1 ___________________________________________________________________________ Rujukan Kami : SKSG 700-1/1/1 ( ) Tarikh : 4 Mac 2023 Kepada; Semua Guru Sekolah Kebangsaan Seri Geliga 24000 Kemaman Terengganu Darul Iman Tuan/Puan, MESYUARAT UNIT HAL EHWAL MURID (HEM) KALI PERTAMA SESI 2023 Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan berdasarkan ketetapan berikut; Tarikh : 14 Mac 2023 (Rabu) Masa : 12.30 – 1.30 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Pengerusi : Pn. Noor Anita binti Nawi 3. Agenda mesyuarat adalah sebagaimana berikut: 3.1 Ucapan Pengerusi 3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Ke 4 2022 3.3 Perkara Berbangkit 3.4 Jawatankuasa Unit HEM 2023 3.5 APDM dan Kehadiran Murid 2023 3.6 Guru Bertugas Harian/Mingguan 3.7 Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) 3.8 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan (PSS) 3.9 Hal-hal lain Kehadiran dan kerjasama tuan diucapkan terima kasih. Sekian, terima kasih. “ANJAKAN MUAFAKAT NEKAD” “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ……………………………................ (NOOR ANITA BINTI NAWI) Guru Penolong Kanan HEM, SK. Seri Geliga, Kemaman. s.k : Fail “GSTAR UNGGUL TERSERLAH Tel : 09-868 3795 Fax : 09-868 3385 eMail : [email protected] KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GELIGA, 24000 KEMAMAN, TERENGGANU. TBA2003
2 ____________________________________________________________________________ MINIT MESYUARAT UNIT HAL EHWAL MURID KALI PERTAMA 2023 TARIKH : 14 Mac 2023 (Khamis) MASA : 12.30 – 1.30 petang TEMPAT : Bilik Mesyuarat KEHADIRAN : Semua guru hadir CATATAN MESYUARAT 1.0 Perutusan Pengerusi Majlis (GPK HEM) 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab (Al-Fatihah). Ucapan selamat datang kepada warga baru SKSG dan selamat bertemu kembali kepada guru SKSG dan selamat menjalankan tugas 2023. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru SKSG yang hadir ke mesyuarat HEM kali pertama sesi 2023. 1.3 Ribuan terima kasih kerana memberi komitmen yang tinggi sepanjang menjalankan tugas tahun 2022. Cikgu SKSG guru yang hebat. 1.4 Mesyuarat hari ini merupakan mesyuarat Jawatan Kuasa HEM kali pertama bagi sesi 2023. Tindakan : Makluman 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu 2.1 Pengesahan minit mesyuarat: Pencadang : Pn. Norazwa binti Sani Disokong : Pn. Diyana binti Mustapar 3.0 Perkara-perkara Berbangkit Tiada. 4.0 Jawatankuasa Unit HEM 2023 4.1 Memperkenalkan ahli jawatankuasa HEM 2023. AJK unit HEM ada sedikit perubahan dan sebahagian besar AJK dikekalkan. Perubahan yang berlaku adalah mengikut keperluan sekolah. Diharapkan semua guru dapat menerima dengan hati yang terbuka. Segala kerja buat kita untuk murid kita. Mohon semua guru membantu PK HEM dalam menguruskan dan menjayakan program-program Unit HEM sepanjang tahun 2023. Tindakan: Makluman Tel : 09-868 3795 Fax : 09-868 3385 eMail : [email protected] KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GELIGA, 24000 KEMAMAN, TERENGGANU. TBA2003
