BAB 4:TUMBUH-TUMBUHAN
SEMULA JADI DI MALAYSIA.
4.4 KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP
TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA
KESAN POSITIF
PEMBANGUNAN HUTAN
PENGHUTANAN SEMULA
TAMAN NEGARA
HUTAN SIMPAN KEKAL
PEMBANGUNAN HUTAN
Pada tahun 2006,Program Penubuhan Ladang Hutan (PPLH) telah dilaksanakan
bertujuan untuk mengurangkan tekanan ke atas hutan asli sebagai sumber
bahan mentah dan untuk memastikan ketersediaan berterusan bagi industri kayu
tempatan.
Bagi meningkatkan kadar penanaman semula hutan,semua pihak diarahkan
mengkaji spesies pokok yang hendak ditanam serta penjagaan pokok-pokok
yang telah ditanam.
Dalam program berkenaan,spesies yang disenaraikan ialah
jati,sentang,getah,khaya,akasia,batai,kelempayan dan binuang.Namun,tumpuan
diberikan kepada pokok getah dan pokok akasia.
Pokok Jati Pokok Sentang
Pokok Khaya Pokok Akasia Pokok Getah
Pokok Binuang
Pokok Batai Pokok Kelempayan
PENGHUTANAN SEMULA
Agensi seperti Jabatan Perhutanan,Institusi Penyelidikan Hutan Malaysia
(FRIM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara(PERHILITAN)telah mengambil langkah untuk memulihara
hutan.Antaranya adalah dengan menanam pokok yang bermutu dan
tahan daripada serangan penyakit di kawasan hutan yang telah ditebang.
FRIM juga telah menjalankan aktiviti penghutanan semula di Hutan Lipur
Bukit Lagong,Kepong(KUALA LUMPUR) dengan menjadikan kawasan
tersebut sebagai hutan rekreasi yang terkenal sehingga diiktiraf sebagai
hutan tropika buatan manusia tertua di dunia.
TAMAN NEGARA
Taman negara merupakan kawasan yang terdiri daripada pelbagai spesies tumbuh-
tumbuhan semula jadi,tumbuh-tumbuhan ubatan dan tumbuh-tumbuhan yang jarang
dijumpai.
Tumbuh-tumbuhan di taman negara ini dijaga dan disimpan dengan baik bagi
mengekalkan biodiversiti alam sekitar.
Taman negara juga paling banyak dijadikan kawasan pelancongan kerana tersedia
dengan pelbagai prasarana.
Di Malaysia,terdapat taman-taman negara yang diuruskan di bawah kerajaan negeri dan
terdapat juga di bawah kerajaan persekutuan.
Di negeri Sarawak,terdapat 30 buah taman negara dengan jumlah keluasan 623 hektar
yang ditadbir oleh perbadanan perhutanan Sarawak,manakala di negeri Sabah terdapat
sembilan buah taman negara,iaitu 3 taman terrestrial dan enam taman marin di bawah
lembaga pemegang Amanah Taman-taman Sabah.
HUTAN SIMPAN KEKAL
Hutan simpan kekal di Malaysia boleh ditetapkan sebagai kawasan sensitif
alam sekitar kerana hutan merupakan kawasan yang berkepentingan dan
bernilai tinggi dari segi kepelbagaian biologi.
Selain itu,dengan adanya pelaksanaan program pembangunan hutan
yang terancang ini akan menggalakkan penghasilan dan penggunaan
hasil hutan yang dapat memberi faedah kepada ekonomi secara
maksimum serta menggalakkan pembangunan perindustrian berkaitan
dengan hasil hutan.
Contoh lokasi hutan simpan kekal di Malaysia ialah Hutan Simpan Kabili-
Sepilok (Sabah),Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan Hutan Simpan Raja
Musa(Selangor).
