BAIK BUDI INDAH
BAHASA
Nama Kumpulan : Bujibu Chempel
Tugasan yang diberi : Pantun
Nurul ‘Izzah Binti Haris
Aina Nadhirah Binti Shahril
Irdina Natasya Binti Shafrul Shahidan
Natashya Ellya Binti Sazaini
Pantun Alam Remaja Pantun Kiasan
Pantun Nasihat Pantun Budi
Pantun Kasih Sayang
Pantun alam remaja
Elok rupanya kumbang jati ,
Dibawa itik pulang petang ;
Tidak terkatakan besar hati ,
Melihat ibu sudah pulang .
Dibawa itik pulang petang ,
Dapat di rumput bilang-bilang ;
Melihat ibu sudah pulang ,
Hati cemas menjadi hilang .
Ayam kinantan terbang mengekas ,
Hinggap di ranting bilang-bilang ;
Melihat bonda pulang lekas ,
Hatiku besar bukan kepalang .
Kita menari keluar bilik ,
Sebarang tari kita tarikan ;
Kita menyanyi adik-beradik ,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan .
Hanyut batang berlilit kumpai ,
Terdampar di ujung Tanjung Jati ;
Bonda pulang bapa pun sampai ,
Kita semua berbesar hati .
Ramai orang bersorak-sorak ,
Menepuk gendang dengan rebana ;
Alang besarnya hati awak ,
Mendapat baju dengan celana .
Mahulah kami hendak melapun ,
Lapun dibawa orang menjaja ;
Jangan marah kami berpantun ,
Budak kecil biasa manja .
PANTUN KIASAN
Tikar pucuk tikar mengkuang ,
Alas nikah raja Melayu ;
Ikan busuk jangan dibuang ,
Buat perencah si daun kayu .
Buah bacang masak serangkai ,
Burung dekut meniti batang ;
Saya dagang tidak terpakai ,
Macam melukut di tepi gantang .
Tebang gelam terbang kenanga ,
Batangnya tumbang menimpa gedung ;
Kumbang mengidam nak seri bunga ,
Bunga kembang di puncak gunung .
Pokok kerap tumbuh di bukit ,
Belat berbanjar panjang ke hulu ;
Jangan diharap guruh di langit ,
Kilat memancar hujan tak lalu .
Air surut memungut bayam ,
Sayur diisi ke dalam kantung ;
Jangan diikuti resmi ayam ,
Bertelur sebiji riuh sekampung .
Anak punai anak merbah ,
Hinggap di tonggak mencari sarang ;
Anak sungai lagi berubah ,
Inikan pula hatinya orang .
Rotan siput rotan belingkar ,
Anak itik patah kakinya ;
Hujan rebut gunung terbakar ,
Embun setitik padam apinya .
Raut bilah pembatang taut ,
Kail berada dalam raga ;
Tidak sudah seluang melaut ,
Akhirnya balik ke tepi juga .
Sangkut terendak dekat beranda ,
Orang Papua anyam tak sudah ;
Jika tiada ada berita ,
Masakan tempua bersarang rendah .
Bunga geti bergulai termenung ,
Di hari raya memakan tapai ;
Hajat hati nak peluk gunung ,
Apakan daya tangan tak sampai .
Suasa bertahil emas berbungkal ,
Tetapi intan tiada sesaga ;
Kalau kail panjang sejengkal ,
Usah lautan hendak diduga .
Dang Nila memangku puan ,
Berembang buah pedada ;
Adakah gila bagimu tuan ,
Burung terbang dipipiskan lada .
Hari hujan puyuh mendengut ,
Mendengut mari sepanjang jalan ;
Air dalam kapar tak hanyut ,
Kononlah pula kemarau panjang .
Berilah saya pisau raut ,
Hendaklah meraut bingkai tudung ;
Gila apakah ikan di laut ,
Mengidamkan umpan di kaki gunung .
Laksana gadis Menteri Bogor ,
Bijak membilang ayam betina ;
Nyawa menangis di pintu kubur ,
Hendak pulang ke dalam dunia .
Hilir berderap mudik berderap ,
Patah galah haluan perahu ;
Sungguh laksana bunga dedap ,
Cantik merah tidak berbau .
PANTUN BUDI
Tenang-tenang air di laut ,
Sampan kolek mudik ke tanjung ;
Hati terkenang mulut menyebut ,
Budi yang baik rasa nak junjung .