3 4.2 AJK APDM: 4.2.1 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada semua AJK APDM yang sentiasa membantu guru kelas dan terima kasih kepada Guru Kelas 2022 kerana mengemaskini nama murid kelas masing-masing di APDM. 4.2.2 Pengemaskinian APDM untuk penerimaan Bantuan BAP, RMT dan KWAPM 2023. Mohon guru kelas 2023 mengemaskini data APDM sebelum 31.3. 2023. Tindakan: Semua Guru Kelas 4.3 AJK e MENENGAH: 4.3.1 GPM HEM mengucapkan terima kasih kepada AJK eMenengah iaitu Cikgu Lenni Fillia dan guru kelas yang bertungkus lumus menyiapkan pendaftaran muridmurid tahun 6 pada bulan Mac tahun 2023. 4.3.2 GPK HEM mohon kepada semua guru kelas tahun 6 tidak keluar Grup Whatapps Kelas 2022. Guru kelas hendaklah mendapatkan maklumbalas penempatan di sekolah menengah daripada murid tahun 6 untuk mengelakkan isu murid cicir. 4.3.3 Pendaftaran bagi murid Tingkatan 1 di SMK Geliga dan SMK Banggol adalah pada 16 Mac 2023. Tindakan: Guru Kelas Tahun 6 4.4 AJK DISIPLIN: 4.4.1 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada Unit Disiplin kerana disiplin pada tahun lepas adalah terkawal. Mesyuarat Unit Disiplin dan Pengawas pada tahun ini akan dipengerusikan oleh En. Tn. Hasmezani bin Tuan Hassan selaku Guru Disiplin. Unit Pengawas akan diketuai oleh Pn. Nurul Syuhada binti Mohmad Asari. 4.4.2 Terima kasih kepada AJK SSDM Pn. Rafidah binti Ibrahim kerana 80 % guru-guru SKSG mengisi SSDM pada tahun 2022. Pada tahun 2022 En. Mohamad Hilmi bin Abdullah akan membantu Pn. Rafidah. Pada tahun ini, mohon semua guru mengisi SSDM arahan daripada Puan Guru Besar. Tindakan: Makluman 4.5 AJK SPBT: 4.5.1 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada ahli unit SPBT Pn. Asmariah binti Othman kerana bertungkus lumus mengira dan buku aktiviti tahap 1 sebelum cuti. Buku teks tahun 2, 3, 4 dan 5 telah diagihkan sebelum cuti persekolahan. Buku Teks Tahun 1 akan diagihkan sebelum Program Transisi tamat. 4.5.2 Mana-mana murid yang tidak dapat buku teks boleh berurusan dengan Penyelaras SPBT Ustazah Asmariah dan AJK SPBT di bilik BOSS. Tindakan: Makluman 4.6 AJK BIMBINGAN DAN KAUNSELING: 4.6.1 Terima kasih dan tahniah kepada AJK Unit Bimbingan dan Kaunseling Pn. Diyana binti Mustapar Ikon Guru Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Negeri (Sekolah Rendah) pada tahun 2022.
4 4.6.2 Terima kasih dan tahniah juga kepada Unit HEM 2022 di atas pencapaian Anugerah Emas Penarafan Kebangsaan, Laman Minda Sihat (Sekolah Rendah). Tindakan: Makluman 4.7 AJK KANTIN: 4.7.1 Terima kasih kepada Kantin dan AJK Kantin Pn. Shuhada binti Abd Ghani dan Pn. Suzana binti Haron dl dalam pengurusan Kantin Sekolah. Pada tahun 2023 Pn. Zulyana binti Yaha akan mengantikan Pn. Shuhada sebagai penyelaras kantin dan Pn. Suzana kekal sebagai setiausaha untuk membantu Pn. Zulyana. Tindakan: Makluman 4.8 AJK 3K: 4.8.1 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada AJK 3K En. Norakmal Nizam kerana berjaya menceriakan kawasan sekolah pada tahun lepas. Tindakan: Makluman 4.9 AJK KEBAJIKAN: 4.9.1 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada AJK Kebajikan En. Saidi bin Hamzah dan Pn. Siti Azura binti Hamzah