4.4 KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP TUMBUH
– TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA
KESAN NEGATIF
• Kepupusan flora dan fauna
• Hakisan tanih,tanah RUNTUH dan banjir
• KEKURANGAN SUMBER HUTAN
• KEMEROSOTAN SUMBER AIR
• PENINGKATAN SUHU DAN PERUBAHAN CUACA SETEMPAT
• MENJEJASKAN EKOPELANCONGAN
KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA
Tumbuhan semula jadi akan musnah diikuti dengan hidupan liar yang hidup
di dalam hutan tersebut.
Penerokaan hutan menyebabkan pokok berharga seperti meranti ,keruing
atau jelutung musnah.
Hutan Paya Bakau melindungi kawasan pantai berlumpur.Jika pokok paya
bakau mengalami kepupusan ,menyebabkan pembiakan hidupan laut di
paya bakau juga turut musnah.
HAKISAN TANIH,TANAH RUNTUH
DAN BANJIR
Apabila permukaan tanah terdedah kepada air hujan,butir-butir tanih akan
terhakis dengan lebih mudah.
Kawasan yang bercerun mengalami hakisan yang lebih tinggi dan ini
mendorong kepada kejadian tanah runtuh atau aliran lumpur.
Tanih yang menjadi larian air hujan pula akan mendap di dasar sungai dan
seterusnya menyebabkan banjir berlaku semasa musim tengkujuh.
KEKURANGAN SUMBER HUTAN
Kemusnahan hutan menyebabkan sumber hutan berkurangan.
Sumber kayu keras seperti kayu meranti meranti,jelutong,cengal dan
sebagainya akan berkurangan.
Hasil hutan seperti damar dan herba juga akan berkurangan.
KEMEROSOTAN SUMBER AIR
Kegiatan manusia akan menyumbang kepada kemerosotan saiz kawasan
tadahan air.
Keadaan ini akan menyebabkan simpanan air dawah tanah berkurangan
dan hal ini bakal menyebabkan krisis bekalan air berlaku.
Selain itu,penggondolan kawasan hutan juga akan menyebabkan hakisan
tanih sekali gus dapat menjejaskan kualiti air larian.
PENINGKATAN SUHU DAN
PERUBAHAN CUACA SETEMPAT
Kekurangan tumbuhan semula jadi menyebabkan kekurangan proses
fotosintesis dan kekurangan penyerapan karbon dioksida.
Akibatnya,berlaku pertambahan karbon dioksida (gas rumah hijau) yang
merangkap haba dan menyebabkan peningkatan suhu setempat.
MENJEJASKAN EKOPELANCONGAN
Kepupusan tumbuh-tumbuhan semula jadi menyebabkan kurang tarikan
untuk ekopelancongan.hal ini akan menyebabkan kekurangan peluang
pekerjaan berkaitan industry ekopelancongan.
Contoh peluang pekerjaan ialah ahli sains (menjalankan penyelidikan
tumbuhan semula jadi,tanih,kanopi,mikroorganisme Hutan Hujan
Tropika),ahli zoology,renjer hutan,pekerja pusat konservasi,industri
pelancongan (pekerja chalet,pemandu pelancong) dan R&D.
SOALAN DAN JAWAPAN
1. Berikan 2 kesan positif yang terdapat dalam Kesan Kegiatan Manusia terhadap
Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia.
Jawapan: Berdasarkan muka surat 69 dan 70.
2. Spesis apakah yang disenaraikan dalam pembangunan hutan?
Jawapan: Jati, sentang, getah, khaya, akasia, batai kelempayan dan binuang.
3. Berikan 3 kesan negatif yang terdapat dalam Kesan Kegiatan Manusia
terhadap Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia.
Jawapan: Berdasarkan muka surat 71 dan 72.
4. Apakah yang menyebabkan berlakunya penyahhutanan?
Jawapan: Kestabilan ekosistem hutan terganggu.
5. Apakah fungsi daun pokok?
Jawapan: Mengurangkan hala tuju air hujan yang jatuh ke bumi.
6. Apa itu penyahhutanan?
Jawapan: Pemusnahan hutan secara kekal, misalnya untuk membuat
jalan raya dan bangunan.
7. Apa itu halatuju?
Jawapan: Kecepatan gerakan atau kadar cepatan.
TAMAT~