidak percaya bahawa dirinya berada di Bumi Kenyalang.Laiman
merupakan mahasiswa tahun tiga jurusan kejuruteraan daripada sebuah universiti tempatan
yang sedang menjalani latihan di syarikat milik Shell.Pada masa yang sama,Laiman berasa
banyak yang perlu dipelajari daripada latihan berkenaan termasuklah menimba pengalaman

untuk berdikari sebagai seorang usahawan suatu hari nanti.Laiman teringatkan kawan
sekuliahnya,Chow Chin yang begitu berdikari walaupun berasal daripada keluarga

berada.Khabarnya Chow Chin telah menjadi seorang pengurus mewah hotel di kota.Laiman
yakin pengalaman tanpa kelulusan juga mampu mengubah nasib hidup seseorang.

WATAK

Watak utama : Laiman (pelajar kejuruteraan yang sedang menjalani latihan industri.)
Watak sampingan : Sukri (penyelia latihan industri dan rakan Laiman.)
Watak imbas kembali : Chow Chin (pelajar senior Laiman di universiti,kini usahawan Berjaya.)

PERWATAKAN

i. Tegas diri/jati diri : Laiman berpegang kepada prinsip untuk tidak tergesa-tergesa menerima

sesuatu tawaran pekerjaan.

ii. Peramah : Sukri cepat mesra walaupun dia penyelia kepada Laiman,mahasiswa kejuruteraan

yang sedang menjalani latihan industri.

iii. Berdikari : Chow Chin berusaha sendiri untuk membina empayar perniagaan dengan berjimat

cermat dan tidak membangga diri.

LATAR

Latar masa : Waktu rehat tengah hari.

Latar tempat : Pejabat tempat latihan industri (loji minyak) di Pekan Lutong,Sarawak.

Latar Masyarakat

Masyarakat mahasiswa : Sukri,pelajar tahun tiga fakulti kejuruteraan (Unimas).

Masyarakat yang tegas diri : Laiman berpegang kepada prinsip untuk tidak tergesa-gesa
menerima sesuatu tawaran pekerjaan.

Masyarakat yang peramah : Sukri cepat mesra walaupun dia penyelia kepada
Laiman,mahasiswa kejuruteraan yang sedang menjalani latihan industri.

Masyarakat yang berdikari :Chow Chin berusaha sendiri untuk membina empayar perniagaan
dengan berjimat cermat dan tidak membangga diri

NILAI MURNI

i. Ketegasan-Tegas dalam membuat keputusan/pendirian
ii. Keramahan-Mesra dalam komunikasi/pergaulan
iii. Berdikari-Berdikari dalam perancangan kerjaya/massa hadapam

PENGAJARAN

i. Kita hendaklah tegas diri dalam membuat keputusan
ii. Kita hendaklah ramah dalam komunikasi
iii. Kita hendaklah berdikari dalam perancangan kerjaya

SOALAN DAN JAWAPAN

1. Di syarikat manakah Laiman sedang mengikuti latihan?

= laiman sedang mengikuti latihan di syarikat milik Shell

2. Siapakah kawan sekuliah Laiman yang berasal daripada keluarga berada?

=Kawan sekuliah Laiman yang berasal daripada keluarga berada ialah Chow Chin

BAB2

SESAL

SINOPSIS

Pengurus syarikat minyak tempat laiman membuat latihan praktikal menyukai Laiman kerana
Laiman seorang pekerja yang cekal,cekap dan bijak.Kecekapan yang ada pada Laiman dikagumi oleh
pengurusnya Syukri.Laiman tidak membangga diri apabila dipuji.Syukri membawa Laiman ke
sebuah restoran, mereka makan tengah hari di situ.Perkara tersebut merupakan tanda penghargaan
syarikat kepada Laiman kerana cemerlang ketika melaksanakan tugas.Laiman ditegur seorang gadis
bernama Soniah ,iaitu rakan sepejabatnya.Mereka berjalan bersama-sama, ditemani adik sepupu
Soniah.Mereka berbual-bual tentang tugas yang perlu disiapkan.Mereka juga berbicara tentan
perangai yang suka menjatuhkan seseorang, walaupun orang itu kawan mereka sendiri.Soniah
menyebut nama Muluk.Hal itu menyebabkan Laiman ingin mengetahui tentang lelaki itu dengan
lebih lanjut tetapi Soniah tidak mahu menceritakan perihal lelaki itu kepada Laiman.Pertemuan itu
berakhir pada pukul 5.00 petang

WATAK

Watak Utama:Laiman(Pelajar kejuteraan yang sedang menjalani latihan industri.)
Watak Sampingan:Sukri(Penyelia latihan industri dan rakan Laiman.)
Watak Pipih:Soniah(Pekerja di syarikat minyak Lutong dan merupakan rakan Laiman

PERWATAKAN

Bijak:Soniah seorang yang bijak kerana berjaya menamatkan pemgajianya.
Kecekapan:Laiman sangat cekap melakukan dalam kerjayanya

LATAR

Latar Masa:Pada pukul 5.00 petang .Laiman dan Soniah makan di sebuah restoran di
pekan Lutong.
Latar Tempat:Pekan Lutong tempat Laiman bertemu dengan Soniah.
Latar Masyarakat: i]Masyarakat yang berpelajaran:
laiman dan Soniah merupakan pelajar yang mengambil kursus dalam ijazah Sarjana
Muda Kejuteraan

ii]Masyarakat yang bersifat cemburu:

Muluk cemburu akan hubungan Laiman dan Soniah sehingga dia sanggup
mengkhianati Laiman

NILAI MURNI

Peramah :Laiman dan Soniah jalan beriringan sambil berbual-bual mengenai tugas di
tempat kerja mereka.
Kecekapan :Laiman sangat cekap dalam melakukan kerjanya

PENGAJARAN

1. Janganlah terlalu percaya dengan kawan kerana mereka mungkin menjatuhkan

kita dalam diam

2. Jamganlah terlalu cuai dalam melakukan kerja kerana silap sedikit bahaya jadinya

SOALAN DAN JAWAPAN

1. Mengapa hati Laiman berasa senang?

=Hati laiman berasa senang kerana kerjanya sudah disiapkan dan telah disahkan
pengurusnya.

2. Pada pukul berapakah pertemuan itu berakhir?

=Pertemuan itu berakhir pada pukul 5.00 petang

terima


Click to View FlipBook Version