kerana telah melaksanakan tugasan dengan baik pada tahun 2022. Banyak bantuan yang telah diberikan kepada murid-murid kita. 4.9.2 Jika terdapat kes kematian dan murid yang tidak mampu membeli pakaian boleh maklumkan kepada AJK Kebajikan 2023. Tindakan: Makluman 4.10 AJK KWAPM: 4.10.1 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada AJK Puan Munirah binti Adam dan Pn. Nurafia binti Abdul Aziz yang telah memberikan komitmen yang tinggi pada tahun lepas. Bantuan KWAPM adalah berdasarkan kepada APDM. Mohon semua guru kelas mengemaskini maklumat gaji ibu bapa atau penjaga jika ada perubahan. Tindakan: Makluman 4.11 AJK KESIHATAN DAN BEBAS AEDES: 4.11.1 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada AJK Kesihatan Pn. Aishah binti Ahmad dan Pn. Noor Hasmah binti Ismail yang telah menjalankan program kesihatan pada tahun 2022 mengikut SOP yang ditetapkan. Tindakan: Makluman 4.12 AJK PPDa 4.12.1 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada AJK PPDa pada tahun lepas. En. Wan Zulkifli bin Wan Jusoh selaku Penyelaras PPDa bagi tahun 2022 dibantu oleh Pn. Hamidah binti Hassan. Tindakan: Makluman
5 4.13 AJK RMT: 4.13.1 Terima kasih kepada AJK RMT Pn. Nurul Faezah binti Ibrahim dan Pn. Hanisah binti Husain di atas kerja buat tahun 2022. Program RMT akan bermula pada hari pertama persekolahan. Tindakan: Makluman 4.14 AJK PSS: 4.14.1 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada AJK PSS Pn. Nor Faezah binti Salleh dan Pn. Zainon binti Jusoh pada tahun 2022. Tindakan: Makluman 4.15 AJK BAP: 4.15.1 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada AJK GPK HEM BAP pada tahun 2022 En. Afsanisham bin Hamzah dan Pn. Norazilawati binti Ramli. BAP RM150 telah diagihkan kepada semua murid tahun 2 hingga 6 pada bulan Januari 2023. Bagi murid tahun 1, BAP akan diagihkan selepas pendaftaran murid tahun 1 sesi 2023. Tindakan: Makluman 4.16 AJK KEDAI SEKOLAH: 4.16.1 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada AJK Kedai Pn. Suhailina binti Sallleh dan AJK yang telah bertungkus lumus menyusun buku tulis dan buku kerja murid pada cuti sekolah (5.3.2023 hingga 9.3.2023) untuk jualan pada 12.3.2023 hingga 13.3.2022 dan pada hari pendaftaran 16.3.2023. Tindakan: AJK Kedai Sekolah 4.17 AJK PERHIMPUNAN: 4.17.1 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada AJK Perhimpunan pada tahun 2022. Tindakan: Makluman 4.18 AJK KECERIAAN TANDAS: 4.18.1 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada AJK Keceriaan Tandas pada tahun 2022. Mohon Penyelaras Pn. Joria binti Sidek dapat melaporkan tandas mana yang perlu dibaiki dan di hias pada tahun 2023. Tindakan: Makluman 4.19 AJK PERANTI: 4.19.1 Terima Kasih kepada penyelaras peranti pada tahun 2022, En. Mohamad Hilmi bin Abdullah sebagai penyelaras dan Pn. Nor Faezah binti Salleh selaku setiausaha Jawatankuasa Peranti. Tindakan: Makluman 5.0 APDM dan Kehadiran Murid 2023: 5.1 Makluman untuk semua guru kelas. Id Pengguna ialah nombor kad pengenalan guru kelas dan kata laluan adalah Tba2003sksg. Mohon semua guru kelas mengemaskini maklumat murid 2023.