Yang kurik kundi ,
Yang merah saga ;
Yang baik budi ,
Yang indah bahasa .
Bunga melati bunga di darat ,
Bunga seroja di tepi kali ;
Hina besi kerana karat ,
Hina manusia tidak berbudi .
Bunga cina di atas batu ,
Jatuh daunnya ke dalam ruang ;
Adat dunia memang begitu ,
Sebab emas budi terbuang .
Anak beruk di tepi pantai ,
Pandai melompat pandai berlari ;
Biar buruk kain dipakai ,
Asal hidup pandai berbudi .
Tingkap papan kayu bersegi ,
Sampan sakat di Pulau Angsa ;
Indah tampan kerana budi ,
Tinggi bangsa kerana bahasa .
Padang Temu padang baiduri ,
Tempat raja membangun kota ;
Bijak bertemu dengan jauhari ,
Bagai cincin dengan pertama .
PANTUN NASIHAT
Tanam balik buah peria ,
Buah peria mahal sekali ;
Buat baik berpada-pada ,
Buat jahat jangan sekali .
Ketua-ketua raja duduk ,
Jangan ditimpa papan ;
Diketahui ganja itu mabuk ,
Apakah sebab maka dimakan ?
Meninjau berpadi masak ,
Batang kampas bertimbal jalan ;
Hati risau dibawa gelak ,
Bagai panas mengandung hujan .
Pulau di balik Pulau Gosong ,
Pandan di Jawa diranggungkan ;
Jangan kata terdorong-dorong ,
Badan dan nyawa menanggungkan .
Hangus bertih berwarna merah ,
Mari dituang ke dalam kain ;
Suami yang letih usah dimarah ,
Kelak terbang ke bunga lain .
Anak cina membawa surat ,
Dari Perak langsung ke deli ;
Hidup di dunia biar beradat ,
Bahasa tidak dijual beli .
Pisang kelat digonggong helang ,
Jatuh ke Lubuk Inderagiri ;
Jikalau berdagang ke rantau orang ,
Baik-baik membawa diri .
Ulasan pantun nasihat
Maksud rangkap pantun
Rangkap 1
Penulis berkata bahawa kita haruslah banyak membuat
kebaikan dan tidak sekali-kali membuat keburukan.
Rangkap 2
Penulis yang berasa hairan bertanya kepada pembaca sebab
mereka mengambil ganja walaupun tahu bahawa barang itu
boleh memburukkan diri.
Rangkap 3
Penulis berkata bahawa orang yang ketawa dalam kesedihan bagaikan
menyembunyikan perasaan yang sebenar.
Rangkap 4
Penulis berkata bahawa seseorang yang berkata-kata sehingga
melampaui batas akan menyebabkan dirinya menanggung malu.
Rangkap 5
Penulis menasihati golongan isteri supaya tidak memarahi suami
sesuka hati agar suami tidak mencari perempuan lain.
Rangkap 6
Penulis berkata bahawa setiap manusia harus mengetahui adat
resam di mana-mana sahaja dia berada dan tidak menggadai kan
bahasa kebangsaannya.
Rangkap 7
Penulis menasihati pembaca yang ingin merantau ke tempat lain
agar pandai menyesuaikan diri supaya diterima oleh masyarakat
tempatan.
Pengajaran
a. Kepentingan berbuat baik sesama manusia.
b. Keburukan mengambil ganja.
c. Kesedihan yang disembunyikan dengan kegembiraan.
d. Kepentingan menjaga tingkah laku ( peraturan )
e. Kerukunan rumah tangga.
f. Kebahagiaan hidup berumah tangga.
g. Kepentingan adat resam dan adab sopan.
h. Kebijaksanaan menyesuaikan diri di rantau orang
Gaya bahasa
1. Repitasi
Contohnya ,
Tanam balik buah peria ,
Buah peria mahal sekali ;
2. Imej alam atau imejan
Contohnya ,
Buah peria , padi , kapas , ganja , pulau , pandan , bertih
dan pisang
3. Anafora
Contohnya ,
Buat baik berpada-pada ,
Buat jahat jangan sekali.
4. Simile
Contohnya ,
Bagai panas mengandung hujan ,
5. Responsi
Contohnya ,
Mari dituang ke dalam kain ,
Kelak terbang ke bunga lain.