6 5.1.1 Sila pastikan senarai nama murid lengkap dan nombor mykad murid betul. 5.1.2 Kemaskini maklumat murid berpandukan borang APDM yang akan diedarkan kepada murid. Sila sertakan slip gaji yang disahkan oleh majikan dan bagi yang tiada slip gaji hendaklah mendapatkan pengesahan daripada JKKK. 5.1.3 Pastikan bahagian pendapatan diisi walaupun ibubapa tulis tidak bekerja. Isi sekurang-kurang rm200. 5.1.4 Pastikan maklumat murid lengkap. 5.1.5 Kemaskini bahagian yatim jika berlaku kematian bapa. 5.1.6 Pastikan alamat murid merupakan alamat terkini. 5.1.7 Senarai nama murid yang layak mendapat bantuan BAP, RMT dan KWAPM adalah berdasarkan APDM. 5.18 Jika ada sebarang perubahan maklumat murid seperti perubahan alamat, pendapatan, status penjaga dan lain-lain lagi hendaklahsegere mengemaskini di dalam Sistem APDM. Tindakan: Makluman 5.2 Sistem e-kehadiran perlu di key in setiap hari bersekolah dalam APDM oleh Guru Kelas. 5.2.1 Kehadiran murid perlu direkodkan dalam sistem APDM sebelum pukul 12.00 tengahari setiap hari (sesi pagi). Jika guru kelas bercuti atau ada masalah internet, guru damping boleh isi kehadiran menggunakan ID guru Kelas. Tindakan: Guru Kelas 5.2.2 Klik sebab murid tidak hadir dan nyatakan sebab mengikut situasi yang sesuai. 5.2.3 Jika tiada maklumat sebab tidak hadir, klik lain-lain sebab. 5.2.4 Jika murid tidak hadir guru kelas perlu menelefon ibu bapa murid. 5.2.4 Minta ibu bapa sertakan surat jika tidak hadir ke sekolah. 5.2.5 Maklumkan nama murid yang tidak hadir berturut-turut 3 hari kepada guru kaunseling. 5.2.6 Jika guru kelas bercuti atau ada masalah internet, guru damping boleh isi kehadiran menggunakan ID Guru Kelas. Tindakan : Guru Kelas 5.3 Guru Kelas hendaklah membuat pengesahan setiap bulan dan mencetak 2 salinan laporan kehadiran bulanan. Satu salinan adalah untuk simpanan guru kelas dan satu salinan hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah (Cik Husna). Tindakan: Makluman
7 5.4 Guru Kelas perlu mengemaskini maklumat murid berpandukan borang APDM yang akan diedarkan kepada murid-murid. 5.5 Jika ada sebarang perubahan maklumat murid seperti perubahan alamat, pendapatan, status penjaga dan lain-lain lagi hendaklah segera mengemaskini dalam APDM. 5.6 Aplikasi APDM (apdm.moe.gov.my). ID pengguna : No KP Guru Kelas. Kata Laluan : Tba2003sksg Tindakan : Guru Kelas 6.0 Guru Bertugas Harian/Mingguan : 6.1 Guru Bertugas Harian/Mingguan akan bertugas seperti tahun lepas mengikut SOP yang telah ditetapkan. Jadual bertugas akan disediakan oleh Setiausaha HEM Pn. Yusnida binti Zakaria dan Penyelaras Tahun. Tindakan: Setiausaha HEM 7.0 Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) : 7.1 SSDM bertujuan untuk merekod salahlaku/amalan murni murid ketika berada di sekolah. Dengan rekod ini pihak sekolah dapat mengakses data salahlaku/nilai murni murid bagi tujuan mengawal dan mengatasi masalah disiplin dan sebagai rekod sahsiah diri terpuji murid. 7.1 Sistem ini mementingkan amalan baik sebagai usaha menggalakkan nilai-nilai murni dikalangan murid. Guru dan guru kelas boleh berbincang dengan Pn. Rafidah binti Ibrahim selaku ketua SSDM untuk merekod setiap amalan baik murid. Sistem mata dapat membantu murid kita mencapai status sahsiah terpuji. 7.2 SSDM hendaklah diisi oleh semua guru SKSG. Tahun 2023 sasaran sekolah 100% guru mengisi amalan baik murid dan 100 % murid mendapat amalan terpuji. Guru kelas dan Guru damping WAJIB isi setiap hari. Tindakan: Semua Guru 7.3 Contoh amalan baik adalah menyapu sampah di dalam kelas, membantu rakan, membaca yassin, menyiapkan kerja sekolah, membantu guru-guru, datang awal ke sekolah, amalkan 3S dan lain-lain. Penghargaan bagi murid amalan terbaik dan guru aktif mengisi SSDM diteruskan. 7.4 Pada tahun 2022, rekod SSDM untuk amalan baik akan di pantau oleh Pn. Rafidah binti Ibrahim bersama En. Mohamad Hilmi bin Mohamad. Semoga Unit SSDM pada tahun 2022 dapat menaikkan nama sekolah sekali lagi. 7.5 Selain daripada guru disiplin dan pengawas, semua guru perlu memantau disiplin murid. Maklumkan kes murid murid segera kepada Pentadbir dan Penyelaras Unit Disiplin En. Tuan Hasmezani bin Tuan Hassan atau UBK. Tindakan: Semua Guru 7.6 Penyelaras Disiplin En. Tuan Hasmezani bin Tuan Hassan akan merekodkan salah laku murid di dalam SSDM. Tindakan: Penyelaras Disiplin
8 8.0 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan PSS 8.1 RMT juga bermula pada hari pertama persekolahan. Kelayakan RMT tahun 2023, pendapatan RM1169 perkapita RM310. Bilangan awal murid yang layak mendapat RMT seperti berikut : TAHUN BILANGAN MURID 2 58 3 77 4 74 5 73 6 72 PPKI 63 JUMLAH 417 8.2 Pada tahun ini, murid RMT dibenarkan minum susu waktu pagi di sekolah dan tidak boleh minum di rumah. Susu bagi murid yang tidak hadir hendaklah diagihkan apabila murid hadir semula ke sekolah. Contoh ; 3 hari tidak hadir susu murid akan dapat 3 kotak apabila hadir ke sekolah dan boleh minum di rumah. Pada bulan puasa susu diedarkan kepada murid untuk diminum di rumah. 8.3 Mohon Guru kelas mengedarkan borang setuju terima RMT/PSS kepada murid yang layak. Tindakan : Unit RMT dan Guru Kelas 9.0 Hal-Hal lain 9.1 Mohon Guru Kelas mengagihkan borang APDM kepada semua murid. Manakala borang setuju terima RMT dan PSS diberi kepada murid yang berkenaan sahaja. Tindakan : Makluman dan Semua Guru 9.2 Terdapat perubahan sebahagian guru kelas dan guru damping pada tahun 2023. Pelantikan guru damping adalah berdasarkan kepada jadual kelas guru tersebut. Tindakan : Unit RMT dan Guru Kelas 9.3 Kelayakan KWAPM tahun 2023, pendapatan RM960 perkapita RM244. Tindakan : Unit KWAPM dan Guru Kelas 9.4 Pn. Suhailina memohon guru kelas maklum kepada murid boleh membeli buku secara runcit untuk mengelakkan pembaziran. Diingatkan guru kelas menggunakan buku tulis kerana pihak kedai sekolah mendapat aduan daripada ibu bapa guru tidak menggunakan buku tulis. Tindakan : Unit Kedai dan Guru Kelas 9.5 Guru kelas tahun 4, 5 dan 6 boleh mengemaskini murid di kelas masing-masing di dalam APDM kerana tiada perubahan. Manakala murid tahun 2 dan 3 ada perubahan kerana terlibat dengan program intervensi (murid yang tidak menguasai 3M). Murid tersebut akan diletakkan di kelas 2G, 3F dan 3G. Tindakan : Makluman
9 9.6 Enrolmen murid SK Seri Geliga seramai 1574 setakat bulan Mac 2023. Tindakan : Unit APDM dan Guru Kelas 9.7 Pendaftaran Semua murid SKSG akan diadakan pada hari Khamis 16 Mac 2023 8.30 -12.00 pagi. Hari pertama persekolahan adalah pada 19 Mac 2023. Tindakan : Semua Guru Kelas dan guru 10.0 PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang dan diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr. Disediakan oleh, Disemak Oleh, .............................................. .............................................. (YUSNIDA BINTI ZAKARIA) (NOOR ANITA BINTI NAWI) Setiausaha HEM, PK HEM, SK Seri Geliga Kemaman. SK Seri Geliga Kemaman Tarikh : 19 Mac 2023 “SKSG UNGGUL TERSERLAH”