Nilai murni
i. Baik hati
ii. Rasional
iii. Ketabahan
iv. Kesabaran
v. Berhemah tinggi
vi. kebijaksanaan
Pengajaran
a. Kita mestilah banyak membuat kebaikan dan menjauhi keburukan.
b. Kita mestilah menjauhi bahan yang memabukkan seperti ganja yang
mampu memudaratkan kesihatan.
c. Kita mestilah menjaga tutur kata dan tingkah laku demi maruah
diri.
d. Kita mestilah sabar menghadapi cabaran hidup berumah tangga.
e. Kita haruslah mematuhi adat resam dan peraturan dimana-mana
sahaja tempat yang kita kunjungi.
f. Kita haruslah bijak menyesuaikan diri di tempat orang lain.
PANTUN KASIH SAYANG
Buah mengkudu kusangka kandis ,
Kandis terletak dalam puan ;
Gula madu kusangka manis ,
Manis lagi senyuman tuan .
Asap api di Tanjung Tuan ,
Kuala Linggi bakaunya rendah ;
Harap hati kepada tuan ,
Langit tinggi kupandang rendah.
Anak udang meniti batang ,
Berasa dahan terlampai ;
Melihat bulan dipagar bintang ,
Bagaikan rasa hendak dicapai .
Jalan-jalan sepanjang jalan ,
Singgah-menyinggah di pagar orang ;
Pura-pura mencari ayam ,
Ekor mata di anak orang.
Bila masa dipanggil maut ,
Cinta tidak berharga lagi ;
Asam di darat ikan di laut ,
Sampai masa berjumpa lagi .
Ulasan pantun kasih sayang
Maksud setiap rangkap pantun ;
Rangkap 1
Penulis berkata bahawa orang yang disayanginya
memiliki senyuman yang lebih manis daripada gula
waima madu.
Rangkap 2
Penulis berkata bahawa dia hanya mempunyai harapan
yang tinggi terhadap orang yang disayangi sehingga
menganggapnya berdarjat lebih tinggi daripada langit.
Rangkap 3
Penulis berkata bahawa insan yang dikasihi amat cantik
walaupun dikelilingi gadis cantik yang lain sehingga dia
hendak mendapatkan gadis itu.
Rangkap 4
Penulis berkata bahawa dia berpura-pura melihat benda
lain kerana malu memandang seseorang yang amat
dikasihinya.
Rangkap 5
Penulis berkata bahawa jika ada jodoh , dia pasti akan
berjumpa dengan insan yang amat disayangi.
Persoalan
a) Kasih sayang insan yang bercinta.
b) Luahan perasaan kasih sayang.
c) Senyuman manis yang menawan hati.
d) Kepentingan mengutamakan kekasih hati.
e) Ketinggian darjat kekasih didalam hati.
f) Kebahagiaan hidup orang yang bercinta.
g) Kesetiaan seseorang kepada kekasih hatinya.
h) Jodoh manusia dalam tangan tuhan.
Gaya Bahasa
Responsi
1. Contohnya :
Buah mengkudu kusangka kandis ,
Gula madu kusangka manis.
Imej alam atau imejan
2. Contohnya :
Buah mengkudu , madu , asap , api , bakau ,
langit , anak udang , bulan , ayam , asam dan ikan
Sinkope
3. Contohnya
Buah mengkudu kusangka kandis ,
Langit tinggi kupandang rendah.
Repitasi
4. Contohnya
Gula madu kusangka manis ,
Manis lagi senyuman tua ,
Asam di darat ikan di laut.
Peribahasa
5. Contohnya
Melihat bulan di pagar bintang
Simile
6. Contohnya
Bagaikan rasa hendak dicapai
Nilai murni
a) Kasih sayang
b) Kesetiaan
c) Kegigihan
d) Kepercayaan
e) Rasional
f) Berhemah tinggi
PENGAJARAN
Kita mestilah menyayangi insan yang kita kasihi.
Kita haruslah setia pada kekasih atau pada orang yang
disayangi.
Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai keinginan di
dalam hati.
Kita mestilah percaya bahawa jodoh antara manusia
sudah ditentukan.
Kita mestilah berfikiran matang dalam pergaulan.
Kita mestilah menjaga perasaan insan yang disayangi.
SEKIAN
* TERIMA KASIH *